Monday, May 18, 2009

puteriku sayang~

puteriku sayang, maaf kerana meragui keikhlasanmu..
puteriku sayang, maaf kerana berkasar denganmu..
puteriku sayang, maaf kerana menyebabkan jiwamu menangis..
maaf atas kekhilafan diri ini..

bukan setitis dua tangisan yang aku hadiahkan..
bahkan selautan tangisanmu gugur menjadi mangsa ketidak matangan diri ini..

sudikah diri ini dimaafkan untuk kesekian kali?
mampukah diri ini mengembalikan sinar tawa di bibirmu?
dapatkah diri ini menjadi sebahagian dari hidupmu?

sungguh engkau sahabatku dunia akhirat..
selangkah kau meninggalkan ku..
takkan sama dengan seribu langkah insan lain mendekatiku..

jangan pernah sekali meninggalkanku..
jangan pernah sekali melupakanku..
jangan pernah sekali mengabaikanku..
wahai puteriku sayang, sungguh engkau sahabatku..


p/s- pade mereka d luar sane,hargailah sahabat anda dan insan sekeliling.sesungguhnya mereka amat tinggi nilainya pada kita tanpa kita sedari.. dan buat puteriku, maafkanlah insan hina ini..

(sape leh tahan kalo tgk kwn nanges d sebabkan kite?? cukuplah sekali..tak kan ade yang kedua~)

buat puteri,andai anda membaca wadah ini..jutaan maaf ku pohon~

Friday, May 15, 2009

politik jap

Pas yang Aneh, UMNO yang Lemah

UMNO dan Pas. Bagi golongan yang fanatik kepada Pas, apabila disebut “UMNO” kepada mereka, secara spontan mereka menjawab, “UMNO, NO!”. Sebaliknya bagi golongan pendokong tegar UMNO, disebut kepada meraka Pas, secara sinis mereka menjawab, “Pas No!”.


Walhal Pas dan UMNO, kedua-duanya memiliki lebih banyak persamaan dari perbezaan. Kenapa susah payah sangat bekerjasama, bersatu atau berpadu?


Walhal Pas dengan PKR terutamanya dengan DAP, kedua-duanya memiliki banyak perbezaan dan sedikit sahaja persamaan. Maka masih boleh berlaku kerjasama dan pakatan mereka ini? Benar atau palsu, kekal atau sementara, jujur atau hanya sekadar sandiwara?


Pas kawan PKR, PKR pula kawan DAP. Kawan kepada kawan, sudah tentu kawan-kawan. Jadi, jelaslah terbukti Pas kawan DAP, DAP kawan Pas melalui PKR.


Pas selalu meletakkan syarat taktikalnya, Pas boleh bekerjasama dengan UMNO, dengan syarat UMNO menerima Islam sebagai dasar dan menolak ideologi sekular (?). Ini mungkin benar. Namun UMNO berhujah, dasar perjuangan mereka bukanlah Islam, tetapi ideologi mereka kebangsaan, namun matlamat mereka juga kesudahannya nanti adalah Islam (?). Dalam UMNO, Islam adalah salah satu dari cabang perjuangannya.


Namun, sekali lagi yang sahihnya ialah Pas mempunyai banyak persamaam dengan UMNO, dan sedikit perbezaan sahaja. Namun Pas tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

Pas pula pada mereka yang sama, mempunyai perbezaan yang begitu besar dengan DAP dan amat sedikit persamaan, namun masih boleh berkawan dan bekerjasama. Apa ertinya ini?

UMNO masih Islam, tetap Melayu, menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Ingin melaksanakan Islam menerusi ideologi dan metodologi kebangsaan. Pas tidak boleh bekerjasama dengannya.


DAP sudah tentu tidak Islam dan tiada Melayu jati, bahkan bukan sahaja tidak menerima Islam, malahan menentang Islam yang berkuasa. DAP menentang ‘konsep negara Islam’, pelaksanaan undang-undang Islam seperti Hudud dan menolak Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan pedoman utama Malaysia. Pas masih boleh kelihatan bekerjasama dengan DAP.


Rumusan awalnya, Pas tidak boleh bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO tidak boleh menerima Islam. Sebaliknya Pas masih dapat bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-duanya menentang Islam – negara dan perundangan Islam yang berdaulat

.

Aneh! Namun inilah realiti walaupun bukan hakiki. Hukum logik akal, menjelaskan yang menentang Islam (DAP & PKR) sudah tentu lebih zalim dari yang tidak boleh menerima Islam (sebagai dasar parti) iaitu UMNO. Sebab dalam UMNO, Islam adalah satu daripada cabangan-cabangan ideologinya sahaja, bukan induk dan pokok.


Jika UMNO dituduh zalim, maka zalimnya sudah dikenali dan difahami selok-belok dan sepak terajangnya. Tetapi zalimnya DAP kerana menentang Islam, masih tersembunyi kuku dan taringnya, jauh lebih bahaya dari kezaliman yang sudah dikenal pasti.


Kaedah fiqh ada menjelaskan, (jika terpaksa) pertimbangan dibuat dengan cara memilih untuk berkawan dengan keburukan yang masih boleh dikawal, menjauhi keburukan yang lebih besar dan tidak terkawal.

Kaedah fiqh syariah menetapkan, keutamaan untuk berhubungan dengan mereka yang masih melafazkan kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, walaupun mungkin mereka fasik atau munafik. Jika fasik dan munafik sekalipun mereka bukan dibunuh atau diperangi, tetapi hanya diawasi dan dipantau gerak geri mereka.


Berbeza dengan golongan kafir harbi. Golongan ini sentiasa menghalang Islam, institusi-institusi, simbol dan syiar-syiar Islam.


Memang pun DAP, tidak menentang Islam, apabila Islam itu lemah, umatnya mundur, tidak berkuasa, tidak berdaulat, tiada kekuatan dan kehebatan. Bahkan keadaan Islam, umat Islam dan parti umat Islam seperti ini akan di kawani mereka untuk dijadikan topeng, batu loncatan, hamba dan alat propaganda bahawa mereka ‘kononnya’ tidak menentang Islam. Bahawa mereka masih boleh berkawan dengan umat Islam dan umat Islam? Inilah hujah perang psikologi mereka:


DAP akan benci, menentang Islam dan umatnya, apabila Islam berada di luar kawalan dan pemantauan mereka. Apabila Islam dan kedaulatannya sedang di baik pulihkan, dan tidak bersedia menjadi hamba, boneka dan alat kepada DAP, maka Islam seperti kedudukan ini akan dibenci dan dimusuhi oleh DAP.


Abu Jahal dan Abu Lahab tidak akan menentang Islam yang lemah, namun mereka amat benci dan memerangi Islam yang kuat, benar dan berkuasa seperti yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W. Malahan Islam yang lemah itu akan di kawani dan dihambai oleh kedua-dua ‘Abu’ kejahatan itu. Menjadi alat mereka untuk diperkudakan.


Virus yang menghinggapi sebilangan isi hati pemimpin dan pengikut Pas ialah riya’, ‘ujub dan takbur keIslaman (?). Merasai, mengakui dan mendabik dada, bahawa mereka lebih Islamik dari orang lain. Mereka seakan-akan bertindak ‘memonopoli’ Islam, perasan segala kebaikan Islam milik mereka, segala keburukan di luar Islam dimiliki oleh UMNO.


Walhal kaedah fiqh menegaskan, bahawa jika kita betul, namun kita masih ada silapnya. Dan jika mereka salah, namun mereka masih ada betulnya.


Pendirian Islamik ialah, kami bukan segala-galanya. Jika kami betul, maka kami tidak betul kesemuanya. Jika mereka salah, maka mereka tidak salah kesemuanya.


Pendirian Islamik yang membuktikan taqwa dan tawadhu’ ialah, “mari kita bersama-sama bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati”. “Dan mari kita saling memaafkan, berlapang dada dalam perkara-perkara yang kita masih berbeza pendapat dan pendekatan”. Pendirian Islamik ialah, mari mengenali dan menghayati perbezaan pendapat yang di benarkan oleh Islam, dan mari kita jauhi perbezaan pendapat dan perpecahan yang di benci oleh Islam.


Pas selalu mendakwa bahawa mereka itu adalah doktor dan UMNO adalah pesakitnya. Namun ironinya, doktor pun sakit juga. Pas menghidapi ‘virus hati’: riya’, ‘ujub, takbur, pembenci, pendendam, pemburuk sangka dan pemfitnah.


Virus yang lebih kurang sama, ada juga pada UMNO yang menjadi pesakit tadi. Bahkan kedua-duanya masing-masing memiliki sifat, sikap, watak dan tabiat cinta dunia, pangkat, kuasa, kebendaan dan kemewahan, populariti dan glamor.


Namun kedua-duanya tetap masih ada aspek yang sihat, benar dan betul. Pada amnya, di dalam neraca ukuran kebendaan dan keduniaan, kedua-duanya ada baik-buruknya, positif dan negatif, sebagaimana sifat dan fitrah setiap makhluk manusia.


Dalam kerangka ukuran keduniaan, kedua-duanya sama baik. Namun baik lagi UMNO. Dan kedua-duanya sama-sama buruk, namun ralat lagi buruknya keduniaan Pas. Bayangkan dengan buktinya. Apabila golongan Islamik pun masih kasar, keras, taksub, kurang adab, sedikit budi kesopanan, kurang tarbiyah, lagho dan cacat peribadatan khususiyahnya (seperti taubat, jihad, solat, tilawah Al-Quran, solat berjemaah dan lain-lain).


Maka buruknya orang ‘beragama’ sudah tentu lebih hodoh dari buruknya orang jahil. Apabila golongan agama masih suka berniaga dengan modal fitnah dan tohmah, maka ianya lebih jelik dari golongan ‘juhala’ yang berpekerti yang sama.


Taksub kepartian dan fanatik kepimpinan adalah antara tembok pemisah kedua-dua parti umat Melayu ini. Pada umumnya, Pas mengalami sindrom terlebih Islam dari Islam, manakala UMNO pula terkurang dari ‘standard’ Islam. Islam kedua-duanya adalah Islam perlembagaan, bukan Islam dari Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W yang sebenar. Sewajibnya,kedua-duanya beramal dan bertindak untuk menjadi parti “Ummatan Wasathan” yang sebenarnya.


Apabila Pas dan UMNO, tidak mengenali lagi kawan-lawan. Kawan-kawan dijadikan lawan, manakala lawan pula dijadikan kawan-kawan. Bayangkan, jiran terdekat dimusuhi, lawan yang tinggal jauh dikawani dan didekati. Susahnya apabila ditimpa kesusahan dan kemalangan tanpa diduga.


Pas juga mensucikan diri mereka. Kemenangan sementara Pas itu adalah tercipta dari sikap ‘terlebih benci’ dan ‘terlebih ajar’ oleh para pengundi. UMNO pula bermimpi dengan mengagungkan diri sendiri. Pas jangan pula tertipu oleh syaitan, tidak Pas maka tidak sempurna Islamnya. UMNO pula jangan terperangkap dengan hawa nafsu, tidak UMNO maka tidak akan maju bangsa Melayu.


Seperti suami isteri, lelaki-wanita, maka Pas dan UMNO perlu kepada sinergi dan kolaborasi. Aspek sempurna Pas adalah menjadi kekurangan UMNO, dan aspek sempurnanya UMNO, adalah menjadi kelemahan Pas. Perlu saling melengkapi. Pas sendiri pun, bukan segala-galanyanya Islam. Sebaliknya UMNO sendiri pula, bukan segala-galanya cemerlang.


Hakikatnya, Pas lebih banyak digunakan oleh DAP dan PKR untuk memecahkan Islam dan umat Melayu. Berbanding dengan sedikitnya dan terhadnya Pas menggunakan DAP dan PKR.


Dalam pakatan ‘nikah kontrak’ ini gambaran adalah seperti berikut: DAP abang besar kepada PKR, PKR abang kecil kepada Pas, kesudahannya Islam tidak tegak juga.


Hakikatnya, Pas bukan berpakat dengan DAP (yang dianggap Pas kurang zalim berbanding dengan UMNO dan B.N). Tetapi realitinya, Pas berpakat dengan DAP (yang sebenarnya lebih zalim dari UMNO dan B.N) untuk menjatuhkan UMNO dan B.N (yang disangka oleh Pas lebih zalim dari DAP).


Hakikatnya, DAP menggunakan orang Melayu dan Islam untuk melemahkan orang Melayu dan Islam melalui slogan kebebasan, keadilan, ketelusan dan keterbukaan.


Rupa-rupanya keempat-empat slogan ini bukan bersaiz tubuh badan orang Melayu-Islam untuk memakainya secara melulu. Namun bersaizkan rangka badan musuh-musuh Islam. Oleh itu apabila dipakaikan kepada badan umat Melayu-Islam, nampaklah hodohnya, terlalu besar atau terlalu sempit. Slogan itu lebih banyak menjerat umat Melayu-Islam sendiri.


Sewajibnya, kebebasan itu dipantau oleh tanggungjawab dan kewajipan, keadilan diawasi oleh kebenaran, ketelusan dilaras oleh tapisan dan keterbukaan pula disaring oleh pagar sempadan. Jangan terpesona dan ternganga dengan istilah yang datang dari Barat itu. Sesuai untuk mereka, belum tentu sesuai untuk kita. Semak balik pendekatan ideologi itu dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.


Guna pakaikan neraca keimanan dan ketaqwaan. Jangan menjadi ‘pengguna buta’ terhadap istilah-istilah yang datang dari luar Islam. Bahkan Islam memiliki sistem dan mekanismenya sendiri seperti tasamuh, tanawu’, takaful, takaluf, tanzim, tasawuf, tatawur dan tasawur.


UMNO, hanya merasai nikmat perpaduan melalui keMelayuan – Kebangsaan. Parti ini tidak mengetahui betapa berlipat gandanya nikmat melalui perpaduan Islam sesama Melayu dan faedah perpaduan kebangsaan dengan bangsa-bangsa lain.


Pas pula, hanya terpenjara dengan nikmat perjuangan melalui perpecahan, walhal betapa nikmatnya perjuangan melalui persaudaraan Islam sesama Melayu tidak mahu dirasainya.


Sampai bila Pas den kepimpinannya hendak berlagak menjadi juara, hero, hebat dan ‘ego-Islamik’ melalui permusuhan yang sengit dengan UMNO? Amat difahami bahawa jika ada pemimpin P.T.O Pas yang lebih tasamuh dan kompromi dengan UMNO, maka pengikut Pas yang ‘ditarbiyah’ sekian lama dengan label ‘UMNO Toghut, UMNO sesat, UMNO murtad’ dan lain-lain, akan menganggap pemimpin itu sudah tidak hebat lagi, tidak jaguh, sudah menjual agama dengan harga murah dan menjadi musuh dalam selimut; dicurigai.


Walhal amat banyak Pas mendapat faedah dari hasil dan produk idea dan program yang dilaksanakan oleh UMNO melalui kerajaan. Hal ini adalah haram untuk diakui oleh Pas dengan ikhlas kerana Allah.


Begitu juga UMNO, ceramah, syarahan, teguran dan kritikan Pas terhadap suasana kehidupan dalaman keIslaman pemimpin dan ahli UMNO, wajar diterima dan dihayati.


Walaupun akhlak dan budi pekerti Pas tidaklah bertaraf cemerlang; tiga, empat atau lima bintang, namun banyak hamburan dan imbauan mereka sepatutnya diterima pakai oleh UMNO, terutama mengenai keperibadian muslim, mukmin dan muttaqin.


Pas dan UMNO bukan mengalami ‘blocking’ keIslaman sangat, tetapi lebih kepada sekatan dan kekangan peribadi, persepsi dan keegoan para pemimpin dan pengikut.


Terlalu sedikit dalam amalan Pas mengikut Islam. Pas mengikut Islam hanya dalam idealisme dan slogan sahaja. Lebih banyak lagi Islam ditarik untuk mengikut rentak tari Pas. Dalam Pas, Islam ikut Pas lebih banyak dari Pas ikut Islam.


Hampir sama corak dan gaya Islam dalam UMNO. Islam dalam UMNO, adalah ‘Islam upacara’, Islam perlembagaan, Islam yang telah ‘ditempatkan’ peranannya, dan telah diatur skrip dialognya.



cukup ALLAH bagiku~

Thursday, May 14, 2009

kau.aku

kisah 4

"nape dgn ko ni?" tanye ana bila lihat shbt sy sedang termenung..
"aku tak tau r..pale aku pening ni.." jawabnye ringkas..
"ko pikir psl pe??cube xplain kt aku..ne tau aku leh tlg," pujuk sy lembut..
"aku..aku ulang kesalahan lame aku lg.Penatla..aku da tobat dlu,nanges2 dpn Tuhan..tup2 aku ulang balik dose aku tu,"sedikit getar nada suaranya..
"maksud ko, kesalahan ko yg ko penah jnji kt aku yg ko xnk ulang?kesalahan ko yg 'itu' ke?" tanya sy,sedikit meninggi suara..
perlahan rakan sy mengganguk..
'astaghfirullah...' serentak sy beristighfar..

"aku bukan ape,ko pun tau wlwpun aku ni nmpak xjahil tp aku jahil. aku cube klua dari kjahilan aku tu.
aku igt aku da bjaye.
tp ntah mcm mane, aku patah balik wat prangai lame aku tu..
aku xkuat nk hadapi dugaan ni..
ntah brape kali aku jnji xwat lg. tp aku wt jugak.
kalo bukn esok,luse.. kalo bukn luse, minggu depan.. kalo x pn, thn depan aku ulang balik dose aku tu..
aku penat la idop mcm ni.. aku xtau nk wt cmne lg..
wlwpun aku aktifkan dgn aktvti usrah,tp ati aku ntah ke mane...
aku xtau nk wt pe lg dah..
sampai satu mase, aku rase usrah tu menyusahkan aku..aku rase mutabaah tu merimaskan aku..
aku keliru dgn ape yg aku rase skang ni..aku nk deka tdgn DIA tp aku xtau nk wt cmne..
aku nk dekat dgn DIA supaye aku xulang dose aku..tp..."

ana sekadar mendengar luhan perasaan shbt sy..
buat pertame kalinya ana xtau ape yg perlu dikatekan..
dari sinar mate,ana dpt rse yg die sudah lost dlm idop ni..

"aku xske perasaan aku skang ni..aku btul2 xske dgn fikiran aku yg sedang celaru ni..
hinenye aku bile terlibt dlm aktviti ag,tp dlm mse yg sme aku ulang kesalahan lme aku..
kesalahan lme aku yg aku xtau cmne nk get rid off from my life..
aku bingung la..nape aku rase mutabaah tu mcm xperlu r??
serius,aku rse mutabaah tu membebankan aku..
aku rse xperlu peng'follow up' ni..
aku rimas..
biarlah aku jalani idop aku sendiri..
ibadah aku biar aku yg tentukan..xyah nak catit2 dlm jadual mutabaah tu..
skadar bg kt naqibah utk pe?? spaye die tau kite ni b'ibadah atau x kt uma..
itu hal aku dgn DIA, nape nk kne ade jadual2 plak ni???
kalo aku xbgn qiam,naqibah tegur nape xbgn..
kalo aku bgn qiam smate2 spy x d tego naqibah aku..bek xpayah..
kalo aku bgn qiam smate2 nk tunjukkn kt naqibah aku yg aku rajin qiam..bek xpayah..
smate2 xnk malu dpn kwn2 mad'u aku..bek xpayah..
aku rimas la dgn mutabaah ni..
aku xtau same ade perasaan rimas aku ni berasas atau x..
aku betul2 xtau.." kata shbt ana sambil berlalu meninggalkan sy sendirian..


sy juga xtau ape yg perlu d kate..

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, May 10, 2009

~KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS~

(maaf kualiti gambar tidak memuaskan)

event: konvensyen berakhirnya agenda zionis
venue: dewan merdeka PWTC
tarikh: 9 mei 09

alhamdulillah~
byk input yg ana dpt sepanjang konvensyen tu..
terutamenye tuk sedarkan para belia mngenai apa itu zionis dan pekara yang bermain di sekitarnya..
wlwpun bile ana toleh blakang ramai jemaah yg terlelap..
maafkanlah kekhilafan mereka..
insyallah,pada mereka yg tak berkesempatan utk memeriahkan majlis..
mungkin summary dari ana dpt bantu sahabat2 d luar..
n ana hanye nk fokuskan tentang usul from one of d speker which is
DR AZZAM TAMIMI
d mulakan dgn persoalan..

1. apa itu zionis?

-mencari penjelasan yg ringkas lg padat dpt d simpulkan bahwa ZIONIS merupakan satu IDEA/PEMIKIRAN utk membawa rakyat
YAHUDI menetap secara total d bumi PALESTIN

terdapat beberapa slot yg amat menarik utk d utarakan d sini..
terutamanya slot yg d kendalikan oleh DR AZZAM TAMIMI..
sesungguhnya pandangan dan hasil kajian beliau sgt menarik utk d paparkan..
beberapa fakta yg perlu d highlightskan d sini

*Persidangan Balfour 1917 (titik tolak penempatan YAHUDI d PALESTIN)

- kita menyangka
Zionis Yahudi yg mahukan tanah palestin sbg negara baru mereka TETAPI
yg mahukan tanah palestin ialah
Zionis Kristian
- hakikatnya,gerakan zionis terdapat pembahagiannya.Antaranya seperti yg d sebut d atas.
- ironi lg,sewaktu persidangan tersebut,hanya terdapat seorang sahaja Zionis Yahudi, yg lainya
adalah Kristian Yahudi
- d katakn lg,nama2 yg d canang sbg penempatan yahudi bukanlah palestin,tetapi negara spt
kepulauan cyprus,uganda dll..


~hanya Zionis Kristian sj yg mahukan Yahudi d tempatkan d Palestin krn..(perlu d ketahui bahwa mereka punyai agenda tertentu thadap Yahudi) mereka percaya bahwa al-MASIH tidak akn dtg selagi Yahudi tidak d kumpulkn d Palestin

~Palestin d pilih krn merupakan 'center' bg kerajaan turki uthmaniyah jd mustahil tuk kembalikn empire caliph

~
Zionis Kristian d asaskn oleh Martin Luther (protestan) n mpunyai agenda tersendiri utk memusnahkan Yahudi,melalui gerakan Zionis.

2. bagaimana mahu menyeru Yahudi berpindah ke Palestin?

- spt yg kita tahu,Palestin buknlah pilihan pertama mahu d dirikan penempatan Yahudi.
- lalu d wujudnya HITLER utk menakutkan Yahudi dgn segala mcm penyeksaan y d lakukan.
- d wujudkan melalui HOLOCAUST y menambah takutkan lg kaum Yahudi,lantas mmbuatkan
mereka berhijrah ke Palestin

melalui usul y d berikn oleh DR, dalang d sebalik semua ini ialah ZIONIS KRISTIAN y memperkudakan ZIONIS YAHUDI wallahu'alam~

apabila d soal mengenai prinsip DR yg tidak mempercayai akn kdtgn AL-MAHDI,ana kagum dgn
jwpn yg d berikan..
benar bahwa kbykn hadith yg menyatakan akn dtg AL-MAHDI dtgnya dri hadith daif,
katanya beliau tidak akn tggu kedtgnnya kerana ALLAH TIDAK AKN MENGUBAH NASIB
SESUATU KAUM JIKA IA SENDIRI TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA..

lalu,kenapa perlu menunggu??sedangkan kita perlu bertindak selagi mampu..
menunggu pertolongan ALLAH tnpa berbuat apa2 adalah sia2..

hakikatnya,benar akn apa yg d perkatakan DR, anda perlu lihat sendiri btapa bersmgtnya beliau apabila d persolakn prinsipnya itu..
ana dpt rasakan kebenaran dlm kata2 nya itu..

insyallah n afwan..
tidak byk input yg dpt ana kongsikn bersama..
kelemahan diri sendiri..

jika terdpt kesilapan spnjg rumusan ringkas ana,
harap ianya d maafkan..
muge2 dpt d adakn lg konvensyen spt ini d mase dpn..
insyallah~
credits given to aman palestin n pembina

cukup ALLAH bagiku~

Thursday, May 7, 2009

mane satu ialah anda?~

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda
dalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
---
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat> belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6,
8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang> datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan
anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan
keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan,
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6,
9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling
anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1,
8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan
seorang yang setia dalam hubungan percintaan
. Anda suka perubahan dan
kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada
anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil
saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 3, 9.

no.7 ----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang
yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah
seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

ahaks..ana no 5..
kebetulan la sebijik 100%..
kuase tuhan..
ana da 'bold' yg berkaitan..

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar