Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

anda berjiwa facebook?


tweet tweet...sms~

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim....

baik....aku datang lagi dengan entry 'gay' yang baru....eh2...tak2...bukan...bukan kali ni..mungkin kali lain aku akan buat tajuk 'gay'....tu pun kalau aku ada bahan tuk d jadikan repekan niyang rapik aku....
aku tak nak sebab 'gay' rating belog aku naik....walah! memang terlampau sangatlah kalau gitu kan....

tapi sebelum aku start mengarut aku nak aku, dan jugak sekalian pembaca maya untuk ingat sesuatu sebelum sambung baca entry aku ni...aku mulakan dengan soalan pertama....
soalan aku yang ringkas lagi pedas...dah solat ke belum??? kalau belum...sila angkat punggung dari depan laptop dan menuju ke ruang tandas tuk mengambil wudhuk serta mengerjakan solat....
ha! jangan tanya aku dah solat atau belum sebab waktu aku tulis ni adalah pada pukul 2:39 pagi...(sambil scrol jam laptop) erk...........~
tapi mungkin boleh tanya aku...dah solat sunat atau belum....terkedek2 aku nak jawab...
(hehehehe..tersenyum kamben)

aku nak ulas benda yang mudah dan simple pimple je ari ni...boleh baca sambil makan kacang cap ibu jari tu...tapi kalau ada allergic kacang yang akan menjadi punca kepada pembiakan jerawat....maseh lagi boleh baca sambil belek2 notes parasit dan patho yang tengah menggunung tinggi mencecah langit ke-7! (hiperbola sungguh...)

aku nak tanya lagi soalan...
siapa kat sini yang tak ada facebook...? konfem semua akan jawab ada kan?? sebab menjadi satu trend, remaja remaji serta pemuda pemudi dan juga para tua tui untuk ada akaun facebook...barulah ada life..bak kata orang penang....

"style bak ang..."

fenomena facebook yang aku sendiri tak boleh nak nafikan...sebab apa? sebab rata2 students (yakni aku..) akan menghabiskan lebih dari separuh hari untuk berfacebook...balek kelas..tak sempat salin baju...tak sempat bukak stokin..tak sempat tengok kiri kanan rumah...terus akan on laptop dan misinya hanya satu! FACEBOOK menunggu~

betul tak aku cakap ni? kalau tak betul pun...aku nak jugak buat2 betul...sebab aku pun macam tu jugak kadang2...erk,kadang2 kot....kot la...dan perkara pertama yang kita semua akan buat bila dah bukak facebook ialah:

  • pastinya akan meng'check' notifications yang berlambak2 tertera kat skrin laptop...
  • lepas tu akan baca dulu apa yang tertera dekat 'home'..sama ada 'top news' ataupun 'most recent'.....
  • dan kalau ada link yang menarik perhatian jiwa remaja korang tu...pasti akan right click dan open new tab....(betul tak?)
  • lepas tu pada sesiapa yang ada gelaran stalker terhebat tu pasti akan bukak macam2 page yang dia nak....tak kesah la kenal ke tak tuan empunya page tu...itu belakang cerita! nampak ada mamat cantek...click new tab...profile pic gambar gadis ensem..click new tab...nampak ada benda yang konon2 hot...gambar2 hot...semua pun akan click new tab! (ni pun 100% betul kan?)
  • dan mulalah stalk orang yang mahu d stalk...tanpa pengetahuan.. senyap2... sembunyik2...curik2...dan tanpa d sedari, banyak maklumat baru yang korang dah peroleh hasil intipan dan jugak risikan yang dah d buat....superb lah! maka tersengihlah korang sorang2 sebab MISSION ACCOMPLISH! berjaya jadi spy tak bertauliah yang berjaya~
  • dan kalau ada idea bernas lagi kreatif...korang pun akan rajinlah untuk meng'update' status supaya insan2 sekeliling dapat tahu apa yang terbaru....(alih2 tak sedar yang dah termelagho hampir berjam2)
ok....FULLSTOP!
itulah sedikit kronologi sejarah pembukaan akaun FB korang (termasuk jugak aku) betapa FB tu sangat2 mempengaruhi jadual dan aktiviti harian kita semua...tak sah kalau tak bukak sekali dalam sehari...tapi jika iman mampu tahan untuk tak bukak FB,baguslah...tapi,pasti hati sudah resah gelisah gundah gulana....

tak keterlaluan kalau aku cakap kat sini yang FB dah jadi terlalu sebati dengan jiwa...kalau lah FB ni manusia ataupun benda hidup...mesti FB ni akan jadi kawan baik kita semua...dan semua pun akan tulis status 'in relationship with FB'....ngeee~

FACEBOOK is my soul...

sebab apa eh aku cakap macam ni...sebab macam aku cakap tadi..bila sehari tak jumpa FB...boleh jadi makan tak kenyang...tidur tak lena...mandi tak basah...kencing tak lawas...ok..ter'over' pulak d situ....dah jadi peminat tegar FB! apa2 pun akan d beritahu d FB...semua pun akan d tulis d FB...semua pun akan d 'update' sebab nak nampak 'up-to-date'...
hehehehehe~

dan sebab apa FB ni boleh jadi 'kawan baik' kita semua...adalah sebab, segala rasa suka duka derita pedih perit saket semuanya akan d luahkan dengan jayanya d FB....sama ada penuh dengan ciri2 metafora ataupun hiperbola ataupun secara asonansi sekalipun...semua tu akan d tulis d FB....

'hati ku ada kamu....'
'maafkan saya jika telah melukai perasaan awak....i'm so sorry sayang'
'hari ni saya gembira sangat2...terima kaseh kepada yang membantu menceriakan hari2 saya...lebiu lah!'
'murtabak daging tadi sedap giler woh'
'geram betul dengan seseorang hari ni...apa,bajet kau bagus sangat ke? nenek aku lagi bagus!'
'adoi...esok kelas full sampai petang....T_T'
'pada sesiapa yang berkenaan,kalau ada nampak buku saya yang berwarna hitam pekat yang d percayai tertinggal d dalam lecture hall..sila pulangkan kepada saya ok..terimakaseh'
'harga minya naik lagi...hampeh punya kerajaan!'
'aku hanya insan biasa...aku tidak sempurna'
'Malaysia vs Indonesia Piala Suzuki hari ahad ni.....! go malaysia go'


**hanya rekaan semata2 dan tak ada kena mengena dengan sesiapa walaupun ada lah sikit2 hahahahhha!

haaa...tengok..macam2 jenis status hasil keluhan, luahan dan rintihan dari hati korang tu kan....yang tak terluah...yang tak tercakap...yang terasa d hati...yang berlegar d otak...yang terpendam...yang tersemat...yang terperosok jauh d dalam kalbu pun mampu d luahkan hanya kepada dia yang satu yakni FACEBOOK!
ow FACEBOOK.....i love you lah weyh~

daripada orang lain sekeliling tak tahu...jadi tahu...yang orang lain tak pernah ambil peduli..jadi peduli...yang orang lain tak pernah amek kesah...jadi kesah...semuanya sebab hasil taipan ringkas dari jari jemari yang gebu serta halus mulus itu....hebatnya kuasa FB ni....~

tapi aku tak nafikan pun ada je input2 bernas serta berguna daripada korang kat dalam FB tu... bagi hadis...bagi firman ALLAH...bagi kata2 motivasi...bagi kata2 alim ulama'...bagi kata2 semangat...bagi kata2 pujangga...yang itu memang ada pun..aku tak nafikan..tapi aku taknak fokus pada yang itu...sebab aku melihatkan pada situasi majoriti yang realiti d depan mataku ini....(cewah!)

baik,kembali kepada fokus utama aku! yang mana aku cakap tadi FB adalah segala2 nya...sebab apa...segala jenis bentuk status akan d 'update' oleh korang...rasa tak puas hati sedih marah geram benci saket emo suka gembira derita sengsara semua pun akan d taip dan d tulis dengan jayanya...senang cerita...FB tu dah jadi online diari dah bagi kebanyakan dari kita..(dear yayah...hehehe)

dan pada kebanyakan mata yang membaca apa yang telah d taip oleh insan2 len d FB pasti akan tertanya2...dan akan berlegar2 d minda...

'kenapa status dia marah2 ni? dia marah aku ke? tak kan sebab benda kecik camtu je nak marah...aku pinjam pemadam je pun..esok aku pulangkanla..'
'yeay..aku tau orang yang dia maksudkan tu ialah aku..'(perasan kan)
'eh..emo semacam je status dia ni..tadi ok je tengok'
'peh..apa men balas2 status ni...aku tak tuju kat dia pun status aku ni..sentap2...'
'erk...dia tak tuju kat aku kan status dia ni..tapi nape terasa cam dia tuju kat aku ni..aih~'

haaaa...ini pun satu masalah umat jugak ni...bab2 nak terasa kat status orang lain...kadang2 aku nak tergelak jugak...bila ada yang main balas2 status ni....walaupun si A tu tak tuju kat si B...tapi tuju dekat si C...si B ni pulak yang terasa...pastu berlakulah pergaduhan maya d FB tu....dan lagi teruk lagi..gaduh d alam maya terbawak2 sampai ke alam realiti....

pe kes we???? FACEBOOK je pun...aku ulang ye...FACEBOOK je pun....~
tak perlu nak bagi ruang pada FACEBOOK ni tuk mengacau bilaukan hidup korang2 yang sedia ada....kalau susah sangat ada FACEBOOK yang selalu buat korang terasa hati dengan orang lain...tutup akaun sudah....habis cerita.

sebab tu aku pernah tulis kat status aku lebih kurang cenggini la bunyiknye....

'bila FACEBOOK mampu mempengaruhi emosi,rasa dan derita...aduh! lemahlah jiwa manusia'

masalah jugak bila dah terlampau menjiwai FB ni...hidup boleh jadi tak tenang...terasa hati dengan si A....sebab status si A tu kononnya d tujukan pada korang...padahal mungkin tak ada kena mengena langsung....tapi kalau dah nak terasa tu..silalah kan....

dan ada pulak kisah, terasa dengan si A sebab si A tu tulis status yang khas untuk si B dan bukan untuk korang...pastu mulalah nak rasa cemburu...jeles...tak sedap hati...rasa saket...rasa pedih...rasa perit....adoi....~
(matanglah sikit wahai adik2 ku sekalian....hidup ni banyak lagi faktor tuk d ambil kira)

FACEBOOK tu hanya akan kekal sebagai FACEBOOK sahaja...benda yang tak bernyawa...tapi berbahaya kalau d salahguna...
jangan sebab FACEBOOK boleh bertukar mood...suka jadi duka...gembira jadi derita...dan jangan sebab FACEBOOK tu mampu buat korang rasa down..rasa perit...rasa saket...*rasa sayang hey rasa sayang sayang hey!

jangan letak FACEBOOK d jiwa...kelak boleh merana sengsara dek kerana dok melayan emosi yang tak henti2 tu...jangan d layan sangat perasaan emo tu...boleh jadi gilol....ha..gantikanlah status2 yang tah pape tu dengan status2 yang beri manfaat pada orang lain...

'sebaik2 manusia ialah mereka yang memberi manfaat pada orang lain'

akhir kata...kurangkan emosi..tingkatkan jati diri! zaassss~

notakaki: aku nak balek rawangku sayang...nantikan kedatangan adinda mu ini ok!

cukup ALLAH bagiku~

Friday, November 20, 2009

only for 90's baby

bagi korang yang lahir pada tahun 1990-an, gambar-gambar berikut pasti akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang penuh keseronokkan.

itupun kalau korang membesar bukan sebagai anak orang datuk datin lah. kalau main piano, biola etc tu lain cerita.

apapun masa kecil memang seronok. takde ape nak difikirkan. main, main dan main. makan minum semua tanggung.


lagi..

Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.

Update: Dash Yonkuro
Dash Yonkuro

dan lain-lainnya?

polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. rindu kan zaman kanak-kanak kita?

memang sekali je akan muncul dalam kehidupan.

oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

notakaki:memang sume pun berkaitan dengan diri aku tym kecik2 dlu,peh memang rindu dengan itu semu..korang pulak mcm mane?




cukup ALLAH bagiku~

Friday, May 29, 2009

darah anda

i got this facts from web in internet,of course..
juz wanna share it with guys out there..


DARAH 'O ' (dats me..)

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ' B'

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.



cukup ALLAH bagiku~


cukup ALLAH bagiku~

Thursday, May 7, 2009

mane satu ialah anda?~

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda
dalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
---
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat> belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6,
8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang> datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan
anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan
keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan,
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6,
9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling
anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1,
8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan
seorang yang setia dalam hubungan percintaan
. Anda suka perubahan dan
kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada
anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil
saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 3, 9.

no.7 ----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang
yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah
seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

ahaks..ana no 5..
kebetulan la sebijik 100%..
kuase tuhan..
ana da 'bold' yg berkaitan..

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar