Sunday, June 6, 2010

bantuan dari langit?


syahid itu pasti!

innahumin sulaimaanawinnahu bismillahirrahmnirrahim...

'kita mengharapkan bantuan dari langit akan tiba untuk membantu saudara2 kita d palestin..'

hmmm...ok itu antara dialog yang masih aku ingat sewaktu menonton cerita Malaysia Hari Ini kat tv3 tempoh hari...
yela..waktu tu si pengacara tv dok sibuk mengupas isu mengenai israel-palestin dan juga mengenai konvoi bantuan makanan yang d ketuai oleh Turki..
kita semua..dan seluruh umat Islam khususnya mengharapkan bantuan khas dari langit akan turun dari langit bagi membantu umat Islam d palestin mahupun mereka yang menyertai konvoi bantuan tersebut...

tapi setiap hari jugak kita d hidangkan dengan kebiadapan Israel dalam merosakkan segala yang telah d atur bagi membantu mereka d Palestin...korang dan aku sendiri pun tahu..(kalo korang tau la en)
harap2 korang tau la..
macam mana si Israel dengan tak tahu malu datang serang konvoi lantas memukul mereka yang ada dengan besi@kayu@what so eva...ouch! sakitla!!!! tak saket ke main pukol2 ni???

and with no reason at all!!! aku hanya mampu mencarut dalam hati je..(ow makin itamlah ati aku)
dan aku masih terus memikir dan aku pun tau korang pun dok pikir same macam ape yang aku pikir...kenapa masih tak ade bantuan dari langit???
kenapa time Israel datang nak hambat kapal konvoi tu dorang tak kene panah petir ke? or paling tidak pun kene telan jaws ke? or paling tidak pun kene telan ombak besar ke? or paling tidak pun kene serangan jantung secara tiba2 dan menjadi satu misteri kenapa dorang kene heart attack secara tiba...

but...nothing happen!! dengan rakusnya rejim zionis durjana menendang mengherdik memukul menembak mereka yang tak bersalah dengan sukahati mak bapak dorang yang mesti sedih kalau tengok anak dorang berkelakuan seperti bukan manusia...
(mereka juga bukan homosapiens)

demi Tuhan..aku bukan mempersoalkan kuasa Tuhan..sebab aku tahu Dia Maha Mengetahui dan amat profesional dalam apa yang Dia buat...
sebab aku sangat2 yakin dan percaya bahwa Dia memang berkuasa dalam nak hancurkan zionis durjana tu dengan senang kacang je! tapi Dia tak buat...dan bantuan dari langit yang kita harapkan macam..sambar petir,kena telan jerung,kena telan ombak besar dan paling koman pun kena heart attack..semua tu tak berlaku pun..
(nothing is happen!!)

tapi apa yang berlaku??? umat konvoi tu yang d bunuh dan d cabuli hak asasi mereka... dan aku konfem korang semua pun tahu perihal tersebut sebab dok terpampang kat tv malah juga suratkabar...melainkan korang ni jenis yang kurung diri dalam almari dan tak tahu apa yang berlaku kat sekitar...

dan berbalik pada persoalan asal...mengapa masih tiada bantuan dari langit???
dan kalau korang arif dan tahu lagi serta masih ingat tentang bagaimana kisah perang badar...
dan aku harap juge korang tau dalam perang badar tu tentera Islam hanya seramai 313 menentang tentera kafir yang lebih kurang 1000 orang...
(kalau tak tahu..aku harap korang da tau sekarang.)
tapi dengan kuasa ALLAH..tentera Islam telah menang dengan bergayanya..sebab apa? sebab dengan adanya bantuan dari langit...apa bantuan yang aku maksudkan??
bantuannya tak lain tak bukan ialah penghantaran utusan malaikat oleh ALLAH untuk bantu tentera Islam...(ALLAHUAKBAR!!!!!!)

dan tentera ghaib yang ALLAH turunkan bukan seorang dua..tapi mencecah hampir 1000 malaikat! aku ulang taip seribu malaikat!
sedangkan kita tahu bahwa dengan seorang malaikat pun dah lebih dari mampu tuk hapuskan tentera kafir dalam perang tersebut...
tapi tak..ALLAH tak turunkan seorang malaikat..tapi 1000 malaikat!
besar bantuan ALLAH tuk umat Nabi ketika itu...

padehal kalau imbau sejarah pun..dalam meniti kisah kehancuran umat terdahulu seperti kaum tsamud..kaum Lut dan juga kaum 'Ad..ALLAH hanya turunkan seorang atau dua malaikat je tuk menterbalikkan menggoncangkan serta menenggelamkan kaum2 yang ingkar tersebut..
dan aku ulang taip sekali lagi..dalam perang Badar..bukan seorang tapi 1000 malaikat bantuan ALLAH berikan...memang bantuan yang lebih dari cukup..

apa istimewanya umat Muhammad ketika itu yang kita nak bandingkan dengan umat Muhammad ketika ini???
apa bezanya sehingga ALLAH meberikan bantuan dari langit tuk menang dalam perang badar tapi tuk umat Islam kini..masih tiada bantuan yang d harapkan tuk hancurkan zionis...
(sekali lagi aku bukan mempersoal kuasa Tuhan)

aku mahu mengajak kita semua umat Islam masa kini muhasabah dan fikir kembali apa kualiti yang umat terdahulu ada yang umat sekarang tak ada...
apa umat terdahulu amalkan yang umat sekarang tak amalkan...
apa umat terdahulu lakukan yang umat sekatang tak lakukan..
apa kelebihan umat terdahulu yang umat sekarang tak ada...
apa kehebatan umat terdahulu yang umat sekarang tak ada...

dan...tuan2 dan puan2 yang dok baca entry aku ni..marilah kita same2 pikir dan renungi sebab musabab yang menjadi punca kepada tiadanya bantuan dari langit yang kita harapkan selama berpuluh2 tahun..
(aku tetap percaya,ALLAH masih memberikan bantuan dalam sedar dan tidak sedar)
tapi kita masih perlukan bantuan ALLAH yang lebih besar dan super power kerna hanya pada Dia kita semua berharap...tapi sampai sekarang kita masih harapkan bantuan yang super power tersebut..namun tak kunjung tiba..

sahabat semua..apa istimewanya umat terdahulu yang umat sekarang tiada ialah...
umat Nabi terdahulu adalah umat ibadah..umat yang sentiasa berdakwah..umat yang sentiasa berukhwwah...
(umat sekarang ada kualiti ini??)

umat Nabi terdahulu bersatu dalam dakwah..bersatu dalam belajar dan mengajar agama ALLAH..bersatu dalam solat berjemaah..dan bersatu berkongis hidup sebagai satu umat..paling utama..
mereka bersatu dalam satu jemaah Islam!
(umat sekarang ada kualiti ini??)

jadi..kesimpulannya...313 tentera Islam adalah mereka yang bukan calang2 orang..mereka adalah umat Nabi yang melakukan dakwah..mereka adalah umat Nabi yang merupakan ahli masjid...mereka adalah umat Nabi yang tak tinggal solat jemaah..mereka adalah umat Nabi yang tak tinggal tahajjud..mereka adalah umat Nabi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan dan kaum yang bersatu atas dasar agama ISLAM!
tapi umat Nabi sekarang adalah hampeh...(oopss..maybe terlalu melampau)
kerna kita tak ade langsung ciri2 umat terdahulu...ciri2 umat yang ALLAH telah turunkan bantuan dari langit..
tapi kita masih berharap kerna ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang..

dan ciri2 serta kualiti umat terdahululah yang ALLAH suka..bila bersatu dalam menegakkan Islam..tanpa mengira darjat keturunan kaum dan bangsa...dan sebab ALLAH suka dengan kualiti umat ketika itu,..maka pertolongan ALLAH pun turun mencurah2 dari langit..
bukan satu..bukan dua..dan bukan tiga malaikat yang ALLAH turunkan..tapi 1000 malaikat yang ALLAH turunkan tuk bantu tentera Islam ketika itu..memang cukup satu malaikat tuk ganyang tentera kafir tapi d sebabkan keistimewaan serta kemuliaan umat terdahulu..berduyun2 malaikat turun tuk membantu
(Maha Suci ALLAH)

dan lepas perang Badar kita boleh tengok bantuan ALLAH yang lain..hingga zaman Khulafa' malah juga pada zaman Sallehuddin Ayubi tu sendiri..yang menyaksikan kemenangan umat Islam dalam menentang tentera kafir yang adakalanya melebihi jumlah tentera Islam tu sendiri...kualiti yang ada pada tentera Islam zaman silam melebihi kualiti tentera yang ada sekarang..

dan untuk itu..hingga hari ni..tiadalah lagi bantuan yang super power dari langit yang d harapkan..maka kalahlah Islam d bumi Iraq, Afghanistan,Palestin,India...

maka kita tanyalah balik diri kita mana pergi bantuan ALLAH serta malaikat yang pernah ALLAH turunkan tuk bantu umat Islam satu ketika dulu..
dan jelas d sini perbezaan kualiti umat terdahulu dengan umat sekarang...kelebihan umat terdahulu yang mendapat pertolongan dari ALLAH...kenapa dan mengapa mereka mendapat pertolongan yang kita umat sekarang tak dapat2 hingga ke hari ini...

umat terdahulu..mereka adalah umat Nabi yang melakukan dakwah..mereka adalah umat Nabi yang merupakan ahli masjid...mereka adalah umat Nabi yang tak tinggal solat jemaah..mereka adalah umat Nabi yang tak tinggal tahajjud..mereka adalah umat Nabi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan dan kaum yang bersatu atas dasar agama ISLAM!

umat sekarang..mereka adalah orang islam yang ramai meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, itu ini begitu begini…(ooopsss...)

mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam agama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? kenapa sunnah Nabi di tinggalkan? kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? kenapa berebut kuasa dan jawatan?
sampai caci mencaci, fitnah dan membunuh?

sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada sunnah Nabi, dapatkan kembali quality umat terdahulu, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan umat terdahulu, solatlah tahajjud seperti nabi dan umat terdahulu, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah (pertolongan), maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”
Al-’Imran:(123)


"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)

**Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

notakaki:mendapat ilham dari sini...maka same2 lah kita pikir demi kepentingan ummah! tiade niat mahu mengguris hati sesiapa..terima kasih encik Hamka.


cukup ALLAH bagiku~

2 comments:

mujahid kelana said...

Camane nak ajak umat: melakukan dakwah, jadi ahli masjid, tak tinggal solat jemaah, tak tinggal tahajjud..? Sorg2 buleh. Tulis blog nih dpt ke. Org kmpung bace blog? Sape nak kepalai. Pemimpin negara Malaysia skrg? Isteri pun x leh nak ajak. cukup2 la dok mengeluh. Jom turun padang. Bergerak lah dlm jemaah.. Kerja susah mnjadi senang.. InsyaAllah.

khaleeftunggal said...

ow timekaseh ats peringatan tu..same2 kite usahe..mmg xdpt pape tulis blog ni..hanye sekadar menyampaikan apa yg d rasa..

setuju atau tidak terpulang..yang baik kita ambil..
mulakan dengan perkara asas sebelum ke perkara yang lebih besar..

mcm cara nabi berdakwah dlu..mantapkan asas dan dasar dlm dri masing2..

*erk lg satu bace belog pun xdpt pape.jom turun padang..ahaks~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar