Thursday, May 21, 2009

mutaba'ah...YA@TIDAK

kisah 2

lama menunggu persoalan mengenai mutaba'ah ni...
menunggu masa yang sesuai untuk d muatkan entry ini..
cuba mencari bahan secukupnya..
insyallah ana akan cuba huraikan lebih lanjut tentang mutabaah ini..

Sistem mutaba’ah adalah satu teknik penilaian amal yang biasa dilakukan dalam usrah mahupun halaqah.
Contohnya diminta para ahli usrah supaya melakukan solat sunat dengan sekurang-kurangnya bilangan tertentu, puasa, qiam dan sebagainya dalam seminggu, dan rekod mereka akan diperiksa oleh naqib yang bertugas semasa sesi usrah.

Benar, pada asasnya ini adalah bagus untuk melatih diri ahli usrah untuk beramal. Tapi jangan kita lupa dalam Islam amal itu hanya sempurna jika ikhlas niatnya kerana Allah dan perlakuannya menurut contoh Rasulullah s.a.w.

Dalam melaksanakan mutaba’ah, kita khuatir amal tersebut tidak menjadi amal yang ikhlas kepada Allah, sebab ada risiko para ahli akan berfikir bahawa mereka melakukan ini agar dapat memenuhi amanah dan janji mereka dalam jemaah.

Inilah beberapa saranan untuk memperbaiki mutabaah amal ini:

1.Jika mutabaah amal itu tentang urusan kerja ibadah am (seperti membaca, senaman) dan bukannya ibadah khusus, maka ini adalah lebih selamat.

2.Sistem mutabaah amal ibadah khusus ini lebih wajar untuk kanak-kanak yang belum baligh sebagai satu bentuk pendidikan. Kanak-kanak, tidak seperti orang dewasa, sukar untuk menghayati erti keikhlasan dalam beramal, maka didikan secara begini bersama ganjarannya adalah satu cara untuk melatih membiasakan mereka dengan amal ibadah. Malah, inilah antara cara psikologi didikan anak.

3.Gunakan usrah sebagai sesi tazkirah dan penginsafan. Kemudian serahkan kepada para ahli untuk bertindak menurut kesungguhan mereka.


4.Tugas Naqib hanyalah sebagai moderator dan pembimbing sahaja. Tidak wajar untuknya mengambil tahu kisah peribadi ahli usrahnya melainkan ahli usrahnya sendiri yang ingin berbincang masalah.

satu hadith diutarakan apabila mutabaah ni bicarakan ramai orang..

Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini melayat orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali ia akan masuk surga.”

(Hadits di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari)

hadith di atas bukanlah membicarakan tentang mutabaah secara khusus..

adakah dengan menjawab pertanyaan Rasullallah SAW, Abu Bakar telah bersikap riya'?

tidak sama sekali..

Abu Bakar sekadar menjawab pertanyaan Rasullallah SAW..tiada langsung berniat utk menunjukkan kehebatannya..
mana mungkin insan sehebat Abu Bakar..

Namun,di zaman ini.lain pula ceritanya..yang dikatakan riya' itu adalah pelakunya dan bukan mutaba'ah itu..

perlu diigatkan d sini bahwa mutaba'ah d lakukan untuk melihat tahap kemajuan diri dalam mempraktikkan cara hidup Islam..

ianya perlu sebagai peringat diri, namun apabila ianya di cek oleh setiap naqibah
bg ana, tidak perlu kerana dikhuatiri niat akan berubah..

kerana kita tahu, niat manusia paling cepat dan senang untuk berubah..

dikhuatiri juga akan berlaku syirik kerana ibadah dilakukan atas dasar takut pada naqibah...

nau'zubillah...

cukuplah tugas naqibah sekadar menasihat mutarobbinya agar melakukan itu dan ini..
dan yakin dengan mutarobbinya..

sesungguhnya ini pendapat peribadi ana berdasarkan hasil diskusi dengan beberapa kenalan dan juga bahan


cukup ALLAH bagiku~

5 comments:

nur,1990. said...

salamuna'laik..
huh,akhirnye kluar jugak kisah 2 nih..hee~

afwan,
erm nape yg kat bwh tu menarik sgt yer..sampai x fhm sy nk bace..hehe~(sory,jgn marah, tp btulkn la..sy x phm bahase gne symbol nih)

sekali lg afwan~jgn mara..

kacak (keceks) said...

betul la ape yang penulis cakap..
ana sokong...

khaleeftunggal said...

to uhibbunuirlahi
pe yg xphm??bace jela..]point2 tu sgb guidance je pun...

to kacak (keceks)
syukran ye..sekadar berkongsi pndpt je pn..

shauqah said...

salam'alaik

just nak bg pendapat

dlm melakukan amalan2 ni pd mulanya mmg rasa cm ada keterpaksaan.

memaksa diri kita sendiri, penting apa..satu method utk mujahadah.
tapi dari situ kita cuba didik diri untuk melahirkan KECINTAAN.

insyaAllah,bila mana CINTA itu hadir, seseorang tu takkan melakukan amalan2 tsebut hanya smata2 krn murabbiah. Lalu lahir lah IKHLAS.

cari lah redha Allah utk kbhagiaan selama-lamanya, bukan kredhaan manusia yg hanya sementara

Adziemah Fitriah said...

Salam..
Ingat lg pd ana?
Pd ana,borang mutaba'ah amal elok dipraktikan oleh setiap individu.tp xwajar utk dicek oleh naqib/naqibah.ini krana dikhuatirì niat bertukar,bkn lg lillahi taala(innamal a'malu binniat)..sbb kita hanya insan yg imannya masih rapuh.naqibah ana xpaksa ana utk bg borang 2,so,ana smpn buat tatapn ana.skdr utk tazkirah,ada seorang ulama,sblum dia tidur,dia akan tulis semua kesalahan dan amal yg dia buat.wpon amal nya byk xterkata,tp ada 1 kslhn kecil yg tlh dia buat pd hr 2,dia xkn tdo,dia tkot mati,dia akn solat taubat dan muhasabah diri.cthila dia,sntiasa pertingkatkn iman.c-u-d-jannah ya rafiqati.ukhuwwah fillah abadan-abada

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar