Saturday, October 31, 2009

jika Tuhan itu adil,kenapa ada neraka?

sekadar perkongsian yang aku dapat dari satu laman web..
sangat menarik untuk di baca bersama2...


Ini kisah benar.Kisah seorang gadis Melayu yang beragama Islam.Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar tahun 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun didenda.



Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz tersebut memberi nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "



nice one rite?
ke aku je berasekan begitu..
sometimes,we have to learn how to face with this kind of person..
so that, we have the answer towards their confusions for the sake of our religion..

(munkin akan ada org tanye balik,kalo Tuhan itu adil..kenapa ada orang jahat?)


cukup ALLAH bagiku~

5 comments:

Anonymous said...

najwa..
nice2..
ssungunhnya Allah tu mmg maha adil n penyayang..
stiap prkara yg dttpkn msti ad sbb n hkmah nye..

keep on writing okayh!!
waiting 4 de nxt post...

frm me
yg ske blog walking.. ;P

khaleef said...

ish..aku bukn yg ptame bg kumen..
hei2..
najwa..sile jwb sokln yg ko ajukn d akhir post tu..

"kalo Tuhan itu adil,kenapa ada org jahat?"

n aku tambah..

"kenapa xbuat sume org pn baik.."

sekadar pertanyaan..no offence k..

tokie_rox said...

assalamualaikum sahabatku...tiada kata secantik bahasa..article ni besh2!!..persoalan di akhir tu sama mcam ape yg aku pikiaq la mse awai ang tulis tjuk tu...tup2 ang dh tulis..uhui...jawapan leh jadi sama..leh jadi lain gak..macamana tu..haha

khaleeftunggal said...

anonym:
alhamdulillah..berkongsi dengan kadar masing2..

khaleef:
jakg aku jwb sokln ko eh..

tokie_rox:
sampai gak ko kt teratak mewah aku ni..
mahu d jwab persoalan itu?
sekali lagi aku bukan insan hebat untuk berkata2..sekdar ilmu yang masih xcukup2 d dada..

bg aku,Tuhan itu memang adil..
dah kate pn idop kt dunia ni berpasang2 an..

pompuan;laki
kecik;besar
tua;muda
malam;siang

dan bgitulah bila ada baik dan jahat dan syurga dan neraka..
kalu Tuhan buat semua orang pn baik..tak adventure la idop dunia ni..kosongla neraka nanti..
zabaniah tiada tetamu..

akal d kurnia unutk berfikir..
hm,munkin aku akan kupas bnde ni in d nex entry..
bg aku ruang utk menambh ilmu..insyallah~

Admin said...

Assalamualaikum.....

Jika Allah S.W.T membuat semua di dunia ini adalah sama..., maka dunia akan jadi sangat membosankan dan tiada hala tuju yang jelas...

Contohnya, jika Allah SWT hanya membuat semua orang kaya atau semua orang miskin, malah ada yang sakit dan sihat, kita tidak akan tahu bagaimana rasanya nikmat bersyukur atas kurniaanNya...

Lagi satu contoh.., jika Allah SWT membuat semua orang kaya, kita tidak akan tahu bagaimana rasa rendah diri apabila "menolong" orang yang memerlukan dan orang yang susah atau miskin tidak akan dapat belajar erti syukur semasa menerima bantuan orang lain...

Segala-galanya telah ditakdirkan dan ditentukan lebih awal sebelum kewujudan dunia / alam semesta.. Allah SWT adalah Yang Maha Esa. Dialah pemilik segala pengetahuan..., Pemberi kehidupan...

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar