Friday, January 15, 2010

utamakan yang utama?


solat itu tiang agama!

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

(peringatan ye:post kali ni agak panjang kerna aku gian nak menulis..)

sekali lagi aku yang selalu perasan bagus ni terasa mahu menulis..
pasti peminat semua dah tertunggu2 post aku kan??(apa2 sajalah aku ni!)
dan sekali lagi belog aku ni hanyalah medan ilmu dan bukan medan untuk aku berdakwah..
aku ulang sekali lagi..MEDAN ILMU DAN BUKAN MEDAN DAKWAH!
aku ulang sekali lagi...erk,malaslah..
korang bace jelah dengan berulang2 kali..tanpa aku perlu mengulang..(sile rajin2 kan diri anda!)

nak tahu ape beza keduanya,mungkin aku akan cuba terangkan d lain kali..
muge ALLAH berikan kefahaman..(amin kan beramai2!)
minggu pembelajaran yang busy d samping aku yang selalu perasan busy ni..(maseh ade mase update belog!)
kadang2 buatkan aku lupa akhirat yang mengejar,akhirat yang semestinya menjadi keutamaan aku dan juga korang semua!
ke'busy'an membuatkan aku gagal utamakan apa yang utama..
lupa untuk meng'akhirat'kan perkara dunia agar dapat menjadi bekal d akhirat nanti..
ow..lemah ye aku..(sile tegur aku yang selalu lemah tapi perasan bagus ni!)

"najwa,janganlah syadid sangat.."

kata seseorang apabila aku mengutarakan pandangan untuk tidak mahu melakukan perkara2 adat sewaktu perkahwinan nanti..(uh,ini topik org dewase ok!)
bagi aku..memakai inai,bersanding dan sebagainya adalah adat yang tidak perlu d utamakan..
lantas aku yang tengah perasan busy ketika itu sambil berpura2 belek notes berkata..

"perkara syariat belum tentu terlaksana dah begitu sibuk menguruskan perkara adat"

dan terpacul lah menagatakan aku ni syadid..
ini tak boleh..itu tak boleh..(kalo xtau syadid tu apa,sile carik sendiri k..internet kan ade!)

apa yang cuba aku sampaikan ialah bila mentaliti dan kebiasaan masyarakat sekarang yang tidak meletakkan sesuatu d tempatnya..(zalim kan perbuatan ni?)
kenapa aku dengan suka hatinya cakap macam tu?
sila fikir balik ayat yang aku tulis d atas,tapi d sebabkan aku ni baik hati..
biar aku copy paste je..aku berkata:
"perkara syariat belum tentu terlaksana dah begitu sibuk menguruskan perkara adat"

bagi korang yang kononnya ilmu penuh d dada pastinya tahu d mana keutamaan yang sebenar..
adat atau syariat..jawapannya biarlah korang sendiri yang tuturkan..(aku tak nak bagi jawapan bocor!)
dan bagi aku, tidak salah untuk melakukan sesuatu yang adat..
tapi janganlah sampai mengabaikan syariat!
aku rasa korang pasti paham dengan struktur ayat aku d atas dan tak perlulah aku mengulang taip ok!

tapi itulah yang masyarakat d tempat aku selalu buat..(erk,aku tak tau masyarakat d tempat korang macam mana!)
mengenepikan yang utama bahkan ada yang mengabaikan yang utama..
sibuk dengan perkara yang sekadar picisan romansa!

izinkan aku yang perasan bagus ni tuk menulis sedikit mengenai perkara bid'ah..
kerna apa?kerna perkara bid'ah ini semakin d utamakan melebihi perkara sunnah..

bagi korang yang kononnya ilmu penuh d dada pastinya tahu d mana keutamaan yang sebenar..
sunnah atau bid'ah..jawapannya biarlah korang sendiri yang tuturkan..(aku tak nak bagi jawapan bocor!)
dan bagi aku, tidak salah untuk melakukan sesuatu yang bid'ah..
tapi janganlah sampai mengabaikan sunnah!
aku rasa korang pasti paham dengan struktur ayat aku d atas dan tak perlulah aku mengulang taip ok!

dan aku mahu ulang untuk kebanyak kali lagi bahwa aku bukan alim ulama untuk bicarakan soal ini..namun sekadar mahu kongsi ilmu dan pendapat..

bid'ah adalah pembaharuan dalam agama..
Nabi tak buat tapi kita semua pandai2 buat dan percaya itulah yang akan majukan agama..
agak keraskah ayat aku ni? (sile betulkan aku jika tersalah ok!)

lalu korang pun berkata..
-Nabi tak naik keta, mengapa ada ustaz naik kereta.?

-Tahlil bagus..boleh buat org berzikir.

-Baca Yassin malam jumaat ok, apa! Umat sekarang dah sibut sangat..bila lagi nak ngaji?

-Nasyid ok apa. I selalu menangis bila dengar lagu nashid…

-berarak berjalan kaki sambil selawat sempena maulud rassul-salah ke?

-marhaban di astro kan bagus…


ok..aku tak nafikan perkara d atas adalah bid'ah hasanah dan ianya bagus serta tak salah untuk d amalkan..
apa yang aku cuba kongi ialah bila perkara bid'ah itu d utamakan melebihi perkara sunnah!
faham kah? ok, aku ulang sebab aku nak korang betul2 paham..

aku tak nafikan perkara d atas adalah bid'ah hasanah dan ianya bagus serta tak salah untuk d amalkan.. apa yang aku cuba kongsi ialah bila perkara bid'ah itu d utamakan melebihi perkara sunnah!

ketepikan dulu soal bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah yang korang tengah pikir sekarang..
kerna fokus aku adalah perkara sunnah dan bid'ah!
(sekali lagi aku ingatkan post aku kali ni adalah panjang!)

andaikan bangunan KLCC runtuh...lalu kerajaan Malaysia perintahkan korang selaku Menteri Besar waktu tu.. buat balik bangunan KLCC sama ‘sebijik’ macam asal…pening jugak kepala korang sebab pekerja asal dari Bangla dan indon yg bina bangunan tu dah balik kampong diorang..lepas tu arkitek pulak dah jadi mati(contoh ajer..)…so camne nak buat?

tak susah pun, yg penting ada ‘drawing’ yg asal..just follow drawing maka bangunan KLCC yg sama akan dapat di dirikan walaupun guna pekerja asing yg baru..dari Burma atau Pnom pheh barangkali…

begitu jugak agama islam yg telah ‘runtuh’ ini..begitu dahsyat..apa nak buat?..Nabi dah wafat..sahabat juga dah wafat 1400 tahun yg dulu…

tak susah pun, bukankah Nabi s.a.w tinggalkan Al Quran dan hadith yg bertindak sebagai ‘drawing/manual’ yg ‘asal’…maka jika korang follow ikut drawing yg asal, maka agama akan kembali ‘bangun’, akan kembali cemerlang, gemilang!..walaupun korang adalah org melayu, bukan org arab…

CUMA YG JADI MASALAH bila korang nak buat PEMBAHARUAN…BID'AH! maka confirm agama yg asal takkan dpt terbina!..

aku kata:

untuk maju dalam urusan dunia kita kena pandang ke depan!

untuk maju dalam urusan agama kita kena pandang ke belakang!.


agama Islam dah complete dah..kenapa harus d tokok tambah lagi?
lebih mengharukan bila kita declare segala pembaharuan ini akan memajukan agama..
dan lagi2 mengharukan bila perkara bid'ah ini d utamakan melebihi perkara sunnah!
jangan complicatedkan Islam yang sudah complete..


Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (QS. al-Maidah 5:3).

sila utamakan yang utama!

korang declare sebagai pendakwah melalui blog,tapi jangan pulak kau tinggal dakwah cara Nabi ajar kita..mengerti?!


koran nak berdakwah melalui nashid? berdakwahlah..tapi jangan tinggal dakwah cara nabi, bagaimana dakwah cara nabi? ha! pergilah belajar ngan ustaz!..takdenye Nabi dan ulama’ yg berdakwah ngan lagu cam korang!

(saya berdakwah ngan ikhlas..belilah yg original…)


korang nak baca blog aku hari2 sebab korang rasa insaf..bacalah! tapi jangan sampai tinggal baca AL-quran dan hadith hari2…kalau begitu aku kena mintak ampun ngan Allah sebab dah buat korang berpaling..(oh..tidak..aku tahu pembaca blog aku bijak-bijak belaka!)


tapi orang akan cakap

walaupun bidaah..tapi saya rasa insaf..macam nashid..saya dengar sampai nangis..saya ingat, lepas habis belajar nanti..saya nak jadi penyayi nashid pulak..supaya org lain pun insaf dengar lagu saya…


aku kata:

tak semestinya apa yg buat kau insaf tu baik….kalau kau insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya…kenapa engkau tak jadi mayat yg bergelimpanagn di pembahagi jalan raya jugak supaya org lain insaf…Ow!


akhir kalam..biarkan aku terus dengan dengan syadid ini kerna aku tau d mane keutamaan..


notakaki:namun saat post ini d tulis aku baru saja dapat tahu bahwa segala bid'ah yang mengenai urusan agama@ibadah adalah sesat..apekah?! aku akan rujuk ustaz sebab aku tak nak perasan bagus yang boleh buat Tuhan murka!

6 comments:

sy yg perasan bz said...

bismillahirrahmanirrahim

sekadar berkongsi.

dalam hadis 40 imam nawawi, ada dua hadis yg berkisarkan pkara bid'ah ni.

yg pertama hadis ke 5;

'barangsiapa yg mbuat-buat hal baru dlm urusan (ibadah) yg tiada dasar hukumnya, maka ia tertolak.'
< HR Bukhari dan Muslim >

yg kedua hadis ke 28;

'aku bwasiat kpd kalian agar rbtaqwa kpd Allah,mdengarkan perinta dan taat meski yg memerintah kalian adalah seorg budak. Sesiapa pun di antara kalian yg masih hidup, nescaya akn menyaksikan byk perselisihan. krn itu bpegang teguhlah kpd sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-RAsyidin ug mdapat petunjuk.Gigitlah sunnah2 dgn gigi geraham. Dan hindarilah hal2 baru (dlm soal agama) krn semua yg baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.'
< HR abu daud dan tirmizi >

sy x perasan baguz utk mngulas hadis ini. mgkin bleh dptkan ulasan dr mana2 ustaz atau sesiapa yg fakih.

wallahu'alam

Anonymous said...

yup2..aku setuju dengan saudara/i d atas..

banyak perkara yang bidaah melibatkan agama sedangkan mengikut satu dalil yg d keluarkn oleh saiditina aisyah..

sesiapa yg menokok tambah dalam urusan agama..maka rosaklah agama tersebut..

sila betulkan jika tersalah..
harap dapat penulis huraikan mengenai ini..

wallahualam

umairah kz said...

masa awal muharram ari tuh, aku ade la mngajak rakan2 facebook, yakni mengetag utk berdoa awal tahun dan akhir tahun.
alih2, aku telah dihentam kerana perkara itu suatu bid'ah yakni tidak diajar Nabi Muhammad S.A.W.

lalu, aku pun pelik, sedangkan masjid2 yakni Masjid Wilayah pun (berdekatan tempat tinggal aku) buat mjlis bacaan doa sebegitu.

adakah ustaz2 imam2 di masjid harus dipersalahkan??

khaleeftunggal said...

trimas pade mereke yg mengkomen serta dgn dalil n nas yg berkaitan..insyallah penulis akn huraikan pasal bid'ah ni slpas cukup bahan dan ilmu..(wlwpun ilmu xpnh cukup)

sekali lagi,aku sekdar mahu perasan bagusa mbil menulis tentang agam yang aku tak sanggup lihat d selewengkan..

umai kz:
ow,doa awl thn n akhir thn mmg bid'ah namun tiade salah tuk d lakukan pun..

malah kite akan dapt pahale..insyallah..
aku akn terangkn d entry akn dtg
muge Tuhan permudahkan urusan~

waraqiljannah said...

em, sy x kata pun awk perasan bgus...

at least, u have the effort to write based on the right sources, n share the knowledge with us.
not like me, i can't write. i prefer reading than writing.

[5:35]

khaleeftunggal said...

waraqiljannah:
ow tak2..tak salahkan saudara/i pun..
eh,betul ke penggunaan tatabahasa kt atas?

huhu~
sekadar berkongsi ilmu dengan sahabat2 yg ade..muge dpt mnjdi bekal d sane nnt..cube utk tidak perasan bagus sbb diri ni hanye manusia biase yg penuh hine n keji..

ow..trimas ye krn bce penulisan penulis yg tak seberapa ni..
sekadar mahukan yg terbaek tuk semue!

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar