Tuesday, July 10, 2012

aku bukan TOMBOY?


celaru identiti?


innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

**di ingatkan bahawa penulisan ini mungkin ada kena mengena dengan yang hidup..kerana sememangnya penulisan ini di gunakan tuk mengingatkan mereka yang masih hidup..bukan yang telah meninggal dunia..jadi siapa yang patut terasa itu..maka SAYA! sungguh tulisan ini tuk memperingatkan diri sendiri dan sekalian yang ada

baik..terus kepada tajuk yang di atas..berkenaan TOMBOY..
  • apa itu TOMBOY?
  • apa ciri-ciri mereka yang di katakan TOMBOY itu?
  • kenapa mereka di panggil TOMBOY?
  • dan adakah mereka suka dengan gelaran TOMBOY?

banyak sangat learning objectives di atas..Insyallah walau tidak mampu di rungkai semua..moga akan ada sedikit yang bakal terjawab..

kenapa mesti menulis mengenai TOMBOY? keran, diri ini melihat..gejala TOMBOY atau boleh di definisikan sebagai ' perempuan yang berperangai /bersifat seperti lelaki' ini semakin hari semakin menular..lebih lebih lagi di kalangan remaja dan juga para belia..

dan kalau pun bukan anda yang di kelilingi oleh golongan TOMBOY ini, tapi andalah golongan TOMBOY yang di maksudkan...maka..mungkin sedikit pencerahan di perlukan tuk kembali meng'identify' kembali siapa atau apakah jantina anda yang sebenar..:)

persoalan yang mungkin bakal bermain di fikiran adalah, mengapa memilih tuk menjiwai mendekati atau menguasai karaekter yang ada pada lelaki?
mungkin akan ada jawapan yang bakal di terima adalah;

  1. adik beradik majoritinya lelaki
  2. trauma dengan lelaki
  3. tidak bersyukur dengan nikmat 'kewanitaan' yang di beri
  4. dan apa apa lagilah alasan yang anda semua beri

tapi sedarkah bahwa...sungguh anda yang sedang memilih jalan menyerupai,menjiwai dan menguasai karekter lelaki ini sebenarnya sedang melawan arus air yang mengalir sekaligus menyekat nasab keturunan anda dari terus berkembang...**bahaya kan

saya tidak menuduh anda anda yang TOMBOY di luar sana mempunyai naluri keinginan yang berlawanan dari fitrah..namun kebanyakkannya adalah memang begitu..

kerna apa? dah kalau pakaiannya seperti lelaki,gaya lenggok bahasa seperti lelaki,potongan rambutnya juga iras iras lelaki..tidak mustahil naluri keinginan juga menyerupai lelaki..

walhal segala hormon, pembentukan organ dan perubahan fizikal tubuh badan itu adalah mengikut fitah seorang wanita..
namun jika ianya di bajai dengan unsur unsur 'kelelakian' di situ,maka tidak mustahil akan ada tempiasnya juga dari segi nafsu keinginan anda..**logik akal bukan?

dan inilah yang sebenarnya merisaukan kita semua..lebih lebih lagi dengan adanya gerakan LGBT yang semakin berani di bumi Malaysia ini..menambah runcingkan lagi keadaan umat yang sedia tenat..

dan..yang lebih merisaukan lagi, bilamana keadaan TOMBOY ini semakin di terima masyarakat khususnya..dan lebih lebih merisaukan lagi..ramai umat Melayu Islam yang semakin hebat terjebak dengan gejala celaru identiti ini..

itu tidak termasuk dengan mereka yang lesbo,pengkid,biseks,transeks dan sebagainya..nyata..ramai umat Melayu yang kian celaru lantas terus terusan layu di buai hembusan nafsu yang makin kuat memburu dan membelenggu...

umat masyarakat sekarang yang seolah olah merelakan percambahan golongan yang celaru identiti ini..
masakan tidak,inilah dialog biasa yang kita dengar oleh kenalan kenalan mereka yang celaru identiti tadi..

'wah..hensem lah kau..'
'machonye ko ni..
'weh..cair aku tengok kau ni..'
cantik jambul ko weyh..:)'

geli? namun itulah yang kita sedang lakukan bila berdepan dengan kenalan yang mempunyai ciri
ciri celaru identiti ini..
sedar atau tidak..kita sebenarnya sedang menyiram air dan membenih baja dalam diri golongn mereka ini..nampak kecil..tetapi impaknya sangat besar..dan saya, bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan juga pengalaman insan lain..
**ulang taipan..ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri..:)

bilamana golongan TOMBOY atau mereka yang celaru identiti ini di puji serta di kagumi cara penampilan mereka..kita secara tidak langsung telah menjerumuskan mereka ke haluan kiri yang lebih menusuk durinya..

pujian 'hensem,macho,gagah,kacak' dan seumpamanya yang lebih sinonim untuk golongan lelaki tapi apabila di lontarkan kepada golongan TOMBOY ini sebenarnya lebih menaikkan semangat mereka tuk menjadi lebih 'hensem,macho,gagah dan kacak'...

maka tiap tiap hari kita akan lihat cutting rambut yang berlainan,shades yang berubah kaler,baju yang lebih smart lelakinya dan sebagainya..demi tuk mendapatkan pujian yang sememangnya boleh di ibaratkan sebagai sesuatu yang memakan diri..kelak!

kerana apa? kerana **sekali lagi ulangan taipan** lama kelamaan naluri keinginan juga mampu berubah fitrahnya..menjadikan kondisi iman dan umat kian membarah..tidak percaya? cuba puji rakan anda yang TOMBOY dengan puji pujian 'macho hensem kacak gagah'...lihat apa reaksi mereka..adakah seperti ini?

'astaghfirullah..ape kau ni..aku perempuan..bukan lelaki..aish aish..taubatla weyh'

atau inikah reaksi mereka?

'hehe..baru kau kenal sape aku..**sambil betul kan kolar dan jambul rambut lantas tersenyum puas..'


hakikatnya,pujian dan galakan yang di berikan pada mereka merupakan satu lesen tuk mereka melangkah lebih jauh dalam dunia TOMBOYan itu..lama kelamaan hilang terus keinginan tuk kembali kepada fitrah asal..

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga.
Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya ,
acuh ta'acuh dan perempuan yang menyerupai lelaki
(HR Nasaai, Jazzar dan Hakim)

jika kita tidak mampu menjadi agen kepada perubahan mereka kembali ke fitrah asal, usahlah menjadi agen menambah celarukan lagi identiti mereka sebagai wanita tulen!

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).


jadi..berhentilah memberi pujian dan galakan serta kata kata perangsang 'macho hensem gagah dan kacak' pada golongan yang sedang celaru identiti ini..

tetapi bantulah mereka tuk kembali ke fitrah wanita yang sebenar..kerna wanita itu sangat istimewa..hinggakan sebesar besar ganjaran syurga itupun terletak di bawah tapak kaki ibu..yakni seorang wanita..subhanallah!

malah dalam alquran itu sendiri, satu surah khas menceritakan perihal wanita..dan fakta lain yang lebih jelas mengatakan wanita itu satu figur yang sangat istimewa adalah..

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

hebat bukan?
menjadi wanita itu satu kelebihan dan bukan kesilapan Tuhan dalam menentukan jantina setiap hambaNya..
tunjukkan pada dunia yang anda tiada masalah psikiatri seperti ini..kerana mereka yang mempunyai kecelaruan identiti ini di kategorikan dalam mereka yang ada masalah 'jiwa'

maka pada para pelajar perubatan **terutamanya..sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan yang merawat fizikal pesakit..rawat dulu fizikal anda kepada fitrah seadanya..ouch!

ini adalah peringatan tuk diri sendiri..benar! diri sendiri..wallahulam..

notakaki: kita agen perubah bukan pemusnah

cukup ALLAH bagiku~

Thursday, January 12, 2012

khas tuk para abang?


(ade kene mengene sikit aje..)

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

aku tak menaip pun kali ni sebab aku malas...so keje yang paling mudah tuk aku buat adalah mengkopi-pastakan hasil taipan orang lain dan letak kat belog hina dina aku ni...
so,enjoice k wahai manusia sekalian...

alkisah.....

'semua orang tahu aku,semua orang kenal siapa aku,pendek kate kat tempat aku ni sape yang tak kenal aku bermakna aku pun tak kenal dia..sebab orang yang aku kenal je kenal aku..haha! ok tak lawak pun..aku tau..

orang kenal aku sebab aku kasar, sebab aku selalu berlagak cool padehal aku sebenarnya berhati kecil namun berlagak seperti orang yang berjiwa besar..tapi takpela..aku selesa begitu..

dan dari dulu lagi aku akan ade ramai kawan2 perempuan yang sebenarnya kawan dengan aku sebab aku ada ramai abang..hah! teruk kan perempuan zaman sekarang..nak pikat abang,dorang pikat adek dulu..maka terpaksalah aku yang berhadapan dengan kakak2 sengal ni..

'nanti kimsalam abg eh..'
'nanti kimsalam abg eh..'
'nanti kimsalam abg eh..'
'nanti kimsalam adek eh..erk..'

murah kan perempuan yang macam ni...abang2 aku bukan hensem pun bagi aku..cantek aku lagi...wewit! ok yang tu pun aku tipu..walaupun aku ade ramai abang (4orang) dan jugak 2orang adek laki..aku tetap wanita tulen..

ramai yang kate,
'beruntunglah kau..ade abang..mesti protektif gileerr en'
'waa..sume adek beradek laki..beruntunglaa..'
'beshnye ade abang2..mesti dorang sume gile2 en..'

maaf la kalian sume..dulu waktu aku kecik memang aku bersyukur sebab ade ramai abang yang aku rasa boleh protek aku..tambah adek2 aku yang aku pun rasa boleh protek aku..dan tambah lagi dengan ayah aku yang turut boleh protek aku..so secara totalnya aku ada 7 orang bodyguard sekeliling aku..hah! kalah lisa sughihani tau...wewit jugak!

n wewit jugak sebab dulu memang aku d protek oleh mereka..mungkin sebab waktu tu aku maseh kecil dan come??l..maka keluarlah dialog ni dari mulut dorang sewaktu aku mengadu takut dengan gelap,
'takpe..kitorang ade tuk lawan orang jahat,jangan riso..'

hah..gagah perkasa kan dialog dorang tu nak protek aku...tapi sedarlah..itu hanya waktu dulu..waktu zaman aku kecil dan maseh comel
bila sekarang..bila dah besar..bila dah mumayyiz..bila da akil baligh..sifat protektif tu aku rasa makin hilang..wah..demand kan aku..

bila aku makin besar,aku harapkan mereka akan protek aku dari segala tipu daya dunia..aku pun harapkan kata2 nasehat dorang..n aku pun harapkan dorang tuk amek tau pasal urusan dunia akhirat aku...tapi harapan tinggal harapan..

tapi takpe,aku tetap teruskan hidup dengan bantuan orang lain yang ade d sekeliling aku..walau aku tau dorang tak pernah nasehat aku..tapi aku tetap berusaha nak jadi baik..sebab kalau aku buat dosa macam tak tutup aurat,kapel etc sebab nanti dorang sume yang akan tanggung dosa aku jugak..sebab tak pernah tegur aku pasal semua tu...

macam mana dorang nak tegur aku kalau dorang pun buat dosa yang sama...macam mana nak tegur aku kalo dorang pun tak tutup aurat,kalau dorang pun kapel etc...

oh my! adekah aku yang perlu menegur? tapi aku adek..ape barang adek,perempuan pulak tu yang menegur..tapi sebab aku sayang kan abang2 aku..dan mujur adek2 aku maseh kecil n dorang pun maseh tak baligh lagi so terlepas dari dosa aurat etc sume tu...maka dengan beraninya aku menegur kesalahan abang2 aku...

dan oh my! sekali lagi..aku pulak yang kena marah..stres sekejap aku..sebab kena marah menyibuk hal dorang..takpe takpe..pasni jangan harap aku nak tegur sume salah dorang...

tapi alahai,aku tak sampai hati tengok mak ayah aku sedey dengan behaviour anak2 teruna dorang yang bajet dah besar sangat tu..

maka aku pendamkan hajat aku tuk jaga adek2 lelaki aku supaya tak jadi macam abang2 dorang yang tak kesah dosa pahala..yang tak kesah halal haram n yang paling penting yang tak kesah langsung pasal dosa pahala satu2 nya adek perempuan dorang ni..tapi mujur aku baik..aku cuba elak buat dosa bukak aurat, kapel n dosa2 lain y sinonim dengannya...
dosa ngumpat sangka buruk etc tu tetap aku tak terlepas..wewit!

dan suatu hari..aku luahkan pada mak aku,
'abang2 tu sume xpenah nak jaga S,mujurla S tak jadi liar cam dak2 pompuan y len..tak g clubbing,tak tutup aurat, tak kapel...'
puas aku bebel kat mak aku waktu tu..yang sebenarnya aku kecewa dengan sikap abang2 aku yang tak pernah tanya pasal hidup aku..
dan mak aku hanya tersenyum, tak bagi respon pape pun..dan aku pun sambung lagi..
'tengoklah nanti dekat akhirat,kalau d takdirkan S masuk neraka, S nak tarik dorang sume sekali sbb tak jaga S dengan baik..n S nak tuntut balek hak S sebagai adek perempuan kat depan ALLAH nanti..'
dan sekali lagi mak aku tersenyum..

peh..jahatkan aku sebab cakap macam tu..istighfar jap aku..ah! tapi sape lagi jahat? sape suh dorang sume tak jaga aku..tak pernah tegur aku cara berpakaian supaya tutup aurat...
dan bila dah besar sikit ni..
teguran zahir je yang aku dapat..sehat ke? study macam mana? duit cukup ke tak? bila nak balek umah? bila cuti? bla bla dan bla lagi...

teguran duniawi semata2 yang bagi aku jiran sebelah yang baru kenal seminit dua pun boleh tanya kat aku soklan yang serupa...
aku takdelah demand mane..tapi atleast tanyala soklan ilmiah dan ukhrawi sikit kat aku..
solat macam mana? ade budak laki kacau tak? da de pakwe ke, kalau belum bagus.. jangan lupa pakai tutup aurat..jangan layan lelaki ajnabi..jangan gatal g tengok wayang..jangan itu dan jangan ini..

wah..bek kan dapat adek perempuan macam aku ni..yang rela dirinya d tegur oleh abang2 nya...
tapi tulah..akhirnya aku d biar terkapai..mujur ada kawan2 sekeliling yang sudi menegur dan membantu aku dalam meneruskan perjalanan..

dan macam aku cakap..aku taknak benda yang sama berlaku pada adek2 aku..maka aku pun nasehat mereka apa2 yang patut2..selari dengan usia dorang..tapi tulah..ALLAH lebih tahu..mungkin sebab aku duduk asrama dan kurang ada masa dengan adek2 aku..akhirnya benda yang aku takut selama ni menjadi kenyataan..

sebab adek2 aku pun 2x5 dengan abang2 dorang..maka sekali lagi hancur luluh hati aku ni haa...
sedih bila tengok antara pemuda2 Islam yang rosak tu wujud dalam family aku sendiri..aku bersalah..tapi atleast aku sebagai kakak ade kuasa tuk nasehat dan tegur adek aku kan? biaq p la kat abang2 poyo aku tu...bukan tak sayang..tapi aku hanya mampu doa je..sebab aku hanya adek..dorang lah yang patut tunjuk contoh yang baik dan nasehat aku dan adek2 yang lain..tapi semuanya HAMPEH~

maka azam aku ialah tunjukkan contoh yang baik kat adek2 aku...dan jugak kat abang2 aku..moga ALLAH bukak pintu hati dorang dan moga dorang jadi asset tuk mak dan ayah aku ke syurga dan bukan sebaliknya...

tak guna muka hensem tapi perangai langsung tak hensem..tak guna belajar pandai tapi adek perempuan dorang yang sorang ni pun dorang tak pandai nak ajar jadi perempuan Muslimah yang baik...

dan akhir kata,pada abang2 or adek2 sekalian yang ada adek beradek perempuan..maka jagalah mereka dengan baik..didik mereka jadi perempuan yang baik..selaras dengan ajaran agama..kerna d akhirat kelak andalah yang akan bertanggungjawab atas kelalaian anda dalam menegur mereka..dan anda mampu d heret oleh mereka masuk sekali dalam golongan ahli neraka..na'uzubillah...

maaf..aku juga bukan adek yang baik tuk kalian semua..tapi aku hanya adek yang mampu memerhati dan punyai sangat kecil keberanian tuk menegur..kerna aku adek..dan aku adek perempuan kalian..maka jagalah aku dengan sebaiknya agar aku tidak menjadi asbab tuk kalian ke neraka d akhirat kelak...'

adek.bajet.baik.

-end of story-

hah! tragis tak cite kat atas yang aku kopipasta tu..luahan hati seorang adek perempuan yang telah d abaikan oleh 4 orang abang yang kononnya wajib tuk jaga maruah dan tingkah laku adek mereka..

maka tuk para abang d luar sana,selagi adek anda maseh belum berkahwin..jagalah mereka sama macam korang jaga awek korang yang tak halal tu...jaga adek perempuan dapat pahala dan ganjaran dari ALLAH..tapi jaga awek perempuan korang akan dapat dosa dan azab dari ALLAH..

muge aku d kurnia abang2 yang maseh mengambil berat akan aku walaupun aku dah besar panjang dan mampu berkahwin..selagi aku belum berkahwin aku adalah d bawah tanggungjawab mereka..wallahualam...


notakaki:mujur aku adek yang baik dan tak banyak bunyik..^^


cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar