Monday, March 8, 2010

jahatnya NAFSU?

(nyah NAFSU!)

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..

sejak dua menjak ni aku tersangatlah sibuk dengan urusan dunia yang aku harapkan dapat jadi bekalan tuk akhirat kelak..
dan rutin harian hidup aku bertambah sibuk dengan aktiviti kolej yang sangat2 pack..
mula2 dengan sambutan maulud..lepas tu dengan program anak yatim Darul Hikmah..kemudian bersambung pulak dengan 'Minggu Wanita' kat kolej..
dan kebanyakan aktiviti yang aku ceburkan diri pasti akan d masukkan dalam AJK Promosi..
wah3..aku memang berbakat dalam promot2 ni...(tapi suke salahgunekan bakat aku ni!)

dan semalam baru pulang dari program anak yatim Darul Hikmah dan penatnya bukan kepalang!
melayan karenah anak2 yatim yang sangat2 hiperaktif..aku yang aktif ni pun kalah..
tapi alhamdulillah, d harap kehadiran kami dapat meneruskan SUNNAH Nabi dan salah satu cara untuk menjalankan dakwah cara Nabi..
walaupun ade masalah,namun...itulah asam garam berprogram..
(dewasekan ayat aku)

dan sekali lagi sebagai seorang insan yang perasaan sibuk dan d sukai ramai..
hari ni ade pulak seminar perubatan ala2 motivasi gitu..
dan alhamdulillah,walaupun penat berprogram tak habis lagi..
dapat je fokus dalam program pagi tadi..syukur sangat2, banyak input yang aku dapat..
dan aku sedar yang masih lagi aku tersasar banyak dalam perjalanan menjadi seorang DOKTOR..

sikap buruk dan mazmumah yang dah sebati dalam diri memang susah nak buang..dan sememangnya itulah penghalang utama usaha aku dan kami semua tuk bergerak menuju cita2 murni..
cakap tentang nafsu..sememangnya perlukan tahap kesabaran yang tinggi..
(macamlah aku ni penyabar!)
dan tiadalah d katakan nafsu itu melainkan ianya sesuatu yang jahat dan susah nak d jinakkan..

bila dah kate susah nak jinak,pasti susah nak kawal..dan bila kate susah nak kawal..pasti ia yang akan menagwal kita..dan hasilnya..korang boleh lihat d sekitar hidup kornag sendiri..
macam mana perangai dan sikap insan sekeliling..sikap kawan2..dan korang pun tak payah tengok jauh2 la..tengok sikap diri sendiri jugak, yang selalu biarkan nafsu mengawal segala tindak tanduk..
(wah sungguh hebat nafsu ni)

d sebabkan kehebatan NAFSU nilah kita selalu dok ulang dosa yang sama..kesalahan yang sama..walaupun dah penah bertaubat nasuha satu masa dulu..tapi tup2..dalam sekelip mata..bila nafsu merajai jiwa..punahlah segala taubat dan lafaz janji yang pernah kita ungkapkan dengan ALLAH dulu..
maka oleh itu,jangan pernah sia2 untuk kembali bertaubat dan mohon ampun sekali lagi..
sebab rahmat keampunan ALLAH itu adalah lebih luas dari pintu amarahNya..
(sayangnya TUHAN pada kita)

lumrah hidup manusia suka buat perkara2 yang ALLAH larang..dan tak suka buat perkara yang ALLAH suka..meh aku nak tanya..berapa ramai je d kalangan umat zaman ni yang suka bangun malam?
oppsss..bukan bangun malam tuk tengok bola..tapi bangun malam tuk berdua2 an dengan ALLAH..dan meh aku tanya lagi,berapa ramai je d kalangan umat zaman ni yang suka solat jemaah dan aku tanya lagi berapa ramai je umat zaman ni yang suka majlis2 ilmu..??

uh,kalau aku kumpul semua soklan2 cepumas ni aku pasti jawapannya pasti menyedihkan hati dan sanubari...memang benar umat Islam kini lebih jahil dari umat Jahiliyyah d zaman Nabi!
mana taknya..kalau dulu hanya anak perempuan yang akan d tanam hidup2..tapi sekarang taki kira anak laki ke,perempuan ke..tetap akan d biarkan mati dengan cara yang paling kejam..lebih kejam daripada d tanam hidup2!
(siaplah korang semua d hari pembalasan kelak!)

dan semua ni berlaku d sebabkan apa?
ye betul..kerana ceteknya iman..lemahnya aqidah..dan goyahnya pegangan!
maka terjerumuslah kita semua ke lembah hina gara2 termakan pujuk rayu NAFSU!

manusia selalu cari penyakit yang aku tak faham…iaitu kita tahu ianya salah tapi kita buat jugak, kita tahu dosa dan buat jugak, kita tahu akibat buruk akan datang tapi kita bantai jugak..
(akupun kadang-kadang begitu..ow!)

inilah sifat manusia yang aku dan kita semua tak faham…tapi bila aku dan kita semua cuba faham, insyAllah ada jalannya.

Semua ini di sebabkan oleh dua faktor.

1-dunia yang pandai menipu,
2-nafsu kita yang kuat.


dunia Allah telah ciptakan untuk tipu manusia, telah ramai manusia yang di tipu dunia, semua orang mati hari hari, tapi masih ramai yang mencintai dunia, berkorban untuk dunia dan bergaduh untuk dunia..

sungguh ramai sekali orang yang tertipu dengan dunia..gila harta, gila kuasa, gila duit, gila hubungan jenis dan ada juga yang gila b***.. akhirnya,mereka jugalah yang akan menghuni neraka…

sedang dunia yang pernah di jumpai Nabi ketika israq mikraj, hanya seorang wanita tua yang pandai bersolek dan pandai mencipta angan-angan..
kalau kita kahwin dengan wanita tua, apa kita boleh buat?
malahan dia akan menyusahkan kita, berak merata dan tak reti nak uruskan diri sendiri..

tapi masih ramai manusia yang tertipu olehnya…
sebab?

manusia ada nafsu yang KUAT…
nafsu yang pernah di bakar dalam api neraka selama 70 ribu tahun tapi masih derhaka kepada Allah…

bila nafsu dah kuat, wanita tuapun di rogolnya, malahan akan sanggup melakukan HUBUNGAN JENIS…

moralnya adalah NAFSU YANG KUAT…
jadi ada tak cara lain atasi Nafsu?

jawapannya adalah, NAFSU AKAN KALAH PADA SUASANA..

di ceritakan bila nafsu masuk nereka panas, nafsu tetap kata pada Allah, engkau adalah engkau dan aku adalah aku, tapi bila masuk neraka lapar, nafsu cakap Engkaulah Allah, tapi aku TETAP aku..
lalu akhirnya menurut riwayat, NAFSU telah di kurung di tapak Masjidil Haram, selama beberapa hari sahaja, terus mengaku ALLAH adalah TUHANKU, aku adalah HAMBAMU…

kita manusia yang hidup dalam satu zaman dengan perubahan yang begitu pesat, dan peluang dosa yang hebat serta SUASANA yang mampu ubah penampilan, dan citarasa kita..
UNTUK itu kita masih punya pilihan.
sama ada mengasingkan diri, melahwan arus, ataupun, kita mencari ruang untuk lebih membaiki kehidupan kita. 

asing diri biasanya kalah pada syaitan..
melawan aruspun akan kalah pada DUNIA..
nak nak tak nak ambil peluang duduk dalam SUASANA MASJID banyak banyak..

orang sakit yang banyak pergi HOSPITAL..tak akan sembuh jika just duduk sahaja tanpa buat aktiviti yang patut, jumpa doctor dan ikut procedur rawatan..
jadi orang yang sakit perasaan, dan sakit iman..kena DUDUK MASJID sambil ikut procedur, banyakkan DAKWAH, IBADAT, TAKLIM dan KHIDMAT…

aku bukan orang alim mahu bermain dengan kata2 tapi kita harus sentiasa berusaha untuk lawan nafsu yang sememangnya dalam sejarah memang degil dan tak mendegar kate!
kalau dah terlajak tu,jangan malu jangan segan tuk kembali ke pangkal jalan dan mohon ampun balik..
janganlah malu nak mintak ampun sebab memang itupun tugas kita sebagai hamba..sentiasa mohon keampunan ALLAH..

dosa tidak boleh dielakkan namun boleh d kurangkan..dan kurang2 kanlah buat dosa dengan sengaja..sama2 kita menjana kembali iman dan takwa yang sakit ni!

notakaki:serius aku penat 2,3 ari ni dan juga letih dengan sikap mereka yang tak paham situasi sibuk aku..aku tau mereka sibuk mahu study dan aku juga sama,mahu study juga tapi aku tahu ini peluang aku tuk lakukan amalan SUNNAH Nabi,menyumbang pada kerja2 agama..lalu aku tidak sampai hati untuk mintak tolong mereka walaupun mereka juga terlibat dalam kerja tersebut..tapi d sebabkan tak sampai hati mengganggu waktu study mereka..aku biarkan saja..dan bila aku ada sedikit waktu,selepas pulang dari melakukan kerja tersebut..mereka pula yang minta tolong aku atas urusan kerja mereka yang tiada kene mengena langsung dengan aku..ikutkan hati,mahu saja waktu yang sedikit tu aku gunakan tuk tebus masa study aku..namun tak sampai hati biarkan mereka terkebil2 tanpa pertolongan..tapi mereka sanggup je biarkan aku terkebil2 melakukan kerja seorang..so,aku tolong je mereka melakukan kerja yang tiada kena mengena dengan aku,walau hati aku geram sebab mereka langsung tak berniat nak tolong aku melakukan kerja yang mereka juga harus terlibat..ok..hati ini sedikit galau dan terkilan dengan sikap mereka yang sebegini pentingkan diri.!



cukup ALLAH bagiku~

3 comments:

rehe said...

nafsu kuda la katekan
aish~

kacak (keceks) said...

nafsu akan kalah dengan lapar..
dengan car berpuasa..

khaleeftunggal said...

bile d uji ujian yang same berulangkali..nafsu tuk melawan makin susah tuk bertahan

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar