Saturday, October 3, 2009

jangan malas nak bersyukur.



kisah 1

R: OMG! u all tau tak apa yg jadi tadi?(dengan muke cuak separuh mati)
N: Huh,apa yang dah jadi?
M: Tau tak bangunan lama tu dah runtuh time kitorang keluar tadi..!
N: bangunan mana? (maseh blur2 lg)
R: bangunan yang kat tepi jalan tu la..
N: Ya ALLAH..betul ke?! (separuh terkejut kot)
M: time pergi 7E tadi lah..kitorang dengar bunyi kuat..tengok2 dah runtuh dah bangunan tu..
R: remuk kot kete viva tu..
N: ada yang mati ke?
M: ade kot..aku dengar pakcek tu cakap tadi..(pakcek d tempat kejadian)
R: kereta viva tu dah memang remuk kena hempap dah pun,pastu de 2 lagi kete tak silap aku kena hempap..ramai giler orang kat situ tadi..
M: nasib baik kitorg park kete jauh sikit dari bangunan tu..kalo tak..tak tau la pe jadi..
(sambil tunjukkan gambar yg d ambil d tempat kejadian)
N: tu lah..alhamdulillah tak jadi apa2..mujur umur masih panjang lagi..
R: tapi tulah,memang tak sangka pun nak runtuh n kalau nak d pikirkan,sape2 pun boleh jadi mangse runtuhan tu..termasuklah kitorang yang pegi 7E tadi..
N: syukur alhamdulillah umur panjang lagi...


huh, tulah citer malang yang terpakse didengari kami serumah...
satu blok bangunan 7 kedai runtuh malam tadi...
(jumaat,9:30)
mujur lah housemate tidak terlibat dalam tragedi oktober tersebut..
masing2 pun mula ucapkan syukur...
syukur umur masih d panjangkan ALLAH...

tragedi macam ni..kat sape2 pun buleh jadi..
dengan muka cuak hosmatz pasti dorang lebih 'trauma' dengan kejadian ni..
saksi d tempat kejadian kot...~~

orang yang mendegar pun cuak..
apa lagi bila dengar ada yang terkorban..innalillah...
kejadian yang sebegini besar berlaku dengan sangat hampir...
dahla hari2 pun lalu kat tepi bangunan usang tu...

sedikit bernasib baik bangunan tu runtuh malam..
kalau siang mungkin akan lagi banyak mangse...
memandangkan lagi banyak kereta kat jalan time tu...

pagi je,terus belek2 surat khabar online...
maybe buleh share sikit dengan sahabat2 luar sane..


2 maut di hempap bangunan


viva in d house

IPOH: “Dua rakan sempat memaut tangan saya ketika saya merangkak keluar dari kereta, tapi sejurus selepas itu, satu lagi blok bangunan runtuh menyebabkan saya gagal menyelamatkan mereka.

“Saya hanya sempat melihat tangan mereka terkulai layu,” kata Abdul Qudus Ismail, 21, mangsa tunggal yang terselamat dalam kejadian sederet tujuh rumah kedai yang runtuh dan menimpa empat kereta di Jalan Kamarudin Isa di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, dua rakan Abdul Qudus yang menaiki Perodua ViVA dipandunya maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan sempat menyelamatkan diri.

Abdul Qudus yang cedera parah termasuk patah pinggang dan tangan kanan menceritakan detik cemas itu kepada abangnya, Abdul Naim, 28, selepas menghubunginya melalui telefon bimbit.

Dua rakannya yang terbunuh ialah Mohd Firdaus Mohd Norzila, 23, dan seorang lagi Zairee Mohd Sabri, 25.
Abdul Naim berkata, adiknya yang bekerja sebagai juruteknik komputer di sebuah syarikat di sini, menghubungi telefon bimbitnya kira-kira jam 10 malam bagi memaklumkan kejadian itu.


“Sebaik menemuinya di hospital, Qudus yang masih sedarkan diri, menceritakan detik cemas kejadian itu. Dia memberitahu, ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba bangunan lama di tepi jalan yang sedang dalam proses dirobohkan, runtuh dan menimpa kereta dipandunya.

“Adik saya sempat merangkak keluar menyelamatkan diri dan ketika itu dia memberitahu saya, dua rakannya memaut tangannya dan menjerit supaya mengeluarkan mereka, tetapi dia gagal berbuat demikian kerana berlaku runtuhan kedua meranapkan keretanya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata anggotanya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.50 malam dan mendapati empat kereta jenis Honda Accord, Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Perodua Viva berada di bawah runtuhan itu.

“Difahamkan ketika kejadian, kerja merobohkan bangunan berkenaan sedang dijalankan kerana sebuah jentolak masih berada di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan berkenaan semalam.

Zulkifli berkata, dua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.

“Mangsa yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama dan pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mencari punca sebenar berlakunya runtuhan itu,” katanya.

Manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut melawat tempat kejadian berkata, kerajaan negeri akan menghantar bantuan kilat kepada mangsa terbabit dalam tragedi itu.

“Selain itu, kita akan menyiasat semula sama ada notis kerja meroboh bangunan terbabit sudah dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk diserahkan kepada tujuh pemilik kedai berkenaan.

“Difahamkan, tujuh pemilik bangunan kedai lama itu sudah bersetuju untuk meruntuhkan kedai agar ia dibangunkan semula dan beroperasi seperti sediakala,” katanya.


sumber:hmetro.com

sebab tulah kite kene bersyukor dengan sebenar2 syukor...
walaupun sekecil2 nikmat...
syukur tu amatlah penting..
bayangkan 1nikmat d tarik..maunye hidop tak keruan..
merungut..mengeluh..memekik..meracau..melolong..dan macam2 lagi la..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(29:2-3)

ayat atas ni popular kot..
mujurlah kite ni umat nabi Muhammad..
segala azab bencana akan d tangguhkan sampailah hari akhirat nanti..
beza dengan umat Nabi2 terdahulu..
ingkar sikit..terus dah dapat azab..
ha,kan bertuah umat Nabi Muhammad ni..
so,ucapkanlah syukur kerana terpilih menjadi umat akhir zaman ni..
bagus2..muge sama2 pertingkatkan kadar kesyukuran dalam diri..

ingat,walaupun sekecil2 nikmat ye..bersyukur lah..
janganlah malas sangat nak bersyukur..
sakit itu juge nikmat..
susah itu juge nikmat..
perit itu juge nikmat..
kalau hidup kite berkat..
insyallah,akhirat nanti same2 kite selamat..
amin~

pandai2 lah bawak diri dalam dunia akhir zaman ni..





oh ye..sebelum mengakhiri entry kali ni..
ade 1gambar yg terpakse d upload...
no komen tuk gambar ni,


(kad ari raye yg kununye ikhlas tuk aku..xpe..aku bersyukur!)

cukup ALLAH bagiku~

1 comment:

uhibbunurilahi said...

hrmm~
btol3..
kne byk sgt SYUKUR..

peringatan juge utk kte, yg ajal tu ley kat mne2 je kan..dan semuanya atas ketentuanNYA..

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar