Thursday, September 9, 2010

satu nikmat d tarik?


anda punya berbentuk apa?

innahumin sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim...

waktu ni langit d bumi Rawang berdentang dentung dengan gegaran bunga api serta mercun haram yang maseh bebas terjual d sane sini...argh! spoil betul mood nak bertakbir raya...hilang syahdu nak bertakbir...kalau lah Pak Imam kat surau tu ade heart attack..dengar dentuman dentumin yang berbagai ni..boleh masuk wad tau..akibat tachycardia yang tak tertanggung lagi...
(mujur Pak Imam maseh gagah perkasa melaungkan takbir)

pada adek2 yang tak kira berapa pun umoq dikau..ingatlah nyawa yang tersayang...sebelum kes tercampak d dahan pokok tempoh hari dek kerana letupan mercun berulang kembali..sedar2 lah diri! pesanan ini jugak khas pade mak bapak yang kononnya prihatin dengan anak2 masing2... orang lain tengah berkhusyukkan diri masing2 solat d surau dan masjid...anak2 kecil ni..(konon2 la kecik..) pun tengah nerkhusukkan diri masing2 dengan bermain mercun berdentang denting...spoiler kepada para jemaah yang tengah berusaha berkhusyuk d surau..argh! streeess~

sebelum ada yang hilang jari..hilang tangan..hilang hidung...hilang mata dan lebih teruk hilang nyawa..beringat2 lah ye..jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah..kalau susah sangat pergi hantuk kan kepala tu sendiri baru la nak beringat kan...

sebab apa aku cakap macam tu?? sebab manusia ni tak akan pernah bersyukur dengan apa yang ada..sampailah apa yang ada tu dah tak ade...dan bila aku cakap manusia..semestinya merujuk kepada diri aku sendiri juga yakni aku juga golongan manusia d bumi Tuhan ini...atau bahasa saintifiknya golongan homosapien omninimbuskaracepparaut..(itu hanya tambahan semata2..)

nimat yang kononnya korang ingat bukan nikmat tu...walau sekecil zarah sekalipun..tapi jika d tarik pasti akan membuatkan hidup kita semua tunggang terbalek..hiruk pikuk..riuh rendah..bagai dunia nak kiamat...padahal baru satu je nikmat d tarik...padahal sebelum tu tak pernah pun nak perasan benda tu adalah nikmat..(aisssh~~..)

dan umoq kita panjang sampai boleh habiskan sebulan Ramadhan pun satu nikmat yang kita semua tak pernah nak rasa nikmat tu..walaupun banyak sungguh kematian yang berlaku d sekeliling aku..buat aku beristighfar banyak2...(korang pun istighfar sekali eh..)

sekecil2 perkara itu sebenar2 nya amat besar jika kita perhalusi dengan mata hati..cewah! sebagai contoh..gambaq kat atas tu..gambaq pe? p scroll balek kat atas tu..gambaq cap jari kan korang tengok kan...kan..kan...memang tepat sekali! bravo~

sekecil2 perkara seperti cap jari tu semangnya penting lagi penting dan memang penting...dan untuk orang2 seperti aku yang telah d tarik nikmat cap jari tersebut memanglah susah nak hidup..terutama sekali hidup d bumi MALAYSIA tercinta ini...! sebab apa? teknologi Malaysia maseh lagi menggunakan teknologo cap jari sebagai segala2 nya...

nak buat I/C kena ada cap jari...nak buat passport kena ada cap jari...nak buat kad ATM kena ada cap jari...nak buat lesen kena ada jap jari..nak buat jahat pun orang akan trace guna cap jari...tapi tuk orang2 seperti aku ni yang telah rosak cap jari...(erk..bukan sebab jari aku kudung atau aku suka gigit jari ye..) hidup memang agak disaster! segala proses birokrasi menjadi makin susah dan payah...

yelah..macam aku taip tadi..dan aku ulang taip sekali lagi...nak buat I/C kena ada cap jari...nak buat passport kena ada cap jari...nak buat kad ATM kena ada cap jari...nak buat jahat pun orang akan trace guna cap jari....jadi aku sangat berharap agar Malaysia satu hari nanti..satu negara yang sedang menuju Wawasan 2020,dapat meluaskan lagi teknologi agar tidak terlalu bergantung pada cap jari semata2...aku harap satu hari nanti akan ada banyak lagi cap2 yang d perkenalkan..contoh macam cerita dalam TV tu scan kat mata..scan tapak tangan..malah ada yang scan kat punggung..(ow itu hanya dalam citer ShinChan je..hik3~)

kerna untuk orang2 yang seperti aku..yang d tarik nikmat cap jari ni memang susah nak hidup d bumi Malaysia ini...untuk orang2 yang menghidap penyakit kulit seperti aku ni memang susah kalau nak berurusan dengan kerajaan...sebab cap jariku dah rosak..nikmat cap jariku telah d tarik..

maka terpaksalah aku mengelap2 cari..menyapu losen sewaktu mahu renew I/C..tapi tetap mesin takleh nak trace jari aku...maka terpaksalah aku sia2 beratur panjang d pejabat imigresen tuk renew passport...sampai2 kaunter..incik tu kate tak boleh nak trace kerna cap jariku rosak...jadi terpaksalah aku pulang selepas hampir sejam lebih beratur dan menunggu..memang h****h kan??? dan juga maka, terpaksa aku bersusah2 buat kad ATM sebab mesin tak boleh nak baca cap jari aku yang telah rosak...urusan yang sepatutnya mudah menjadi payah dan susah..

semuanya kerna satu nikmat yang d tarik dari diri aku ni...nikmat cap jari yang telah rosak dan tak boleh d gunakan lagi...oleh itu mari kita sama2 berdoa agar teknologi Malaysia akan berkembang pesat agar orang2 seperti aku ni tak mengalami kesusahan tuk berurusan dengan apa jua urusan...AMIN~~~

notakaki:tanpa kita sedar,apa yang d berikan jauh lebih banyak dari apa yang kita minta...maka bersyukurlah dengan apa yang ada..bersikap dengan sikap qanaah ok!


cukup ALLAH bagiku~

4 comments:

nur,1990. said...

salam alaik...
lama x mengomen hee~~
camna cap jari ley rosak? hrmm?

amalina said...

fes tyme dgr cap jari rosok...mcm mana jadik cm2...

khaleeftunggal said...

hak3~
kn udah d beritahu..
penyakit kulit..
xleh nk tarce cap jariku ini..

Anonymous said...

samalah. saya nak buka akaun bank pun tak boleh. sedih gila:(

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar