Wednesday, October 26, 2011

alim atau zalim?


selalu zalim..kadang2 je alim...thats me..-.-'


innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...maseh ade nikmat iman dan Islam dalam diri..walau iman selalu down tapi akan segera d 'up' kan balek..Insyallah...hah...ayat poyo je kan..yela..cakap pasal hal agama mana boleh main2...mana boleh gelak ketawa sampai mengalir air mata dan segala air yang ada...

walaupun fenomena sekarang adalah macam ni

'hang p tak ceramah kat surau semalam..'
'erk..aku x p la pulak..awat..ceramah pasai apa?'
'rugi woo hang x p..ustaz smlm lawak giler..kembang kempis perut aku gelak..'
'ow..baguslah..haa..pe y ustaz tu ceramah semalam sampai ko gelak sangat tu?'
'hmm..jap eh aku recall..x igt la..igt gelak aje..hahahha'


hah! kantoi...yang d ingatkan bukan isi ceramah tu..tapi lawak aje yang d ingatkanye..aiyoo~
kalau boleh ingat dua2 lagi bagus...isi ceramah ingat..isi lawak pun ingat...almaklumlah..sekarang ustaz ustazah pun kena pelbagaikan cara dakwah nak tarik golongan muda..(aku la tu..)

alaa..macam ustaz azahar idrus yang ramai orang muda sekarang minat tu...haa..kan bagus..dalam lawak ade mesej..dalam ketawa ada peringatan dalam kepala..hah! kan ramai orang muda sekarang dok like and tengok ceramah ustaz pastu dok share..dengan harapan adalah pahala sedas dua yang kita dapat...



sekarang aku nak luahkan rasa syukur aku pada ALLAH..sebab ramai orang kat sekeliling aku dah start berubah ke arah yang lebey baik..(sambil aku ignore mereka y maseh d takuk lame)
dan dalam masa yang sama aku rasa cemburu tengok perubahan dorang sedangkan aku pun maseh d takuk lama..peh..sentap gak ni bai~

aku pun kena bergerak maju ke hadapan tuk sama2 jadi baik macam dorang semua...Insyallah..
nak buat baik konfem ALLAH tolong...kena berani tuk ambil langkahan yang pertama aje..the rest ALLAH akan ada..

dan sekarang aku tengok..d celahan ramai yang takut nak ambil langkahan pertama tuk berubah..tetap ada segelintir mereka yang punyai keberanian tersebut...satu pujian dan kata syukur aku panjatkan pada ILLAHI...

macam kes Abdullah ibn Maktum..seorang buta yang datang kepada Nabi tuk peluk Islam...namun waktu tu Nabi tengah sebok berdakwah dengan pembesar Quraisy..dan secara tak sengaja telah memalingkan muka pada Abdullah dan meng'ignore'kan beliau..maka berkecil lah hati Abdullah..walaupun buta tapi tetap dapat rasa layanan dingin Nabi waktu tu..maka datanglah peringatan dari ALLAH

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya. Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberikan manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal, tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki, tentulah ia memperbaikinya. (Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti.” (Abasa: 1 — 6).


maksudnya kat sini...orang yang dengan sendirinya mahu berubah tanpa perlu kita suruh (hasil hidayah ALLAH) adalah lebih baik dari orang yang kita tengah dakwah tapi dok ignore je dengan apa yang kita sampaikan tu...

dan kadang2 orang yang macam nilah yang jadi sumber kekuatan tuk kita terus tsabat dalam jalan dakwah ni..walau ada yang ignore nasehat..walau ade yang sindir balek..walau ada yang perli baik punyee..walau ada yang sinis tahap dewa..walau ada yang tengking sampai nak pecah telinge dan walau ada yang kadang2 menabur fitnah sesedap rasa...tapi apalah nak d bandingkan dengan dakwah zaman Nabi dan para sahabat dulu...

its nothing to compared with them!!!
satu nisbah sepuluh pun tak kan sampai degree kesukaran kita dalam nak buat baik ni...kan kan kan..so berhenti mengeluh,dan tersenyumlah melihatkan golongan2 yang tengah berubah tanpa perlu d suruh ni..Alhamdulillah...walaupun kuantiti mereka kecil tapi ciri2 Abdullah ibn Maktum ada pada diri mereka...

kalau dakwah kita tak berhasil..jangan salahkan mereka tapi pertama sekali salahkan diri sendiri..

kita cakap pasal agama,tapi solat pun maseh tak reti nak jaga...kita cakap pasal agama tapi mulut laju tak terkata...kita cakap pasal agama tapi ikhtilat entah ke mana...kita cakap pasal agama tapi dalam hati penuh buruk sangka...cakap pasal agama tapi quran malas nak baca...dan kita cakap pasal agama tapi itu hanya mainan d bibir semata...so macam mana manusia nak dengar dakwah kita?

aku tak cakap kite perlu sempurnakan diri dulu tuk cakap pasal agama tapi kena ingat,apa yang d kata itulah y harus d kota terlebih dahulu..
nak cakap pasal agama,cakaplah...tak ada sapa nak halang..aku pun tak halang..tapi sila usahakan tuk mengotakan apa yang d kata...refleksi diri kembali..usah sombong dan bangga diri..

dan pesanan ini adalah untuk aku terutamanya..kadang2 aku alim dan kadang2 aku juga zalim pada diri aku sendiri..kadang2 aku malaikat dan kadang2 aku juga boleh jadi syaitan...ALLAH~

d mata manusia mungkin kita mulia,d mata ALLAH mungkin kita penuh hina...no one knows..
ingat,biar hina d mata manusia...namun mulia d sisiNya..

sama juga dengan semua manusia d luar sana...adakala alim dan adakala zalim..fenomena ni pasti terjadi pada sesiapa saja yang bergelar manusia..wah..yakin je aku ni kan..padehal jadi kat aku sorang je pun..huhu!

samalah macam fenomena sekarang ni...cuba tengok kat fesbuk...peh..ramai bai yang dok share benda2 ilmiah serta dakwah ni...segala jenis video..link..madah pujangga..firman serta sabda Baginda...ramai yang kongsi..alhamdulillah..tahniah serta syukur pada ALLAH...

tapi tak cukup bai...tak cukup...

'eh ko ni banyak bunyiklah..kire okla orang tu share benda2 camtu..ko nak pe lagi?'
'penat tau aku kopi pasta dari belog2 orang..kau nak kate tak cukup lagi..'

lek bro..jangan melenting dulu..memanglah benda tu baik tapi boleh d baikkan lagi dengan perbuatan dan tingkah laku...kata2 yang hanya terukir d dinding fesbuk tak kan mengubah apa2...teori semata tanpa amali kelak akan makan diri sendiri..

samalah macam makan nasik..tak cukup dengan nasik kosong warne putih bersih aje..mesti nak tambah lauk sebarang dua..kuah sesudu dua..paling koman pun ada kicap dan telur mata..hah! baru feel nak makan tu ada...ye dak?

samalah macam kondisi kita sekarang ni..hanya galak menulis dan kopi pasta..tapi bila d ajak tuk d susuli dengan perbuatan,lemah terus dada...gelap gelita dunia...eceh~

teori(nasik putih) d susuli dengan amali (lauk)...ok! itu WAJIB~ bukan aku yang kata...tapi Nabi yang kata..

jangan hanya alim d fesbuk...tapi zalim d alam nyata...jangan hanya alim mengukir kata..tapi zalim tingkah laku kita...jangan hanya alim menegur salah sendiri...tapi zalim menegur salah orang sekeliling...jangan hanya alim d mata manusia tapi zalim d mata ALLAH!

ok pesanan ini khusus tuk aku yang perasan alim tapi maseh lagi zalim..dan umumnya tuk korang yang sedang baca muge ade yang terasa dan cepat2 muhasabah diri semula...

'share video ceramah..kata2 ilmiah..molek dah tu,tapi lagi molek kalau kita sendiri turun padang tengok dan cegah masalah umat yang kian melata dengan jayanya'

jangan anggap tanggungjawab dakwah kita dah lepas kalau sekadar tulis..conteng2..sharing2 kat fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi tah yang ada..itupun hasil kopi pasta..aish~

cuba bayangkan kalau zaman Nabi dulu ada fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi yang ada,then umat zaman tu hanya sebarkan Islam guna fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi yang ada...maunya Islam ni nak sampai kat Malaysia...jangan harap bro..jangan harap!

mohle kite rehatkan jari jemari yang montel2 tu dengan kuruskan kaki yang gemuk dan lenguhkan mulut dalam nak bergerak melangkah meneruskan kerja dakwah pada masyarakat yang NYATA d luar sana...bukan sekadar d alam maya semata2...

muge ALLAH beri hidayah dan kekuatan pada umat akhir zaman..yakni kita semua tuk mengalimkan diri d mata ALLAH terutamanya...

notakaki:dalam dakwah pun tak terlepas dari jarum setan..so berhati2 lah semua..tak semua yang kita ingat pahala adalah pahala..selagi setan itu akan..pasti terselit cabaran tuk men'dosa'kan pahala..^^


cukup ALLAH bagiku~

Sunday, October 23, 2011

kita Islam,mana bukti?

ayuh selamatkan aqidah umat...!!!!


innahumin sulaimaan wainnahu bismilahiirahmanirrahim...

Alhamdulillah...baru sahaja pulang dari HIMPUN..terus pulang ke IPOH...biar sendi serta tulang belulang penat..namun tak kan pudar semangat jihad dalam diri..Insyallah...banyak perkara yang dapat d kutip sepanjang HIMPUN..selari dengan diri yang maseh banyak karat jahil...

pulang dengan sejuta harapan agar suara2 kami d HIMPUN akan d beri perhatian oleh pihak yang berkenaan...bila lagi lah masing2 nak bukak mata bahwa aqidah umat sedang tenat dan perlukan mekanisma tuk merawat segala jenis karat yang menyakitkan dan membantutkan pertumbuhan agama d bumi sendiri...

kita teruja bila bercakap pasal negara Islam..pasal HUDUD...pasal politik...pasal parti sana sini..pasal benda yang besar2 kitalah juara ketika d bawak berbicara...

namun kita buat2 tak tahu bila perkara asas maseh lagi jauh nak meresap dalam diri...kita terkedu bila sekecil2 perkara macam solat lima waktu secara berjemaah pun kita tak mampu (lebey2 lagi solat jumaat..banyak y ponteng..)..kita tak kesah pun bila solat d awal waktu pun kita tak mampu..kita tak kesah pun bila kita maseh cegah mungkar dengan hati yakni selemah2 iman..dan lagi teruk lagi bila kita tak kesah pun nak bersatu walau berkongsi aqidah yang satu...
ALLAH~ memang sah kami umat akhir zaman yang Nabi dok kabarkan beribu tahun dulu...

mata yang selama ni terbukak kini terbeliak lagi luas bila hadir ke HIMPUN semalam...ternyata maseh banyak lagi kerja dakwah yang harus d lakukan tuk kuatkan kembali pegangan aqidah umat Islam..dan juga aqidah sendiri..(tu yang paling utama)

sudah terlalu lama pemuda pemudi Islam hanyut dengan tipuan dunia yang sementara ni...tanpa hiraukan sedikit pun nasib d akhirat kelak satu hari nanti..

berapa ramai daripada kita yang bermuhasabah diri hanya tuk 1-2 minit yang pertama..dan baki 23 jam 56 minit yang seterusnya kembali hanyut dengan dunia dan nafsu yang d biarkan terus membelenggu...itulah kita...umat Islam..yang kononnya Islam..namun bila d tanya pasal agama sendiri masing2 menguis kaki d tanah sambil tertunduk malu tanda tak cukup ilmu...

namun bila d tanya pasal gosip melodi terbaru..d tanya mengenai lagu k-pop yang terbaru..d tanya mengenai movie terbaru d wayang...d tanya mengenai lagu baru d radio...kitalah juara! pemuda pemudi Islam inilah JUARA!!!

syabas sahabat semua...berjaya jadi pemuda pemudi Islam yang kian layu dan terus layu...tanpa sedar umat Islam kian d tindas,makin d tindas dan terus d tindas...katanya...

"itu terjadi d negara orang...bukan negara aku.."
"itu kat negeri orang..bukan negeri aku.."
"alaa..benda tu dekat daerah orang..bukan daerah aku.."
"rileksla..benda tu jadi kat keluarga orang..bukan keluarga aku.."


sampailah berlaku kat batang hidung sendiri...barulah stat nak tuding jari kat orang sekeliling...

"ini sume salah ustaz..saya hantar die supaya ustaz boleh tengok2 kan anak saya.."
"inilah yang jadi bila media tunjukkan benda2 tak senonoh pada umum..anak saya dah terpengaruh.."

dan banyak lagi laungan dan pekikan bila perkara yang tak d ingini terjadi pada diri sendiri...ALLAH~

mulia manusia kerana Islam..bila Islam tu d cabut..maka hilanglah mulia..datanglah hina...

aqidah umat yang sangat tenat...d tambah lagi dengan ketandusan pemuda pemudi Islam yang berani memegang panji Islam..yang sedia menjadi benteng agama d saat agama d fitnah dan hina d bumi sendiri..malah d seluruh dunia...

sedih bila diri sendiri juga seringkali lalai dengan amanah dan tanggungjawab yang d berikan ALLAH...

bertambah sedih bila pemuda pemudi Islam terus lalai dengan hiburan dan permainan dunia..sedangkan keringat kita semua sangat d tagih tuk tegakkan Islam d bumi ALLAH ni...

  • yang kaki wayang terus hanyut dengan segala update cerita terbaru yang ada...tak kesahlah walau terlambat waktu solat sekalipun..asalkan tak miss movie yang d minati..padahal akhirat nanti perkara pertama yang d tanya adalah solat..gagal solat..maka gagal lah seluruhnya...
  • yang kaki download lagu terus hanyut dengan lagu2 omputih terbaru..tak habis dengan tu..dok share link lagho kat fesbuk..tanpa sedar..dosa lagho orang lain akn bertambah d bahu sendiri sebab kitalah iniator duk share benda2 lagho..
  • yang kaki karok terus dengan microphonenye...pas satu lagu..satu lagu lagi habes..tanpa kesah mungkin azan sedang berkumandang..tanpa kesah duit d biarkan habis sebab gian nak nyanyi...stress katenye..maka selamat laha anda nanti stress d depan ALLAH nanti..
  • yang kaki TV sebok dok habeskan mase depan tv..setiap episod akan d update..bila jalan cerita kurang d senangi..mulalah tak puas hati itu dan ini...kenapa watak hero tak hensem..kenapa heroin cantik sangat...tak sedar watak dan peranan diri sendiri pun maseh belum d laksanakan dengan baik...

dan inilah wajah kita..wajah pemuda pemudi Islam yang terus hanyut dengan nikmat dunia...tanpa rasa takut azab d akhirat...ALLAH...

"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?" (alAn'am:32)

tu belum lagi aku masukkan tentang kaki kaki cinta d luar sana...yang sibuk melayan cinta nafsu yang takde hala tuju..
bila pemuda pemudi Islam hanyut dengan mainan cinta...jiwa kacau..emosi memanjang..masalah cinta monyet..cinta remaja yang tak berpenghujung...ALLAH~

lemahnya jiwa manusia bila d uji dengan cinta..lemahnya para pemuda Islam bila d hadirkan dengan ujian wanita...dan lemahnya pemudi Islam bila d uji dengan mainan cinta si jejaka...
maka masing2 terkulai layu dengan ucapan 'i love you' ' you love me'...

ALLAH ALLAH ALLAH...nikmat hidup yang ALLAH kurniakan satu pun kita tak pandang..satu pun tak terasa mahu bersyukur...satu pun kita tak hirau...satu pun kita tak rasa malu tuk menerima..

yang kita hiraukan adalah pujukan nafsu yang kian membuak setiap hari...nak itu dan ini...buat itu dan ini..tanpa kesah syariat dari ALLAH..halal dan haram d biarkan bercampur..dengan alasan 'semua orang pun buat..'

bangkitlah semua pemuda pemudi Islam...kerahkan keringat tuk agama yang kita semua cinta.. bila lagi nak berbakti tuk agama ALLAH ni...tak cukup dengan hanya lafaz syahdah tapi dalam dada kita hampeh..tak cukup setakat solat lima waktu tapi penuh tak khusyuk...tak cukup dengan puasa tapi mengumpat maseh ada..

apalah ada pada penat lelah kita kalau nak d bandingkan dengan penat lelah Nabi dan para sahabat tuk sebarkan Islam dan tegakkan Islam...jangan jadi umat yang kufur dan tak reti bersyukur dengan nikmat Islam yang kita dapat dengan percuma ni...

penat dah kumpul dosa...sampai masa tuk tadah pahala..sampai masa tuk cari berkat dan redha ALLAH..muge surga ALLAH tu bukan sekadar angan2..
bertukar haluan dari neraka ke laluan surga..kerna matlamat kita adalah redha ALLAH demi ke surgaNya..

belajar jadi hamba yang reti bersyukur..bukan hamba yang kufur..

notakaki:umat Islam maseh lemah..harus bekerja dengan lebih lagi..demi agama ALLAH..demi risalah Nabi..buktikan bahwa kita ini Islam...ALLAHUAKBAR~


cukup ALLAH bagiku~

Saturday, September 3, 2011

DOCTOR wannabe?


(poyo saje)

innahumin sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

setelah berkurun lamanye aku tak update belog usang aku ni..Alhmdulillah..turun wahyu dari langit tuk aku berkongsi cerita kali....(melampau ok..ilham suda~)
tapi tolong jangan harapkan perkongsian yang bombastik ala2 sarkastik gitu dari aku..sebab ini hanya penulisan yang bodoh2 alang d saat aku malas nak membuka buku tuk sambung study..erk~

ok..back to the story..Alhamdulillah..walau banyak je dosa aku selama aku cecah umur akil baligh ni aku tetap boleh bernafas sehingga lah 5 Syawal ni...syukur ya ALLAH..^^
dan Alhamdulillah jugak..sepanjang tiada apa2 update ni..hidup aku berjalan seperti biasa..mungkin kadang2 ada luar biasa..dan mungkin kadang2 ada suam2 kuku jugak...

dan! Alhamdulillah sekali lagi..aku berjaya melangkah ke clinical year as a medical student..walau bukanlah secemerlang sahabat2 yang lain..namun syukur tu WAJIB aku panjatkan...akhirnya sekarang dah nak final exam dah ni...ALLAHU ROBBI... (tym exam nak pulak update belog..gatal)
-k,sekian update tentang hidup-

sekali lagi back to the real story...melihatkan kebanjiran pelajar2 medic kat Malaysia ni..termasuklah kat kolej UniKL-RCMP yang kecik molek ni..buat aku terfikir..cukup ke menimba ilmu selama 5 tahun tuk melahirkan seorang doktor yang betul2 berkualiti...lebih2 lagi tuk lahirkan doktor muslim Islam yang se'gah' doktor2 muslim kat luar sana yang mana kau kau dan kita semua tahu memang ciput sangat jumlahnya...ALLAH~

aku bukan apa..sebab aku ni suka perasan aku ni bagus...so aku pun dengan tak malunya muhasabah diri balek..cek diri aku ni balek..dah hampir 3tahun belajar ilmu kedoktoran tapi...ciri2 doktor yang muslim yang berjaya yang berkualiti maseh jauuuuuuuuhhh lagi tuk aku gapai...ini serius..(nada wonderpet!)

erk...bukan nak kate aku soranglahkan..(padehal memang aku pun),rata2 sahabat se'batch' aku kat sini..bila dah masuk clicical year ni...peh..tocang naik kot! erk.. yang dulunya jurus..baik..pijak semut tak mati..tapi bila konon dah jadi abang besar ni (besar sgt la clinical year punye taraf)
perangai itu selupa tadak mau sekola punya olang woooo~
dan ini..dengan rajinnya aku listkan perangai bajet 'abang besar' budak2 medik yang kononnya dah hebat sangat bila dah masuk clinical year ni...

  1. lecture pagi ke petang ke tak pernah datang,kalo datang bila dapat hidayah Tuhan je...tapi attendance full! (mumtaz ya sheikh)
  2. datang belajar hanya tuk bedside je..takde bedside jangan harap nak nampak batang kaki kat kolej..
  3. kalau datang lecture pun..datang lewat..pukul 9++..padehal kelas pukul8..mungkin dia terlampau asyik qiamulibadah malam tadi..who knows..
  4. dan yang paling aku berbulu bila datang lecture tuk sign..pastu belah macam lecure hall tu Paragon Hotel depan Westpool yang sesuka ati bole check in dan check out...
haaa...inilah dia ciri2 bakal doktor yang Malaysia akan dapat dalam tempoh 2 tahun lagi..yang bakal berkhidmat tuk masyarakat..sumpa aku taknak anta bini jiran aku bersalin kat doktor2 yang macam ni...

'alaaa bro..lek r..name pun student..ponteng kelas itu besa bro..setail2..sap kok lu'
'ko ni kecoh pehal mat..macam la ko tak penah buat kan..bajet ko alim suci murni la eh..'

lek bai...aku bukan nak cakap aku ni suci murni sesuci safi tu..tak..demi Tuhan tak...aku cuma nak bagitahu...kalau macam nilah ciri2 bakal doktor yang kau dah terapkan dalam diri kau...ko bayangkanlah doktor jenis ape yang kau akan jadi dalam masa 2tahun nanti...

5tahun yang ada ni bukan ilmu2 kedoktoran je yang kena penuh d dada..ilmu keinsaniahan pun kena ada...attitude kena 1st class..attire kena 1st class..tapi..kalau setakat jadi medical student baru nak cecah umur 3tahun dah pandai menipu........dalam masa 2tahun lagi mungkin dah pandai merompak mencuri dan sebagainya...

'cop cop..bile aku menipu ni we..cakap bek sikit..haaa..'

maksud aku..ha..dengar bek2 ok! menipu sebab kecik2 dah pandai tipu sign attendance..kalo bukan tuk diri sendiri..tuk orang lain...menipu sebab ari2 datang kelas kol9,padehal kelas kol8..pastu ngadu kat parents penat jadi medical student..busy dengan kelas...menipu lagi sebab kecik2 dah pandai tipu duit rakyat yakni duit MARA..orang bagi suh tanggung belajar..ko buat g joli..g lepak jusco..lepak tesco..dan juga lepak d UO...erk~ tak ke menipu namenye tu...??

'lek bro..cam aku cakap tadi la..name pun student..nakal sikit je tu.alaahh..takyah tacink sangat'


ALLAH...sebab kita maseh student lah kite kena bina sikap yang 'comel lote' sejak awal lagi..tak kan dah kerja baru reti nak datang awal..tak kan bila dah kerja baru reti punch card tuk diri sendiri...tak kan bila dah kerja baru reti korbankan masa tidur tuk jaga patient..tak kan nak buat semua tu bila dah jadi DOKTOR?

tak salah nak nakal waktu belajar..nakal lah..tapi Islam ajar suh besederhana..nak nakal pun kenalah sederhana...ni kalau dah ari2 ponteng kuliah..kalau dah selalu sangat suh kawan tolong signkan attendance...tu bukan nakal namanya..tu KUFUR NIKMAT!

aku pun manusia biasa..student jugak..ada rasa malas nak pergi kuliah..ada hari yang aku ponteng kuliah..itu normal la..as a student punye culture kan...tapi sahabat2 sekalian..sampai bila kita nak jadi students yang ala kadar je ni...

ingat..agama mengajar kita tuk lakukan yang terbaik dalam segala hal...lebih2 lagi menuntut ilmu ni..Sunnah Nabi bai...dan ingat..kita pelajar perubatan Muslim..wajib jadi contoh pada non-muslim d luar sana...dan azam kita adalah tuk jadi DOKTOR MUSLIM yang bukan hanya pada i/c..bukan hanya pada name tag..tapi juga pada peribadi kita...sahsiah diri kita..penampilan diri kita...

cukup2 lah tu hanyut dengan title 'medical student' yang bajet gah sangat tu...tapi dalaman kita hampagas...besar amanah yang ALLAH beri tuk kita pikul bila berdepan dengan masyarakat satu hari nanti...waktu yang berbaki nilah kita nak praktis jadi DOKTOR MUSLIM yang berkualiti..Insyallah...

"Katakan Muhammad! Bekerjalah, akan dilihat oleh Allah hasil kerjamu itu, dan oleh Rasul dan oleh orang yang beriman."(Surah at-Taubah ayat 106)...

pesanan ini tuk semua..tuk aku terutamanya...tuk kau dan kau jugak..masa 5tahun nilah nak bina diri secara total..luar dan dalam..jadikan ia sebagai alat tuk capai matlamat kita..yakni redha ALLAH yang pastinya akan membawa pada syurgaNya..wallhualam..^^


notakaki:lame tak menulis..maaf atas salah silap..selamat ari raye sume..jum..distinction for UMMAH..^^


cukup ALLAH bagiku~

Saturday, February 26, 2011

maksiat d McD?


malu wok malu!

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim

aku sendiri tak percaya yang aku akan update belog ni lepas hampir sebulan d biar kosong tanpa entry...tapi Insyallah kali ni aku hadir dengan satu kisah benar yang baru berlaku depan mata aku tadi....

jam sekarang menunjukkan waktu 4:03 pagi...cuba tanya aku nape aku stay up tak tido lagi...
ce tanya ce tanya...~
jawapannya adalah sebab aku baru pulang study dari McD...woah!

bila da nak exam final ni barulah aku rajin stay up tak down2 dah...dan dekat McD jugaklah aku dan seorang kawan lagi d hidangkan dengan aksi baik punya daripada makhluk seagama dan sebangsa dengan aku..(baca: Islam Melayu)

malas nak bebel..meh aku citer kronologi kisah benar aku ni....kisah bilamana satu aksi yang agak panas dan suam2 kuku d hidangkan d depan mata..mujur kami berdua dah matang dari segi usia...kalau budak2 tengok ni..boleh rabun mata dan bertambah rabun!

lokasi:McD I**H
waktu: 2:00 pagi

........................................................................................................

A: awak..tukar tempat duduk dengan orang nak tak?
N: eh..nape pulak?
A:yela..dari tadi pas satu,satu pulak yang datang...
N:maksud awak?

**sambil memuncungkan mulut menunjuk ke arah meja belakang

N:nape dengan meja belakang...(sambil garu2 pale pura2 tak paham)
A:cubalah kalih tengok.....

**aku pun kalih dan terlihat ada pasangan melayu merpati dua sejoli tengok syiok duduk kat meja belakang

N:haa..nape dengan dorang..ade wat pape ke?
A:...........................(senyap palk die)

**aku pun kalih belakang lagi sekali dengan penuh hati2 takut orang ingat skodeng pulak kan dan nampak si wanita tengah melentokkan kepala 90 darjah ke atas bahu lelaki lantas cepat2 kalih ke depan balik

N:woah...dok manja2 nampak...
A:memang manja la...sampai da......da.....(wat mimik muka yang aku tak reti nak baca)
N:buat apa? cepatlah cakap...
A:sampai da...(sambil buat isyarat comolot...)

**berdesup darah aku naik ke kepala lutut....

N:seyes eh?? awak nampak ke? peh..gile r...astaghfirullah...
A: ha la...orang nampak kot...yang laki dok k*ss mulut pompuan tu....
N:Ya ALLAH..tempat public kot...adeh....
A:dorang dah termalu dah tu...
N:sebab apa?
A:sebab dorang nampak yang saya ternampak tadi....
N:adeh!

**lepas detik tu..maki berdua dah tak senang duduk...cubalah jugak berdehem bagi hint kat dorang...tapi lepas beberapa ketika tu...

A:awak..pandang belakang wak..cepat cepat...pandang je...
N: ha..nak kena pandang ke?
A: pandang la..aish..cepat lah...(marah pulak dia kat aku...)

**dan aku pun toleh la sikit kat belakang...tengok2..memang tengak berasmaradana tanpa rasa malu dan segan silu dengan pakcik2 India yang dok kat meja sebelah dorang...apa aksinya tak perlu aku gtau...
tapi zuuup! terus dari parasympathetic kepada sympatehetic..daripada darah mengalir dengan tenang bertukar laju..jantung aku pam darah seolah2 aku baru lari marathon wakil Malaysia...daripada mengantuk terus segar....dan aku dapat rasa badan aku sedikit gigil...

malu terkejut kaku dan kelu dengan aksi porno sebentar tadi...

mungkin cam hiperbola..tapi bagi kanak2 matang cam kami memang aksi tu sangat peh!

N: Ya ALLAH...(terus aku paling muka..tanda jijik dan geli)
A:tula awak..orang suh tengok cepat tadi takmau...
N:saya takut nak tengok....
A:saya ni..dari tadi lagi dok tengok dorang dok buat macam2....
N:tak leh jadi ni..kena cakap gak ni...tempat public kot...
A: jum pi jumpa orang McD...

**dan kami berdua pun melangkah kaki ke kaunter sambil pasangan haram tadi dok pura2 tidur..mungkin perasan yang dorang dah terkantoi..sampai je kat kaunter depan tu...

A: tolong panggil manager sat..(pekat tol loghat penang dia ni)
M:ha..ade ape ye? (muka cuak..mestilah pelik nak jumpa manager terus kan...)
A:nak mintak tolong sikit eh..kat belakang tu ada couple tak senonoh sikit la...mintak tolong tegur eh...

**aku sekadar memerhati mendengar dan mengganguk...dan manager tu pun berlalu tanda paham sambil cakap2 dengan anak buah dia...kami pun tak balik kat tempat duduk tu..dok pusing2 dulu...pastu jumpa abang McD tu pulak dia kata...

McD:yang mana satu?
N: tu yang kat belakang tu...
McD: dorang tengah tidur tu...
N: ha la..pura2 tidur..satg dok sondol2....g la cakap kat dia...

**abang McD tu pun g ke arah pasangan haram tu..tapi 2 3 langkah dia patah balik...

McD:awak g lah..awak pompuan..saya segan...
N:la....segan pe plak..tu yang jumpa manager suh tegur tu...
McD:ish...saya seganla..awak pompuan...g lah..saya banyak keja ni...
N:saya pulak kena g tegur..abang g je la...(sambil aku tak puas ati dengan abang tu)
McD:awak g lah...saya segan..banyak kerja ni...
N: yela2...(tanda aku malas dah nak dengar alasan dia...tapi aku tau dia taktau nak tegur camne..takpelah abang McD....timekaseh sebab sudi dengar aduan kami...)

**pastu..kami pun g lah duduk kat tempat asal tu balik..tengok pasangan haram tu dok sondol2 lagi..kawan aku pun dok ketuk meja dorang sambil jalan terus kat meja kitorang...

dan selang beberapa minit manager datang..cakap2 sikit kat dorang pastu blah...tak tahulah manager ckapa ape kat pasangan tu...aku dan kawan aku sorang ni pun dah takleh fokus sangat dah...sebab aku akui aku maseh ketaq lutut lagi..darah maseh berderau lagi..lepas insiden 18SX tu...


A:takpe..kite duk je sini dulu..tengok camne..selagi dorang tak balik..kita takyah balik...
N:boleh2..saya setuju...tapi tetap rasa tak puas hati sebab macam lepaskan batuk d tangga je bila buat aduan...
A:ish..saya pun..tapi takpe..kite dok je dulu..tengok pe jadi...kalau jadi lagi..biar saya sendiri g cakap dengan dorang..
N:seyes eh? berani tol awak..bagus gile...(dalam hati aku bangga dengan keberanian dia)

**dan kami pun sambung study dengan ada jugaklah sekali dua dok pasang telinga pe yang dorang dok bualkan..ha..yang tu pun mual gak nk bagitahu..toksahlah aku cite ye...sambil belajar dengar mereka dok ketawa riang bak anak kecil yang d beri permainan jojo ataupun dingdang....
dan kadang2 kami kalih belakang dok tengok masing2 duk tersengguk tidur...

A: apa yang dorang buat..tidur kat McD..takde umah ke? dah pukul 3 lbey kot...
N:dah hal tak setel lagi...mane bole balik...
A:ish...dok bawa anak dara orang 2 3 pagi...tak malu ke..yang pompuan pun..dok lentok2 kepala la pulak...
N:ha tulah...kalau jadi pape tengah jalan satg..sapa nak jawab...adoi...

**sambil dorang dok masih bergelak ketawa...kawan aku amek sekeping tisu..tulis notis ringkas tuk pasangan kat maja belakang aku tu...

N:awak nak bagi kat dorang ke?
A:yup...

**dan lepas beberapa detik...waktu pun dah nak pukul 4pagi...kami pun bercadang tuk pulang...tak sanggup nak tunggu pasangan haram yang tengah tidur kat meja belakang tu...

N:awak nak letak je ke nota tu atau nak bagi terus?
A:bagi teruslah..cakap kat dia..
N:ow ok...bagus awak ni...(aku bangga sekali lagi..Alhamdulillah)

**kami pun pergi ke meja belakang dan ketuk meja tuk bagi short note tu kat pompuan tu...sambil mamai2 dia pun amek..dan mamat tu pun mamai gak..tengok je...sebelum nak melangkah keluar tu terserempak dengan abang McD yang dok segan2 tadi

McD: apa yang dorang buat tak balik lagi..tidur je dari tadi..
N:tak tau..abang g lah tanya..

**dari luar McD kami nampak si perempuan dok bace short note tu pastu hulur kat lelaki tu...then si lelaki tu tak puas hati la pulak..die tersenyum sinis sambil tunjukkan balik nota tu kat kitorang..kitorang senyum je sambil angkat tangan..
memang muka lelaki tu tak puas hati...dia cuba nak berlagak macho depan si perempuan dengan cara tempek kertas tisu tu kat dinding..kami hanya tersenyum lantas berlalu pergi sambil mengangkat tangan tanda hormat sesama manusia....dengan secebis doa agar sempat bertaubat sebelum masing2 ke liang lahad

..........................................................................

dan Alhamdulillah sekarang dah sampai umah dah..dengan harapan pasangan tu akan ada kesedaran sivik la sikit..tak malu kat Tuhan..malu lah kat manusia yang memabnajiri McD tu...walaupun muka masing2 tak hensem dan tak lawa..tapi tu tak penting..yang penting hati mau jaga selalu maa...

tapi kalau muka tak lawa..hati pun tak lawa...memang takguna satu sen la kan...Insyallah..sama2 kita cuba banteras maksiat yang jelas terang tang tang depan mata...sampai bila nak guna hati kan..umur dah 21 tahun...guna hati lagi...aish~

dan aku bangga dengan kawan aku..sebab dia yang berani stand up tuk cegah benda2 ni..Alhamdulillah...i learn from u my fren!
ow ye..nak tau pe yang short note yang kawan aku tulis tu? ringkas je...tak kasar langsung bagi aku...

"salam..maaflah kalau nak tegur sikit ni..tapi harap behave sikit ye kat tempat awam ni..tak manis orang lain tengok..kita ni Melayu Islam..kenalah jaga...harap maklum"


notakaki:doakan kami semua lulus final exam ari isnin ni...28-3/4..muge berkat ilmu yang kami belajar...dan mugekami semua lulus dunia dan juga lulus kat akhirat nanti...


cukup ALLAH bagiku~

Thursday, January 27, 2011

bila nak ISLAM?


ALLAH~ katakan tidak pada Islam?

innahu min sulaimman wainnahu bismillahirrahmnirrahim

Alhamdulillah..aku datang lagi kali ni...mujur umur panjang lagi dan syukur aku maseh lagi Islam dan harap2 akan kekal dengan nikmat Islam yang aku dapat ni..
walaupun aku tau..ramai umat manusia kat luar sane yang sebenaranya tak pernah amek kesah pun dengan Islam..
cukup sekadar Islam dalam I/C..Islam pada nama..Islam kulit...

ramai yang tak sedar tak reti bersyukur tak pandai nak berterimakaseh sebab lahir2 je dah Islam...tapi ramai je yang sebenarnya rimas dengan Islam...itu tak boleh..ini tak boleh..itu kena tutup..yang ni kena tutup..yang tu kena jaga...yang ni kena jaga...situ tak boleh pergi..sana tak boleh pergi...(erk..lubang kubur nak pergi????)

ARGGH! takdelah life la kalo semua tak boleh...nak life sangat ke? ha..tunggu..tunggu bila masuk rumah tiang dua...waktu tu barulah adventure life masing2...barulah kewl! ngeee~

oh! aku sedih bila tengok ramai umat manusia yang mengaku Islam tapi tak nampak mana Islamnya...kalau cek i/c baru nampak kot Islam..kalau cek nama kat i/c baru nampak oh melayu Islam rupanya..
padahal dengan Islam tu la kita semua dapat cium bau surga walau sejahat mana pun kita..walau sebusuk mana pun kita..walau sekeji mana pun kita sepanjang hidup kat dunia ni...tapi dengan syarat kita mati dalam ISLAM!

woah! besarnya nikmat Islam tu..besarnya apa yang Islam akan bagi kat kita nanti...besarnya kasih sayang ALLAH sebab bagi Islam dekat kita...dan bukan pada orang lain...tapi apa yang kita buat eh dengan Islam tu? rasa bangga dengan Islam atau rasa malu dengan Islam?
pandai2 lah jawab soklan tu sambil muhasabah diri sendiri ye...termasuk aku ni ha...isk isk isk~
(sambil lagu jesnita sebagai latarbelakang)

bila kita semua yang kononnya Islam ni nak jadi betul2 Islam? sebab macam aku cakap tadi..beshnye Islam ni,buatkan kita semua dapat jejak kaki ke surga walau sejahat seteruk sekeji mana pun kita sepanjang hidup kat dunia...dengan syarat kita mati dalam Islam dan bukan murtad!
(muge d jauhkan Ya ALLAH)

tapi rata2 umat sekarang ni malu nak ngaku Islam...bila malu nak ngaku Islam..malulah nak hidup dengan cara Islam...padahal dengan Islamlah korang2 semua dapat jejak kaki ke surga tau..(Insyallah)

Islam kat Malaysia ni rata2nya Islam bermusim..wah! macam buah pulak ade musim kan...boleh pulak nak sukahati pilih..bila nak guna Islam..bila taknak guna Islam...padahal tak sedar diri duduk kat negara Islam..erk~ Islam ni kita boleh nampak bila musim ape eh???

ha! bila musim kahwin...bila kahwin..baru nampak Islam..panggil imam..tok kadi..ade saksi..ramai sikit tutup rambut walau pakai selendang je kan.baru la nampak Islam tu..lagi,Islam ni bila ada kenduri kesyukuran..baru la cerah rumah orang dok bace yassin..bace Quran..lagi,Islam ni bila ada tahlil..bila ada kematian..bila ada majlis cukur jambul ...bila ada function2 ritual tu lah baru nampak ISLAM rupanya...

oh! Islam hanya pada majlis2 ritual saje...tu pun kalau nak selitkan unusr2 Islam la kan..sebab kebanyakan aku tengok sekarang..dah bercampur aduk dah...adat dengan syariat..dah tak tahu dah mane satu...

bila nak kahwin..nak khatan..nak mati..ops! baru nampak Islam tu sikit..tapi bila cara pakai yang sexxxaay!..cara cakap yang cam longkang..cara makan yang gelojoh...cara istinjak yang hanya guna tisu je...cara nyanyi yang terkinja2...cara belajar yang tinggal solat...cara hidup yang penuh dengan unsur2 tak tahu datang dari mana...terus tak nampak Islam tu...maka,nampaklah Islam tu hanya pada majlis2 tertentu...monumen2 tertentu yakni masjid..surau..musolla...sedih..sedih...Islam hanya picisan...tapi dengan picisan tulah yang buat aku kau dia dan kita semua dapat jejak kaki ke surga!
(surga yang mahal tu)

maseh tak nampak lagi ke? aku walaupun rabun..tapi Insyallah aku maseh nampak dan sedar lagi bahwa nikmat Islam tu tersangat2 berharga dan taknak hilang begitu saja...dan taknak hanya tertulis d i/c aku semata!

walaupun ramai umat Islam yang rimas dengan Islam...takpuas hati dengan Islam...tak suka Islam...sebab banyak benda tak boleh buat...stress bila semua tak boleh buat...tapi meh sini aku nak kasi tahu same anda2 semua...

ALLAH tak bagi minum arak..tapi ALLAH bagi je minum air kotak..air sirap..air bancau...air kelapa..air oren dan jugak air tongkat ali...
ALLAH tak bagi pergi clubbing..tapi ALLAh bagi je pergi masjid..majlis ilmu...pergi berjaulah..pergi bermusafir..jangan sengaja pergi mati sudahlah kan..
ALLAH tak bagi pakai seksi meksi...tapi ALLAH bagi je pakai baju yang cukup kain...tak sendat tuk halang pernafasan..tak kecik tuk korang tarik2 sane sini...tak jarang tuk orang lain teropong dan terlopong...omo!
ALLAh tak bagi main judi..tapi ALLAH bagi je kalau nak main kutu...nak main saham..nak main main...eh tak tak...
ALLAH tak bagi couple2 before kahwin..sebab ALLAH tahu kalau gatai gak nak couple2 ni..mesti akan ada pegang2...raba2...ringan2..berat2..pastu...keluarlah benih2 haram yang akhirnya d buang d campak dan d bunuh begitu saja...
(sianlah kalau tak sempat tobat..anak tu akan tuntut balik kat akhirat)

ALLAH larang satu perkara tapi ALLAH gantikan dengan perkara yang jauh lebih baik...satu perkara tak boleh...sepuluh perkara ALLAH kata boleh...tapi yang satu tu jugaklah kita semua dok bising tak boleh..sampai nak buat mogok...cubalah tengok yang sepuluh perkara yang ALLAH kata boleh tu...ceh! memang dasar setanlah yang dah berjaya hasut hati kita semua supaya terus menerus tak nak ikut cara Islam...

ingat ye wahai sahabat2 semua...cuba pikir balek...kawan2 kita yang lahir dalam kelurga yang bukan Islam..ruginya mereka kalau tak usaha nak dapat hidayah..dan untungnya kita sebab dapat nikmat Islam tu..tapi takat umur sekarang ni...bila je kita syukur dengan Islam yang kita ada?

ALLAH suruh tutup..nak jugak bukak...ALLAH suruh jangan..nak jugak langgar...bila ada upacara2 tertentu baru terhegeh2 nak carik Islam..carik tok kadi..tok mudim..tok ketua..tok penghulu..tok kaduk...bermacam2 tok la nak carik! toksah nak buat perangai la kan...
(hohoho)

Islam ni cara hidup...so semua pun kena ikut cara Islam..cara makan..cara pakai..cara cakap..cara jalan..cara berfesyen..cara belajar..semualah! sempurnanya Islam ni...cara2 nak masuk tandas...nak melepaskan hajat...pun ada cara tau...masuk tandas kaki kiri...tutup kepala...berdehem 3 kali...bal bla bla...

dari sekecil2 perkara macam makan,memerut,melawas dan **ehem2 sekalipun hinggalah sebesar2 perkara berkaitan pentadbiran dan pemerintahan..Islam dah terang dah..dah bagi garis panduan dah...jadi..kita kena ISLAM setiap masa...bukan ISLAM pada nama saja...

Islam itu anugerah..jangan jadikan ia sampah...Islam itu nikmat..jangan biarkan ia berkarat..Islam itu suci...jangan berani2 nak hina dan keji!

"kelemahan umat Islam bukan bukti lemahnya ajaran Islam"

so...pada kau aku dia dan kita semua...bila nak ISLAM?

notakaki:harapan nak tengok yang rapuh jadi teguh...yang jatuh jadi kukuh...yang runtuh jadi utuh!


cukup ALLAH bagiku~

Saturday, January 22, 2011

kipas-susah-mati korea?


vote for yoona ok! oh..~

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...pertamanya,rasa seronok sebab dapat share ilmu dengan sahabat2 yang tak dapat hadir ke Kem Belia Wawasan Perak 2011 tempoh hari...Insyallah lepas ni misi bertandang ke Melaka pulak..untuk Konvensyen 500 Tahun Kejatuhan Kerajaan Empayar Melayu Islam Melaka
muge dapat lebih banyak ilmu ALLAH..dan d teruskan semangat berkobar2 untuk majukan Islam..majukan bangsa...! ALLAHUAKBAR!

baik! kita teruskan dengan tajuk post aku kali ni..(makin rajin update belog kan)
kalau ah kan..tatkala tika dan saat ni aku tanya korang..sape antara kalian yang memang kipassusahmati korea? (diehardfan)
mesti berpusu2 korang akan angkat tangan sambil menjerit2 bak orang histeria pergi tengok konsert sambil mengaku dirinya peminat korea yang sejati...
aku pulak dalam keramaian korang tu,duduk d satu sudut kecil sambil juga mengangkat tangan separuh inci..sambil dalam hati mengaku "aku pun peminat korea jugak"

wah! tapi aku malu..kerana minat korang pada korea melebihi dari aku...kefanatikan korang terhadap korea lebih dari fanatiknya aku..dan histerianya korang pada korea kadang2 lebih histeria daripada orang korea sendiri yang minat pada artis dorang...
lantas aku merasa was2..aku yang mulanya duduk d satu sudut kecil tadi terus bangun dan bermonolog bersangka baik..
"oh..mungkin korang ada darah campuran korea..sebab tu semangat sangat dengan korea..sokong artis tempatan la katekan..patut artis Malaysia ni sebelah mata pun tak pandang..apa barang artis Malaysia.."

tapi aku kembali was2 sebab lepas aku tanya sorang demi sorang peminat sejati artis korea ni..semua tak ade darah korea..darah mahsuri pun bukan..apatah lagi darah kotor..oops! salah taip...tapi macam aku cakap tadi,minat sangat pada artis korea mampu mengalahkan minat korang pada Dato' Siti...mengalahkan minat korang pada Khairul Fahmi Che Mat..mengalahkan minat korang pada Faizal Tahir..mengalahkan minat korang pada Fasha Sandha dan yang paling menyedihkan aku ialah....

"minat korang pada artis Korea mengalahkan minat korang pada insan yang paling penting dalam hidup..yakni Muhammad b Abdullah!"

begitulah fanatiknya korang pada artis korea yang tak reti cakap melayu apatah lagi pelat bi..wahahaha! racistnya aku...tak2..demi Tuhan tak..aku bukan racist..tapi inilah kebenaran kan...

sedih bila kefanatikan korang pada artis korea tu membuatkan korang kalau boleh hari2 nak ada konsert korea kat Malaysia ni..cukup2 lah bala yang ALLAH dah turunkan kat Malaysia ni..tak perlu nak tambah lagi dah...

kali pertama aku berkenalan dengan artis korea ni awal...awal sangat...time zaman matrik dulu2..itupun aku hanya tahu grup wondergirl je..yang lain tau2 gitu je...dan aku tak nak pun berminat untuk develop minat aku terhadap artis korea...tak berminat pun nak hafal nama tiap2 sorang ahli group yang ada...tak minat pun nak hafal lirik korea yang berbelit2 lidah...tak minat pun nak tunggu utube upload video menari2 korea ni..tak minat pun nak tau gosip terbaru tentang artis korea...dan aku tak minat pun nak belajar menari macam artsi korea!!

sebab apa aku tak minat eh?(gaya abg naqib lagi..)
sebab aku sedar yang maseh banyak lagi surah2 Quran yang aku tak hafal dan dah lupa...sebab aku sedar yang nama2 Nabi pun aku kadang2 lupa..sebab aku sedar yang nama2 ilmuan Islam pun aku tak pernah tau ambil peduli...sebab aku sedar nak hafal terms2 medik pun aku maseh terkial2..sebab aku sedar ilmu aku tentang agama sendiri pun banyak yang aku tertinggal..dan yang paling penting..sebab aku sedar yang nyawa aku ni tak de lama sampai ada pulak masa nak tunggu video kat utube habis upload...
(sebab aku sedar yang aku maseh jahil tentang agama sendiri..so aku tak perlu sebuk2 kan diri tentang perkara yang takde pekdah tuk agama aku!)


aku tau..yang minat korea ni mesti berkepuk2 video korea dalam laptop..mesti bertimbun2 cerita korea dalam laptop...mesti hari2 akan update cerita terbaru pasal artis korea..mesti hari2 akan ulang balek tengok video korang yang ntah dah berapa juta kali tengok..siap boleh hafal step menari lagi...meh aku tanya step2 amek blood pressure tengok..pass ke tak ni???

padahal dalam laptop tu jugaklah korang letak ilmu korang,lecture notes...letak video2 yang berkaitan dengan medik..(kalau ade lah kan..)
senang cerita..dalam laptop tu jugaklah korang sumbat segala ilmu yang korang dapat dalam lecture...lecture notes tu berterabur tak tersusun...video2 korea boleh pulak susun baik2 letak dalam folder...siap hidden folder lagi..aiyayyayaya~

huhah! patutlah susah nak masuk ilmu dalam hati tu..patutlah otak selalu lupa walaupun dah pernah baca..patutlah susah nak ingat apa doktor ajar kat depan...sebab dalam laptop tu penuh dengan bermacam jenis benda yang tak ada pekdah!

dalam laptop tu bercampur segala perkara...perkara yang ilmu (lecture notes)..dan perkara yang lagho..(korea,hindustan,dangdut,,aih~)
macam mana ilmu nak lekat dalam hati..kalau kejap2 baca slide..pastu kejap2 cuci mata tengok video korea yang seksi meksi tu..atas alasan penat study...
pe ni bai..baru bukak slide tak sampai 5minit dah penat dah eh?

pastu mulalah merungut baca tu tak ingat...baca ni tak ingat...dah hafal lupa balek...dah baca lupa balek...merungut pun tak beragak...padahal cara belajar tu yang salah...ilmu tu cahaya wahai sahabat2..tapi kalau cahaya tu bercampur baur dengan perkara2 maksiat..perkara2 dosa..perkara2 mungkar..perkara2 yang boleh hitamkan hati,rosakkan hati..memanglah ilmu tu susah nak masuk..dan lagi parah..memang lah ilmu tu tak masuk langsung!
(jangan salahkan ibu mengandung)

bukan aku ni berat sebelah...tertumpu pada kipasusahmati korea je...tapi itulah fenomena anak remaja belia yang korea ni makin bertakhta d hati masing2...samalah jugak tuk sapa2 yang minat hindustan..english song...dangdut song..dan yang seangkatan dengannya...
kalau dah minat tu kalau boleh nak jadi peminat no1..taknak jadi no2..kalau boleh nak tahu lebih dari orang lain tahu...nak hafal lagu lebih daripada orang lain hafal lagu...

meh sini aku suh korang baca surah2 lazim meh...tak pun meh aku nak dengar tadarus sorang2 meh..tak pun meh aku nak sorang2 jadi imam maghrib nanti..peh! tak terketar2 kepala patella tu...sambil bagi alasan..
"aku tak layak..bacaan aku teruk...aku ni alfatihah pun tak lepas"
hahahaha!
berbakti untuk agama sendiri pandai je carik alasan..tapi boleh pulak berbakti tuk artis korea pujaan hati masing2 tu..dah siap cop dah yang tu laki aku..yang tu bini aku..yang tu sparepart aku..yang tu laki no2 aku...padahal artsi2 korea ni tak kenal langsung anda2 semua yang fanatik ni!

ilmu tentang korea bila2 masa korang bersedia nak tambah...walaupun bersengkang mata pun korang sanggup..tapi ilmu tentang agama sendiri..MASYALLAH! liat tahap nak mati!!
dengan alasan yang sama..
"aku ni tak layak..bukan budak sekolah agama...aku bukan ustaz..oh!"

depan ALLAH nanti...ALLAH tak tanya pasal artis korea mana satu yang korang minta..korang benci..korang admire..tapi ALLAH tanya apa sumbangan korang sepanjang hidup ni..sumbangan tuk agama...apa nak jawab???

lalu minah2 serta mamat2 yang minat korea ni pun sound aku!
"apa masalah kau bro..minat korea pun salah ke? orang lain yang minat hindustan..minat dangdut..minat jiwangkarat tu..kau tak sembur pulak"

oh! jangan salah paham...aku tujukan ni umumnya pada kita semua yang terlalu fanatik meminati perkara2 maksiat...melampau2 minat pada hiburan dunia..melebih2 puja artis kegemaran masing2...tapi khususnya d tujukan pada kipassusahmati korea yang berlambak2 kat sekeliling aku ni...sebab korea adalah fenomena anak muda remaja harapan bangsa..erk~
oh!

macam aku cakap tadi..ilmu pasal korea (atau pasal hal2 duniawi) memang hujung jari je..tanya je sapa..lagu apa..gerenti boleh jawab...tapi bila tanya pasal perihal agama sendiri..tanya tentang pendapat tentang isu2 agama...masing2 pun tertunduk..sambil menguis2 jari kaki d lantai..tanda tak tahu nak jawab apa...malu weh malu!
d mana prioriti anda sekarang?

pada hiburan yang membawa ke neraka atau pada agama yang menjamin syurga??

mengaku diri sendiri jahil agama..tapi tak nak berusaha nak ambil tahu pasal agama...tapi kalau jahil bab gosip terbaru..jahil bab lagu2 terbaru d radio..jahil bab bola sepak EPL tu...jahil bab update artis2 yang korang minat tu..cepat je nak topup ilmu ye...tapi bila suruh topup ilmu pasal agama...lutut jadi lemah..mata jadi kuyu..kaki jadi berat..kepala jadi pening...lalu tersembam lah d muka pintu...

aish~
manusia2..aku pun naik pening pikir..semua benda pun ada batas..nak minat korea minatlah..tapi jangan melampau2 sampai sanggup berhabis duit nak beli tiket konsert...duit sedekah kat masjid pun jarang2 nak hulur...nak minat hindustan minatlah..tapi jangan sampai menari2 serta menyanyi dengan rancak..padahal tadarus Quran pun maseh terketar2...nak minat English minatlah..tapi jangan sampai 24jam pasang lagu tu..sampai azan pun tak peduli..

meh pesanan terakhir saya tuk saya dan anda2 semua!

"berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"
notakaki:penuh home aku dengan post2 korea ni..kalau nak share benda2 ilmu silakanlah..sebab atleast boleh tolong aku kat akhirat..tapi korea ni aku tak sure boleh tolong aku kat akhirat ataupun tak..=.=

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar