Monday, May 18, 2009

puteriku sayang~

puteriku sayang, maaf kerana meragui keikhlasanmu..
puteriku sayang, maaf kerana berkasar denganmu..
puteriku sayang, maaf kerana menyebabkan jiwamu menangis..
maaf atas kekhilafan diri ini..

bukan setitis dua tangisan yang aku hadiahkan..
bahkan selautan tangisanmu gugur menjadi mangsa ketidak matangan diri ini..

sudikah diri ini dimaafkan untuk kesekian kali?
mampukah diri ini mengembalikan sinar tawa di bibirmu?
dapatkah diri ini menjadi sebahagian dari hidupmu?

sungguh engkau sahabatku dunia akhirat..
selangkah kau meninggalkan ku..
takkan sama dengan seribu langkah insan lain mendekatiku..

jangan pernah sekali meninggalkanku..
jangan pernah sekali melupakanku..
jangan pernah sekali mengabaikanku..
wahai puteriku sayang, sungguh engkau sahabatku..


p/s- pade mereka d luar sane,hargailah sahabat anda dan insan sekeliling.sesungguhnya mereka amat tinggi nilainya pada kita tanpa kita sedari.. dan buat puteriku, maafkanlah insan hina ini..

(sape leh tahan kalo tgk kwn nanges d sebabkan kite?? cukuplah sekali..tak kan ade yang kedua~)

buat puteri,andai anda membaca wadah ini..jutaan maaf ku pohon~

No comments:

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar