Friday, October 23, 2009

sains yang berplagiat...


syukur Islam itu agamaku~



alhamdulillah..di larikan seketika daripada himpitan perasaan..
di terjahkan dengan perasaan gementar menghadapi exam yang bakal menjelang..
bergelar medical student ni memang la mencabar setiap organ yang berada dalam badan ni..
tapi inikan juga ilmu ALLAH..
bersyukur d beri kesempatan dan ruang untuk ini..
peluang untuk memahami apa itu sains walaupun kebanyakan ilmu sains yang sedang d pelajari itu sumbernya adalah alQuran..
buatkan diri ini berfikir..
"sains itu berplagiat"

ha,paham ke maksud plagiat tu?
kalau tak,sila lah rujuk kamus yang berdekatan ye..
ye betul...sains memang berplagiat
berplagiat dengan 'menciplak' fakta2 yang telah tercatat beratus kurun dalam alQuran..
segala penemuan terdulu atau terkini kebanyakkannya sudah pun termaktub dalam kitab suci ini..



walaupun ramai d kalangan mereka yang berjaya dengan teori2 yang d 'ciplak' dari alQuran
menunjukkan lagi betapa agama yang benar itu adalah Islam..(subhanallah)
bertambah lagi rasa syukur bila belajar mengenai sains yang sebenarnya sangat dekat Pencipta..
buat diri ini insaf dengan Maha Kuasa Si Dia...


1.bermula dengan teori kejadian manusia..
dalam Quran cakap..

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً (المؤمنون: 14)

kemudian Kami jadikan (air mani) sesuatu yang melekat, lalu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging" (23:14) .

dan adalah lagi sambungan mengenai proses yang berkenaan..
terperinci d nyatakan d dalam Quran yang suci lagi murni itu...
selepas itu,barulah sains berplagiat dengan konsep dan jalan cerita yang sama d dalam alQuran..
berdasarkan teori dan asas yang sama..
d mana secara ringkas bagi kami yang belajar growth of fetus ini..

dimana akan berlaku proses penempelan(implantation) d endometrium wall,
dan selepas itu embryo(daging) akan terbentuk dan bla,bla,bla..

ha,ini teori pendek yang d ringkas oleh saya..
samakan macam dalam Quran???
nak lebih lanjut boleh rujuk sini
seperti mana yang d ajar dalam lecture Dr San San Thwin..my anatomy Dr..
semuanya perfect sekali...

2. lepas tu,tentang kejadian langit dan bumi..
dalam Quran kata bumi...

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (سورة الذاريات;47)

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Di sini sekali lagi, perkataan langit digunakan untuk maksud ini.
Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta.
Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
munculah sains yang berplagiat dengan konsep atau teori 'big bang'


Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang..

ha,samekan dengan apa yang Quran dah cakap berkurun lama dulu??
yang baru d revealkan pada abad ke20..
kejadian langit dan bumi d mana adalah satu maka berlaku pengembangan dan setiap bintang2 mula menjauhi satu sama lain...
nak tau lebih lagi,sila baca teori big bang dan relatekan dengan nas2 yang berkaitan..

3. dan yang ke3 tentang formasi berlakunya hujan..
dalam quran kata

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ
وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ
يَسْتَبْشِرُونَ

Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

sains juga mula berplagiat dengan teori dan juga konsep yang sama..
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan.
Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.
.



Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan..

ini bukan saya yang cakap,tapi Quran yang cakap
dan d buktikan lagi dengan sains dan teknologi..
sains itu benar2 berplagiat..
hahaha~


************************************

ha,sebanrnya banyak je pun lagi kata2 ALLAH yang dah terbukti dengan sains dan teknologi yang ada..
sekali lagi d ingatkan..kos yang d ambil ketika dan saat ini sangat menarik jika di akhir nanti di kembalikan balik pada kebesaran Khalik..
betul,menjadi pelajar medik membuatkan diri ini lebih berfikir..
sebab dapat tau hal dunia dan berusaha merelatekan dengan kekuasaan ALLAH...

ini pun baru cket yang d kongsikan..
semakin belajar kt Uni-Kl tu..makin banyak yang tak tahu..
dunia itu harus diiringi dengan akhirat..
baru berkat..
insyallah~

sains itu menarik kerana ianya berkaitan denganNya..
dan sangat dekat sekali!!
moga2 ilmu yang di dapati itu berkat..!





No comments:

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar