Thursday, March 18, 2010

salah siapa?


boys likes girls atau girls likes boys?

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

tuk pengetahuan semua aku dah delete entry aku sebelum ni kerna d rasakan tidak bermanfaat dan hanya mengarut semata2..so untuk mengelakkan korang buang masa membaca perkara yang tak patut,cepat2 aku delete entry tersebut..dan sedarlah masa kita tak banyak untuk d bazirkan dengan perkara2 yang tak patut..(seperti mengupdate belog?)

hari ini aku menggeleng kepala melihat umat Islam,saudara seagama aku yang kian hanyut..dan gelengan aku bertambah darjahnya bila aku sendiri yang sengaja biarkan diri aku hanyut d bawa arus dunia yang suka menipu seluruh isinya ni...(astahgfirullah)
dan aku hanya mampu menggeleng bila tidak mampu mencegah mungkar d depan mata dengan kuasa dan juga tangan..hanya mampu dengan hati saje..sungguh iman aku masih lemah!

melihat keadaan umat Islam yang parah ni kadang2 buat aku terpikir,macam manalah umat yang dengan kualiti sebegini nak menghadapi fitnah dajal d akhir zaman kelak..benralah umat Islam itu hanya seperti buih2 d tepian pantai..(rujuk hadis)

yang buat aku lebih berbulu d mata dan juga d hati bila orang dan insan yang d harapkan dapat membantu umat yang sakit ni turut sama biarkan diri sendiri sakit..sedarlah Islam kekurangan darah2 muda dalam melakukan kerja dakwah..usah hanya mengharapkan ustaz ustazah alim ulama dalam melakukan sunnah Nabi ni..kita umat Islam seluruhnya harus melakukan itu..

paling2 tidak dengan tunjuk akhlak yang baik,percakapan yang bermanfaat serta peribadi yang sopan..itu sudah memadai..(ok,,aku tak termasuk dalam golongn ini)
tapi aku sedang berusaha ke arah itu...dan aku memang perasan bagus kononnya akulah yang paling baik d kalangan semua..aku memang hampeh kadang2..dan kehampehan aku tu buat aku menggeleng sendiri dengan karenah aku yang tahpape ni...maka sedarkanlah aku dari terus lentok dalam kancah dosa ni..

dan paling aku berbulu d mata dan juga d hati dengan ketiadaan lagi sikap malu dan segan dari mereka yang bergelar wanita..ow,aku masih ingat dialog aku beberapa minggu lepas dengan seorang ikhwan..
'perkara yang semakin hilang d akhir zaman ialah perasaan malu seorang wanita'

zuuupppppp~ aku tersenyum sendiri..tak menafikan pun kate2 beliau..memang betul itu realiti dunia sekarang..bila terlampau bebas hingga terbabas..kata2 ikhwan tu terkena batang hidung aku jugak yang gagal dalam menjaga akhlak sendiri dan akhlak sahabat2 yang lain..dan aku mengaku aku gagal!

realiti hidup sekarang bila bebas bergaul antara lelaki dan perempuan..konon atas tiket 'kawan'..aku dah pernah ulas pasal ikhtilat sebelum ni..pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang melampau..(aku juge kdg2 melampaui batas..ampunkan aku ya ALLAH)

aku bukan nak kondem mereka apatah lagi memerli mereka..tapi aku mahu nasihat diri aku dan juga nasihat mereka yang lain..hadirnya Islam 1431 tahun lampau telah berjaya memartabatkan maruah wanita agar tidak lagi d injak dan d pijak...namun masih terdapat segolongan besar daripada kita yang sengaja menuruntarafkan darjat yang ALLAH dah beri pada golongan wanita ni..

aku tahu aku bukan contoh yang terbaik tuk d ikuti kerana aku juga masih jahil dan hanya perasan bagus saje..aku juga mengaku dulu aku jahil dari segi praktikal walaupun kaya dari segi teori..hampeh kan aku? dan hampeh jugalah pada sesiapa yang hanya ISLAM dari segi teori namun praktikalnya hancusss...

bila soal ni d kemukakan maka banyak lah suara2 sumbang yang menyalahkan satu sama lain..si lelaki kate..
'kalau bukan perempuan yang tergedik2 kat kitorang,kitorang tak layan punye..'
dan si wanita pulak berkate..
'lelaki yang tergedik2..kang kalau tak layan..kate sombong pulak..'
dan aku pulak kate..
'can you two just shut up!!!'

ok..aku saje tambahkan dialog aku tuk nampak lebih dramatis...boleh tak berhentikan salah kan sesama sendiri kerna ini tanggungjawab masing2 dan masing2 kena sedar ok!
inilah yang aku tengok kt dalam tv3 tadi..cerita ADUAN RAKYAT..kes tanah perkuburan Islam yang d biarkan terbiar hingga lalang dan semak memenuhi ruang udara..AJK Surau kate itu tanggungjawab MPS..dan MPS pula kate sebaliknya..akhirnya korang pun bertikam lidah depan wartawan Karam Sigh Walia kat tanah perkuburan tu..ow..amat memalukan sungguh!
bila si Nazir Surau tu melenting dan berlalu pergi..dan aku akui aku kecewa bila seseorang yang berilmu boleh bergaduh dan bertikam lidah d kawsan kubur dan d hadapan non-muslim..

kalau mereka yang begini pun menunjukkan akhlak yang sebegini taraf..bagaimana pula kita yang begitu..lagi teruk mungkin akhlak kita..

ok.berbalik pada topik asal..aku menulis berdasarkan pengalaman aku dan testimoni yang aku buat..wah3..hebatkan aku..menilai balik diri aku yang hanyut dulu dan kini sedang berusaha tuk selamat dari terus hanyut..ok..dengar kisah dan testimoni yang aku buat ni..
tapi sebelum tu aku tidak berpihak pada mana2 pihak..baik Hawa mahupun Adam..aku bersikap neutral dalam kes ni..dan kalau ada yang tak puas hati,janganlah d simbah cat merah pade belog aku ni..tapi tegurlah aku dengan cara Nabi yang berhikmah..(aku masih berusaha tuk buat sunnah Nabi)

dulu sewaktu aku biarkan diri aku hanyut dengan dunia yang menipu ni..aku layan je lelaki atas dasar kawan..walau aku takdelah tergedik2 dengan lelaki tapi jahilnya aku bila bergurau2 dan berburak kosong dengan lelaki..(jahil kan aku)
dan dorang pun layanlah..sama2 melayan karenah masing2..bergurau senda..bergelak ketawa macam dunia ni ana yang punya..(ok tak lawak!)

tapi bila aku dah sedar..kononnya..aku pun mula jauhkan diri dan lebih menjaga diri serta maruah yang ada..kurang bercampur dengan makhluk yang bernama lelaki ni melainkan atas dasar kerja..

dan alhamdulillah..mereka yang dulunya tak segan nak berborak..tak segan nak bergurau..bila melihat aku yang kononnya dah berubah jadi baik ni..jadi segan nak berburak..jadi segan nak berbual..haa...see..see..bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyik kan..benda tak kan jadik kalau masing2 tak melayan karenah masing2..

dan apa yang aku tengok..bila aku dah kurang bercampur dan berlagak baik..si lelaki2 ni pulak dok sibuk tak menjaga ikhtilat dengan wanita yang lain..dan wanita2 ni pun sibuk melayan atas dasar kawan..hampeh betul!

wahai perempuan2 sekalian..dengarlah aku nak berkate ni..lelaki tak akan pergi kat korang kalau korang tak melayan ok! dan kalau korang tak layan lelaki,dorang pun akan segan tuk datang berburak dan bergurau dengan korang ok! dan kalau korang tak layan lelaki sekalipun korang tak akan rugi bahkan korang untung!

sebab korang berjaya menajuhkan diri korang dari menjadi fitnah terbesar bagi kaum Adam..janganlah kita ni jadi penyebab dorang tuk masuk neraka..dan percayalah cakap aku..yang lelaki akan segan tuk berburak dan bergurau dengan korang kalau korang tak layan dorang..oleh itu berhenti salahkan sesama sendiri!

dan pada lelaki..anda perlu menjaga wanita yang ada dan bukan sebaliknya..tanggungjawab itu terletak d bahu anda wahai lelaki yang ada..dan korang pun takyah layan karenah perempuan yang menggedik kat korang..tapi tegurlah dengan bijaksana dan bukan memerli..itu bukan caranya..

setakat perli tu hanya akan menambah luka d hati kaum Hawa je..dan janganlah korang perasan korang dak berdakwah pada kaum Hawa kalau hanya setakat memerli dan mentertawakan mereka..serius benda ni berlaku dalam real life..dan aku memang cukup tak suke..bila kononnya nak beri nasihat tapi nada mengutuk..dan ada yang sampai mentertawakan kaum Hawa tu sendiri..ow..ini bukan caranya..sungguh bukan caranya..

kaum Adam perlu menjaga kaum Hawa..nasihatlah dengan penuh hikmah..bukan mengutuk..memerli apatah lagi mentertawakan sekalian yang ada,sekaligus menjatuhkan maruah kaum Hawa yang serapuh tulang rusuk..kaum Adam harus lebih kuat dalam menjaga pandangan kerna itu tanggungjawab anda..(adakah aku buyest dalam memberikan statement?)

dan ingin aku ingatkan..bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyik..usah menyalahkan sesama sendiri tapi diri sendiri entah ke mana..dan bagi mereka yang ada ilmu,jangan sia2 kan ilmu tersebut..bukan semua orang berkesempatan tuk punya ilmu seperti anda..
ingatan tuk diri aku yang selalu terlupa dan leka..hampeh sungguh aku!

sama2 kita menjaga diri..maruah dan juga jati diri..wallahualam~

notakaki:ow aku tolong promotekan belog nasyid adek aku..NURANI..sila klik sini..hehe~

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, March 14, 2010

[LADIES NIGHT]-a walk to remember..


-ladie day out-

innahu min sulaimaanwainnahu bismillahirahmanirrahim..

alhamdulillah selamat sampai ke rawang ni..
walaupun banyak halangan dan dugaan dalam perjalanan balik semalam..
bermula dengan ketiadaan wallet aku angkara kelalaian aku sendiri..so sekarang aku takde iC,lesen dan juga kad atm..sebab wallet aku ade kat housemate aku yang dah pun selamat sampai kt kg beliau..
(tula,lainkali jangan suruh orang pegang wallet sesuka hati..tgk,dah lupe nk ambil balik)

so,terpakse la aku susahkan abang aku datang amek aku dari kl-ipoh..
pastu kete pulak rusak d tengah2 jalan...memang haru!
dan memang panjang umur kitorg sebab tak berlaku kecelakaan..kalau tak..innalillah..
mati tu memang dekat...mana taknya..berhenti kat petronas simpang pulai..tayar belakang kete dah pun hampir terkeluar dari rim kete..peh..nyaris2 beb..dan kalaulah d takdirkan apa2 buruk terjadi semalam...macam mana lah nasib aku yang banyak dose nih!

ok..fullstop!
mahu cerita tentang yang berkaitan dengan tajuk d atas..
malam wanita atau dalam englishnye d sebut..'Ladies Night'
walaupada mulanya aku tak boleh hadir sebab alasan hanya perempuan saja yang d benarkan tuk hadir..maka d sebabkan aku ialah 'bro'..so aku tak leh hadir..haha~
tapi aku tetap gunekan kuase veto aku pade malam tu tu hadir ke 'Ladies Night'..

program yang bersempena dengan minggu wanita atau dalam englisnhye..'Ladies Day Out Week'
satu program yang julung kali d adakan kat bumi RCMP tu..
dan alhamdulillah, berjaya jugaklah program tuk d whole week tu..
d amanahkan tuk jadi AJK promosi,jemputan dan juga pendaftaran...aku cuba lakukan yang terbaik..walaupun kadang2 merungut sebab banyak kerje..
yela..dah 3 jawatan aku sapu..aku memang perasan aku ni bagus..astaghfirullah..

dan acara kemuncak tuk minggu wanita adalah 'Ladies Night'..
alhamdulillah..berjaye jugaklah program malam tu..acara yang sederhana tapi meriah..
sebagai AJK promosi aku promote habis-habisan menatang ni..sume dak uma aku pakse supaye datang..heee~
meja yang sepatutnya muat 10 orang aku sumbatkan jugak jadi 12org sebab ahli umah aku ade 12orang..
dan sekali lagi aku gune kuase veto tuk reserve meja paling depan sekali...
jahat betul!
dan sedikit tatapan gambar tuk acara malam tu..heee~




banner yg sederhana..


sebelum majlis bermula..

roomateku..ikan dan bangla!

persembahan dak nursing..JUARA!

zatil n mook!


say keju!!!

.
dan uma kunen yang hebat!!! aku yang pakse dorang datang...hee~.

terimakaseh atas kerjasame korang yang sudi membantu pada malam tu..
penat memang penat..balik pulak pukol 1 pagi..
harap ianya berbaloi la kan..
insyallah!











cukup ALLAH bagiku~

Monday, March 8, 2010

jahatnya NAFSU?

(nyah NAFSU!)

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

sejak dua menjak ni aku tersangatlah sibuk dengan urusan dunia yang aku harapkan dapat jadi bekalan tuk akhirat kelak..
dan rutin harian hidup aku bertambah sibuk dengan aktiviti kolej yang sangat2 pack..
mula2 dengan sambutan maulud..lepas tu dengan program anak yatim Darul Hikmah..kemudian bersambung pulak dengan 'Minggu Wanita' kat kolej..
dan kebanyakan aktiviti yang aku ceburkan diri pasti akan d masukkan dalam AJK Promosi..
wah3..aku memang berbakat dalam promot2 ni...(tapi suke salahgunekan bakat aku ni!)

dan semalam baru pulang dari program anak yatim Darul Hikmah dan penatnya bukan kepalang!
melayan karenah anak2 yatim yang sangat2 hiperaktif..aku yang aktif ni pun kalah..
tapi alhamdulillah, d harap kehadiran kami dapat meneruskan SUNNAH Nabi dan salah satu cara untuk menjalankan dakwah cara Nabi..
walaupun ade masalah,namun...itulah asam garam berprogram..
(dewasekan ayat aku)

dan sekali lagi sebagai seorang insan yang perasaan sibuk dan d sukai ramai..
hari ni ade pulak seminar perubatan ala2 motivasi gitu..
dan alhamdulillah,walaupun penat berprogram tak habis lagi..
dapat je fokus dalam program pagi tadi..syukur sangat2, banyak input yang aku dapat..
dan aku sedar yang masih lagi aku tersasar banyak dalam perjalanan menjadi seorang DOKTOR..

sikap buruk dan mazmumah yang dah sebati dalam diri memang susah nak buang..dan sememangnya itulah penghalang utama usaha aku dan kami semua tuk bergerak menuju cita2 murni..
cakap tentang nafsu..sememangnya perlukan tahap kesabaran yang tinggi..
(macamlah aku ni penyabar!)
dan tiadalah d katakan nafsu itu melainkan ianya sesuatu yang jahat dan susah nak d jinakkan..

bila dah kate susah nak jinak,pasti susah nak kawal..dan bila kate susah nak kawal..pasti ia yang akan menagwal kita..dan hasilnya..korang boleh lihat d sekitar hidup kornag sendiri..
macam mana perangai dan sikap insan sekeliling..sikap kawan2..dan korang pun tak payah tengok jauh2 la..tengok sikap diri sendiri jugak, yang selalu biarkan nafsu mengawal segala tindak tanduk..
(wah sungguh hebat nafsu ni)

d sebabkan kehebatan NAFSU nilah kita selalu dok ulang dosa yang sama..kesalahan yang sama..walaupun dah penah bertaubat nasuha satu masa dulu..tapi tup2..dalam sekelip mata..bila nafsu merajai jiwa..punahlah segala taubat dan lafaz janji yang pernah kita ungkapkan dengan ALLAH dulu..
maka oleh itu,jangan pernah sia2 untuk kembali bertaubat dan mohon ampun sekali lagi..
sebab rahmat keampunan ALLAH itu adalah lebih luas dari pintu amarahNya..
(sayangnya TUHAN pada kita)

lumrah hidup manusia suka buat perkara2 yang ALLAH larang..dan tak suka buat perkara yang ALLAH suka..meh aku nak tanya..berapa ramai je d kalangan umat zaman ni yang suka bangun malam?
oppsss..bukan bangun malam tuk tengok bola..tapi bangun malam tuk berdua2 an dengan ALLAH..dan meh aku tanya lagi,berapa ramai je d kalangan umat zaman ni yang suka solat jemaah dan aku tanya lagi berapa ramai je umat zaman ni yang suka majlis2 ilmu..??

uh,kalau aku kumpul semua soklan2 cepumas ni aku pasti jawapannya pasti menyedihkan hati dan sanubari...memang benar umat Islam kini lebih jahil dari umat Jahiliyyah d zaman Nabi!
mana taknya..kalau dulu hanya anak perempuan yang akan d tanam hidup2..tapi sekarang taki kira anak laki ke,perempuan ke..tetap akan d biarkan mati dengan cara yang paling kejam..lebih kejam daripada d tanam hidup2!
(siaplah korang semua d hari pembalasan kelak!)

dan semua ni berlaku d sebabkan apa?
ye betul..kerana ceteknya iman..lemahnya aqidah..dan goyahnya pegangan!
maka terjerumuslah kita semua ke lembah hina gara2 termakan pujuk rayu NAFSU!

manusia selalu cari penyakit yang aku tak faham…iaitu kita tahu ianya salah tapi kita buat jugak, kita tahu dosa dan buat jugak, kita tahu akibat buruk akan datang tapi kita bantai jugak..
(akupun kadang-kadang begitu..ow!)

inilah sifat manusia yang aku dan kita semua tak faham…tapi bila aku dan kita semua cuba faham, insyAllah ada jalannya.

Semua ini di sebabkan oleh dua faktor.

1-dunia yang pandai menipu,
2-nafsu kita yang kuat.


dunia Allah telah ciptakan untuk tipu manusia, telah ramai manusia yang di tipu dunia, semua orang mati hari hari, tapi masih ramai yang mencintai dunia, berkorban untuk dunia dan bergaduh untuk dunia..

sungguh ramai sekali orang yang tertipu dengan dunia..gila harta, gila kuasa, gila duit, gila hubungan jenis dan ada juga yang gila b***.. akhirnya,mereka jugalah yang akan menghuni neraka…

sedang dunia yang pernah di jumpai Nabi ketika israq mikraj, hanya seorang wanita tua yang pandai bersolek dan pandai mencipta angan-angan..
kalau kita kahwin dengan wanita tua, apa kita boleh buat?
malahan dia akan menyusahkan kita, berak merata dan tak reti nak uruskan diri sendiri..

tapi masih ramai manusia yang tertipu olehnya…
sebab?

manusia ada nafsu yang KUAT…
nafsu yang pernah di bakar dalam api neraka selama 70 ribu tahun tapi masih derhaka kepada Allah…

bila nafsu dah kuat, wanita tuapun di rogolnya, malahan akan sanggup melakukan HUBUNGAN JENIS…

moralnya adalah NAFSU YANG KUAT…
jadi ada tak cara lain atasi Nafsu?

jawapannya adalah, NAFSU AKAN KALAH PADA SUASANA..

di ceritakan bila nafsu masuk nereka panas, nafsu tetap kata pada Allah, engkau adalah engkau dan aku adalah aku, tapi bila masuk neraka lapar, nafsu cakap Engkaulah Allah, tapi aku TETAP aku..
lalu akhirnya menurut riwayat, NAFSU telah di kurung di tapak Masjidil Haram, selama beberapa hari sahaja, terus mengaku ALLAH adalah TUHANKU, aku adalah HAMBAMU…

kita manusia yang hidup dalam satu zaman dengan perubahan yang begitu pesat, dan peluang dosa yang hebat serta SUASANA yang mampu ubah penampilan, dan citarasa kita..
UNTUK itu kita masih punya pilihan.
sama ada mengasingkan diri, melahwan arus, ataupun, kita mencari ruang untuk lebih membaiki kehidupan kita. 

asing diri biasanya kalah pada syaitan..
melawan aruspun akan kalah pada DUNIA..
nak nak tak nak ambil peluang duduk dalam SUASANA MASJID banyak banyak..

orang sakit yang banyak pergi HOSPITAL..tak akan sembuh jika just duduk sahaja tanpa buat aktiviti yang patut, jumpa doctor dan ikut procedur rawatan..
jadi orang yang sakit perasaan, dan sakit iman..kena DUDUK MASJID sambil ikut procedur, banyakkan DAKWAH, IBADAT, TAKLIM dan KHIDMAT…

aku bukan orang alim mahu bermain dengan kata2 tapi kita harus sentiasa berusaha untuk lawan nafsu yang sememangnya dalam sejarah memang degil dan tak mendegar kate!
kalau dah terlajak tu,jangan malu jangan segan tuk kembali ke pangkal jalan dan mohon ampun balik..
janganlah malu nak mintak ampun sebab memang itupun tugas kita sebagai hamba..sentiasa mohon keampunan ALLAH..

dosa tidak boleh dielakkan namun boleh d kurangkan..dan kurang2 kanlah buat dosa dengan sengaja..sama2 kita menjana kembali iman dan takwa yang sakit ni!

notakaki:serius aku penat 2,3 ari ni dan juga letih dengan sikap mereka yang tak paham situasi sibuk aku..aku tau mereka sibuk mahu study dan aku juga sama,mahu study juga tapi aku tahu ini peluang aku tuk lakukan amalan SUNNAH Nabi,menyumbang pada kerja2 agama..lalu aku tidak sampai hati untuk mintak tolong mereka walaupun mereka juga terlibat dalam kerja tersebut..tapi d sebabkan tak sampai hati mengganggu waktu study mereka..aku biarkan saja..dan bila aku ada sedikit waktu,selepas pulang dari melakukan kerja tersebut..mereka pula yang minta tolong aku atas urusan kerja mereka yang tiada kene mengena langsung dengan aku..ikutkan hati,mahu saja waktu yang sedikit tu aku gunakan tuk tebus masa study aku..namun tak sampai hati biarkan mereka terkebil2 tanpa pertolongan..tapi mereka sanggup je biarkan aku terkebil2 melakukan kerja seorang..so,aku tolong je mereka melakukan kerja yang tiada kena mengena dengan aku,walau hati aku geram sebab mereka langsung tak berniat nak tolong aku melakukan kerja yang mereka juga harus terlibat..ok..hati ini sedikit galau dan terkilan dengan sikap mereka yang sebegini pentingkan diri.!



cukup ALLAH bagiku~

Saturday, March 6, 2010

kenapa "BRO"?


jangan perasan ini bukan aku!


innahumin sulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

wah3..macam promote diri sendiri la pulak..
aku memang dasar makhluk yang tak tahu malu!
so sebelum korang habiskan masa baca entry yang tak ade faedah..
baik korang berhenti pembacaan sebab entry ni sekali lagi berbaur pujian pada diri sendiri..
tapi kalo korang still degil dan nak jugak baca aku tak boleh nak halang korang dan sukahati korang la kan..tapi tolong jangan kutuk aku dalam hati sebab aku dah bagi amaran awal2..

senang cakap, aku dah tak ada isu nak tulis padahal banyak je yang bermain dalam kepala hotak aku ni tapi aku tak tau nak tulis apa sebab dah banyak sangat..
padehal banyak lagi keutamaan selain mengadap belog hina..
dan mungkin aku akan campurkan semua yang aku nak tulis dalam satu entry maka akan caca marbalah entry ni d akhir nanti..

pada yang tak kenal atau pura2 tak kenal aku mesti pelik dengan entry masuk bakul angkat sendiri yang aku tulis kat atas tu..
tapi pada yang kenal aku ni..sebab aku tau aku ni femes jugak orangnya..
maka bersedialah korang sebab entry ni berbaur pujian tuk diri aku sendiri..
dan aku memang tak tahu malu..(wah3...muge korang dapat menahan sabar ye)
so meh aku nak story telling sikit dekat korang..
memandangkan ramai yang tanya aku kenapa mesti panggil "BRO"..

dan kenapa aku sukahati mendengar panggilan tersebut..eh sedarkah aku yang aku ini sebenarnya wanita..??tak bersyukurkah aku dengan kurniaan jantina yang ALLAH tetapkan?

dan untuk itu aku takada pun jawapan yang tepat maka sama2 lah kita mencari..(kalao korang nak cariklah)
orang kirikanan depan belakang panggil dengan panggilan "BRO" mula2 sekali seingat aku time kat matrik dulu..time dekat SESERI dulu mana ada makhluk yang panggil "BRO"..kalau ade naya la aku kena serbu dengan warden dan kawan2 lain..

dan panggilan tu melekat sampai la kat bumi Ipoh ni..wah..menarik kan? juz call me "BRO"..hm,aku memang tak tahu malu kan? tapi jangan risau aku masih sedar fitrah wanita yang masih menaglir dalam diri ni..cuba fitrah tu tak berapa nak tertonjolkan je..tapi percayalah bahwa aku ni masih wanita..

dan tiada lah niat aku mahu mengubah kejadian Tuhan ni..astaghfirullah..walaupun dulu waktu aku masih jahil agama dan mengong tentang akhirat ade juga terpikir "kenapala aku ni perempuan??"

jahil kan aku dulu waktu masih hingusan..memandangkan dah terbukti dari segi genetik memang genes family aku adalah lebih kepada lelaki..maka aku redha..bahwa aku adalah rose among thorns..(wlwpun kdg2 aku behave aku ialah thorns)

dan ada juga sahabat yang gedik bergurau dengan katakan aku adalah anak yang keliru identiti..apakah maksud mereka?? tapi aku tak salahkan mereka2 pun..tapi macam yang aku selalu ungkapkan dalam kasar ada lembutnya...dan bukan semua orang tahu akan 'kelembutan' yang tersirat dalam diri ni..

(wah sungguh aku tak malu promot diri)

aku tahu diri ni masih banyak lagi kekurangan dan kehinaan yang nyata dan juga yang tersembunyi...tapi janganlah judge aku dengan pandangan dunia yang sentiasa menipu ni..tapi judge lah aku dengan pandangan akhirat yang lebih kekal supaya aku bergerak dengan lebih maju dan tersusun..

tahukah yang kasar itula yang lembut secara batinnya..ha..sekasar2 aku..aku menangis je tengok citer ketika cinta bertasbih..kan dah bocor rahsia aku..ala,kebayakan orang yang kononnya keras kat luar tu hati dorang lembut sebenarnya..(bukan merujuk pada aku ok)

so janganlah sewenang2 panggil dorang tak ade perasaan..cakap dorang tak tahu malu..dan macam2 tuduhan lagi..golongan2 ni saje je jage ego yang kononnya tinggi sangat tu..kadang2 hati terusik jugak dengar gurauan kasar orang..(padan muke,sape suh kau kasar dengan dorang)

tapi buat taktahu jela dengan golongan yang suka carik pasal ni..malas nak layan..bila bagi betis nak peha..bagi motor nak kereta..bagi air kosong nak ABC pulak..

erk,tapi kalau ade orang yang tanya kenapa panggil "BRO"..aku hanya mampu menjawab yang aku selesa dengan panggilan tu..(tah pape jawapan aku)..mungkin rasa spesel bila kita je yang d panggil "BRO"..tanda hormat tu..weee~

dan sekarang kalau berjalan mana2 pun majoriti akan panggil "BRO"..sungguh aku mahkluk yang perasan bagus..dan bila orang tanya aku bila aku nak berubah menjadi lebih perempuan aku hanya mampu tersenyum dan tersenyum lagi sampai aku penat..

percayalah bahwa aku sedang berusaha dan ketahuilah bahwa sikap dan perangai seseorang tu memang usah nak d ubah dan sangat2 perlukan masa..maka berilah aku masa..insyallah..selagi aku tahu akan batas2 dan tidak menyalahi fitrah..maka dengan itu tegurlah aku dengan seadanya..aku manusia lemah yang sentiasa tersalah langkah dalam menongkah arah..

ha..kan aku cakap jangan baca entry ni..takade pekdah pun..dan mungkin aku akan delete satu hari nanti..

notakaki:off ke rumah anak yatim darul hikmah tuk berprogram ke sana..doakan muge mencapai segala yang d hajatkan...

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar