Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

manusia biasa..


innahu min sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang punya perasaan walau aku jarang tunjukkan perasaan itu..
tapi itu bukan bermaksud aku tiada perasaan langsung..
aku manusia biasa yang perlu juga dijaga perasaan kadangkalanya..
yang selalunya susah untuk mengungkap keluar perasaan itu..
perasaan yang sering dibiarkan menguasai diri dalam sepi..
biar senyum hiasi pedih di hati..

aku manusia biasa yang kadang2 tak pandai nak jaga perasaan orang lain..
hanya pandai mengguris hati mereka tanpa pandai mengubatinya..
tapi aku tetap berusaha untuk tidak menyakiti hati insan sekeliling..
walau usaha itu kerap kali tiada membawa hasil..
tapi tak mengapa,kerana aku manusia biasa yang tak sempurna..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang pura2 tabah di hadapan orang lain demi untuk menjaga ego..
ego yang merupakan titik tolak maruah setiap insan bagi aku..
aku tidak setabah itu dan aku tidak secekal yang disangka..
ada kala aku tersungkur dan payah untuk kembali bangkit..
ini kerana aku hanya manusia biasa yang tak punya apa..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..
sungguh aku tak boleh lari dari dosa..
apatah lagi masalah silam yang kembali bertandang bagai tiada hujung..
dan kerap kali juga di lembah sama aku rebah dan tersungkur entah untuk ke berapa kali..
rencah biasa bagi manusia biasa macam aku yang tiada imuniti dari melakukan dosa..
kian bosan dengan sikap dan perangai keji sendiri yang tak tahu bagaimana untuk di tangani..

sekali lagi aku hanya manusia biasa yang tiada istimewa..
manusia biasa yang tiada sempurna..
manusia biasa yang selalu membiarkan ego menguasai..
manusia biasa yang sering jatuh terduduk di lembah yang sama..
manusia biasa yang tidak serik ulangi kesalahan silam..
manusia biasa yang jalani hidup dengan kepuraan..

dan yang pasti..
aku manusia biasa yang perlukan Dia sebagai segalanya dalam hidup..!


notakaki:aku juga manusia biasa yang perlukan peneman untuk aku harungi mehnah hidup,meniup kate semangat,memapah tika lemah,memimpin agar lebih terjamin..sekali lagi aku cakap,it is really nice if we have someone to talk to..do i have any.??.i really hope so..whatever it is..hasbunallahwani'malwakil..

Thursday, November 12, 2009

paku yang lekat d hati?




aku tiada keje lain dok d umah..
selain daripade surf intenet dan membaced bahan2 ilmiah dan kadang2 juge bahan lagho..
(selalu g web oh artis..hik3)

n macam selalu kalau jumpa artikel yang menarik hati..
aku akan post kt sini..
alhamdulillah pencarianku berjaya juga..
ringkas je citer ni..tapi sangat bermakne bagi aku yang terlalu tidak pandai menjage hubungan sesame manusia sekeliling..

kisah bermula....

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!

Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.

Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?

Maksud ibu?

Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
lepas habis bace artikel ni..
aku terkedu terkesima terkelu seribu bahasa..(peh..sastera sungguh aku)

bukan ape,pada sape2 yang mengenali aku..
maka tahulah perangai sikap dan pe'el aku ni bagaimana..
rasanya sudah berapa ramai yang menjadi mangsa kekejaman mulut ini..
(demi Tuhan,itu kelemahan aku)

astaghfirullah~
sungguh lidah itu lebih tajam dari mata pedang..
mungkin selepas ini aku kena lebih bertekad untuk menjaga hati insan sekeliling..
biarlah tahi yang diberi,aku balas dengan bunga..(ow,bukan bunga tahi ayam ye)

"maka d kesempatan ini,
aku mahu memohon maaf secara langsung atau tidak pada mereka yang pernah aku lukai secara kasar mahupun secara lembut..
aku hanya manusia biasa..
betulkan aku jika aku tersalah kerana senyap seribu bahasa sambil berharap aku sedar akan kesalahan aku tidak akan merubah keadaan"

meminta maaf adalah perbuatan terpuji.
tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


nota kaki: biarlah hati ini d pahat dengan ribuan paku, kerna Dia ada untuk mengubati..biarlah hati ini menangis sendiri,kerna Dia ada untuk menemani..jika d bandingkan paku d hati ini,apalah sangat dengan jutaan paku yang telah aku pahatkan d hati mereka yang lain...


cukup ALLAH bagiku~

Tuesday, September 29, 2009

hipokrit lagi.






muge2 entry kali ni terhindar dari bisikan nafsu syaitan yang direjam...
walaupun berjanji pada diri utk tidak mahu meng'update' sebarang cerita for this whole week..
tapi terpaksa juga untuk beritahu apa yang dirasakan perlu..
(insyallah...muge dijauhkan juga dari perasaan mazmumah semasa entry ini d tulis)

ye, saya tau ini post kedua saya mengenai hipokrasi..
tapi post kali ni bukanlah post emo seperti yang sebelum..
mungkin akan lebih mendalam lagi dalam mengoreksi sikap hipokrasi yang makin terserlah di kalangan umat...


"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kemurkaannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuau yang kamu tidak lakukan"
(61:3)


Ya ALLAH, betapa ayat di atas telah menjelaskan segalanya...
betapa murkanya ALLAH kepada mereka yang 'cakap tak supa bikin'

bermula apabila seseorang menyatakan kepada diri bahwa kita sebagai manusia harus menjadi pembimbing bukan penghukum...
cukup sekadar ALLAH yang menghukum dengan hak mutlak milikNya..
benar saya setuju...
sememangnya kita tiada hak langsung untuk menjatuhkan hukum membabi buta terhadap manusia lain..

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(49:11-12)

di mana dalam ayat di atas juga diterangkan dengan jelas bagi kita untuk merendahkan dan menjatuhkan martabat kaum yang lain..
kerana kemungkinan,kaum tersebut adalah jauh lebih baik...

dan bila seseorang itu,cuba untuk membimbing orang lain atas kepentingan tertentu..
dan bila kepentingan tersebut sudah pun tiada lagi...
orang yang dibimbing pun ditinggalkan terkontang-kanting..
mana pergi semangat membimbing anda itu??

"aku kena bimbing dia ke jalan yg betul,tak nak dia tersungkur lagi..thats why aku tak nak dia kawan dengan orang macam tu.."

murni sungguh niat beliau..
walaupun si kawan pernah melakukan kesilapan tapi anda masih mahu mengubahnya ke arah yang lebih baik..syabas!!

tapi,jika kebaikan yang diajak itu juga anda tidak lakukan..bagaimanakah?
astagfirullah...muga dijauhkan dari laknat Tuhan..
bukan mahu bersikap berburuk sangka..
tapi,inilah hakikatnya...

tapi,mungkin juga golongan seperti ini punyai alasan tersendiri..
meninggalkan si kawan tanpa dibimbing hingga ke akhir..
ah,mungkin ada alasan logik yang tak pernah saya terfikir..

sewaktu membimbing si kawan meninggalkan zaman jahiliyyahnya..
anda juga sedang melakukan perkara jahiliyyah tersebut??
sekali lagi 61:3 menjadi rujukan...

dan bila si kawan telah tiada kepentingan pada anda..
(saya pun tak tau apa kepentingan)
tingglakan si kawan tanpa si kawan belum pulih sepenuhnya..
keji kah tindakan tersebut?

atau mungkin saya terlalu berburuk sangka dengan hipokrasi anda??
berlagak baik,tapi disebaliknya terselit satu sifat mazmumah yang masih tidak dirawat dengan sebaiknya..
ingat,langit tidak selalu cerah..

jika diri masih juga belum terbentuk dengan jati diri yang kuat..
mengapa masih mahu membimbing si kawan yang juga sebenarnya sama spesis dengan anda?
yakinkah dengan kadar iman sekarang anda mampu membimbing si kawan?
(itulah alasan yg diberikan)
dan bukan anda yang tergelincir sekali..

kadang2 perlu juga mencermin tahap diri..
perlu disertai ilmu agar tidak tersasar..
bimbinglah dengan ilmu..
jika tidak,beginilah pengakhirannya..


ingatan untuk diri sendiri juga..
agar tidak menjadi golongan yg dimurka ini..
insyallah~

Ya ALLAH..
semakin pelik dunia akhir zaman ini..
sungguh,peliharalah kami semua dari rencah durjana syaitan laknatullah..
Amin..



Monday, September 14, 2009

maya...


...setia bertahan...

di saat aku jatuh tersungkur sambil kebingungan,
dia hadir memarahi diriku...

K: kau yakin ke dengan keputusan kau ni??
N: aku yakin..100% aku yakin...
K: apa yang buatkan kau yakin sangat ni??
N: ..... aku tak nak kacau hidup dia..kehadiran aku hanya menyusahkan je..
K: maksud kau? dia cakap kau susahkan dia ke?
N: (geleng kepala)
K: habis tu?
N hati aku sakit.sakit sangat.aku tak boleh terima hakikat....
(belum sempat bicara di habisakan dia memotong percakapan ku)
K: hakikat apa yang kau cuba cakap ni??!!!
N:(kepala mula menunduk)
K: cuba ingat apa yang kau katekan pada aku awal2 perkenalan kau dengan dia dulu..
N: (masih senyap membisu)
K: kalau kau tak ingat,mari aku ingatkan kau. waktu mula2 dulu kau cakap kau terima apa jua penerimaan dia.kau sanggup terima risiko bila kau dengan sengaja mendekatkan diri dengan dia. walaupun kau tak kenal dia,tapi kau berusaha jugak tuk mendekati dia. sebab apa? sebab kau cakap dengan aku, niat kau tuk mendekati dia hanya kerana ALLAH. kau nak jalinkan ukhwah yang semata2 kerana ALLAH dan bila semuanya kerana ALLAH, kau tak pernah berharap dia akan membalas segala jenis sayang dan jasa kau pada dia. cukup ALLAH saja yang membalas. kau tak kisah andai dia tak menyayangi kau. yang penting redha dari ALLAH...
N: (masih tertunduk)
K: kau tak pernah peduli dengan kehadiran orang lain dalam hidup dia sebab kau langsung tak de kena mengena dengan orang lain tu. yang penting hanya kau dan dia je. aku tau bukan senang kau nak dekati dan kenali dia. tapi kau berusaha jugak. sebab kau yakin dengan niat asal kau mengenali dia. semuanya ikhlas kerana ALLAH. dan di saat kau dan dia sudah kenal dan rapat antara satu sama lain. kau nak berundur pulak. semuanya atas alasan yang tak munasabah langsung. bangunlah weyh! bukan senang kau nak mendekati dia and then kau nak tinggalkan dia macam tu je???
N: tapi dia dah ada orang lain. dia tak perlukan aku pun!
K: mana kau tau dia tak perlukan kau? tolong jangan bandingkan kau dengan orang lain yang wujud dalam hidup dia. they totally different from you!!! even if you are not the first, but still she appreciate you in her life..maybe she not meant to be with you. so what?? whats wrong with that? you have your own place in her heart..never compared yourself to someone that already exist in her life..
N: tapi, banyak perkara yang...
K: perkara yang dia rahsiakan dari kau? its her choice. you can not blame her. saat kau dekati dia dulu, kau pun tau risiko yang bakal kau hadapi. dan inilah risikonya. sama ada kau di terima dalam hidup dia atau tak. dan di saat dia sudah pun terima kau, kau nak tinggalkan dia?
kau jangan bersikap selfish la... ketiadaan kau pasti satu kehilangan besar bagi dia..
N: tapi dia dah ada orang lain. dia tak perlukan aku pun...
K: kan aku cakap, jangan bandingkan kau dengan orang lain.. kau lain,orang lain tu pun lain.. ingat aku cakap,kau dekati dia dengan menyedari risiko yang ada...kau pun tak sangka yang dia kan terima kau dalam hidup dia sejauh ini kan? kau pun tak sangka yang dia akan sayang kau sejauh ini kan?
N: (angguk kepala)
K: so, apa lagi alasan kau nak berundur?? ingat cakap aku jangan sekali bandingkan diri kau dengan orang lain yang dah lama wujud dalam hidup dia... kau dan orang lain tu memberi kesan yang berbeza dalam hidup dia...
N: tapi...
K: tapi apa? kau terasa dengan sikap dia? biasalah lah tu adat dalam perhubungan. di sebabkan perkara macam tu kau nak berundur setelah susah payah kau berusaha mendekati dia??
kau cemburu hubungan dia dengan orang lain?? she has her own life..
N: kau nak cakap ape pun cakaplah... aku tak nak terluka.pedih sangat!!!
K: pikir masak2 dulu sebelum kau menyesal di kemudian hari...
N: aku rasa macam aku di perbodohkan je...semua salah aku. biarkan diri di buai angan... dia tak kan pernah jadi milik aku..tak kan!!! dia tak mampu nak sayang aku sepertimana aku sayang dia.. aku redha..aku kecewa..walaupun pada mulanya memang aku tak pernah harap balasan kasih sayang dari dia..tapi, aku juga manusia biasa. aku perlukan seseorang sebagai teman dan ternyata dia bukan untuk aku. lebih baik aku berundur... sebelum luka aku bertambah parah!!!
K: mentahnya mentaliti kau...kecewa aku bila kau berpikiran macam ni...
N: (terkedu seketika)
K: dengar sini baik2, kalo dia bukan untuk kau pun. whats wrong with that? both of you have your own life. dengan berundur masalh akan selesai ke? kau berundur sebab kau tak nak terluka?
N: (mengangguk kecil)
K: pikir la..mungkin dia akan lebih terluka dengan pengunduran kau..
N: tapi dia ada orang lain yang boleh mengubati luka dia, dan aku tak ada..
K: sapa kate kau tak de? ALLAH kan ada. Dia pengubat segala jenis luka.. aku tau kau tak boleh terima bila dia lebih menyayangi someone else more than you..but still u r special in her life..
N: aku tak pernah rasa yang aku special di mata dia...
K: kau berharap ke? ikhlas yang paling penting. jangan pernah harap balasan selain dari ALLAH. kalo selama ni, kau sentiasa di sisi dia suka dan duka, berkongsi rasa dan cerita, kau buat dengan ikhlas kan?
N: mestilah.insyallah...
K: then, kau takkan terasa kalau dia tak pernah balas kebaikan kau tu. if she not, who cares?? ALLAH will be there to repay ur sincere. pedulikan jika dia tidak pernah menjaga hati dan perasaan kau..pedulikan jika dia berahsia..pedulikan semuanya!!! ikhlaskan hati...


diakhirnya, K hanya berlalu meninggalkan kata2 azimat..

Dan saat kita di haruskan untuk memilih antara lari dan bertahan,maka aku katakan bertahanlah kerna selangkah lagi kita akan mendapatkan apa yg kita inginkan,kerna kalu tidak penyesalanlah yg akan kita temui dan rasa kehilanganpun akan menari di benak kita

ku harap ini last entry emo ku...moga aku bertahan...


cukup ALLAH bagiku~

Saturday, September 12, 2009

si dia...

...sabar menanti...

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

*maaf,mungkin entry ini agak berbaur 'emo'


selama hidup ini, si dialah yang setia diri ini nantikan untuk muncul dalam hidup...
si dia yang sedia berkongsi segala rasa,suka dan duka...
si dia yang selalu di sisi menjadi peneman duka lara...
si dia yang sentiasa memberi dorongan dan semangat...
tapi sampai ke saat ini,si dia tiada di sisi...

owh,mungkin diri terlalu emo bila memperkatakan hal ini...
perihal sahabat sebenarnya memainkan peranan yang penting...
mempunyai sahabat yang juga menganggap diri ini sahabat...
itulah yang selalu di harapakan selama ini...
tapi sampai saat ini,tiada siapa yang dikunjungkan Tuhan untuk diri ini...

ahhh...orang lihat aku sebagai seorang yang tough,kental,cekal,kasar,takde perasaan dan macam-macam lagi...
tapi,sekeras2 aku pun...masih perlukan seseorang yang boleh membimbing diri...
yang setia di sisi, yang boleh dijadikan tempat tuk bermanja..
(sumpah kawan2 akan gelakkan ayat aku ni)

mungkin di luar aku keras,tapi hakikat di dalam Tuhan saje yang tau...
sungguh aku butuhkan seorang teman...
mungkin ke ayat aku ni gedik atau terover...biarkan saja...
biarkan tiada siapa yang memahami aku...
cukup aku,ALLAH dan blog ini yang tahu...

remaja beb,mestilah sahabat tu elemen penting dalam hidup selain dari family yang sah2 penting lagi utama...
kenapa la emo sangat bila cakap pasal sahabat ni???
aku pun tak tau...
terus terang cakap..aku cemburu dengan mereka yang punya sahabat tuk bermanja,berkongsi rasa dan 'ber' macam-macam lagilah...(seyes ni)
tapi tulah,sikap luaran aku tak pernah menunjukkan kau berperasaan sebegitu...
semuanya tersimpan dengan rapi je kat dalam...
mungkin belum tiba masanya lagi untuk aku bersahabat...

orang kata,kalo nak dapat sahabat,kenalah jadi sahabat dulu...
itu yang cuba aku buat...
cuba untuk menjadi sahabat seseorang...
seseorang yang juga menganggap aku sahabat beliau..
cuba untuk menyayangi seseorang...
seseorang yang juga sayang pada aku seperti aku sayang dia..(melampau kah?)

tipulah kalo aku kata aku takde sahabat...
sahabat memang ada..tapi si dia yang tiada..
dan si dia yang dimaksudkan bukanlah si dia ehem2...
aish,sila jangan salah paham ye...

alaaa,korang pun tau kan...
dalam banyak2 sahabt korg...
mesti ada juga terselit seseorang yg korg sangat2 sayang...
ow,ini bukan buyest atau berat sebelah...tapi tulah lumrah sebenar hidup..
betul tak???

mereka yang korang sayang dan si dia yang korang sangat sayang...
mesti ada beza kan???
atau aku sorg je yang pikir camtu??
ah,lantaklah...tapi aku tau..inilah realitinya..
dan korg jangan nak tipu aku la...wek3~~

mungkin korg tak tau..sekasar2 aku pun..
aku nak jugak kadang2 ade si dia yang boleh dengar aku...
boleh jadi tempat aku ngadu naseb..
boleh jadi tempat manje2 n gedik2...
(sah,akan ade orang gelakkan aku lagi)

tapi,kenalah terima yang aku tiada si dia...cewah..
macam ape je bunyik...
by the time i feel like i found someone that can suit with me...
but actually they dont...
aku bukan memilih..oh,sumpa tidak...
dan aku juga tau kasih dan sayang itu tak kan boleh dipaksa...
pengalaman banyak suda mengajar aku...
cukuplah seksa dan pedih aku di 'reject' secara jualan langsung atau tidak..
(sekali lagi,ayat ini macam hape je)

n regarding on the hadith that i put earlier...
aku berpegang pade hadith tu...
kalo sayang,aku akan cakap sama ada secara live ataupun siaran ulangan...
tapi,aku tak boleh nak paksa si dia untuk cakap perkara yang sama sama ada secara live apatah lagi ulangan...
mungkin ego menghalang..sumpa,saya tidak tahu...
tapi,kalo tak cakap macam mana nak tahu???
nak suruh rasa ke??
bukan semua orang ade kelebihan prarasa untuk menilik perasaan orang...
(mentang2 baru tengok final destination4)

atau mungkin saya masih belum bersedia untuk mempunyai si dia...
walaupun saya berusaha untuk menjadi si dia kepada si dia yang lain...
masih tiada siapa mahu saya menjadi si dia tersebut...
hati lagi pedih bila ingat suda berjumpa dengan si dia...
tapi si dia dah de si dia yang berkenaan...
mana boleh saya potong jalan pulak...
cukup sekadar menjadi sahabat dan bukan si dia...

mujur saya masih sedar diri yang saya bukan si dia...
dan dia juga bukan si dia untuk diri ini...
dan mujur juga diri ini cepat sedar diri..
walaupun si dia pada mulanya macam memberi harapan mahu menjadi si dia...
tapi,hakikatnya si dia telah pun ada si dia yang terlebih awal muncul...
(moge2 korang paham)

sekali lagi saya frust..si dia tidak juga muncul...
di samping berusaha menjadi si dia kepada seseorang...
saya berdoa agar si dia muncul...
si dia yang masih belum ada si dia...
high demandkah aku???
mungkin...

sumpa sekali lagi...
pedih ulu hati dan jantung bila si dia yang disangka si dia...
rupa2 nya bukan si dia........
merepek kali ini lebih hebat dari niyang rapik...

si dia yang disangka si dia,
akan ku biar terbang bersama si dia yang sudah tersemat terlebih awal,
si dia yang disangka si dia,
tak akan ditaburkan dengan lafaz yang memberi bebanan perasaan,
si dia yang di sangka si dia,
biarlah menghilang jauh dari segalanya,
dan dia yang ku sangka si dia,
moga bahagia dengan si dia...

(sumpa aku jeles dengan si dia yang mempunyai si dia...mungkin bukan rezeki aku..dan pada si dia,tolong jangan bagi saya harapan palsu lagi dengan berkelakuan seperti anda mahu menjadi si dia kepada saya...cukuplah dengan pedih ulu hati ni...saya mahu si dia yang benar2 saya punyai..)

dan buat si dia,
sungguh hati ini hancur tanpa kamu sedari...
sungguh hati ini luluh tanpa kamu ketahui...
dan sungguh hati ini perit tanpa kamu rasai...

kenapa mahu berpura menjadi si dia kepada saya?
jika hati telah pun ada si dia...
ow,mungkin saya yang terperasan lebih...
mungkin saya tidak patut hadir...
melihat si dia dengan si dia yang lain suda cukup memedihkan...

dan saya belajar untuk redha...
untuk kali ini,entah ke berapa kali saya di kecewakan dengan mereka yang ku sangka si dia...
dan kecewa kali ini ku pasti bukan yang terakhir...
di harap hati ini akan immune dengan kecewa yang pasti akan datang lagi...

maaf,si dia telah ada si dia...
tidak mungkin akan ada dua si dia...
akanku biarkan si dia jauh dari diri ini...
biarlah kali itu menjadi pertemuan terakhir aku dan si dia...
biarlah kali itu menjadi medan terkahir aku dan si dia...
dan biarlah pertemuan kali itu menjadi dialog terakhir aku dan si dia...
sungguh.....
CUKUP ALLAH BAGIKU!!!!!


cukup ALLAH bagiku~

Thursday, September 10, 2009

saat ini...

saat ini, hati berlagu sepi


tanda tiada dia di sisi

hati mula berderai

lantas jatuh bersepai

parah hingga tidak tercapai

masih harap di belai

tapi,kasih tak sampai

akhirnya, air mata terjurai

berjalan keseorangan

dengan harapan dia ada di hadapan

dia yang bernama sahabat,kawan dan teman

yang sebenarnya hanya khayalan

realitinya, aku tetap seorang...

mujur DIA sebagai peneman...

sungguh semua pun hanya khayalan...
Tuhan,sedarkan aku dari lamunan yang tak mungkin jadi kenyataan...

tolong jangan bagi harapan...
cukup hanya aku seorang...

kebenaran memang pahit...!!!!!

Tuesday, August 11, 2009

secarik perit~


(jambatan roboh)

kisah 1 (4 tahun sebelum)

saat mula berjumpa dulu...
rasa macam dah sebulu...
padahal itulah kali pertama bertemu...
jumpa banyak kali pun tak jemu...
itulah penangan dari dirimu...
aku adik dan engkaulah 'kakak'ku..
ingatkan boleh jadi rakan sekutu...
tapi semua tu khayalan diriku...
berpisah jua dek kerana waktu..

(sebulan yang lepas)

namun takdir buatkan kita bertemu...
kat mana lagi kalau bukan kat 'U'...
setelah bertahun tak diseru...
rasa gugup tak menentu...
padahal cuba berlagak 'cool'...
tapi hero pun kadang2 naik kematu...
ingatkan boleh disambung hubungan yang dulu...
namun takdir Tuhan adalah penentu...
akhirnya aku sabar menunggu...
moga ada jodoh untuk diriku...

kisah 2 (3 tahun sebelum)

sekarang aku dah berubah...
cuba untuk jadi lebih gagah...
agar tak senang rebah...
tak susahkan orang untuk memapah...
segala keringat aku kerah...

tup2..dia datang menjengah...
lama-lama aku pun rebah...
tanpa ada yang menyanggah...
aku tetap lemah...
pada Tuhan aku berserah...
'hapus aku'(nitrus) sebagai terakhir kalimah...

memang aku yang salah...
tinggalkan dia tanpa berkata sepatah...
aku teman yang mentah...
tak mahir bermain rencah...
dia kutinggal tanpa rasa bersalah...
dan mula beralih arah...
pada si dia yang ku rasa bertuah...
tapi si dia juga hilang ke mana ntah...
alih2 tujukan pada aku lagu 'resah'(nidji)

cuba akur dengan segala mehnah...
moga lebih tenang hadapi masalah...
agar tak tersungkur ke dalam lembah...
syukur semuanya cepat kebah...
sah, aku manusia lemah...
tapi aku terus melangkah...
terus tanpa berpatah...

kisah 3 (1tahun sebelum)

insan baru muncul di sisi...
rasa lebih matang kali ni...
tak mahu pisang berbuah dua kali...
cukup pengalaman selama ini...
tapi takdir Tuhan aneh sekali...
di beri ujian yang sama lagi...
fed up dan juga tensi...

cuba ambik dari sudut positif...
mulut manis boleh padamkan api...
mungkin itu kelebihan diri...
tapi selalu disalah erti...
kerana sikap empunya diri...
yang selalu cuba memikat hati...
nasib baik aku dah lali...
cuba juga untuk larikan diri...
tapi dia pandai membelai nurani...
uh,tergoda lagi...

'cinta antara kita' pengganti diri...
buat aku mula meragui...
'siapa dia ni?'...
mujur IQ makin tinggi...
pandai menilai permata dan besi...
aku lebih pandai jaga diri...
kan aku kata pisang tak kan berbuah dua kali...
tak kan biar diri ini terjebak lagi...
aku hadiah kan dia 'azab Ilahi' (irsyadee)
walau tak ramai tahu sikap azali...
cukup aku saje yang mengetahui...
tak kan nak bukak pekung di dada empunya diri?...

harap si dia tak kan ulangi lagi...
kesalahan besar yang menimpa diri...
kalau tak nak hidup di laknati...
cepat2 cermin diri...
sumpah aku benci...!!!
berpura baik tapi keji...
walau tak baik menghukum tapi membimbing...
tapi kesalahan lama kenapa di ulangi??
dan di ajak aku sekali??
oh Tuhan, aku golongan yang menzalimi diri sendiri...
moga tak jumpa dengan dia lagi...
sumpah aku rasa geli...
namun ku doa dalam hati...
moga dia akan menginsafi...

kisah 4 (sekarang)

mujur di beri peluang kedua...
untuk aku terus hidup tanpa duka dan sengsara...
harap tak kan bertemu dengan insan yang sama...
aku gembira dengan seadanya...
insyallah, si dia akan ketemu jua...
janji Tuhan untuk aku dan dirinya...

~khaleeftunggal~


cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, July 8, 2009

semalam,hari ini,seterusnya..



semalam aku rase hidup ni seronok sgt..
byk benda yg boleh di buat kalau kita hidup..
kalau dah mati,apa pun tak boleh buat..

hari ni aku sedar hidup ni susah sgt..
byk benda kite kena hadapi..
pahit maung,jerih perih yg datang buat aku rasa give up..

semalam aku rasa orang sekeliling amat penting dlm hidup aku..
dgn merekalah aku bergembira..
buat aktiviti yg menyeronokkan..

hari ni aku sedar orang sekeliling sume pn hampeh..
hanya mak ayah je yg betul2 bermakna dlm hidup..
wlwpun dtg berjuta kwn,teman mahupun shabat..
aku berani ckp yg semua pn hampeh..

semalam aku rasa aku ni baik,happy go lucky n boleh
hadapi sume cabaran yg dtg...
wlwpun byk mslh aku maintain cool..
cuba utk tenang dlm hadapi apa jua keadaan..

hari ni aku sedar aku ni lemah yg amat..
tak berguna wlwpun sesen..
tak mampu buat apa2 pun..
hidup pun tak tenteram,penuh kecamuk..
tak de lg cool dlm diri..

semalam aku rasa aku ada segalanya..
kwn yg boleh aku percaya..
teman yg boleh bergantung harap..
sahabat yg boleh menumpang kasih..

hari ni aku sedar aku tak punya mereka semua..
semua pun tak boleh percaya,di harap n digantungi..
aku hanya ada aku..

semalam aku rasa aku ada dia untuk berkongsi
mendengar dan bersandar..
aku harap pada dia..

hari ni aku sedar dia tak pernah wujud..
hanya bayang2 yang aku cipta sendiri..
yg hilang di kala malam dan khayalan di kala siang..

semalam aku rasa keputusan aku adalah yg terbaik..
tak mugkin aku berpaling..
tak mugkin menoleh..
tak mungkin berpatah arah..

hari ni aku sedar keputusan tu perlu d tarik balik..
perlu memaling..
harus menoleh..
kena melangkah pergi..

semalam aku rasa aku bersedia hadapi suka duka..
lakukan pengorbanan tanpa ungkitan..
hidup utk diri sendiri dan org lain..

hari ni aku sedar aku lemah dari semua jenis aspek..
mental,fizikal segalanya..
mengungkit setiap apa yg terjadi..
hidup utk org lain dan bukan diri aku..

namun utk yg seterusnya..
aku adalah aku yg dulu..
yg tak punya apa2..
tak punya mereka,kamu mahupun dia..

utk yg seterusnya..
aku adalah aku yg dulu..
yg selalu mengharap..
dan dibiarkan tertiarap..

utk yg seterusnya..
aku adalah aku yang dulu..
menukar hala tuju hidup tanpa sebarang jaminan..
terarah ke destinasi yg belum tentu aku capai..

dan utk yg seterusnya..
aku adalah aku yang dulu..

to all my dearest person,aku dah tuka ke medic in unikl~

cukup ALLAH bagiku~

realiti dan fantasi



FANTASI aku~
aku ada kawan..
FANTASI

aku ada teman..
FANTASI

aku ada sahabat..
FANTASI

aku ada dia..
FANTASI

aku ada kamu..
FANTASI

aku ada mereka..
FANTASI


REALITI aku~

aku hanya ada DIA..
satu-satunya realiti yang benar-benar realiti..

jgn pernah berharap pada FANTASI..
kerana FANTASI selamanya tidak akn jadi REALITI..

dan REALITI selamanya REALITI..
tidak mungkin jadi FANTASI..



dari aku yang masih realiti dan akan mnjadi fantasi..


cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar