Friday, November 6, 2009

ukhwah atau ikhtilat?


(XX dan XY)

alhamdulillah..
telah tamat sudah imtihan dunia yang baru saje d jalani tuk 2ari..(2 ari je beb..)
usaha sudah,masa untuk tawakal dan berserah 100% kepada DIA...
(ayat skema yang selalu orang lafazkan)
tapi,sejauh mana dalam hati ni kita betul2 berserah diri dengan ketentuan ALLAH??
nak tak nak..mesti akan terdetik juge perasaan sebegini bila da dapat result nanti..
"kalaulah aku usaha lebih lagi"...."kalaulah aku tak padam jawapan aku"... "kalaulah aku jawab A dan bukan B"...dan bermacam2 lagi kalu yang bermain d benak dan juga bibir yang halus mulus itu...

bila berserah,maka belajarlah untuk redha..atau mungkin aku perlu cakap..
redha itu akan datang dengan otomatik tanpa d pakse jika semua pun betul2 berserah...
hmm,same2 aku kena renungi diri sendiri supaya aku juga betul2 berserah pada DIA selepas YAKIN dengan segala usaha yang aku dah lakukan...
keyakinan itu penting dalam mengharapkan sesuatu..
rugilah meminta berdoa dan berharap jika tiada yakin...(ALLAH itu adil)

ok,fullstop.!
bukan ini yang mahu aku repekan kali ini..
berbalik pada gambar utama yang telah aku campakkan d awal entry tadi..
pade sape2 yang bijak sana mesti pun tahu itu adalah simbol untuk sang teruna dan dara..(eceh2..)

aku bertanya pada dia,
"wujud ke ukhwah antara lelaki dan perempuan?"
dia hanya memandang ku blur sambil mengharap aku sendiri yang menjawab persoalan itu..
(sambil menunjukkan wajah YAKIN)
"kau tak terfikir ke itu hanya ikhtilat yang berselindungkan ukhwah?" aku tanya lagi...
dia hanya memandangku sambil mem'blur'kan muka sucinya itu..
aku sekadar tersenyum blur sebagai jawapan kepada muka blur nya itu...

ok,aku nak tanya korang2 sume..
sape pernah dapat mesej2 ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc daripada mereka yang berstatus ajnabi bagi diri masing2???
(aku terpaksa mengangkat tangan jujur mengaku d celahan ramai)

kemudian aku bertanya lagi,
"kenapa perlu hantar mesej2 islamik macam tu pada bukan mahram?"
dia menjawab..
"mungkin sebab nak nasehat aku melalui mesej,kalo buat depan2 kang bende lain pulak jadik"
ok,aku tanya lagi..
"kalo gune mesej,konfem ke bende2 lain tu tak kan jadik?"
dia senyap balik...(aku palingkan muka sebab tak nak tengok muka blur dia)

malas aku nak guna sistem dialog ni lagi..
aku mahu buat sistem gambaran/keperihalan pulak..
kalau d tanya pendapat aku yang masih lagi hina lagi dina ni..
jika d tanya pendapat aku terhadap lelaki yang 'send' atau lebih tepat 'forward' mesej2 islamik ini kepada wanita lain,
atas alasan mahu berdakwah/menasehat/mentarbiyah/etc..
aku akan cakap..
"kenapa mahu menjual agama?!"

tolong pahamkan betul2 kalimah ini..(takut ade yang salah paham dengan kenyataan insan hina yang banyak sangat dosa ni)
maksud aku dengan menjual agama ini ialah dengan menggunakan 'agama' sebagai alasan untuk mendekati atau menghubungi seseorang...
tidak salah mahu berkongsi bahan ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc kepada orang sekeliling..
tapi tak perlulah kepada mereka yang ajnabi,atas alasan ukhwah...(yeke?)
bagi aku,inilah jarum2 halus ikhtilat unutk merosakkan cucu cicit Adam..
dan bagi aku juga, si perempuan itu telah pun ada sahabat2 sejenisnya yang juga kerja meng'forward' bahan ilmiah/islamik/agama/nasehat/hadith/firman/etc...

dan aku juga terfikir,mengapa si lelaki2 umpama ini rajin menghabiskan kredit meng'forward' kepada si wanita melebihi rakan lelakinya sendiri..(cuba juga mahu bersangka baik)

bermula dengan ungkapan ukhwah berubah menjadi ikhtilat..
ikhtilat bukan ukhwah..
ikhtilat adalah percampuran, atau juga pergaulan.
ukhwah itu dibina atas landasan akidah yang sama,
tetapi ikhtilat itu tidak memerlukan apa-apa ikatan landasan untuk dibentuk atau dibina.
senang kata, tidak mungkin percampuran seorang lelaki dan seorang perempuan (berdua-duaan) itu berlaku atas nama ukhwah (yang dibina atas dasar iman dan takwa),
tetapi ianya hakikatnya adalah suatu bentuk ikhtilat yang ditanam atas dasar nafsu dan bisikan syaitan!


aku rasa ramai pun dah tahu apa dia batas2 dalam hubungan lelaki dan wanita ajnabi..
hakikatnya,memang kita umat Islam itu bersaudara..


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat: 10)

setahu aku,tak ade nas dalil atau hadith yang menyatakan muslim lelaki dan muslim wanita itu tidak bersaudara..kita semua pun bersaudara..(takbir!!!!)
apetah lagi ukhwah itu bermaksud 'persaudaraan'....
tetapi,janganlah menyalahgunakan istilah 'ukhwah' tersebut..

unfortunately,inilah masalah yang di alami rumaje2 sekarang..
perhubungan lelaki dan wanita ini tersangatlah bahaya..
walau hanya melalui mesej yang 'berbaur' islamik..
untuk apakah mesej2 sebegitu d hantar kepada mereka yang bukan mahram?
seperti yang aku katakan tadi...
wanita/lelaki itu masih ada rakan sejenis mereka untuk men'forward' mesej2 islamik sebegini..
tidak perlukan ihsan dari anda yang ajnabi!!!



(tolonglah jauhi ini)

sekuat mana hati kita mahu menahan segala jenis godaaan syaitan yang memang tak kenal erti putus asa..???(aku mengaku hati aku tak kuat)
ow,jangan jadikan agama sebagai 'tiket' untuk mendekati golongan bukan mahram anda..
aku bukan mahu buruk sangka tapi sekadar mahu melarang anda dari mendekati zina!

hati itu sangat senang berbolak balik dan bertukar rasa...
sungguh ini peringatan terutama untuk diri aku yang tersangat peramah dengan semua golongan..(aku juga manusia lalai)
dan juga tidak hanya meliputi kes 'mesej2 islamik'..
tapi juga dalam kehidupan sebagai pelajar...

selagi korang2 semua boleh belajar dengan kaum sejenis,jangan pernah sekali mendekati kaum berlawanan..
tolong hanya berhubung atas urusan2 penting dan yang tak boleh d elakkan..
selagi mana korang ada pilihan untuk pergi ke kaum sendiri,teruskanlah niat murni itu..
berhubung dengan berlainan jantina dengan perkara yang benar2 penting sahaja!!
(peringatan untuk aku terutamanya!!!!!!!!!!)

sebab,aku ulangi lagi..
sejauh mana la hati ni boleh menahan gelojak panahan rasa asmara seorang yang bergelar rumaje...(cewah)
sekali lagi aku tegaskan syaitan itu tak kan pernah buntu untuk sesatkan cucu Adam..

dan bagi mereka2 yang selalu meng'forward' mesej2 islamik kepada yang bukan mahram korang..
hentikanlah perbuatan itu kerana ia hanya mendekatkan korang pada zina hati..(nauzubillah)
dan tolong jangan jadikan ia alasan korang untuk berdakwah/nasehat..
(ingatlah jarum setan dan kondisi hati korang yg selalu menurun dari menaik)

dan nasehat aku lagi,maseh ramai lagi sahabat2 sejantina anda yang kegersangan 'mesej2 islamik' sebegitu...
bukankah itu lebih terjamin...(insyallah)
tolong jangan jual agama atas kepentingan peribadi diri sendiri!



sungguh Islam itu indah!

nota kaki: ow tadi aku melihat dia,sayu hati...sayu hingga mengalir air mata jernih ni..mungkin ini yang d katekan ukhwah..ergh,ego membataskan aku tuk mengatakan y aku rindukan dia..cukup ALLAH bagiku untuk segalanya..cukup dia menjadi milik ALLAH sepenuhnya..

cukup ALLAH bagiku~

3 comments:

Unknown said...

terkesan. syukran ingatkan. kepada Allah jugalah kte kembali.
eh??
najwa pki no lme ag ke??

khaleeftunggal said...

same2 kite berkongsi ilmu ye fareha..
hehehe~

no lame?xkot..
aku da gune clcom la..
nk no aku ko mitak le kt wawa..
tau2..

Nurin Farhanah said...

betul tu, kalau cakap dengan lelaki pasal hal belajar, kadg2 mesti melalut ntah apa2...haish...

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar