Tuesday, December 22, 2009

apa maksud solat?


sujud pada yang ESA

innahuminsulaimaanawainnahubismillahirrahmanirrahim...(anNaml;30)
ringkas je petikan ayat Tuhan kat atas ni..dan ini memang tergolong dalam ayat yang aku amalkan..nak tau khasiatnye??

mengimbau detik aku mengenal ayat ke-30 surah AnNaml..sewaktu dengar ceramah seorang ustaz..(ayah aku mybe..)
selain daripada melengkapkan jumlah bilangan basmalah dalam alQuran setelah ketiadaannya dalam surah Taubah..
ayat ni juga merupakan ayat pengasih..(ooppss)
mengikut sirah,ayat inilah yang mula2 d tulis oleh Nabi Sulaiman sewaktu menghantar perutusan kepada ratu Balqis..(korg pun tau cte die en..)

menurut ustaz tu lagi..ayat berkenaan boleh digunakan tuk lembutkan hati orang,bagi orang suke kat kite..dan sebagainya..
bukanlah bertujuan tuk memudaratkan insan lain..
and,belive it or not..aku amalkan ayat ni..
dan alhamdulillah ianya berkesan..(ahaks~)
amalkan dengan hati yang ikhlas dan niat yang baik,insyallah berkesan..
ok..stop..sebenarnya ini juga mukadimah yang tersasar dari tajuk d atas..

aku mulakan dengan soalan..
'apa maksud solat?'
seingat aku..kalau dalam silibus subjek agama yang dipelajari dulu..
solat ialah perbuatan yang dimulai dengan niat..bla..bla..
uh,tapi itukan perbuatan dalam solat..
maksud dan perbuatan tidak sama..

samelah la..maksud makan dengan cara makan..
maksud tidur dengan cara tidur..betulkan aku jika aku tersalah..

ok,semua pun tahu..solat itu tiang agama,meninggalkan solat ertinya meruntuhkan agama..
peh,berat memang berat..
solat yang lima itu memang tiang agama dan tidak boleh d nafikan lagi..

solat merupakan perkara pokok ajaran islam yang suci lagi murni ni..
dan seharusnya di hayati agar betul2 meresap ke dalam sejenak ruang yang ada..
kita lihat,masih ramai umat Islam yang tidak solat dan bagi yang solat masih ramai yang tidak hayati maksud solat itu sendiri..(mungkin aku tergolong dalam dua golongan ini?)

ok,urusan sama ada solat itu d hayati dan d terima Tuhan itu kerja DIA..
tapi kita dapat tahu sama ada solat itu benar2 berkesan ke atas diri ataupun tidak dengan cara hidup sehari-harian..
maksud mudah bagi aku..solat itu ialah mencegah perbuatan keji dan mungkar..
so,bile seseorang melakukan solat tapi masih melakukan perbuatan keji..
maka,tiada gunalah solat itu
ataupun solat yang d lakukan masih belum mencapai maksudnya..

sekali lagi bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah..

yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..

  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!
maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!
dan merupakan perkara pokok dalam kehidupan seorang Islam..
kalo dalam solat baik je tutup aurat..tapi lepas solat..aurat macam dah tak wujud dah..
pakai telekung waktu solat sebab WAJIB tutup aurat..
abes tu,kalo kat luar tu..gugur ke perkataan WAJIB tu..???
satu tindakan kepuraan yang tidak rasional..(lu pk la sendiri)

kenapa aku cakap solat kebanyakn kita semua masih tak mencapai maksud..
bila kita lihat berleluasanya maksiat dan masalah sosial yang melibatkan umat Islam sendiri..
ini petanda urusan solat masih tidak selesai..



hanya kita dan ALLAH saja yang tahu bagaiman solat kita..

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).

Tuhan dah cakap,hanya jiwa yang tenang je dapat kembali padaNya..macam mana nak kembali pada ALLAh jika solat pun tergopoh2..hati kecamuk..resah gelisah..ini konsep yang tidak betul..
(ya ALLAH..bantu kami semua)

kalau tengok dari segi sains..pergerakan dalam solat memberi banyak manfaat..
terutama ketika sujud,bila mana time tu kedudukan jantung adalah lebih tinggi dari kepala dan sekaligus memudahkan darah turun ke otak dan mencergaskan otak kita..

selain itu,pergerakan solat juga sebenrnya boleh bantu memantapkan sendi..(osteoarthritis)
'senaman' yang secara berterusan untuk mengurangkan rasa sakit..sebab meransang sejenis hormon..(endorphin) yang bertujuan mengurangkan rasa sakit...
Maha Suci ALLAH!

banyak lagi rahsia solat yang d terjemahkan dengan kajian sains..
terutama solat Subuh yang mewajibkan kita bangun awal dan sekaligus menyehatkan tubuh badan kerana kajian mengatakan..
mereka yang tidur kurang 8jam jauh lebih sihat berbanding mereka yang tidur melebihinya..
dan macam2 lagi..

sebelum aku undur diri aku nak utarakan pendapat aku ni..
baru2 ni kecoh bila mana Malaysia di katekan negara Islam tapi tidak menjalankan undang2 Islam..(hudud) bagi aku mudah saja..sebelum d islamkan undang2 sedia ada..islamkan dulu rakyatnya!
dan atas dasar ini,solat adalah jawapn bagi segalanya..dan lebih penting..
solat yang sebenar solat..kerna ianya mencegah kemungkaran..

hudud itu juga penting tapi bagi aku,solat adalah dasar dan perkara pokok yang harus d beri tumpuan..sepertimana ramai lagi kaum Adam yang tinggalkan solat Jumaat..bagai satu fenomena biasa..
tiada makna negara Islam jika menjalankan hukum hudud tanpa rakyat yang masih 'tidak Islam'..
akibatnya makin banyak salah faham dan masalah yang akan timbul..

aku tinggalkan dengan analogi ringkas..
hudud itu adalah satu gagasan besar yang kita mahu wujudkan di negara ini..
tapi,tanpa dasar dan asas dan tapak yang kukuh dan kuat..
mana mungkin gagasan itu mampu d junjung dan d relisasikan..

wallahu'alam

notakaki:mungkin boleh rujuk cara Nabi bangunkan kerajaan sewaktu masa dulu..dan insyallah akan aku cuba kupas d next entry agar ade yang sedar,utamakan yang utama itulah yang utama..usah d kaburi dengan benda picisan..usah d cantas dahan yang tumbuh meliar,tapi tebanglah hingga ke akarnya untuk digantikan dengan pokok yang lebih baik dan jitu..

cukup ALLAH bagiku~

5 comments:

nn said...

salam~
an naml:30..
penah dgr ttg cukupkn jmlh bismillah tuh
tp,baru kutahu ianya ayt pgasih..hehe
rpenye de ag selain surah (yusuf:4)(x clap la)..huhu

nice entry,,
jom p'baiki solat!

si aliaa said...

aliaa like :D

khaleeftunggal said...

nn:haha..amalkn la ye ayt tu..insyallah!

si aliaa: we gedik! asal xg reunion aritu..huhu

si aliaa said...

hehe.
sorry.
aku baru balik dari cambodia ptg 17 tuh. 18hb tuh penat sgt xterbangun.
rmi pergi?

khaleeftunggal said...

si aliaa: ko g tgk gmba dlm fb..wlw xramai tp besh dowh! besh lg kalo de korg..aku,syamir,ainfa,syud,najaa n xura..
de rzki lenkali kite jmpe eh..rindu2!

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar