Thursday, December 31, 2009

terima kasih?


tiada kaitan dengan entry

innahu min sulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

menunggu detik masuknya tahun baru barat..(sambil perasan konon nyawa aku akan mampu bertahan hingga detik itu..)
mataku gatal melihat post gedik di bawah! huh,rindu konon~
tapi sayang mahu delete itu post la makcek..
aku berazam tidak mahu post ape2 selagi belum masuk tahun baru..tapi belum apa2 lagi azam itu terpaksa berkubur saja dan tinggal kenangan..(Tuhan lbey bijak merancang)

sekali lagi aku yang perasan bagus ni tak pernah mengharap apa2 balasan dari insan sekeliling..(kononnya!)
adakah hati aku sangat suci murni sampai langsung tidak harapkan apa2 balasan setelah berbakti kepada orang lain??

mengingatkan pada ceramah ringkas yang aku dengar dalam radio kereta cek rehe@ruduh dalam kereta honda accordnya..
amalan kita ni nak sampai pada ALLAH perlu lalu 7lapisan langit..
bila malaikat bawa ke checkpoint pertama yakni langit pertama la kan..
si penjaga langit akan suruh d bawak turun balik amalan tu..
dan d hempaskan ke muka pengamalnya seperti
d hempaskan kain buruk ke muka..
kerana apa?kerana amalan itu tidak d terima ALLAH
sebab apa tak d terima? sebab tiada ikhlas kerana ALLAH


maka aku yang sedang pura2 khusyuk mendengar ceramah tu pun terketar2 lutut kerna tak tahan 'air cond' yang sejuk membahang!
dan aku berpikir dua tiga jenak,dah berapa banyak kain buruk yang dah d lemparkan kat muka aku ni?! (korg pun tolong pikir sekali ye)
tapi rahmat ALLAH itu luas...aku tak kan PUTUS ASA untuk berusaha buat baik dengan ikhlas..

dan,bak kate pakcek fozian a.k.a ayah cek rehe, sekaligus menjadi penceramah jemputan tak rasmi pada ustaz yang berceramah dalam radio..
kita ni bile buat baik.. kalau boleh jangan ingat pun yang kita pernah buat baik!
dan jangan harap pun orang tu akan balas balik jasa kita..

berharap hanya pada DIA..uhuk3~

(sambil terbatuk2 manja)
~lebih kurang gitulah ceramah ringkas dari pakcek fozian a.k.a ayah cek rehe..

tapi tipulah kalau lepas korang buat baik dengan orang lain,korang tak harap apa2 balasan..
paling koman pun,mesti korang harapkan akan ada ucapan 'terima kaseh' pada insan yang kononnya korang dah tolong..
kerna pada hakikatnya..ALLAH yang tolong..bukan korang yang tolong..
kerna pada zahirnya..korang yang tolong..dan aku ulang..hakikatnya ALLAH yang tolong!

so,janganlah korang dan juga aku perasan bagus yang korang dah banyak berbakti pada orang sekeliling..
dan mungkin korang tak terpikir bahwa ada antara pertolongan korang tu yang telah pun d hempaskan balik ke muka korang! (kelepek!)
sia2 lah segala pertolongan dan bakti yang telah d lakukan bila tidak d terima Tuhan..
tapi rahmat ALLAH itu luas...aku tak kan PUTUS ASA untuk berusaha buat baik dengan ikhlas..

ow,aku teringat lirik lagu imran ajmain yang berbunyi begini..

yang tulus ikhlas,ingin sekali sekala dirinya d balas
walau hanya dengan dakapan d angin lalu..
yang selalu memberi,ingin sekali sekala jadi penerima..
cukup dengan salam dan manis doa..

aku setuju dengan lirik ni..(erk..) perlukah aku huraikan kenapa aku bersetuju?? atau korang nak pura2 paham atau pun nak aku pura2 terangkan kat korang?
takpe,aku akan cuba terangkan kat korang tanpa harapkan apa2 balasan pun..(eceh2)
penerangan aku ni adalah berbentuk agama dan bukan dunia..

beri perhatian pada dua rangkap pertama lirik lagu tersebut dan tolong jangan lupa lirik!
erk,bila seseorang itu kononnya tulus ikhlas(bak kate lirik) dalam setiap amal baktinya..
pasti jauh d celah ceruk sudut hati, tetap nak amal baktinya d balas..
tapi bukan balasan dalam bentuk dunia yang fana..seperti balasan wang,pangkat,nama,etc..
tapi mahukan balasan dalam bentuk yang lebih holistik yakni dakapan d angin lalu..(wahh!)
atau boleh d sama ertikan dengan ketenangan jiwa,redha dan rahmat ALLAH,kemantapan rohaniah etc..
paham ke penerangan aku dalam bentuk agama ini?
kalau paham,saya kunci lirik ini! (ow,apa2 saja aku merepek ni)

dan seterusnya untuk dua rangkap lirik yang terakhir..dan sekali lagi aku pesan tolong jangan lupa lirik!
erk,bila kita sedia memberi khidmat bakti pertolongan pada mereka yang memerlukan..
pasti jauh d celah ceruk sudut hati,tetap ingin menerima khidmat bakti orang lain kepada diri kita jugak..
tapi bukan menerima dalam bentuk dunia yang fana..seperti menerima wang,pangkat,nama,etc..
tapi mahu menerima balasan dalam bentuk lebih holistik yakni salam dan manis doa..(wahh)
atau boleh d sama ertikan dengan ketenangan jiwa,redha dan rahmat ALLAH,kemantapan rohaniah etc..
paham ke penerangan aku dalam bentuk agama ni?
kalau paham,sila kunci lirik ini!

dan itulah maksudnya ikhlas kerana DIA..
bila tidak mengharap balasan dunia yang bersifat sementara tapi mengharapkan balasan akhirat yang kekal abadi..
tapi bila dah buat baik dan d beri ganjaran duit,pangkat,nama,etc..
janganla pula menolak..

hah! gile ke..??tadi aku kata tak nak semua benda2 dunia yang kononnya sementarala,apalah..!
tapi sekarang aku nak terima pulak semua benda2 dunia yang kononnya sementara tu!

okeyh..rileks sume..sile bagi peluang untuk aku berhujah membela diri!
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika aku yakin bahwa ALLAH lah yang memberi rezeki tu pada aku dan bersyukur padaNYa atas kemurahan rezeki..bukan bersyukur dan menyanjung pada korang yang memberi..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika aku yakin aku akan infakkan benda2 dunia tu ke jalan ALLAH..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika d hati aku masih lagi meletakkan ALLAH sebagai matlamat dan bukan ganjaran dunia sebagai matlamat..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika tidak melaghokan aku tetapi akan lebih menjadi peringatan untuk kehidupan akhirat kelak!(insyallah)

maka beruntunglah aku (korg pun untung jugak!)jika ikhlas menolong kerna ALLAH..
pahala pun dapat dan sedikit bonus bila ALLAH tambah dengan ganjaran dunia..(alhamdulillah!)

sekali lagi aku insan biasa yang sekadar coretkan buah fikiran aku..
sila tegur aku yang masih lagi jahil agama dan kadang2 perasan bagus ni..
dan aku akan lagi perasan bagus bila d puji oleh sesama makhluk..astaghfirullah!

perasan atau tak,kalau orang lain ucapkan 'terima kasih' pada korang pun dah kembang kempis hidung tanda bangga sampai tersengih2 waktu tidur..
kononnya korang dah berjaya menolong orang lain..dan bangga kerna pertolongan korang membuahkan hasil..
padahal hakikatnya ALLAH lah yang Maha Pemurah dan Maha Memberi Pertolongan pada insan yang memerlukan..

jadi,pada siapa2 yang pernah aku tolong..(kalau ade la..isk3~)
simpanlah ucapan terima kasih korang tu...
kerna aku takut iman aku yang lemah dan mudah berubah ni akan menjadikan lubang hidung aku kembang kempis tanda bangga dan riak..
serta akan buat aku tidur dalam keadaan tersengih bangga..
maka sia2 la amal bakti aku pada korang jika situasi d atas berlaku..
dan habislah muka aku d campak dengan amalan diri sendiri yang tak d terima Tuhan!

kerna aku mahu belajar dan mengajar diri untuk hanya mengharap ganjaran dari Tuhan..
apalah sangat ucapan 'terima kasih' korang kalau nak d bandingkan dengan nikmat Tuhan..
dan aku mahu belajar dan mengajar diri untuk tidak mengharap apa2 balasan dari korang termasuklah ucapan 'terima kasih'..

kerna sekali lagi aku ulang!
aku takut iman aku yang lemah dan mudah berubah ni akan menjadikan lubang hidung aku kembang kempis tanda bangga dan riak..
serta akan buat aku tidur dalam keadaan tersengih bangga..

sungguh aku insan lemah yang tiada daya melainkan hanya DIA..

notakaki:tak lama lagi belog ini akan jadi belog promote barang2 perniagaan kawan aku.dan aku tak mengharapkan pun sebarang komisyen kerna menggunakan belog aku sebagai tempat promote..tapi kalau ada komisyen pun..apa salahnya..rezki Tuhan bagi! apa2 lah aku ni~


cukup ALLAH bagiku~

Sunday, December 27, 2009

rindu!



heh..saya rindu kamoo la!
hampir 3tahun tak jumpa...
harap semuanya masih seperti dulu..
moga tiada apa yang berubah walau hakikatnya manusia berubah..

rindu mahu gado2..
rindu mahu perli2..
rindu mahu gelaketawa..
rindu mahu baring2..
rindu mahu peluk2..
rindu mahu kena marah..
rindu mahu balas2 surat..
rindu mahu calling2..
rindu semuanya...

hei,kite start rapat a day before saya tinggalkan 'situ'

saya SAYANG kamu lah!

may ALLAH bless you always and forever..
the greatest sister i ever had..

'NUR AZLIN ABU TALIB'


notakaki:saya rindu dia juga..tapi tak boleh upload gambar..takpe..sudah 3tahun saya menunggu dan akan terus menunggu kamu..Insyallah..NURUL AQILAH KAMARUDIN...setia saya walau tiada jaminan..kalau bukan d dunia..mungkin d syurga...AMIN!

-maaf entry ini tiada faedah dan manfaat-

Friday, December 25, 2009

dah lama hidup?


selamat tinggal 2009

innahu min sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

terlalu awalkah aku buat entry sempena tahun baru ni??
ini mungkin gabungan entry tuk awal muharram yang tak sempat aku buat..
kurang dari seminggu nak sambut tahun baru..
itu pun kalau nyawa masih mahu d pinjamkan Tuhan..(insyallah) sebab aku pun tak tahu nyawa aku dan korang akan terhenti d persimpangan yang mana..

dari segi sains,sudah hampir 365 hari bumi mengelilingi matahari tuk lengkapkan pengkadaran selama satu tahun ni..(subhanallah!)
ok...tajuk entry sedikit keras bunyinye..tapi ikut nada suare korang mahu terjemahkannya ikut lenggok gaya bahasa yang bagaimana...
dan amaran..mungkin entry ini akan panjang berjela..(sile berenti kalo tak paham dan sambung d kemudian hari)
sebelum kite semua melangkah ke tahun baru barat ni..(sebab Islam dah lama dah tahun baru..)
dan sempena Awal Muharram yang baru seminggu lebih melabuhkan tirai..meh aku nak ajak korang kembali ke masa lampau tuk muhasabah sesama diri sendiri..
imbau balik dah berapa banyak dosa dan berapa sikitnya pahala yang dah kumpul..

sekali lagi aku bukan alim ulama tuk perkatekan soal ini..aku hanya mahu menyemak saje untuk sampaikan ajaran Nabi sekaligus perbaiki diri yang mungkin terpalit sedikit sebanyak gelaran munafik...(na'udzubillah) aku bukan juge mahu berdakwah pade korang dan perasan diri aku bagus...
alam maya ni tidak sesuai sebagai medan dakwah,cukuplah sebagai medan ilmu..
nak tau beza keduanya?? aku akan citer d entry yang lain...(insyallah kalau umur aku panjang!)

ok...cukup la repekan aku kali ni...
sempena kerajinan aku nak update belog dan sempena kemalasan aku tuk sambung study.(wuhu!)
aku kira terlalu banyak masa yang d buang dengan sia2..hinggalah ke saat ini masa senggang itu akan terus terbuang tanpa d isi..oh,hinanya aku!

dan mungkin malaikat belah kiri aku dah penat catit amal jahat aku..dan aku tau aku tak perlu mintak ampun pade malaikat sebab penat catit amal jahat aku tapi mintak ampun pada ALLAH ok!!

dalam rangka waktu selama hampir 4tahun hidup dengan menanggung dose sendiri..
(yela,sebab sebelum akil baligh mak bapak yang tanggung dose.)
hampir 4tahun tanggung dose dan pahale sendiri, aku rase dose aku telah jauh meninggalkan pahale yang masih tercungap2 keletihan d belakang..
aiyak!

menoleh sekejap ke belakang..berapa banyak masa yang telah d baziri dengan perkara yang tak perlu!
huh....macam la hidup ni lama sangat tuk berseronok dengan duni yang fana ni..
(ow,sungguh aku insan lemah yang selalu jatuh ke lubang yang sama berkali2)

mungkin kalau d senaraikan perkara huduh+buduh+dungu yang kita semua suka buat..tak tercapai akal untuk senaraikan semuanya..
membazir sisa hidup yang semakin hampir dengan kematian dengan benda2 yang tak membantu untuk kehidupan akhirat kelak..
tapi,aku tetap nak senaraikan perkara huduh+buduh+dungu tersebut agar korang dapat bermuhasah balik walau sejenak cuma...
sama2 kita terasa dan cermin balik amal diri!!...(wuhuu!)

  • tengok drama bersiri!
benda yang tak dapat pahala ni tak elok di istiqamahkan, nanti jadi makruh dan takut takut lama-lama boleh jadi haram…, tak rugipun tak tengok drama bersiri.., terutama suri rumah, baik baca buku ugama dari habiskan masa tengok drama Indonesia yang banyak iklan.., dan ada drama bersiri tu dibuat dua kali tayang, petang dan malam, dan ada orang sampai tengok dua kali petang dan malan... lebih2 lagi kalau dah sampai lambatkan solat sebab nak tunggu drama habis..dan juga solat dengan gopoh gapah sebab tak nak terlepas permulaan drama tu..dan lepas tengok,msti nak kritik watak jahat dan puji watak baik..sedarkah korang itu hanya khayalan busuk yang sengaja d ciptakan??.hina sungguh diri...oh! Takde life ke?

  • main games,facebook,etc (erkk..blog??)
ini pun satu kelemahan..main benda2 lagho sampai azan berkumandang pun buat2 tak dengar atas alasan games/facebook yang menjadikan manusia gila dan buta hati!! berpada2 dengan permainan sementara ni untuk sesuatu yang lebih kekal..utamakan yang utama! semestinya solat itu jauh lebih utama dari main games farmville d facebook,dari balas komen kat facebook dan dari tengok gambar2 mungkar kawan korang kat facebook..arghh!! berpada2 tuk segalanya..everything have their limits!! dan bagi blogger cam aku..pastikan korang sempurnakan kewajipan sebelum nasihat orang lain dengan repekan korang dalam belog tu..ingat..DIA Maha Tahu..

  • gossip,ngumpat,buruk sangke..
hah! ini pun satu tabiat buruk lagi najis yang patut d buang jauh2...uhuk3~ sah2 la kebanyakan solat yang aku lakukan masih tak mencapai maksud..(sila rujuk sini untuk lebih paham)
sebab ape aku cakap macam ni,sebab solat yang dibuat tak berjaya tuk tegah aku lakukan perkara mungkar apetah lagi tuk jauhkan diri dari benda mungkar..sungguh ini masalah hati yang masih tak berjaya d tangani..berapa banyak daging saudara sendiri yang d hadam... dan aku masih berangan nak masuk syurga ALLAH yang sangat mahal tu..ow,hina2..
  • tak jage solat..
ini pun satu penyakit yang lebih kurang same dengan repekan aku kat atas tu!! err..atau tuk sedapkan hati ramai yang suka lengah2 kan solat tanpa sebab yang d terima syarak..macam aku pernah cakap,kalau sangkut kat solat yang lain pun akan sangkut jugak..oh,believe me! sekali lagi aku ulang..utamakan yang utama..kenapa la suka terpesona dengan benda2 picisan romansa..takde pekdah tuk hidup akhirat sane! sedangkan zaman Nabi dulu d riwayatkan seseorang yang masih d seksa d alam kubur sebab melengahkan solat..jangan amalkan 'better late than never!'
  • tengok sukan secara live
buang masa bangun malam tengok bola, atau pergi stadium tengok bola, atau sukan sukan lain, hidup ini singkat sahaja, macam tak boleh kat berita terus? boleh terus nampak gol.., tak rugipun, aku suka sukan UFC, cukup tengok kat U tube.., tak payah nak buang masa conteng muka, beli tiket, pakai baju warna warni dan bal3..sebagai peminat sukan Malaysia aku kena lebih berhati2 untuk lebih manfaatkan masa aku.., terfikir sama ada takde life ke? Atau perasan takde next life?

  • tengok movies,wayang,boling,(oopsss)
ini pun satu antara berjuta tabiat buruk yang dah lama d praktikkan dalam hidup yang korang perasan macam lama je boleh hirup udara Tuhan ni..terutama students yang selalu muatkan laptop dengan movies english/korea/jepon yang tak bagi manfaat tapi sekadar hiburan dan santapan nafsu saja..mengertilah nafsu tak pernah kenyang dan selalu mahukan yang lebih..manjakan nafsu,nescaya semua akan lesu! puas ngadap latop sebab dah takde movies yang d download secara haram,pergi wayang tuk puaskan lagi nafsu! padahal duration citer kat wayang tu melepasi waktu solat yang lima..before masuk wayang,sempat la solat zuhur dengan awal waktu..dalam wayang,azan asar berkumandang pun konpem tak dengar..abes wayang,terhegeh2 pergi solat dengan baki waktu solat yang cukup2 makan je..dan korang pun berjalan ke ruang solat dengan perasaan bangga kononnya korang masih beriman d tengah2 ramai yang langsung tak solat..bangga kerana korang masih solat walaupun lambat..hampeh! ok,pasal boling..pandai2 lah korang kaitkan dengan diri korang dan sila flashback kembali..ketawa seronok tak ingat dunia main boling sesama ajnabi..wosshh!

ok...fullstop..cukup sekadar 6 senarai aktiviti masa hidup kita semua yang kononnya masih panjang lagi tuk hirup udara Tuhan yang telah d bazirkan dengan begitu saja..
banyak lagi yang aku nak muatkan..oh artis,oh tidak,chatting,YM,skype,etc...
tu pun dah tak sanggup nak taip banyak2..sebab korang lebih tau d mane mase korang habiskan sementare maseh muda rumaje ni..
kalaulah malaikat pencatit ade perasaan penat dan jemu tulis amalan jahat aku ni..mesti dah bertukar ganti malaikat yang bertugas..
ampunkan kami Ya ALLAH!

rasa nak menanges bila tau perkara huduh+buduh+dungu yang selalu d buat..
apabila d perhambakan oleh dunia walau punya ilmu d dada..
apetah lagi amal ibadat yang kononnya lillahita'ala belum tentu d terima Tuhan..nak lepas 7lapisan langit tu bukan main susah andai tiada ikhlas d hati..
apa kan daya aku manusia biasa yang tak sempurna dan selalu perasan bagus dan perasan aku lah yang paling beriman antara semua..hampagas tol!

takut jugak nak post entry ni sebab nanti aku dah tak boleh buat benda2 lagho yang d senaraikan d atas..ow,lemah sungguh iman ni..
orang bodoh yang buat maksiat lebih mulia dari orang berilmu yang buat maksiat..
sebab itu perlukan sahabat tuk ingatkan diri aku yang selalu perasan bagus ni bahawa ada yang lebih bagus dari aku..
sila berpijak d bumi nyata!

aku akhiri entry kali ni dengan soalan..
'korang dah lama hidup sehingga ade mase buat amalan yang takde pekdah ni???'

dan sedikit kata2 dari aku yang selalu perasan bagus ni..
'selamat menyambut tahun baru dan selamat berhijrah ke fasa yang lebih baik!!'





notakaki:tahniah pade adek aku IRFAN HAFIZI yang cemerlang jugaklah dlm PMR(8A,1B)..muge selamat dunia akhirat adek aku yang sorang ni dan tak ikut jejak langkah sumbang abg2 dan kakak beliau..dan aku sangat berharap aku temui diri aku dan tidak 'lost' dalam khayalan emosi yang hanya membunuh akal dan hati..muge jadi khalif,hamba,daie,anak,kakak,student,sahabat,masyarakat yang baik di sisi ALLAH..azam tuk jadi insan yang lebih baik dari segenap segi tak kan pernah padam..so jangan tanya apa azam aku! dan aku tetap suke oren~

wallahu'alam~

cukup ALLAH bagiku~

Tuesday, December 22, 2009

apa maksud solat?


sujud pada yang ESA

innahuminsulaimaanawainnahubismillahirrahmanirrahim...(anNaml;30)
ringkas je petikan ayat Tuhan kat atas ni..dan ini memang tergolong dalam ayat yang aku amalkan..nak tau khasiatnye??

mengimbau detik aku mengenal ayat ke-30 surah AnNaml..sewaktu dengar ceramah seorang ustaz..(ayah aku mybe..)
selain daripada melengkapkan jumlah bilangan basmalah dalam alQuran setelah ketiadaannya dalam surah Taubah..
ayat ni juga merupakan ayat pengasih..(ooppss)
mengikut sirah,ayat inilah yang mula2 d tulis oleh Nabi Sulaiman sewaktu menghantar perutusan kepada ratu Balqis..(korg pun tau cte die en..)

menurut ustaz tu lagi..ayat berkenaan boleh digunakan tuk lembutkan hati orang,bagi orang suke kat kite..dan sebagainya..
bukanlah bertujuan tuk memudaratkan insan lain..
and,belive it or not..aku amalkan ayat ni..
dan alhamdulillah ianya berkesan..(ahaks~)
amalkan dengan hati yang ikhlas dan niat yang baik,insyallah berkesan..
ok..stop..sebenarnya ini juga mukadimah yang tersasar dari tajuk d atas..

aku mulakan dengan soalan..
'apa maksud solat?'
seingat aku..kalau dalam silibus subjek agama yang dipelajari dulu..
solat ialah perbuatan yang dimulai dengan niat..bla..bla..
uh,tapi itukan perbuatan dalam solat..
maksud dan perbuatan tidak sama..

samelah la..maksud makan dengan cara makan..
maksud tidur dengan cara tidur..betulkan aku jika aku tersalah..

ok,semua pun tahu..solat itu tiang agama,meninggalkan solat ertinya meruntuhkan agama..
peh,berat memang berat..
solat yang lima itu memang tiang agama dan tidak boleh d nafikan lagi..

solat merupakan perkara pokok ajaran islam yang suci lagi murni ni..
dan seharusnya di hayati agar betul2 meresap ke dalam sejenak ruang yang ada..
kita lihat,masih ramai umat Islam yang tidak solat dan bagi yang solat masih ramai yang tidak hayati maksud solat itu sendiri..(mungkin aku tergolong dalam dua golongan ini?)

ok,urusan sama ada solat itu d hayati dan d terima Tuhan itu kerja DIA..
tapi kita dapat tahu sama ada solat itu benar2 berkesan ke atas diri ataupun tidak dengan cara hidup sehari-harian..
maksud mudah bagi aku..solat itu ialah mencegah perbuatan keji dan mungkar..
so,bile seseorang melakukan solat tapi masih melakukan perbuatan keji..
maka,tiada gunalah solat itu
ataupun solat yang d lakukan masih belum mencapai maksudnya..

sekali lagi bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah..

yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..

  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!
maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!
dan merupakan perkara pokok dalam kehidupan seorang Islam..
kalo dalam solat baik je tutup aurat..tapi lepas solat..aurat macam dah tak wujud dah..
pakai telekung waktu solat sebab WAJIB tutup aurat..
abes tu,kalo kat luar tu..gugur ke perkataan WAJIB tu..???
satu tindakan kepuraan yang tidak rasional..(lu pk la sendiri)

kenapa aku cakap solat kebanyakn kita semua masih tak mencapai maksud..
bila kita lihat berleluasanya maksiat dan masalah sosial yang melibatkan umat Islam sendiri..
ini petanda urusan solat masih tidak selesai..



hanya kita dan ALLAH saja yang tahu bagaiman solat kita..

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).

Tuhan dah cakap,hanya jiwa yang tenang je dapat kembali padaNya..macam mana nak kembali pada ALLAh jika solat pun tergopoh2..hati kecamuk..resah gelisah..ini konsep yang tidak betul..
(ya ALLAH..bantu kami semua)

kalau tengok dari segi sains..pergerakan dalam solat memberi banyak manfaat..
terutama ketika sujud,bila mana time tu kedudukan jantung adalah lebih tinggi dari kepala dan sekaligus memudahkan darah turun ke otak dan mencergaskan otak kita..

selain itu,pergerakan solat juga sebenrnya boleh bantu memantapkan sendi..(osteoarthritis)
'senaman' yang secara berterusan untuk mengurangkan rasa sakit..sebab meransang sejenis hormon..(endorphin) yang bertujuan mengurangkan rasa sakit...
Maha Suci ALLAH!

banyak lagi rahsia solat yang d terjemahkan dengan kajian sains..
terutama solat Subuh yang mewajibkan kita bangun awal dan sekaligus menyehatkan tubuh badan kerana kajian mengatakan..
mereka yang tidur kurang 8jam jauh lebih sihat berbanding mereka yang tidur melebihinya..
dan macam2 lagi..

sebelum aku undur diri aku nak utarakan pendapat aku ni..
baru2 ni kecoh bila mana Malaysia di katekan negara Islam tapi tidak menjalankan undang2 Islam..(hudud) bagi aku mudah saja..sebelum d islamkan undang2 sedia ada..islamkan dulu rakyatnya!
dan atas dasar ini,solat adalah jawapn bagi segalanya..dan lebih penting..
solat yang sebenar solat..kerna ianya mencegah kemungkaran..

hudud itu juga penting tapi bagi aku,solat adalah dasar dan perkara pokok yang harus d beri tumpuan..sepertimana ramai lagi kaum Adam yang tinggalkan solat Jumaat..bagai satu fenomena biasa..
tiada makna negara Islam jika menjalankan hukum hudud tanpa rakyat yang masih 'tidak Islam'..
akibatnya makin banyak salah faham dan masalah yang akan timbul..

aku tinggalkan dengan analogi ringkas..
hudud itu adalah satu gagasan besar yang kita mahu wujudkan di negara ini..
tapi,tanpa dasar dan asas dan tapak yang kukuh dan kuat..
mana mungkin gagasan itu mampu d junjung dan d relisasikan..

wallahu'alam

notakaki:mungkin boleh rujuk cara Nabi bangunkan kerajaan sewaktu masa dulu..dan insyallah akan aku cuba kupas d next entry agar ade yang sedar,utamakan yang utama itulah yang utama..usah d kaburi dengan benda picisan..usah d cantas dahan yang tumbuh meliar,tapi tebanglah hingga ke akarnya untuk digantikan dengan pokok yang lebih baik dan jitu..

cukup ALLAH bagiku~

amar makruf nahi mungkar?


sendiri itu indah kerna yakin Dia masih sudi menjengah

bismillahirrahmanirrahim..
lama tak menjenguk belog ni..sejak ketiadaan laptop..
tiada apa2 perubahan..(thanks khaleef)
sekali lagi ini hanya coretan kosong yang mungkin tak ada makna..

sejenak aku menoleh ke belakang..
sambil memutar masa ke zaman silam yang makin jauh di tinggalkan..
otak ligat mengenang kembali detik yang tak mungkin akan kembali..
buat aku teringat kata2 keramat dalam buku LA TAHZAN..
"wahai masa lalu,tenggelamlah dikau seperti tenggelamnya mataharimu,
kau tidak mungkin akan kembali dan aku tidak akan membazir masaku dengan termenung
mengenang engkau.."

lebih kurang gitulah..aku pun dah tak berapa ingat..
keberadaan aku di rumah jelas ada pro dan kontranya..dan kontra itulah yang harus di telan..
dan aku sedar,kerna aku hamba..ujian ini hadir!!!
setelah mengambil keputusan yang agak drastik..aku menjalani hidup dengan menggugurkan satu lagi lakonan hipokrasi yang bermaharajalela selama ini..
muga dipertunjukkan arah yang benar..
(insyallah dan alhamdulillah..)

bak kate2 dalam drama 'NUR KASIH'
ehem3..
'tak perlu menjadi orang lain..
tapi tak salah jika berubah ke arah yang lebih baik'
ya,itulah yang perlu dilakukan..usah kisah dengan pandangan manusia..pandangan Tuhan itu jauh lebih penting..ok..semua ni tak ade kena mengena dengan tajuk besau yang aku letak kat atas tu..sekadar mukadimah yang tersasar saja..

korang semua mesti perasan kan,dalam ayat Quran selepas Tuhan firmankan amar makruf,nahi mungkar pasti akan turut serta d belakang..
maksudnya d sini, mereka adalah ibarat irama dan lagu yang tak boleh d pisahkan sama sekali..
jika d pisahkan maka pincanglah ia..
(bravo!)

sekali lagi,aku bukan alim ulamak untuk membicarakan secara tepat dalam hal ini..sekadar cetusan minda saja..aku juga manusia biasa yang kadang2 tak terlepas gelaran munafik tu terpalit pada diri aku..(astaghfirullah)

dan,korang pun mesti perasan bile mane orang bijak pandai katekan yang kita hanya melakukan amar makruf saje..dan tidak d susuli dengan nahi mungkar..
d sebabkan irama dan lagu yang pincang inilah..berlakunya segala jenis masalah yang kita dapat lihat sekarang ini..

tapi sejujurnya aku merasakan mereka yang melakukan amar makruf itu secara otomatik telah melakukan nahi mungkar..hebat bukan??
sila tegur aku jika terdapat kesilapan..
jadi,tidak ada istilah jika seseorang itu hanya melakukan amar makruf dan mengabaikan nahi mungkar..

sebagai contoh,
ayat 1 : siti ajak aku solat....-amar makruf
ayat 2 : solat cegah kemungkaran....-nahi mungkar
kesimpulan: siti cegah kemungkaran..

kaedah yang sama time belajar matematik dulu..pentakkulan mantik..
ayat 1 : segitiga bersudut tegak
ayat 2 :PQR ialah segitiga bersudut tegak
kesimpulan:segitiga PQR ialah bersudut tegak

inilah yang aku maksudkan mula2 tadi,bila seseorang itu melakukan amar makruf..otomatik pada masa yang sama nahi mungkar akan berlaku..so janganlah suka2 hati cakap yang dia hanya pandai amar makruf tapi tak buat nahi mungkar...

meh sini aku cuba jelaskan dengan lebih detail..

semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman..
ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah..
sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan,
nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman,
tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu janganlah terus kita melabel mereka tak melakukan nahi mungkar..

" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "
[Al-Ankabut 29:45]



solat sangat penting sebagai medium utama tuk cegah kemungkaran kita semua..
seperti mana dalam konsep kegelapan..(darkness) macam mana kita nak hilangkan kegelapan tu??tak kan nak amek kayu dan pukul??
nonsense la kan..
caranya hanya satu,yakni dengan membawa cahaya..semakin banyak cahaya,semakin pudar la kegelapan tu..

maksud utama yang aku nak sampaikan ialah...
jangan mudah melabel orang lain tidak melakukan nahi mungkar..sebab seperti teori yang aku katakan tadi..melakukan nahi mungkar akan d susuli nahi mungkar otomatiknye..
atau mungkin juga orang lain itu mencegah dengan hati..(selemah2 iman)
wallahu'alam..



notakaki:tak selamanya kita mahu terus berada di tahap yang terendah,kerna mencegah mungkar itu masih ada 2 lagi cara yang d anjurkan Nabi..korg pun tau macam mana kisah Nabi menasihati dan menegur dengan lembut seorang Badwi yang kencing d dalam masjid..juga sikap Nabi yang memaafkan Hindun kerana melapah mayat bapa saudaranya..



cukup ALLAH bagiku~

Thursday, December 10, 2009

tau-buat taulah TAUBAT?


harapan sila jadi kenyataan

bismillahirrahmanirrahim..
tiada kata seindah bicara selain ucapan syukur ke hadratNya kerana masih memberi sinar hidayah yang adakalanya dirasakan sedikit goyah dan pudar...
sebagai manusia biasa,aku akui kelemahan diri sendiri..

diheret oleh dosa silam dan kenangan lalu menggamit seribu satu penyesalan yang tak berbelah bahagi..
sekali lagi,aku hilang dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri..
astaghfirullah..kondisi iman semakin teruk..
sangat takut jika di katakan sebagai 'MUNAFIK' di hadapan ALLAH suatu detik nanti..

'Ya ALLAh bantu aku dalam melawan nafsu syaitan laknatullah ini..'

biar jutaan taubat nasuha di lakukan
biar jutaan air mata penyesalan bercucuran..
biar jutaan janji manis diungkap berulangkali..
biar jutaan keazaman di lemparkan..
ternyata takdir Tuhan lebih pandai mengatur hidup manusia biasa seperti aku ni..
sekali lagi aku redha dalam paksa menghadapi ujian hidup..

jika dulu aku menyesal dan berazam untuk berubah dan meninggalkan dosa yang telah dibuat..
jika dulu aku menangis semahunya atas dosa yang dilakukan..
tapi mengapa sekarang aku kembali melakukan dosa tersebut??
adakah taubat aku dulu tidak dikira taubat nasuha??

aku bertanya pada golongan cerdik pandai..

'ustaz,kalo kite penah buat taubat nasuha,menangis semahunya,berjanji tak kan mahu ulang kesalahan dan dosa kita..dan dalam beberapa tahun kemudian,tiba2 kita ulang balik dosa kita..adakah taubat yang pernah kita buat dulu bukan taubat nasuha?'

dengan hensemnya,ustaz menjawab..

'dikatakan taubat nasuha itu ialah sebenar2 taubat di mana setiap hamba berazam tidak mengulangi kesalahannya..namun kita tidak dapat menjangka jatuh bangun kita di masa depan..jika sudah berjaya meninggalkan sesuatu dosa hingga satu tempoh tertentu dan di takdirkan kembali terjerumus ke dalam kancah dosa sekali lagi,maka bertaubatlah kembali dengan taubat nasuha..'

aku sekadar menarik muka sambil mengerutkan dahi..

'maksudnya taubat yang dilakukan sebelum tu bukan taubat nasuha?? sebab selepas beberapa detik..kembali melakukan dosa?'

'taubat yang dilakukan itu tetap taubat nasuha,bila mana sang hamba menyesali terhadap perbuatannya..namun,seperti yang ustaz katekan..kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan..tahap iman kita bagaimana..kita merancang,ALLAH juga merancang..taubat nasuha yang pernah kita lakukan dulu adalah valid@sah..sehinggalah saat kita mengulangi kembali kesalahan tersebut..waktu tu taubat nasuha kita dah expired dan perlu di renew balik'
(panjang ustz aku beceramah)

lantas aku teringat firman Tuhan dalam surah Az-Zumar;53 (aku tau korg malas nk g tgk tafsir)
di mana Tuhan menyeru pada Nabi Muhammad agar mengkhabarkan kepada hamba2Nya yang telah melakukan maksiat@dosa agar jangan berputus asa dari rahmat ALLAH,kerana Dia Maha Pengampun..

benar kata ustaz,bibir boleh menabur sejuta janji manis,sejuta penyesalan,sejuta tangisan,sejuta penyesalan..
namun, tiada siapa tahu keghaiban masa depan..
tidak mustahil manusia biasa seperti aku untuk kembali terhumban ke gaung dosa yang pernah diazami untuk dijauhi suatu ketika dulu..
mujur pintu taubat ALLAH terbuka luas untuk manusia biasa seperti aku..

"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya di waktu siang utk menerima taubat org yg berbuat maksiat pada malam hari & membuka selebar-lebarnya tangan di waktu malam untuk menerima taubat org yg berbuat jahat di siang hari,hinggalah matahari terbit dari barat…”
[HR Muslim]

adalah menjadi kesalahan besar pada mana mana pembuat dosa apabila berputus asa dengan Allah kerana hakikatnya sifat Allah adalah Maha pemurah lagi Maha Pengampun, dan Rahmat Allah adalah lebih besar dari mana-mana dosa…

seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah ayat 160

"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

dan juga surah Al-Baqarah ayat 222,

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

jangan putus asa walaupun kita ini jenis yang lepas taubat buat balik dosa…
dengan syarat bila kita doa mintak ampun kat Allah, buatlah cara seolah2 kita betul2 tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung tinggi tapi dalam hati mengharap kepada Rahmat Allah yang melangit luas.

tapi jangan pulak salah guna sifat Pemurah Allah, untuk buat lebih banyak dosa…
naduzubiullah, itu mencabar namanya..
dosa lagi besar untuk niat begitu…

maka bila kita dah terbuat dosa atas kelalaian kita , kelemahan kita , keterlupaan kita dan sebagainya, sememangnya itu sifat manusia sebab Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:

"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat ".

dan janganlah kita membodohkan diri kita dengan terjerumus ke dalam kancah dosa yang sama berulang2 kali atas alasan kita ini manusia biasa yang tidak sempurna..bla3..
sekali dah bertaubat,berusahalah untuk tidak mengulangi dosa tersebut..

bukan saja berusaha tidak mengulangi dosa tersebut..
tapi berusaha menjauhi perkara2 yang boleh mendekatkan diri pada dosa itu..
macam dalam firman Tuhan la..jauhi zina..(sume pun arif tentang firman ni)
yelah,kita dah taubat tak nak berzina..
tapi in the same time masih lagi menghampiri zina..
tak ke hampeh?
so basic yang paling simple dalam taubat adalah: never repeat forever and ever!
insyallah~

akhir kalam..
adat orang berdosa macam aku ni, taubuat taulah TAUBAT..
muge dijauhkan hingga ke akhirnya..





notakaki:masih dalam kondisi mencari kekuatan untuk teruskan pencarian diri..walau ditertawa mereka yang ku harap bisa meniup kata semangat..mungkin salah aku yang terlalu berharap pada insan yang hanya bergelar manusia..yup,senyap itu lebih baik..biarkan mereka dengan tawa mereka yang menari-nari tanpa henti..


cukup ALLAH bagiku~

Saturday, December 5, 2009

manusia biasa..


innahu min sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang punya perasaan walau aku jarang tunjukkan perasaan itu..
tapi itu bukan bermaksud aku tiada perasaan langsung..
aku manusia biasa yang perlu juga dijaga perasaan kadangkalanya..
yang selalunya susah untuk mengungkap keluar perasaan itu..
perasaan yang sering dibiarkan menguasai diri dalam sepi..
biar senyum hiasi pedih di hati..

aku manusia biasa yang kadang2 tak pandai nak jaga perasaan orang lain..
hanya pandai mengguris hati mereka tanpa pandai mengubatinya..
tapi aku tetap berusaha untuk tidak menyakiti hati insan sekeliling..
walau usaha itu kerap kali tiada membawa hasil..
tapi tak mengapa,kerana aku manusia biasa yang tak sempurna..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..aku benar2 maksudkannya..
manusia biasa yang pura2 tabah di hadapan orang lain demi untuk menjaga ego..
ego yang merupakan titik tolak maruah setiap insan bagi aku..
aku tidak setabah itu dan aku tidak secekal yang disangka..
ada kala aku tersungkur dan payah untuk kembali bangkit..
ini kerana aku hanya manusia biasa yang tak punya apa..

bila aku cakap yang aku ni manusia biasa..
sungguh aku tak boleh lari dari dosa..
apatah lagi masalah silam yang kembali bertandang bagai tiada hujung..
dan kerap kali juga di lembah sama aku rebah dan tersungkur entah untuk ke berapa kali..
rencah biasa bagi manusia biasa macam aku yang tiada imuniti dari melakukan dosa..
kian bosan dengan sikap dan perangai keji sendiri yang tak tahu bagaimana untuk di tangani..

sekali lagi aku hanya manusia biasa yang tiada istimewa..
manusia biasa yang tiada sempurna..
manusia biasa yang selalu membiarkan ego menguasai..
manusia biasa yang sering jatuh terduduk di lembah yang sama..
manusia biasa yang tidak serik ulangi kesalahan silam..
manusia biasa yang jalani hidup dengan kepuraan..

dan yang pasti..
aku manusia biasa yang perlukan Dia sebagai segalanya dalam hidup..!


notakaki:aku juga manusia biasa yang perlukan peneman untuk aku harungi mehnah hidup,meniup kate semangat,memapah tika lemah,memimpin agar lebih terjamin..sekali lagi aku cakap,it is really nice if we have someone to talk to..do i have any.??.i really hope so..whatever it is..hasbunallahwani'malwakil..

Friday, November 27, 2009

luaskan yang sempit?


mind control

bismillah...sudah berada di rumah hanya untuk beberapa hari je pun..
sempena cuti 'raya eidul adha..
hanya beraya di rumah rawang saje..(tak balek kg k)
dan tadi pun sudah penat tolong mak masak d dapur..
(ow,aku lg banyak tolong tengok dari tolong masak!)
tidak apa-apalah..asalkan aku cuba untuk berbakti dengan meninjau ke kawasan dapur dengan lagak gaya YB..

harus lebih menghayati perayaan utama umat Islam ni..
walaupun majoriti umat islam Malaysia d 'sogok' dengan pemikiran sebaliknya..
yelah,kalau Raya 'Eidul Fitri..sebualn sebelum dah terasa bahangnye..
dengan rancangan TV,persiapan masyarakat,juga d meriahkan dengan bazar ramadhan
(jgn lupe duit raye juge)..

meriah memang meriah suasana raya puasa..

lain pulak dengan sambutan raya haji d malaysia ni..
tidak semeriah raya puasa walaupun raya haji lebih utama dari raya puasa..
mentaliti dan persepsi perlu d perbetulkan..
agar umat Islam lebih menghayati besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim demi cinta dan kasih padaNya..
(subhanallah!)

suasana pembelajaran d kolej juga meriah dengan pelajar ke hulu hilir dari kolej ke hospital..
segak dengan Dr's coat masing2..(bajet cam da houseman..)
belajar untuk berkomunikasi dengan patients dan juga kakitangan yang ada..
satu pendedahan yang bagus tuk 1st year student cam kami2 ni...
sebagai bakal doktor muslim,selalu d tekankan untuk berdakwah dengan pesakit kelak..
bekerja dengan orang sakit seharusnya menjadikan diri lebih dekat dengan Tuhan..
melihat kekuasaannya dalam merencana hidup..

senior pun selalu pesan..
"dengan patient ni kite kene selalu ingatkan dorg..tanya dah solat ke belum..ajar dorg macam mane nak solat dengan condition dorg..suruh doa banyak2 dengan ALLAH..bla3.."
ye,aku setuju dengan pesanan senior tu..dakwah itu luas..maksud aku sangat luas!!

tapi kebanyakan dari kita selalu menyempitkan konsep dakwah tersebut..(termasuk aku satu masa dulu)
membuatkan aku teringat kata2 ini sewaktu menghadiri satu majlis ilmu tak lama dulu..
(waktu ni da dekat sangat dengan exam)

"kita ini merupakan insan yang dipilih ALLAH untuk hadir ke majlis ilmu..d saat sahabat2 yang lain sibuk tengah study,kita dipilih ALLAH untuk menghadiri majlis ilmu yang dinaungi ribuan malaikat..menyemarakkan lagi sinar dakwah dan tarbiyah dalam diri.."

lebih kurang gitulah kate2 tersebut..
menyebut betapa beruntungnya kami meluangkan masa ke majlis ilmu sedangkan ada yang sibuk dengan study grouplah,discussion lah etc..
yelah,name pun dah nak exam kan..

tapi aku berfikir,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu??
kebanyakan mereka akan cakap, beruntung lah korang datang majlis ilmu dan rugi lah mereka yang tak datang tu..sibuk dengan hal dunia..bla3..
uh,betul ke pendapat sebegitu??
macam pendapat aku la,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu..
so,tiada istilah untung dan rugi di sini..kerana dua2 pun majlis ilmu..
(betulkan kalo aku tersalah)

begitu juga dengan mereka yang rajin ke majlis2 ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya..
bagus sikap mereka..mengejar ilmu akhirat..alhamdulillah..
tapi kalau sampai pelajaran terganggu dan terabai dan kadang2 perlu repeat year..
macam mana pula?
maka,keluarlah berbagai alasan
"inilah ujian yang ALLAH berikan pada mereka yang jihad d jalan ALLAH," "mereka yang bawa agama ALLAH pasti akan d uji,"
dan macam2 lagi alasan untuk mempertahankan diri..
yakin benar bahawa segalanya ujian ALLAH..
persoalannya adakah ini ujian ALLAH atau bala ALLAH??
(nauzubillah)

mereka boleh berkata apa saja untuk mempertahankan diri..
aku juga boleh kata..kalo kita kejar akhirat,dunia pun akan mengikut sama..
tapi kalo dah macam ni pengakhirannya..sampai perlu repeat 2 3 kali..
ape kejadahnye sume ini??

bukan mahu mempertikai mereka tapi ini boleh jadi fitnah yang sangat besar untuk agama suci ini..
bila melihat mereka yang aktif berorganisasi berjemaah dan sebagainya tersungkur dalam bidang akademik..sayang seribu kali sayang..
d saat hanya perlukan masa 5tahun untuk menjadi doktor..dek kerana 'ujian' ALLAH ini, bertambah menjadi 6tahun,7tahun dan seterusnya..
d saat masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..
kite masih lagi 'tersekat' dalam pembelajaran..

dan timbul cakap2 nakal..
"ha,tulah..bz sangat g prog sane,prog sini,usrah sana,usrah sini..kan da fail"
tak pasal2 agama menjadi fitnah menyebabkan diri tersungkur d menara gading..

niat anda pergi ke majlis ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya itu baik..
mahu memperkembangkan Islam sekaligus menyebarkan dakwah..
tapi bukankah duduk d meja study,menyertai study group dan lain2 itu juga dakwah??
kenapa menyempitkan fikiran bahwa dakwah itu hanya perlu pergi ke majlis2 yang d nyatakan d atas..
bahkan,duduk d rumah belajar bersama,berjemaah bersama,bercakap perkara2 baik(ilmu) juga adalah dakwah..

sebagai pelajar,kita harus tahu d mana keutamaan kita..
bagi aku,seorang pelajar perubatan yang baru setahun jagung harus belajar sedaya mungkin kerna aku tau masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..(insyallah aku d antaranya)
kalau perlu repeat tuk 2 3 kali..maksudnya aku telah rugikan masyarakat d luar sana..
lagipun,berapa sangat jumlah specialist yang berbangsa melayu+muslim yang mampu menyebarkan dakwah d luar sana..
sedangkan aku masih terkapai2 menggapai ijazah..

"mengapa perlu disempitkan konsep dakwah itu.. tidak perlu pandai berkata2 untuk menyampaikan dakwah cukup dengan menunjukkan akhlak yang baik,tutur kata yang sopan"

kata2 yang membuat aku berfikir kembali..benar sekali!
konsep dakwah itu telah aku sempitkan secara tidak sedar..
aku pernah bertanya pada orang cerdik pandai..

"Ustaz,kalo satu hari nanti saya dalam persimpangan..sama ada mahu pergi usrah atau hadiri group discussion/study..apa yang perlu saya pilih?"

"pilihlah untuk study kerana itu keutamaan awak..bukankah itu juga majlis ilmu d samping awak dapat berdakwah pada kawan2 awak.."

kebanyakan orang akan cakap..
'pergila majlis ilmu tu.ALLAH akan tolong orang yang tolong agama ALLAH'
tapi bukan ke kalo aku study dengan kawan2 juga menolong agama ALLAH..menyebarkan ilmunya..berkongsi ilmunya..
hmm..

aku bukan mahu menghalang korang sume hadir majlis ilmu dan seumpamanya..
nanti ada pula yang cop aku ni anti majlis ilmu dan sebagainya..
uh,padehal aku tak pernah pun berkata begitu..
malah,aku cuba untuk hadir ke majlis ilmu yang berhampiran..

cuma aku mahu betulkan konsep dakwah yang secara tidak sengaja d sempitkan oleh sebahagian besar yang lain..
betulkan aku jika aku tersalah..sekadar berkongsi rasa..
aku ulangi,sebagai pelajar kita harus tahu keutamaan kita..
belajar itu dakwah,belajar itu majlis ilmu,belajar itu jihad dan belajar itu juga menolong agamaNya..

akhir kalam..SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA.



notakaki:jangan sesuka hati mentafsir kata2 ALLAH demi kepentingan diri sendiri..sebagai pelajar,kita perlu tolong agama ALLAH dengan belajar bersungguh2 agar dapat berbakti pada masyarakat sekaligus melebarkan komuniti dakwah kita..dekati majlis ilmu untuk bekal d sana juga d samping menjadi medan dakwah..luaskan yang sempit!

cukup ALLAH bagiku~

Friday, November 20, 2009

only for 90's baby

bagi korang yang lahir pada tahun 1990-an, gambar-gambar berikut pasti akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang penuh keseronokkan.

itupun kalau korang membesar bukan sebagai anak orang datuk datin lah. kalau main piano, biola etc tu lain cerita.

apapun masa kecil memang seronok. takde ape nak difikirkan. main, main dan main. makan minum semua tanggung.


lagi..

Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.

Update: Dash Yonkuro
Dash Yonkuro

dan lain-lainnya?

polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. rindu kan zaman kanak-kanak kita?

memang sekali je akan muncul dalam kehidupan.

oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

notakaki:memang sume pun berkaitan dengan diri aku tym kecik2 dlu,peh memang rindu dengan itu semu..korang pulak mcm mane?




cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar