Sunday, May 31, 2009

manusia hina



mengenangkan kembali kepada hakikat kejadian manusia,
mengundang rasa kerdil dan hina,
dilahirkan dalam generasi yang hidup di akhir zaman,
membuka mata untuk berkongsi rasa duka melihatkan ragam remaja 'millenium' (kononnya..)

sikap tak tahu malu kian menghimpit,
buatkan penghuni dunia makin tersepit,
antara realiti dan fantasi,
mereka hidup dalam angan-angan sendiri..

hidup bagai selamanya,
tidak sedar ajal bakal menjelma,
lalu apa yang dibawa,
selain dari diri yang penuh hina?

bermula dari setitis mani,
sungguh terasa geli,
apatah lagi bila dikeluarkan dari tempat yang begitu 'seni',
oh..masih tak sedar lagi?

manusia memang begini,
tidak kenal erti mengenang budi,
pada Tuhan Yang Maha Mengasihi,
yang hanya di cari ketika bersendiri..

jika ditelusuri hakikat kejadian manusia,
sungguh diri akan terasa hina,
lalu akan kembali kepada Yang Maha Esa,
menangislah anda semahunya..

kembali kini ke alam nyata,
di zaman manusia berajakan nafsu semata,
bagai parut luka yang ditoreh kembali,
melihatkan mereka yang terkulai adalah bangsa sendiri,
bangsa Islam yang kian 'mati'..

mat rempit,bohsia dan bohjan,
menghuni dunia tanpa rasa segan,
seolah-olah dunia ini mereka yang pegang,
tak sedar azab ILLAHI akan menyerang..

tak kurang juga pada peneguk air setan,
meronggeng ke kelab malam walaupun dah beruban,
patutnya di usia begini di sarungkan serban,
menambahkan segala jenis amalan..

kalau ditegur yang muda,
"hidup untuk enjoy" katanya,
jika di tegur golongan berusia,
"time muda-muda dulu tak pernah merasa..."

makin dinasihati,
dikatakan 'busy body',
usah di ambil peduli,
mati nanti, kubur sendir-sendiri..

sebak dada mengenangkan mereka,
diperhambakan di depan mata,
bukan tidak tahu,
tapi buat-buat tak tahu..

bangsa melayu,
bangunlah kamu,
bangsa Islam,
tinggalkan zaman kelam..

namun diri masih mencari,
sekelompok insan yang masih mengerti,
hakikat sebenar hidup ini,
yakni sebagai 'abid,khalifah dan juga da'ie..

sungguh manusia ini hina,
dari mula hingga akhirnya,
pada mereka yang terus alpa dan leka,
hidup dengan penuh sia-sia..

pada mereka di luar sana,
diri ini sekadar mengingatkan semua,
muhasabah kembali hakikat diri kita,
tiada apa-apa tanpa redha dariNya..

selongkar dan koreksi diri,
dimana tahap iman dan jati diri,
agar hidup tak nafsi-nafsi,
sentiasa beringat agar terus berdiri..

pilihan di tangan sendiri..
mahu ini,

ataupun ini..


kerna diri ini hanya mahu memberitahu..
'sebagai seorang manusia,sungguh aku sayang padamu..'


"dan tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk
beribadah kepadaKu."
(51:56)

cukup ALLAH bagiku~

Friday, May 29, 2009

darah anda

i got this facts from web in internet,of course..
juz wanna share it with guys out there..


DARAH 'O ' (dats me..)

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ' B'

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.



cukup ALLAH bagiku~


cukup ALLAH bagiku~

Monday, May 25, 2009

no.point.


sometimes when I say
"oh,I'm fine"



















I want someone to LOOK at my eyes and says
"tell me the truth"

(sesi merepek)

Saturday, May 23, 2009

saya mahu awak tahu

saya mahu awak tahu,
saya hadir dalam hidup awak adalah keranaNya..

saya mahu awak tahu,
tiada niat saya mahu menjadi watak utama dalam hidup awak..
cukuplah sekadar watak sampingan yang saya bawakan..
kerana watak utama dalam hidup awak telah pun wujud..

saya mahu awak tahu,
saya selesa dengan watak sampingan tersebut..
watak yang sudah cukup bagi saya..
cukup untuk menjadi penghibur awak di kala sunyi..

saya mahu awak tahu,
sayang saya pada awak juga keranaNya..
sayang saya tidak mengharap balasan dari awak..
balasan awak bukan keutamaan saya.
keutamaan saya adalah redha ALLAH..

tapi,sayang sekali..
awak tak tahu semua ini..
sebab saya tak pernah luahkannya pada awak..

sebab,

saya mahu awak tahu,
bukan semua perkara perlu di beritahu..
sesetengahnya perlu di rasa..

tapi,

saya tetap mahu awak tahu,
segala apa yang tak ingin saya luahkan..
luahkan apa yang tak terluah..

supaya,
awak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya..

supaya,
awak tahu betapa sayangnya saya pada awak keranaNya..

supaya,
awak tahu yang saya tidak mengharap sayang saya di balas..

supaya,
awak tahu agar sentiasa berharap hanya pada sang Pencipta..

supaya,
awak tahu ada ramai yang menyayangi awak tanpa awak sedari..

namun,
saya tetap mahu awak tahu..
bahwa saya mahu awak tahu semuanya..
walau pada hakikat,awak tidak tahu..
atau buat-buat tak tahu..

sebab saya tahu,
ALLAH tahu perjalanan takdirNya dalam hidup saya..
dan saya tahu,jika bukan saya watak utama dalam hidup awak..
saya akan menunggu watak utama dalm hidup saya untuk sampai..

sebab saya tahu,
ALLAH tahu isi hati saya..
dan saya tahu,janji Tuhan pasti berlaku..

(sesi merepek)

cukup ALLAH bagiku~

Thursday, May 21, 2009

mutaba'ah...YA@TIDAK

kisah 2

lama menunggu persoalan mengenai mutaba'ah ni...
menunggu masa yang sesuai untuk d muatkan entry ini..
cuba mencari bahan secukupnya..
insyallah ana akan cuba huraikan lebih lanjut tentang mutabaah ini..

Sistem mutaba’ah adalah satu teknik penilaian amal yang biasa dilakukan dalam usrah mahupun halaqah.
Contohnya diminta para ahli usrah supaya melakukan solat sunat dengan sekurang-kurangnya bilangan tertentu, puasa, qiam dan sebagainya dalam seminggu, dan rekod mereka akan diperiksa oleh naqib yang bertugas semasa sesi usrah.

Benar, pada asasnya ini adalah bagus untuk melatih diri ahli usrah untuk beramal. Tapi jangan kita lupa dalam Islam amal itu hanya sempurna jika ikhlas niatnya kerana Allah dan perlakuannya menurut contoh Rasulullah s.a.w.

Dalam melaksanakan mutaba’ah, kita khuatir amal tersebut tidak menjadi amal yang ikhlas kepada Allah, sebab ada risiko para ahli akan berfikir bahawa mereka melakukan ini agar dapat memenuhi amanah dan janji mereka dalam jemaah.

Inilah beberapa saranan untuk memperbaiki mutabaah amal ini:

1.Jika mutabaah amal itu tentang urusan kerja ibadah am (seperti membaca, senaman) dan bukannya ibadah khusus, maka ini adalah lebih selamat.

2.Sistem mutabaah amal ibadah khusus ini lebih wajar untuk kanak-kanak yang belum baligh sebagai satu bentuk pendidikan. Kanak-kanak, tidak seperti orang dewasa, sukar untuk menghayati erti keikhlasan dalam beramal, maka didikan secara begini bersama ganjarannya adalah satu cara untuk melatih membiasakan mereka dengan amal ibadah. Malah, inilah antara cara psikologi didikan anak.

3.Gunakan usrah sebagai sesi tazkirah dan penginsafan. Kemudian serahkan kepada para ahli untuk bertindak menurut kesungguhan mereka.


4.Tugas Naqib hanyalah sebagai moderator dan pembimbing sahaja. Tidak wajar untuknya mengambil tahu kisah peribadi ahli usrahnya melainkan ahli usrahnya sendiri yang ingin berbincang masalah.

satu hadith diutarakan apabila mutabaah ni bicarakan ramai orang..

Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini melayat orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali ia akan masuk surga.”

(Hadits di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari)

hadith di atas bukanlah membicarakan tentang mutabaah secara khusus..

adakah dengan menjawab pertanyaan Rasullallah SAW, Abu Bakar telah bersikap riya'?

tidak sama sekali..

Abu Bakar sekadar menjawab pertanyaan Rasullallah SAW..tiada langsung berniat utk menunjukkan kehebatannya..
mana mungkin insan sehebat Abu Bakar..

Namun,di zaman ini.lain pula ceritanya..yang dikatakan riya' itu adalah pelakunya dan bukan mutaba'ah itu..

perlu diigatkan d sini bahwa mutaba'ah d lakukan untuk melihat tahap kemajuan diri dalam mempraktikkan cara hidup Islam..

ianya perlu sebagai peringat diri, namun apabila ianya di cek oleh setiap naqibah
bg ana, tidak perlu kerana dikhuatiri niat akan berubah..

kerana kita tahu, niat manusia paling cepat dan senang untuk berubah..

dikhuatiri juga akan berlaku syirik kerana ibadah dilakukan atas dasar takut pada naqibah...

nau'zubillah...

cukuplah tugas naqibah sekadar menasihat mutarobbinya agar melakukan itu dan ini..
dan yakin dengan mutarobbinya..

sesungguhnya ini pendapat peribadi ana berdasarkan hasil diskusi dengan beberapa kenalan dan juga bahan


cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar