Friday, February 12, 2010

sengaja berdosa?


masih ada yang tertinggal?

innahu minsulaimaanawainnahu bismillahirrahmnanirrahim..

alhamdulillah medan peperangan dunia telah aku tempuhi dan walaupun tak berapa nak berjaya menempuhnya..aku redha saje..(banyak gle careless mistakes!)
dan aku harapkan yang terbaik tuk semua orang..
dan andaikata aku gagal dalam periksa kali ni..(isk3~)
biarlah gagal yang berkat dari berjaya yang penuh dengan murka...
insyallah!
keberkatan tu yang paling penting..
muge kita semua beroleh keberkatan tersebut..AMIN!

sungguh macam2 ragam yang aku dapat lihat bila exam menjelang..
dan semua pun akan pulun habis2..dan aku yang perasan pandai ni pun turut pulun sama!
dan semua pun rajin stay up tuk study dan juga tuk qiam barangkali...(erk!)
aku memang suka berbaik sangka dengan orang sekeliling yang mata bengkak2 sebab tak cukup tidur..
mungkin mereka tidor lambat sebab bersengkang mata solat sunat bangun malam semoga Tuhan permudahkan urusan!
wah..hebatlah semua orang!
(sungguh aku tiada niat memerli sesiapa)

dan aku juga termasuk dalam golongan yang d sebut d atas..(sungguh iman aku masih lemah)
hanya carik Tuhan bila dalam kesusahan dan bekeperluan saja..
memang susah untuk istiqamahkan diri bila selalu lalai dan terlupa dengan permainan dunia!

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak,
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaan-Nya.
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu
(AlHadid:20)


dan bila saat2 macam ni aku akan cuba elakkan untuk sengaja melakukan dosa walaupun aku selalu gagal dalam cubaan tersebut..
sebab aku tak nak DOSA-DOSA aku jadi penghalang pada kejayaan aku dalam hidup dan juga akhirat..
erk..macam mana bila kita sengaja biarkan diri kita berdosa?
dosa yang ada pun tak tertanggung..d tambah lagi dengan dosa yang sengaja d lakukan..
ow..sungguh la aku akan terbakar hangus dalam neraka kelak! (na'udzubillah)

dan d sebabkan aku perasan yang aku ni banyak dosa dan hidup tak lama..
aku cuba untuk berusaha tak lakukan dosa dengan sengaja sebab banyak dosa yang sengaja yang aku dah lakukan selama aku hidup...
jadi aku tak mahu tambah koleksi dosa aku dan meninggal dalam keadaan hina tanpa amal yang boleh bantu aku kat alam sana..(sakit la badan aku kena sebat dan pautan kuku mungkar nakir nanti!)

satu situasi bila seseorang mengajak aku..
'jom pegi tengok wayang citer valentines bla3..bla3..'
'taknak2..haram2..'
'la bukan pergi sambut valentine pun..g tengok wayang je..'
'tak nak2..haram2..'
'ish ko ni..tengok citer je pun dengan kawan2..'
'tak nak la..bila dah campur halal dan haram otomatik HARAM,
aku tak nak tambah dosa aku yang dah memang banyak ni..nanti jadi penghalang
pada kejayaan aku pulak..dan aku pun tak nak dosa korang sume halang pada kejayaan korang..'

perasan bagus kan ayat aku kat atas tu?
dan menipulah bila aku kata aku tak pernah pergi tengok wayang..
pernah je pergi tengok dan kali terakhir aku tengok ialah tahun lepas..uhuk3~
padahal waktu tu aku dah tahu mengenai status keHARAMan ye..
(sekali lagi iman manusia itu bertambah dan berkurang)

Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari dan Muslim)

halal dan haram itu sememangnya d pisahkan oleh satu garis halus yang kita tak pernah hiraukan..dan buat2 tak tahu dengan hukum ALLAH..
perkara yang mulanya HALAL akhirnya d akhiri dengan HARAM..
dan apa2 perkara yang membawa kepada HARAM itu adalah HARAM..
aku bukan suka hati nak jatuhkan hukum ALLAH dengan ikut nafsu serakah aku ni..
tapi itulah ketetapan ALLAH...

setiap perkara ada batasan dan kawalannya..
dan selamatlah bagi mereka yang sentiasa menjaga batasan tersebut...insyallah!
dan kalau orang tanya aku kenapa tengok wayang itu haram..
aku akan cakap, benda yang membawa kepada HARAM ialah HARAM..

Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang telah dihalalkan Allah, dan janganlah kamu melewati batas, sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melanggar batas. (Al Maidah: 87)

HALAL dan HARAM itu telah jelas seperti yang Nabi sabdakan..

pergi tengok wayang bersama rakan semahram adalah HALAL..(pada asalnya)
tapi bila menuju ke panggung yang semestinya berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram ianya adalah HARAM..(pada akhirnya)
dan Nabi suruh kita tinggalkan perbuatan tersebut kerana itu lebih baik..
janganlah kita semua gatal2 menghampirkan diri pada perkara2 yang HARAM kerana takut nanti akan terjerumus terus pada keHARAMan tersebut..

jauhi perkara syubhat...(samar2 itu adalah lebih baik d tinggalkan)
dan inilah dosa yang dari kebanyakan kita senagja lakukan atas alasan..
"ala,aku pergi dengan kawan2 sejenis aku la..bukan dengan laki/pompuan..."
tapi macam la korang semua tak tahu dalam panggung tu macam2 jenis orang dan maksiat yang terjadi..tapi korang hanya duduk dan gelak terbahak2 sambil membiarkan maksiat berlaku depan dan belakang mata korang..
sambil dalam hati berkata..
"ala,aku bukan buat benda2 tak senonoh tu..at least aku cegah dengan hati benda2 tak senonoh tu.."
dan berjalan pergi dengan perasaan korang dah cegah maksiat dengan hati dan perasan baik sebab tak buat benda tak senonoh tu...
(ow adakah korang tak tahu korang pun dah bersubahat sekali?)
sebab tu Nabi suruh tinggalkan perkara2 yang menghampiri kepada benda2 HARAM ni sebab nak jaga korang daripada hampiri zina!

zina apa?
zina mata bila korang dok curik2 tengok pasangan yang ada tengah bermanja asrama dana sambil korang pura2 beristighfar dalam hati tapi masih meneruskan 'skodeng' korang tu..alahai la korang2 semua ni..namun dalam hati korang masih cepat membenci maksiat tersebut..(bagus3)

zina kaki bila korang sengaja melangkahkan kaki ke dalam tempat yang konpem2 ada maksiat dan perkara mungkar..namun korang tetap selamba badak dengan alasan korang tak buat benda2 tak senonoh tu dan korang dah pun cegah maksiat dengan hati..

dan korang juga sengaja buat dosa bila dekatkan diri dengan zina..
(ow berdosanya aku dulu)

dan hakikatnya memang banyak dosa yang kebanyakan dari kita sengaja lakukan dosa tersebut walaupun dah tahu dan ada ilmu..
tapi tetap tak berguna sebab tak amalkan ilmu tu..
sungguh rugilah mereka yang demikian..
muge2 hati2 kita semua ni tetap dan teguh dalam hindarkan diri berdosa dengan sengaja..

sebab hakikat manusia yang suka menghalalkan apa yang telah d haramkan sebab ikut nafsu dan jadi hamba nafsu yang tak pernah jemu2 menipu..

aku pun taknak membebel banyak2 kali ni sebab kena kemas barang tuk kem petang ni walaupun aku sebenarnya malas nak pergi lepas tau apa tujuan asal kem tersebut tapi berbaik sangka adalah jalan terbaik sekarang ni dan muge aku dapat kebaikan bila kat sana nanti..


notakaki:ok,dompet aku telah hilang dan itu sangat2 menyedihkan hati aku!hilanglah kad atm aku dan juga lesen yang berharga.mujur ic maseh selamat! dan lagi sedih bila cek bank yang bernilai rm1+++ juga jadi mangsa.apatah lagi satu2 nya gambar aku dengan DIA terkubur sama.tp alhamdulillah dah jumpe dah wallet tu....wahahahahaha!

cukup ALLAH bagiku~

4 comments:

fareha azhar said...

tq ingatkn..kadg2 trbabas gak..
tp pasni insyaAllah..
xkn brcampur halal n haram..

wallet hilang??tu laa..len kali blanje kengkawan..bru la x terasa sgt duit 1k tu hilang..hehehehe

~umai~ said...

huhu..ilmu aku lg cetek..
pasni blnje aku ek najwa..
4 sure xhlg dh wallet ko..hahhaa..

khaleeftunggal said...

huh..aku stat masuk wayang tym f5..
pas tu last aku masuk wyg ilah thn lpas..

isk2..pasni aku harap leh thn nfsu g panggung..donload sndir suda la..

korg nk aku blnje?insyallah

pu3nice2see said...

oh,atm n lesen hilang ke?
cek tu bole ganti tak?
nway...berlapang dada la my sis..its a mehnah for ur eeman

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar