Saturday, November 13, 2010

HARAM menonton wayang?


sold out!

innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

ngeeee~~ aku datang lagi...(baca dengan nada iklan 'tora datang lagi..!')
ok...kali ni aku datang bukan dengan lenggak lengguk apatah lagi gemah gemalai..tapi aku datang sebab nak berkongsi dengan korang tentang satu perkara yang mungkin ramai dah tahu...tapi maseh pura2 tak tahu kerna aku dulu pun tahu jugak tapi maseh bersikap pura2 tak tahu...memang aku betul2 tak tahu malu kan???

ok! kalau korang tengok judul entry aku kali ni..merupakan satu persoalan yang aku lontarkan..dan isnyallah akan d berikan jawapan sikit masa lagi..cuma korang kena bace sampai habis tapi kalau tak nak pun takpe...sebab aku tak paksa...tapi aku tetap berbaik sangka dengan korang,so sila baca sampai habis dengan dada yang lapang ok...

aduh..bila sebut pasal wayang...apa yang aku boleh gambarkan ialah keadaan orang yang ramai bersesak2...sanggup berlaga bontot...bermandi peluh...memerah keringat..hanya kerana mahu membeli tiket d kaunter...untuk masuk ke rumah syaitan! aduh...sekali lagi aku mengaduh..aduh! bila orang ramai lagi suka berkunjung ke rumah syaitan berbanding rumah ALLAH...aku sedih..sebab aku dulu pun boleh d katakan pengunjung tetap rumah syaitan tersebut..dan alhamdulillah...sekarang tidak lagi...(woha!)

kenapa aku cakap panggung wayang tu rumah syaitan...erk..aku rasa korang boleh pikir sendiri kot...d tambah dengan kegelapan suasananya...gelap gulita...cerita yang d tayangkan pulak ada unsur2 cium,peluk,gesel sana sini,pegang situ sana,raba sesuka hati dan mungkin juga unsur2 **** yang kadang2 agak keterlaluan bagi seorang Islam yang mana KITA WAJIB UNTUK MENJAGA PANDANGAN! haaa...maseh bukankah semua unusur2 d atas itu adalah perkara2 yang syaitan suka???

ALLAH...memang jahil sungguh aku kerna pernah datang ke rumah syaitan yang penuh dengan unsur2 maksiat...pernah aku d ajak sekali oleh rakan2 tuk ke sana bila da abes paper exam

"tak naklah..aku da banyak dosa..taknak la dosa2 aku jadi penghalang kejayaan aku.."
"alaaa..kita bukan buat apa pun..tengok dengan kawan2 je pun..kawan perempuan.."
"yelah..tapi dalam tu bercampur laki pompuan..taknaklah.."

maka dialog tu pun terhenti d situ..tapi biasalah kan manusia...akhirnya iman yang ku cuba pertahankan ni rapuh juga..bila aku masuk juga ke rumah syaitan tersebut..dan terus Tuhan beri aku balasan dengan muntah d panggung..hahahaha! jangan ketawa ok...mujur Tuhan maseh sayang aku..terus bagi aku pengajaran..taubat dah aku taknak berkunjung ke situ..
(kuatkan aku ok Ya ALLAH)

so...kalau dah kata wayang itu rumah syaitan..nape maseh berleluasa dan boleh d masuki oleh segenap pelusuk umat Islam d Malaysia dan juga d negara2 lain??? erm..aku tiada jawapan tepat bagi soklan tersebut..namun samalah juga kesahnya dengan rumah pelacuran,rumah urut,kelab2 malam,disko,pub,kelab dangdut yang juga beroperasi dengan sesuka hati dan tiada larangan pun kepada umat Islam tuk masuk ke situ...walaupun tempat2 tu jugak rumah syaitan malah lebih ramai syaitan yang datang dari manusia sebab nak teguk air syaitan...

ok..tentang hukum berkunjung ke panggung wayang..sama ada halal atau haram...aku telah kopi pasta dari beberapa sumber...

iluvislam.com

Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.

Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)
2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan
3. Mengundang fitnah

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .

wallahu 'a'lam.

dan aku juga telah mengopi pastakan jawapan dari Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi tengtang maslahat ini...haaa..bukan calang2 orang tau ni...so..jawab beliau..

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Sekian, wassalam

so..boleh tengok kan mengenai hukum tentang pergi ke rumah syaitan ini...ianya halal dan baik tapi harus mengikut beberapa garis panduan yang d tetapkan agar tiada syariat ALLAH yang d langgar...tapi..kalau d perlihatkan balik 3 garis panduan yang d berikan tu..memang HARAM la kan Malaysia nak buat camtu...

boleh ke cerita yang nak d tayangkan tu takde unsur2 maksiat??? sedangkan pelakon pun terang terang bukan muhrim antara satu sama lain...
boleh ke kalau time2 sedang syok tengok wayang tiba2 wayang d 'stop' kan sebab waktu solat dah sampai???maka menyumpah la dalam hati penonton masing2 sebab tak puas hati kena berkunjung ke rumah ALLAH pulak...
dan boleh ke d asingkan panggung wayang tu kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim...?? sedangkan kebanyakan pengunjung wayang tu adalah majoriti dari pasangan merpati dua sejoli yang sedang asyik memadu asmaradana..kalau d asingkan..terpisahla merpati tersebut..tak sejoli dahla kan...aish~

dan hakikat yang paling buruk lagi mengerikan adalah...fenomena berkunjung ke rumah syaitan ini tetap berleluasa tanpa kekangan...trend katenya...ALLAH~....
jumlah kunjungan ke rumah ALLAH pun sangat kurang berbanding ke rumah syaitan...so,kawan syiatanlah kita semua ni?? menjadi tetamu syaitan boleh d katakan hampir setiap hujung minggu atau bilamana ada masa terluang??

dan untuk lebih menjawab adakah HARAM menonton wayang??? maka aku menjawab ianya sebagai "yes" dan juga "ya"! haram menonton wayang kerana banyak syariat yang d langgar dan juga maksiat yang berlaku d dalam sana yang penuh dengan kegelapan...walaupun kita tak buat maksiat tersebut...tapi kita tetap d anggap bersubahat kerna tak cegah maksiat...so kalau dah tahu memang tak mampu nak cegah maksiat,jauhkan diri dari maksiat tu ye....


Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .”
Riwayat Tirmizi, hadith Hasan


dan lagi satu hadis yang amat popular jugak..tapi masih ramai lagi ahli agama..yakni golongan yang tahu agama mengendahkan hadis ini lalu dengan tanpa rasa bersalah pergi ke rumah syaitan tersebut...(akulah tu...)

Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari dan Muslim)


wallahaualam

notakaki:jangan nak tunggu malaysia d timpa bala baru nak terhegeh2 cari punca...ALLAH~ bala bukan menimpa golongan maksiat tapi semua pun turut terkena...

cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, November 10, 2010

cinta cap ayam?



pheeewwwwitttt~

innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim....

setelah beberapa lama aku tak menulis post tentang cinta ala2 jiwa muda remaja gitu kan...so sekarang aku nak memperasaankan diri aku ni adalah agak bagus dalam berbicara tentang cinta...walaupun ramai yang argue dengan aku..kata aku terlampau strict..jumud...dan perkataan yang sama erti dengannya...aku tak kesah..sebab INDAH HIDUP BERSYARIAT ni!

sebelum tu i want to make things clear yang aku aku bukan nak bercerita tentang cerita drama CHINTA yang sedang hangat d tv3 tu...tak..tak..bukan..bukan..nehi..nehi..kabhi nehi...cuma aku nak bercakap sikit je tentang cinta..so..berilah aku peluang supaya aku kau dia mereka dan kita semua dapat manfaat daripada repekan aku ni...(insyallah..Ameen ya Rabb!)

iklan sebentar...

aku menulis sebab bukan nak tunjuk bagus...sebab bagus aku memang tak perlu d tunjuk2..riak namanya tu...cuma aku macam sedikit sedih dan terkilan bila insan2 sekeliling aku..(yakni insan rapat) masih lagi terjebak dalam penyakit cinta yang memualkan serta kadang2 menjengkelkan..

‎"cinta itu suci,cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan ALLAH semata-mata..yang tidak suci dan buta hanyalah orang yang salah gunakan cinta"-HAMKA

haaa...nampak tak asal usul serta susur galur cinta yang sebenar??? cinta itu kepunyaan ALLAH semata-mata...kerna Dialah kita merasa cinta pada orang lain..dan begitu jugak sebaliknya...tapi korang2 sume pun boleh tahu cinta yang d praktiskan oleh umat zaman sekarang macam mana...

meh aku nak ingatkan baliknya...bahawa,atas dasar CINTA lah ALLAh ciptakan Nabi Adam dan Hawa...betul tak? dan atas dasar CINTA ibu bapa kita jugaklah kita d lahirkan dalam dunia ni...hebatkan cinta tu? senang cerita la kan...kerna CINTA lah wujudnya manusia d bumi..wujud aku kau korang dan juga mereka...!

haaa..hebatkan cinta? aku pun sedang terpana dengan kehebatan cinta ni..yela..bak kata orang..kalau dah bercinta..mandi tak basah..tidur tak lena..makan tak kenyang..kencing tak lawas...solat tak khusyuk..kredit tak tahan lama...eh eh..aku dah melalut..tapi itulah istilah cinta umat manusia sekarang! ok..sape setuju angkat tangan..sape tak setuju sila angkat kaki dari belog aku...owh jangan2...tolong jangan angkat kaki dan lari..aku hanya bergurau2 manja d sini...stay until d end ok..(kalau panjang umoq!)

but it is better to be hurt by truth rather than being comforted by lies...cinta yang sangat2 agung dan mahal...sebab atas dasar cinta kita semua wujud...cinta yang merupakan anugerah ALLAH pada manusia..yang patut d letakkan pada tempat yang tinggi...maksud aku sangat2 tinggi...tapi lihatlah d mana cinta tu d rendahtarafkan serta d pijak2 kedudukannya...ALLAH~

tapi tetap jugaklah cinta yang berjenama cap ayam tu jugak yang d agung2 kan..d puja..d uji..d gembar gembur sana sini..d hebahkan satu dunia...(ow..mungkin satu fesbuk juge..)

"aiseh man bro..gua rasa lu dah salah pilih cinta la bro...cinta yang lu pilih ni cinta cap ayam..tak kekal..sementara je..kalau kekal pun..bersandarkan nafsu semata2..betul tak bro?"

tapi kalau dah nama pun kemaruk cinta..dah gian bercinta...dah ketagih bercinta..datanglah segala badai..ombak tsunami..banjir d kedah..gunung merapi meletus...ribut taufan katrina...gempa bumi 9.6 skala richter...akan tetap juga si majnun akan mempertahankan lailanya...peh! memang hebat sungguh fenomena cinta cap ayam ni kan...walaupun hanya cap ayam tapi tetap gah d mata mereka yang telah terkena panahan ayam tersebut..(wuhuuu!)

maka rugi dan maha rugilah insan2 yang tersalah memilih cinta yang murah lagi penuh dengan sifat mazmumah...alasan yang d gunapakai...

"alaa..kami cintakan satu sama lain...he's mine.."
"kami memang berniat nak kahwin pun..rileksla.."
"sunyi la sorang2..kan bagus ada teman berkongsi suka duka susah senang.."
"ah..kapel2 ni dah jadi trend..nak bising nape pulak...!!"
"aku dengan dia memang betul2 serius..tak main2...kami nak kahwin..parents pun dah kenal satu sama lain..."
"perkara biasa kan...janganlah ketinggalan zaman sangat..."


cop..cop..cop..kokakola!
korang cakap aku ketinggalan zaman? sebab tak suka perkara yang jadi kebiasaan tu,korang cakap aku ketinggalan zaman? ow man...! korang memang buta sejarah ke atau malas belajar tym sekolah menengah dulu?

hidup berpasang pasangan tanpa ikatan...peluk sane sini..angkut ke hulur ke hilir...keluar berdating...kemudian ringan2...kemudian berat2..lepas tu hamek ko! berat dan buncitla perut sebab ada benih haram yang d tanam...keluar baby,terus bunuh hidup2..mayat baby buang merata...
nah! kan sama dengan zaman jahiliyyah dulu...atau aku patut cakap lebih teruk dari zaman jahiliyyah...ok,sape yang ketinggalan zaman sekarang ni? aku kau mereka atau KITA???!!

tapi aku rase aku lebih patut cakap yang ianya adalah lebih jahiliyyah dan lebih ketinggalan zaman lagi...sebab orang dulu hanya bunuh anak perempuan dan d tanam...tapi sekarang..perempuan atau lelaki tetap d bunuh..dan d buang d merata2 pelusuk derta ceruk yang ada..astaghfirullah...~

akhirnya..cinta cap ayam yang korang pilih ni jugakla yang akan rosakkan hidup dunia akhirat korang...bermesra dengan pasangan sehingga semua madu habis d sedut dalam keadaan belum halal lagi..syahwat memperkudakan anda..akhirnya habis madu sepah d buang...apa guna bahagia sebentar kemudian derita selama-lamanya?

kenapa membazir sisa hidup yang ada dengan perkara yang sia2? yang belum tentu kepastiannya? ye kalau benar sudah berniat mahu berkahwin..teruskanlah..usah d tangguh takut iman anda akan rapuh...sebab syaitan tak akan duduk diam untuk terus lenakan dengan mimpi2 indah yang hakikatnya hanya dongegan...

meletakkan jiwa raga...perasaan sepenuhnya pada insan yang penuh cacat cela..hanya akan mengundang petaka...ye benar! manusia itu perlukan pasangan..tiada yang menafikan..malah aku pun setuju dengan tanpa was2 serta syak wasangka...tapi,mengapa sanggup memperjudikan nasib kepada sesuatu yang masih boleh d anggap sebagai khayalan serta angan2...??

"cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi emmbangkitkan dengan kekuatan,cinta bukan mengajar menghinakan tetapi menghembuskan kegagahan,cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat"- HAMKA

haaa...tengok..encik HAMKA pun bijak dalam berkias tentang cinta..tapi dengan fenomena kebiasaan yang d lihat sekarang..dengan cinta..manusia jadi lemah..gagal melawan nafsu dan kehendak diri...manusia jadi hina...meletakkan cinta d tempat yang paling bawah..manusia jadi tidak bermaya...jika insan yang d cintai tiada d depan mata!

ALLAH...~jangan pilih cinta cap ayam yang tak tahan lama dan penuh dengan kudis kurap serta panau maksiat! jangan letakkan taraf cinta pada taraf yang rendah kerna untuk ke sekian kalinya aku ulang...bahwa,atas dasar cintalah manusia wujud d atas muka bumi ini! jadi..jangan biarkan diri d perkotak katik oleh cinta cap ayam..dan cap kodi2 yang len..

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa
cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah
Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita.

notakaki:insyallah aku akn tulis pulak camne nak dapat CINTA yang betul2 cinta...insyallah~

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, November 7, 2010

kisah 3 teruna?


pingu pingu pingu~

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmaniirahim...

ini bukan kisah pasal aku...(teruna kah aku?) tapi pasal 3 teruna yang maseh suci tulus mulus hati mereka...3 orang anak kecil yang tak tahu pun apa itu dunia melainkan Channel Astro 611...hik3~
baik2...alkisah bermulalah kisah...tayyyibbbb~

kisah 1 & 2

(seorang anak teruna tengah sibuk mengalerkan buku yang baru d beli..sambil 2 orang teruna yang lain berlari2 macam dunia ni mereka yang punya..tiba2....)

rayyan: **dush2...
(tengak sepak aku dari belakang..)
aku : adeh..sakitla...tak baik sepak2 orang la..
adam : ha'ah la..ALLAH tak sayang budak nakal..ALLAH sayang budak baik..setan je sayang budak nakal..(pelat sebenarnya..tapi aku maseh paham lagi ayat2 cinta beliau..hak3~)
rayyan: tak2..ayen angkat kaki je..(buat muka tak bersalah) aku : haa..pandai pun..ALLAH tak sayang budak2 nakal...setan je sayang budak nakal...nanti ALLAH marah kalau nakal2...
rayyan: ** terus senyap... adam : hahaha..padan muka ALLAH tak sayang...(adeh...)

(sambil beberapa detik...aku pun memulakan dialog)

aku : Adam..Adam nak belajar solat tak?
adam : (senyap sambil pura2 tak dengar dan terus fokus mengaler buku..)
aku : nak tak Adam??? jumlah Cik Wa ajar...
adam : tak nak lah...(sambil tak pandang pun muka aku..)
aku : kenapa tak nak..sebab Adam kecik lagi eh?? (okay...Adam berumur 5tahun ye tuan2..)
adam : ha'ah... aku :ok..tak nak tak pe..ayen..nak belajar sembahyang tak? jum! (cuba pancing si adek..)
rayyan: erm..ayen tak nak lah...........
aku : alaaaaa...jumlah...adam jumlah...
( aku pulak yg lebih2...)

(selang beberapa minit...)

adam : hmm..oklah..Adam berhenti buat keje..nak belajar sembahyanglah...(tiba2 je setuju)
aku : yeay! jum2..jum ikut cik wa..sembahyang dalam bilik jum...(gumbiranya hati..)
rayyan : ayen pun nak ikut jugaklah...(terkekek ikut dari belakang..)
aku : jap eh Adam..cik wa nak g amek kopiah jap...(ok aku curik kopiah adek aku...)

(sambil aku pun pakaikan kopiah kat adam dan bentangkan sejadah kat beliau...)


aku : ok..Adam berdiri kat sini tau..berdiri tegak...ikut cam cik wa ni..
adam: ok..(sambil berdiri kat sebelah aku)
aku : ha..ok sebut..ALLAHUAKBAR..(bergayakan aku..angkat takbir..)
adam: ALLAHUAKBAR...(ikut je ape yang aku buat)
aku : (sambil betulkan care tangan dan kaki die..tersenyum aku tengok adam ni..hahaha...)


(dan hinggalah sampai ke rakaat yang terakhir..yang mana sepanjang solat tu..Adam iku je
segala bacaan aku walaupun beliau gagap n pelat..ow..si rayyan pulak dok terlompat2 atas katil..uh,itu memang hobi dia...adeh..)

aku : haa...pandainye Adam sembahyang..ingatkan tak pandai..(tersenyum lebar aku..)
adam: Adam belajar kat sekolah..sama macam cik wa ajar..(pun tersenyum kena puji..malu2 pulak..aish~)
aku : baguslah camtu..dah pandai sembahyang..pandai! adam: (tersenyum malu lagi.)..eh2..ni buku apa? *(amek satu buku yang ada atas meja)
aku : ow..ni buku doa2 la..jum..baca doa pas solat.. aku :(pun baca doa.. )same tak dengan doa yang cikgu ajar??
adam: tak sama lah..cikgu ajar camni.."ya ALLAH..jauhkan kami dari setan................" erk..adam lupalah... aku : hahaha..ok2..kalau lupa takpe..

-the end-

haaa...tulah kisah anak2 sedara aku yang nakal dan kadang2 menyakitkan hati..ish3~ tak baik kan...tapi aku gembira dapat ajar Adam solat walaupun aku seorang perempuan...haa..ni ada beberapa gambar yang aku snap waktu Adam belajar sembahyang...



maaf..seksi sedikit..haha!


control2


ok..solat da batal sbb buat peace!


ok ini rayyan yg hanya melompat je reti..


budak2 ni...kena guna cara yang paling ringkas dan simple..tak perlu nak tinggi suare...padehal aku pun selalu tinggi suara kat dorang..ish..nakal yang amat..tapi bertempat la ye...puji dorang dengan perkara yang baik...nah~ Insyallah...

terimakaseh pade cekgu beliau yang mengajar belaiu cara2 solat...haha..sejuk sikit hati aku ni.!

notakaki: ok..teruna 1 is Adam..teruna 2 is Rayyan..teruna 3 tu ialah Najwa..boleh tak? ha ha ha~
sekadar gurauan saje..


cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, November 3, 2010

terMENGUMPAT?



innahu min sulaimmaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim....

kurukurukurukurkurukuru....~(perutku berbunyik girang) tapi persetankan semua tu sebab aku nak membebel something mengenai hobi khas yang WAJIB ada d setiap manusia d muka bumi yang bernyawa terutama kaum Hawa...tapi kaum Adam pn WAJIB tuk punyai hobi yang agak mazmumah ni...secara ringkas..dua2 pn akan ada hobi yang menarik ni...

so..meh aku sediakan sedikit situasi yang selalu berlaku d sekeliling korang tak pun korang snediri yang melalui situais terbabit...

situasi 1

cik 1: eh..mata aku berbulu je tengok dorang tu..macam la tak ade tempat lain nak ****** (terpaksa censored)
cik 2: mata aku pn berbulu2 lebat gak tengok insan dua orang tu...geram sangat!
cik 3 **yang tibe2 muncul : ye2..aku setuju dengan korang cume tak tau la nak luah kat sape!


situasi 2

cik 4: ko tau tak nyah..**gaya makcik2. hari tu kan..aku nampak si polan tu dengan si polan yang lain...bla3...~
cik 5: eh yeke?? aku tak tau pun..ko series ke ni? atau saje nk buat cerita??
cik6: la betula la kate cik 4 tu...aku pun nampak gak..tak caye..ko tanya la aku...!

situasi 3

encik 1: wey korang...ko rase tak yang cik 1 tu macam perasan bagus...
encik 2: pe maksud ko..? aku rase die ok je..**iman maseh kuat
encik 1: taklah...aku tengok die cam alim2 je..tapi perangai..Ya ALLAH...hanya Tuhan je yang tahu..hari tu aku nampak die dengan sorang laki ni..bla3~
encik 2: erk...ye ke? tapi die pakai tudung litup ok je..tak sangka plak..**iman makin nipis...


maka...kalau ada antara korang yang selalu terdengar dan mendengar dialog2 yang lebih kurang seangkatan dengan d atas tu...pe yang korang buat?? kalau yang maseh perasan beriman mungkin akan berlalu pergi sebab tak nak tanggung dosa...dan kalau yang betul2 perasan beriman mungkin akan nasihat si pelaku2 d atas lalu berlalu dengan hati yang tenang...tapi kalau ada yang masih lemah...(aku lah tu..) pasti akan terus menambah lagi pelbagai perisa dalam setiap jalan cerita tu kan...? drama queen la katekan!

dan ada pulak sorang hamba ALLAh datang bertanya aku camni..

" macam mana eh..kite geram dengan sesorang tu..geram sangat..tapi tak tau nak buat ape..dan d sebabkan geram sangat..kite pun tercerita pasal orang tu kat orang lain..(cakap belakang) tu kira mengumpat ke? tapi kite takde niat pun..cuma rasa geram sangat je.."

aku tersenyum je la kan..bajet cam aku tau camne nak jawab soklan tu dengan tepat...konon2 aku ni boleh rungkaikan segala2 la kan..tapi aku ni hampeh jugak kadang2...kadang2 je tapi...heee~ so tanpa buang masa..aku pun menjawab serupa macam ni...

" hm..sebenarnya kita ada pernah terbaca 1 artikel tu lebih kurang ginilah..dalam artikel tu kate yang tak semua mengumpat itu adalah mengumpat..."

lalu hamba ALLAH ni pun cam terpinga2..eceh..pandai2 je aku...sambil aku berkira2 nak goreng ape tuk jawab soalan beliau...(jahat en..takdelah..aku seyes ni!)

so aku pun kata lebih kurang macam ni...

" dalam artikel tu cakap..apa yang kita perkatakan tentang orang lain itu bukanlah d kira sebagai satu umpatan selagi mana niat kita tuk bercakap tentang orang tu bukan tuk buruk2 kan dia dan jugak bukan tuk carik geng supaya ramai orang tak sukakan dia..atau bukan tuk bukak pekung d dada dia dan jugak bukan tuk tunjukkan kesalahan dia sekaligus menunjukkan yang kita ni baik.."

so tuk meringkaskan bicara...bila kita perkatakan soal dan peribadi insan lain..ianya bukanlah kerana nak tunjukkan keaiban dia..dan bukan jugak tuk buruk2 kan dia d hadapan orang lain...TAPI..ianya adalah bertujuan tuk beri pengajaran kepada orang lain..supaya orang lain tak mengikut atau terikut2 dengan sikap yang kurang baik yang ada pada si dia yang d 'umpat' itu...

dan bila dah mula perkatakan tentang perihal orang lain..d akhir nanti janganlah lupa tuk doakan tentang si dia yang telah anda perkatakan tu...dan lagi bagus kalo bila dah perkatakan hal orang lain tu...muhasabah diri balik supaya d jauhi sikap yang tak berapa nak bagus...dan doakan agar kita dan dia moga2 d beroleh hidayah ALLAH supaya jadi lebih baik...paham tak?alaaaa...macam ni la lebih kurang..

situasi 4

cik 5: eh..aku tengok si polan dengan si polan tu macam dah lain la perangai dia..dulu dia ok..sekarang macam makin tak ok je...mulut makin lancang berkata2...
cik 6: ye ke? aku tak perasan pun..tapi kalau betul lah camtu..muge2 dia berubah la ye..dan kita pun kena jage2 jugak supaya jaga diri..jaga mulut...
cik5: tulah..aku pun takut gak..muge2 kita semua d jauhkan dari sikap2 yang tak berapa nak besh ni...


haaa...macam bajet bagus kan ayat2 kat atas tu..macam mimpi jelakan nak buat camtu..sebab selalunya bila dah cakap pasal hal orang...makin rancak rasanya..sebab selalu perasan diri sendiri insan paling baik dan beriman serta suci dari dosa..hampeh kan?!

tapi..memang la kan..tak boleh nak elak tuk cakap pasal hal orang ni..tapi bukanlah sebab kita nak burukkan orang lain..tapi dengan harapan sebagai pengajaran tuk kita supaya tak jadi seperti apa yang kita perkatakan tu...jangan pulak nak d tambah sedas dua...

dan adalah lagi besh kalau pas korang sume dok bercakap2 hal orang tu kan..selain dari korang berdoa agar orang tu berubah..lebih baik kalau korang semua pergi pada orang tu dan tolong orang tu tuk berubah...sekaligus korang dah buat dakwah kan??

bukan pandai cakap d belakang je kan..dok kutuk2..keji2..tak puas ati tulah..nilah..tapi tu je ke yang korang buat?? tu je ke kelebihan korang?? bercakap pasal orang lain?? uh..maka jeliklah kalo bersikap begitu..apa kate lepas dah cakap kat belakang..cakaplah kat depan..supaya orang tu dapat berubah jadi lebih baik..korang pun dapat berubah gak jadik baik..

terMENGUMPAT tu..janganlah d jadikan amalan kalau korang tak ade niat pun nak tengok orang tu berubah...kalau niat korang hanya sebab nak bukak pekung aib..maka hentikanlah sikap tu..tukarlah ia dengan doa muge2 d beri hidayah dan petunjuk..

wallahualam...~





cukup ALLAH bagiku~

Wednesday, October 6, 2010

dunia akhir zaman?


berdoalah agar selamat dunia akhirat

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmaniirahim....

entry ni d tulis atas kesedaran aku terhadap beberapa persoalan yang menjengah ke telinga aku sejak banyak sangat video2 teori konspirasi dunia akhir zaman yang menjadi hangat d pasaran fesbuk...uh,sebelum tu aku nak jelaskan awal2..aku bukannye tinggi ilmu atau cukup ilmu nak cakap pasal hal2 yang macam ni...(ilmu tak pernah cukup pn..)
aku pun tak nak tulis dan merepek dengan panjang lebar pasal hari kiamat sebab ilmu tentang perkara ghaib ni memang sanagt sedikit la kan..Tuhan pun dah kate...Nabi pun dah beritahu..
(Al 'Araf:187)

gembar gembur hari kiamat ni bermula bila mane omputih dok wat cerita 2012...kononnya Bumi akan d timpa bencana besar lah...ramalan tu d ambil dari kalendar Kaum Maya lah..apelah..itulah...dan pasal hari kiamat aku dah pernah tulis sikit kat sini....
so boleh rujuk pade link yang aku dah copy paste tersebut...

sebenarnya manusia ni memang senang nak d triggerkan dengan perkara ghaib misterius nusantarius mistikus dan juga sulit...barulah dorang akan macam berminat bercakap pasal perkara2 yang dalam keghaiban ni kan....dan sumenya macam bertambah menarik bila bermacam2 video rencana dan dokumentari yang d tayangkan d alam maya ni..berkenaan teori konpirasi yang giat d perkatakan...

sekali lagi aku ulang..aku bukan ahli bijak pandai...cuma berkongsi..kalau korang nak kongsi juga..d alu2 kan dengan sangat2 tau~ saya budak baru belajar ambil galah tolong jolokkan...

dan macam aku cakap..cakap2 pasal hari kiamat ni kecoh d bicarakan bila omputih wat cite pasal 2012...d tambah menarik lagi dengan Kaum Maya dan Planet Nibiru...ok..sile rujuk link yang aku copy paste sebab aku dah tulis kat situ..cuma entry kali ni aku nak bagi pendapat tentang perkara ni...

ramai yang tanya
" betul ke pasal video tu? segala konspirasi..sume2 tu...kita d tipu mentah2..? tak sangaka..takutnya aku..macam tak percaya je..rupanya dunia kita ni...banyak betul perkara2 yang kita tak tahu...bla3..etc..."

pendapat aku senang je...nama pun teori konspirasi..teori...teori..kate kunci d sini adelah teori ye adek2...sebab ape...bile dah nama pn teori..tak semestinya ianya betul..dan ada kemungkinan ianya betul...dan ada juga kemungkinan tidak betul langsung...teori hanyalah teori dan tidak d buktikan dengan apa2 pun..sebab tu namanya teori..ada kebarangkalian untuk jerumus pada boleh d terima atau d tolak serta merta....

cakap2 mengenai freemason..illuminatist...dajjal..dan perkara yang berkaitan d kaitkan dengan teori konspirasi ni...bagi aku...teori yang d lakukan hanya bersandar pada pendapat para pendokong teori tersebut...d letakkan sedikit dengan beberapa potong hadis dan firman...maka menjadikan teori mereka itu kukuh...tapi harus sedar ye adek2 semua...harus d selidiki segala sumber yang d beri..usah d telan..d kumam..d kulum..dan d cernakan dengan sesuka hati...

oleh sebab itu,kita ada ustaz ustazah para alim ulama sebagai tempat rujukan...ringkas kata..kita ada ALQURAN dan ASSUNNAH sebagai tempat kita berpegang dan merujuk...jangan percaya bulat2 dengan apa yang d sajikan setiap hari...aku tak kata teori itu salah sepenuhnya dan harus d tolak...tapi ada sisi baik dan sisi buruk yang kita boleh ambil iktibar...

ramai yang mula rasa takut gentar dan insaf dengan teori2 konspirasi begini..tapi bila ada perkara yang batil bercampur dengan yang hak..itu yang macam tak sedap d dengar...hak+batil=batil
dan yang bertanya
"eh,betul ke pe yang dorang cakap tu..teori konpirasi sume2 tu...takutlah..insaf2..."

part yang insaf tu baguslah kan..tapi kalau boleh biarlah kerana sumber yang betul dan sahih serta terbukti kesahihannya...bagi aku senang..selagi kita berpegang pada Quran dan Sunnah..kita tak perlu takut dengan segala konspirasi2 dan teori2 nya...selagi kita berpegang pada Quran dan Sunnah...automatik kita akan menjauh dan tertipu dengan segala apa yang d kaitkan dengan tipu muslihat yang bermaharalela d bumi ni...

tak perlu berpegang pada konspirasi yang hanya satu teori yang boleh d terima ataupun boleh d tolak..yakni..tidak terbukti kesahihannya...ini hanya pendapat aku...selagi kita semua percaya pada ALLAH NABI QURAN SUNNAH...insyallah kita akan selamat dari perkara2 yang berbangkit...selamat dari freemason..iluminati...dan segala2 yang berkaitan...

tak perlu d tunggu wujudnya teori konspirasi ni...tapi ianya baik jika d ambil dari sisi baik..usah d telan..d kumam..d kulum..dan d cernakan dengan sesuka hati...sebagai satu ingatan agar kita lebih berjaga2 dengan dunia yang memang penuh dengan penipuan ni...sebab selagi kita berpegang pada Quran dan Sunnah...automatik kita akan menjauh dan tertipu dengan segala apa yang d kaitkan dengan tipu muslihat yang bermaharalela d bumi ni...

pada yang dok sibuk2 nak tahu bila hari kiamat yang kononnya berlaku 2012..wallahu'alam..
sebab segala peristiwa penting pada 2012 berlaku hari jumaat..korang boleh rujuk kalendar..
termasuklah 1Ramdhan..15Ramadhan..

itu sebagai satu ingatan tuk kita persiapkan diri...yelah..dok sibuk tunggu bile nak kiamat..konfem ke umur tu sempat sampai ke kiamat?? takut2 nyawa tu d tarik sebelum sempat jumpe tahun 2012 lagi..

mcm la kite sempat idop sampai 2012 ni..so,tak payah tunggu nak tau btol atau tak ramalan ni..umat Islam de pegangan tersendiri..
even, dalam satu hadis Nabi, apabila malaikat jibril tanyekan perihal kiamat pade Nabi..
baginda bersabda,
"orang yang ditanya tidak lebih
mengetahui daripada yang bertanya"
(Hadis riwayat Muslim)

sungguh, hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar..
perkara mutlak yang pasti dan akan berlaku..
tapi,bersediakah kita??

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا
"dan tiada seorang pun dapat mengetahui(yang pasti)
apa yang akan diusahakannya esok"
(Luqman:34)

notakaki:umur makin pendek..sempat ke jumpa hari yang esok..dok sibuk tnggu 2012.

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar