Friday, November 27, 2009

luaskan yang sempit?


mind control

bismillah...sudah berada di rumah hanya untuk beberapa hari je pun..
sempena cuti 'raya eidul adha..
hanya beraya di rumah rawang saje..(tak balek kg k)
dan tadi pun sudah penat tolong mak masak d dapur..
(ow,aku lg banyak tolong tengok dari tolong masak!)
tidak apa-apalah..asalkan aku cuba untuk berbakti dengan meninjau ke kawasan dapur dengan lagak gaya YB..

harus lebih menghayati perayaan utama umat Islam ni..
walaupun majoriti umat islam Malaysia d 'sogok' dengan pemikiran sebaliknya..
yelah,kalau Raya 'Eidul Fitri..sebualn sebelum dah terasa bahangnye..
dengan rancangan TV,persiapan masyarakat,juga d meriahkan dengan bazar ramadhan
(jgn lupe duit raye juge)..

meriah memang meriah suasana raya puasa..

lain pulak dengan sambutan raya haji d malaysia ni..
tidak semeriah raya puasa walaupun raya haji lebih utama dari raya puasa..
mentaliti dan persepsi perlu d perbetulkan..
agar umat Islam lebih menghayati besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim demi cinta dan kasih padaNya..
(subhanallah!)

suasana pembelajaran d kolej juga meriah dengan pelajar ke hulu hilir dari kolej ke hospital..
segak dengan Dr's coat masing2..(bajet cam da houseman..)
belajar untuk berkomunikasi dengan patients dan juga kakitangan yang ada..
satu pendedahan yang bagus tuk 1st year student cam kami2 ni...
sebagai bakal doktor muslim,selalu d tekankan untuk berdakwah dengan pesakit kelak..
bekerja dengan orang sakit seharusnya menjadikan diri lebih dekat dengan Tuhan..
melihat kekuasaannya dalam merencana hidup..

senior pun selalu pesan..
"dengan patient ni kite kene selalu ingatkan dorg..tanya dah solat ke belum..ajar dorg macam mane nak solat dengan condition dorg..suruh doa banyak2 dengan ALLAH..bla3.."
ye,aku setuju dengan pesanan senior tu..dakwah itu luas..maksud aku sangat luas!!

tapi kebanyakan dari kita selalu menyempitkan konsep dakwah tersebut..(termasuk aku satu masa dulu)
membuatkan aku teringat kata2 ini sewaktu menghadiri satu majlis ilmu tak lama dulu..
(waktu ni da dekat sangat dengan exam)

"kita ini merupakan insan yang dipilih ALLAH untuk hadir ke majlis ilmu..d saat sahabat2 yang lain sibuk tengah study,kita dipilih ALLAH untuk menghadiri majlis ilmu yang dinaungi ribuan malaikat..menyemarakkan lagi sinar dakwah dan tarbiyah dalam diri.."

lebih kurang gitulah kate2 tersebut..
menyebut betapa beruntungnya kami meluangkan masa ke majlis ilmu sedangkan ada yang sibuk dengan study grouplah,discussion lah etc..
yelah,name pun dah nak exam kan..

tapi aku berfikir,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu??
kebanyakan mereka akan cakap, beruntung lah korang datang majlis ilmu dan rugi lah mereka yang tak datang tu..sibuk dengan hal dunia..bla3..
uh,betul ke pendapat sebegitu??
macam pendapat aku la,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu..
so,tiada istilah untung dan rugi di sini..kerana dua2 pun majlis ilmu..
(betulkan kalo aku tersalah)

begitu juga dengan mereka yang rajin ke majlis2 ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya..
bagus sikap mereka..mengejar ilmu akhirat..alhamdulillah..
tapi kalau sampai pelajaran terganggu dan terabai dan kadang2 perlu repeat year..
macam mana pula?
maka,keluarlah berbagai alasan
"inilah ujian yang ALLAH berikan pada mereka yang jihad d jalan ALLAH," "mereka yang bawa agama ALLAH pasti akan d uji,"
dan macam2 lagi alasan untuk mempertahankan diri..
yakin benar bahawa segalanya ujian ALLAH..
persoalannya adakah ini ujian ALLAH atau bala ALLAH??
(nauzubillah)

mereka boleh berkata apa saja untuk mempertahankan diri..
aku juga boleh kata..kalo kita kejar akhirat,dunia pun akan mengikut sama..
tapi kalo dah macam ni pengakhirannya..sampai perlu repeat 2 3 kali..
ape kejadahnye sume ini??

bukan mahu mempertikai mereka tapi ini boleh jadi fitnah yang sangat besar untuk agama suci ini..
bila melihat mereka yang aktif berorganisasi berjemaah dan sebagainya tersungkur dalam bidang akademik..sayang seribu kali sayang..
d saat hanya perlukan masa 5tahun untuk menjadi doktor..dek kerana 'ujian' ALLAH ini, bertambah menjadi 6tahun,7tahun dan seterusnya..
d saat masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..
kite masih lagi 'tersekat' dalam pembelajaran..

dan timbul cakap2 nakal..
"ha,tulah..bz sangat g prog sane,prog sini,usrah sana,usrah sini..kan da fail"
tak pasal2 agama menjadi fitnah menyebabkan diri tersungkur d menara gading..

niat anda pergi ke majlis ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya itu baik..
mahu memperkembangkan Islam sekaligus menyebarkan dakwah..
tapi bukankah duduk d meja study,menyertai study group dan lain2 itu juga dakwah??
kenapa menyempitkan fikiran bahwa dakwah itu hanya perlu pergi ke majlis2 yang d nyatakan d atas..
bahkan,duduk d rumah belajar bersama,berjemaah bersama,bercakap perkara2 baik(ilmu) juga adalah dakwah..

sebagai pelajar,kita harus tahu d mana keutamaan kita..
bagi aku,seorang pelajar perubatan yang baru setahun jagung harus belajar sedaya mungkin kerna aku tau masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..(insyallah aku d antaranya)
kalau perlu repeat tuk 2 3 kali..maksudnya aku telah rugikan masyarakat d luar sana..
lagipun,berapa sangat jumlah specialist yang berbangsa melayu+muslim yang mampu menyebarkan dakwah d luar sana..
sedangkan aku masih terkapai2 menggapai ijazah..

"mengapa perlu disempitkan konsep dakwah itu.. tidak perlu pandai berkata2 untuk menyampaikan dakwah cukup dengan menunjukkan akhlak yang baik,tutur kata yang sopan"

kata2 yang membuat aku berfikir kembali..benar sekali!
konsep dakwah itu telah aku sempitkan secara tidak sedar..
aku pernah bertanya pada orang cerdik pandai..

"Ustaz,kalo satu hari nanti saya dalam persimpangan..sama ada mahu pergi usrah atau hadiri group discussion/study..apa yang perlu saya pilih?"

"pilihlah untuk study kerana itu keutamaan awak..bukankah itu juga majlis ilmu d samping awak dapat berdakwah pada kawan2 awak.."

kebanyakan orang akan cakap..
'pergila majlis ilmu tu.ALLAH akan tolong orang yang tolong agama ALLAH'
tapi bukan ke kalo aku study dengan kawan2 juga menolong agama ALLAH..menyebarkan ilmunya..berkongsi ilmunya..
hmm..

aku bukan mahu menghalang korang sume hadir majlis ilmu dan seumpamanya..
nanti ada pula yang cop aku ni anti majlis ilmu dan sebagainya..
uh,padehal aku tak pernah pun berkata begitu..
malah,aku cuba untuk hadir ke majlis ilmu yang berhampiran..

cuma aku mahu betulkan konsep dakwah yang secara tidak sengaja d sempitkan oleh sebahagian besar yang lain..
betulkan aku jika aku tersalah..sekadar berkongsi rasa..
aku ulangi,sebagai pelajar kita harus tahu keutamaan kita..
belajar itu dakwah,belajar itu majlis ilmu,belajar itu jihad dan belajar itu juga menolong agamaNya..

akhir kalam..SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA.



notakaki:jangan sesuka hati mentafsir kata2 ALLAH demi kepentingan diri sendiri..sebagai pelajar,kita perlu tolong agama ALLAH dengan belajar bersungguh2 agar dapat berbakti pada masyarakat sekaligus melebarkan komuniti dakwah kita..dekati majlis ilmu untuk bekal d sana juga d samping menjadi medan dakwah..luaskan yang sempit!

cukup ALLAH bagiku~

Friday, November 20, 2009

only for 90's baby

bagi korang yang lahir pada tahun 1990-an, gambar-gambar berikut pasti akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang penuh keseronokkan.

itupun kalau korang membesar bukan sebagai anak orang datuk datin lah. kalau main piano, biola etc tu lain cerita.

apapun masa kecil memang seronok. takde ape nak difikirkan. main, main dan main. makan minum semua tanggung.


lagi..

Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.

Update: Dash Yonkuro
Dash Yonkuro

dan lain-lainnya?

polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. rindu kan zaman kanak-kanak kita?

memang sekali je akan muncul dalam kehidupan.

oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

notakaki:memang sume pun berkaitan dengan diri aku tym kecik2 dlu,peh memang rindu dengan itu semu..korang pulak mcm mane?




cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar