Sunday, August 29, 2010

mukabuku?


bila yg buruk itu adalah yang terbaik

innahu minsulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...selamat sampai ke Ipoh semula..walaupun cuti sebenarnya sampai hari Selasa..
tapi takpelah..hati udah rindu bangat same Ipoh dan seisinya...eceh!

kali ni takde isi yang berat mahu d kongsikan..sebab aku malas nak menaip memandangkan mataku layu meliuk lentok mahu ketiduran...jadi tuk hilangkan kemengantukan tu aku pun membuka akaun 'mukabuku' aku...wah3~
memang banyak betul notification daripada peminat2 aku d luar sane..
membuatkan mata yang mengantuk kembali cerah..badan yang lesu menjadi segar bugar sesegar embun pagi...

melayan segala jenis video yang d tag..d share..aku tersenyum sendirian...=))

mujurlah berkat bulan Ramdhan ni..banyak video2 yang menginsafkan yang d share oleh sahabat2 d alam maya tu...yang boleh bukak jiwa..hidupkan balik hati yang mati ni..

atleast..
adelah jugak sumbangan kita semua tuk berdakwah pada yang lain walaupun bukan berdakwah dengan cara Nabi...
tapi ini adalah alternatif yang baik..permulaan yang bagus serta mukaddimah yang harus d teruskan dengan lebih mantap lagi...

kaedah sharing is caring and caring is loving ni mmglah sangat bagus...
saat umat Islam ni hanya tinggal berapa kerat je yang faham Islam tu ialah apa...dan faham tujuan hidup dan faham kehidupan d sana nanti...
memanglah bagus alternatif dengan kaedah sharing2 ni..
tapi tahap keberkesanan tu kita tak boleh nak ukur...

sebab apa?
sebab dulu zaman Nabi...waktu satu umat memang tak tahu apa tu 'mukabuku' dan tahap teknologi pun masih d tahap C class lagi..
cara Nabi berdakwah dengan bergerak ke sana sini..jentera dakwah yang selalu berhijrah tak kira masa..
kerah keringat peluh dan segala penat lelah...hasilnya!
muncullah Islam d seluruh pelusuk dunia...termasuklah d Malaysia ni...alhamdulillah..

itu semua hasil berkat usaha titik peluh para sahabat Nabi dan para pekerja Islam dalam sebarkan dakwah...yang berjalan sebarkan Islam siang malam...hebat betul iman yang Nabi tanamkan pada sahabat2 baginda...

tapi itu semua dulu...1400 yang lalu..saat iman dan Islam masih kuat melekat d hati masing2..
jauh berbeda dengan zaman le ni...
dan sepatutnya dengan kemajuan teknologi sekarang ni..yang d tahap A+++ jalan dakwah tu boleh d perbesarkan lagi...

yakni dengan apa yang berlaku d 'mukabuku'...share/tag video/notes yang boleh d jadikan pengajaran tuk kita semua...TAPI! haaa....ade TAPI nya tau...

janganlah korang..maksud aku..janganlah kita semua ambil jalan mudah dengan hanya berdakwah dengan cara alternatif ni...langsung terus lupakan cara Nabi berdakwah dulu...
ini hanyalah salah satu alternatif saja..dan masih ada lagi cara utama yang Nabi dah tinggalkan pada kita..yakni cara Baginda berdakwah...

dan aku sendiri suka tengok sahabat2 yang dulu kononnya segan nak bercakap pasal agama..dengan alasan tak cukup ilmu tapi sekarang dah lantang dan berani tuk tampil..
alhamdulillah...
sebab aku dok tengok d 'mukabuku' atau d mane2 sekalipun...banyak je web2 yang menghina Islam dan memutarbelitkan..mujur dengan kaedah sharing2 n jugak belog2 yang bg info pasal agama kita tu dapat tepis segala tohmah serta fitnah yang melanda...

notakaki:hargailah.hargailah.hargailah.dan jangan menyakiti.


cukup ALLAH bagiku~

Friday, August 20, 2010

bagaimana nak berpuasa?


ramadhan kareem

ASSALAMUALAIKUM!!!!

begitu besar dan bersinar ucapan salam yang aku utarakan pade kamu2 semua...dan haruslah wajib menjawab ucapan salam aku tersebut...cepat jawab..~ (waalaikumsalam...)
sebelum tu aku nak menjerit wwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhaaaaaaa!
sebab dah lame tak menulis d dalam belog yang bagai retak menanti belah ni...

so...sekarang kita berjumpa lagi lepas beberapa lama detik masa dan ketika aku bersara...
walhal aku tahu korang pun sebenarnya tak kisah pun dengan belog usang musang aku ni...
tapi aku maseh suka berpura2 yang belog aku ni maseh ade pembaca..(termasuk aku pun bace belog aku ni..)
dah berapa bulan aku tak merapu dengan ayat2 sentap dalam ni....selama itulah macam2 perkara sentap yang terjadi kat batang hidungku yang mancung ni...dunia realiti memang menakutkan mengerikan dan kadang2 menjengkelkan diri aku serta seisi yang ada...
(dunia dunia dunia yang bijak menipu dan akulah mangsanya..)

tapi tidaklah aku mahu mengongsi fa chai cerita2 tersebut..tak perlu dan bukan sekarang masanya...dan sempena bulan Ramdhan yang baru masuk hari ke10 ni..takdelah terlewat tuk aku ucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barakah ni...tapi mungkin terlalu awal tuk aku ucapkan selamat hari raya...
(walau lg ramai yg excited nk sambut raye dari puase..hampeh!)

tapi melihatkan keadaan umat yang parah lagi kian menuju punah ni...aku tak rasa pun Ramadhan ni bawa kesan apa2...ye2..memang la ade kesan terutama dari segi kondisi perot yang mungkin bertambah inci..akibat sumpahan bazaar Ramadhan yang susah d tewaskan...
tapi perubahan yang aku maksudkan adalah dari segi rohani diri dan iman d hati..(waaah2~~)

walaupun dah d beri peluang tuk hidup sampai sekarang..tapi kalau tahap puasa kita maseh lagi d tahap budak2 hingusan yang baru bertatih puasa..yang masih mengharapkan ganjaran duit sebagai balasan puasa penuh..memang patut malu dan sayulah kita semua...

masih ramai...tak2...maksud aku masih raaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiii lagi umat d zaman ni yang tak tahu cara berpuasa dengan betul...(termasuklah aku yang kadang2 puasa sekadar puasa)
walaupun ada yang dah berjanngut..dah bermisai..dah bertongkat..dan ada juga yang dah hampir menopause...tapi masih berpuasa macam budak2 hingusan yang baru bertatih nak puasa...

oh sabar2...aku bukan menghina sapa2...bukan mengaibkan mana2...hanya mahu berkongsi cerita dan rasa...kerna aku juga masih belajar cara berpuasa dengan betul...memandangkan setan sudah d rantai dengan jayanya..maka sepatutnya tiadalah masalah jiwa iman dan hati lagi...tapi perkara sebaliknya berlaku..nampak sangatlah manusia tulah yang sebenaranya telah berubah menjadi setan yang zahir d pandangan mata kita semua...mujurlah muka tak berubah jadi buruk..hanya hati je yang bertambah busuk..
(na'udzubillah)

so, d sebabkan setan dah takde..yakni bapak segala kejahatan dah takde..tapi maseh lagi onar2 kejahatan berlaku d bulan mulia ni..so,secara senyap2..setan telah wujud d kalangan manusia bila perkara mungkar masih terjadi...ow,dasatnye..~

tapi bukan itu fokus utama aku..cuma yang aku mahu kongsikan d sini ialah bagaimana nak berpuasa dengan jayanya..bukanlah bermaksud puasa kita selama ini salah..namun perlu d tambah baik dengan beberapa ramuan yang akan menjadikan puasa kita superb mantap hebat serta berkat!!!

nak tahu macam mana nak puasa dengan betul kena tahu dulu definisi puasa tu apa..tak kenal maka tak cinta kan kan kan??? walaupun dah masuk hampir 20tahun puasa tapi definisi puasa pun tak lepas...malu dan sayulah hati ini...isk3~~

aku tanya..apa maksud puasa?

korang jawab..menahan diri dari lapar dan dahaga..

aku jawab balik dengan berkata...tak puasa pun boleh tahan lapar gak..orang miskin yang fakir serta tak mampu pun tahan lapar dan dahaga hari2 sebab tak mampu,orang ..kuis pagi makan pagi...(sambung snediri peribahasa ni.)

dan korang jawab balik...puasa tu tahan lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga terbenam fajar..

aku jawab balik dengan berkata...itu tempoh masa berpuasa..aku mahukan maksud puasa..

dan korang pun jawab balik...puasa ialah mencari reda ALLAH..

aku jawab balik dengan...ibadah lain pun carik reda ALLAH jugak..solat zakat haji sedekah blablabla...

dan korang jawab balik dengan berkata...puasa ialah memberi kerehatan pada badan serta kesihatan...

aku jawab balik dengan berkata...ibadah lain pun memberikan kerehatan dan kesihatan..solat tu contohnya...

dan korang jawab balik dengan muka menyampah lalu berkata..so what is the answer bro??!!!

ha ha ha..ok...sorry..meh aku jawab...
puasa ialah membawa ketaatan MALAIKAT dalam diri...

erk..terkedu kaku korang semua...sabar2...jangan kate aku pengikut ayah pin atau mane2 ayah sekalipun..aku maseh d dalam keadaan sedar diri..
Ya, membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum...dan juga puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja..tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat...yang mana:

  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..,

Pendek kata...kena 'puasa' segala galanya..bukan perut sahaj...tapi buat apa yang malaikat buat.. iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat.

jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan agama lain...just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..

(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)

untuk pengetahuan korang...ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu:

-Berpuasa.
-Beriktiqaf dalam masjid.

iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah...juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu memeberi tumpuan kepada perkara perkara yang menyukakan Allah...dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan!!!!

berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..,maka bila beriktikaf dalam masjid lama lama bersama sama dengan malaikat...sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita..,

kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat..berangan kosong...tengok TV...baca majalah hiburan/sukan ...dan lain lain yang melalaikan,

DAN.., untuk dapat hakikat puasa,
kita kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa...tak kiraler, di rumah ke atau d mana saja anda berada.....!!! dan INILAH HAKIKAT PUASA!!!
almakulumlah...bulan bebas setan..so sepatutnya tak ade alasan tuk tidak boleh melakukan semua ini..tapi biasalah...hakikat manusia yang suka beralasan...akan beri alasan nafsu sebagai halangan utama...dan berkenaan nafsu aku sudah merapu panjang di sini...

jadi janganlah menjadikan nafsu itu satu isu utama...
bila lagi nak berjihad lawan nafsu bila peluang dah ade terang2 depan mate...ketidakwujudan setan akan memudahkan lagi kerja kita melawan nafsu...
tapi kalau masih tak berjaya lawan nafsu walaupun setan dah takde...erk,pandai2 lah pk sape yang setan sebenarnya...

so..jadi....
cara mendapat hakikat puasa yang sebenar2 puasa...

1. berpuasa di siang hari dan

2. BERIKTIKAF di malam hari!!!

itu adalah dua cara untuk mendapatkan/mendatangkan sifat ketaatan macam malaikat..insyaAllah...
sama2 kita mengejar dan menggunakn bulan Ramadhan yang merupakan hadiah pada umat islam..bulan tuk tambah amal!

wallahulam..

notakaki: masih d takuk lama terimakaseh






cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar