Thursday, December 31, 2009

terima kasih?


tiada kaitan dengan entry

innahu min sulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

menunggu detik masuknya tahun baru barat..(sambil perasan konon nyawa aku akan mampu bertahan hingga detik itu..)
mataku gatal melihat post gedik di bawah! huh,rindu konon~
tapi sayang mahu delete itu post la makcek..
aku berazam tidak mahu post ape2 selagi belum masuk tahun baru..tapi belum apa2 lagi azam itu terpaksa berkubur saja dan tinggal kenangan..(Tuhan lbey bijak merancang)

sekali lagi aku yang perasan bagus ni tak pernah mengharap apa2 balasan dari insan sekeliling..(kononnya!)
adakah hati aku sangat suci murni sampai langsung tidak harapkan apa2 balasan setelah berbakti kepada orang lain??

mengingatkan pada ceramah ringkas yang aku dengar dalam radio kereta cek rehe@ruduh dalam kereta honda accordnya..
amalan kita ni nak sampai pada ALLAH perlu lalu 7lapisan langit..
bila malaikat bawa ke checkpoint pertama yakni langit pertama la kan..
si penjaga langit akan suruh d bawak turun balik amalan tu..
dan d hempaskan ke muka pengamalnya seperti
d hempaskan kain buruk ke muka..
kerana apa?kerana amalan itu tidak d terima ALLAH
sebab apa tak d terima? sebab tiada ikhlas kerana ALLAH


maka aku yang sedang pura2 khusyuk mendengar ceramah tu pun terketar2 lutut kerna tak tahan 'air cond' yang sejuk membahang!
dan aku berpikir dua tiga jenak,dah berapa banyak kain buruk yang dah d lemparkan kat muka aku ni?! (korg pun tolong pikir sekali ye)
tapi rahmat ALLAH itu luas...aku tak kan PUTUS ASA untuk berusaha buat baik dengan ikhlas..

dan,bak kate pakcek fozian a.k.a ayah cek rehe, sekaligus menjadi penceramah jemputan tak rasmi pada ustaz yang berceramah dalam radio..
kita ni bile buat baik.. kalau boleh jangan ingat pun yang kita pernah buat baik!
dan jangan harap pun orang tu akan balas balik jasa kita..

berharap hanya pada DIA..uhuk3~

(sambil terbatuk2 manja)
~lebih kurang gitulah ceramah ringkas dari pakcek fozian a.k.a ayah cek rehe..

tapi tipulah kalau lepas korang buat baik dengan orang lain,korang tak harap apa2 balasan..
paling koman pun,mesti korang harapkan akan ada ucapan 'terima kaseh' pada insan yang kononnya korang dah tolong..
kerna pada hakikatnya..ALLAH yang tolong..bukan korang yang tolong..
kerna pada zahirnya..korang yang tolong..dan aku ulang..hakikatnya ALLAH yang tolong!

so,janganlah korang dan juga aku perasan bagus yang korang dah banyak berbakti pada orang sekeliling..
dan mungkin korang tak terpikir bahwa ada antara pertolongan korang tu yang telah pun d hempaskan balik ke muka korang! (kelepek!)
sia2 lah segala pertolongan dan bakti yang telah d lakukan bila tidak d terima Tuhan..
tapi rahmat ALLAH itu luas...aku tak kan PUTUS ASA untuk berusaha buat baik dengan ikhlas..

ow,aku teringat lirik lagu imran ajmain yang berbunyi begini..

yang tulus ikhlas,ingin sekali sekala dirinya d balas
walau hanya dengan dakapan d angin lalu..
yang selalu memberi,ingin sekali sekala jadi penerima..
cukup dengan salam dan manis doa..

aku setuju dengan lirik ni..(erk..) perlukah aku huraikan kenapa aku bersetuju?? atau korang nak pura2 paham atau pun nak aku pura2 terangkan kat korang?
takpe,aku akan cuba terangkan kat korang tanpa harapkan apa2 balasan pun..(eceh2)
penerangan aku ni adalah berbentuk agama dan bukan dunia..

beri perhatian pada dua rangkap pertama lirik lagu tersebut dan tolong jangan lupa lirik!
erk,bila seseorang itu kononnya tulus ikhlas(bak kate lirik) dalam setiap amal baktinya..
pasti jauh d celah ceruk sudut hati, tetap nak amal baktinya d balas..
tapi bukan balasan dalam bentuk dunia yang fana..seperti balasan wang,pangkat,nama,etc..
tapi mahukan balasan dalam bentuk yang lebih holistik yakni dakapan d angin lalu..(wahh!)
atau boleh d sama ertikan dengan ketenangan jiwa,redha dan rahmat ALLAH,kemantapan rohaniah etc..
paham ke penerangan aku dalam bentuk agama ini?
kalau paham,saya kunci lirik ini! (ow,apa2 saja aku merepek ni)

dan seterusnya untuk dua rangkap lirik yang terakhir..dan sekali lagi aku pesan tolong jangan lupa lirik!
erk,bila kita sedia memberi khidmat bakti pertolongan pada mereka yang memerlukan..
pasti jauh d celah ceruk sudut hati,tetap ingin menerima khidmat bakti orang lain kepada diri kita jugak..
tapi bukan menerima dalam bentuk dunia yang fana..seperti menerima wang,pangkat,nama,etc..
tapi mahu menerima balasan dalam bentuk lebih holistik yakni salam dan manis doa..(wahh)
atau boleh d sama ertikan dengan ketenangan jiwa,redha dan rahmat ALLAH,kemantapan rohaniah etc..
paham ke penerangan aku dalam bentuk agama ni?
kalau paham,sila kunci lirik ini!

dan itulah maksudnya ikhlas kerana DIA..
bila tidak mengharap balasan dunia yang bersifat sementara tapi mengharapkan balasan akhirat yang kekal abadi..
tapi bila dah buat baik dan d beri ganjaran duit,pangkat,nama,etc..
janganla pula menolak..

hah! gile ke..??tadi aku kata tak nak semua benda2 dunia yang kononnya sementarala,apalah..!
tapi sekarang aku nak terima pulak semua benda2 dunia yang kononnya sementara tu!

okeyh..rileks sume..sile bagi peluang untuk aku berhujah membela diri!
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika aku yakin bahwa ALLAH lah yang memberi rezeki tu pada aku dan bersyukur padaNYa atas kemurahan rezeki..bukan bersyukur dan menyanjung pada korang yang memberi..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika aku yakin aku akan infakkan benda2 dunia tu ke jalan ALLAH..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika d hati aku masih lagi meletakkan ALLAH sebagai matlamat dan bukan ganjaran dunia sebagai matlamat..(insyallah)
  • aku akan terima benda2 dunia itu jika tidak melaghokan aku tetapi akan lebih menjadi peringatan untuk kehidupan akhirat kelak!(insyallah)

maka beruntunglah aku (korg pun untung jugak!)jika ikhlas menolong kerna ALLAH..
pahala pun dapat dan sedikit bonus bila ALLAH tambah dengan ganjaran dunia..(alhamdulillah!)

sekali lagi aku insan biasa yang sekadar coretkan buah fikiran aku..
sila tegur aku yang masih lagi jahil agama dan kadang2 perasan bagus ni..
dan aku akan lagi perasan bagus bila d puji oleh sesama makhluk..astaghfirullah!

perasan atau tak,kalau orang lain ucapkan 'terima kasih' pada korang pun dah kembang kempis hidung tanda bangga sampai tersengih2 waktu tidur..
kononnya korang dah berjaya menolong orang lain..dan bangga kerna pertolongan korang membuahkan hasil..
padahal hakikatnya ALLAH lah yang Maha Pemurah dan Maha Memberi Pertolongan pada insan yang memerlukan..

jadi,pada siapa2 yang pernah aku tolong..(kalau ade la..isk3~)
simpanlah ucapan terima kasih korang tu...
kerna aku takut iman aku yang lemah dan mudah berubah ni akan menjadikan lubang hidung aku kembang kempis tanda bangga dan riak..
serta akan buat aku tidur dalam keadaan tersengih bangga..
maka sia2 la amal bakti aku pada korang jika situasi d atas berlaku..
dan habislah muka aku d campak dengan amalan diri sendiri yang tak d terima Tuhan!

kerna aku mahu belajar dan mengajar diri untuk hanya mengharap ganjaran dari Tuhan..
apalah sangat ucapan 'terima kasih' korang kalau nak d bandingkan dengan nikmat Tuhan..
dan aku mahu belajar dan mengajar diri untuk tidak mengharap apa2 balasan dari korang termasuklah ucapan 'terima kasih'..

kerna sekali lagi aku ulang!
aku takut iman aku yang lemah dan mudah berubah ni akan menjadikan lubang hidung aku kembang kempis tanda bangga dan riak..
serta akan buat aku tidur dalam keadaan tersengih bangga..

sungguh aku insan lemah yang tiada daya melainkan hanya DIA..

notakaki:tak lama lagi belog ini akan jadi belog promote barang2 perniagaan kawan aku.dan aku tak mengharapkan pun sebarang komisyen kerna menggunakan belog aku sebagai tempat promote..tapi kalau ada komisyen pun..apa salahnya..rezki Tuhan bagi! apa2 lah aku ni~


cukup ALLAH bagiku~

1 comment:

khaleef said...

haha..poyo sungguh la kaw ini..

dan aku mahu ucap 'terima kasih' sebab ingatkan aku..
oopss,aku harap ucapan aku tak buat hidung kaw kembang kempis sambil tersengih bangga..

terima kasih ya ALLAH!

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar