Monday, April 21, 2014

oh ibu?




innahu minsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim

lama sangat rasanya tak menulis..di blog :)
hampir 3 tahun atau mungkin lebih..sementara ALLAH kurniakan masa tuk berkongsi rasa yang di biarkan bersarang lama
lepas aku tak ada nanti, nota kecil ni boleh jadi asbab aku di seksa atau sebaliknya..wallahualam..moga aku mati dengan keadaan yang terbaik,punya iman dan bekal..Insyallah!

lewat hari hari yang mendatang ni banyak sangat perkara yang buat minda,jiwa dan ruhi aku terusik..dan di usik
almaklumlah..cuti lepas lama hidup di perantauan (lah sangat) ALLAH bagi aku nikmat kurnia duduk di rumah habiskan masa dan boreh

nikmat yang jarang aku dan kita semua syukuri..masih ada ibu di sisi..kan?
pada yang telah tiada ibu/mak/umi/mummy/bonda..inilah masa buktikan anda adalah anak soleh dengan doa tak henti

tapi untuk aku...dan mungkin segelintir dari kita semua..**tapi aku tak nak tunding jari
so, untuk aku..ini salah satu nikmat yang selalu kita take for granted...sebab ada depan mata,sebab tau dia ada walau jauh..makanya,nikmat bila ada depan mata,bila ALLAH masih bagi pinjam..for sure kita buat dono dan tak kisah

sama jugak macam nikmat nyawa..ada aku, kau da kita semua sayang nyawa ni supaya boleh hidup selesa kat sana nanti? jarang..jarang orang sayang nyawa sebab nak hidup selesa kat sana nanti...
sebab ramai orang sayang nyawa sebab nak hidup selesa kat dunia ni...termasuk aku~

untuk aku yang bersekolah asrama..yang jarang luang masa,dengar cerita,ringankan tulang belulangtolong mana yang patut...cuti yang mencecah seminggu ni (plus kejadian sekeliling) buat aku sedar..nikmat ibu yang aku jarang syukuri

walhal sebelum ni pernah je cuti lama..insaf la sekejap bantu membantu amalan mulia lagi berpahala..tapi mungkin sebab usia dah makin nak habis ni..buat fikiran aku lebih terangsang tuk pergi lebih jauh

pendek cerita...kunci nak masuk syurga mudah! buat baik dengan ibu bapa..apetah lagi syurga siap dok kat bawah tapak kaki lagi...tapi tetap hari hari berlalu tanpa sepatah doa..seulas senyuman mahupun seungkap ucapan terimakasih

aku bagi analogi la kan..esok nak exam,bawah tapak kaki kawan ade skema jawapan..sure jenuh berebut nak ambik skema jawapan tu dari tapak kaki even kaki dah bebrbulan tak bercuci..membusuk dan berulat

tapi nih...syurga bak hang ALLAH letak gedebuk! bawah tapak kaki ibu..kita pandang sepi aje..kunci nak ke syurga kita campak sukahati...pastu masuk waktu solat doa nak masuk syurga,lawak tak?...sangat tak rasional orang yang ada kunci masuk syurga tapi campak kunci tu dan alih alih doa nak masuk syurga...taknak guna kunci tu sebab tak pernah sedar kunci tu wujud sejak kita mumayyiz
**kalau kunci di buang tanpa sedar,takpelah..kalau dibuang dengan sedar..lagi parah!

aku tengok ramai orang (tengok diri sendiri sebenarnya) yang abaikan mak ayah bila umurr makin meningkat
budak baru nak up (aku lah tu), baru nak kenal dunia (aku lah tu), baru nak rasa bebas (aku lah tu)...mudah je nak rasa konon di kongkong...tak tahan kena leter..tak tahan kena nasihat..tak tahan kena suruh itu dan ini etc

padahal,orang yang kita tak tahan sangat tulah..bertahan waktu loya dan mual mengandungkan kita...bertahan sembilan bulan nak lahirkan kita...bertahan sabung nyawa nak pastikan kita mampu lihat dunia..bertahan siang malam berjaga kita sakit...bertahan ikat perut dan macam macam jenis pertahanan lagi yang insan ni sanggup buat

dan kita,umur setahun jagung...cepat sangat memberontak..tunjuk besar kepala..tunjuk degil..tunjuk pandai depan mereka..wahai~
walau bukan mudah mereka nak menahan rasa sedih,sebak dan sakit di layan macamtu oleh anak kandung sendiri..tetap mereka bertahan menyeka air mata dari gugur dan paling ajaib..tetap tabah doa siang malam untuk kita..anak anak..walau di balas jauh lebih teruk dari tahi!

ibu ibu kita semua ni tak mintak banyak...cukup jadi anak yang baik..konsep baik ni adalah anak yang baik dunia akhirat..jaga urusan dunia dan jaga urusan akhirat

tak pandai pun takpelah..asalkan dengar kata,tak melawan
tak hensem pun takpelah...asalkan tiapkali dia kejut bangun solat..bangun, bukan bentak!
tak pandai,tak hensem,tak ada duit semua tu..tak apalah...asalkan jadi anak soleh,dengar kata (selagi tak langgar syariat)
asalkan jaga solat, benda paling asas pun dah cukup buat hati dorang sejuk
ni tak,solat lewat waktu..qada' je selalu...laju pulak tu...tak tahu khusyuk atau tak...doa pun setengah saat
lepas tu ada niat nak menikah, bertunang atau sewaktu dengannya
ingat ALLAH nak bagi? amal ibadat sendiri hancus..ni nak tanggung amal ibadat orang lain (kalau anak lelaki la)

ok..bila masuk bab kahwin..aku setuju sangat orang cakap..mudahkan,jangan susahkan
dia nak kahwin..bagi..dari dia buat maksiat..bagi dia kahwin
kalaulah kahwin tu sekadar nak halalkan maksiat...hari ni kahwin..da puas..dah jemu...cerailah nanti..kan?

bagi lelaki, buktikan anda mampu jaga sedara mara perempuan anda dulu baru boleh cari perempuan tuk jadi isteri
ni dah kalau aurat ibu sendiri tak mampu tegur..aurat adik/kakak perempuan sendiri pun tak mampu tegur..guane gak mu nok tamboh satu lagi beban perempuan perempuan yang perlu mu jage?
want to get married,prove it by taking care women around you...than you deserve to add up the list of your 'women' (baca: isterilah)

urusan ibadat sendiri tak boleh nak jaga..ni nak jaga urusan ibadat si bakal isteri? fikir masak masak
nak mudahkan urusan kahwin sendiri..berubahlah, ubah siapa diri kita depan ALLAH...sampai masa,orang sekeliling susahkan urusan pun..ALLAH akan mudahkan

ha! lari topik...bukan niat nak cakap pasal kahwin etc..**plus malas nak undo dan delete :)

aku menulis sebagai peringatan tuk diri sendiri..yang selalu lupa diri
macam aku cakap...tak susah nak jaga hati mak ni...kita sendiri yang susahkan dengan sikap dan perangai kita yang perasan besar
apa mak cakap,dengar..ikut..turut..selagi tak langgar syariat
tak setuju,cakap elok elok...tak perlu merengus..hempas pintu bilik..tengking..tinggi suara..atau berjalan buat tak tahu..buat bodoh tak menyahut

fenomena akhir zaman ni...bila orang sekeliling jauh lebih penting dari mak sendiri
mak pesan jangan...kita buat jugak
mak tak ajar...kita buat jugak
mak tak berkenan..pun kita buat jugak

sebab konon itu hak kita...nak gembira ikut cara kita..nasihat mak..larangan mak..pesanan mak..ajaran mak kita tak dengar..sebab apa?
sebab larangan mak,nasihat mak,pesanan mak,ajaran mak..semua tu old school...zaman dah berubah
semua orang buat benda larangan,kita pun nak buat...pernah ambik kisah kat perasaan mak yang tak suka kita buat benda larangan tu???

merokok ke...merempit ke...mencarut ke...bercouple ke...tengok benda blue ke..apa apa benda terkutuk dan dilaranglah...semua kita buat tanpa fikir perasaan mereka yang tak pernah ajar pun buat benda terlarang tu semua!

kesian mak..kesian ibu..kesian umi..kesian mummy..kesian bonda
dapat anak macam aku,kau dan kita semua

tapi tulah..ajaibnya golongan ni...tetap siang malam doa tak henti sampai bengkak mata nak bagi kita kembali pada ajaran agama..dah nasihat mulut tak dengar...bebelan di balas dengan bentakan dan memberontak
mujur ada ALLAH tempat meluah segala kesal,gundah dan galau

ada kita ambik kisah semua tu? asyik sangat dengan dunia baru yang kita hidup sekarang..sampai lupa dengan siapa sebenarnya kita WAJIB berbakti dengan sepenuh hati tanpa rasa terpaksa atau sesal

ada anak anak remaja suka keluar dengan ibu bapa sendiri? kalau ada..jarang sangat..sebab tak cool..sebab tak best..sebab keluar dengan rakan sebaya lebih seronok..sebab keluar dengan couple sendiri lebih membuai nafsu..aww sangat~

demi ALLAH...tipu lah hati tak sedih sebak dan sayu bila tengok ada anak anak yang tak menjadi...tapi hati si ibu berkali ganda sedih sebak sayu dan berlagu pilu tengok anak anak yang dulunya ditatang bagai minyak kini membesar sebagai orang asing...hanya pandai mengendeng bila punya masalah or bila gatal nak kahwin

pesan untuk aku,
ko jaga mak dulu eh..baru lah terbukti ko boleh jaga anak orang..mak ko,koabai...inikan pulak pasangan ko yang ko akan puas setelah beberapa tahun pertama
ko jaga ALLAH dalam hidup dulu eh..baru lah terbukti ko mampu jaga orang sekeliling..termasuk laki/bini anak cucu even cicit

jangan seronok sangat dengan hidup luar tu buat benda yang mak tak suka..walaupun mak cuba tuk tak halang sebab takut anak anak terasa..fahamilah perasaan mereka..para ibu/mak/umi/mummy/bonda di luar sana

dan kalau kita terasa hati pun..sekelumit pun tak terbanding dengan terasa hati yang kita bagi kat mak kita
payah sangat nak dengar pesan mak waktu dia hidup
jangan menyesal tak sudah bila dia dah takda dan kita tak sempat pun buat dia bangga dengan kita

ibu ni satu anugerah yang tak terbanding...jangan siakan
selagi ada depan mata..berbaktilah tanpa rasa penat atau terpaksa

sayang bila kunci ke syurga kita sengaja campak lalu menuju ke neraka sambil tangan memegang dan membuat benda benda terlarang
sayang bila kita tak mampu tahan gejolak dan kemahuan nafsu yang menipu demi kebahagiaan ibu sendiri
sayang bila kita tak zahirkan pun rasa sayang pada ibu dengan perkataan,perbuatan apatah lagi..paling haru zahirkan dalam doa pun masyallah! jarang benar

ada kita doa pada ibu ayah sambil nangis? takada kan...kalau ada,JARANG!
macam mana hidup nak berkat kat dunia..apatah lagi akhirat kalau hidup ibu dan jugak bapa kita abaikan?
macam mana nak cium bau syurga kalau dengan ibu sendiri kita kurang ajar...ajaran dia yang baik baik pun kita tak amal dan lagi teruk larangan dia yang kita seronok langgar

tak perlu tunggu kita hinjak kepala nak tunjuk kurang ajar..cukuplah rengusan,bentakan,jelingan dan hempasan pintu jadi bukti derhaka kita pada mereka
belum kira lagi larangan mereka yang kita sengaja buat di belakang mereka

terlepaslah sementara kat dunia ni
kat akhirat sure ALLAh hitung segala dosa kita

haru sangat hidup ni..dahla solat tak jaga..agama Dia kita tak jaga..suruhan Dia kita tak jaga...macam mana nak survive depan Dia nanti..paling kurang pun..macam mana nak jawab soalan dalam kubur nanti?
plus...buat jahat and derhaka dekat mak pulak tu...berganda harunya!

bukan apa..Nabi SAW dah pesan..dengan ibu ni kenalah sangat menjaga..tapi ramai dari kita mencela ibu sendiri malah mensia siakan insan bergelar ibu..maka menjawablah kita semua depan Dia nanti

untuk aku..moga aku tidak terbabas derhaka dengan sengaja
untuk aku...moga mampu bertahan mendegar setiap pesanan dan tak terbabas melakukan larangan
bila tak ramai yang mampu jadi anak yang baik...merasalah nanti diperlakukan anak sendiri

ambiklah masa tuk fikir...perasaan mak/ibu/umi/mummy/bonda bila banyak nasihat dia kita abai
dah tahu benda tu dorang tak berkenan..tapi sebab kita suka..kita buat tanpa hirau perasaan...cukuplah jadi bukti teruknya kita dan teruknya perangai bakal anak anak kita nanti
ALLAH itu adil kan ?

hiduplah lama mana pun..femes mana pun..hebat mana pun..tapi kalau mak sendiri kau abai,kau tak pernah doa,kau tak ambik kisah...tetap kau orang termiskin dan terhina di mukabumi ALLAH
dan mungkin baka menghuni neraka Dia..siapa tahu?

salah satu penanda matangnya aku kau dan kita semua bila mampu membezakan apa yang baik dan buruk dan buat baik dengan darah daging sendiri berbanding orang asing yang tah apa tujuan dan niat mereka hadir dalam hidup kita...wallahualam~

notakaki:penulisan yang merujuk kelemahan diri..aku akur~



cukup ALLAH bagiku~

Tuesday, July 10, 2012

aku bukan TOMBOY?


celaru identiti?


innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

**di ingatkan bahawa penulisan ini mungkin ada kena mengena dengan yang hidup..kerana sememangnya penulisan ini di gunakan tuk mengingatkan mereka yang masih hidup..bukan yang telah meninggal dunia..jadi siapa yang patut terasa itu..maka SAYA! sungguh tulisan ini tuk memperingatkan diri sendiri dan sekalian yang ada

baik..terus kepada tajuk yang di atas..berkenaan TOMBOY..
  • apa itu TOMBOY?
  • apa ciri-ciri mereka yang di katakan TOMBOY itu?
  • kenapa mereka di panggil TOMBOY?
  • dan adakah mereka suka dengan gelaran TOMBOY?

banyak sangat learning objectives di atas..Insyallah walau tidak mampu di rungkai semua..moga akan ada sedikit yang bakal terjawab..

kenapa mesti menulis mengenai TOMBOY? keran, diri ini melihat..gejala TOMBOY atau boleh di definisikan sebagai ' perempuan yang berperangai /bersifat seperti lelaki' ini semakin hari semakin menular..lebih lebih lagi di kalangan remaja dan juga para belia..

dan kalau pun bukan anda yang di kelilingi oleh golongan TOMBOY ini, tapi andalah golongan TOMBOY yang di maksudkan...maka..mungkin sedikit pencerahan di perlukan tuk kembali meng'identify' kembali siapa atau apakah jantina anda yang sebenar..:)

persoalan yang mungkin bakal bermain di fikiran adalah, mengapa memilih tuk menjiwai mendekati atau menguasai karaekter yang ada pada lelaki?
mungkin akan ada jawapan yang bakal di terima adalah;

  1. adik beradik majoritinya lelaki
  2. trauma dengan lelaki
  3. tidak bersyukur dengan nikmat 'kewanitaan' yang di beri
  4. dan apa apa lagilah alasan yang anda semua beri

tapi sedarkah bahwa...sungguh anda yang sedang memilih jalan menyerupai,menjiwai dan menguasai karekter lelaki ini sebenarnya sedang melawan arus air yang mengalir sekaligus menyekat nasab keturunan anda dari terus berkembang...**bahaya kan

saya tidak menuduh anda anda yang TOMBOY di luar sana mempunyai naluri keinginan yang berlawanan dari fitrah..namun kebanyakkannya adalah memang begitu..

kerna apa? dah kalau pakaiannya seperti lelaki,gaya lenggok bahasa seperti lelaki,potongan rambutnya juga iras iras lelaki..tidak mustahil naluri keinginan juga menyerupai lelaki..

walhal segala hormon, pembentukan organ dan perubahan fizikal tubuh badan itu adalah mengikut fitah seorang wanita..
namun jika ianya di bajai dengan unsur unsur 'kelelakian' di situ,maka tidak mustahil akan ada tempiasnya juga dari segi nafsu keinginan anda..**logik akal bukan?

dan inilah yang sebenarnya merisaukan kita semua..lebih lebih lagi dengan adanya gerakan LGBT yang semakin berani di bumi Malaysia ini..menambah runcingkan lagi keadaan umat yang sedia tenat..

dan..yang lebih merisaukan lagi, bilamana keadaan TOMBOY ini semakin di terima masyarakat khususnya..dan lebih lebih merisaukan lagi..ramai umat Melayu Islam yang semakin hebat terjebak dengan gejala celaru identiti ini..

itu tidak termasuk dengan mereka yang lesbo,pengkid,biseks,transeks dan sebagainya..nyata..ramai umat Melayu yang kian celaru lantas terus terusan layu di buai hembusan nafsu yang makin kuat memburu dan membelenggu...

umat masyarakat sekarang yang seolah olah merelakan percambahan golongan yang celaru identiti ini..
masakan tidak,inilah dialog biasa yang kita dengar oleh kenalan kenalan mereka yang celaru identiti tadi..

'wah..hensem lah kau..'
'machonye ko ni..
'weh..cair aku tengok kau ni..'
cantik jambul ko weyh..:)'

geli? namun itulah yang kita sedang lakukan bila berdepan dengan kenalan yang mempunyai ciri
ciri celaru identiti ini..
sedar atau tidak..kita sebenarnya sedang menyiram air dan membenih baja dalam diri golongn mereka ini..nampak kecil..tetapi impaknya sangat besar..dan saya, bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan juga pengalaman insan lain..
**ulang taipan..ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri..:)

bilamana golongan TOMBOY atau mereka yang celaru identiti ini di puji serta di kagumi cara penampilan mereka..kita secara tidak langsung telah menjerumuskan mereka ke haluan kiri yang lebih menusuk durinya..

pujian 'hensem,macho,gagah,kacak' dan seumpamanya yang lebih sinonim untuk golongan lelaki tapi apabila di lontarkan kepada golongan TOMBOY ini sebenarnya lebih menaikkan semangat mereka tuk menjadi lebih 'hensem,macho,gagah dan kacak'...

maka tiap tiap hari kita akan lihat cutting rambut yang berlainan,shades yang berubah kaler,baju yang lebih smart lelakinya dan sebagainya..demi tuk mendapatkan pujian yang sememangnya boleh di ibaratkan sebagai sesuatu yang memakan diri..kelak!

kerana apa? kerana **sekali lagi ulangan taipan** lama kelamaan naluri keinginan juga mampu berubah fitrahnya..menjadikan kondisi iman dan umat kian membarah..tidak percaya? cuba puji rakan anda yang TOMBOY dengan puji pujian 'macho hensem kacak gagah'...lihat apa reaksi mereka..adakah seperti ini?

'astaghfirullah..ape kau ni..aku perempuan..bukan lelaki..aish aish..taubatla weyh'

atau inikah reaksi mereka?

'hehe..baru kau kenal sape aku..**sambil betul kan kolar dan jambul rambut lantas tersenyum puas..'


hakikatnya,pujian dan galakan yang di berikan pada mereka merupakan satu lesen tuk mereka melangkah lebih jauh dalam dunia TOMBOYan itu..lama kelamaan hilang terus keinginan tuk kembali kepada fitrah asal..

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga.
Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya ,
acuh ta'acuh dan perempuan yang menyerupai lelaki
(HR Nasaai, Jazzar dan Hakim)

jika kita tidak mampu menjadi agen kepada perubahan mereka kembali ke fitrah asal, usahlah menjadi agen menambah celarukan lagi identiti mereka sebagai wanita tulen!

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).


jadi..berhentilah memberi pujian dan galakan serta kata kata perangsang 'macho hensem gagah dan kacak' pada golongan yang sedang celaru identiti ini..

tetapi bantulah mereka tuk kembali ke fitrah wanita yang sebenar..kerna wanita itu sangat istimewa..hinggakan sebesar besar ganjaran syurga itupun terletak di bawah tapak kaki ibu..yakni seorang wanita..subhanallah!

malah dalam alquran itu sendiri, satu surah khas menceritakan perihal wanita..dan fakta lain yang lebih jelas mengatakan wanita itu satu figur yang sangat istimewa adalah..

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

hebat bukan?
menjadi wanita itu satu kelebihan dan bukan kesilapan Tuhan dalam menentukan jantina setiap hambaNya..
tunjukkan pada dunia yang anda tiada masalah psikiatri seperti ini..kerana mereka yang mempunyai kecelaruan identiti ini di kategorikan dalam mereka yang ada masalah 'jiwa'

maka pada para pelajar perubatan **terutamanya..sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan yang merawat fizikal pesakit..rawat dulu fizikal anda kepada fitrah seadanya..ouch!

ini adalah peringatan tuk diri sendiri..benar! diri sendiri..wallahulam..

notakaki: kita agen perubah bukan pemusnah

cukup ALLAH bagiku~

Thursday, January 12, 2012