Showing posts with label sains.alquran. Show all posts
Showing posts with label sains.alquran. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

apa maksud solat?


sujud pada yang ESA

innahuminsulaimaanawainnahubismillahirrahmanirrahim...(anNaml;30)
ringkas je petikan ayat Tuhan kat atas ni..dan ini memang tergolong dalam ayat yang aku amalkan..nak tau khasiatnye??

mengimbau detik aku mengenal ayat ke-30 surah AnNaml..sewaktu dengar ceramah seorang ustaz..(ayah aku mybe..)
selain daripada melengkapkan jumlah bilangan basmalah dalam alQuran setelah ketiadaannya dalam surah Taubah..
ayat ni juga merupakan ayat pengasih..(ooppss)
mengikut sirah,ayat inilah yang mula2 d tulis oleh Nabi Sulaiman sewaktu menghantar perutusan kepada ratu Balqis..(korg pun tau cte die en..)

menurut ustaz tu lagi..ayat berkenaan boleh digunakan tuk lembutkan hati orang,bagi orang suke kat kite..dan sebagainya..
bukanlah bertujuan tuk memudaratkan insan lain..
and,belive it or not..aku amalkan ayat ni..
dan alhamdulillah ianya berkesan..(ahaks~)
amalkan dengan hati yang ikhlas dan niat yang baik,insyallah berkesan..
ok..stop..sebenarnya ini juga mukadimah yang tersasar dari tajuk d atas..

aku mulakan dengan soalan..
'apa maksud solat?'
seingat aku..kalau dalam silibus subjek agama yang dipelajari dulu..
solat ialah perbuatan yang dimulai dengan niat..bla..bla..
uh,tapi itukan perbuatan dalam solat..
maksud dan perbuatan tidak sama..

samelah la..maksud makan dengan cara makan..
maksud tidur dengan cara tidur..betulkan aku jika aku tersalah..

ok,semua pun tahu..solat itu tiang agama,meninggalkan solat ertinya meruntuhkan agama..
peh,berat memang berat..
solat yang lima itu memang tiang agama dan tidak boleh d nafikan lagi..

solat merupakan perkara pokok ajaran islam yang suci lagi murni ni..
dan seharusnya di hayati agar betul2 meresap ke dalam sejenak ruang yang ada..
kita lihat,masih ramai umat Islam yang tidak solat dan bagi yang solat masih ramai yang tidak hayati maksud solat itu sendiri..(mungkin aku tergolong dalam dua golongan ini?)

ok,urusan sama ada solat itu d hayati dan d terima Tuhan itu kerja DIA..
tapi kita dapat tahu sama ada solat itu benar2 berkesan ke atas diri ataupun tidak dengan cara hidup sehari-harian..
maksud mudah bagi aku..solat itu ialah mencegah perbuatan keji dan mungkar..
so,bile seseorang melakukan solat tapi masih melakukan perbuatan keji..
maka,tiada gunalah solat itu
ataupun solat yang d lakukan masih belum mencapai maksudnya..

sekali lagi bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah..

yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..

  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!
  • -Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!
maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!
dan merupakan perkara pokok dalam kehidupan seorang Islam..
kalo dalam solat baik je tutup aurat..tapi lepas solat..aurat macam dah tak wujud dah..
pakai telekung waktu solat sebab WAJIB tutup aurat..
abes tu,kalo kat luar tu..gugur ke perkataan WAJIB tu..???
satu tindakan kepuraan yang tidak rasional..(lu pk la sendiri)

kenapa aku cakap solat kebanyakn kita semua masih tak mencapai maksud..
bila kita lihat berleluasanya maksiat dan masalah sosial yang melibatkan umat Islam sendiri..
ini petanda urusan solat masih tidak selesai..



hanya kita dan ALLAH saja yang tahu bagaiman solat kita..

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).

Tuhan dah cakap,hanya jiwa yang tenang je dapat kembali padaNya..macam mana nak kembali pada ALLAh jika solat pun tergopoh2..hati kecamuk..resah gelisah..ini konsep yang tidak betul..
(ya ALLAH..bantu kami semua)

kalau tengok dari segi sains..pergerakan dalam solat memberi banyak manfaat..
terutama ketika sujud,bila mana time tu kedudukan jantung adalah lebih tinggi dari kepala dan sekaligus memudahkan darah turun ke otak dan mencergaskan otak kita..

selain itu,pergerakan solat juga sebenrnya boleh bantu memantapkan sendi..(osteoarthritis)
'senaman' yang secara berterusan untuk mengurangkan rasa sakit..sebab meransang sejenis hormon..(endorphin) yang bertujuan mengurangkan rasa sakit...
Maha Suci ALLAH!

banyak lagi rahsia solat yang d terjemahkan dengan kajian sains..
terutama solat Subuh yang mewajibkan kita bangun awal dan sekaligus menyehatkan tubuh badan kerana kajian mengatakan..
mereka yang tidur kurang 8jam jauh lebih sihat berbanding mereka yang tidur melebihinya..
dan macam2 lagi..

sebelum aku undur diri aku nak utarakan pendapat aku ni..
baru2 ni kecoh bila mana Malaysia di katekan negara Islam tapi tidak menjalankan undang2 Islam..(hudud) bagi aku mudah saja..sebelum d islamkan undang2 sedia ada..islamkan dulu rakyatnya!
dan atas dasar ini,solat adalah jawapn bagi segalanya..dan lebih penting..
solat yang sebenar solat..kerna ianya mencegah kemungkaran..

hudud itu juga penting tapi bagi aku,solat adalah dasar dan perkara pokok yang harus d beri tumpuan..sepertimana ramai lagi kaum Adam yang tinggalkan solat Jumaat..bagai satu fenomena biasa..
tiada makna negara Islam jika menjalankan hukum hudud tanpa rakyat yang masih 'tidak Islam'..
akibatnya makin banyak salah faham dan masalah yang akan timbul..

aku tinggalkan dengan analogi ringkas..
hudud itu adalah satu gagasan besar yang kita mahu wujudkan di negara ini..
tapi,tanpa dasar dan asas dan tapak yang kukuh dan kuat..
mana mungkin gagasan itu mampu d junjung dan d relisasikan..

wallahu'alam

notakaki:mungkin boleh rujuk cara Nabi bangunkan kerajaan sewaktu masa dulu..dan insyallah akan aku cuba kupas d next entry agar ade yang sedar,utamakan yang utama itulah yang utama..usah d kaburi dengan benda picisan..usah d cantas dahan yang tumbuh meliar,tapi tebanglah hingga ke akarnya untuk digantikan dengan pokok yang lebih baik dan jitu..

cukup ALLAH bagiku~

Friday, November 27, 2009

luaskan yang sempit?


mind control

bismillah...sudah berada di rumah hanya untuk beberapa hari je pun..
sempena cuti 'raya eidul adha..
hanya beraya di rumah rawang saje..(tak balek kg k)
dan tadi pun sudah penat tolong mak masak d dapur..
(ow,aku lg banyak tolong tengok dari tolong masak!)
tidak apa-apalah..asalkan aku cuba untuk berbakti dengan meninjau ke kawasan dapur dengan lagak gaya YB..

harus lebih menghayati perayaan utama umat Islam ni..
walaupun majoriti umat islam Malaysia d 'sogok' dengan pemikiran sebaliknya..
yelah,kalau Raya 'Eidul Fitri..sebualn sebelum dah terasa bahangnye..
dengan rancangan TV,persiapan masyarakat,juga d meriahkan dengan bazar ramadhan
(jgn lupe duit raye juge)..

meriah memang meriah suasana raya puasa..

lain pulak dengan sambutan raya haji d malaysia ni..
tidak semeriah raya puasa walaupun raya haji lebih utama dari raya puasa..
mentaliti dan persepsi perlu d perbetulkan..
agar umat Islam lebih menghayati besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim demi cinta dan kasih padaNya..
(subhanallah!)

suasana pembelajaran d kolej juga meriah dengan pelajar ke hulu hilir dari kolej ke hospital..
segak dengan Dr's coat masing2..(bajet cam da houseman..)
belajar untuk berkomunikasi dengan patients dan juga kakitangan yang ada..
satu pendedahan yang bagus tuk 1st year student cam kami2 ni...
sebagai bakal doktor muslim,selalu d tekankan untuk berdakwah dengan pesakit kelak..
bekerja dengan orang sakit seharusnya menjadikan diri lebih dekat dengan Tuhan..
melihat kekuasaannya dalam merencana hidup..

senior pun selalu pesan..
"dengan patient ni kite kene selalu ingatkan dorg..tanya dah solat ke belum..ajar dorg macam mane nak solat dengan condition dorg..suruh doa banyak2 dengan ALLAH..bla3.."
ye,aku setuju dengan pesanan senior tu..dakwah itu luas..maksud aku sangat luas!!

tapi kebanyakan dari kita selalu menyempitkan konsep dakwah tersebut..(termasuk aku satu masa dulu)
membuatkan aku teringat kata2 ini sewaktu menghadiri satu majlis ilmu tak lama dulu..
(waktu ni da dekat sangat dengan exam)

"kita ini merupakan insan yang dipilih ALLAH untuk hadir ke majlis ilmu..d saat sahabat2 yang lain sibuk tengah study,kita dipilih ALLAH untuk menghadiri majlis ilmu yang dinaungi ribuan malaikat..menyemarakkan lagi sinar dakwah dan tarbiyah dalam diri.."

lebih kurang gitulah kate2 tersebut..
menyebut betapa beruntungnya kami meluangkan masa ke majlis ilmu sedangkan ada yang sibuk dengan study grouplah,discussion lah etc..
yelah,name pun dah nak exam kan..

tapi aku berfikir,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu??
kebanyakan mereka akan cakap, beruntung lah korang datang majlis ilmu dan rugi lah mereka yang tak datang tu..sibuk dengan hal dunia..bla3..
uh,betul ke pendapat sebegitu??
macam pendapat aku la,bukan ke study,study group dan discussion itu juga majlis ilmu..
so,tiada istilah untung dan rugi di sini..kerana dua2 pun majlis ilmu..
(betulkan kalo aku tersalah)

begitu juga dengan mereka yang rajin ke majlis2 ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya..
bagus sikap mereka..mengejar ilmu akhirat..alhamdulillah..
tapi kalau sampai pelajaran terganggu dan terabai dan kadang2 perlu repeat year..
macam mana pula?
maka,keluarlah berbagai alasan
"inilah ujian yang ALLAH berikan pada mereka yang jihad d jalan ALLAH," "mereka yang bawa agama ALLAH pasti akan d uji,"
dan macam2 lagi alasan untuk mempertahankan diri..
yakin benar bahawa segalanya ujian ALLAH..
persoalannya adakah ini ujian ALLAH atau bala ALLAH??
(nauzubillah)

mereka boleh berkata apa saja untuk mempertahankan diri..
aku juga boleh kata..kalo kita kejar akhirat,dunia pun akan mengikut sama..
tapi kalo dah macam ni pengakhirannya..sampai perlu repeat 2 3 kali..
ape kejadahnye sume ini??

bukan mahu mempertikai mereka tapi ini boleh jadi fitnah yang sangat besar untuk agama suci ini..
bila melihat mereka yang aktif berorganisasi berjemaah dan sebagainya tersungkur dalam bidang akademik..sayang seribu kali sayang..
d saat hanya perlukan masa 5tahun untuk menjadi doktor..dek kerana 'ujian' ALLAH ini, bertambah menjadi 6tahun,7tahun dan seterusnya..
d saat masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..
kite masih lagi 'tersekat' dalam pembelajaran..

dan timbul cakap2 nakal..
"ha,tulah..bz sangat g prog sane,prog sini,usrah sana,usrah sini..kan da fail"
tak pasal2 agama menjadi fitnah menyebabkan diri tersungkur d menara gading..

niat anda pergi ke majlis ilmu halaqah usrah taklim dan sebagainya itu baik..
mahu memperkembangkan Islam sekaligus menyebarkan dakwah..
tapi bukankah duduk d meja study,menyertai study group dan lain2 itu juga dakwah??
kenapa menyempitkan fikiran bahwa dakwah itu hanya perlu pergi ke majlis2 yang d nyatakan d atas..
bahkan,duduk d rumah belajar bersama,berjemaah bersama,bercakap perkara2 baik(ilmu) juga adalah dakwah..

sebagai pelajar,kita harus tahu d mana keutamaan kita..
bagi aku,seorang pelajar perubatan yang baru setahun jagung harus belajar sedaya mungkin kerna aku tau masyarakat sangat2 perlukan khidmat doktor muslim..(insyallah aku d antaranya)
kalau perlu repeat tuk 2 3 kali..maksudnya aku telah rugikan masyarakat d luar sana..
lagipun,berapa sangat jumlah specialist yang berbangsa melayu+muslim yang mampu menyebarkan dakwah d luar sana..
sedangkan aku masih terkapai2 menggapai ijazah..

"mengapa perlu disempitkan konsep dakwah itu.. tidak perlu pandai berkata2 untuk menyampaikan dakwah cukup dengan menunjukkan akhlak yang baik,tutur kata yang sopan"

kata2 yang membuat aku berfikir kembali..benar sekali!
konsep dakwah itu telah aku sempitkan secara tidak sedar..
aku pernah bertanya pada orang cerdik pandai..

"Ustaz,kalo satu hari nanti saya dalam persimpangan..sama ada mahu pergi usrah atau hadiri group discussion/study..apa yang perlu saya pilih?"

"pilihlah untuk study kerana itu keutamaan awak..bukankah itu juga majlis ilmu d samping awak dapat berdakwah pada kawan2 awak.."

kebanyakan orang akan cakap..
'pergila majlis ilmu tu.ALLAH akan tolong orang yang tolong agama ALLAH'
tapi bukan ke kalo aku study dengan kawan2 juga menolong agama ALLAH..menyebarkan ilmunya..berkongsi ilmunya..
hmm..

aku bukan mahu menghalang korang sume hadir majlis ilmu dan seumpamanya..
nanti ada pula yang cop aku ni anti majlis ilmu dan sebagainya..
uh,padehal aku tak pernah pun berkata begitu..
malah,aku cuba untuk hadir ke majlis ilmu yang berhampiran..

cuma aku mahu betulkan konsep dakwah yang secara tidak sengaja d sempitkan oleh sebahagian besar yang lain..
betulkan aku jika aku tersalah..sekadar berkongsi rasa..
aku ulangi,sebagai pelajar kita harus tahu keutamaan kita..
belajar itu dakwah,belajar itu majlis ilmu,belajar itu jihad dan belajar itu juga menolong agamaNya..

akhir kalam..SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA.



notakaki:jangan sesuka hati mentafsir kata2 ALLAH demi kepentingan diri sendiri..sebagai pelajar,kita perlu tolong agama ALLAH dengan belajar bersungguh2 agar dapat berbakti pada masyarakat sekaligus melebarkan komuniti dakwah kita..dekati majlis ilmu untuk bekal d sana juga d samping menjadi medan dakwah..luaskan yang sempit!

cukup ALLAH bagiku~

Friday, October 23, 2009

sains yang berplagiat...


syukur Islam itu agamaku~



alhamdulillah..di larikan seketika daripada himpitan perasaan..
di terjahkan dengan perasaan gementar menghadapi exam yang bakal menjelang..
bergelar medical student ni memang la mencabar setiap organ yang berada dalam badan ni..
tapi inikan juga ilmu ALLAH..
bersyukur d beri kesempatan dan ruang untuk ini..
peluang untuk memahami apa itu sains walaupun kebanyakan ilmu sains yang sedang d pelajari itu sumbernya adalah alQuran..
buatkan diri ini berfikir..
"sains itu berplagiat"

ha,paham ke maksud plagiat tu?
kalau tak,sila lah rujuk kamus yang berdekatan ye..
ye betul...sains memang berplagiat
berplagiat dengan 'menciplak' fakta2 yang telah tercatat beratus kurun dalam alQuran..
segala penemuan terdulu atau terkini kebanyakkannya sudah pun termaktub dalam kitab suci ini..



walaupun ramai d kalangan mereka yang berjaya dengan teori2 yang d 'ciplak' dari alQuran
menunjukkan lagi betapa agama yang benar itu adalah Islam..(subhanallah)
bertambah lagi rasa syukur bila belajar mengenai sains yang sebenarnya sangat dekat Pencipta..
buat diri ini insaf dengan Maha Kuasa Si Dia...


1.bermula dengan teori kejadian manusia..
dalam Quran cakap..

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً (المؤمنون: 14)

kemudian Kami jadikan (air mani) sesuatu yang melekat, lalu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging" (23:14) .

dan adalah lagi sambungan mengenai proses yang berkenaan..
terperinci d nyatakan d dalam Quran yang suci lagi murni itu...
selepas itu,barulah sains berplagiat dengan konsep dan jalan cerita yang sama d dalam alQuran..
berdasarkan teori dan asas yang sama..
d mana secara ringkas bagi kami yang belajar growth of fetus ini..

dimana akan berlaku proses penempelan(implantation) d endometrium wall,
dan selepas itu embryo(daging) akan terbentuk dan bla,bla,bla..

ha,ini teori pendek yang d ringkas oleh saya..
samakan macam dalam Quran???
nak lebih lanjut boleh rujuk sini
seperti mana yang d ajar dalam lecture Dr San San Thwin..my anatomy Dr..
semuanya perfect sekali...

2. lepas tu,tentang kejadian langit dan bumi..
dalam Quran kata bumi...

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (سورة الذاريات;47)

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Di sini sekali lagi, perkataan langit digunakan untuk maksud ini.
Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta.
Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
munculah sains yang berplagiat dengan konsep atau teori 'big bang'


Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang..

ha,samekan dengan apa yang Quran dah cakap berkurun lama dulu??
yang baru d revealkan pada abad ke20..
kejadian langit dan bumi d mana adalah satu maka berlaku pengembangan dan setiap bintang2 mula menjauhi satu sama lain...
nak tau lebih lagi,sila baca teori big bang dan relatekan dengan nas2 yang berkaitan..

3. dan yang ke3 tentang formasi berlakunya hujan..
dalam quran kata

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ
وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ
يَسْتَبْشِرُونَ

Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

sains juga mula berplagiat dengan teori dan juga konsep yang sama..
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan.
Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.
.



Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan..

ini bukan saya yang cakap,tapi Quran yang cakap
dan d buktikan lagi dengan sains dan teknologi..
sains itu benar2 berplagiat..
hahaha~


************************************

ha,sebanrnya banyak je pun lagi kata2 ALLAH yang dah terbukti dengan sains dan teknologi yang ada..
sekali lagi d ingatkan..kos yang d ambil ketika dan saat ini sangat menarik jika di akhir nanti di kembalikan balik pada kebesaran Khalik..
betul,menjadi pelajar medik membuatkan diri ini lebih berfikir..
sebab dapat tau hal dunia dan berusaha merelatekan dengan kekuasaan ALLAH...

ini pun baru cket yang d kongsikan..
semakin belajar kt Uni-Kl tu..makin banyak yang tak tahu..
dunia itu harus diiringi dengan akhirat..
baru berkat..
insyallah~

sains itu menarik kerana ianya berkaitan denganNya..
dan sangat dekat sekali!!
moga2 ilmu yang di dapati itu berkat..!





Saturday, June 6, 2009

kiamat 2012??

sebelum bermula kalam, mau buka ini entri dengan firman ALLAH SAW agar kalian sume tidak terpesong..


يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ
إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
Ertinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku;
tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.
kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi.
kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".
mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar
-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".
(QS. Al A’raf : 187)

apa ada dengan 2012??
pade yang sambut ari jd..epi futured besday..
pade yg nk smbut kelahiran..yeay2,jadi bapak..
mungkin ramai yang suda tahu,tapi de gak yang x tau en??
so,maybe entri kali ni bole bagi sedikit pengetahuan kat kite yang serba kurang ni..

sekali lagi,setelah sy wat kajian sikit..(bace,surf dll)
inilah yg dapat saya kongsikan pade sume bkaitan perihal 2012 yg agak kecoh..(kot)
ditegaskan lg, ini hanyalah berdasarkan kajian sains yg dibuat pihak berkenaan..
dan sy cuba kaitkan kembali dengan nas-nas yang telah ALLAH turunkan..
sy hanya mahu berkongsi (memandangkan sy minat akan astronomi..)

balik pade soalan pokok kite...2012..(suda berumo 22)
ngapain ribut2 pasal 2012??
ni nak habaq mai kat kome2 yang belum atau kurang atau betul2 tak tahu..

PLANET NIBIRU

meh nak tunjuk satu gamba ni dlu..

(planet nibiru-planet X)

gmba di atas adalah dikenali sebagai planet nibiru..(planet X)
planet ni NASA da jumpe stat dari tahun 1983 lagi..
n dari tahun ke tahun planet ni makin menghampiri bumi..
seperti planet2 yg lain,planet nibiru juge mengelilingi satu bintang..
kalo bumi mengelilingi matahari, planet nibiru mengelilingi bintang 'brown star'/ 'dark star'
(sesetengah kate ALICONE)

n kalo bumi berada dlm galaksi yg bernama 'BIMASAKTI'
nibiru juga berada dalam galaksinye yg tersendiri..(xtau name galaksinye..)
yg menariknya mengenai planet ni ialah..

ia dikatakan akan mengorbit mendekati bumi..
cam dalam gamba bwh ni..
planet nibiru ialah yg berwarne merah n bgitu juge orbitnya..
secare xlangsung orbit nibiru merentasi galaksi kita dan 'cut through' orbit bumi..

(gambaran nibiru dan orbit beliau)

planet ni akan lengkap berputar dlm orbitnya dlm 3600 tahun..
100kali ganda lagi besar dari bumi, lbey kurang jupiter r..
n NASA menjangkakan pade 21/12/2012 nibiru akan stat masuk ke kwsn orbit bumi..
pade waktu itulah akan berlaku mcm-mcm bencane alam..(wlwpun skang mmg da de)
para saintis jangka akan berlaku tsunami ke2,gempa bumi n mcm-mcm lagi..
yg pastinya bencana tersebut adalah jauh lbey dasat dgn yg pnah kita hadapi ni..

another facts dat i got is, nibiru hanya akan berkedudukan bersebelahan bumi..
n xkan berlanggar dgn bumi..
but still,effects die sgt besau tuk kehidupan d bumi..
d sebabkn tarikan graviti nibiru yg kuat..
n d katekan gak bumi akan berhenti membuta putaran alamnya selam 3 ari@1 week..
so bayangkan cmne manusie(kite) nk survive..(subhanallah)

pade mase tu kita akan nampak cm ade 2 matahari..

pade tarikh tersebut..(21/12/2012)
akan berlaku lah malapetaka yg paling besau dlm sejarah manusia..
kerna ia melibatkan bumi secar keseluruhannya..
dats y omputih mengatakan tarikh tersebut adalah the end of world..(doomsday)
tp, kite umat islam mmg xleh nk caye langsung fakta tersebut..(rujuk firman d atas)
juz wanna share dis dari kace mate sains..
n sy cube relatekan dgn islam sekaligus..(insyallah)

quran da kate..(ALLAH kate) kiamat akan berlaku pade hari jumaat..
n cube try masukkan tarikh berkenaan..
ari jumaat kan??(kebetulan yang amat dasat)

NASA gak ckp, planet ni leh di lihat dgn jelas pade mei 2009..
tp hanye d kwsn tertentu je..sbb planet sgt jauh dgn bumi..lbey jauh dari pluto..
n juge sbb die berputar berlawanan dgn bumi..
n hanye boleh d lihat d kwsn south pole..
dats y amerika telah bine satu pusat kajian kat kutub selatan as trackers nibiru ni..(facts gak ni)
nak tengok nibiru sebelah matahari..sini dan sini

(nibiru yg kecik tu..)

BANGSA MAYA

pe lak menatang ni ye??
bangsa MAYA ialah salah satu bangsa kuno yang wujud sejak sebelum masihi lg..
merupakan bangsa yg sgt tinggi peradaban..
melebihi kita yang hidup di abad ni...(serious..)
ini berdasarkan peninggalan mereka yang di temui..
cm tinggalan bangunan,pertanian dll..

ahli arkeologi ckp mereka bangsa yang paling tersohor sekali..
kerana punyai kepakaran dlm bermacam-macam bidang..
n juga bikaj dlm meramalkan sesuatu..
n kebanyakan manuskrip tinggalan bangsa MAYA menceritakan mengenai ramalan yg telah d buat..
dan sume ramalan tersebut terbukti berlaku d zaman ini..(tsunami,senjata nuklear,perselisihan)

kaitan mereka dgn 2012 ialah..
bangsa MAYA telah meramalkan pada 2012 akan berlaku sesuatu(end of times)
(dan sekarang saintis mengatakan nibiru akan menjadi 'jiran' kita pada 2012..)


peradaban pada waktu tersebut akan 'dihapuskan' dan digantikan dengan peradaban yang baru..
seperti yg di alami oleh bangsa MAYA tu sendiri..

melalui manuskrip Nostradamus..
diceritakan mengenai 'sesuatu akan berlaku' tanpa huraian yang lebih detail..
cuma banyak diceritakan mengenai kekacauan yang berlaku..(seperti sekarang)
bermula dari 3113 SM- 2012 M...

para ilmuwan masih berdebat pasal maksud sebenar "End of Times"..
sbb mengikut ramalan bangsa MAYA..
hanya 'sesuatu akan berlaku'
yakni pemusnahan dan penggantian semula...(wallahua'alam)

KESIMPULAN

kewujudan nibiru ni da lme da..cume x beritahu je oleh NASA..
sbb utame xtau nak kate pe..
mybe sebab malaysia still xde kepakaran n pengetahuan luas psal sains angkasa..
so,kite x d dedahkan dgn bnde2 sebegini..
padehal amerika n norway sudahpun wat persiapan dgn bekalan makanan n ntah pape lagi ntah.

so,kite sbgai umat islam..tau2 la ye 'bekalan' sebenar kita..
sbb kite xtau bile ajal mau dtg menjemput..so,bekalan n persiapan d lakukan hari2..(tol x)

mcm la kite sempat idop sampai 2012 ni..
so,xyah tunggu nk tau btol atau x ramalan ni..
umat islam de pegangan tersendiri..
n kupasan ini sbg memberi ingatan saje..
bukn suh korg tunggu 21/12/2012 n bertaubat pade 20/12/2012..(memandangkan soknye da kiamat)
nonsense!!!

pandang ianya dari sudut ilmiah dan sains dan teknologi..
even, dalam satu hadis Nabi, apabila malaikat jibril tanyekan perihal kiamat pade Nabi..
baginda bersabda,
"orang yang ditanya tidak lebih
mengetahui daripada yang bertanya"
(Hadis riwayat Muslim)

sungguh, hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar..
perkara mutlak yang pasti dan akan berlaku..
tapi,bersediakah kita??

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا
"dan tiada seorang pun dapat mengetahui(yang pasti)
apa yang akan diusahakannya esok"
(Luqman:34)

ianya hanyalah kupasan ilmiah yg sy mau kongsi..
muge beri manfaat pade yang membace..syukran jazilan..

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, May 31, 2009

manusia hina



mengenangkan kembali kepada hakikat kejadian manusia,
mengundang rasa kerdil dan hina,
dilahirkan dalam generasi yang hidup di akhir zaman,
membuka mata untuk berkongsi rasa duka melihatkan ragam remaja 'millenium' (kononnya..)

sikap tak tahu malu kian menghimpit,
buatkan penghuni dunia makin tersepit,
antara realiti dan fantasi,
mereka hidup dalam angan-angan sendiri..

hidup bagai selamanya,
tidak sedar ajal bakal menjelma,
lalu apa yang dibawa,
selain dari diri yang penuh hina?

bermula dari setitis mani,
sungguh terasa geli,
apatah lagi bila dikeluarkan dari tempat yang begitu 'seni',
oh..masih tak sedar lagi?

manusia memang begini,
tidak kenal erti mengenang budi,
pada Tuhan Yang Maha Mengasihi,
yang hanya di cari ketika bersendiri..

jika ditelusuri hakikat kejadian manusia,
sungguh diri akan terasa hina,
lalu akan kembali kepada Yang Maha Esa,
menangislah anda semahunya..

kembali kini ke alam nyata,
di zaman manusia berajakan nafsu semata,
bagai parut luka yang ditoreh kembali,
melihatkan mereka yang terkulai adalah bangsa sendiri,
bangsa Islam yang kian 'mati'..

mat rempit,bohsia dan bohjan,
menghuni dunia tanpa rasa segan,
seolah-olah dunia ini mereka yang pegang,
tak sedar azab ILLAHI akan menyerang..

tak kurang juga pada peneguk air setan,
meronggeng ke kelab malam walaupun dah beruban,
patutnya di usia begini di sarungkan serban,
menambahkan segala jenis amalan..

kalau ditegur yang muda,
"hidup untuk enjoy" katanya,
jika di tegur golongan berusia,
"time muda-muda dulu tak pernah merasa..."

makin dinasihati,
dikatakan 'busy body',
usah di ambil peduli,
mati nanti, kubur sendir-sendiri..

sebak dada mengenangkan mereka,
diperhambakan di depan mata,
bukan tidak tahu,
tapi buat-buat tak tahu..

bangsa melayu,
bangunlah kamu,
bangsa Islam,
tinggalkan zaman kelam..

namun diri masih mencari,
sekelompok insan yang masih mengerti,
hakikat sebenar hidup ini,
yakni sebagai 'abid,khalifah dan juga da'ie..

sungguh manusia ini hina,
dari mula hingga akhirnya,
pada mereka yang terus alpa dan leka,
hidup dengan penuh sia-sia..

pada mereka di luar sana,
diri ini sekadar mengingatkan semua,
muhasabah kembali hakikat diri kita,
tiada apa-apa tanpa redha dariNya..

selongkar dan koreksi diri,
dimana tahap iman dan jati diri,
agar hidup tak nafsi-nafsi,
sentiasa beringat agar terus berdiri..

pilihan di tangan sendiri..
mahu ini,

ataupun ini..


kerna diri ini hanya mahu memberitahu..
'sebagai seorang manusia,sungguh aku sayang padamu..'


"dan tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk
beribadah kepadaKu."
(51:56)

cukup ALLAH bagiku~

Friday, May 29, 2009

darah anda

i got this facts from web in internet,of course..
juz wanna share it with guys out there..


DARAH 'O ' (dats me..)

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ' B'

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.



cukup ALLAH bagiku~


cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar