Saturday, June 13, 2009

pendakwah moden


(gambar hiasan)

pernah tak anda dapat mesej berantai lebih kurang seperti ini?

Ucaplah SubhanAllah 10 x, anda akn bahagia, sebarkan kpd 10 teman, jika tidak anda akn ditimpa bencana..ini amanah!!!

ataupun emel2 yg juga berantai barangkali...
yg di dalamnya terkandung mcm2 info islamik dan d suruh untuk sebarkan...(ini juge amanah)

bahan2 seumpama ini(mesej n emel) sudah byk kali singgah dlm inbox sy..(wat buduh saje)

ketulenan berita yg d bawa tak leh nak d pastikan..
namun di sebabkan 'AMANAH' maka anda pun forward lah...
sekadar mengikut arahan..melaksanakan amanah..(tak gitu??)

selepas meng'forward'kan mesej/emel tersebut..
maka tersenyumlah anda kerana berjaya menunaikan tanggungjawab untuk mendakwah insan yg terdekat...
lega kerana berjaya menjalankan amanah untuk sampaikan 'ajaran Nabi wlwpun satu ayat'..

terasa anda berjaya menyampaikan dakwah/amanah..
wlwpun xtau sama ada mesej/emel tu sahih atau tidak..
yg penting anda sudah sebarkan 'dakwah' tersebut..
kemudian teruskan kehidupan spt biasa..(lalalala)

ini yg dikatekan 'pendakwah moden'

tapi benarkah 'pendakwah moden' telah berdakwah???
benarkah ini sebenarnya dakwah???

tak perlulah sy rungkaikan mksud sebenar dakwah..
sume pun tau..(insyallah..)

apa yg ingin sysampaikan ialah 2 persoalan d atas..

kebanyakan umat zaman ini lebih mengutamakan dakwah hanya dgn meng'forward' mesej/emel yg sampai dlm inbox mereka...
sungguh, umat seperti ini merasakan mereka telah berdakwah...
sekaligus menunaikan tanggungjawab sebagai da'ie dgn hanya menekan punat2 handphone n laptop..

sungguh dangkal lah jika umat ini merasakan begitu..
berdakwah sambil bersantai..
duduk dalam umah sambil tgk tv pun leh berdakwah dgn meng'forward' mesej2 yg pnuh dlm inbox...

sy sekadar mahu umat2 seperti ini untuk muhasabah diri semula...
inikah caranya kita berdakwah??
cara berdakwah yang di sunnahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW??
dgn hanya duduk dan tekan..
maka tersebarlah dakwah anda (yg belum tentu kesahihan benda yg d sebarkan..)

tentu sekali ini bukan cara Nabi...
sama sekali tidak..
yg merisaukan syadalah fenomena d mana,
kita terlalu asyik dgn gaya dakwah yg terlampau bersahaja ini..

tiada lagi berdakwah mengikut sunnah Nabi..
keluar untuk menyampaikan ilmu..(tak kire d mane jue)
pergi ke majlis2 ilmu..menyampaikan ajaran Baginda..
menyertai aktiviti yg mendekatkan diri dgn masyarakat d samping berdakwah kepada mereka..

terutama sekali anak2 mude zaman ini..(termasuk ana)
sumenye telah menjadi 'pendakwah moden' hanya dengan duduk dan tekan..
sungguh mudah dakwah mereka..

owh,sytak kate 'pendakwah moden' itu salah..
tidak same sekali..(i swear..)
ape symau katekan, cara 'pendakwah moden' yg terlalu bersenang lenang dan mengambil jln mudah untuk berdakwah itulah yang salah..
langsung tidak mengutamakan dakwah yang sebenarnya dakwah..(yakni dakwah cara Nabi)

cara 'pendakwah moden' yang berdakwah tanpa mengikut sunnah Baginda..
sunnah Nabi dalam berdakwah di ketepikan sama sekali..
selesakah anda berdakwah dengan bukan cara Nabi??
terlalu mengagungkan cara sendiri,tanpa peduli sunnah Baginda..

sama juga dgn para 'bloggers' yg menggunakan blog tuk sebaran dakwah..(termasuk ana)
mmg bagus..gunakan kepakaran yg ade tuk berdakwah..
tapi jgn sekali-kali abaikan dakwah mengikut sunnah Baginda..

syyakin ramai 'pendakwah moden' yg hanya mengamalkan method mereka sendiri tanpa melaksanakan method Nabi dlm berdakwah..(am i rite??)

sekali lagi sytegaskan, tidak salah bagi 'pendakwah moden' utk berdakwah..
tapi, sunnah Nabi harus di utamakan..
dan kerja utk meng'forward' emel/mesej,blogging dll selain cara Nabi harus d letak sbg sampingan..

uh,berhentilah mengatakan anda telah berdakwah
jika dakwah anda itu hanya mengikut cara 'pendakwah moden'
dan meninggalkan terus dakwah cara Baginda..

jika d imbau kembali zaman nabi berdakwah yang hanya bergerak dari rumah ke rumah,
menyampaikan ajaran..
zaman d mana tiada lagi teknologi sebaran seperti sekarang..
keringat para sahabat dlm membantu penyebaran dakwah..
penghijrahan mereka ke serata tempat hanya utk berdakwah..
hasilnya,berbondong-bondong mereka yang memeluk Islam..

namun,itu d zaman Nabi..modal yg d gunakan hanyalah air liur..
tapi,kesannya di rasai hingga kini..
pengorbanan para pendakwah terdahulu yg merentasi sempadan
utk berdakwah sehingga tersebar ke Tanah Melayu..
besar sumbangan mereka..

para 'pendakwah silam' yg sanggup meninggalkan tanah air hanya utk berdakwah..
bergolok harta utk berdakwah dgn mengikut cara Nabi..
sunnah baginda..

namun,kita d zaman ini sekadar 'duduk dan dakwah'
tanpa mengeluarkan setitis keringat..kita berdakwah..
pendakwah kah kita??
atau hanya layak bergelar 'pendakwah moden??'
yg meninggalkan terus cara Baginda dalam berdakwah??

atau, anda mengatakan cara Nabi sudah tidak relevan d zaman kini??

pada 'pendakwah moden'..renung2 kanlah apa yang cuba sy sampaikan..
jgn hanya 'duduk dan dakwah'..
tapi bertebaranlah d bumi ALLAH utk berdakwah..
seperti juga Baginda dan para sahabat..

kerana,jika sesuatu tempat itu tiadanya JEMAAH DAKWAH,
maka akan berlaku 3 perkara ni..

1. ramai org Islam murtad..(dah jadi pn kt ngare kite)
2.muncul pembahuruan dlm agama..(muncul gologn bid'ah d kalangan alim ustaz)
3.ALLAH cabut kehebatan Islam, sampai kafirun pun dah tak takutkan Islam..(suda ada contoh kan??)


tidak salah bagi 'pendakwah moden' utk berdakwah..
tapi, jgn sampai meninggalkan SUNNAH...

sungguh pesanan dan pandangan ini utk 'pendakwah moden' dan juga diri sy..
moga2 ramai yg menjadi 'pendakwah silam' yg bertebaran di bumi ALLAH..

HAK dan SUNNAH itulah yg jadi keutamaan..

(credits to en.hamka yg menyedarkan sy yg juge pernah menjadi 'pendakwah moden')

~wallahu'alam~

cukup ALLAH bagiku~

No comments:

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar