Friday, February 12, 2010

sengaja berdosa?


masih ada yang tertinggal?

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmnanirrahim..

alhamdulillah medan peperangan dunia telah aku tempuhi dan walaupun tak berapa nak berjaya menempuhnya..aku redha saje..(banyak gle careless mistakes!)
dan aku harapkan yang terbaik tuk semua orang..
dan andaikata aku gagal dalam periksa kali ni..(isk3~)
biarlah gagal yang berkat dari berjaya yang penuh dengan murka...
insyallah!
keberkatan tu yang paling penting..
muge kita semua beroleh keberkatan tersebut..AMIN!

sungguh macam2 ragam yang aku dapat lihat bila exam menjelang..
dan semua pun akan pulun habis2..dan aku yang perasan pandai ni pun turut pulun sama!
dan semua pun rajin stay up tuk study dan juga tuk qiam barangkali...(erk!)
aku memang suka berbaik sangka dengan orang sekeliling yang mata bengkak2 sebab tak cukup tidur..
mungkin mereka tidor lambat sebab bersengkang mata solat sunat bangun malam semoga Tuhan permudahkan urusan!
wah..hebatlah semua orang!
(sungguh aku tiada niat memerli sesiapa)

dan aku juga termasuk dalam golongan yang d sebut d atas..(sungguh iman aku masih lemah)
hanya carik Tuhan bila dalam kesusahan dan bekeperluan saja..
memang susah untuk istiqamahkan diri bila selalu lalai dan terlupa dengan permainan dunia!

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak,
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya.
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu
(AlHadid:20)


dan bila saat2 macam ni aku akan cuba elakkan untuk sengaja melakukan dosa walaupun aku selalu gagal dalam cubaan tersebut..
sebab aku tak nak DOSA-DOSA aku jadi penghalang pada kejayaan aku dalam hidup dan juga akhirat..
erk..macam mana bila kita sengaja biarkan diri kita berdosa?
dosa yang ada pun tak tertanggung..d tambah lagi dengan dosa yang sengaja d lakukan..
ow..sungguh la aku akan terbakar hangus dalam neraka kelak! (na'udzubillah)

dan d sebabkan aku perasan yang aku ni banyak dosa dan hidup tak lama..
aku cuba untuk berusaha tak lakukan dosa dengan sengaja sebab banyak dosa yang sengaja yang aku dah lakukan selama aku hidup...
jadi aku tak mahu tambah koleksi dosa aku dan meninggal dalam keadaan hina tanpa amal yang boleh bantu aku kat alam sana..(sakit la badan aku kena sebat dan pautan kuku mungkar nakir nanti!)

satu situasi bila seseorang mengajak aku..
'jom pegi tengok wayang citer valentines bla3..bla3..'
'taknak2..haram2..'
'la bukan pergi sambut valentine pun..g tengok wayang je..'
'tak nak2..haram2..'
'ish ko ni..tengok citer je pun dengan kawan2..'
'tak nak la..bila dah campur halal dan haram otomatik HARAM,
aku tak nak tambah dosa aku yang dah memang banyak ni..nanti jadi penghalang
pada kejayaan aku pulak..dan aku pun tak nak dosa korang sume halang pada kejayaan korang..'

perasan bagus kan ayat aku kat atas tu?
dan menipulah bila aku kata aku tak pernah pergi tengok wayang..
pernah je pergi tengok dan kali terakhir aku tengok ialah tahun lepas..uhuk3~
padahal waktu tu aku dah tahu mengenai status keHARAMan ye..
(sekali lagi iman manusia itu bertambah dan berkurang)

Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari dan Muslim)

halal dan haram itu sememangnya d pisahkan oleh satu garis halus yang kita tak pernah hiraukan..dan buat2 tak tahu dengan hukum ALLAH..
perkara yang mulanya HALAL akhirnya d akhiri dengan HARAM..
dan apa2 perkara yang membawa kepada HARAM itu adalah HARAM..
aku bukan suka hati nak jatuhkan hukum ALLAH dengan ikut nafsu serakah aku ni..
tapi itulah ketetapan ALLAH...

setiap perkara ada batasan dan kawalannya..
dan selamatlah bagi mereka yang sentiasa menjaga batasan tersebut...insyallah!
dan kalau orang tanya aku kenapa tengok wayang itu haram..
aku akan cakap, benda yang membawa kepada HARAM ialah HARAM..

Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang telah dihalalkan Allah, dan janganlah kamu melewati batas, sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melanggar batas. (Al Maidah: 87)

HALAL dan HARAM itu telah jelas seperti yang Nabi sabdakan..

pergi tengok wayang bersama rakan semahram adalah HALAL..(pada asalnya)
tapi bila menuju ke panggung yang semestinya berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram ianya adalah HARAM..(pada akhirnya)
dan Nabi suruh kita tinggalkan perbuatan tersebut kerana itu lebih baik..
janganlah kita semua gatal2 menghampirkan diri pada perkara2 yang HARAM kerana takut nanti akan terjerumus terus pada keHARAMan tersebut..

jauhi perkara syubhat...(samar2 itu adalah lebih baik d tinggalkan)
dan inilah dosa yang dari kebanyakan kita senagja lakukan atas alasan..
"ala,aku pergi dengan kawan2 sejenis aku la..bukan dengan laki/pompuan..."
tapi macam la korang semua tak tahu dalam panggung tu macam2 jenis orang dan maksiat yang terjadi..tapi korang hanya duduk dan gelak terbahak2 sambil membiarkan maksiat berlaku depan dan belakang mata korang..
sambil dalam hati berkata..
"ala,aku bukan buat benda2 tak senonoh tu..at least aku cegah dengan hati benda2 tak senonoh tu.."
dan berjalan pergi dengan perasaan korang dah cegah maksiat dengan hati dan perasan baik sebab tak buat benda tak senonoh tu...
(ow adakah korang tak tahu korang pun dah bersubahat sekali?)
sebab tu Nabi suruh tinggalkan perkara2 yang menghampiri kepada benda2 HARAM ni sebab nak jaga korang daripada hampiri zina!

zina apa?
zina mata bila korang dok curik2 tengok pasangan yang ada tengah bermanja asrama dana sambil korang pura2 beristighfar dalam hati tapi masih meneruskan 'skodeng' korang tu..alahai la korang2 semua ni..namun dalam hati korang masih cepat membenci maksiat tersebut..(bagus3)

zina kaki bila korang sengaja melangkahkan kaki ke dalam tempat yang konpem2 ada maksiat dan perkara mungkar..namun korang tetap selamba badak dengan alasan korang tak buat benda2 tak senonoh tu dan korang dah pun cegah maksiat dengan hati..

dan korang juga sengaja buat dosa bila dekatkan diri dengan zina..
(ow berdosanya aku dulu)

dan hakikatnya memang banyak dosa yang kebanyakan dari kita sengaja lakukan dosa tersebut walaupun dah tahu dan ada ilmu..
tapi tetap tak berguna sebab tak amalkan ilmu tu..
sungguh rugilah mereka yang demikian..
muge2 hati2 kita semua ni tetap dan teguh dalam hindarkan diri berdosa dengan sengaja..

sebab hakikat manusia yang suka menghalalkan apa yang telah d haramkan sebab ikut nafsu dan jadi hamba nafsu yang tak pernah jemu2 menipu..

aku pun taknak membebel banyak2 kali ni sebab kena kemas barang tuk kem petang ni walaupun aku sebenarnya malas nak pergi lepas tau apa tujuan asal kem tersebut tapi berbaik sangka adalah jalan terbaik sekarang ni dan muge aku dapat kebaikan bila kat sana nanti..


notakaki:ok,dompet aku telah hilang dan itu sangat2 menyedihkan hati aku!hilanglah kad atm aku dan juga lesen yang berharga.mujur ic maseh selamat! dan lagi sedih bila cek bank yang bernilai rm1+++ juga jadi mangsa.apatah lagi satu2 nya gambar aku dengan DIA terkubur sama.tp alhamdulillah dah jumpe dah wallet tu....wahahahahaha!

cukup ALLAH bagiku~

Tuesday, February 2, 2010

siapa aku?


(ini bukan aku)

innahu minsulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

sekali tengok tajuk kat atas tu macam aku nak promote diri aku kan?
aku memang selalu perasan bagus dan femes antara semua yang ada d alam fana ini..
(hakikatnya aku memang femes!)
ow apa2 lah najwa..ko memang femes pun..fullstop!

sebenarnya ini hanya entry merepek yang aku sengaja tulis tuk bagitau kat orang yang berada d luar sana siapa aku yang sebenar..(ade sape ke yang nak tau sape aku?)
dan sebelum korang menyampah dengan ayat2 aku yang bakal berbaur pujian pada diri sendiri,sila hentikan bacaan korang!

sebab kalau korang menyampah dengan aku yang selalu perasan bagus ni,mesti korang akan mengumpat aku..
dan sekaligus dosa korang akan bertambah dan pahala korang akan dapat kat aku..
so,kesimpulannya murni kan hati aku bila suruh korang berhenti baca tuk elak korang dapat dosa?
(muge same2 terpelihara dari dose!)

aku hanya seorang manusia biasa yang banyak sangat dosa yang sengaja d lakukan kerna lemahnya iman!
jadi, sila maafkan aku jika ada salah silap yang aku lakukan tanpa aku sedar atau tak..
dan sekali lagi aku ulang..kalaulah malaikat sebelah kiri aku ada perasaan penat catit dosa aku,aku yakin dia dah penat tulis dosa aku..(uh,hina sungguh)

dan bila aku kata aku manusia biasa jangan terlampau pandang tinggi pada aku yang banyak lemah dari upaya...
dan juga aku hanya manusia biasa yang sedang menuntut dalam bidang perubatan d kolej perubatan d perak..(kolej aku tak femes pun ok!)
sambil setiap hari cuba mengukir jejak aku yang tersendiri dalam menjalani hidup sebagai hamba yang hina..(ow korang pun hamba yang hina dan kita sama!)

alhamdulillah,aku d beri nikmat untuk faham agama ALLAH dan d beri minat untuk ke arah itu dan d beri hidayah untuk berusaha mempraktikkannya dalam hidup seharian..(alhamdulillah)

menyedari aku manusia biasa yang banyak dosa dan boleh mati bila2 masa..
aku cuba untuk mengejar kesempurnaan yang d kehendak kan ALLAH..(berjayakah aku?)
dan aku juga mahu korang semua yakni sahabat2 aku tuk sama2 mengejar akhirat yang semakin hari semakin mengejar kita...
janganlah korang semua (termasuk aku) terlalu mengejar dunia yang tak mampu kita kejar..

aku bukan orang baik,apatah lagi alim ulama dan pakar agama..
tapi aku insan yang masih belajar dan bertatih dalam hal agama..

kalau nak imbau balik zaman jahiliyyah aku yang jauh d tinggalkan dulu..
aku bersyukur dengan zaman peralihan aku sekarang..(karat jahiliyyah masih ada lagi)

"kalau ikutkan tarbiyah yang aku dah dapat sekarang,aku boleh je nak tinggalkan korang..tapi korang kawan aku..tak kan aku nak tinggalkan camtu je.."

kata2 aku terhadap mereka,kawan yang aku rapat sewaktu aku d zaman tahu agama tapi jahil akhirat..
aku tak nafikan sikap dan perangai mereka yang tak tahu agama dan jahil akhirat kadangkala menggoyah iman aku tuk kembali ke jalan yang lama..
(ada yang tak solat tak puasa,minum,merokok dan clubbin dan aku harap hanya pada Yang Esa)
tapi aku SAYANG mereka dan mahu sama2 menuju syurga ALLAH yang mahal tu...
dan aku tahu hati mereka lembut untuk lebih tahu agama dan ambil tahu pasal akhirat..
aku hanya mampu berusaha..(pade Tuhan keberhasilannya)
dan tiada niat tuk aku buka pekung d dada sesiapa yang terasa..
apatah lagi buka pekung sendiri..

bergaul dengan golongan yang tahu agama dan tahu akhirat,golongan yang tahu agama dan tak tahu akhirat,golongan yang tak tahu agama dan tak tahu akhirat..
jadikan aku lebih terbuka dalam menerima cara pemikiran 3 golongan tersebut...
(aku bukan perasan bagus ye!)

dan aku yang tahu agama dan tahu akhirat ni (insyallah) belajar banyak benda dari 3golongan ni..
sharing is caring rite?
dan aku juga tak pernah perasan bagus dengan mereka..(perasan bagus kan aku bila aku kate aku tak perasan bagus?)

dan bagi yang kenal aku d lua akan tahulah sape aku yang sebenarnya..
(dan bagi sape yang tak kenal aku d dunia lua,mahu berkenalan?)
aku teringat bila aku d soal..

sejak bila ko stat pakai tudung labuh ni?

aku hanya tersenyum kamben sambil bercerita dengan harapan mereka paham dengan cerita aku dan sama2 ambik pengajaran..
dan juga senyuman aku semakin menyerupai senyum kamben bila d tanya..

ko tak rasa ke bile pakai tudung labuh ni ko kena behave? tapi aku rase ko cam tak je..

menusuk ke kalbu juga soalan tersebut tapi aku tak marah kerana orang yang perasan bagus mana boleh marah2..kalu tak,tak bagus la kan..??
bagi yang kenal aku d dunia lua pasti akan paham maksud tersirat soklan tersebut..
(sila2 berkenalan dengan saya)

dan jawapan aku ringkas, dengan merendahkan diri aku yang serba rendah ni..
dan aku akui kelemahan aku yang selalu lupa dan leka dengan sikap aku yang selalu melepasi boundary2 yang d tetapkan syariat..
(ow,hine dan hine dan hine sangat aku ni)

aku masih lagi berpendirian yang wanita bertudung labuh ni perlu lebih berani tampil ke depan dalam mengutarakan pendapat melontarkan idea berkongsi ilmu meluahkan rasa memberi sumbangan dan menyumbang nasihat..
bukan aku perasan bagus dengan kelabuhan tudung..(ow sama sekali tidak!)
tapi bagi golongan yang insyallah faham agama dan ambil tahu tentang akhirat..
sepatutnya perlu lebih menonjolkan diri tapi kenalah bertempat dan mengikut batas..

dan itulah yang cuba aku lakukan..(aku tak perasan bagus ok!)
pengalaman aku melihat golongan ini hanya berani menonjol bila d kalangan mereka saja..
dan tiba2 jadi timid dan shy2 cat bila berhadapan dengan dunia realiti yang sebenar..
aku tak nak masyarakat berpikiran golongan seperti ni lemah dan tak berani..
(aku menulis mengikut pengalaman dan hasil perbincangan aku dengan golongan yang berkaitan)

dan aku sekali lagi akui..aku hanya manusia biasa yang selalu lupa d mana bumi yang aku pijak..
mungkin terikut2 dengan suasana SESERI yang bebas dari kaum Adam..
(walau hanya 2tahun,impaknye sangat besar!)

dan perubahan sikap adalah sesuatu yang amat sukar untuk d laksanakan dan perlu masa yang lama..(tiba2 ingat lagu edcoustic)
begitu juga untuk aku yang masih dalam proses penghijrahan diri..
bukan senang membuang terus yang lama dan meneruskan yang baru..
(aku budak baru belajar!)
tapi insyallah usaha ke arah itu tak pernah terhenti..
jadi fahamilah aku yang tak sempurna ni..(uh,macam merayu ke ayat ni?)
dan tegurlah atas keterlanjuran sikap aku yang hiperaktif tak kire tempat!
(wuhuuuuuuu~)

aku mahu jadi muslimah yang berani tampil dan bersuara dan petah dan menyumbang pada agama..
aku tak nak jadi muslimah yang selamanya d anggap lemah menjadi tempelan dan tak menyumbang serta takut2 tuk ke depan bila d perlukan..
pendapat dan pendirian dan prinsip hanya d simpan sendiri tanpa d kongsi..
(maafkan aku kalau terasa!)

dan ITULAH AKU!
budak baru belajar dan masih bertatih dalam hal agama..
sila ajarkan aku ilmu berguna tuk d guna pada hari muka..


(ini juga bukan aku!)


notakaki:aku bersikap terbuka atas semua perkara dan tidak mahu d anggap syadid namun setiap perkara harus ada batas dan alangkah indahnya hidup jika bersyariat! belajar untuk menerima dan memperbaiki serta melengkapi..baik!

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, January 31, 2010

KONVENSYEN Pemikiran Hasan AlBanna


tokoh pemikir islam

innahu minsulaimaana wainnahu bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah aku selamat pergi dan kembali dari KONVENSYEN Pemikiran Hasan AlBanna pada 30Jan..8pg hingga 5petang tadi..d UNITEN,bangi..

dan syukur juga sebab aku d beri kesempatan dan ruang serta peluang tuk lebih mengenali tokoh yang sememangya d segani d setiap pelusuk dunia..

dan juga aku d limpahkan kesempatan berjumpa dengan beberapa sahabat perjuangan yang lain..
k.anis..linda..k.aina..dan juga beberapa junio SESERI..rindu terubat la jugak kan..
mungkin ade akhwat yang hadir tapi aku sendiri tak terserempak dengan mereka..
takpe2..xde rzki lagi..
(walaupun aku bukan lagi sebahagian mereka)

dan juga perjalanan kali ni sekali lagi d hujani dengan pelbagai ujian dan dugaan aku rasa..
apatah lagi dengan kondisi kaki aku yang semakin kronik..
sekali aku aku berjalan terhencut2 menahan sakit..tapi tetap aku mahu nampak cool depan orang lain..
(ow,aku bukan ego..cuma taknak susahkan orang lain)
murnikan hati aku? dan aku memang perasan murni..

kekronikan kaki aku bermula bila berlaku edema d bahagian kaki..(ini istilah medik)
takpe kalo tak paham,kite same2 sharing our knowledge ye..
bila mana dah berlaku cagu dan aku sengaja biarkan dengan harapan ia akan sembuh sendiri..
tapi jangkaan aku meleset..
jangkitan dang bengkak semakin teruk..tapi aku masih biarkan saje..(cool kan aku?)

dan kalau nak d terangkan secara mediknya..
10% fluid kurang berjaya memasuki lymphatic drainage d sebabkan vessel d kaki berlaku vasodilation..
so,secara ringkasnya..berlaku la edema..iaitu accumulation of fluid..(peh..paham ke korg?)
semuanya d sebabkan jangkitan kuman yang sengaja aku biarkan bermaharajalela terus menginfect kaki..

kondisi kaki semakin teruk bila malam menjelma..maksud aku dalam perjalan pulang ke perak selepas konvensyen..mujur ada kawan yang sudi membantu..
terima kaseh ye kawan2..!
aku sekadar tidak mahu menyusahkan mereka..namun tetap juga d paksa pergi ke klinik yang paling d BENCI untuk d kunjungi oleh aku..
d sebabkan kaki yang semakin bengkak aku terpaksa juga menurut kehendak tersebut..
muge kaki ini cepat sembuh tanpa perlu d cabut kuku yang cagu itu..
ow sungguh aku takut dengan doktor!
(hilang ke macho aku?)

ok..bukan ini topik sebenar yang aku nak tulis,,sekadar penambah rasa saje..

berbalik pada konvensyen yang aku hadiri..
banyak benefit yang aku dapat..(walaupun aku terlelap juga d saat2 akhir konvensyen!)
tokoh pemikir Islam yang agung semakin aku kenali peribadinya dan jasanya serta ideologinya yang sememangnya sesuai d guna pakai d MALAYSIA..
(erk,korng kenal ke tak sape hasan Albanna ni?)

seorang Mesir yang juga merupakan anak kepada tokoh ulama yang terkenal..
tokoh pengasas Ikhwanul Muslimin..
muncul d saat umat Islam d Mesir mengamalkan sekularisme..
malah segolongan Ulama d Mesir juga mengamalkan dasar tersebut..

berlakunya sekularisme apabila terpengaruh dengan ideologi Barat yang menempa kejayaan bila memisahkan agama dengan kehidupan seharian..
dan saat itu juga cara hidup Islam amat jauh dari masyarakat Mesir..

apatah lagi dasar humanisme yakni meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat semata2 menjadiakn umat Islam semakin jauh dengan Islam..dan itulah juga yang berlaku d Malaysia..
selain dari unsur Hedonisme yang semakin teguh bertapak d hati setiap majoriti umat Islam kala ini..

munculnya Imam Assyahid Hasan AlBanna d Mesir memberi impak yang sangat besar pada dunia Islam..
sama seperti bangsa melayu yang hidup menyimpang dari Islam yang sebenar..

seperti yang aku penah kupas dalam entry yang lepas2..
bangsa Melayu punyai banyak kelebihan berbanding bangsa lain sekaligus menjadi bangsa Melayu Muslim yang berjaya dan maju..
menjadikan akidah sebagai asas pada segala-galanya

melihatkan senario politik Malaysia berlumba2 meraih undi golongan minoriti menjadikan golongan majoriti seolah2 merempat d bumi sendiri..
selagi Melayu menjadi golongan majoriti selagi itu golongan Islam akan memerintah..
namun andai kata golongan minoriti berjaya memecahkan golongan majoriti
bermakna tiada lagi persefahaman antara golongan majoriti ini..

kalau nak aku ulas semunya d belog ni..tak kan aku termampu..
namun konvensyen ni berjaya buka mata aku sedikit sebanyak mengenai perjuangan Islam yang sbenar dan pentinngya untuk praktiskan apa yaang pernah d lakukan nabi..

untuk maju dalam urusan agama kita harus pandang ke belakang!

wallahua'lam

notakaki:kerja yang menimbun tinggi buat hidup sedikit stress dan tertekan d samping masalah2 peribadi yang susah d tangani emosi.dan berada d sana buat aku sejuk hati melihat mereka2 yang sefikrah..d mana la mereka menyorok ye selama ini..hehe


cukup ALLAH bagiku~

Monday, January 25, 2010

rawangku sayang?


rumaku surgaku

innahumin sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim
(ini hanya entry sepanjang aku d uma!)

alhamdulillah aku dah selamat sampai kembali ke ipoh selepas perjalanan ipoh-rawang-ipoh..
perjalanan pulang yang sangat menyeksakan barangkali..
walaupun ramai yang bertanya..
"nape ko balik?"
"humsix eh?
aku pun tak tahu kenapa aku nak balik sangat minggu lepas..humsix?
nehi2..tak mungkin la kot..(adekah aku ego!)

bertolak dari medan gopeng pukol 5petang dan sampai ke stesen KTM KL pukul 730ptg kot..
sekali lagi perjalanan tu menyeksakan..
bertemankan kaki yang sakit d sebabkan tersepit pintu lalu menyebabkan cagu..(uh,sile jgn ketawe!)
aku pun jalan terhenjut2 menuju ke stesen KTM KL dengan hujan sepoi2 bahase..(cewah!)
masuk2 je pelik lak aku rase sebab gelap gulita,maka terdetik dalam hati sanubari aku..
ktm kl da ubah tempat ke? asal gelap lak ni..

padehal baru minggu sebelumye aku balik..ok je..naif betul aku ble fikir ktm kl da d tutup..
maka,dengan terpinga2 aku berjalan terus dengan pandangan yang agak kabur...
ah..aku lihat cahaya lilin menerangi kawasan..
sah la takde letrik..siot sungguh! (ucapan dalam ati aku tika itu!)

nasib baik ktm maseh berjalan seperti biasa walaupun memang gelap gulita nak mati..
aku pun pergi beli tiket yang d jual secara manual oleh akk kaunter..siap ade tandetangan beliau lagi..
tapi sakit d kaki aku makin tersa sengal..d tambah dengan hujan dan juga berat beg yang aku pikul..
segala galanya terasa berat dan seksa...ujian untuk aku agaknya..(muge terhapus dose kecil aku!)


mujur ktm sampai tak lama lepas aku beli tiket..haru sungguh!
keadaan aku sekali lagi macam sardin..aku biarkan saja mungkin kerna dah terbiasa naik ktm yang sesak tu..(aku da biase bdikari!)
sepanjang aku dalam tren aku hanya berdiri kerana aku rase masih ramai lg yang perlukan tempat duduk..(murni kan aku?)
sekali lagi denyutan sakit d kaki aku membuak2 rasanya..aku tetap cool menahan sakit!

sampai ktm rawang dalam pukul830 mlm...terus aku menuju ke public phone kerna nset aku kematian bateri..telefon umah dan suruh abang aku datang ambil..
memandangkan jarak umah n ktm rawang agak jauh..
aku ambil keputusan untuk makan d kedai "lambaian kasih"...
dalam kesibukan orang ramai..aku sempat intai ibu jari aku yang tersepit lalu menyebabkan cagu..
ow,sudah bernanah..! (tak senonohkah aku bila buke kasut d tempat awam?)

d 'lambaian kasih' makanan bihun goreng yang aku order hanya sampai 30min kemudian..
melampau kan! d sebabkan aku dari tadi menahan sakit kaki yang bernanah..aku diamkan saje sambil abang waiter tu tanye..
adek tak dapat bihun lagi?
aku sekadar menagangguk..padehal perut aku da berkeroncong sepi menahan lapar...
ow,sekali perjalanan pulang ke rawang menguji iman aku yang kian menipis menahan amarah..(astaghfirullah)

selang beberapa saat,abang waiter datang dengan bawak bihun aku yang masih panas..
segera aku menjamah dengan d mulakan dengan bismillah..
tapi abang aku dah sampai sambil menunggu d dalam unser..(ow,aku masih lapa)
bihun yang hanya sempat d suapkan sekali dalam mulut aku biarkan..
abang,bungkus!
mungkin kerana rasa bersalah,aku hanya d caj dengan harga rm4 tuk air teh ais+bihun goreng!
kalau aku tau,aku mintak air mahal2...(teruk perangai)
aku berlari2 anak dengan kaki yang masih sakit menuju ke abang aku yang sedang menunggu..
balik ke rumah d burukkan dengan jalan sesak memang tahap yang amat sangat!
aku terpaksa menahan sakit d kaki dan juga sakit d hati..(ow,iman aku menipis!)

pendek cerita,aku sampai rumah pukul 10mlm...lewat sangat2!
terus aku naik ke bilek sambil cuba merawat luka d kaki yang semakin bernanah..(ouch!)
padehal aku sapu dengan tisu je..sakit wo! (muge dose kecil aku dhapuskan)

dan esok harinya yakni hari sabtu..
sempatlah aku meronggeng naik motor sambil merempit..(aku ade lesen ok)
gian naik motor lepas eksiden tempoh hari!

walaupun busy, aku tetap mahu balik ke rawang yang aku sayang..
dan aku pun dengan rajinnya bawak balik humwok tuk d siapkan..(skema kan aku)
alhamdulillah,keje yang aku da plan tuk siapkan d uma aku sempat siapkan semuanya..

dan walau bagaimanapun plan aku tuk study pada malam sabtu adalah terbantut..
bukan kerana aku malas ok! aku sangat bersemangat lagi berhati cekal!
terdetik dalam hati...
aku ni dahla jarang balik umah,bile la nak spend mase dengan fmily..
dengan rela hati aku tutup nota anatomy yang aku bawa lalu menuju ke bawah ke ruang tamu..
inilah masa aku nak beramah mesra dengan satu2 nya adek aku yang sedang sebul layan astro..
sebagai kakak yang perasan bagus, aku mesti jage beliau agar tidak terjebak dengan gejala mungkar d luar sane..muge beliau jadi insan bergune seperti aku..(cewah!)

dan saat ayah aku tanya..
kak nak duit belanja tak?
takpelah..duit MARA dah masuk..takyah la bagi..
dan seperti yang aku katekan..ayah tak bagi pun duit belanja..isk3~
haruskah aku bersedih dengan situasi ini?

ok,sekarang dah hari ahad dan aku harus pulang ke ipoh! (sekejap je mase berlalu)
dan sekali lagi perjalanan ke ipoh menguji kudrat wanita aku..
bas MARA ***** yang sepatutnya aku naik pada pukul1 rusak!
(ow,aku tak kan nek bas MARA ***** lagi)

kemudian aku terpaksa naik bas lain yang aku sendri tak pernah dengar nama bas tersebut..
SHAMISHA ______ aku tak ingat nama penuh la pulak..
maaf la ye kalau secara tak sengaja mengaibkan nama bas2 d atas..

dan bas SHAMISHA ini juga aku nasehatkan korang sume jangan naik!
sebab lembap dan slow dan hampeh..(kufur nikmatkah aku?)
tapi itulah kebenarannya dan sekali lagi kebenaran itu memang pahit dan sukar untuk d telan!
seyes,inilah perjalanan pergi balik yang sangat hampeh pernah aku rasakan..
namun aku hanya insan biasa yang penuh noda dan titik hitam d hati..
muge ujian ini dapat hapuskan dose kecil aku...AMIN!

maka dengan itu tamatlah ceritera aku mengenai perjalanan ipoh-rawang-ipoh..
walaupun seksa tapi aku tetap sayang rawangku sayang..
dan sekarang luka d kaki aku makin teruk+bengkak+nanah+darah=sakit=padan muke!

insyallah aku akan tampil dengan entry yang lebih bermanfaat..

notakaki:semuge berjaye pade kau yang akan amek result exam esok! aku doakan yang terbaik tuk kau..dan tuk kamu pule..sy sedang berusahe..muge usahe ni d permudahkan ALLAH

cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, January 20, 2010

utamakan yang utama [part 2]?

Align Center


sunnah harus d utamakan!

innahumin sulaimaana wainnahu bismillahirrahmanirrahim..
(post ini sememangnya panjang berjela)

sebelum korang semua meneruskan pembacaan pada entry aku kali ni..
adalah pertama sekali jika masing2 berlapang dada dengan isi yang bakal aku tulis ini..
(sungguh ini serious mode!)
sekali lagi aku tegaskan bahwa aku masih jahil tentang agama dan berusaha tuk mengurangkan kejahilan aku..
maka,tegurlah aku atas segala kesilapan aku dengan cara Nabi menegur para sahabat..
(aku sedia d tegur dan pastiakn teguran itu munasabah tanpa mengikut nafsu!)

isi kandungan post kali ni agak berat dan pada siapa yang ada baca entry aku sebelum ni yang mana entry tersebut telahpun aku delete..
aku mintak maaf sangat2 kerana terdapat percanggahan ilmu dan fakta d situ..
insyallah,kali ini akan aku cuba jelaskan dengan lebih terperinci..
kerna aku sayang korang!
(uhuk3~)

sesungguhnya ini adalah sambungan pada entry yang bertajuk..UTAMAKAN YANG UTAMA
d mane d hujung entry tu aku ade mengutarakan satu persoalan mengenai perkara bid'ah..
ini adalah berdasarkan pada satu hadith Nabi yang berbunyi..



”Tiap-tiap perkara bid’ah adalah sesat, dan tiap-tiap perkara sesat akan membawa ke neraka.”

dan aku sertakan lagi potongan hadith Nabi saw yang bermaksud..



'aku bwasiat kpd kalian agar btaqwa kpd Allah,mdengarkan perintah dan taat meski yg memerintah kalian adalah seorg budak. Sesiapa pun di antara kalian yg masih hidup, nescaya akn menyaksikan byk perselisihan. krn itu bpegang teguhlah kpd sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-RAsyidin ug mdapat petunjuk.Gigitlah sunnah2 dgn gigi geraham. Dan hindarilah hal2 baru (dlm soal agama) krn semua yg baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.'


<>

mengikut hadith Nabi saw tersebut..setiap perkara baru dalam agama adalah bid'ah..
dan setiap bid'ah itu adalah SESAT!
berat ungkapan sesat tersebut yang datangnya dari Nabi saw sendiri..(bukan aku yang cakap!)
ingat,perkara bid'ah yang d kategorikan sesat adalah perkara yang berkaitan dengan agama saja! berkaitan dengan AGAMA!

sebelum aku tulis dengan lebih lanjut adalah elok kalau aku sertakan pada mereka yang tak tahu apa itu bid'ah..

bid'ah boleh d ertikan sebagai pembaharuan dalam agama...
d mana, segala amalan yang Nabi saw tak pernah buat..
namun umat islam d zaman ini pulak yang pandai2 buat amalan tersebut..

kenapa aku cakap umat zaman sekarang pandai2 buat amalan yang tak pernah Nabi buat..
sebab, Nabi saw pernah berkata d dalam khutbah terakhirnya, bahwa Baginda telahpun menyempurnakan syariat, d hadapan ribuan umat Islam..

maksudnya d sini,Nabi telah MENYAMPAIKAN segala wahyu dan amanah dari ALLAH tanpa menyembunyikan walaupun sedikit..
dan ALLAH juga telah berfirman..



Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (QS. al-Maidah 5:3).

ha tengok!
Islam itu telah pun complete dan tolong jangan complicatedkan dengan perkara bid'ah yang tiada nas/dalil yang bersandarkan pada Nabi saw..

sekali lagi aku bukan insan arif untuk perkatakan soal ini..
maka aku pun telah merujuk orang2 yang alim serta berpengetahuan bagi mengesahkannya!

mengikut Imam Syafie..



Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.

sebenarnya..tahukah korang bahwa segala amalan bid'ah yang kononnya hasanah yang masyarakat kita amalkan kala ini adalah tidak betul sama sekali..
atau aku boleh cakap ianya adalah bid'ah dhalalah??
kerana apa?kerana tiada d dalam mana2 hadith/nas mahupun dalil..
termasuklah tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya

apa yang d maksudkan dengan 'tidak betul' tersebut??
'tidak betul' kerana tiada sumber atau nas atau dalil yang bersandarkan pada Nabi saw..
ade ke korang jumpa hadith/nas/dalil mengenai tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya ini???

segala amalan tersebut sengaja d ada2 kan atas alasan ia adalah perkara/amalan yang baik!
namun walau ia baik setinggi langit ke7 sekalipun,tapi Nabi tak pernah menganjurkan perkara berikut!
kerana Nabi sudah pun tinggalkan perkara SUNNAH yang harus kita ikuti!

dan sekaligus bid'ah adalah bukan sunnah Nabi dan bila ianya bukan sunnah,tidak perlulah d amalkan dan d ikuti seperti yang berlaku sekarang..
kerana apa?
kerana Nabi bersabda, bahwa Baginda telahpun menyempurnakan syariat ALLAH dan tak mungkin Baginda 'terlupa' menyampaikan syariat walaupun sekelumit amalan untuk kita..

sebab itu Nabi kata..berpegang teguhlah pada dua perkara (quran dan sunnah) nescaya kita akan selamat!
tak perlu d tambah dengan perkara bid'ah yang kian meruncing d jadikan amalan sehari-harian!
dan andai kata perkara bid'ah itu baik yakni hasanah..nescaya Nabi saw dah lama dah buat untuk d jadikan ikutan umat Islam..

tapi hakikatnya Nabi tak pernah buat perkara tersebut (yakni bid'ah!) dan tiada nas/dalil pun yang menyokong amalan/perkara tersebut

dan hakikatnya Nabi saw tak pernah pun buat perkara2 tersebut yakni tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya..

dan d ingatkan sekali lagi..bahwa apa yang akan aku tulis ini bukanlah datang suka hati dari tafsiran aku yang jahil ni..
tapi ia adalah perkara sebenar yang terkandung dalam mazhab Imam Syafie sendiri..
ingat..Imam Syafie sendiri menolak perbuatan bid'ah tersebut..
namun kita dengan suka hatinya melakukan laranagan mazhab yang kita sendiri anuti!

perkara ini turut d sokong oleh para ulama Syafiyyah..
seperti ulama nusantara yang terkenal Syed Daud Fatani..
namun aku masih pelik kenapa ianya masih d amalkan..malah jauh lebih dahsyat lagi bila sanggup utamakan amalan bid'ah ini jauh daripada mengutamakan sunnah Nabi saw..

memang betul tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya adalah baik..
namun d ingatkan bahwa Nabi tak pernah pun amalkan perkara tersebut dan tak pernah pun bersabda mengenai perkara tersebut dan tiada nas/dalil mengenai perkara tersebut..
(berepa banyak perkara tersebut daaa)

baik,jika korang cakap tahlil,doa awal tahun akhir tahun,yassin setiap malam jumaat,talkin dan sebagainya ini adalah bid'ah hasanah..
sila teliti kembali dan buka balik kitab hasil tulisan beliau..(Imam Syafie)
yang d maksudkan bid'ah hasanah itu adalah apabila terdapat nas/dalil yang bersandarkan pada sunnah dan syariat baginda..

even dalam kitab2 karangan Imam Syafie dan beberapa ulama syafiyyah nusantara sendiri jelas menyatakan tahlil,yassin dan beberapa bid'ah lain adalah HARAM dan sekaligus adalah SESAT!
aku bukan suka2 hati melabel orang lain sebagai SESAT..
(berdosa besarlah aku!)

namun itulah yang terkandung dalam kitab dan pegangan Imam Syafie sendiri..

Apakata Imam Syafie dlm kitab I''anatu at-Talibin juz 2 hlm. 146, tercatit: Imam Syafie berfatwa: "Dan dilarang menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Di larang juga membawa makanan ke kuburan".

ini menjelaskan mengenai hukum melakukan kenduri arwah yakni tahlil..
menurutnya lagi:

" Haram mengadakan kenduri arwah mnikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram."

dan lagi..

Didalam kitab yg sama jilid 2 halaman 146-147: Imam Syafie berfatwa: "Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bidaah". Dan fatwanya lagi: "Antara bidaah yg mungkar ialah kebiasaan orang yg melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) di hari keempat puluh (empat puluh harinya) pada hal semuanya ini adalah haram."

nah..jelaskan Imam Syafie menyatakan dalam kitabnya bahwa HARAM bagi keluarga si mati mengadakan jamuan d malam hari kematian dan juga tuk hari2 seterusnya!
bukan aku kata tapi Imam Syafie yang mulia yang memberitahu dalam kitabnya yang nyata sahih tiada seleweng..

dan juga turut d muatkan dalam kitab2 ulama Mazhab Syafie yang lain yakni..
al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji..

"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam)


dan juga oleh Syed Daud Abdullah Fatani..juga seorang ulama mazhab Syafiyyah yang mahsyur dalam Bughyah al-Talab...

"(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34).

kan dah jelas perbuatan mengadakan tahlil itu adalah bid'ah yang d haramkan oleh mazhab kita sendiri..namun mengapa masih d jadikan amalan hingga kini..???
aku sendiri tidak pasti!

Islam itu sempurna...tidak perlu ditambah dan dikurangi amalannya melainkan yang pernah Nabi amalkan dahulu..

adakah aku jumud kerna berfikiran begini??
sila betulkan kesalahan aku..aku hanya mahu memberi gambaran sebenar perkara ini..
dan sebelum korang menuduh aku sebagai 'w****i', sesat atau sebagainya..
korang boleh rujuk buku al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i..

kerna aku sayangkan korang dan sayangkan Islamlah aku bangkitkan perkara yang sensitif ni!..
dan aku ulangi,jika perkara bid'ah ini baik sudah tentu ianya sudah d sampaikan oleh Nabi saw terlebih dulu dan menjadi sebahagian sunnahnya..

kerna Nabi sendiri telah berkata bahwa Baginda telah menyempurnakan syariat ALLAH dan mustahil akan tertinggal walau sekelumit..
bid'ah hasanah yang d maksudkan Imam Syafie adalah apabila ianya bersandarkan pada sunnah Nabi dan ada nas/dalil yang mengenainya..

yakni sesuatu amalan yang boleh d rujuk pada sunnah Baginda..itulah apa yang d maksudkan oleh Ibnu Rojab,pembesar mazhab Syafie..

"yang d mkasudkan oleh Imam Syafie bid'ah tercela itu adalah sesuatu yang tiada dasarnya atau asalnya dalam syariah dan tiada rujukan yang boleh d rujuk..manakala bid'ah terpuji itu adalah apa2 yang bersesuaian dengan sunnah dan boleh d rujuk."


sebagai contoh yang d berikan oleh Imam Syafie ialah kisah pasal solat terawikh yang kebanyakan dari kita kurang ambil tahu cara pelaksanaan Nabi..waktu zaman Nabi saw dulu..Baginda lebih mengutamakan solat terawikh secara bersendirian dan bukan secara jemaah..dan hanya sempat d lakukan secara berjemaah d zaman Nabi hanya 3kali saja..

menurut Ibnu Hajar Al-Asqaalaniy..

menunaikan terawikh secara berjemaah adalah ijtihad Umar ra yang mengatakan 'baik bid'ah ini' tatkala melihat umat Islam pada waktu berjemaah terawikh dengan hanya 1imam..

kerana apa? kerana Nabi pernah berseolat terawikh d masjid dan setiap kali itulah jumlah makmumnya bertambah..lepas tu Nabi dah tak pergi terawikh d masjid kerana takut ianya akan membebankan umatnya..dan saat mana Umar ra melihat situasi umat berjemaah ketika terawikh, tidak pula d larang kerana beliau pernah melihat Nabi berjemaah terawikh sambil d ikuti sahabat2 yang lain..

walaupun d katakan hanya 3kali Nabi pernah berjemaah terawikh..dan selepas itu tidak lagi d amalkan sehinggalah saat Umar melihat situasi tersebut..maka beliau pun berkata 'baik bid'ah ni'

walaupun perbuatan itu sudah lama d tinggalkan dan d lakukan kembali kerna ada dasar/sumber dari Nabi saw..

so,paham ke apa yang d maksudkan dengan bid'ah hasanah yang d maksudkan oleh Imam Syafie apabila setiap bid'ah hasanah itu ada sanad/sumber dari Baginda saw..ini bukan tafsiran dari aku tapi dari tafsiran Imam Syafie sendiri serta ulama2 Safiyyah yang lain..

maafkan aku jika aku tersalah..dan tegurlah aku jika aku tersalah tafsir tafsiran Imam Syafie..
dan aku juga dah sertakan kata2 Imam Syafie serta ulama Safiyyah yang lain mengenai hukum mengadakan tahlil..yang jelas haram..adakah kita nak kata Imam Syafie ini wahabi kerna menolak 'bid'ah'?? na'udzubillah...

sama2 kita fikirkan dan renungi serta rujuk kembali kitab2 para ulama yang muktabar dan jangan hanya mengikut sesuatu amalan walaupun baik kerna takut ianya bid'ah yang sesat yang d maksudkan oleh Nabi saw..

bagi aku senang je..amalkanlah sunnah Nabi saw yang konfem2 masih banyak lagi yang korang tak amalkan..mengapa harus bersusah payah mangamalkan amalan bid'ah yang Nabi saw sendiri tak pernah buat..uruasn sunnah belum selesai,inikan pula mahu d tambah dengan urusan bid'ah..

maaf jika aku ini syadid dan berfikiran sempit dalam soal agama dan ibadah..namun aku masih mahu terus berfikiran waras dalam beribadah dan tidak hanya mengikut sesuatu yang hanya adat turun temurun nenek moyang tanpa sumber yang sahih..

dan sekali lagi aku tekankan..kalaulah betul tahlil,yassin malam jumaat malah talkin itu perkara 'baik'..sudah tentu Nabi saw telah amanahkan pada kita untuk melakukannya..berusahal untuk ikut cara Nabi beribadah dan bukan menurut hawa nafsu dengan mengikut perkara bid'ah yang Nabi sendiri tak pernah buat..

wallahua'alm~

notakaki:besederhana dalam ibadah adalah jauh lebih baik daripada bersungguh2 dalam bid'ah..dan sila tegur aku jika ada kesalahan d mana2 kerna hasil penulisan aku adalah mengikut lunas2 yang terkandung dalam kitab Imam Syafie yang sendiri mengharamkan perbuatan bid'ah ni!

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar