Saturday, October 31, 2009

jika Tuhan itu adil,kenapa ada neraka?

sekadar perkongsian yang aku dapat dari satu laman web..
sangat menarik untuk di baca bersama2...


Ini kisah benar.Kisah seorang gadis Melayu yang beragama Islam.Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar tahun 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun didenda.



Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz tersebut memberi nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "



nice one rite?
ke aku je berasekan begitu..
sometimes,we have to learn how to face with this kind of person..
so that, we have the answer towards their confusions for the sake of our religion..

(munkin akan ada org tanye balik,kalo Tuhan itu adil..kenapa ada orang jahat?)


cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, October 28, 2009

'nyawa'ku yang ke-2


~ku masih bernafas~

alhamdulillah..syukur ke hadrat Yang Maha Esa..
skema sungguh ayat d atas..
kenapakah aku skema ni..(aku mmg skema)

mungkin kerana aku berpeluang untuk hidup buat kali ke-2..
bagaikan perjalanan Izrail yang tengah on the way nak mencabut nyawa aku terhenti di tengah jalan kerana masih belum d izinkan oleh Dia...
syukur Alhamdulillah...
dengan kadar amalan aku yang setakat 19tahun menghirup nikmat udara Tuhan ni..
tak kan mungkin cukup untuk menampung dosa2 karat jahiliyyah yang masih beraja dalam diri dan juga lubuk sanubari aku ni..

oh,ALLAH betapa aku bersyukur kerana masih d panjangkan nyawa hingga ke saat ini..
peristiwa petang tadi sangat2 membuka mata aku bahwa MATI itu memang dekat..
bukanlah aku tak percaya MATI itu dekat...
tapi,peristiwa tadi menambah tinggi kan lagi darjat kepercayaan dan keyakinan aku yang selalu je berkurang kadar keimanan ni...(repekan niyang rapik)
huhuhu~~

sekaligus memberi peringatan kepada aku dan mangsa yang lain untuk sentiasa beringat MAUT itu ada d mana2...
malaikat MAUT juga menanti saja arahan untuk menarik nyawa si polan dan si polan..
mujur aku bukan si polan yang d maksudkan...
aku terlepas dari maut, dan beroleh nyawa ke-2...
tak kan la mungkin aku siakan nyawa ke-2 ku ini...
(wlwpun dengar citer kucin ade 9 nyawa)

walaupun langkah keselamatan telah d ambil,jika ALLAH katekan "jadi!" maka terjadilah...
MasyaALLAH~
angin yang sepoi bahasa petang tadi sewaktu habis pulang kelas mandarin daripada lau shi tercinta tak sangka akan bawa perkhabaran buruk yang kurang enak d dengar...
mtor yang d pinjam dari abg tercinta rupanya bakal membawa musibah bagi seribu satu jenis hikmah..

tatkala motor berplat WPE 4576 d rempuh dari belakang oleh sebuah kereta yang aku pun tak sure jenama apa..
terpelanting jugaklah diri ini tanpa permit terbang yang sah...
"gedebuk!!" motor kesayangan tu terseret ke tepi jalan bersama2 dengan penunggang dan pembonceng..(aku n zatil)
perkara yang aku igt ialah:
  1. of couse mak n ayah(tak sempat balas jasa dan mohon maaf atas dose yang menggunung)
  2. motor abang aku(mampus la aku kalo hancur punah)
  3. zatil yang menjadi pembonceng(nyawa zatil adalah tanggungjawab aku)

ok,3perkara d atas terdapat kesalahan dalam susunan d atas...
aiyayaya~ sepatutnya perkara pertama yang terlintas mestilah ALLAH!!!
satu2 nya tempat aku bergantung harap untuk 3 nyawa..(aku zatil n moto)
sekali lagi tu kelemahan aku insan yang hina dina ni..
malulah aku mengadap Tuhan tanpa bekal yang cukup..
apetah lagi aku langsung tak ingat kat DIA saat kecelakaan tersebut...
astaghfirullah~

selepas terseret dan terpelanting sambil tanganku d hempap sisi kanan moto..
si dia yang menyondol aku dari belkang bergegas keluar sambil memaki hamun kami yang terbaring lesu..(cewah)
"u tak nampak ke kete i nak masuk kiri?" dan lagi2 yang die bebelkan..
sumpa aku tak ingat apa2 melainkan 3 perkara d atas termasuk kesakitan d hempap moto sendiri..(ow,ini yg d katekan senjata makan tuan?)

sambil aku zatil dan moto terbaring lesu..
muncul pakcek2 n makcek2 motosikal yang baik hati tuk alihkan moto aku ke tepi d samping pimpin aku n zatil ke bahu jalan...(terima kaseh pakcek n makcek!)
"u ni,nak mara2 kenape?bukan nk tolong dorg ke ape ke" jerkah sorang makcek yang ku sangkenye sebagai hero kami...
d ikuti dengan cakap2 luar mereka yang berhenti nak tolong kitorg..
sume pun macamnk marah driber tu kerana memilih jalan tuk tengking daripada menolong..
(owh,muka dia cuak suda)

aku melihatkan keadaan zatil,
syukur alhamdulillah dia selamat..tiada calar atau luka..
hanya aku yang luka d tangan kaki dan juga lutut..
berbalik kepada situasi waktu tu..
aduh,memang ramai yang berhenti utk tengok dan juga berhenti untuk menolong..
terima kasih! hanya ALLAh akn balas jasa kalian semua...(termasuk yang berhenti utk tengok.at least dorg prihatin)


aku n zatil yang masih pening2 lalat dan bingung cuba tul kembali ke alam nyata..
terselamat dari maut...yela,mujur ada helmet yang d tanda dengan cop sirim menjadi perisai tuk kepala aku n zatil..(syukur)
kalau tak,mungkin akan ada beberapa jahitan silang pangkah atau jelujur kat kepala kami berdua...
terima kasih ALLAh kerana memberi idea si pembuat helmet tuk mencipta helmet!

ow,berbalik kepada drebar yang cuak yang tiba2 merendahkan nada suara kepada kami..
(yela,da kena sound dengan masyarakat sekitar)
mahu menghantar kami ke hospital,kami menolak dengan baiknya..
tapi atas desakan pakcek n makcek yang menolong..zatil d anta ke hospital sebab dia mengadu pening2...
aku pulak hanya cedera2 yang ku rasa ringan dan mungkin hanya akan d daftarkan sebagai pesakit luar..

d ikutkan hati remaja dan panas baran aku,mahu je aku menyanggah kata2 si drebar kerana menyalahkan kami sepenuhnya..
padahal dia yang menyondol dari belakang tatkala mahu membelok ke kiri...
atas alasan "u tak nampak ke i nak masuk kiri?"
hm,bg aku yg menunggang motosikal kuasa rendah ni..
had kilometer yang ada membataskan aku tuk memecut laju d jalan raya...
si drebar mungkin mengikut aku terlalu rapat d belakang dan d saat mahu membelok, dia tersalah bajet dengan menyangka akan melepasi sisi belakang moto aku..
padahal tidak sama sekali!

konklusinya,semua pun dah terjadi..
dan inilah hasilnya..


minor injured je

dan tambahan luka kat lutut..tak leh la nak upload..aurat maaa~
dan juga tempat2 yang tersembunyi...
hanya luka d tangan je yang boleh d exposedkan...
alhamdulillah~

membiarkan zatil d hantar ke hospital oleh si drebar..
aku menolak kerna lebih memikirkan keadaan motor aku..
kembali aku mengheret motor utk berlalu dari tempat kejadian..(feymes kejap)
dalam perjalanan,beberapa rakan mengecall aku tuk pastikan aku maseh bernyawa..(i guess)
terpaksa berhenti beberapa kali d tepi jalan kerana d serang rasa sakit yang berdenyut2...
luka d tangan berdarah..saket yang nikmat!

tanpa pikir panjang dengan sakit yang tak tertanggung lagi..
tambahan dengan luka d lutut dan kaki..
motor d tunggang hingga ke poliklinik fair park..(belakang uma je)
mujur DR itu sangat peramah..
dan hasilnya aku d suntik kancing gigi d punggung...
adoi,aku menjerit sakit kene cucuk!

balik ke rumah d sambut dengan hosmatz yang masing2 risau dengan keadaan aku..
huhu~ maaf kerana membuat anda semua risau...
syukur d kurnia hosmatz yang mengambil berat..memang terbaek!
sambil memikir jalan dan cara yang sesuai tuk bagitau kt mak pasal accident kali ni..
aiyark~

dan nyawaku yang ke-2 ini akan lebih d hargai untuk bila2..
hinggalah benar2 malaikat Izrail sampai untuk mencabut 'nyawa'ku ini...
dan saat itu, tiada lagi peluang seperti ini...



-terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar.._

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, October 25, 2009

cinta vs CINTA


apa itu cinta?

"lepas beberapa kali usrah aku,ni 1st time kite tak bincangkan tentang cinta" kateku pade die...
"haha..betul tu.." sambil tersu2 lipat sejadah..
"ye la,setiap kali ade usrah isu berbangkit semestinya cinta.sampai aku terpaksa beli buku tentang cinta tuk solvekan persoalan korg (persoalan aku gak)
masing2 pun tergelak...hahaha~

memang tak dapat d nafikan lagi..tulah topik utama yang selalu sahabat2 utarakan waktu sesi musykilah...
cuba juga menjawab dengan ilmu yang sedikit...
menjawab persoalan tentang cinta..naik geli juga kadang2..
tapi itulah benda yang paling dekat dengan usia rumaje ni..(mude lg ni.)
dan untuk pertama kali,rekod itu dapat d pecahkan bila aku hanya menayangkan beberapa buah video untuk menjadi tatapan sahabat2..
alhamdulillah,terkesan juga d hati mereka..sesi usrah berjalan lancar dengan rahmat dan redha ALLAH...

"tapi,kalo korg nak tanya apa2 pasal cinta,silelah..insyallah aku cuba jawab," tidak juga mahu menutup peluang mereka bertanya..
cuma kadang2 perlu lari dari skrip yang streotaip setiap kali...
aku bukan DR.LOVE yang boleh menyelesaikan persoalan mereka..sekadar main goreng2 ayat yang ku rasakan bertepatan..hahaha~

sebagai orang yg d beri kefahaman..(insyallah)
akan aku cuba sampaikan kefahaman tersebut..bukan sebab mahu menunjuk2 aku hebat..
tapi sebab aku mahu melunaskan tanggugjawab dan amanah untuk menyampaikan apa yang tidak tersampai kepada orang sekeliling aku

usia semuda kami ni..(ehem3)
masih terlalu mentah untuk menafsirkan apa itu CINTA...
dan tak d nafikan semua soalan yang pernah d ajukan semuanya berkaitan dengan cinta manusia..
aih~ jiwa rumaje sekarang memang mudah kacau..(termasuk aku le)
mudah je aku jawab...

"kite tak buleh cinte org lain sebelum diri sendiri
dan kita tak buleh cinte diri sendiri sebelum cinta ALLAH"

skema ke jawapan aku ni?mungkin ye..mungkin tidak bagi sape2 yang betul2 paham apa yang cuba aku maksudkan...
dan dengan muka yang terkebil2 aku pun menerangkan dengan lebih lanjut..
(owh,najwa berbicara tentang cinta..dewasa sungguh)
ye,cinta itu soal emosi tapi kita tidak boleh terlalu emosi bila bercakap tentangnya
banyak kali d tegaskan pada mereka...

"cinta itu hadiah dari ALLAH,
selayaknya kita harus lebih mencintai si pemberi hadiah(ALLAH)
dan bukan lebih mencintai hadiah itu..
tolong jangan lawan hukum karma ini..jadilah penerima yang bersyukur!"


kerana dengan adanya Pemberi,baru ada hadiah yang d beri..
jadi,automatik Pemberi itu harus lebih d pujai dan d hargai kewujudanNya...
sebagai contoh lain..bila dengan mak bapak kita yang sangat bermurah hati memberi duit belanja bulan2...
tak kan mungkin kita akan lebih menyayangi duit tersebut lebih dari mak bapak kita..
kerana dengan adanya mak bapak kita,baru ada duit yang d beri..
kan3???
harap korg paham analogi aku ni...

datangnya cinta dari dua sumber...
HAWA NAFSU dan ALLAH...



tak perlu d hurai kot apa beza dua sumber d atas..tepuk dada,tanyalah akal yang waras itu..
cinta itu datangnya dari HAWA NAFSU tapi CINTA itu datangnya dari ALLAH...
itulah yang mahu d fokuskan sebenarnya...

cinta ini bukan taraf tinggi dan hanya menjadi mangsa perosak hawa nafsu semata2...
hanya dapat d capai dengan deria yang lima..padahal CINTA itu akan dapat d rasai dengan deria ke6 juga..(Imam Al-Ghazali)
CINTA selalunya datang dari dalam dan d zahirkan ke luar...
bukan dari luar ke dalam seperti mana cinta...
kita selalu lebih mendahulukan cinta yang kecil daripada CINTA yang besar..
agungkan cinta yang kerdil daripada CINTA yang agung..

jelas ke dengan tulisan aku yang merapu kat atas tu??
andai kate tak paham,sile hentikan pembacaan korg..dan bace sampai paham..
atau mahu aku terangkan dengan bahase lebih mudah??nak tak nak aku kena juga sampaikan dengan bahase mudah agar yang tak paham lebih paham...
CINTA yang aku maksudkan ialah CINTA pada ALLAH..cinta yang aku maksudkan ialah cinta pada makhluk...

adakah dengan CINTA pada ALLAH ini akan halang kita dari CINTA benda lain?
oh tidak..bahkan akan mendatangkan lebih banyak cinta yang bersumber dan berlandaskan ALLAH..(insyallah)
ingat betul2,kekukuhan dan kestabilan sesuatu hubungan antara makhluk akan berlaku apabila ALLAH adalah pengikat hubungn ni dan bukan hawa nafsu..
memetik kata2 Hukama...

cinta adalah hadiah terbesar ALLAH untuk manusia,
dengan hadiah itu terciptalah hubungan cinta sesama manusia

cinta jika d berikan pada manusia tanpa usul periksa,akan robeklah hati d akhir nanti...
tapi jika cinta itu d berikan pada manusia yang juga cinta ALLAH sebagai keutamaanya..
bahagia akan menjadi milik anda...
orang yang bijak akan meletakkan cinta tertinggi kepada ALLAH,Rasul SAW dan makhluk..
kalimah cinta yang d ucapkan terlalu awal pada usia yang terlalu muda adalah dorongan nafsu seks semata..

lalu bertanyala soalan salahkah bercinta?
owh,sekali lagi bercinta itu tidak salah..kerna ianya fitrah kurniaan ALLAh bagi setiap insan..
cuma apabila cinta itu d biarkan tersulam dengan hawa nafsu..maka salah lah ia..
perasaan cinta itu harus d biarkan terjaga peraturan2 ALLAH..
ish,nak bercinta pun ade peraturan ke?

haa..ingat2 ye..
peraturan d buat untuk mengawal dan bukan untuk menyekat...
samelah macam peraturan jalan raya yang ada sekarang ni..
wujudnya sebatang tiang lampu isyarat kat jalan tu adalah untuk pastikan keadaan trafik berjalan dengan lancar..smooth saje..
dan bukan untuk menyekat pengguna jalan raya..
nampak tak beza antara sekatan dan kawalan?

begitu juga dengan cinta yang harus sentiasa d kawal dan bukan d sekat..
berCINTAlah dengan semahu korang dengan kawalan dan peraturan..
agar suci CINTA itu tidak di nodai...
sebenar2 CINTA adalah hanya untuk ALLAH dan hanya keranaNya..
maka,akan terbitlah cinta untuk makhluk yang juga hanya keranaNya..
yang sentiasa terkawal dan terjaga tanpa d biarkan hawa nafsu mengotori fitrah suci ini..




rahsia hati pencinta ALLAH apabila mereka sanggup putus cinta kerana CINTA..




ini hanya sekadar tulisan yang termampu d nukilkan oleh aku yang masih lagi banyak dose yang tak terhitung oleh malaikat kiri kanan aku ni..
apa2 pun..cinta itu indah kerana ia datang dari ALLAH yang Maha Indah..
berhati2 lah dengan hati korang terutamanye rumaje2 d luar sane..
jangan mudah d beri hati tersebut kepada seseorang..
kerana nilainya terlalu tinggi dan berilah ia kepada yang tinggi darjatnya juga..

huh! lame aku merepek pasal cinta ni..
harap repekan ini d beri ruang dan peluang untuk d renungi bersama..

cinta mereka yang mencintai anda
dan bukan cintai mereka yang anda cintai


cukup ALLAH bagiku~

Friday, October 23, 2009

sains yang berplagiat...


syukur Islam itu agamaku~



alhamdulillah..di larikan seketika daripada himpitan perasaan..
di terjahkan dengan perasaan gementar menghadapi exam yang bakal menjelang..
bergelar medical student ni memang la mencabar setiap organ yang berada dalam badan ni..
tapi inikan juga ilmu ALLAH..
bersyukur d beri kesempatan dan ruang untuk ini..
peluang untuk memahami apa itu sains walaupun kebanyakan ilmu sains yang sedang d pelajari itu sumbernya adalah alQuran..
buatkan diri ini berfikir..
"sains itu berplagiat"

ha,paham ke maksud plagiat tu?
kalau tak,sila lah rujuk kamus yang berdekatan ye..
ye betul...sains memang berplagiat
berplagiat dengan 'menciplak' fakta2 yang telah tercatat beratus kurun dalam alQuran..
segala penemuan terdulu atau terkini kebanyakkannya sudah pun termaktub dalam kitab suci ini..



walaupun ramai d kalangan mereka yang berjaya dengan teori2 yang d 'ciplak' dari alQuran
menunjukkan lagi betapa agama yang benar itu adalah Islam..(subhanallah)
bertambah lagi rasa syukur bila belajar mengenai sains yang sebenarnya sangat dekat Pencipta..
buat diri ini insaf dengan Maha Kuasa Si Dia...


1.bermula dengan teori kejadian manusia..
dalam Quran cakap..

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً (المؤمنون: 14)

kemudian Kami jadikan (air mani) sesuatu yang melekat, lalu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging" (23:14) .

dan adalah lagi sambungan mengenai proses yang berkenaan..
terperinci d nyatakan d dalam Quran yang suci lagi murni itu...
selepas itu,barulah sains berplagiat dengan konsep dan jalan cerita yang sama d dalam alQuran..
berdasarkan teori dan asas yang sama..
d mana secara ringkas bagi kami yang belajar growth of fetus ini..

dimana akan berlaku proses penempelan(implantation) d endometrium wall,
dan selepas itu embryo(daging) akan terbentuk dan bla,bla,bla..

ha,ini teori pendek yang d ringkas oleh saya..
samakan macam dalam Quran???
nak lebih lanjut boleh rujuk sini
seperti mana yang d ajar dalam lecture Dr San San Thwin..my anatomy Dr..
semuanya perfect sekali...

2. lepas tu,tentang kejadian langit dan bumi..
dalam Quran kata bumi...

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (سورة الذاريات;47)

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Di sini sekali lagi, perkataan langit digunakan untuk maksud ini.
Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta.
Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
munculah sains yang berplagiat dengan konsep atau teori 'big bang'


Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang..

ha,samekan dengan apa yang Quran dah cakap berkurun lama dulu??
yang baru d revealkan pada abad ke20..
kejadian langit dan bumi d mana adalah satu maka berlaku pengembangan dan setiap bintang2 mula menjauhi satu sama lain...
nak tau lebih lagi,sila baca teori big bang dan relatekan dengan nas2 yang berkaitan..

3. dan yang ke3 tentang formasi berlakunya hujan..
dalam quran kata

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ
وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ
يَسْتَبْشِرُونَ

Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

sains juga mula berplagiat dengan teori dan juga konsep yang sama..
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan.
Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.
.



Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan..

ini bukan saya yang cakap,tapi Quran yang cakap
dan d buktikan lagi dengan sains dan teknologi..
sains itu benar2 berplagiat..
hahaha~


************************************

ha,sebanrnya banyak je pun lagi kata2 ALLAH yang dah terbukti dengan sains dan teknologi yang ada..
sekali lagi d ingatkan..kos yang d ambil ketika dan saat ini sangat menarik jika di akhir nanti di kembalikan balik pada kebesaran Khalik..
betul,menjadi pelajar medik membuatkan diri ini lebih berfikir..
sebab dapat tau hal dunia dan berusaha merelatekan dengan kekuasaan ALLAH...

ini pun baru cket yang d kongsikan..
semakin belajar kt Uni-Kl tu..makin banyak yang tak tahu..
dunia itu harus diiringi dengan akhirat..
baru berkat..
insyallah~

sains itu menarik kerana ianya berkaitan denganNya..
dan sangat dekat sekali!!
moga2 ilmu yang di dapati itu berkat..!





Saturday, October 17, 2009

hati ini rindu...


(dan serulah mereka ke jalan TuhanMu,sungguh kamu(Muhamad) berada jalan yang benar)


"sungguh jalan yang dipilih ini berliku-liku,ibaratnya seperti menggenggam bara api'
cermat kata itu diungkapkan oleh anak2 mad'u sekalian yang ada..
walaupun diri ini tak pernah pun menganggap mereka sebagai mad'u memandangkan masih terlalu banyak kekurangan..
cukuplah sekadar perkongsian ilmu yaang dilakukan..
tersedar bahwa masih cetek segala ilmu yang ada sebagai bekalan tuk ke akhirat yang abadi..

mujur ALLAH itu Maha Kuasa,dipertemukan dengan sahabat yang berusaha menjadi mukmin yang mantap kondisinya...
sekali lagi ucapan syukur itu di ucapkan..
diberi nikmat tarbiyah dan berpeluang menyampaikan tarbiyah itu pada insan lain..
Insyallah..segalanya demi redha ALLAH..
segalanya kerana diri ini SAYANG mereka...

sekali lagi hati ini rindu dengan suasana biah solehah yang telah lama tidak di rasai...
dan mujur sekali lagi dipertemukan dengan biah tersebut..
walaupun jarang,namun sekali bertemu,sejuta satu rasa nikmat menusuk ke lubuk yang paling dalam..eceh3...

"kan bagus kalo hidup kita macam ni..penuh dengan pengisian"
kata-kata sewaktu pergi ke satu kem pemantapan ibadah..
terasa damai je hati bila sentiasa disinari dengan peringatan yang bermanfaat..
tapi,kebenaran memang pahit..
hidup tidak seindah mimpi..
masih ramai lagi rakan-rakan yang tercicir di luar sana..
dan menjadi tanggungjawab untuk membimbing..
tidak sekali-kali mahu menghukum mereka..

dan hati ini rindu juga...
pada nikmat ukhwah yang jarang sekali dirasakan..
mungkin ramai tidak boleh menerima kebaikan dan keburukan seseorang..
tapi,pejamkanlah mata sejenak..sesempurna manakah kita untuk terus mengeji mereka yang setaraf dengan kita yakni taraf sebagai 'abid..

dan hati ini juga rindu..
rindu pada mereka yang rindukan tarbiyah...
jauh di mata,namun dekat di hati...
yang dekat semakin jauh,yang jauh semakin dekat..
pelik sungguh norma dan dogma hidup ini...
bila mereka yang tidak sebumbung menghargai keadaan diri ini..
yang didepan mata,dibiarkan saja...
pandangan manusia pelbagai cara..
pandangan ALLAH itu jauh lebih utama..
"persetankan mereka semua jika masih tidak mnegerti"
terbisik juga kata2 tersebut..
astaghfirullah...

dan hati ini juga rindu..
tapi rindu yang tidak berbalas..cukup lah sekadar itu..
tidak mahu dibuai angin perasaan yang meremukkan hati..
doa sebagai pengubat segalanya..ALLAH dekatkan aku padaMu..
tiada dia,Kau gantikan dengan sahabat2 yang kumiliki tika ini..
besar nikmat Mu itu dan aku mahu jadi insan yang bersyukur..
Alhamdulillah~
"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa." [43:67]




_buat sahabat2 yang menerima kondisi diri ini..syukran jazilan di ucapkan..hanya ALLAH mampu membalas semua itu_

cukup ALLAH bagiku~

Saturday, October 3, 2009

jangan malas nak bersyukur.



kisah 1

R: OMG! u all tau tak apa yg jadi tadi?(dengan muke cuak separuh mati)
N: Huh,apa yang dah jadi?
M: Tau tak bangunan lama tu dah runtuh time kitorang keluar tadi..!
N: bangunan mana? (maseh blur2 lg)
R: bangunan yang kat tepi jalan tu la..
N: Ya ALLAH..betul ke?! (separuh terkejut kot)
M: time pergi 7E tadi lah..kitorang dengar bunyi kuat..tengok2 dah runtuh dah bangunan tu..
R: remuk kot kete viva tu..
N: ada yang mati ke?
M: ade kot..aku dengar pakcek tu cakap tadi..(pakcek d tempat kejadian)
R: kereta viva tu dah memang remuk kena hempap dah pun,pastu de 2 lagi kete tak silap aku kena hempap..ramai giler orang kat situ tadi..
M: nasib baik kitorg park kete jauh sikit dari bangunan tu..kalo tak..tak tau la pe jadi..
(sambil tunjukkan gambar yg d ambil d tempat kejadian)
N: tu lah..alhamdulillah tak jadi apa2..mujur umur masih panjang lagi..
R: tapi tulah,memang tak sangka pun nak runtuh n kalau nak d pikirkan,sape2 pun boleh jadi mangse runtuhan tu..termasuklah kitorang yang pegi 7E tadi..
N: syukur alhamdulillah umur panjang lagi...


huh, tulah citer malang yang terpakse didengari kami serumah...
satu blok bangunan 7 kedai runtuh malam tadi...
(jumaat,9:30)
mujur lah housemate tidak terlibat dalam tragedi oktober tersebut..
masing2 pun mula ucapkan syukur...
syukur umur masih d panjangkan ALLAH...

tragedi macam ni..kat sape2 pun buleh jadi..
dengan muka cuak hosmatz pasti dorang lebih 'trauma' dengan kejadian ni..
saksi d tempat kejadian kot...~~

orang yang mendegar pun cuak..
apa lagi bila dengar ada yang terkorban..innalillah...
kejadian yang sebegini besar berlaku dengan sangat hampir...
dahla hari2 pun lalu kat tepi bangunan usang tu...

sedikit bernasib baik bangunan tu runtuh malam..
kalau siang mungkin akan lagi banyak mangse...
memandangkan lagi banyak kereta kat jalan time tu...

pagi je,terus belek2 surat khabar online...
maybe buleh share sikit dengan sahabat2 luar sane..


2 maut di hempap bangunan


viva in d house

IPOH: “Dua rakan sempat memaut tangan saya ketika saya merangkak keluar dari kereta, tapi sejurus selepas itu, satu lagi blok bangunan runtuh menyebabkan saya gagal menyelamatkan mereka.

“Saya hanya sempat melihat tangan mereka terkulai layu,” kata Abdul Qudus Ismail, 21, mangsa tunggal yang terselamat dalam kejadian sederet tujuh rumah kedai yang runtuh dan menimpa empat kereta di Jalan Kamarudin Isa di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, dua rakan Abdul Qudus yang menaiki Perodua ViVA dipandunya maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan sempat menyelamatkan diri.

Abdul Qudus yang cedera parah termasuk patah pinggang dan tangan kanan menceritakan detik cemas itu kepada abangnya, Abdul Naim, 28, selepas menghubunginya melalui telefon bimbit.

Dua rakannya yang terbunuh ialah Mohd Firdaus Mohd Norzila, 23, dan seorang lagi Zairee Mohd Sabri, 25.
Abdul Naim berkata, adiknya yang bekerja sebagai juruteknik komputer di sebuah syarikat di sini, menghubungi telefon bimbitnya kira-kira jam 10 malam bagi memaklumkan kejadian itu.


“Sebaik menemuinya di hospital, Qudus yang masih sedarkan diri, menceritakan detik cemas kejadian itu. Dia memberitahu, ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba bangunan lama di tepi jalan yang sedang dalam proses dirobohkan, runtuh dan menimpa kereta dipandunya.

“Adik saya sempat merangkak keluar menyelamatkan diri dan ketika itu dia memberitahu saya, dua rakannya memaut tangannya dan menjerit supaya mengeluarkan mereka, tetapi dia gagal berbuat demikian kerana berlaku runtuhan kedua meranapkan keretanya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata anggotanya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.50 malam dan mendapati empat kereta jenis Honda Accord, Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Perodua Viva berada di bawah runtuhan itu.

“Difahamkan ketika kejadian, kerja merobohkan bangunan berkenaan sedang dijalankan kerana sebuah jentolak masih berada di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan berkenaan semalam.

Zulkifli berkata, dua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.

“Mangsa yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama dan pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mencari punca sebenar berlakunya runtuhan itu,” katanya.

Manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut melawat tempat kejadian berkata, kerajaan negeri akan menghantar bantuan kilat kepada mangsa terbabit dalam tragedi itu.

“Selain itu, kita akan menyiasat semula sama ada notis kerja meroboh bangunan terbabit sudah dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk diserahkan kepada tujuh pemilik kedai berkenaan.

“Difahamkan, tujuh pemilik bangunan kedai lama itu sudah bersetuju untuk meruntuhkan kedai agar ia dibangunkan semula dan beroperasi seperti sediakala,” katanya.


sumber:hmetro.com

sebab tulah kite kene bersyukor dengan sebenar2 syukor...
walaupun sekecil2 nikmat...
syukur tu amatlah penting..
bayangkan 1nikmat d tarik..maunye hidop tak keruan..
merungut..mengeluh..memekik..meracau..melolong..dan macam2 lagi la..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(29:2-3)

ayat atas ni popular kot..
mujurlah kite ni umat nabi Muhammad..
segala azab bencana akan d tangguhkan sampailah hari akhirat nanti..
beza dengan umat Nabi2 terdahulu..
ingkar sikit..terus dah dapat azab..
ha,kan bertuah umat Nabi Muhammad ni..
so,ucapkanlah syukur kerana terpilih menjadi umat akhir zaman ni..
bagus2..muge sama2 pertingkatkan kadar kesyukuran dalam diri..

ingat,walaupun sekecil2 nikmat ye..bersyukur lah..
janganlah malas sangat nak bersyukur..
sakit itu juge nikmat..
susah itu juge nikmat..
perit itu juge nikmat..
kalau hidup kite berkat..
insyallah,akhirat nanti same2 kite selamat..
amin~

pandai2 lah bawak diri dalam dunia akhir zaman ni..





oh ye..sebelum mengakhiri entry kali ni..
ade 1gambar yg terpakse d upload...
no komen tuk gambar ni,


(kad ari raye yg kununye ikhlas tuk aku..xpe..aku bersyukur!)

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar