Thursday, September 2, 2010

kenapa mungkar?


say no...say nehi...say never!

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim...

malam2 terakhir Ramadhan ni sememangnye mencabar pelusuk warga umat Islam...kenape ye aku berkate begitu??? sebab... aku melihatkan keadaan masjid2 dan surau2 yang kian lengang daripada jemaah yang dulunya bersemangat hadir tuk memeriahkan masjid dan surau...
aisssh~ lantas aku pun kembali beristighfar dan membuang prasangka buruk aku pada umat2 yang berkenaan dengan bermonolog dalaman...

"solat jemaah bersama keluarga d rumah lah mereka semua tu..
patutlah masjid lengan n parking kereta pun tak penuh.."


so...aku dengan bangga kononnya macam aku ni orang yang berimanlah sangat melangkah masuk ke dalam masjid d sebabkan pak bilal sudah pun mengumandangkan iqamah...sambil hati aku bernyanyi2 girang memikirkan seronoknya mereka dapat berjemaah bersama keluarga...(muge2 betullah sangkaan hati aku ni...)

berlalu keluar dari masjid dengan memikirkan masalah umat yang kian parah...cewah! macamlah aku tak terlibat dalam masalah ni...lalu meminta maaf kerna aku juga merupakan punca kepada masalah umat yang berlaku tatkala ini! kerana,kalaulah aku dan kami semua yang lain...yang kononnya sedar akan tanggungjawab menyampaikan ni melakukan tugas menyampaikan dengan komited...mungkin kenalan rapat dan terdekat tak kan terjebak dengan maslah umat...
(aiyayayaya...)

muge Yang Maha Memegang hati hambaNya mendengar monolog dalaman aku yang tak seberapa ni...walaupun susah nak ajak orang buat baik dan walaupun sangat senang nak ajak orang buat jahat...aku masih terpikir kenapa kekronikan umat ni makin kronik...

adakah para pencegah kemungkaran masih kekurangan ahlinya atau mungkin ada sebab lain yang menganggu gugat keadaan umat sekarang ni...lalu aku pun berpura2 mengerutkan dahi dan berfikir seperti aku sedang menghadapi masalah rumah tangga yang serius walaupun aku masih single mingle lagi...
(cewah..dah perasan nak kawen da ke???)

maka dengan sepantas kilat satu terjahan melalui kotak fikiran aku...yang tengah konon2nya mencari jawapan yang aku sendiri tak pasti apa soalan yang aku kemukakan pada diri aku...bila d fikirkan...negara tanah tumpah peluh dan keringatku ni tidaklah kekurangan para ustaz/alim ulama/imam muda malah imam tua juga ramai tuk merawat penyakit umat yang sedang sibuk melanda...

eh2...eh2...penyakit umat apa yang aku dok sibuk canang dari tadi? kalau nak d sebutkan memang banyaaaaaaaaaaaaak sangat penyakit umat yang melanda d kala ni...buat anak...buang anak..bunuh anak..dera anak...beranak2 lagilah masalah umat yang lain...so,lebih senang kalau aku konklusikan masalah umat yang melanda tu dengan satu perkataan je iaitu masalah MUNGKAR! masalah keMUNGKARAN yang makin menjadi2...dan akan lebih menjadi2...
(sila jangan jadikan 'akhir zaman' sebagai alasan kepada beranak pinaknya masalah mungkar ni)

aku meluahkan monolog dalaman aku tu dengan mengongklusikan...salah satu sebab mengapa ilmu agama yang kita belajar dari para2 ustaz/alim ulama/imam muda malah imam tua tidak dapat meresap ke dalam jiwa raga insan d kala ini adalah kerana kita MEMANDANG BURUK kepada orang yang mahu kita dekati dan nasihati...chit! siapa yang mungkar sekarang ni??

dan umat sekarang ni...pantang je ada makhluk Tuhan datang nak menegur atau menasihat untuk tidak melakukan perkara yang mungkar...maka kita mulalah memandang dari atas hingga bawah kepada si penegur...dan pantang ada sedikit keburukan pada si penegur maka dengan lancarnya akan terkeluar dari mulut...
Kau tak layak nak tegur aku!

berasa sanagt benci jika d tegur...huh! samalah dengan sikap setan yang benci d tegur oleh ALLAH sendiri...

oh! kita harus sedar bahwa si penegur itu juga manusia biasa...dan manusia biasa itu memang manusia biasa dan bukan luar biasa...dan bila dia bukan luar biasa...maka pastinya akan ada kekurangan dan keburukan...jadi janganlah kita semata2 melihat kepada penegur tersebut...tapi lihatlah pada apa yang d tegur itu...

dan penegur yang terbaik adalah DIRI SENDIRI...kerna apa? kerna hanya diri sendiri yang mengenal manikam...hanya rajoo yang mengenal suparjo..betul tak???!

walaupun mesti ada ramai antara kita yang 'berbunga2' mata dan hati bila d tegur...dengan alasan...
"Kau tak layak nak tegur aku...diri sendiri pun tak betul.."
"kau tak layak nak tegur aku..anak bini kau pun lebih kurang je.."
"kau tak layak nak tegur aku..kau pun bukan baik sangat.."

maka kita kena sentiasa ingat beberapa perkara bahwa penegur itu juga manusia biasa...dan manusia biasa itu memang manusia biasa dan bukan luar biasa...dan bila dia bukan luar biasa...maka pastinya akan ada kekurangan dan keburukan...jadi janganlah kita semata2 melihat kepada penegur tersebut...tapi lihatlah pada apa yang d tegur itu...

kerna apa?? kerna para Nabi pun adakalanya tak mampu nak dakwah atau tegur ahli keluarga sendiri...contoh macam Nabi Nuh yang tak dapat nak islamkan anaknya...Nabi Lut yang gagal kembalikan isterinya ke jalan yang benar...dan Rasul kita sendiri dengan ayah saudaranya...

tapi adakah kerana sebab2 tersebut menyebabkan mereka berhenti menegur menyeru serta mendakwah??? pastilah tidak kan...

so...berbalik kepada apa yang aku cakapkan awal2 tadi...janganlah d lihat pada penegur itu semata2...lihatlah kepada apa yang d tegurnya...dan janganlah pulak bila penegur yang yang datang tu beserban putih..berjanggut lebat....bercelak tebal...berkaki ayam..eh2...tak2...salah2..

ok..aku ulang...janganlah pulak bila penegur yang datang tu beserban putih..berjanggut lebat....bercelak tebal...kita pun dok ikut je apa yang d sampaikan...walau Quran tak penah sebut..Hadis tak pernah sebut...tapi sebab si penegur tu beserban putih..berjanggut lebat....bercelak tebal...maka..kita pun ikut saje...membab* buta...membuta tuli...dan kita pun benarkan apa yang d sampaikan...maka jadilah seperti sekarang ni..kawen batinlah..solat pakai niat jelah..dan macam2 lagi karut marut serta carut marut yang sendiri d tambah...

jangan lihat kepada kelabuhan tudung...kepanjangan janggut...ketebalan celak...keputihan serban dan uban...maka kita pun ikut tanpa asas..walau Quran dan Hadis tak penah pun sebut...bukan mahu menaruh prasangka...tapi langkah berjaga2..agar tiada lagi Rasul Melayu..tiada lagi Ayah Pin..dan mungkin agar tiada lagi Rosnah Mat Aris...oopps!

ingatlah..penegur itu juga manusia biasa..dan bukan malaikat yang tiada dosa serta salah..maka lihatlah pada apa yang d tegur dan tak salah tuk kita pulak satu hari menjadi penegur kepada para penegur kita...saling tegur menegur itu amalan mulai lagi berpahala!

notakaki:maseh kecewa bila......biarlah ALLAH yang tahu kecewa yang d tanggung..memang dunia akhir zaman..


cukup ALLAH bagiku~

No comments:

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar