Wednesday, November 18, 2009

jalan-jalan,ambil pengajaran?


(ICED)

bismillah..
syukur ke hadratnya dengan segala limpah kurnia sepanjang d muka bumi ini..
penat berjalan maseh lagi terasa hingga ke tulang sum2..
kenapa mesti penat??
peh,dah kalo sehari suntuk berjalan kat sepital..
pegi wad sane, pegi jabatan sini..mestila menguji segala jenis sendi yang ade kat kaki..

cabaran tuk modul 3 (ICED MODULE) kos medik kami orang d UniKL-RCMP...
ICED stand for Introductory Clinical Exposure..
dah nama pun klinikal expose,so memang la kene berjalan kat sepital..
belajar untuk menjadi seorang doktor yang lebih berkaliber tuk mase depan..

modul ni memang besh walaupun penat yang amat sangat..
untuk hari pertama pun dah kena lawat wad ortopedik(tulang)
apa lagi,ambik segala peluang yang ada tuk menemuramah pesakit yang admit dalam wad tu..
besh memang besh..lagipun,kami future doktor (insyallah) memang kena develop social skill dan juga communication skill..
kena pandai tackel patient sekaligus jadi doktor yang lebih baik dari segi sahsiah dan seluruhya...(peh,mantap r ayat)

dan hari ni,hari ke2 tuk modul ni memang lagi besh dan lagi penat..
hari ni d tugaskan tuk g ke klinik ortopedik..
belajar mengenai POP (plaster of Paris),benda yang orang pakai kalo ade fractured bone..
ala,senang citer simen tangan la..mcm ni ha..


(sample POP@simen kat tangan)

salah satu task kitorang ialah nak merasai bagaimana perasaan patients yang pakai benda alah ni..
peh,memang seronok kot perasaan mule2 tym nak pakai..
tapi bila da siap,beratlah pulak tangan ni..
ingat nak buat kt kaki,tapi seganlah pulak..
selesai pakai tuk beberapa detik,dah terasa azabnya..

dengan beratnya,gatalnya lagi..
selesai dengan proses tu,masing2 pun pulang ke kolej dengan tangan yang berbalut..
peh,sume pun pandang dgn muka yang pelik..
mana taknya,kalo dah 6org dalam grup tu and sume 6org tu patah tangan dan kaki..
memanglah pelik..pastu boleh pulak ambik gambar tengah2 kaki lima tu..


(grup4 yg hebat tangkas pantas!!)

tapi lepas dah lama..
aku pun mula paham perasaan mereka yang terseksa d baluti dengan simen tu..
panas gatal berat hanya Tuhan yang tahu..
(ini la perasaan adek aku tym patah tangan dulu)
nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan??
ow,sungguh aku insaf..payahnye nak makan tanpa bantuan dari tangan kiri..
nak menggaru2 lagi..tu baru tangan yang ditarik nikmat..

sedikit sebanyak benda ni sedarkan aku pentingnya anggota badan dalam idop..
tersangat penting,hingga aku dan rakan-rakan sanggup menolak si bubek(asyraf)
dengan kerusi roda beliau..(yang tengah duduk tu)


(ini aku)

ini untuk sesi pagi..
tuk sesi petang pulak..pergi ke wad 3A (surgery)
kat sini,sume pun tengah menanti tuk di operate atau pun telah d operate..
dan macam biasa, wad waktu petang memang pack gle2..
dengan pelawat,housemanship,praktikal dan kitorang yang mneyebok ni lagi..
mseti akak2 sister n staffnurse sume pun stress..
kami pun naik stress~~

tapi kat dalam wad tak leh la nak amek gambar..
tp agak enjoy la bile da borak2 dengan patients and tengok dorang sume amek BP,PR and temperature sume..
tak dapat buat,dapat tengok pun jadilah~~

lepas abes kat wad tu,pegi kat wad ICU sekejap..(sambil menunggu waktu tamat)
kat sini tempatkan mereka yang dalam keadaan koma/separa sedar..

masuk kat sini memang buat aku terharu dan sedey sangat..
yela,tengok keadaan patients yang bertarung nyawa dan hanya harapkan alat bantuan pernafasan...
kebanyakan patients sume pun muda2 lagi..
(nikmat sehat tu amat berharga!)

dan sempatlah tengok nurse buat dressing and suction process..
dressing untuk bersihkan luka and letak kapas kat tempat yang d tebuk..
(selalunya kat bahagian atas chest)
subhanallah!!! aku sangat terkesan tengok kesengsaraan patients menahan sakit tanpa boleh bersuara..
dada d tebuk untuk bantu pernafasan..
makanan d masukkan melalui hidung..
macam2 jenis tib yang dimasukkan d segenap ruang badan..
sungguh ALLAH itu Maha Kaya...

yang sedihnya bile process suction..(buang kotoran)
satu tiub akan d masukkan dalam lubang yang dah d tebuk tadi..
and then tiub tu d isi dengan air suling untuk tarik keluar segala jenis kotoran/kahak yang menggangu proses pernafasan..
seksa dan saket hanya Tuhan yang tahu..
tiub tu fungsi cam vakum la yang suck out keluar segala jenis kotoran..
peh, perjalanan hidup yang Tuhan dah tentukan pada setiap orang berbeza2..

masuk ke wad ICU,buatkan aku terpikir sejenak..
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
(rujuk lagu raihan)

alhamdulillah..aku maseh d beri nikmat sehat walaupun d serang saket batok2..uhuk3~
aku tetap bersyukur..
dan untuk sok..(19/11/09)
aku akan masuk wad psikatri pulak..
peh..ni pun salah satu cita2 aku gak dulu..
maseh berpeluang lagi nak merasa..
so,kena prepare tuk interview pesakit2 d situ..
harap2 semua berjalan lancar~
insyallah...
ow ye..aku sajikan korang gamba ahli grup aku yg kepatahan tulang belulang~


(bubek@asyraf-patah tulang betis)


(suriati@ketua grup-patah tangan)


(syida-patah tangan)



(awe cendol-patah tangan juga)


(amrina-patah jari)

notakaki:baru aku pasan yang nurse2 yg keje kt wad sume pun cantek2 belake..dari rase stress sbb d layan macam bola,terus lega tgk muke2 nurse ni..patutla pakcek2 sume suke dok sini..hehe~ allah itu cantek dan sukekan bende2 yg cantek juge!

cukup ALLAH bagiku~

Thursday, November 12, 2009

paku yang lekat d hati?




aku tiada keje lain dok d umah..
selain daripade surf intenet dan membaced bahan2 ilmiah dan kadang2 juge bahan lagho..
(selalu g web oh artis..hik3)

n macam selalu kalau jumpa artikel yang menarik hati..
aku akan post kt sini..
alhamdulillah pencarianku berjaya juga..
ringkas je citer ni..tapi sangat bermakne bagi aku yang terlalu tidak pandai menjage hubungan sesame manusia sekeliling..

kisah bermula....

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!

Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.

Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?

Maksud ibu?

Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
lepas habis bace artikel ni..
aku terkedu terkesima terkelu seribu bahasa..(peh..sastera sungguh aku)

bukan ape,pada sape2 yang mengenali aku..
maka tahulah perangai sikap dan pe'el aku ni bagaimana..
rasanya sudah berapa ramai yang menjadi mangsa kekejaman mulut ini..
(demi Tuhan,itu kelemahan aku)

astaghfirullah~
sungguh lidah itu lebih tajam dari mata pedang..
mungkin selepas ini aku kena lebih bertekad untuk menjaga hati insan sekeliling..
biarlah tahi yang diberi,aku balas dengan bunga..(ow,bukan bunga tahi ayam ye)

"maka d kesempatan ini,
aku mahu memohon maaf secara langsung atau tidak pada mereka yang pernah aku lukai secara kasar mahupun secara lembut..
aku hanya manusia biasa..
betulkan aku jika aku tersalah kerana senyap seribu bahasa sambil berharap aku sedar akan kesalahan aku tidak akan merubah keadaan"

meminta maaf adalah perbuatan terpuji.
tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


nota kaki: biarlah hati ini d pahat dengan ribuan paku, kerna Dia ada untuk mengubati..biarlah hati ini menangis sendiri,kerna Dia ada untuk menemani..jika d bandingkan paku d hati ini,apalah sangat dengan jutaan paku yang telah aku pahatkan d hati mereka yang lain...


cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, November 11, 2009

ukhwah fillah kah ini?


(adakah aku termasuk d antara rantaian ini)

bismillah..
dengan nama Tuhan Pencipta yang membolak-balikkan hati ini..
entry ini d tulis dengan perasaan yang cukup syahdu sekali..
mungkin ini balasan Tuhan pada aku yang cuba lari dari hakikat sebenar..
(Ya ALLAh,hinanya aku!)

tiba-tiba hati ni sebak mengenangkan sikap sebenar diri...
kadang2 aku keliru apa yang menjadi keutmaan dalam hidup ni..
aku betul2 keliru,buntu,kusut...aku LOST!!!!
saat ini aku rasa hiba sekali..
hiba kerana aku rasa tiada sesiapa d sisi..
ya aku tau, ALLAH adalah segalanya...

namun sering aku rasa ALLAh itu jauh...
jauh yang amat jauh..musibah datang bertimpa-timpa..
aku tau akan hikmah d sebaliknya..

bercakap mengenai SAHABAT...
sape itu SAHABAT??
aku perlukan mereka saat aku keliru buntu kusut...
tapi mereka tiada..
aku tak salahkan mereka langsung..kerana aku yang menjauhkan diri dari mereka..
atas asbab apa..aku sendiri tak tahu..
ye,ini balasan Tuhan pada aku yang selalu bermain tarik tali..
yang terlampau main2 dalam hidup..
(please be serious najwa!)

demi Tuhan aku sayangkan ukhwah aku dengan mereka..
tapi acapkali aku terasa terasing dengan perkataan ukhwah itu sendiri..
kenapa?? aku sendiri tak pasti..
ye, aku sayangkan mereka tapi....sekali aku keliru buntu kusut...
dan bila aku katakan yang aku terasing dengan ukhwah mereka..
aku benar2 maksudkan itu...
(air mata jantan ini mengalir juga..arghh)

membaca post sahabatku yang ini..
sangat buat aku terharu dengan sinar ukhwah yang tak pernah padam..
aku juga mahukan begitu..tapi hakikatnya,kosong...


(kembalikn aku dengan sinar itu ya ALLAH)

ALLAH...ALLAH...ALLAH..
tolong tetapkan hati aku dekat denganMu..
walau aku sering jauh denganMu..
temukan aku dengan mereka yang mendekatkan aku denganMu..

betapa hati ni selalu berprasangka yang bukan2 terhadap mereka..
jauhkan perasaan mazmumah ini...(astaghfirullah)
hati ini sangat rindu mereka namun aku tertanya2..
adakah aku masih di dalam rantaian tersebut??
terkadang rasa sangsi itu ada..
"andai aku bukan lagi akhwat,adakah ukhwah itu akan kekal?"

aku tidak pandai bermain kata bermain emosi mengundang bicara..
aku insan biasa yang terlalu ampuh dengan godaan dan bisikan syaitan..
ya ALLAH kembalikan aku ke jalan tarbiyahMu..
aku sedar aku makin jauh tersasar meninggalkan yang lain..

d sini,aku temui mereka yang cintakan diriMu..
namun mereka tidak pernah sama dengan mereka yang lain..
pemahaman yang berbeza membataskan segalanya..
atau aku yang gagal membuatkan mereka paham??
diri aku masih lagi terkontang kanting..
memandangkan hanya aku seorang saja d sini..
d samping naqibah tercinta..
mungkin itu membuatkan aku cepat lemah keliru buntu dan kusut

mungkin ini adalah salah aku sendiri..
salah yang aku sendiri tak pasti d mana puncanya..
Ya ALLAh..bantu aku tenangkan hati ini..


(mekarkan rantaian yg sudah lama tidak menjadi)

nota kaki: sungguh hati ini selalu merasa terpinggir tiap kali dengan mereka..rasa tidak layak juga selalu bertandang d hati..walau lafaz ukhwah fillah acapkali d lafazkan,tapi rasa diri ini jauh sekali..jauh yang amat jauh..atau ini salah aku yang sengaja membiarkan diri terpinggir? aku tiada jawapan untuk itu.... -dan ini hanya contengan yang boleh d abaikan-



cukup ALLAH bagiku~

Sunday, November 8, 2009

aku masih bernafas lagi?


(berikan aku kekuatan itu)

alhamdulillah..ringkas ucapan keramat itu d luahkan..
memuji kebesaran Tuhan yang sebenar2 Pencipta diri aku yang hina ini..
atas nikmat aku utk terus bernafas d muka bumi Tuhan ini...

kalau maseh igt entri aku yang dulu..
sewaktu aku hampir2 d ragut nyawa oleh Izrail..
(kalo xigt,sila buat2 igt)
mungkin peluang aku untuk terus bernafas kembali tergugah pada waktu semalam..
mujur sekali lagi perjalanan Izrail d tahan lg untuk menarik nyawa kami be-6..
(syukur Ya ALLAH)


(kunjungan yg bermakna)

rumah anak yatim darul hikmah yang sememangnya memberi seribu satu makna buat aku dan juga sahabat2 lain..
d tugaskan unutk menjadi AJK bg satu program kebajikan kolej..
sememangnya sukar untuk aku terima amanah tersebut..(manusia memang banyak beralasan terutama aku)
terlalu banyak hikmah yang mengajar aku seusai program tersebut..

alhamdulillah program berjalan lancar walaupun kondisi diri agak kurang menjadi..(sakit itu nikmat)
kisah mengenai aku yang masih lagi bernafas hingga ke saat ini bermula setelah tamat post mortem program...
memandangkan tiket bas untuk pulang ke rumah tercinta adalah pada pukol 9.30mlm..
aku dan dia terpaksa pulang awal untuk ke stesen bas..(aku n syu..kredit tuk ko masuk dlm blog aku)
rasa bersalah jugak sebab terpaksa pulang awal tanpa tolong sahabat lain kemas sisa2 program..

mujur ada syakila syahira ina n wawa tuk menjadi drebar dan peneman kitorg balik malam tu..
(kredit tuk korg sebab masuk dlm blog aku)
dan cerita yang tak berapa saspen ni pun bermula..

malam pekat d sertai dengan hujan renyai2 seharusnya menjadi petunjuk kepada malapetaka kecil yang bakal kami tempuhi..(eceh2)
kedudukan yang terperosok jauh ke dalam hutan sebenarnya menyukarkan sedikit perjalanan pulang kami..
perjalanan pulang bermula dengan masing2 pun membaca doa agar selamat..
tapi kan perancangan ALLAH itu lebih terdahulu..

musibah singkat malam tu bermula bila kereta yang d pandu tersesat betul2 d tengah hutan rimba yang pekat menghitam d selubungi kabus malam..(terhiperbola kah aku?)
peh...pada mulanya memang tak sedar pun kami semua telah tersalah jalan..
masing2 pun dengan muka konfiden lalu d jln yang berbukit mcm nak pegi genting la pulak..

kelalaian kami dalam memastikan jalan yang betul tuk pulang d sedarkan oleh musibah dari DIA..(subhanallah)
gedebuk!!! (betul ke bunyi cmni)
kami ber-6 d kejutkan dengan bunyi yang kurang enak d dengar..
kereta yang betul2 tengah lalu selekoh tajam terbehenti bila terdengar bunyi tersebut..

"wei..kete betul2 kt tepi gaung ni!!" salah sorang menjerit bila pintu belakang d bukak untuk mengecek pe yg telah berlaku sebenarnya..(bahasa BM ku semakin teruk)

mana taknya, tayar kereta sebelah kiri belakang dah pun terjunam ke dalam gaung hasil daripada tanah jalan yang sedikit runtuh akibat hempasan air hujan petang tersebut..
masing2 pun panik..(kot)
almaklumlah semua pun kaum yang lemah..
kete tersadai d tengah hutan d waktu malam yang mungkin menyeramkan..

masing2 pun keluar dari kereta tuk meninjau keadaan sebenar..
parah memang parah..
andai tersalah langkah, kereta dan kami2 boleh terperosok ke dalam gaung yang tak berapa pasti kedalamannya itu..
jalan licin, gelap dan sempit memburukkan lagi keadaan
aku hanya mengambil jalan untuk senyap dan hanya membuka mulut ketika perlu sahaja..
(macho x)


mujur Tuhan masih mahu meminjamkan nyawa pada kami ber-6
jalan yang terbaik adalah meminta bantuan dari AJK muslimin yang masih berada d rumah anak yatim..
sambil menunggu bantuan dari kereta yang lalu lalang..
alhamdulillah seorang pakcek menolong kami mengalihkan kereta ke tempat yg lebih selamat..
(muge Tuhan balas jase anda)

tapi,masalah belum berakhir lagi..
sebab kami baru tersedar yang kami dah tersalah jalan..
aiyayayaya~
jalan yang sempit membataskan untuk sesuka hati U-turn..
mahu tak mahu terpaksa pandu kereta menuju ke depan dalam keadaan yang agak trauma..
trauma terselamat dari maut terjunam hidup2 d dalam gaung..

sepanjnag perjalanan..masing2 bingung..meminta bantuan dari AJK muslimin..
peh...perjalanan d teruskan dalam kadar yang agak lama..
kereta meluncur perlahan tanpa tahu arah tujuan..
jalan hutan la katekan..kiri kanan pun menyeramkan jika mahu d pikirkan kembali..

mujur Tuhan mahu membantu..
daripada terus ke hadapan tanpa arah,d beri kesempatan untuk melakukan U-turn..
alhamdulillah..kereta berjaya d uturnkan..
sambil kami mengambil keputusan untuk menunggu d tepi jalan..
menunggu kehadiran bantuan..(mungkin wonderpetz)

d pendekkan cerita..(sebab aku da ngtok)
hero2 AJK muslimin pun sampai..
syukur alahmdulillah..musibah kali ni benar2 mengajar aku dan sekalian yang lain..

walaupun aku terlepas bas yang sepatutnya pukol 930..tidak apa..
kerna musibah kecil ini pasti terkandung 1001 hikmah..
"dengan musibah cmni,ukhwah kita lpasti ebih rapat"
kata2 salah seorang dari kami..
aku sekadar mengangguk mengiyakan penyataan tersebut..

dan bagi diri aku..
aku belajar bagaimana untuk lebih menghargai mereka2 yg berada d sisi..
kata2 nasehat dan semangat sewaktu masing2 tengah panik sangat membuka mata aku..
"inilah ukhwah sejati.."
tiada langsung keadaan menuding jari salah kepada satu sama lain tatkala d timpa musibah..
masing2 memberi sokongan dan dorongan..

sungguh aku terharu dengan situasi tersebut..
banyak yang aku perlu belajar unutk lebih menampakkan emosi dan belajar untuk bermain dengan emosi...
perlu juga belajar untuk merendahkan ego aku..

apa2 pun..pengalaman sehari d darul hikmah membawa hikmahnya yang tersendiri..
dan aku yakin..ukhwah itu akan terus terjalin dengan lebih utuh lagi..
semuanya dengan izin yg Maha Esa.


(kanak2 darul hikmah yg memang hiperaktif tahap melampau)


nota kaki: aku masih lagi mengoreksi tahap sebenar diri..kadang2 tensi juge..n aku igtkn sekali lg sekali ego d rendahkan tapi x d hiraukan..tak kan aku rendahkan ego tuk kali ke-2..buntu juge kadang2..pada Tuhan segala harapan, walau diri tidak d layan, aku harap ia akan datang

Friday, November 6, 2009

ukhwah atau ikhtilat?


(XX dan XY)

alhamdulillah..
telah tamat sudah imtihan dunia yang baru saje d jalani tuk 2ari..(2 ari je beb..)
usaha sudah,masa untuk tawakal dan berserah 100% kepada DIA...
(ayat skema yang selalu orang lafazkan)
tapi,sejauh mana dalam hati ni kita betul2 berserah diri dengan ketentuan ALLAH??
nak tak nak..mesti akan terdetik juge perasaan sebegini bila da dapat result nanti..
"kalaulah aku usaha lebih lagi"...."kalaulah aku tak padam jawapan aku"... "kalaulah aku jawab A dan bukan B"...dan bermacam2 lagi kalu yang bermain d benak dan juga bibir yang halus mulus itu...

bila berserah,maka belajarlah untuk redha..atau mungkin aku perlu cakap..
redha itu akan datang dengan otomatik tanpa d pakse jika semua pun betul2 berserah...
hmm,same2 aku kena renungi diri sendiri supaya aku juga betul2 berserah pada DIA selepas YAKIN dengan segala usaha yang aku dah lakukan...
keyakinan itu penting dalam mengharapkan sesuatu..
rugilah meminta berdoa dan berharap jika tiada yakin...(ALLAH itu adil)

ok,fullstop.!
bukan ini yang mahu aku repekan kali ini..
berbalik pada gambar utama yang telah aku campakkan d awal entry tadi..
pade sape2 yang bijak sana mesti pun tahu itu adalah simbol untuk sang teruna dan dara..(eceh2..)

aku bertanya pada dia,
"wujud ke ukhwah antara lelaki dan perempuan?"
dia hanya memandang ku blur sambil mengharap aku sendiri yang menjawab persoalan itu..
(sambil menunjukkan wajah YAKIN)
"kau tak terfikir ke itu hanya ikhtilat yang berselindungkan ukhwah?" aku tanya lagi...
dia hanya memandangku sambil mem'blur'kan muka sucinya itu..
aku sekadar tersenyum blur sebagai jawapan kepada muka blur nya itu...

ok,aku nak tanya korang2 sume..
sape pernah dapat mesej2 ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc daripada mereka yang berstatus ajnabi bagi diri masing2???
(aku terpaksa mengangkat tangan jujur mengaku d celahan ramai)

kemudian aku bertanya lagi,
"kenapa perlu hantar mesej2 islamik macam tu pada bukan mahram?"
dia menjawab..
"mungkin sebab nak nasehat aku melalui mesej,kalo buat depan2 kang bende lain pulak jadik"
ok,aku tanya lagi..
"kalo gune mesej,konfem ke bende2 lain tu tak kan jadik?"
dia senyap balik...(aku palingkan muka sebab tak nak tengok muka blur dia)

malas aku nak guna sistem dialog ni lagi..
aku mahu buat sistem gambaran/keperihalan pulak..
kalau d tanya pendapat aku yang masih lagi hina lagi dina ni..
jika d tanya pendapat aku terhadap lelaki yang 'send' atau lebih tepat 'forward' mesej2 islamik ini kepada wanita lain,
atas alasan mahu berdakwah/menasehat/mentarbiyah/etc..
aku akan cakap..
"kenapa mahu menjual agama?!"

tolong pahamkan betul2 kalimah ini..(takut ade yang salah paham dengan kenyataan insan hina yang banyak sangat dosa ni)
maksud aku dengan menjual agama ini ialah dengan menggunakan 'agama' sebagai alasan untuk mendekati atau menghubungi seseorang...
tidak salah mahu berkongsi bahan ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc kepada orang sekeliling..
tapi tak perlulah kepada mereka yang ajnabi,atas alasan ukhwah...(yeke?)
bagi aku,inilah jarum2 halus ikhtilat unutk merosakkan cucu cicit Adam..
dan bagi aku juga, si perempuan itu telah pun ada sahabat2 sejenisnya yang juga kerja meng'forward' bahan ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc...

dan aku juga terfikir,mengapa si lelaki2 umpama ini rajin menghabiskan kredit meng'forward' kepada si wanita melebihi rakan lelakinya sendiri..(cuba juga mahu bersangka baik)

bermula dengan ungkapan ukhwah berubah menjadi ikhtilat..
ikhtilat bukan ukhwah..
ikhtilat adalah percampuran, atau juga pergaulan.
ukhwah itu dibina atas landasan akidah yang sama,
tetapi ikhtilat itu tidak memerlukan apa-apa ikatan landasan untuk dibentuk atau dibina.
senang kata, tidak mungkin percampuran seorang lelaki dan seorang perempuan (berdua-duaan) itu berlaku atas nama ukhwah (yang dibina atas dasar iman dan takwa),
tetapi ianya hakikatnya adalah suatu bentuk ikhtilat yang ditanam atas dasar nafsu dan bisikan syaitan!


aku rasa ramai pun dah tahu apa dia batas2 dalam hubungan lelaki dan wanita ajnabi..
hakikatnya,memang kita umat Islam itu bersaudara..


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat: 10)

setahu aku,tak ade nas dalil atau hadith yang menyatakan muslim lelaki dan muslim wanita itu tidak bersaudara..kita semua pun bersaudara..(takbir!!!!)
apetah lagi ukhwah itu bermaksud 'persaudaraan'....
tetapi,janganlah menyalahgunakan istilah 'ukhwah' tersebut..

unfortunately,inilah masalah yang di alami rumaje2 sekarang..
perhubungan lelaki dan wanita ini tersangatlah bahaya..
walau hanya melalui mesej yang 'berbaur' islamik..
untuk apakah mesej2 sebegitu d hantar kepada mereka yang bukan mahram?
seperti yang aku katakan tadi...
wanita/lelaki itu masih ada rakan sejenis mereka untuk men'forward' mesej2 islamik sebegini..
tidak perlukan ihsan dari anda yang ajnabi!!!



(tolonglah jauhi ini)

sekuat mana hati kita mahu menahan segala jenis godaaan syaitan yang memang tak kenal erti putus asa..???(aku mengaku hati aku tak kuat)
ow,jangan jadikan agama sebagai 'tiket' untuk mendekati golongan bukan mahram anda..
aku bukan mahu buruk sangka tapi sekadar mahu melarang anda dari mendekati zina!

hati itu sangat senang berbolak balik dan bertukar rasa...
sungguh ini peringatan terutama untuk diri aku yang tersangat peramah dengan semua golongan..(aku juga manusia lalai)
dan juga tidak hanya meliputi kes 'mesej2 islamik'..
tapi juga dalam kehidupan sebagai pelajar...

selagi korang2 semua boleh belajar dengan kaum sejenis,jangan pernah sekali mendekati kaum berlawanan..
tolong hanya berhubung atas urusan2 penting dan yang tak boleh d elakkan..
selagi mana korang ada pilihan untuk pergi ke kaum sendiri,teruskanlah niat murni itu..
berhubung dengan berlainan jantina dengan perkara yang benar2 penting sahaja!!
(peringatan untuk aku terutamanya!!!!!!!!!!)

sebab,aku ulangi lagi..
sejauh mana la hati ni boleh menahan gelojak panahan rasa asmara seorang yang bergelar rumaje...(cewah)
sekali lagi aku tegaskan syaitan itu tak kan pernah buntu untuk sesatkan cucu Adam..

dan bagi mereka2 yang selalu meng'forward' mesej2 islamik kepada yang bukan mahram korang..
hentikanlah perbuatan itu kerana ia hanya mendekatkan korang pada zina hati..(nauzubillah)
dan tolong jangan jadikan ia alasan korang untuk berdakwah/nasehat..
(ingatlah jarum setan dan kondisi hati korang yg selalu menurun dari menaik)

dan nasehat aku lagi,maseh ramai lagi sahabat2 sejantina anda yang kegersangan 'mesej2 islamik' sebegitu...
bukankah itu lebih terjamin...(insyallah)
tolong jangan jual agama atas kepentingan peribadi diri sendiri!



sungguh Islam itu indah!

nota kaki: ow tadi aku melihat dia,sayu hati...sayu hingga mengalir air mata jernih ni..mungkin ini yang d katekan ukhwah..ergh,ego membataskan aku tuk mengatakan y aku rindukan dia..cukup ALLAH bagiku untuk segalanya..cukup dia menjadi milik ALLAH sepenuhnya..

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar