Tuesday, April 28, 2009

persoalan dalam bersahabat~

sebelum keE.M.Oan melande..
ana ingin utarakan 3 persoalan d sini..

  1. 1.pernah ade perasaan mahu ber'sahabat' dgn sesorg?
  2. 2.pernah x sesorg menolak mahu ber'sahabat' dgn anda?
  3. 3.pernah rse rimas bile sesorg mahu ber'sahabat' dgn anda,tetapi anda hanya biase2 je dgn dia..
mari kite mengupas persolan d atas memandangkn itulah yg terjadi d klgn sahabiah2 ana skang..
insyallah,sedikit sebanyak pndangan dari insan hina ini dpt membntu sahabat2 d luar..
  1. 1.pernah ade perasaan mahu ber'sahabat' dgn sesorg?
  • pertama-tamanya ana nk tekankan yg dlm berkwn,kite kena pndai dlm memilih..kerana dlm hadis Nabi ada d tekankan bahwa..

"Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

  • jadi,jelaslah bahwa sahabt mencerminkan siapa diri kita yg sbenar..berbalik pade persoaln y d utarakan,mungkin ada d klgn anda2 sume yg ada perasaan mahu ber'sahabat' dgn sesorg..mungkin anda 'admirer' dgn dia,lantas mahu ber'sahabat' dgn dia..mungkin juga anda rasa seronok ber'sahabat' dgn dia,lantas mahu bersahabat dgn die..mungkin kerana peribadi dia membuatkan anda senang n mahu berdamping dgn dia..
  • wlw apepun jue alasan n sebab anda dlm bersahabt hendaklah d lakukan dgn niat yg satu.. iaitu 'lillahita'la'..cintekan sahabat anda kerana ALLAH n bukan kerana sebab musabab yg len..
  • jika anda tidak ber'sahabat' kerana ALLAH, anda mungkin akn kecewa dlm bersahabat..mau tau kecewa yg mcm mane??kite pergi ke persoalan ke2

2.pernah x sesorg menolak mahu ber'sahabat' dgn anda?
  • d saat anda sgt passion n eager utk bersahabat dgn dia..tp si dia hanye bersikap bese2 je dgn anda..mksudnya..layanan yg di berikn tidaklah sebaik layanan yg anda berikan..
  • d saat anda mahu ber'sahabat' dgn si dia,pasti anda akan buat sesuatu utk menarik perhatian si dia..supaya berfikiran seperti..."kelakarnya dia ni.."@ "bestnya dia ni.." kepada anda..n berharap si dia memberi respon yg + kepada anda..
  • maka,anda hanya bertepuk sebelah tgn sahaja..perasaan syg anda tiadk d balas dgn setimpal oleh si dia..maka kecewalah anda bila anda tidak d layan..
  • perlukah rasa kecewa bila ini yg mlanda anda?? TIDAK sama sekali!! kerana apa??kerana apabila anda bersahabat kerana ALLAH,anda tidak akan mengharapkan apa2 balasan pn melainkan hanya dariNYA..
  • tp,tidak dpt d nafikan perasaan kecewa itu akn wujud kerana dia yg anda minat,sukai,sayangi tidak memberi respon yg sepatutnya..
  • hindarkanlah rase yg begitu demi mengelakkan jarum halus setan dari trus menghasut anda..rasaknlah nikmat ukhwah bila ALLAH d letakkan d tempt teratas..
  • sesungguhnya perasaan kasih itu tidak boleh d pakse..biarkan ia dtg sendiri..anda tidak boleh memakse dia utk mengasihi anda seperti anda mengasihi si dia..
  • berdoalah kpd NYA agar si dia juga akn menyayangi anda suatu hari nnt..

3. pernah rse rimas bile sesorg mahu ber'sahabat' dgn anda,tetapi anda hanya biase2 je dgn dia..
  • bg anda yg mungkin ada ramai peminat kerana personaliti anda..pasti pernah terjebak dgn perkara d atas..
  • syukur d pnjtkan kerana anda berpeluang mejalin ukhwah dgn ramai org..tp mungkin dlm keramaian itu..terselit sorg dua yg btol2 mahu bersahabat dgn anda..
  • maka,bermacam2 lah yg d buat tuk meraih perhatian anda yg kdg2 mbuatkn anda rimas n lemas..
  • anda mengambil langkah utk tidak melayan si dia kerna anda tidak mahu memberi arapan palsu kpd si dia..
  • anda tidak salah kerana seperti yg dikatakan,perasaan syg itu tidak boleh d pkse..muge2 si dia phm akn situasi anda n tidak memakse anda menyayangi dia..
  • jgnlah anda bersikap dingin terhadap mereka2 yg seperti ini..lynlah seadanya n jgn berlebihan..takut anda terberi harapan palsu pada si dia..

Alqamah berpesan kepada puteranya,katanya : Wahai anakkku!Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta ),ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. JIka datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu ).
  10. Jika engkau berkata kepadanya,niscaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu,niscaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham,niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
konklusinya..sayang terhadap sahabat hendaklah semate2 kernaNYA..anda tidak akn kecewa wlwpun si dia tidak menyayangi anda seperti yg anda mahukan...
jika sayang anda kerNYA juga akn menjauhkan anda dari perasaan cemburu @ jeles dlm bersahbat..sesungguhnya,itulah virus ukhwah yg sng menular dlm diri mereka yg bersahabat..
ana juga bukan shbt yg bek..maseh berusaha ke arah itu..
insyallah..ALLAH akn mbntu hambanya yg ikhlas berusaha ke arah kebaikan..

wallahu'alam~

to-do-list ku~

aiayayaya~
agak2 cmnela dgn to-do-list??
rse2 cm xbrape nk bjaye la..
meh la kite cek sesame...

1.beli mp3 baru..(sbb nset ana xleh save lagu)
- hee..pinjam saje same my bro..wit suda kering..
2.set date tuk reunion prak ana...(xnyabo2...)
- erm..mcm xberjln je..
3.mau dating dgn sahabat ana tercinta...(miz u lillahita'ala..)
-suda tidak lg bergelar 'sahabat terchenta'..so,no dating2 keh..
4.mau kua same batwomen...(rindu kamu orang jugerr..)
- maseh lg tertangguh...again.
5.keje la...(suda ikat kontrak lol...)
- kontark ku suda d batalkn..sdey2..xde rzki..
6.de wit lbey mau ble itu camera water resist..aiayayaya...(membazir sje...)
- maseh jauh lg angan2 ku ini..
7.uhh...mau kua dgn geng2 tasekku...(buang wit je...)
- erm..maseh geng kah kami??
8.beli 1 tafsir quran..(senang wat rujukan..asik pinjam org punye sjerr..)
- alhamdulillah~
9.apal balik surah2 lazim yg da lme lupe...(insyallah~)
- on da way..insyallah~
10.n first n foremost...mau blaja masak same mak la...(suda mau ni......KAH)
- teeetttt!

let me see...
huhuhuhu..setelah d analisa its only 1 out of ten yg dpt diselesaikan..
pe nk wat..
"manusia merancang,ALLAH juge merancang
tetapi perancangan ALLAH adalh sebaik2 perancangan"
(al-Anfal 8;30)

so, i hv to prepare to bcome more prepared after dis..
hee..~
utamekan yng utame..semakin hari semakin sayang...
ahaks~
cukup ALLAH bagiku~

Thursday, April 23, 2009

book fair 2009~

alhamdulillah,buat pertame kalinya berjaye gak jejakkn kaki kt book fair thn ni..
pegi dgn rkn ari selase lepas...
rse seronok yg amat sgt..
buku sume murah2..hee..tersenyum sambil membelek2 buku yg nk di beli..
harge pn murah...
make terciptalah sejarah baru dlm hidup...
beli novel yg dirasakn bagus utk d jadikan santapan 'rohani'...ahaks..

n alhamdulillah..dpt gak beli novel 'tautan hati'..
wlwpun mcm ketinggalan cket..nk kne kumpul wit yg cukup dlu..
n dlm mase 2 ari abeskn novel yg setebal 700+...
gaye penulisan fatimah syarha mohd noordin mmg bgos..
syukur,novel tu byk memberi impak n kesan dlm diri ini..
mesej yg nk d sampaikan sgt lah jelas..
kne bce sndiri,baru 'best'..
asiah yusra mmg tersgt sempurna wataknya..moga2 masih wujud insan sebegitu..

skang ni..
ade lg 3 novel karya ramlee awang murshid yg xsempt nk bce..
terkilan sbb xdpt beli trilogi pertame kisah cinta epik beliau..
insyallah..maseh mencari mase lg..
lgpun ujung minggu ni ada ada camp ibadah kt n9..ulu bendul..
insyallah..jelajah dlm dunia novel akn bersambung selepas itu..
heee..ramlee is d best..


(bagaikan puteri..stok da abes..)

lg 1 kitab yg dibeli ialah tafsir quran..alhamdulillah..
wt mase skang..itu je yg mampu beli dgn wit yg ade..
insyallah..kalo de mse,ruang n peluang..akn pergi lg ke book fair thn depan..

cukup ALLAH bagiku~

Sunday, April 19, 2009

kisah katil~

hmm..pernah x korg sume terpikir pasal perkongsian katil dengan rakan sejenis??
pernah x terpikir tentang hukum berkongsi katel dgn rkn sejenis??
kalo tnye diri ini,mmg la x stuju psal perkongsian katil ni...
bukn ape..ianya boleh mndtgkn fitnah..
n rmai gak shbt2 yg xstuju dgn pndpt ni...

tidak perlulah sesorg itu berkongsi katil @ selimut jika punyai alternatif lain..
melainkan terpaksa...
maksudnya,elakkan selagi bole..
bukan apa,sesungguhnya jarum syaitan itu amat halus..
jika kita x d lekakan dgn nafsu kpd kaum berlwanan jnis..
mungkin kita akan d lekakan dgn nafsu kpd rakan sejenis...
bukan apa,beringat sebelum kena...
hindarkan semua perkara yg boleh menimbulkan fitnah...

kalo kt skol asrama dlu..(gurls skul)
warden mmgla xbg kongsi2 katel ni..
sbb dorg tau pe'el dak2 remaja skang...
mule2 mmg la bese je..tp kalo da lme..bole mndtgkn mudarat....
pernah tnye rmai shbt tentang pndpt mereka..
ada yg kate..

"ala..normal la beb kongsi katil.."
lg.."bukan wat pape pun..tdo je.."
n lg.."xbek burok sngke tau..."
bukn persoaln burok sngke yg ingin d tekankan..
tetapi,kebarangkalian utk berlakunya fitnah ADA!!...

diri ini xstuju berkongsi katil..
rmai yg xstuju dgn pendapat tersebut..
sbb pernah handle kes sorang hamba ALLAH ni...
astaghfirullah,sgtlah dahsyat...
d pendekkan citer,shbt ni tlh berkongsi katil dgn shbt yg len...
n d pendekkan citer lg, shbt yg len ni rupanya mpunyai agenda yg tersendiri...
nauzubillah...berlakulah perkara yg x sepatutnya...
moga ALLAH ampunkan mereka berdua...

back to d point,berkongsi katil adalah d haruskan atas beberapa kondisi
1. xkn nk tdo kt lntai
2. kesian
3.hargai nilai prshbtn..

tp ianya haram apabila mndtgkn fitnah..
maseh igt pesanan ustzah,
"kalo sesuatu bnde tu boleh mndtgkn fitnah..elakkan..jgn tunggu2 lg.."
n sampai skang di amalkan bnde tu.. insyallah...
wlwpun xske berkongsi katil, tp jg pernah berkongsi katil dgn rkn...
tp dgn kondisi yg telah sebutkan d atas td...

sbb ape??
sbb takut akan implikasi d kemudian hari..
elakkan perkare yg mndtgkn fitnah..n akan elakkan..
lgpun dlm 1 hadis nabi ada d riwayatkan...
Ia berdalilkan sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Tirmidzi,

"Dari Abu Said al-Khudri dari ayahnya, bahawa Rasullullah berkata, "Janganlah lelaki melihat aurat lelakilain, dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain, dan janganlah lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu selimut dan janganlah perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu selimut."

Ini Nas hadis dalam riwayat Imam Muslim


لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain, dan janganlah lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu selimut dan janganlah perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu selimut

Imam Nawawi mengulas begini

وَأَمَّا قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَلَا يُفْضِي الرَّجُل إِلَى الرَّجُل فِي ثَوْب وَاحِد ) وَكَذَلِكَ فِي الْمَرْأَة مَعَ الْمَرْأَة . فَهُوَ نَهْي تَحْرِيم إِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنهمَا حَائِل

Maksudnya disini ialah 2 orang didalam satu pakaian tanpa ada pakaian lain yang dipakai.
Aurat (kulit) antara keduanya bersentuhan.
Sebaliknya jika masing-masing memakai pakaian yang menutup `aurat hanya sekadar menggunakan satu selimut,
perbuatan itu tidak termasuk dalam larangan didalam hadis ini.


Perbuatan itu tidak haram jika tidak membuahkan fitnah...
sbb juge penah jumpa kes yg mane hbgn songsang tu bermula dari atas katil..
drp tidor same2 tu wujud plak perasaan songsang..
mula2 hanye peluk2..n then belai2..n then...tuuuttt!!!!

elakkan berkongsi katil selagi boleh...
dunia akir zmn ni..mcm2 boleh berlaku...
insyallah,harap2 rakan2 phm pe yg cube disampaikn...

cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar