Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

aku bukan TOMBOY?


celaru identiti?


innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

**di ingatkan bahawa penulisan ini mungkin ada kena mengena dengan yang hidup..kerana sememangnya penulisan ini di gunakan tuk mengingatkan mereka yang masih hidup..bukan yang telah meninggal dunia..jadi siapa yang patut terasa itu..maka SAYA! sungguh tulisan ini tuk memperingatkan diri sendiri dan sekalian yang ada

baik..terus kepada tajuk yang di atas..berkenaan TOMBOY..
  • apa itu TOMBOY?
  • apa ciri-ciri mereka yang di katakan TOMBOY itu?
  • kenapa mereka di panggil TOMBOY?
  • dan adakah mereka suka dengan gelaran TOMBOY?

banyak sangat learning objectives di atas..Insyallah walau tidak mampu di rungkai semua..moga akan ada sedikit yang bakal terjawab..

kenapa mesti menulis mengenai TOMBOY? keran, diri ini melihat..gejala TOMBOY atau boleh di definisikan sebagai ' perempuan yang berperangai /bersifat seperti lelaki' ini semakin hari semakin menular..lebih lebih lagi di kalangan remaja dan juga para belia..

dan kalau pun bukan anda yang di kelilingi oleh golongan TOMBOY ini, tapi andalah golongan TOMBOY yang di maksudkan...maka..mungkin sedikit pencerahan di perlukan tuk kembali meng'identify' kembali siapa atau apakah jantina anda yang sebenar..:)

persoalan yang mungkin bakal bermain di fikiran adalah, mengapa memilih tuk menjiwai mendekati atau menguasai karaekter yang ada pada lelaki?
mungkin akan ada jawapan yang bakal di terima adalah;

  1. adik beradik majoritinya lelaki
  2. trauma dengan lelaki
  3. tidak bersyukur dengan nikmat 'kewanitaan' yang di beri
  4. dan apa apa lagilah alasan yang anda semua beri

tapi sedarkah bahwa...sungguh anda yang sedang memilih jalan menyerupai,menjiwai dan menguasai karekter lelaki ini sebenarnya sedang melawan arus air yang mengalir sekaligus menyekat nasab keturunan anda dari terus berkembang...**bahaya kan

saya tidak menuduh anda anda yang TOMBOY di luar sana mempunyai naluri keinginan yang berlawanan dari fitrah..namun kebanyakkannya adalah memang begitu..

kerna apa? dah kalau pakaiannya seperti lelaki,gaya lenggok bahasa seperti lelaki,potongan rambutnya juga iras iras lelaki..tidak mustahil naluri keinginan juga menyerupai lelaki..

walhal segala hormon, pembentukan organ dan perubahan fizikal tubuh badan itu adalah mengikut fitah seorang wanita..
namun jika ianya di bajai dengan unsur unsur 'kelelakian' di situ,maka tidak mustahil akan ada tempiasnya juga dari segi nafsu keinginan anda..**logik akal bukan?

dan inilah yang sebenarnya merisaukan kita semua..lebih lebih lagi dengan adanya gerakan LGBT yang semakin berani di bumi Malaysia ini..menambah runcingkan lagi keadaan umat yang sedia tenat..

dan..yang lebih merisaukan lagi, bilamana keadaan TOMBOY ini semakin di terima masyarakat khususnya..dan lebih lebih merisaukan lagi..ramai umat Melayu Islam yang semakin hebat terjebak dengan gejala celaru identiti ini..

itu tidak termasuk dengan mereka yang lesbo,pengkid,biseks,transeks dan sebagainya..nyata..ramai umat Melayu yang kian celaru lantas terus terusan layu di buai hembusan nafsu yang makin kuat memburu dan membelenggu...

umat masyarakat sekarang yang seolah olah merelakan percambahan golongan yang celaru identiti ini..
masakan tidak,inilah dialog biasa yang kita dengar oleh kenalan kenalan mereka yang celaru identiti tadi..

'wah..hensem lah kau..'
'machonye ko ni..
'weh..cair aku tengok kau ni..'
cantik jambul ko weyh..:)'

geli? namun itulah yang kita sedang lakukan bila berdepan dengan kenalan yang mempunyai ciri
ciri celaru identiti ini..
sedar atau tidak..kita sebenarnya sedang menyiram air dan membenih baja dalam diri golongn mereka ini..nampak kecil..tetapi impaknya sangat besar..dan saya, bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan juga pengalaman insan lain..
**ulang taipan..ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri..:)

bilamana golongan TOMBOY atau mereka yang celaru identiti ini di puji serta di kagumi cara penampilan mereka..kita secara tidak langsung telah menjerumuskan mereka ke haluan kiri yang lebih menusuk durinya..

pujian 'hensem,macho,gagah,kacak' dan seumpamanya yang lebih sinonim untuk golongan lelaki tapi apabila di lontarkan kepada golongan TOMBOY ini sebenarnya lebih menaikkan semangat mereka tuk menjadi lebih 'hensem,macho,gagah dan kacak'...

maka tiap tiap hari kita akan lihat cutting rambut yang berlainan,shades yang berubah kaler,baju yang lebih smart lelakinya dan sebagainya..demi tuk mendapatkan pujian yang sememangnya boleh di ibaratkan sebagai sesuatu yang memakan diri..kelak!

kerana apa? kerana **sekali lagi ulangan taipan** lama kelamaan naluri keinginan juga mampu berubah fitrahnya..menjadikan kondisi iman dan umat kian membarah..tidak percaya? cuba puji rakan anda yang TOMBOY dengan puji pujian 'macho hensem kacak gagah'...lihat apa reaksi mereka..adakah seperti ini?

'astaghfirullah..ape kau ni..aku perempuan..bukan lelaki..aish aish..taubatla weyh'

atau inikah reaksi mereka?

'hehe..baru kau kenal sape aku..**sambil betul kan kolar dan jambul rambut lantas tersenyum puas..'


hakikatnya,pujian dan galakan yang di berikan pada mereka merupakan satu lesen tuk mereka melangkah lebih jauh dalam dunia TOMBOYan itu..lama kelamaan hilang terus keinginan tuk kembali kepada fitrah asal..

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga.
Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya ,
acuh ta'acuh dan perempuan yang menyerupai lelaki
(HR Nasaai, Jazzar dan Hakim)

jika kita tidak mampu menjadi agen kepada perubahan mereka kembali ke fitrah asal, usahlah menjadi agen menambah celarukan lagi identiti mereka sebagai wanita tulen!

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).


jadi..berhentilah memberi pujian dan galakan serta kata kata perangsang 'macho hensem gagah dan kacak' pada golongan yang sedang celaru identiti ini..

tetapi bantulah mereka tuk kembali ke fitrah wanita yang sebenar..kerna wanita itu sangat istimewa..hinggakan sebesar besar ganjaran syurga itupun terletak di bawah tapak kaki ibu..yakni seorang wanita..subhanallah!

malah dalam alquran itu sendiri, satu surah khas menceritakan perihal wanita..dan fakta lain yang lebih jelas mengatakan wanita itu satu figur yang sangat istimewa adalah..

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

hebat bukan?
menjadi wanita itu satu kelebihan dan bukan kesilapan Tuhan dalam menentukan jantina setiap hambaNya..
tunjukkan pada dunia yang anda tiada masalah psikiatri seperti ini..kerana mereka yang mempunyai kecelaruan identiti ini di kategorikan dalam mereka yang ada masalah 'jiwa'

maka pada para pelajar perubatan **terutamanya..sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan yang merawat fizikal pesakit..rawat dulu fizikal anda kepada fitrah seadanya..ouch!

ini adalah peringatan tuk diri sendiri..benar! diri sendiri..wallahulam..

notakaki: kita agen perubah bukan pemusnah

cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, October 26, 2011

alim atau zalim?


selalu zalim..kadang2 je alim...thats me..-.-'


innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...maseh ade nikmat iman dan Islam dalam diri..walau iman selalu down tapi akan segera d 'up' kan balek..Insyallah...hah...ayat poyo je kan..yela..cakap pasal hal agama mana boleh main2...mana boleh gelak ketawa sampai mengalir air mata dan segala air yang ada...

walaupun fenomena sekarang adalah macam ni

'hang p tak ceramah kat surau semalam..'
'erk..aku x p la pulak..awat..ceramah pasai apa?'
'rugi woo hang x p..ustaz smlm lawak giler..kembang kempis perut aku gelak..'
'ow..baguslah..haa..pe y ustaz tu ceramah semalam sampai ko gelak sangat tu?'
'hmm..jap eh aku recall..x igt la..igt gelak aje..hahahha'


hah! kantoi...yang d ingatkan bukan isi ceramah tu..tapi lawak aje yang d ingatkanye..aiyoo~
kalau boleh ingat dua2 lagi bagus...isi ceramah ingat..isi lawak pun ingat...almaklumlah..sekarang ustaz ustazah pun kena pelbagaikan cara dakwah nak tarik golongan muda..(aku la tu..)

alaa..macam ustaz azahar idrus yang ramai orang muda sekarang minat tu...haa..kan bagus..dalam lawak ade mesej..dalam ketawa ada peringatan dalam kepala..hah! kan ramai orang muda sekarang dok like and tengok ceramah ustaz pastu dok share..dengan harapan adalah pahala sedas dua yang kita dapat...



sekarang aku nak luahkan rasa syukur aku pada ALLAH..sebab ramai orang kat sekeliling aku dah start berubah ke arah yang lebey baik..(sambil aku ignore mereka y maseh d takuk lame)
dan dalam masa yang sama aku rasa cemburu tengok perubahan dorang sedangkan aku pun maseh d takuk lama..peh..sentap gak ni bai~

aku pun kena bergerak maju ke hadapan tuk sama2 jadi baik macam dorang semua...Insyallah..
nak buat baik konfem ALLAH tolong...kena berani tuk ambil langkahan yang pertama aje..the rest ALLAH akan ada..

dan sekarang aku tengok..d celahan ramai yang takut nak ambil langkahan pertama tuk berubah..tetap ada segelintir mereka yang punyai keberanian tersebut...satu pujian dan kata syukur aku panjatkan pada ILLAHI...

macam kes Abdullah ibn Maktum..seorang buta yang datang kepada Nabi tuk peluk Islam...namun waktu tu Nabi tengah sebok berdakwah dengan pembesar Quraisy..dan secara tak sengaja telah memalingkan muka pada Abdullah dan meng'ignore'kan beliau..maka berkecil lah hati Abdullah..walaupun buta tapi tetap dapat rasa layanan dingin Nabi waktu tu..maka datanglah peringatan dari ALLAH

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya. Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberikan manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal, tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki, tentulah ia memperbaikinya. (Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti.” (Abasa: 1 — 6).


maksudnya kat sini...orang yang dengan sendirinya mahu berubah tanpa perlu kita suruh (hasil hidayah ALLAH) adalah lebih baik dari orang yang kita tengah dakwah tapi dok ignore je dengan apa yang kita sampaikan tu...

dan kadang2 orang yang macam nilah yang jadi sumber kekuatan tuk kita terus tsabat dalam jalan dakwah ni..walau ada yang ignore nasehat..walau ade yang sindir balek..walau ada yang perli baik punyee..walau ada yang sinis tahap dewa..walau ada yang tengking sampai nak pecah telinge dan walau ada yang kadang2 menabur fitnah sesedap rasa...tapi apalah nak d bandingkan dengan dakwah zaman Nabi dan para sahabat dulu...

its nothing to compared with them!!!
satu nisbah sepuluh pun tak kan sampai degree kesukaran kita dalam nak buat baik ni...kan kan kan..so berhenti mengeluh,dan tersenyumlah melihatkan golongan2 yang tengah berubah tanpa perlu d suruh ni..Alhamdulillah...walaupun kuantiti mereka kecil tapi ciri2 Abdullah ibn Maktum ada pada diri mereka...

kalau dakwah kita tak berhasil..jangan salahkan mereka tapi pertama sekali salahkan diri sendiri..

kita cakap pasal agama,tapi solat pun maseh tak reti nak jaga...kita cakap pasal agama tapi mulut laju tak terkata...kita cakap pasal agama tapi ikhtilat entah ke mana...kita cakap pasal agama tapi dalam hati penuh buruk sangka...cakap pasal agama tapi quran malas nak baca...dan kita cakap pasal agama tapi itu hanya mainan d bibir semata...so macam mana manusia nak dengar dakwah kita?

aku tak cakap kite perlu sempurnakan diri dulu tuk cakap pasal agama tapi kena ingat,apa yang d kata itulah y harus d kota terlebih dahulu..
nak cakap pasal agama,cakaplah...tak ada sapa nak halang..aku pun tak halang..tapi sila usahakan tuk mengotakan apa yang d kata...refleksi diri kembali..usah sombong dan bangga diri..

dan pesanan ini adalah untuk aku terutamanya..kadang2 aku alim dan kadang2 aku juga zalim pada diri aku sendiri..kadang2 aku malaikat dan kadang2 aku juga boleh jadi syaitan...ALLAH~

d mata manusia mungkin kita mulia,d mata ALLAH mungkin kita penuh hina...no one knows..
ingat,biar hina d mata manusia...namun mulia d sisiNya..

sama juga dengan semua manusia d luar sana...adakala alim dan adakala zalim..fenomena ni pasti terjadi pada sesiapa saja yang bergelar manusia..wah..yakin je aku ni kan..padehal jadi kat aku sorang je pun..huhu!

samalah macam fenomena sekarang ni...cuba tengok kat fesbuk...peh..ramai bai yang dok share benda2 ilmiah serta dakwah ni...segala jenis video..link..madah pujangga..firman serta sabda Baginda...ramai yang kongsi..alhamdulillah..tahniah serta syukur pada ALLAH...

tapi tak cukup bai...tak cukup...

'eh ko ni banyak bunyiklah..kire okla orang tu share benda2 camtu..ko nak pe lagi?'
'penat tau aku kopi pasta dari belog2 orang..kau nak kate tak cukup lagi..'

lek bro..jangan melenting dulu..memanglah benda tu baik tapi boleh d baikkan lagi dengan perbuatan dan tingkah laku...kata2 yang hanya terukir d dinding fesbuk tak kan mengubah apa2...teori semata tanpa amali kelak akan makan diri sendiri..

samalah macam makan nasik..tak cukup dengan nasik kosong warne putih bersih aje..mesti nak tambah lauk sebarang dua..kuah sesudu dua..paling koman pun ada kicap dan telur mata..hah! baru feel nak makan tu ada...ye dak?

samalah macam kondisi kita sekarang ni..hanya galak menulis dan kopi pasta..tapi bila d ajak tuk d susuli dengan perbuatan,lemah terus dada...gelap gelita dunia...eceh~

teori(nasik putih) d susuli dengan amali (lauk)...ok! itu WAJIB~ bukan aku yang kata...tapi Nabi yang kata..

jangan hanya alim d fesbuk...tapi zalim d alam nyata...jangan hanya alim mengukir kata..tapi zalim tingkah laku kita...jangan hanya alim menegur salah sendiri...tapi zalim menegur salah orang sekeliling...jangan hanya alim d mata manusia tapi zalim d mata ALLAH!

ok pesanan ini khusus tuk aku yang perasan alim tapi maseh lagi zalim..dan umumnya tuk korang yang sedang baca muge ade yang terasa dan cepat2 muhasabah diri semula...

'share video ceramah..kata2 ilmiah..molek dah tu,tapi lagi molek kalau kita sendiri turun padang tengok dan cegah masalah umat yang kian melata dengan jayanya'

jangan anggap tanggungjawab dakwah kita dah lepas kalau sekadar tulis..conteng2..sharing2 kat fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi tah yang ada..itupun hasil kopi pasta..aish~

cuba bayangkan kalau zaman Nabi dulu ada fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi yang ada,then umat zaman tu hanya sebarkan Islam guna fesbuk twitter dan segala jenis pe lagi yang ada...maunya Islam ni nak sampai kat Malaysia...jangan harap bro..jangan harap!

mohle kite rehatkan jari jemari yang montel2 tu dengan kuruskan kaki yang gemuk dan lenguhkan mulut dalam nak bergerak melangkah meneruskan kerja dakwah pada masyarakat yang NYATA d luar sana...bukan sekadar d alam maya semata2...

muge ALLAH beri hidayah dan kekuatan pada umat akhir zaman..yakni kita semua tuk mengalimkan diri d mata ALLAH terutamanya...

notakaki:dalam dakwah pun tak terlepas dari jarum setan..so berhati2 lah semua..tak semua yang kita ingat pahala adalah pahala..selagi setan itu akan..pasti terselit cabaran tuk men'dosa'kan pahala..^^


cukup ALLAH bagiku~

Sunday, October 23, 2011

kita Islam,mana bukti?

ayuh selamatkan aqidah umat...!!!!


innahumin sulaimaan wainnahu bismilahiirahmanirrahim...

Alhamdulillah...baru sahaja pulang dari HIMPUN..terus pulang ke IPOH...biar sendi serta tulang belulang penat..namun tak kan pudar semangat jihad dalam diri..Insyallah...banyak perkara yang dapat d kutip sepanjang HIMPUN..selari dengan diri yang maseh banyak karat jahil...

pulang dengan sejuta harapan agar suara2 kami d HIMPUN akan d beri perhatian oleh pihak yang berkenaan...bila lagi lah masing2 nak bukak mata bahwa aqidah umat sedang tenat dan perlukan mekanisma tuk merawat segala jenis karat yang menyakitkan dan membantutkan pertumbuhan agama d bumi sendiri...

kita teruja bila bercakap pasal negara Islam..pasal HUDUD...pasal politik...pasal parti sana sini..pasal benda yang besar2 kitalah juara ketika d bawak berbicara...

namun kita buat2 tak tahu bila perkara asas maseh lagi jauh nak meresap dalam diri...kita terkedu bila sekecil2 perkara macam solat lima waktu secara berjemaah pun kita tak mampu (lebey2 lagi solat jumaat..banyak y ponteng..)..kita tak kesah pun bila solat d awal waktu pun kita tak mampu..kita tak kesah pun bila kita maseh cegah mungkar dengan hati yakni selemah2 iman..dan lagi teruk lagi bila kita tak kesah pun nak bersatu walau berkongsi aqidah yang satu...
ALLAH~ memang sah kami umat akhir zaman yang Nabi dok kabarkan beribu tahun dulu...

mata yang selama ni terbukak kini terbeliak lagi luas bila hadir ke HIMPUN semalam...ternyata maseh banyak lagi kerja dakwah yang harus d lakukan tuk kuatkan kembali pegangan aqidah umat Islam..dan juga aqidah sendiri..(tu yang paling utama)

sudah terlalu lama pemuda pemudi Islam hanyut dengan tipuan dunia yang sementara ni...tanpa hiraukan sedikit pun nasib d akhirat kelak satu hari nanti..

berapa ramai daripada kita yang bermuhasabah diri hanya tuk 1-2 minit yang pertama..dan baki 23 jam 56 minit yang seterusnya kembali hanyut dengan dunia dan nafsu yang d biarkan terus membelenggu...itulah kita...umat Islam..yang kononnya Islam..namun bila d tanya pasal agama sendiri masing2 menguis kaki d tanah sambil tertunduk malu tanda tak cukup ilmu...

namun bila d tanya pasal gosip melodi terbaru..d tanya mengenai lagu k-pop yang terbaru..d tanya mengenai movie terbaru d wayang...d tanya mengenai lagu baru d radio...kitalah juara! pemuda pemudi Islam inilah JUARA!!!

syabas sahabat semua...berjaya jadi pemuda pemudi Islam yang kian layu dan terus layu...tanpa sedar umat Islam kian d tindas,makin d tindas dan terus d tindas...katanya...

"itu terjadi d negara orang...bukan negara aku.."
"itu kat negeri orang..bukan negeri aku.."
"alaa..benda tu dekat daerah orang..bukan daerah aku.."
"rileksla..benda tu jadi kat keluarga orang..bukan keluarga aku.."


sampailah berlaku kat batang hidung sendiri...barulah stat nak tuding jari kat orang sekeliling...

"ini sume salah ustaz..saya hantar die supaya ustaz boleh tengok2 kan anak saya.."
"inilah yang jadi bila media tunjukkan benda2 tak senonoh pada umum..anak saya dah terpengaruh.."

dan banyak lagi laungan dan pekikan bila perkara yang tak d ingini terjadi pada diri sendiri...ALLAH~

mulia manusia kerana Islam..bila Islam tu d cabut..maka hilanglah mulia..datanglah hina...

aqidah umat yang sangat tenat...d tambah lagi dengan ketandusan pemuda pemudi Islam yang berani memegang panji Islam..yang sedia menjadi benteng agama d saat agama d fitnah dan hina d bumi sendiri..malah d seluruh dunia...

sedih bila diri sendiri juga seringkali lalai dengan amanah dan tanggungjawab yang d berikan ALLAH...

bertambah sedih bila pemuda pemudi Islam terus lalai dengan hiburan dan permainan dunia..sedangkan keringat kita semua sangat d tagih tuk tegakkan Islam d bumi ALLAH ni...

  • yang kaki wayang terus hanyut dengan segala update cerita terbaru yang ada...tak kesahlah walau terlambat waktu solat sekalipun..asalkan tak miss movie yang d minati..padahal akhirat nanti perkara pertama yang d tanya adalah solat..gagal solat..maka gagal lah seluruhnya...
  • yang kaki download lagu terus hanyut dengan lagu2 omputih terbaru..tak habis dengan tu..dok share link lagho kat fesbuk..tanpa sedar..dosa lagho orang lain akn bertambah d bahu sendiri sebab kitalah iniator duk share benda2 lagho..
  • yang kaki karok terus dengan microphonenye...pas satu lagu..satu lagu lagi habes..tanpa kesah mungkin azan sedang berkumandang..tanpa kesah duit d biarkan habis sebab gian nak nyanyi...stress katenye..maka selamat laha anda nanti stress d depan ALLAH nanti..
  • yang kaki TV sebok dok habeskan mase depan tv..setiap episod akan d update..bila jalan cerita kurang d senangi..mulalah tak puas hati itu dan ini...kenapa watak hero tak hensem..kenapa heroin cantik sangat...tak sedar watak dan peranan diri sendiri pun maseh belum d laksanakan dengan baik...

dan inilah wajah kita..wajah pemuda pemudi Islam yang terus hanyut dengan nikmat dunia...tanpa rasa takut azab d akhirat...ALLAH...

"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?" (alAn'am:32)

tu belum lagi aku masukkan tentang kaki kaki cinta d luar sana...yang sibuk melayan cinta nafsu yang takde hala tuju..
bila pemuda pemudi Islam hanyut dengan mainan cinta...jiwa kacau..emosi memanjang..masalah cinta monyet..cinta remaja yang tak berpenghujung...ALLAH~

lemahnya jiwa manusia bila d uji dengan cinta..lemahnya para pemuda Islam bila d hadirkan dengan ujian wanita...dan lemahnya pemudi Islam bila d uji dengan mainan cinta si jejaka...
maka masing2 terkulai layu dengan ucapan 'i love you' ' you love me'...

ALLAH ALLAH ALLAH...nikmat hidup yang ALLAH kurniakan satu pun kita tak pandang..satu pun tak terasa mahu bersyukur...satu pun kita tak hirau...satu pun kita tak rasa malu tuk menerima..

yang kita hiraukan adalah pujukan nafsu yang kian membuak setiap hari...nak itu dan ini...buat itu dan ini..tanpa kesah syariat dari ALLAH..halal dan haram d biarkan bercampur..dengan alasan 'semua orang pun buat..'

bangkitlah semua pemuda pemudi Islam...kerahkan keringat tuk agama yang kita semua cinta.. bila lagi nak berbakti tuk agama ALLAH ni...tak cukup dengan hanya lafaz syahdah tapi dalam dada kita hampeh..tak cukup setakat solat lima waktu tapi penuh tak khusyuk...tak cukup dengan puasa tapi mengumpat maseh ada..

apalah ada pada penat lelah kita kalau nak d bandingkan dengan penat lelah Nabi dan para sahabat tuk sebarkan Islam dan tegakkan Islam...jangan jadi umat yang kufur dan tak reti bersyukur dengan nikmat Islam yang kita dapat dengan percuma ni...

penat dah kumpul dosa...sampai masa tuk tadah pahala..sampai masa tuk cari berkat dan redha ALLAH..muge surga ALLAH tu bukan sekadar angan2..
bertukar haluan dari neraka ke laluan surga..kerna matlamat kita adalah redha ALLAH demi ke surgaNya..

belajar jadi hamba yang reti bersyukur..bukan hamba yang kufur..

notakaki:umat Islam maseh lemah..harus bekerja dengan lebih lagi..demi agama ALLAH..demi risalah Nabi..buktikan bahwa kita ini Islam...ALLAHUAKBAR~


cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, January 19, 2011

Nabi tu ekstrem?


tertegak kalimah ini d seluruh alam..mustahilkah?

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

woah! tajuk cam gile kuang aja kan....(bace dgn nada yg betul)
haa...aku tak nak cakap banyak...aku cuma nak persembahkan satu cerita yang sebenarnya banyak kali berlaku d sekeliling aku dan sekeliling korang jugak...dan cerita ni maseh lagi berlaku...dan akan terus berlaku...

melainkan akan ada sesuatu yang lain berlaku tuk halang daripada cerita yang aku nak cerita ni daripada terus berlaku dan berleluasa...
macam pening2 lalat sikit ke ayat aku ni? tak kan...sebab masing2 da besar tuk paham dan I feel genius when i'm speak in Malay...^^,

jadi tanpa lengahkan masa..terimalah cerita sekangkang kera aku ni..

............................................................................................................

"lawa2 ni kau nak pergi mana?"

"aku ada usrah jap..nak ikut?"

"usrah? eh..tak mau lah aku..gile ke..!"

"gile kenapa pulak?"

"yelah..nak join usrah2 ni...macam ape je rase...ish..xmau lah.."

"yela aku tanya...kenapa tak mau..besh ape pegi usrah..atleast dapat tambah ilmu pasal agama sendiri..n ilmu tentang banyak lagi tau.."

"seganlah aku...tak layak lah..lagipun usrah2 ni aku allergik sikitlah..kau ada join usrah ke?"

"ada je..sebab tu aku ajak kau"

"ish..gile ar..tak berani aku...kumpul ramai2..yang pakai kopiah putih..yang tudung labuh..duduk2..bincang2...bincang tentang ape ntah..cam ekstremis dah aku tengok..seram aku!"

"maksud kau? tak pahamla pulak aku ni.."

"yelah...usrah lah yang aku maksudkan...orang2 yang berketayap...bertelekung besar ni..kumpul ramai2...diskus ape2 ntah..buat aku seram..cam ekstremis la pulak aku tengok bila tengok dorang kumpul berbincang..semangat pulak tu..gile ar..tak nak lah aku jadi ekstremis camtu..selesa je aku dengan hidup aku sekarang ni.."

"kau kate orang2 yang pergi usrah tu ekstremis..? kau pernah join ke ape yang dorang bincangkan?"

"tak nak lah aku g kat dorang2 sume tu...lagipun sape lah aku kan..pakai topi je..yang dorang sume pun bersongkok..bercelak..kadang2 serban pulak tu..eh..takutlah aku nak join geng2 yang macam ni...kang tak pasal2 kena tangkap ISA"

"ow...maksud kau,sape2 yang ade join usrah tu ekstrem la eh?"

"lebih kurang gtulah...dengar perkataan usrah pun aku da takut dah..macam satu gerakan underground pulak..nak usrah2 bagai...banyak lagi benda yang aku boleh buat"

**sambil berlalu pergi dengan senang hati

..........................................................................

ha..tamat je cerita ringkas aku..paham tak? kalau tak paham..sile scroll atas balek..n baca lagi sekali...
ade banyak je situasi camni berlaku d sekeliling kita...bila dengar perkataan usrah,halaqah,taklim,DAKWAH!
kepala lutut dah mengigil takut..otak dah pikir bukan2..muka dah mencebik...peluh dah keluar..bladder dah nak pecah..bulu roma naik menegak tinggi...!
(cewah..hiperbola sungguh kan)

tapi aku tak salah kan korang2 yang rasa janggal pelik serta jelik dengan ungkapan2 tadi tu..sebab ape? sebab Nabi awal2 lagi dah pesan kat kita dah..
"Islam itu datang dalam keadaan dagang(asing),dan akan kembali dagang(asing) maka beruntunglah bagi mereka yang bersama Islam ketika ianya dagang(asing)"-HR Muslim

Islam tu waktu mula2 sampai kat bumi Mekah, datang dalam keadaan yang sangat asing...satu benda baru yang datang pada masyarakat Arab Jahiliyyah..tak pernah dengar pun Islam..tak pernah tahu pun Islam itu apa...totally a new thing...maka natijahnya..Islam d tentang oleh masyarakat Arab yang jahil!
(ALLAH~..sekarang Islam d tentang oleh Islam sendiri..gile ke ape!)

dan lepas 2/3 dunia Islam tersebar..Islam dah tak lagi asing..semua orang kenal Islam..anuti Islam..dan paling penting gerun dengan Islam...tapi sekarang?
apa sudah jadi pada Islam???

ha..masing2 pun boleh pikir sendiri kan...yang Islam sekarang dah jadi asing balik..sama macam asingnya Islam waktu mula2 sampai kat Mekah dulu....walaupun dulu Islam memerintah 2/3 dunia..tapi sekarang dah jadi asing balik...sebab apa eh?
(gaya abg naqib tanya soklan..ngee~)

aku malas nak jawab soklan yang aku sendiri tanya..dan aku yakin..korang semua pun tahu kenapa Islam boleh jadi asing...sebab masing2 pun rasa asing dengan agama sendiri...cetek ilmu agama...hal2 agama serah bulat2 kat golongan ustaz ustazah alim ulama...dengan alasan..
"aku sekolah biasa je..dia sekolah tahfiz..aku budak biasa je..dia budak agama..isk isk"

dan bila Islam sendiri dah asing dengan diri sendiri...bila tutup aurat pun bukan lagi wajib..(ikut hukum korang sendiri) bila kelas2 agama hanya tuk budak2 yang amek kursus agama je..bila kapel2 tu dah jadi perkara biasa..bila zina tu dah jadi rutin harian..bila lelaki nak jadi perempuan dan paling parah bila ada orang mengaku Tuhan! oh!

dan akhirnya terjadilah fenomena hidup yang penuh menipu macam zaman sekarang ni..bila mana ada segelintir umat yang nak ikut cara Nabi, nak ikut perintah ALLAH, nak ikut jalan ke surga, d pandang pelik dan jelik....

rasa pelik bila ada orang aktif usrah walaupun Nabi dulu mula2 sebarkan Islam dengan usrah rahsia kat rumah Arqam b Abi Al-Arqam..rasa pelik bila ada orang ajak korang berdakwah macam Nabi dakwah dulu...rasa pelik bila ada orang simpan janggut..rasa pelik bila ada orang pakai celak..rasa pelik bila ada orang pakai ketayap..pakai serban..padahal itulah antara sunnah berpakaian cara Nabi...

dan akhirnya rasa pelik tu d terbitkan dengan satu gelaran dan panggilan seperti jumud,kolot,kuno,ketinggalan zaman,dan akhirnya ekstremis!

orang yang aktif usrah..pergi buat kerja dakwah..ketuk pintu rumah sana sini..d panggil golongan yang ekstrem...hamoi2~
padahal usrah dan dakwah itulah kerja Nabi kita dulu...tak kan Nabi kita ektremis kot?
(ha...aiyok..tak tahu.. sape buat~~)

tapi takpe...aku tak salahkan korang..sebab kalau rujuk balek hadis tu..memang Islam tu akan kembali asing..macam sekarang ni!
tapi golongan2 yang asing nilah yang Nabi kata beruntung...aku pun nak jugak tergolong dalam golongan yang asing ni...buat kerja2 'ekstrem' yang Nabi buat walaupun tak mampu..tapi usaha sedaya yang mampu..sebab kita sendiri tak tahu tahap kemampuan kita selagi kita tak berusaha!

pergi usrah..buat dakwah...bukanlah perkara ekstrem yang membahayakan nyawa dan alam sekitar...tapi itulah kerja Nabi kita..dan akhirnya, aku kau dia dan kita semua dapat nikmat ISLAM!
ALhamdulillah........^^,

"kau kate usrah tu ekstrem..buat kerja dakwah tu ekstrem..tapi sebab Nabi buat dua benda nilah Islam tersebar sampai aku dan kau boleh rasa nikmat Islam..maseh ekstremkah lagi usrah dan dakwah tu?"

oh! lemahnya iman kami semua sebab pernah membenci dan memandang hina sunnah Nabi ni...
pelihara hati2 kami agar hidup dan mati tidak sia2...selamanya d jalanNya...~

Insyallah muge tak malu dan segan nak sampaikan ajaran Nabi walaupun sepotong ayat...

notakaki:Islam itu tiada cacat cela...yang cacat dan cela serta hina dina itu adalah penganutnya...




cukup ALLAH bagiku~

Monday, January 10, 2011

lelah dengan masalah?


strees dengan hidup? relax..ALLAH kan ada~

innahu min sulaimaan waiinahu bismillahirrahmanirrahim

baik2..aku datang lagi dengan mood baru....yeay!
rasa semangat yang teramat sangat sebab perkara yang berkepuk2 d kepala sudah d huraikan..
Alhamdulillah..terimakseh Ya ALLAH..^^
"masalah itu ibarat tali yang terikat d tengahnya,semakin berat masalah tersebut semakin ketat dan kuatlah ikatannya..tunggulah sehingga ikatannya putus..maka segala beban akan hilang"

dalam hidup ni sape je yang tak ada masalah...? semua yang bergelar makhluk pasti wajib tuk ada masalah dalam hidup... dengan masalah lah kita semua beroleh kematangan...
(matang macam aku)
cewah..matang kan ayat aku..itulah ciri2 kematangan aku yang selama ni tersembunyi..

dan d sebabkan bermacam masalah yang melanda dalam hidup nilah ramai manusia frust..sampai pada yang bunuh diri..nak bunuh diri..terbunuh diri..erk...~
dan kalau nak d ikutkan logik akal la kan...masalah ni dah jadi satu lumrah dalam hidup dan kadang2 boleh jadi beban bertan tan yang tak tertanggung lagi!

percaya tak kalau aku cakap lagi yang masalah ni dah sebati dah dengan hidup manusia...sejak kita lahir kita dah ada masalah...ape yang masalah sangat tu kan...yelah...
masalah nak keluar dari perut mak...masalah kalau dah menangis lapar tapi takleh nak bagitau kate dah lapar..masalah jugak bila takleh nak bagitahu nak nenen..nak uuk...nak ehem2...nak shi2..nak macam2 lagi lah kan...
(nak pelempang mau?hahaha..kasar kasar)

bila dah besar sikit..dah ensem sikit..dah ade rambut sejemput kat atas kepala...pun tetap ada masalah jugak...masalah bila nak pergi sekolah..kena makbapak teman sampai kelas habis...masalah nak paham dalam belajar...masalah nak kira matematik sebab tak reti nak kira guna jari kaki...masalah nak cakap dengan cekgu kate nak g tandas sebab dah tahan...sampai akhirnya terburai segala isi perut dalam kelas..aih~ tak sempat nak g tandas punya pasal...
(pengalaman sendiri ke?oh no!)

bila dah besar lagi sikit...dah reti jiwang2 karat jenis tak berkat ni...masalah dalam cinta...masalah remaja..masalah suka ponteng sekolah...masalah gaduh dengan aweks aweks dan balaks balaks..masalah takde duit nak topup..masalah itu masalah ini..arggh!
aku pun ada masalah nak listkan senarai2 masalah yang ada...

ha..betul tak?? betul tak?? dari lahir pun dah macam2 dah menimpa kita semua..tapi biasalah kan makin lama hidup..makin tinggi tahap kita...maka makin mencabarlah masalah yang d hadapi...

tak kan dah umur 20 tahun...tetap nak settel kan masalah tolak tambah darab dan bahagi kanak2 darjah3?
mestilah tak kan...dah umur 20 tahun..kenalah settel kan masalah algebra.. algorithm..E=mc.. selesaikan teori Albert Eisntein tu ke..barulah orang utara cakap
"style bak ang..."

maka..satu kenyataan yang wajib d hadapi oleh semua orang ialah...semakin matang usia..semakin kuat dan hebatlah masalah dan dugaan hidup...

tapi tetap jugak banyak manusia yang mengeluh...berkerut dahi..mengurut....salah2..merungut2 maka mulalah nak urut dahi...urut dada sebab sesak nafas dengan masalah hidup yang macam2 karenah...maka timbul lah bermacam2 keluhan rungutan rengekan repekan carutan etc...

"adoi..bengang tol aku...!"
"this is the end of my life.."
"aku fed up dengan hidup ni...!"
"serabut lah pale aku pikir masalah yang tak abes2 ni..!"
"arggh! tensinya aku asgment tak siap2 lagi ni...malsah tol la Prof botak tu!"

ha kan...sebab masalah lah macam2 yang d luar pemikiran waras kita boleh buat..putus cinta..bunuh diri...masalah family..bunuh diri...masalah duit..pinjam along..samelah tu dengan tempah tiket bunuh diri sendiri...

semua orang ada masalah dalam hidup..nama pun hidup kan...tak nak ada masalah takyah hiduplah...erk...tapi aku tak jamin kalau dalam kubur tu akan hidup bebas masalah..(-.-")

aku kau dia mereka dan kita semua akan WAJIB ada masalah...besar atau kecil itu bukanlah ukuran sebenar....
tapi yang jadi pengukurnya adalah sama ada kita lulus atau gagal dalam masalah yang menimpa...
aku ingat lagi dialog ERRA FAZIRRA dalam cerita CUCI..
"kamu ni asik tengok pada masalah..tengoklah pada penyelesaian.."

lebih kurang gitulah kan...betul..aku setuju dengan dialog beliau...banyak manusia yang hanya fokus pada masalah tanpa lihat pun apa penyelesaian yang ada...masalah dah terlanjur dengan pasangan masing2..lagi d tambah masalah tu dengan buang anak...masalah tak reti buat keje sekolah...terus tinggal keje tu..tak tanya kawan..tak tanya cekgu..tak tanya aku..eh eh..kalau aku boleh jawab la kan..

kat dunia ni macam2 jenis masalah yang ada..kita rasa masalah kita berat...ada berjuta lagi yang ada masalah lagi berat dari kita...kita rasa kita sengsara...ramai lagi yang jauh derita...kita rasa penat..Nabi dulu lagi penat sebab nak sebarkan Islam kat kita...masalah maseh tak jumpa jodoh walaupun dah lanjut umur...tapi ramai lagi kat luar sana yang ada masalah dengan pasangan masing2...(cerai gaduh naik turun mahkamah..aish~)

makin hebat sesorang tu..makin hebatlah ujian yang ALLAH bagi...setimpal dengan kadar kemampuan kita...

dulu waktu zaman sahabat...bila dalam sehari tu tak d timpa masalah..mula rasa resah...takut ALLAH dah tak ingat dan pedulik kat diri sendiri..pastu berdoa supaya d kurniakan masalah ujian dan dugaan...

sampaikan bila tengah jalan2 tersepak batu..terus bersyukur kat ALLAH sebab dosa kecik dah terhapus dengan sakit tersepak batu tu...
tapi sekarang terbalik pulak dah jadinye...bila dalam sehari tu ada masalah...mula rasa resah gelisah gundah...sebab rasa payah susah dengan masalah ALLAH...
bila jalan2 tersepak batu...batu tu yang d marah..d pijak dan d baling jauh2 sambil mulut sumpah seranah pada batu...
(nampak kan beza tahap iman umat dulu dan sekarang?oh!)

bukan aku suruh lepas ni jalan2 jumpa batu pastu sepak sambil pura2 sakit dan bersyukur pada ALLAH dah ampunkan dosa kecil..tak..bukan...dan bukan jugak maksud aku pasni saje pukul diri sendiri dengan harapan rasa sakit yang sengaja d buat2 tu dapat hapuskan dosa kecik masing2..adeh~

yang aku cuba sampaikan ialah, masalah yang d hadapi oleh setiap dari kita tu adalah tanda kaseh sayang ALLAH pada kita..bukti ALLAH tak biarkan kita dalam keadaan alpa lalai dan leka...dengan harapan,masalah yang d hadapi akan mengembalikan kita semua ke jalan Tuhan..

sebab masalah tu Tuhan yang bagi..dan sudah tentulah Tuhan yang akan ada jalan penyelesaian nye kan? pandai tak aku? sebab tu kena cepat2 carik Tuhan bila ada masalah..dan bila tak ada masalah pun wajib carik Tuhan jugak..jangan jadi kacang lupakan kulit ok...

apa yang aku cuba cakap dan sampaikan kat sini ialah..semua orang ada masalah..kecil atau besar bukan ukuran...tapi lulus atau gagal dalam ujian tulah yang menjadi persoalan...

ALLAH dah kata setiap ujian yang hadir akan mampu d hadapi oleh tuan punya badan..so..bila ALLAH sendiri yang dah cakap macam tu..mestilah betul dan tiada yang betul melainkan betul belaka...

so,jangan gedik2 nak rasa putus asa..dunia gelap gulita..masa depan hancur musnah..hadapi masalah dengan rasa yakin tuk lulus dengan jayanya...kuncinya..mintalah pada ALLAH dengan solat dan sabar!


notakaki:masalah tu tak kan berhenti walaupun kita dah tinggalkan dunia...masalah dalam kubur.masalah kat Mahsyar..masalah syurga atau neraka..oh~ off ke kem belia wawasan perak anjuran PEMBINA PERAK.



cukup ALLAH bagiku~

Saturday, January 1, 2011

suka tengok orang couple?


soo sweeeetttt auk auk!

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim

baik2 sebelum repekan malar hijau (evergreen) aku mulakan...meh2..aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR pada semua orang yang tengah baca benda alah ni....erk...jap2...i feel so stupid when im speak in english....
baik2...aku tukar,sebab aku bangga menjadi bangsa MELAYU ISLAM,so....aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua yang tengah dok baca benda alah ni...(erk..cam sama je takde beza pun ucapannya)


apa2 ajelah najwa..oh sebelum tu aku taknak ulas pape pun pasal bola sepak kita yang hebat bak mentari yang gah d atas langit Ilahi...sebab dah banyak dok cerita pasal tu...
jadi aku nak mulakan repekan aku d tahun baru ni dengan sebaris dialog cliche..(wah vocab baru ni)
"eh..tengok couple tu sweet kan"

berderau darah aku dengar ayat tu sambil kepala lantas menoleh ke arah umat manusia yang d maksudkan...terlihat la sepasang couple dok sibuk berjalan2 beromantika de amour dan yang menarik perhatian adalah sebab pakai baju yang sama kaler...(takdelah menarik mane pun..saje nak bagi dramatis dan gramatis)
"uh aah..sweet gilol r..pewit"

kata aku sambil menjeruihkan mulut tanda aku sedang protes d dalam hati...'tengah buat maksiat tu d panggil sweet?'....

tapi fenomena seperti yang d atas tu banyak je aku boleh lihat kat tempat aku ni...kat tempat korang aku tak tau la pulak kan...dan kalau jalan2 tesco ke jusco ke malah uo sekalipun..tetap akan nampak merpati dua sejoli sedang memadu asmaradana dan bercanda ria!

hebat kan makhluk2 tersebut...mengalahkan orang yang dah kawen...tapi kalau makhluk2 tu dah kawen...tahniah la aku ucapkan sebab dapat kekalkan keromantisan anda selepas kawen...tapi kalau dah sekor2 muka makhluk yang aku tengok tengah bercanda ria sama ada d tesco jusco mahupun uo tu adalah muka budak baru belajar ambil galah tolong tunjukkan...memang berbulu la kan mata aku ni!

kalau korang nak kata pasangan couple yang tengah berjalan d hadapan korang tu sweet...maka aku nak korang bayangkan pulak kalau couple yang tengah berjalan tu adalah dari kaum kerabat korang...(mana nak tau teserempak ahli familiar korang tu kat tempat2 hot ke)

nak tahu sama ada korang hangin atau tak kalau tengok adek perempuan korang dok jalan2 dengan lelaki 'haram' mana tah...tengok abang korang jalan2 pegang tangan dengan aweks mane tah...tengok adek korang dok bergesel2 bahu dengan jantan liar mane tah...tengok mak korang dok jalan kepit dengan lelaki bermisai yang tah dari mane datang...(oh tak2..last example ni boleh d abaikan..astaghfirullah)

erm...maseh tak hangin lagi ke kalau tengok peristiwa2 d atas tu d hadapan korang? takpun mungkin akan ada rasa malu kalau korang sendiri yang tengah syiok2 memadu asmara dengan pasangan sehati berdansa korang tu tiba2 terserempak dengan mak bapak korang kat tasek titiwangsa tu...takpun terserempak dengan adik beradik korang yang tengah syiok usya korang dari jauh..kantoi tangan tengah meraba!

mesti akan ada rasa malu kan? malu sebab waktu tu tangan dok sebuk merayap menjalar bak pokok liar yang menjalar ke sana sini...malu sebab duit yang mak bapak bagi selama ni rupaya d habeskan tuk pasangan masing2...malu sebab rupa2 nya duit minyak nak pegi titiwangsa pun mak bapak yang bagi...
tapi maseh bangga bawak anak dara orang ke hulur hilir macam belangkas!

sebenarnya banyak je respon2 yang aku terima lebih kurang cenggini...

"sweetnya couple tu.."
"kau tengok tu...comel je diorang"
"wah...beshnya kalau aku dapat balak cam dia.."
"sweetnya dorang..muge kekal la sampai jinjang pelamin"
"tengoklah hadiah yang dia dapat..romantikla pakwe dia.."

m*****! kalau setakat hubungan haram tu yang korang dok sebuk sweet2 kan...kalau hubungan yang setan tengah bertepuk tangan tu yang korang pun sebok dok bertepuk tangan sebab suka...kalau hubungan yang boleh melahirkan anak yang tidak berdosa d bunuh d flush dan d buang d sungai tu yang korang banggakan..memang kecewa la aku...dan kecewa la aku! (ceh ulang 2 kali nak tunjukkan kecewa aku tu)

tapi aku tau..pe korang pedulik kalau aku kecewa kan...tak penting pun kekecewaan yang aku alami...tapi ingatlah,benda2 sweet yang kita semua dok agung2 kan tu lah yang menjadikan tertubuhnya sekolah perempuan mengandung yang pertama kat MALAYSIA ni...

ha..ni,lepas tahun baru ni..aku tak tahulah pulak berapa ramai anak haram yang akan berjaya d lahirkan oleh muda mudi yang korang sebuk pakat dok kata 'sweet sweet sweet couple'

benda besar terjadi d mulakan dengan benda kecik...berapa ramai lagi anak2 yang tak berdosa nak jadi mangsa kerakusan nafsu kuda muda mudi yang korang kata sweet tu?

sebelum nak jadi benda besar yakni lahirnya anak luar nikah ni mestila start dengan perkara yang paling basic...apa yang basic sangat tu..couple la kan...ok. mula2 couple...pastu bila dah lama sikit couple tu dah start pegang2...ringan2...bila dah lama sikit tangan tu dah tak reti duduk diam da..ada je tempat nak explore...bila dah tak tahu malu pegang sana sini...depan khalayak pun tak malu nak pegang sana sini..apetah lagi d belakang khalayak...kan?

maka terjadilah sebesar2 perkara yakni zina dan perkara lebih besar lagi akan menyusul..yakni lahirnya anak luar nikah...dan lebih2 besar lagi natijahnya...bunuh anak tu dengan membuang mencampak membungkus serta memflush dengan sesuka hati hitam korang tu...

nilah yang aku cakap..sebesar2 perkara bermula dengan sekecil2 perbuatan...pandang2...jeling2...kenal2...gayut2...mesej2...dating2...ringan2...raba2...dan akhirnya lu boleh pikir sendiri la ye....ALLAH~

benda2 macam ni la yang korang sebuk cakap sweet tu? ok...tak setuju dengan teori aku tu..maka ada yang membalas...
"ish..mana ada lah sampai nak zina2 semua tu..nak buat projek semua tu..tak mungkinlah..baik je aku tengok dorang tu...tak show off pun..jalan2 pun takde nak pegang2..biasa je"

walaweyh! cakap macam tak tau yang setan tu wujud dalam dunia ni...macam la setan tu akan puas hati kalau setakat tengok makhluk2 tu duduk jauh2..tak pegang2..tak ringan2..silap la kan kalau pikir camtu...setan tu tak kan pernah puas selagi kita semua ni tak terjerumus dalam neraka macam dia...sebab tu start dengan kecik baru jadi besar...nah! hamekla..bertabur anak luar nikah yang dah kena bunuh dengan mak bapak sendiri...
sweet sangatlah bunuh anak tu?

tanya lah diri sendiri dan jawab guna akal dan bukan nafsu sweet tu...sweet tak sweet...auw~
pikir2 kan la ye...
aku ni bukan baik sangat dan bukanlah jahat sangat(eceh)
sebab aku pun dok kadang2 rasa sweet gak tengok golongan2 haram ni..hampehkan aku?!
tapi takpe..cepat2 sedarkan aku kalau aku tersuka tengok benda2 maksiat ni k!

dah..itu je tuk post terbaru..jumpa d lain masa pulak ye...sweet kan aku ni?

notakaki:memang nak bagi paham keluarga sendiri tu memang susah..nway..selamat pengantin baru pada awak! orang pertama d batch yang kawen..haha! Alhamdulillah...layari bahtera dengan sikap prihatin dan hati2 ye..

cukup ALLAH bagiku~

Saturday, December 25, 2010

anda 20 tahun?


sweet 20 gitu...~

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

ngeee~ jangan salah paham ye dengan tajuk entry kat atas tu...bukan d tujukan untuk aku...tapi untuk kawan rakan sahabat teman dan taulan yang memang sudah mencecah umur 20 tahun...but not me...i'am still under age....haha! (perasan)

tapi d sebabkan aku duduk d kalangan yang majoritinya adalah dalam 20an maka aku pun sedikit sebanyak dapat tempelak dan biasan 20an itu...hakikatnya i'm look younger than my real age...sebab ada sorang makcek tu pernah tanya aku...

"er...adek ni sekolah lagi ke?"

membuatkan aku meloncat kegembiraan dalam hati sambil tersipu2 malu lantas berlaku jujur kepada makcek berkenaan dengan mengatakan aku sedang study d sebuah kolej yang famous amous d Malaysia ni...(eceh!)

nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan? dengan slowly kate2 tu terngiang d telinga dan membuatkan aku kembali insaf dan mengaku bahwa aku pun turut tersenarai dalam sweet 20 tu...pueh hati? ye2..aku sedar diri...maafkan aku..oh!

tapi..cuba aku dan korang2 semua fikir balek...kita nak sebut 'aku baru 20 tahun' atau 'aku sudah 20 tahun?'
cara serta teknik penyebutan dan penyampaian tu kena betul dan kadang2 ikut situasi gak kan...
kalo d sampaikan dan d sebut dengan pandangan serta nilai2 dunia yang tak pernah nak puas enjoy hidup kat dalam dunia ni..nak senang cerita..dari pandangan nafsu serakah yang kuat macam nafsu kuda tu mesti akan cakap:

'aku baru 20 tahun...sak kop lu derrr...'

peh...'sak kop lu der' ko cakap dengan aku...haih! memang dasar dunia la kau ni....hidup dalam dunia yang penuh menipu...walaupun dah ramai umat dunia ni yang tak sempat hidup sampai 2tahun usia dorang tu..tapi kau tetap berpura2 konon 20 tahun tu akan maseh berbaki panjang lagi untuk kau...seolah2 kau akan ada masa tuk tua dan lepas tu berpura2 taubat sebab dah nak masuk rumah bertiang dua tu....ALLAH~

tapi kan...if the answer that you give is from the view of' 'begin with the end of mind'...mestinya nada serta nada penyampaian tu akan berubah kepada yang macam ni....lebih sedap d dengar..

'aku dah pun umur 20 tahun...tapi apa je yang aku dah buat?isk2 isk2..'

sebab 20 tahun tu bukan kejap tapi sangat lama...dan kalau d kira dari aspek kawen dah berkoyan2 anak boleh dapat...tapi hakikatnya...aku kau mereka dan kita semua maseh d sini... goyang kaki dan selalu 'perasan busy'...

kalau tengok pada sejarah...(sebab ada sejarah la adanya kita hari ni..)
sahabat2 Nabi dulu lebih muda dari 20 tahun dah jadi Jeneral Perang...ketua kat medan perang lawan dengan orang kafir...tapi aku kau mereka dan kita semua nak lead jadi Imam pun payah...ni kan pulak nak sama2 turun medang perang...jihad...

tapi takpe,korang cakap 'belajar tu pun jihad jugak'...pandai bagi jawapan ye...kalau jihad belajar tu betul2 lillahita'ala...sebab nak dapat ilmu ALLAH...nak dapat redha ALLAH takpelah jugak kan nak gelarkan sebagai 'jihad'...tapi kalau setakat nak lulus exam..nak dapat title 'dokter'...nak dapat pangkat dan darjat semata2...memang ke longkang lah jihad tu...
(oh..tersentap sekejap aku.)

dan kalau nak cakap dari segi dan aspek yang lain...bila dah umur 20 tahun ni..sepatutnya banyak skill hidup yang kita dah belajar...yang kita dah tahu...yang kita dah mahir...kalau tuk perempuan tu..skill yang paling femes yang bakal d tanya oleh bakal mertua ialah skill memasak korang...(dush2..kena atas muka sendiri)
tapi itu pun maseh terkial2 dan terketar2....halia dan kunyit pun tak dapat bezakan...dan maseh lagi rileks bagi alasan...
'aku busy study...tak ade masa...makan kat luar je'

ok..kita beralih pada skill2 yang lain....skill menjahit...tak kesah la teknik insang pari ke..silang pangkah ke...kalau maseh terketar2 dan kadang2 terkial2 nak masukkan benang kat dalam lubang jarum tu..tak payahla nak berlagak kate 'aku baru 20 tahun'....
tu baru dua skill...belum aku tambah dengan skill2 lain yang lagi adventure dan mencabar minda yang sepatutnya mampu d lakukan oleh kanak2 yang SUDAH berusia 20 tahun...

tapi itu pun maseh ramai lagi yang bergoyang kaki...melayari FB sampai pagi...pergi berjoli d Jusco dan Tesco..(kalau kat tempat aku la kan..tu je yang ada.)

tapi kalau ada antara anda2 semua yang pandai masak...pandai jahit...pandai basuh baju..pandai lipat baju..pandai kemas bilik...pandai sapu sampah...pandai jaga kebersihan...takpe2..syabas aku ucapkan pada kalian...teruskan lagi tuk tambah skill2 yang jauh lebih baik...skill jadi Imam...skill nak tadarus...skill nak tarannum...skill nak tegur orang...skill nak nasihat orang etc...dan sesungguhnya banyak lagi skill2 yang kita maseh belum belajar...walaupun dah umur 20 tahun!

amboi2...macam 'bias' pulak aku dok cakap pasal perempuan je kan...ha! pada yang lelaki tu...kalau dulu zaman Nabi, baya2 korang tu dah jadi ketua kat medan perang..sampai dah tawan negara orang...dah jadi hafiz...dah pandai jadi Imam tuk solat subuh maghrib dan jugak isyak..dan bukan Imam zuhur dan asar saja...

erk...bukan aku suruh pasni masuk akademi tentera negara pulak...ataupun suruh apply balek PLKN...bukan...bukan itu maksud aku...tapi belajarlah tuk jadi ketua d tempat d mana anda berada...ketua kelas...ketua darjah..ketua batch...ketua study group...ketua program..ketua dalam keluarga...ketua macam2 lagi la...jangan jadi gipang pulak dah la...tak suruh pun balun semua kan....

sebab apa aku suruh jadi ketua..sebab anda adalah lelaki...lelaki itu pemimpin...dan kenalah belajar tuk jadi pemimpin macam Nabi kita kan...kata nak ikut sunnah baginda kan..so kenalah belajar..dari merangkak kepada bertatih kepada berjalan dan seterusnya berlari ke langit! oh~

jangan sampai title ketua tu jatuh pada perempuan sebab perempuan ni emosi dia cam lain sikit lebih2 lagi tiba bila 7hari dalam sebulan....sebab perempuan hanya lebih elok menjadi orang d belakang tabir dan menjadi pembantu sahaja...macam zaman Nabi....tolong rawat tentera Islam yang cedera...tolong urus rumah tangga...etc....

tapi kalau dah tak ada lelaki yang berkaliber tuk buat kerja...macam mana ye? kalau semuanya masing2 tunduk kan kepala time undian ketua nak d buat..dan hanya berani bercakap d belakang....macam mana ye? itu pun maseh bangga lagi nak cakap...
'aku baru 20 tahun der...sak kop lu...'

aiyak! pandai2 pikirkan lah kan... kalau maseh dalam usaha ke arah menjadi ketua dan pemimpin... bagus... teruskan usaha dan tunjukkan hasilnya...sebab itulah tugas utama lelaki untuk memimpin dan menjadi ketua....tapi sekarang dunia dah macam terbalik...(atau dah memang terbalik kot)
pedulikan suara2 wanita yang kononnya nak sama taraf dengan lelaki...nak sibuk2 jadi ketua...padahal tugas utama tuk jaga rumah tangga pun FAILED!
sebab tu aku cakap dunia dah pun terbalik....walaupun ALLAH dah kata, dalam surah al-Baqarah ayat 228:

"Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya)"

tapi bila si wanita sibuk bekerjaya...sampai lupa amanah dengan keluraga yang sepatutnya d tatang bagai minyak yang penuh...dengan kasih sayang...itulah kuasa wanita yang sebenar...KASIH SAYANG...dengan kasih sayang barulah institusi kekeluargaan tu akan harmoni...anak2 soleh solehah...membentuk masyarakat yang tak pecah belah...

haa...cop2! aku dah termerepek dah ni...aku tak nak bias kepada apa2 jenis jantina sekarang ni sebab ALLAH kata kita semua adalah sama yang beza adalah iman dan takwa..so sepanjang 20 tahun hidup ni..apa nilai iman dan takwa kita yang kita dah kutip??
sama2 muhasabah balik...sebab kita ni dah pun umur 20 tahun..tapi maseh teringgal banyak lagi perkara...perkara dunia dan jugak perkara akhirat....

jadi..macam biasa...kurangkan sikap bodoh sombong tu ye...dan jadilah kanak2 20 tahun yang matang serta pandai mengawal emosi....^^,

notakaki:apa ciri2 20 tahun yang aku patut dah ada??? hmmm....macam 'zero' je...

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar