Tuesday, February 16, 2010

[KHALIFAH LEADERSHIP CAMP] -satu konklusi bukan solusi!


janji Tuhan pasti berlaku


innahu min sulaimaanwainnahu bismillahirrahmnairrahim...

alhamdulillah aku baru pulang dari KLC...(Khalifah Leadership Camp) kat Gopeng tempoh hari..
banyak jugak la pengisian yang aku dapat kat situ..
walaupun pada mulanya aku berat hati nak pergi sana sebab aku tau pengisian kem tersebut..
(aku masih cuba untuk berbaik sangka)

pada sahabat2 d luar sana yang paham dengan apa yang aku cuba sampaikan..tahniah aku ucapkan..
pada mereka yang kurang paham..maaf la ye...isk3~

dan kalau nak tahu kenapa aku berat hati nak pergi ke sana ialah kerana tujuan utama kem tersebut adalah mengenai KEPENTINGAN BERJEMAAH...
aku akui aku masih belum cukup ilmu untuk berbicara mengenai perkara sensitif ni..

sebagai golongan yang berada d luar jemaah..(aku la ni..)
berbicara soal jemaah dengan mereka yang berjemaah,mereka yang bukan jemaah dan mereka yang belum lagi berjemaah akan mendapat jawapan serta respon yang berbeza...
dan aku sekadar mahukan pencerahan dalam perkara ini..
sungguh bukan niat aku untuk mencari alasan tidak mahu berjemaah dan bermalas-malasan pada jalan ALLAH..(kutuklah aku kalau aku begitu!)


cubaan untuk 'mendoktrin' kami para peserta KLC patut d puji kerana penganjur mahukan yang terbaik untuk para pejuang agama agar berjemaah kerana itu tuntutan agama..
(kata mereka)


dan aku sebenarnya dah pun berbincang mengenai perkara ini dengan para ilmuan dan alim yang aku kenal..

dan jawapan yang aku terima berbeza mengikut 3golongan yang aku sebutkan d awal tadi:

  1. golongan jemaah
  2. golongan bukan jemaah
  3. golongan belum berjemaah

dan banyak jugak buku2 yang aku rujuk untuk mendalami perkara ini..
yelah aku bukan apa tidak mahu mengikut sesuatu kerana aku beralasan..
aku hanya mahu pencerahan kerna golongan pertama berkata WAJIB sertai jemaah berdasarkan dalil n nas yang mereka kemukakan sewaktu d kem tersebut..
atas dasar mahu menegakkan daulah islam..
maka berdosalah aku jika tidak sertai mana2 jemaah...

namun merujuk kitab dan buku yang aku rujuki..

'mewajibkan setiap individu menyertai jemaah beerti mensyariatkan satu hukum agama yang
baru dan ia adalah satu perkara yang d murkai ALLAH..' -m/s 34-
(HUKUM DAN ADAB MENYERTAI JEMAAH-HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH)

sekali lagi aku bukan alim ulama untuk kupas hal ini..
jadi aku copy paste je apa yang aku jumpa ye..
sape yang berminat boleh teruskan pembacaan sebab artikel yang aku copy paste ni sangat2 panjang k..
aku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...Top of Form

Permasalahan Ta'adud Jamaah (Hukum Berbilang Jamaah jemaah dan hukum Berjemaah)

Permasalahan Ta'adud Jamaah (Hukum Berbilang Jamaah jemaah dan hukum Berjemaah) Ta'adud jemaah itu berasal dari perkataan "adad" iaitu bilangan dan kiraan dalam bahasa Arab manakala perkataan jamaah itu bermaksud kumpulan, himpun atau kumpul.


(lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur ra m/s 118 Jilid 6).


Perkataan ini disebut dalam firman Allah swt :

“Sesungguhnya Dia (Allah) telah menghitung mereka dan mengira dengan sebaik-baik kiraan? (Maryam: 94).


Iaitu menyamakan maksud (kiraan) dengan (bilangan) pada ayat di atas dengan menyebut penghitungan Allah itu ialah sebagai sebaik-baik hitungan dan bilangan.


Pengertian ta'adud jemaah yang menjadi fokus kita pada kali ini ialah yang membawa kepada pengertian "berbilang jemaah" .


Dimaksudkan dengan taadud jemaah itu ialah kewujudan jemaah yang banyak sehingga dapat dibilang dan dikira. Berbilang jemaah bermaksud satu keadaan di mana wujudnya pelbagai kumpulan dan jemaah dalam satu masa dan tempat.


Apakah hukumnya berbilang jemaah di Malaysia ?


Membincangkan soal berbilang jemaah ini ialah satu isu sensitif dan saya akan sekali lagi terkena tempias dari mereka yang buta hati dan perut yang tidak mahu menggunakan akal dan kecerdikan untuk meneliti al-qur'an dan sunnah sebaliknya hanya bertaqlid buta lalu memburukkan sesiapa yang tidak sependapat dengannya.


Namun kerana permintaan untuk menjelaskan perihal ta'adud jemaah ini datangnya dari sahabat lama maka ana mustahil dapat menolak. Permasalahan ta'adud jemaah ini mesti dilihat dari beberapa aspek.


1) Kedudukan perkara yang diperselisihkan dan diperbezakan sehingga mengundang wujudnya perpecahan dan berbilang pandangan dan pendapat lalu masing-masing kumpulan duduk dan menetap dengan kumpulan mereka dan pendapat mereka.


Lalu terjadilah ta'adud jemaah pada pendapat tertentu. Permasalahan taadud jemaah atau perbezaan pendapat sering berlaku sejak zaman-berzaman dari era para sahabat iaitu ketika awal kemunculan Islam sehinggalah ke hari kiamat.


Ini bahkan disebut sebagai ujian dan fitrah yang Allah berikan kepada hamba-Nya kecuali mereka yang terselamat dengan berpegang teguh kepada panduan-Nya sahaja akan terpelihara dari perbezaan dan perpecahan.


Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU (Surah hud : 118).


Golongan yang dikasihi ialah golongan yang beriman yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnah dan tetap di atas kesabaran dan tidak menurut akal serta hawa nafsu dalam tindakan dan amalan mereka.


Sekalipun wujud perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah sejak zaman berzaman namun apa yang pasti keadaanya tidaklah seperti yang kita sangkakan. Iaitu tidaklah benar ianya dibolehkan, sebaliknya sejak zaman para sahabat ta'adud jemaah ini hanyalah berlaku di antara kumulan yang benar dan kumpulan yang salah.


Sebaliknya ada yang benar dan salah. Berkata Ibn Qasim ra ;

“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah salallahualaihiwasalam bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah !!


(ini adalah kerna sesetengah golongan menjadikan hadis yang mengatakan 'perbezaan pendapat adalah satu rahmat' sebagai hujah padahal hadis ini merupakan hadis palsu yang tidak kuat sanadnya..jadi para ulama mengatakan ia hadis dhaif!)


Berkata Asyhab :


“ Berkata malik (imam Malik) Demi Allah kebenaran itu hanyalah satu dan perkataan dua orang yang berselisih itu bagaimana mungkin wujud sahih kedua-duanya ? Tiadalah benar dan sahih melainkan satu !!!


(jika benar berbeza pendapat itu adalah satu rahmat,maka persamaan pendapat itu pula adalah satu azab??)


Pernah Umar Al-Khattab ra memarahi Ibn mas'ud dan Ubai ibn ka'ab lantaran berbeza pendapat dalam masalah solat dengan memakai pakaian yang hanya satu sahaja. (Sila lihat dalam “Al-Madhkal Fiqhiyah"oleh Ustaz Dr. Al-Zarqa).

Perbezaan pendapat itu hukumnya dilihat kepada perkara yang diperbezakan :


  • - Jika perbezaan pendapat itu dan wujud kelompok jemaah berbilang dalam masalah aqidah dan iktiqad kepercayaan maka hukumnya ialah haram.


Ini berdasarkan firman Allah swt :

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai? (Surah Ar-Rum 31-32).


(saudari awatif sila fahami dan telusuri firman d atas yang mana kita tak belajar pun kat kem tersebut lebih2 lagi mengenai HIZBI)


Permasalahan perbezaan kumpulan dan kewujudan perbezaan dan berbilang kumpulan dalam aqidah ini ialah seperti apa yang berlaku dalam umat islam apabila wujud kelompok Ahlul sunnah, syiah, khawarij, Asyairah, muktazilah, qadariyah, jabariyah dan semuanya adalah sesat kecuali satu.(dan aku berpegang pada ASWJ-bukankah ini juga satu jemaah)


Dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud


“ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku ?

(Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).


Iaitu jalan serta manhaj yang beradanya nabi dan para sahabatnya iaitu jalan salaf soleh dalam iktiqad (kepercayan) serta aqidah mereka itulah yang benar iaitu aqidah salaf manakala selainnya sesat dan ditolak.


Aqidah salaf itu ialah apa yang disebut sebagai aqidah yang dipegang oleh rasulullah, para sahabat dan tabien sejak awal sehinggalah kurun ke tiga.


Manakala aqidah asyairah yang dibawa oleh Imam Abu Hasan Al-Asyaari yang lahir pada 260 Hijrah itu bukanlah aqidah salaf dan ianya temasuk aqidah baru yang direka hasil ijtihadnya dengan pengaruh muktazilah di dalamnya dan ternyata ianya sesat dan salah


dan Imam Abu Hasan Al-Asya'ari sendiri sebelum wafatnya pada 324 Hijrah telah bertaubat dan menulis sebuah kitab berjudul “ Al-Ibanah Fi Usul Ad-Diyanah" sebagai menolak kembali segala fahamannya dan menolak usul aqidah asya'irah yang dinisbahkan kepadanya serta menyatakan ruju' (kembali) taubatnya kemballi kepada aqidah salaf dan menurut jalan salaf soleh dan jalan Imam terdahulu seperti Imam Ahmad Ibn Hambal ra yang dikenali sebagai imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Nabi Salallahualaihiwasalam bersabda melalui riwayat Aisyah ra :


" Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)?

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 50).


  • - Jika perbezaan pendapat itu dalam masalah fiqh dan kefahaman dalam feqah hasil ijtihad para ulama dengan masing-masing berusaha memahami dalil dan hujah setekun mungkin namun tetap berselisih pendapat maka hukumnya ialah harus dan setiap kumpulan itu berusaha bersatu dengan mentarjihkan (mencari ketepatan) dalam pandangan masing-masing sehingga mampu sampai ke titik pertemuan yang membawa kebenaran kerana kebenaran itu hanyalah satu.


Ini dibuktikan oleh sikap para fuqaha dan Imam ummah dalam berbeza pendapat dengan mengutamakan hujah dan dalil dan jika diteliti dengan penguasaan ilmu dan hujah semua orang mampu bersatu di atas kefahaman yang sama dan beramal dengan tidak jauh beza jika diutamakan kebenaran dan beramal berdasar ilmu bukan hanya taqlid buta.


Pernah sekali Malik bin Anas ditanya:


adakah perlu membasuh jari-jari kaki ketika berwudhu. Beliau menjawab“Itu tidak perlu". Setelah berakhirnya majlis kuliah tersebut, seorang anak murid Malik, bernama Ibn Wahhab berkata “Aku mengetahui akan suatu hadis berkenaan soalan tadi."


Bertanya Malik: “Hadis apakah itu ?Ibn Wahhab berkata:


“Laits ibn Sa'ad, Ibn Luhaiah dan Amr bin al-Harits meriwayatkan dari jalan Yazid bin Amr, dari Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka telah berkata: Ø£Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari-jari kakinya ketika berwudhu dengan anak jarinya


Berkata Malik:


“Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi."



(Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam kitabnya al-Jarh wa al-Ta'dil, ms. 31-32)


Imam Ahmad Ibn Hanbal ra juga turut menyebut :


" Janganlah kamu bertaqlid kepada aku, janganlah bertaqlid kepada Imam Malik, janganlah kamu bertaqlid kepada Imam Syafi'ie dan jangan kepada Imam Al-Auza'ie dan jangan juga kepada Imam As-Sau'ri, tetapi ambillah hujah dari mana sumber yang mereka ambil".


Sila rujuk Ibn Qayyim dalam kitabnya "Al-I'lam" m/s 302 Jilid 2.


Para ulama ummah cukup melarang sikap ta'asub dan ta'adud jemaah dan kumpulan dalam pendapat fiqh kerana ianya memecah belahkan umat Islam dan ini terbukti dalam suasana hari ini.


Suasana taksub bermazhab yang paling jelas ialah apabila jemaah yang melaksanakan solat fardhu dibahagikan kepada 4 kumpulan di Masjid al-Haram menurut mazhab masing-masing. Perkara ini berlaku sebelum tahun 1342H/1924M.


Lebih menyedihkan, suasana begini berlaku di hadapan Kabah padahal Kabah itu sendiri merupakan binaan yang mengisyaratkan persatuan umat Islam.


Adapun hadith yang mengatakan


" Ikhtilaf pada umat ku itu rahmat"


ialah hadith palsu dan bohong serta dusta !!!


Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm :


“Adapun hadits yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat" adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.


(Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61). Al Qoshimy mengomentari (sanad dan matan) hadits ini, dalam kitab Mahasinut Ta'wil 4/928 :


“Sebagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadits ini tidak dikenal kesahihan sanadnya. At Tibrani dan Al Baihaqy meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhol dengan sanad yang lemah dari Ibnu Abbas secara marfu


  • - Jika berbeza pendapat dalam masalah politik dan siyasah maka hukumnya ialah haram jika membawa kemudharatan dan halal jika membawa kemanfaatan dan dibuat demi maslahat.


Perbezaan dan ta'adud jemaah dalam politik jika ianya memecah belahkan kesatuan umat Islam, menyebabkan umat Islam saling bermusuhan di antara satu sama lain seperti sekarang maka hukumnya ialah haram ini kerana :


“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu"(Surah Al-Anfaal : 46).

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara(Ali Imran :102).


Persoalan politik ini isu sensitif tetapi menjaga sunnah dan mentaati perintah rasulullah itu wajib. Maka dalam menjaga perpaduan umat Islam baginda Rasulullah pernah berpesan kepada kita semua dengan sabda-Nya :


“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid'ah !!! dan setiap bidØ£'ah itu sesat !!!

(Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Al Hafidz Ibnu Katsir rohimahullah berkata :


“Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran)(Tafsir Ibnu Katsir 1/367).


Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :


“ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).


(hadis ni pun kite tak belajar kat kem mengenai ketaatan pada pemimpin walaupun pemimpin banyak berbuat kerosakan)


Imam Ahmad ra menyebutkan beberapa hal yang antara lain :

" Mendengar dan taat kepada para imam dan amirul mukminin (pemimpin kaum mukminin), baik yang shalih (adil) mahupun yang fajir (dhalim), dan taat kepada khalifah yang desepakati dan diridhai oleh kaum mukminin. Jihad bersama mereka (yang adil mahupun yang zalim) secara terus menerus hingga hari kiamat, mengadakan pembagian harta fa'i (harta rampasan yang diperoleh tanpa melakukan perlawanan), juga terus menerus menjalankan hukum had. Tidak boleh bagi siapapun untuk mencela dan menyelisihi mereka, mengerjakan shalat Jum'at di belakang mereka dua raka'at. Barangsiapa yang mengulangi shalatnya, maka dia adalah mubtadi' (ahli bid'ah) yang meninggalkan atsar, menyelisihi sunnah dan tidak mendapat keutamaan Jum'at sedikitpun. Barangsiapa yang memberontak kepada Imam kaum muslimin yang telah disepakati atau dan diakui kekhilafahannya, maka sungguh dia telah memecahkan tunggak kaum muslimin dan telah menyalahi atsar-atsar yang datang dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam. Apabila ia mati ketika melakukan hal itu, dia mati secara jahiliyyah. Dan tidak halal (diharamkan) bagi siapapun untuk memerangi sultan dan memberontaknya. Barangsiap yang berbuat demikian, dia adalah mubtadi' yang tidak berjalan di atas sunnah dan tidak pula berjalan di atas jalan yang lurus."

(Syarah Ushul I'tiqad 1/160-161).


(dan kita juga tak belajar mengenai ini di kem)


Abu Muhammad Abdur Rahman bin Abi Hatim Ar-Razy berkata :


"Saya bertanya kepada bapakku dan Abu Zur'ah tentang madzab Ahlus Sunnah dalam Ushuluddin dan apa yang beliau berdua yakini dalam hal ini (politik dan pemerintahan) . Maka beliau berdua berkata : "Kami menjumpai para ulama di seluruh penjuru negeri, di Hijaz, Irak, Syam dan Yaman beri'tiqad. Kemudian beliau berdua menyebutkan beberapa hal antara lain : dan kita menegakkan jihad dan haji bersama imam-imam kaum muslimin di sepanjang zaman. Kita tidak memberontak dan tidak pula memerangi mereka karena dikhawatirkan fitnah. Kita mendengar dan taat kepada Wilayatul Umur. Demikian pula kita tidak mencabut ketaatan dari mereka. Kita ittiba' kepada sunnah dan bersatu dalam jamaah dan menjauhi persengketaan dan perpecahan. Jihad bersama mereka tetap berjalan sejak diutusnya Nabi kita shalallahu 'alaihi wa sallam sampai hari kiamat kelak, dan tidak ada sesuatupun yang membatalkannya dan begitu juga haji."

(Syarah Ushul I'tiqad 1/176-180).


Sesungguhnya mazhab Ahlul sunnah Wal Jamaah dalam masalah kepimpinan dan pemerintahan ialah meletakkan soal pemerintahan termasuk perkara dasar.


Hal ini boleh dilihat dalam kitab fathul Bari dalam musnad Ahmad dll sunan mengenai peristiwa kewafatan Nabi saw.


Para sahabat mengutamakan perlantikan Khalifah penganti Nabi saw mendahului urusan jenazah baginda nabi saw sebagai tanda IJMAK SAHABAT bahawa soal pemerintahan termasuk perkara dasar BUKAN FURU'


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata :

Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Wajib atasmu untuk mendengar dan taat (kepada sulthan) dalam kesulitan dan kemudahanmu, dalam perkara yang menyenangkan dan yang kamu benci, dan tidak kamu sukai." (HR. Muslim 3/1467).


(dan hadis ini mengapa juga tak d masukkan dalam silibus kami sewaktu d kem mengenai ketaatan pada pemimpin walau dalam kesulitan dan dalam perkara yang d benci,kita WAJIB taati pemimpin.mungkin boleh d perjelaskan tentang hal ini kepada kami mengenai konsep dan tafsiran sebenar namun hakikatnya hanya sebahagian hadis dan nas yang d letak dalam silibus untuk me'WAJIB'kan kami agar sertai jemaah sekaligus bersama2 menegakkan daulah islam!)


Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata :


Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sultan yang meminta haknya, tetapi tidak mahu menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)."

(Muslim 3/1474).


Sabda baginda :

"Dengar dan taatilah (Umara), sekalipun budak Habasyi yang juling matanya."


Dan dalam riwayat Bukhari :


"sekalipun diperintah oleh budak Habasyi yang panjang dan lebat rambut kepalanya." (HR. Muslim 3/1467 dan Bukhari 1/30).

“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108)


2) Siapakah yang melakukan perbuatan berbilang pendapat dan kumpulan ini melihat kepada golongan yang melakukan perbuatan ta'adud jemaah ini juga satu keperluan walaupun sebenarnya ianya tidak menjejaskan penetapan hukum.

(tapi d kem kami belajar ianya adalah wajib menyertai jemaah berdasarkan hadis nabi mengenai serangan serigala(syaitan) kepada kambing (manusia) yang duduk terpencil dan hendaklah kamu duduk dalam jemaah)


Namun kita dapat menilai kebenaran perbuatan ini apakah ianya dibenarkan atau tidak berdasarkan keadaan pelakunya.


Pertama jika yang melakukan perbezaan pendapat ini merupakan sahabat nabi salallahualaihiwasalam dan mereka melakukannya menurut panduan atau wasiat khas dari nabi maka tidaklah kita mempunyai pilihan dalam masalah ini melainkan tidak menjadikan hujah untuk kita turut sama melakukannya kerana mereka mendapat arahan khas untuk itu seperti perbuatan Sayidina Hussin ra cucu baginda yang menentang pemerintahan Muawiyah dan Yazid ra.


Disebut demikian juga perbuatan Abdullah ibn Zubair ra yang menentang pemerintahan Yazid ra yang melakukannya berdasarkan ijtihad beliau dan ternyata ijtihadnya itu salah dan dibenci.


Sabda baginda :


" Jika seorang qadhi itu berhukum lalu berijtihad maka jika ijtihadnya itu benar maka baginya dua pahala dan jika salah maka baginya satu pahala." (Hadith Sahih disepakati Bukhari no.7352 & Muslim no. 4462).


Walaubagaimanapun sebagai berkedudukan ulama golongan ilmu mereka berhak membuat ijtihad namun tidak bermakna ijtihad mereka benar lalu jika terbukti ijtihad mereka salah maka wajar kita meninggalkan mereka dan berpegang teguh di jalan para salaf soleh yang lain berada dan menjauhi perpecahan dan perbezaan serta bersatu dan menjauhi ta'adud jemaah yang berasal dari syaitan.


Ini seperti perintah Allah swt :


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara (Ali-Imran : 102).


Sebaliknya jika yang melakukan perpecahan, perbezaan pendapat, atau menubuhkan jemaah pelbagai dalam umat Islam sambil saling berbilang pendapat sehingga membawa perpecahan itu ialah mereka yang hanya terdiri dari golongan doktor perubatan, ahli ekonomi , engineer , ustaz atau ustazah yang cuma belajar selama 4 tahun di universiti timur tengah kemudian menyambung Master 2 tahun kemudian menyambung Phd 3 tahun maka hukumnya haram mereka ini melakukan perpecahan dan perbezaan pendapat.


(sumpah aku gelak bace pernyataan atas ni)


Mereka ini tidak layak berijtihad dengan kejahilan dan kementahan ilmu mereka sera kemudiannya berjuang di bawah system demokrasi lalu berpecah-pecah sesama umat Islam sambil mengadakan jalan tariqah mereka sendiri dalam berdakwah dan memperjuangkan Islam didasari fikrah mereka.


Sudah jadi fenomena sekarang ini di kalangan muda mudi Islam yang cintakan Islam untuk terpengaruh dengan fikrah.


Si anu itu berfikrah, si anu itu tidak mempunyai fikrah, si anu itu berfikrah tidak jelas , si anu itu fikrahnya sekian dan sekian maka apakah itu fikrah ?


Fikrah ialah idea dan celakalah dan semoga dilaknat mereka yang memperjuangkan islam dengan akal dan idea kreativiti mereka atau bertaqlid menurut fikrah (idea) kreativiti tokoh mereka dalam berdakwah dan memperjuangkan Islam.


Semoga Allah melaknat mereka yang memperjuangkan islam dengan fikrah dan semoga Allah menjelekkan dan menghancurkan dan menggagalkan dakwah mereka, memecah-belahkan ikatan mereka yang memperjuangkan Islam dengan fikrah (idea).


“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).


(oleh sebab itu aku berusaha mencari agar aku lebih tahu dan hanya tidak mengikut membuta tuli kerna hakikatnya aku masih tidak tahu apakah benar hukum berjemaah itu WAJIB sedangkan aku kini adalah mengikut ASWJ..bukankah itu juga jemaah?)


“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak. (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Adapun kita para muslimin dan mukminin memperjuangkan Islam dengan menurut al-Qur'an dan sunnah dan menurut jalan serta kefahaman para salaf soleh dan jalan mereka.


Kita yang beriman dengan sunnah, mempercayai bahawa Islam sudah lengkap tanpa perlu diwarnai dan dicemari fikrah murahan manusia maka kita menyakini bahawa sudah pasti jalan perjuangan Islam dan kaedah berdakwah semuanya telah diterangkan oleh sunnah dan dijelaskan dan dibentangkan oleh para salaf soleh.


Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata :


Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :“Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian."


Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya;

“ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.(Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mujamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).


3) Keadaan dan waqi' (suasana) serta tempat berlakunya perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah itu.


Setiap tempat dan keadaan itu berbeza dengan keadaan yang lain maka sebagai misalnya di sesetengah tempat hukum berta'adud jemaah mungkin bertukar dari haram kepada harus dan wajib apabila keadaan memerlukan seperti apabila berada di Iran dan Amerika syarikat misalnya.


iaitu apabila berada di Iran di tempat aqidah mereka sesat dan menurut fahaman syiah maka adalah menjadi haram kita bersatu dan berjemaah dengan mereka maka wajib bagi umat islam di Iran yang beraqidah Ahlul sunnah untuk berpecah dan berselisih dari mereka serta bersatu dalam satu jemaah aqidah ahlul sunnah dan mengelak dari bersama syiah yang sesat dan menyeleweng itu.


Maka demikian juga mereka yang berada di Amerika adalah menjadi haram untuk mentaati pemerintah dan bersatu dengan masyarakat kuffar yang berada di sana sebaliknya hendaklah menyisih diri dan bersatu di dalam jemaah umat islam dan tidak bersatu dengan kuffar.


Adapun di Negara Umat islam seperti Malaysia maka hukumnya ialah haram berta'adud jemaah dan berpecah sehingga umat Islam lemah dan hilang kekuatan dan hilang perpaduan serta bermusuh-musuhan sesama sendiri.


“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu(Surah Al-Anfaal : 46).


4) Kaedah dalam berbeza pendapat dan berselisih pandangan dimaksudkan keadaan dalam berbeza pendapat itu ialah ianya berlaku secara tidak diingini dan bukanlah berlaku secara kehendak.


Adalah haram untuk berbeza pendapat secara suka dan kehendak dan tidaklah yang berhasrat dan suka untuk berpecah dan berbeza pendapat melainkan mereka itu ialah golongan yang zalim dan jahil.


Sekiranya terjadi berbeza pendapat itu secara tidak sengaja dan tanpa kerelaan namun kerana terpaksa seperti wujudnya keadaan berselisih di antara umat Islam yang tidak dapat dielakkan akibat hasutan dari pihak yahudi atau hasutan dari golongan munafiq maka hendaklah masing-masing segera bertaubat dan kembali kepada soff dan barisan jemaah Umat Islam serta bersatu di dalam jemaah.


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah(Ali-Imran : 103).


Baginda nabi bersabda :


“Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah(Riwayat Tibrani 447 /12).


Sekiranya berlaku perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah dan ketika itu berlaku kerana tidak diingini dan dalam usaha untuk segera bersatu dan mencari jalan untuk kembali menyatukan umat Islam maka tidaklah berdosa dan dengan rahmat Allah moga dimaafkan kelemahan kita semua.


Namun sekiranya setelah diberi penerangan dan penjelasan dan di ajak untuk kembali bersatu namun pihak kumpulan jemaah tertentu itu masih enggan dan degil dan merasa suka kepada ketua mereka, merasa selesa dengan fikrah mereka, merasa benar dengan jalan mereka, merasa angkuh dengan jemaah mereka maka ketahuilah bahawa mereka telah keluar dari manhaj salaf soleh dan berada dalam dosa dan kemaksiatan kepada Allah swt.


“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik.(Al-kahfi : 103-104).


Hukum ta'adud jemaah secara umum ialah haram


Ini disebabkan Islam itu sendiri sudah merupakan satu jemaah dan ini terbukti melalui banyak dalil dan hujah dari Al-Qur'an dan sunnah. Allah swt berfirman :


1)“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu(Surah Al-Anfaal : 46).


2) “Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai(Surah Ar-Rum 31-32).


3) “ Jika Allah kehendaki nescaya dapat dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN(Surah hud : 118).


Menurut ulama tafsir, setiap perintah dalam Al-Qur'an itu di datangkan dalam kaedah umum dan menyeluruh sekaligus membuktikan Islam ini ialah jemaah dan umum kepada semua umat Islam.


Di dalam Al- Quran Allah swt menyebut perkataan“ jemaah" atau se-ertinya dengan sangat banyak seperti dalam firman-Nya :


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah(Ali-Imran : 103).


“ Bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman moga kamu mendapat kejayaan.(An-Nur : 31).


Sebenarnya sangat banyak ayat-ayat yang menyebut sekitar jemaah namun cukup kita mengambil dua ayat di atas sebagai contoh untuk dilakukan perbincangan.


Ayat yang pertama disebut oleh para mufasir seperti Imam As-Syaukani ra dalam kitabnya Fathul Qadir sebagai bermaksud perintah Allah swt supaya umat Islam bersatu dan berkumpul keseluruhannya di atas deen Islam dan melarang hamba-Nya dari berpecah belah dalam agama kerana agama itu ialah jemaah (kesatuan) .


Manakala Imam Ibn Katsir ra menambah bahawa larangan Allah swt kepada hamba-Nya supaya jangan berpecah belah itu di awali dengan perintah jami'an iaitu menyuruh manusia supaya bersatu di atas tali Allah iaitu Al-Qur'an yakni Islam. (sila lihat Tafsir Al-Qur'an Azim m/s 33 Jilid 1).


Seterusnya dalam ayat yang ke dua dalam surah An-Nur ayat 31 maka Allah swt telah memerintahkan orang yang beriman supaya segera bertaubat dan di situ di gunakan kalimah jami'an iaitu keseluruhan (lihat Fathul Qadir m/s 35 Jilid


4). Mengunakan kaedah usul tafsir maka para ulama tafsir seperti Syeikh Abd Rahman Nasir As-Sa'di ra (1307-1376 H) menyebutkan bahawa Kaedah Al-Qur'an dalam memberi perintah kepada umat Islam ialah dengan mengunakan kalimah jamak iaitu (secara jemaah) keseluruhan kepada umat Islam ( lihat Qawaid Hisan Li Tafsir Qur'an m/s 26 ).


Kerana itu kita akan mendapati bahawa dalam Al-Qur'an apabila menyentuh mengenai perintah maka Allah swt kerap memulakan firman-Nya dengan uslub iaitu di sebut untuk seluruh manusia dan Umat Islam kerana Islam itu ialah jemaah.


Oleh yang demikian, jemaah itu pengertiannya harus dilihat pada kedudukan ayat Al-Qur'an dan apabila sesuatu perintah dari Allah swt kepada umat Islam itu di sebut kalimah jemaah maka sebenarnya jemaah di situ bermaksud Islam.


(ok..sekarang jelas bahwa jemaah yang d sebut dalam Alquran adalah merujuk kepada Islam dan bukan kepada jemaah yang mereka suruh kami masuk iaitu jemaah P*S..adakah mereka telah salah tafsirkankan ayat4 surah AsSoff yang mana ayat itu d jadikan untuk mereka mewajibkan kami menyertai jemaah..padehal berdasarkan tafsiran sebenar jemaah yang dmaksudkn ialah ISLAM dan kami semua adalah ISLAM bermakna kami telah pun sertai jemaah ISLAM dan tak perlu lagi sertai yang lain!)


Kerana itu apabila Allah memerintahkan umat Islam dengan suatu kewajipan maka digunakan istilah jemaah seperti ayat di atas sebagai simbol bahawa Islam ini sebuah jemaah yang setiap arahan dari Allah swt itu tertuju kepada semua bukan hanya kepada kumpulan tertentu sahaja dan dimaksudkan supaya tidak mengadakan kumpulan baru dalam Islam kerana Islam itu sudah jemaah dan mengadakan jemaah bererti telah mengadakan kumpulan baru yang keluar dari jemaah (Islam) yang asal.


Demikianlah pengertian Al-Qur'an pada jemaah iaitu Islam itulah jemaah kerana Islam itu tidak wujud secara berpecah- pecah dan tidak boleh khilaf dalam Islam.


Kerana itu jemaah dalam Al-Qur'an bukanlah bermaksud satu kumpulan haraki, terdiri dari amir dan amirah bertudung labuh dengan tanzim mereka , bukan, demi Allah bukan !


Islam itu sudah jemaah !


Jemaah lain selain Islam itu itu tidak patut wujud kerana Islam itu sendiri sudah sebuah jemaah yang terdiri dari umat Islam yang beriman kepada Allah swt dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai muslim dengan pertunjuk Al-Qur'an dan Sunnah.


Demikianlah pegangan ulama salaf soleh yang berada di jalan kebenaran seperti sabda baginda rasul melalui riwayat Aisyah ra :


“ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurunaku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabiien). “ (Sahih Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud 44 Jilid 5).


Manakala kalimah dan pengertian jemaah berdasarkan hadith pula boleh dilihat pada riwayat yang pelbagai dari baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang menyebut perihal jemaah.


Seperti yang dikeluarkan oleh At- Tibrani dengan sanad yang sahih akan sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :


“Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah(Riwayat Tibrani 447 /12).


Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :


“Tangan Allah itu bersama jemaah(Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).


(jangan salah paham lagi..kerna jemaah yang d maksudkn adalah ISLAM dan selamnaya ialah ISLAM!)


Juga melalui riwayat yang lain di tambah dengan


"Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua" (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)


Juga disebut melalui riwayat Umar Ibn Khattab ra menyebut bersabdanya


“Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).


(sekali lagi aku ingtakan bhwa tafsiran jemaah d sini ialah ISLAM dan bukan yang lain!)


Juga dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).


Sebenarnya masih banyak hadith yang menyebut mengenai perihal kewajipan melazimi dan berada dalam jemaah dan larangan dari keluar atau mengasingkan diri dari jemaah.


Baiklah dari sini saya mengaharapkan pembaca memahami bahawa setiap dalil hadith ini wajiblah kita imani dan di amalkan kerana ianya merupakan perintah Allah swt :


" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)


Membincangkan pengertian Jemaah dari sudut hadith maka para ulama salaf soleh dan bukannya seperti para ustaz yang mengaji empat tahun yang sewenang- wenang dan mudah berdalil pada hadith-hadith bagi mewajibkan orang menyertai jemaah mereka


sebaliknya para ulama salaf soleh telah menyebut bahawa maksudnya ialah Islam dan masyarakat muslim yang beriman kepada Allah.


“Katakanlah :“Rabbmu hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui"(QS. Al A'raf : 33)


Masyarakat muslim yang beriman kepada Allah dan rasul dengan pertunjuk Al-Qur'an dan sunnah maka mereka inilah jemaah.


Adapun kepimpinan dan imam itu ialah khalifah yang dilantik oleh umat Islam. Sebagai contoh, pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut


“ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah( Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).


Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami' Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah .


dan barangsiapa yang memisahkan dirinya dan keluar dari jemaah (masyarakat Islam) itu atau menyisihkan diri (membuat jemaah baru) maka sesungguhnya dia telah menghilangkan islam dari dirinya seperti apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut :


“ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah"


Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi :


“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya"


dan dalam riwayat Khalid bin Sabi' di sisi Tibrani menambah ;


apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).


Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas'ud ra :


bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam


(Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).


(aku dah boldkan perkataan yang berkaitan!)


Walaubagaimanapun kesimpulan dari pegangan para salaf soleh ketika menafsirkan maksud jemaah pada waktu mereka itu berdasarkan dalil dari hadith maka mereka secara ramai menyebutnya sebagai masyarakat Islam dan kepimpinannya dan kewajipan mentaatinya.


Namun tidak pernah ada sesiapa pun yang menafsirkan jemaah dalam hadith baginda sebagai melambangkan kumpulan tertentu atau gerakan tertentu begitu juga akan Al-Qur'an melainkan golongan yang jahil dan puak khawarij.


(hanya golongan yang berkepentingan saja yang menyalah tafsir hadith dan firman Tuhan dengan mengatakn jemaah adalah sekelompok kumpulan atau gerakan tertentu seperti yang telah diajarkan pada kami sewaktu d kem tersebut padahal sudah terang2 bahwa perkataan 'jamaah' adalah merujuk pada ISLAM! dan tiada yang lain)


Adapun maksud kalimah jemaah dalam beberapa hadith yang lain merupakan masyarakat umat Islam yang berpegang kepada Al-Qur'an dan sunnah dengan aqidah yang sahih iaitu Ahlul sunnah wal jamaah dan ini memang wujud seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ra bahawa rasulullah bersabda :


“ Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan umat Islam ini kana berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan dalam neraka serta Cuma satu sahaja dalam syurga iaitu Al-Jamaah(Hadith Hasan riwayat Abu Daud no. 4597 dan Ahmad, Darimi, Hakim serta Tibrani) .


Dalam hadith ini jemaah merujuk kepada masyarakat yang padanya wujud rasulullah dan para sahabat di dalamnya seperti yang dijelaskan dalam hadith lain riwayat Tirmidzi, Hakim dengan sanad Hasan.


(lihat pula pada hadith ini yang mengatakn jemaah d tafsirakn sebagai kelompok manusia tapi ianyan ialah zaman yang mana Nabi serta sahabat hidup d dalam zaman tersebut dan ini bukannya tafsiran mereka yang bergelar tok guru ustaz atau mereka2 yang berkepentingan tetapi d tafsirkan oleh Muawiyah yakni sahabat Nabi yang jauh lebih mulia dari tok guru ustaz dan mereka2 yang lain yang menjaga kepentingan sendiri)


Para ulamak seterusnya mengatakan dimaksudkan dengan beradanya rasulullah dan para sahabatnya itu ialah sebagai kinayah (perumpamaan) yakni dimaksudkan ialah menuruti sunnah baginda dan mengikut jalan para salaf soleh seperti yang disampaikan oleh hadith riwayat Irbad ibn Sariyah ra yang menyebut baginda rasulullah pernah bersabda :


“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid'ah !!! dan setiap bid'ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Manakala dalam erti kita menjelaskan makna hadith yang lain itu secara umum maka ianya bermakna keseluruhan umat Islam dan kepimpinan yang tertegak di dalamnya baik ianya merupakan kepimpinan yang baik atau pun zalim kerana berdasar pertunjuk sunnah dan perintah supaya mentaati mereka seperti yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah bersabda :


“ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).


Maka dalam konsep Malaysia saya dapat katakan kita umat Islam wajiblah mentaati kepimpinan yang ada walaupun kepimpinan itu melakukan maksiat dan kejahatan namun kita tidak boleh sekali-kali menubuhkan sebuah jemaah atau sebuah gerakan baru yang menyebabkan kita terkeluar dari jemaah asal iaitu Islam dan masyarakat Islam serta menyebabkan berlakuknya perpecahan di kalangan umat Islam.


Oleh yang demikian barangsiapa yang melakukan penyelewengan terhadap makna dan maksud Al-Qur'an dan sunnah dengan menyesatkan para pemuda Islam dan para wanita Islam dengan mewajibkan mereka menyertai jemaah dan kumpulan serta gerakan tertentu kononnya sebagai hukum wajib dengan mengunakan dalil- dalil dari hadith yang menyebut perkataan jemaah maka ternyata mereka telah melakukan dosa besar dan pendustaan terhadap Allah swt dan rasulnya serta umat Islam seluruhnya walaupun dia ustaz yang mengaji empat tahun di universiti !


(ok inilah doktrin yang cuba d suntik pada kami para peserta sewaktu d kem..dan aku sebenarnya tidak bersetuju dan mahukan pencerahan lagi dan inilah yang aku dapat..!! alhamdulillah..usah d wajibkan apa yang tidak d syariatkan ALLAH kerana 'jamaah' yang d maksudkan Quran serta Hadis ialah ISLAM dan bukan gerakan yang sedang mereka sertai dan mahu kami sertai sekali..apatah lagi mewajibkan kami menyertai jemaah! astaghfirullah..aku sudahpun punyai jemaah dan jemaah aku adalah ISLAM!)


"Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?" (Yunus: 59).


"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)


" Apakah kamu sanggup mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).


Demikianlah peringatan kepada mereka yang mewajibkan sesuatu yang dusta dengan mewajibkan jemaah dan mengintimakan diri dalam jemaah serta berdusta dengan kejahilan bahawa hukumnya wajib maka sesiapa yang mewajibkan jemaah dalam masyarakat Islam yang sebenarnya hanyalah merupakan perpecahan maka dirinya telah zalim kepada Allah swt dan dirinya telah berdusta dalam agama.


(na'udzubillah! inilah yang berlaku bila memutar belit ayat ALLAH untuk menghalalkan perjuangan mereka..mujur aku masih d lindungi ALLAH dan harap juga sahabat2 yang lain begitu kerna apa yang aku bawa ini bukanlah tafsiran tok guru ustaz atau mereka yang mengaji d universiti selama 4tahun tapi ianya adalah tafsiran para ulama yang faqih dan jauh lebih mulia dari golongan tersebut!)


Celakalah mereka yang menyalah tafsirkan hadith dan al-qur'an demi kepentingan politik mereka dan menyokong kumpulan tertentu serta menjual agama mereka demi harga yang murah.


Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda :


" Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya) (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).


Sebenarnya menurut faham salaf soleh, mereka mengatakan bahawa Islam ini ialah sudah berjemaah dan setiap muslim yang benar aqidahnya maka mereka sesama muslim yang lain ialah bersaudara dan satu ukhuwah Islamiyah yang dinaungi oleh kalimah syahadah.


Baginda juga pernah menyebut :


“Tidak sempurna iman seseorang kamu selagimana dirinya tidak mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri(hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim).


Jemaah itu ialah Islam dan sesiapa yang sudah muslim baik di kutub utara dan kutub selatan maka secara rasminya dia merupakan sejemaah dengan kita di Malaysia ini iaitu jemaah Islam.


Namun perkembangan realiti dunia Islam yang semakin hari umat Islam sudah meninggalkan Islam maka demikian juga dalam bidang agama lantaran lahir kejahilan dan kedunguan maka fenomena jemaah begitu pesat berkembangan dan wujud di merata-rata.


Ramai umat Islam mula tertarik kepada puak-puak atau golongan tertentu dalam masyarakat dan kelompok-kelompok tertentu dalam Islam.


“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).


(dan kerana ayat inilah menyebabkan aku keluar daripada organisasi yang pernah aku sertai dulu kerna aku tak tahu siapa pengasas dan organisasinya dan TUHAN sendiri dah melarang kita mengikut sesuatu yang tidak kita tahu walaupun ianya baik..samalah seperti mengiku amalan2 bid'ah yang walaupun baik tetapi sesat..sila rujuk entry aku mengenai amalan bid'ah yang sesat dalam tajuk utamakan yang utama!)


Setiap umat Islam merasa selamat dan selesa dengan jemaah masing-masing konon beralasan atas kesamaan fikrah (idea) dan kesamaan pendapat dalam agama Islam yang mereka punyai berdasar akal mereka.


Kumpulan A : Mereka memahami Islam dengan fahaman mereka lalu menafsirkan Islam dengan tafsiran mereka lalu berdakwah dan menjalankan amal Islam dengan kefahaman mereka lalu menubuhkan jemaah mereka , menamakan kumpulan mereka, hidup sebagai Islam menurut pandangan fikrah mereka, lalu bergerak berharakah di atas kefahaman mereka .


Mereka ini Islam tetapi mereka membeza-bezakan umat Islam yang lain dengan jemaah mereka. Ahli jemaah mereka ialah saudara mereka manakala umat Islam yang bukan ahli jemaah mereka bukanlah saudara mereka dan bukan mendapat perihatian sangat dalam kehidupan mereka.


Mereka berjuang di atas fikrah yang mereka dokong dan mentaati kepimpinan yang dilantik oleh mereka berdasar fahaman mereka.


“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.(Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Ubay bin Ka'ab berkata :


'Sesungguhnya sederhana di jalan ini dan (di atas) sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh tetapi dalam menentang jalan ini dan bercanggah dengan sunnah.'


Maka lihatlah amalan kalian jika dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sederhana hendaknya di atas manhaj (cara pemahaman dan pengamalan) para Nabi dan sunnah mereka.


Kumpulan B : Mereka seperti kumpulan di atas cumanya kefahaman mereka terhadap Islam berbeza dengan kefahaman kumpulan A dan kaedah mereka berdakwah, kaedah mereka menjalankan syariat tidak sama dan berbeza uslub dengan kumupulan A.


Mereka mempunyai kepimpinan mereka sendiri, mempunyai kaedah, uslub mereka sendiri yang dibangunkan berdasarkan kefahaman mereka kepada Islam.


Demikianlah sehingga wujud kumpulan C, D dan E serta sehinggalah ke Z seperti firman Allah swt :


“ Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU(Surah hud : 118).


Dalam hadith baginda pernah bersabda :


'Amal yang paling dicintai Allah adalah yang istiqamah (terus-menerus) walau sedikit'." (HR. Bukhari 1/109 dan Muslim nombor 782) .


Seorang Alim Ahli Al Qur'an, Muhammad Amin Asy Syinqithi berkata dalam Adlwa'ul Bayan 1/494

:

"Para ulama telah menyatakan bahwa kebenaran itu berada di antara sikap melampaui batas dan sikap meremehkan. Dan itu adalah makna ucapan Mutharrif bin Abdullah :

Sebaik-baik urusan adalah yang tengah-tengah. Kebaikan itu terletak antara dua kejelekan.


Sedangkan imam Az-zahabi ra pernah menyebut


" Apabila seorang ahli kalam (ahli akal) berkata jauhkan kami dari al-qur'an dan sunnah dan biarkan kami mengunakan akal" maka ketahuilah dia itu ialah Abu Jahal !! Dan jika datang kepada-Mu seorang Ahli sufi berkata " tinggalkan dalil zahir dan nash dan pakailah zauq, khusyuk dan wajd (suara hati) maka ketahuilah dia itu sesungguhnya ialah iblis dalam rupa manusia." (lihat dalam siyar alam nubala' m/s 472 Jilid 4).


Dalam masalah ta'adud jemaah ini hendaklah kita menjauhi perpecahan dan bersatu di atas tali Allah iaitu Al-Qur'an dan Sunnah.


Janganlah kita berpecah dan berselisih sesama umat Islam sebaliknya di atas ukhuwah agama dan pertalian saudara berasaskan tauhid itu hendaklah kita berkerjasama menegakkan Islam berdasar sunnah rasulullah dan jalan para sahabat salaf soleh.


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah (Ali-Imran : 103)

.

Yakinilah bahawa sesungguhnya tidaklah para rasul dan nabi itu diwafatkan melainkan telah menyampaikan amanah dakwah kepada umatnya maka demikianlah juga dengan rasul kita Muhammad salallahualaihiwasalam yang telah menyampaikan segala risalah dakwah dan ajaran Islam tanpa tertinggal


dan di antaranya telah dijelaskan kepada kita cara berjuang menegakkan Islam tanpa perlu kita mencedoknya dari fikrah manusia atau mengambilnya dari barat.


Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :

“Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.


Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya;


“ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.Ø£¢Ã¢‚¬? (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam MuØ£¢Ã¢‚¬Ã¢„¢jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).


Seandainya wujud khilaf dan perselisihan maka hendaklah kita semua kembali kepada al-Qur'an dan sunnah sebagaimana perintah Allah swt supaya kita dapat bersatu.


"Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu hal maka kembalilah pada Allah (Al-quran) dan rasul (As-sunnah)" ( Surah An-Nisa' : 59).


Maka demikianlah kefahaman yang sebenar yang perlu difahami bahawa kesatuan dan perpaduan itu wajib dan harus diusahakan oleh setiap mereka yang mengaku beriman kepada Allah swt dan rasul.


Maka sesungguhnya kefahaman yang benar itu ialah yang berdasar kehendak Allah swt dan di atas pertunjuk rasul-Nya.


" Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (hadith Sahih, Muttafaqun Alaih Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037)


Sebagai peringatan juga hendaklah kita mengawasi kumpulan-kumpulan pelampau dalam agama yang bergerak dan berjuang Islam dengan kejahilan sehingga lebih menimbulkan fitnah dari kebaikan.


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang memperingatkan agar berhati-hati dari orang-orang khawarij dimana beliau telah menyebutkan tanda-tandanya kepada para sahabat dengan sabdanya :


“Bacaan (Al Qur'an) kalian tidak dapat mengimbangi bacaan (Al Qur'an) mereka sedikitpun. Shalat kamu tidak dapat menandingi shalat mereka sedikitpun. Mereka membaca Al Qur'an dan menyangka bahwa Al Qur'an itu dalil bagi mereka padahal hujjah atas mereka. Makna shalat mereka tidak melewati tenggorokan mereka dan mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya.


Para ulama menyebut Orang yang dikasihi oleh Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada pertunjuk sunnah dan bersatu di atas Al-Qur'an dan Sunnah dan tidak menyertai perpecahan dan menjauhi perbezaan dan perselisihan.


Sabda baginda juga :


"Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda-muda umurnya. Pendek akalnya. Mereka mengatakan ucapan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al Qur'an tapi tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari buruannya." (HR. Bukhari nombor 3611 dan Muslim nombor 1066).



Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan
;


“Menganjurkan manusia agar berpegang dan mengikuti As Sunnah serta mencegah jangan sampai bid'ah muncul dan tersebar adalah amar ma'ruf nahi munkar. Bahkan ini merupakan amalan saleh yang paling mulia, sehingga seharusnya betul-betul dijalankan dengan penuh keikhlasan mengharapkan wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala(Minhajus Sunnah, 5/253).



Demikianlah dakwah Islam ditegakkan di atas ilmu dan kefahaman yang mendalam, bukan kerana suka-suka, bukan kerana budaya sebaliknya kerana tanggungjawab agama yang mesti dipikull dengan panduan agama.


Di perjalanan, orang-orang Khawarij bertemu dengan Abdullah bin Khabbab maka mereka berkata :


"Apakah engkau pernah mendengar dari ayahmu sebuah hadits yang dia dengar dari Rasulullah?" Dia menjawab : "Ya, aku mendengar ayahku berkata : 'Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berbicara tentang zaman fitnah. Orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang mereka yang berlari. Maka jika engkau mendapati masa seperti itu, jadilah engkau seorang hamba Allah yang terbunuh'." (HR. Ahmad 5/110, Ath Thibrani nombor 3630, dan hadits ini memiliki beberapa syawahid).

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai? (Surah Ar-Rum 31-32).




P/S : Artikel ini merupakan kumpulan tulisan lama saya khasnya sewaktu fenomena hangat tentang jemaah ini berpusar di kampus lalu kemungkinan pembaca akan mendapati saya sedikit keras sewaktu itu.




Buat makluman semua, saya dan rakan-rakan dicela dan dicemuh kerana keluar dari sebuah jemaah dengan tuduhan yang sangat dahsyat dari mereka yang ta'asub dan jahil terhadap jemaah mereka.



Mereka mewajibkan jemaah mereka kepada orang lain dan doktrin ini diterapkan kepada ahli sehingga merasakan berdosa keluar dari jemaah mereka dan juga merasakan berdosa tidak memasukkan orang dalam jemaah mereka dan juga merasa berdosa orang yang tidak berfaham dengan "fikrah" mereka.



Inilah bid'ah yang besar dan dosa dan kerana itu artikel ini sedikit emosi dan keras namun kata orang tua-tua masa berlalu dan angin tiung menjadi bayu, batu pejal menjadi lembut maka inikan pula hati manusia.



Memahami hukum jemaah hendaklah secara khusus dinilai dengan hati-hati dan ianya perlu difahami dengan mendalam.
Misalnya saya tidak menyalahkan sesiapa yang masuk dan menyertai PAS dan tentulah salah dan silap apabila seseorang menghukum bahawa menyertai Pas ialah haram, wajib atau berdosa atau harus sebaliknya hukum itu jatuh pada perbuatan yang khusus dan akibat yang khusus demikian juga pada UMNO atau ABim atau JIm atau mana-mana parti atau kumpulan.



Tetapi apakah ada ulama yang mahu mengatakan "tidak apa" apabila seorang pelajar universiti yang mentah jahil akan Al-Qur'an dan sunnah tetapi dalam usrah dan ceramahnya mewajibkan orang menyertai jemaah mereka dengan mengunakan dua tiga potong ayat Al-Qur'an dan dua tiga patah hadith ?


(ok..sile fokus pada ayat d atas ye..banyak berlaku d kampus2 termasuk d tempat aku yang mana para naqib naqibah yang masih mentah tentang agama namun mewajibkan orang lain menyertai jemaah berbekalkan nas2 dalil yang sendri mereka tafsirkan tanpa merujuk tafsiran para ulama yang muktabar!)



Mereka sewenang-wenang mewajibkan hukum jemaah yang ditubuhkan oleh mereka kepada orang ramai dengan mengunakan akal mereka dan mentafsir ayat Al-Qur'an dua tiga patah dengan akal mereka dan hanya bermodalkan buku-buku Fathi Yakan dan lain-lain sebagai bahan bacaan dan hujah mereka lalu apakah boleh berdiam diri dengan mereka ini ?



(yang ini memang berlaku sewaktu d kem bila mereka menggunakan hujah buku Fathi Yakan yang d tafsir sendiri mengikut kepentingan masing2..dan waktu itu aku hanya mampu tidak bersetuju dalam hati kerna aku asing d tempat mereka dan masih tidak cukup ilmu)



Jangan berdusta mengaku tidak ada fenomena ini, bahkan di universiti di Malaysia serta di seluruh universiti fenomena ini wujud dan mereka mewajibkan orang dengan jemaah dan fikrah fahaman mereka.
Maka ini yang harus di tentang dan saya menentang fenomena ini dengan semampu saya. Wallahualam


_____________________________________________________

ok..sudah habis baca artikel d atas?
masih belum jelas mengenai hal2 jemaah yang buat aku dan korang pikir selama ni?



alhamdulillah aku sudah dapat pencerahan mengenai isu ini dan aku harap korang juga begitu dan pada mereka yang pergi ke kem sama dengan aku...
sama2 kita renungkan kembali mengenai penigisian yang telah d berikan..



sama ada harus d ambil kira sebagai hujah ataupun d tolak?
kerna apa yang tertulis d artikel d atas yang mana segala nas dalil serta firman ALLAH adalah d tafsirkan oleh mereka yang betul2 d akui kefakihan mereka dalam agama!



dan bukan d tafsirkan oleh golongan yang hanya belajar 4tahun d universiti bla3...bla3...
aku tidak berniat untuk bukak pekung d dada sesiapa pun..
namun aku hanya mencari kebenaran dan tidak mahu mengikut membuta tuli dengan hujah2 yang mereka berikan sewaktu cuba doktrinkan kami..



dan aku akui,banyak yang aku tidak puas hati atau tidak senangi sewaktu d kem..
(namun aku masih cuba berbaik sangka dan mengambil pengajaran yang baik)




apatah lagi apabila kami d wajibkan mengikuti jemaah dan ini mengobarkan lagi semangat aku untuk mencari dalil dan hujah untuk menyokong fahaman mereka yang mewajibkan berjemaah!



dan alhamdulillah aku telah mendapat pencerahan dan jawapan..
namun aku tak pernah salah kan mereka...
namun aku harap mereka baca artikel d atas yang aku langsung takde tokok tambah..
demi ALLAH ini adalah perkongsian dari aku pada sahabat2 d universiti yang mungkin agak keliru mengenai soal jemaah..



dan maaf kerana tak dapat bagi link artikel d atas kerna ada masalh teknikal..
insyallah aku akan cuba bagi link pada mereka yang ragu2..
ini adalah perkongsian dari aku..
segala salah silap sila tegur dengan berhikmah!



wallahu'alam~



notakaki: sewaktu edit artikel d atas untuk d muatkan dalam belog aku ni teringat saat aku d perli d kem kerna kononnya aku tidak wala' pada satu pemimpin hanya kerna aku menyertai 'jemaah' lain d kolej..astaghfirullah..sekali lagi waktu itu aku hanya seekor tikus d dalam sekelompok kawanan kucing..dan aku hanya senyap dan mengikut rentak mereka kerna aku hormat dan masih tidak cukup ilmu dan hujah..dan teringat juga saat bila aku mempersoalkan mengenai kepelbagaian jemaah ini adalah satu bid'ah kerna zaman Nabi tiada jemaah2 ni semua..dan jawapan yang d berikan adalah ayat4 surah AsSoff..dan waktu tu aku hanya mapu tersenyum memaksa diri cuba menerima walau aku tidak bersetuju dengan hujah tersebut kerna ayat4 surah AsSoff menyebut mengenai 'jemaah' dan ketahuilah erti kata sebenar 'jemaah' dalam ayat itu ialah ISLAM dan aku masih lagi ISLAM walaupun aku tidak menyertai jemaah mereka..kerna jemaah aku hanya satu yakni ISLAM!


cukup ALLAH bagiku~

18 comments:

khaleeftunggal said...

aku tahu isu ini sangat sensitif kerna melibatkan hal2 berkaitan jemaah..namun sekali lagi aku tegaskan aku sekadar mahu berkongsi..

dan mahu sahabt2 yang lain juga sedar! sewaktu d kem sebahagian nas dan dalil yang d berikan..
apabila merujuk kepada perkataan 'jemaah' mereka akan samakan jemaah dengan gerakan atau kumpulan tertentu..

dan itulah penyalah tafsiran yang d buat oleh golongn yang mengaji d uni selama 4tahun kemudian sambung pelajaran lagi kemudian..bla..bla..bla..

namun tafsiran sebenar hanyalah oleh para ulama yang muktabar yang mana mereka tafsirkan 'jemaah' itu ialah ISLAM dan bukannya gerakan/kumpulan..

mengenai hadis yang d berikan d kem lebey kurg cmni bunyinye..
'syaitan itu ibarat serigala yang akan menyerang manusia(kambing) yang duduk jauh dan bersendirian maka hendaklah dia sertai jemaah dan....bla..bla..bla..'

lebey kurg gitulah bunyik hadis tersebut..
dan dahsyatnye ble hadis itu d tafsirkan supaye kami sertai jemaah yang ada iaitu sertai jemaah mereka dalam bahase halusnye..

padehal jemaah yang d mksudkan dlm hadis ialah ISLAM
dan hendaklah kambing tersebut usah menjauhkan diri dari kelompok ISLAM dan hidup seorang diri..

tetapi hendaklah kambing itu duduk dalam jemaah yakni dalam ISLAM agar terselamat dari seigala (syaitan)

hendaklah duduk dlam kelompok jemaah ialah dudk dalam kelompok jemaah ISLAM dan bukan duduk dalam satu gerakan atau kumpulan..

sape2 yang tak boleh terima pendapat aku..aku terima dengan keterbukaan hati..

namun renungilah artikel tersebut yang bersumberkan dari tafsiran para ulama dan bukan para ustaz2 yang berkepentingan!

wallahua'alam

Anonymous said...

slm
bgs.usaha y baik dalam mencari kebenaran..
semoga bertemu apa yg dicari..
jemaah itu bukan rigid..moga diharap menyenangi urusan dlm berdakwah..
ya, nampak complicated,malah hardcore (kata sesetengah manusia)
tp jika jiwa2 yg tenang mengambilnya sebagai pemula kpd pencarian kebenaran insyaAllah dipermudahkan.
post ini mungkin xkan wujud jika najwa tidak ke kem tersebut kan?
kem tetap kem.peserta akn mengambil y baik, dan mungkin y buruk.
my personal opinion to my dear sis, ambillah pengalaman ini utk berfikir n belajar.akak pnh mengalami perjalanan yg lg shocked..malah memberontak( i am a teruk person)
mengatakan islam itu jemaah ya mmg mudah.tp sahabat n sahabiah y sama2 bergerak ats kesedaran mungkin kurang/tiada.
kdg2 kita sibuk mencari alasan berjemaah tanpa sedar tangan dan kaki kita tidak bergerak dlm menuju arahan Allah: amar makruf nahi mungkar.nauzubillah.moga dijauhkan..
u r the king of ur mind n body.raikan perbezaan pendapat n jgn dijauhkan tali silaturrahim y terbina..wallahualam

Anonymous said...

oh ye..
baru terbaca notakaki dibwh tu..
mungkin najwa terasa tujahan berikut utk najwa..
sbnrnya..mungkin ya,mungkin tidak..
mungkin kolum ni xckp utk menyampaikan isi sebenar "amarah" mlm itu.
kalau xmarah,mungkin xterusik hati utk menegakkan pendirian diri.
kalau xmarah, mungkin hati akan sentiasa selesa dgn pendirian diri.
isu wala' tak wala' kami jadikan bahan utk peserta ambil pengajaran dan sampaikan kpd sahabat2 lain y xberkesempatan menyertai kem.
teguran tersebut bukan menyerang, tp cuba menyedarkan.
isu tanggungjwb kpd kehadiran adalah keutamaan, tp mungkin isu wala' yg najwa lihat.
akak faham ape y adik akak ni rase.there is no accidents.Allah y pilih kehadiran antum ke kem,bukan kami.
insyaAllah kita panjangkan perbincangan di lain tmpt lain masa.bye bro.:)

Aku Kagum said...

Assalamualaikum wbt..

1. Aku merasa tertarik dengan artikel terbaru kamu. Kamu sedang mentertawakan rakan-rakan yang berjamaah.

2. Kamu mengguris hari-hati meraka, siang dan malam mereka menngerah fikiran mencurah idea memartabatkan islam di bumi rcmp, kamu hadir lalu mentertawakan mereka. Semuanya serba tidak kena, sedangkan mereka melakukan apa yang terbaik setaraf dengan mereka.

bantulah mereka.

Aku Kagum said...

1. Aku tidak pasti adakah artikel ini ditulis atas dasar emosi, atau lahir dari hati tulus suci atau sudah tersedia untuk dikarang sebelum dari KLC.

2. Polemik tercetus bila mana KLC yang dianjurkan adalah untuk menjadikan ahli2 ISC lebih komited dan beramanah dengan tanggungjawab yang diberikan(sebelum ini bagaimana?).

Maka, diberinya kepada ahli2 ISC satu kem untuk membentuk insan bergelar AJK ISC kembali bersemnagat untuk bekerja menyampaikan dakwah islamiyyah di kampus. Persoalannya, salahkah ia?

Dalam buku 'memahami prinsip2 'amal Islami' tulisan Sa'id Hawa, " Sebenarnya tanzim(jamaaah) Islam hendaklah mempergunakan seluruh keupayaan anggotanya dan kepakaran(iktisas) mereka dan mengikat mereka dengan berbagai ikatan,dan ikatan ini memberi khidmat kpd kerja islam di dalam bentuk yg khusus, antaranya mengikat seseorang itu dgn ikatan dakwah islamiyyah dan gerak kerjanya"

Inilah tujuannya, aku meyakininya kerana aku pernah melaluinya.

2. Kita berbicara tentang jamaah, yang menjadi kesalahan yang ingin kamu buru di KLC. Aku faham dengan jiwa mudamu, kamu semamngnya mencari.

Dan pencarian kamu hanyalah sekadar untuk mencari hujah penafian beremosi, bukanlah sebagai pencerahan.

Aku ingin membawakan sebuah buku Dr.Salah Al-Sawi : Siapakah jaamah Islam yang sebenar.

Dia meletakkan jamaah islam itu merangkumi dua maksud,
1. kump. ulamak ASWJ, bersepakat atas kbenaran yg berjalan spnjg tiga kurun yg mulia(sahabat, tabiin, tabi' tabiin. Dan pd setiap zaman, kesepakatan atas kebenaran itu sentiasa dibawa oleh ulama; ASWJ yg thiqah di kalangan umat Islam dan msjoriti umat Islam scra tabiinya mengikut jejak langkah mereka.

2. Umat Islam yang bersepakat (terima perlantikan dan beri ketaatan) kpd seorg imam atau khalifah slagi mana para pemimpin itu menjalankan sistem pemerintahan Islam secara umumnya.

Rangkuman dua maksud Jamaah Islam ini adalah daripada lima pendapat ulama' ASWJ terhadap term JI yg kamu sebutkan itu.

3. Bagi kamu kes ini, aku melihat kamu dgn angkuh bertegas mengatakan JI itu hanyalah untuk definisi yang pertama (kerana kamu tidak pernah mahu mencari definisi yang kedua!), tetapi, bagi aku, aku berpegang dengan dua maksud berkaitan dgn JI (sbb aku berusaha mencari!)

Aku Kagum said...

1. Kamu sangat hebat. kamu mentertawakan golongan-golongan doktor, engineer, ustaz ustazah yang belajar Islam kurang dari 4tahun, tetapi aku dan kamu pasti,merekalah yang menjadi batu bata untuk perjuangan Islam.

Sia-sialah As-syahid Dr. Abdul Aziz Ar-rantisi bersama dengan as-syahid syeikh ahmad yasin, meniupkan semangat intifadhoh di Palestin, Dr Abdul Aziz pon lebih kurang beberapa tahun sahaja belajar Islam, bahkan mengetuai Hamas, sebuah jamaah Islam di palestin.

Opps..tidak sepatutnya aku menyebut hamas sebagai jamaah islam. kerana kamu menolaknya. maka teruskanlah tertawa terhadap aktivis professional islam.

Bagaimana jika hati mereka terguris, siapakah yang hendak membawa panji Islam? Kamu?

2. Aku tidak gemar berbicara berkaitan jamaah islam secara luas konsepnya, aku hanya ingin memfokuskan peranan kita di kampus. Apa peranan kita dalam menghidupkan bi'ah solehah di kampus?

Aku berkeyakinan kamu belajar tentang hadith 40, hadith tentang mencegah kemungkaran. Diberikan kpd kamu kelebihan untuk berkuasa mencorak biah islamiyyah di kampus, melalui bermacam cara, dari sekecil2 perkara seumpama meeting yang merupakan tempat memberi idea dan kirtikan sehinggalah sebesar2 perkara iaitu melaksanakan prog2 kearah menghidupkan biah solehah, persoalannya, sekali lagi aku nak soal, dimanakah kamu?

khaleeftunggal said...

salam'laik..
mungkin tak sempat nk respon sume maafla kalo ade mane2 yg terlepas pandang namun d sni mau d igtkn bhwe tiade niat untuk mntertawakan mereka yg berjuang d jln ni..

demi ALLAH sungguh tiada niat!bahkn hati muda ni rase bangge dgn smgt yg ade..
artikul yg d tulis buknlah emosi penulis bb bukn 'khaleeftunggal' yang tulis..

dan demi ALLAH sekali lagi,janganlah beburuk sangke bila menyatakan sekadar mahu cari kesalahan atau keburukan KLC dan sebagainya..

d hujahkan pelbagai soalan daripada shbt d KLC dan juga shbt d lua mngenai JEMAAH buat diri tergerak untk mncari solusi..

banyak tempat telah d rujuk
banyak buku d jadikan bahan
belog2 dan segalanya untuk mencari jwpn..

dan semuanya beri pndpt yg berbeza berdasarkan 3golongn yg telah d sebutkan d awl entry..

dan jika kefahaman ini satu kesalahan maka betulkanlah kerna diri sndri hanya budak yang baru bertatih belajar agama..

ow ye. tentang d kem tak ada pun perasaan terasa malah bersyukur pergi ke kem kerna d dunia ni tiada yang sia2..semua pun bersebab atas kehendakNya..

ALLAH lebey tau perancangan yang terbaik..
dan lg1..tiade lah niat utk perlekehkn mereka yg berjemaah sekali lg rase bangge..

itu satu wadah dan uslub mereka..
alhmdulillah..

sekali lagi bharap tegurlah jika ianya satu kesalahan

nina said...

salam
aku bukan orang bijak pandai untuk berbicara namun aku mahu utarakan satu pendapat aku sebagai salah seorang penghuni RCMP

aku tau ISC adalah satu medium dakwah di RCMP

tapi mengapa setiap kali aduan yang sampai d telinga adalah sama dengan mengatakan ISC terlalu rigid dan ini menampakan sisi buruk ISC

sekaligus beri pendapat buruk mengenai ISLAM kerna ISC itu membawa nama ISLAM
ada mulut yang mengatakan ISC terlampau rigid dan kurang mahu bekerjasama dan tolak ansur dengan badan2 lain di kolej melainkan JPM

walaupun aduan yang di terima mungkin hanya suara2 minoriti namun jika ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik apa salahnya

aku tau ini bukan medan yang tepat mengenai untuk katakan semua ini
tapi ISC perlukan perubahan dan lebih menarik mereka yang jauh dengan ISLAM

maksud aku perlu lebih terbukakan dan promosikan ruang lingkup penyertaan penghuni RCMP dan terhad bagi mereka yang tertentu

namun ISC banyak berjasa dalam medaulahkan ISLAM d kolej dan aku puji itu.ALHAMDULILLAH!

Anonymous said...

mereka yg memimpin Islam, bernama Islam, tetapi tidak melaksanakan hukum Islam, bahkan menghalang golongan yang mahu melaksanakannya, serta menghina dan merendahkan hukum Islam, mereka itu bukan Islam (Yusuf Qardhawi di dalam Aqidah dan perjuangan, ms 113).

Maka, gugurlah syarat ketaatan kepada pimpinan yg terkandung dlm hadis yg ukhti nyatakan di atas.

Pernah seorang jahiliyah dtg bertemu Nabi S.A.W dan meminta utk meminda al_QUran dgn menukar isi al_Quran yg lain kerana mereka tidak sanggup utk menerima hukum2 yg terkandung dlm al_Quran, Nabi menjawab : Aku hanya mengikut apa yg diwahyukan kepadaku, Aku bukan mempunyai hak utk meminda apa yg terdapat dlm al_Quran.

Jika Rasulullah sendiri x mempunyai hak utk meminda, utk menukargantikan al-Quran(hukum-hukumnya), bagaimana
pula manusia biasa boleh mengaku diri mereka berhak meminda hukum2 Allah.Sebab itu para Ulama' mgatakan kalau sekiranya pemerintah telah merubah-rubah kaedah syara' dan melakukan perubahan syariat maka gugurlah ketaatan terhadap pemerintah itu.

Maka, oleh itu, x timbul bughah/penderhaka apabila timbul gerakan Islam bagi menegakkan syariat Islam di tengah2 negara yg menolak syariat Islam.

Dr 'Ali Jarisyah dlm bukunya "Kami pendakwah bukan penderhaka" menyatakan yg sebenarnya bughah/penderhaka ialah kerajaan manusia yg tidak mahu melaksanakan hukum Islam yg ditetapkan ALlah(yang empunya kerajaan langit dan bumi). Merekalah bughah, kerana menderhaka dari hukum saranan Allah.

Anonymous said...

Gajah dikatakan gajah kerana cukup sifatnya, ada belalai, gading, 4 kaki bercirikan gajah,2 pasang telinga besar dsb.. logikkah kerajaan yg mendakwa kerajaan Islam tetapi tidak melaksanakan hukum2 Islam? mencedok hukum manusia, ekonomi riba, sistem pendidikan sekular,dsb? umpama seekor 'gajah' berkaki rusa, berbadan arnab dan bertelinga tikus kemudian mendakwa dirinya gajah?

Nabi berkata : sesiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan (baca KUASA). Maka, sewajarnya bagi mereka yg cintakan Islam menjadi org yg ada tangan(baca KUASA) utk melakukan amar makruf nahi mungkar, maka, kepimpinan tertinggi negara mestilah dibarisi oleh pejuang dan pencinta tulin Islam dan syariatNya.

cukupkah ahli pencinta Islam sekarang sekadar berjuangkan Islam dgn menegur pemimpin2 dan mahu membetulkan rakyat tanpa tangan(baca KUASA)? tiada kuasa menggubal undang2,tiada kuasa menentukan bahan siaran di dada2 akbar, TV dan radio dsb) menegur dgn cara apa?nasihat dlm kuliah2 yg dihadiri org2 tua? menulis surat2 rasmi? tanpa liputan meluas TV,radio atau akhbar, sedang dlm masa yg sama, pejuang2 kufur (yg terang2 kafir dan munafik) juga, sedang berlumba2 dalam kumpulan2 mereka(baca jamaah), merancang menjatuhkan Islam dan umatnya dengan saluran pemerintahan dan perundangan (ahli parlimen,senator,ahli DUN), saluran menguasai media (hiburan, majalah2 gosip)dsb, sedang kita sekadar mampu melaung di bawah dgn capaian maklumat kpd masyarakat yg amat terhad dan sengaja dihadkan oleh musuh Islam, kerana kita tiada gerakan (baca jamaah) yg berstrategi dan mempunyai pendekatan yg berobjektif untuk menyaingi jamaah taghut yg penuh munazzamah. sedang Umar al-khattab berkata, jahiliyah dgn penuh terancang mampu mengalahkan yg Hak tetapi tidak terancang.

apakah maksud khalifah? pengganti tugas Nabi? adakah pemimpin kini melaksanakan tugas Nabi? salahkah mengganti pemimpin palsu ini dgn khalifah yg sejati?

disinilah, umat Islam berbeza pendekatan dan cara.ada yg berijtihad menjadi kumpulan umat Islam(baca jamaah) yg berjuang dgn saluran politik berpilihanraya, ada yg menjadi NGO2, ada yg keluar 40 hari, ada yg dgn menyiarkan artikel2 kesedaran setiap hari jumaat dan bermacam2 lagi.

fitrah manusia, sukar disatukan biar berkongsi matlamat. yg pasti,realitinya jamaah2 di Malaysia memang telah terwujud dan banyak,soalnya, apa orientasi kita? mahu menyalahkan jamaah lalu meninggalkan jamaah atau menguburkan jamaah2? dan hanya mahu menjadi 'Islam', fulstop. atau berusaha bagaimana menguruskan realiti. lebih tepat, jemaah yg pelbagai ini bagaimana boleh disinergikan fungsinya agar masing2 saling melengkapi dan bantu membantu.atau, at least ,jika bukan saling bekerjasama sekalipun, tidak pula sling jatuh menjatuh, lalu ahli gerakan Islam lebih byk menghabiskan masa utk menjatuhkan sesama sendiri dari menumbangkan musuh yg sebenar. masalh sikap ini yg perlu diperbetul, bukan jamaah yg perlu dibakar hangus.

Islam ditafsirkan sebagai jamaah, terlalu luas, umum dan kabur. kelak, masa berlalu akan timbul pula kelompok dlm Islam itu yg mahu menubuhkan kumpulan Islam A,B,C dan seterusnya..term jemaah digantikan dgn 'Islam', cycle yg sama akan berulang,polemik yg x berkesudahan.
selagi bernama manusia, dengan pemahaman dalil2 dan penafsiran yg pelbagai, pengalaman hidup yg berbeza2, idea2 yg berlainan, pandangan sesuatu isu dlm sudut yg pelbagai, akan lahir kelompok baru dlm kumpulan 'Islam" itu yg berbeza pendekatan sekirnya manusia itu tidak diikat dgn wala' kepada kepimpinan dalam jamaah Islam yg jelas dan berpelembagaan.

Anonymous said...

jgn mudah membidaahkan tindakan org.. mewujudkan jamaah di zaman ketiadaan khilafah Islam bukan lah bidaah. mereka bukanlah penderhaka kerajaan Islam celup sekarang. Jamaah diperlukan untuk mengembalikan khilafah yg telah hilang. perkumpulan manusia yg berkongsi matlamat dan cara. fitrah manusia bila melakukan sesuatu agenda secara berkumpulan,perlulah dgn terancang, utk terancang, perlulah ada kepimpinan dan ada pengikut yg diikat dgn peraturan.

jgn mudah melabel bidaah, sekiranya menyambut dan memperingati harijadi Nabi(maulid)adalah bidaah, ditengah masyarakt yg lebih mengenali artis dan harijadi mereka, maka kenapa masih menyambut hari jadi sendiri?kawan2?ustaz?ibubapa? Nabi sendiri pun x mahu disambut harijadinya, jgn lah melebihkan manusia yg lain.

berlapang dadalah dlm hal perbezaan ranting2 feqah. jgn mudah melabel mereka yg tidak sependapat. bersatulah dgn dalam hal pokok, yakni menghapuskan Aqidah toghut yg sedang berleluasa dicanang oleh musuh2 kita melalui pelbagai 'jamaah' dgn pelbagai nama, bentuk dan pendekatan.

khaleeftunggal said...

sekali lagi tujahan d buat dan terimakasih atas respon dan pendapat serta rujukan2 yang d berikan..insyallah akan d telaah..

ye..sebab itu perlukan lebih penjelasan d sini dan juga untuk semua yang tertanya2..

sungguh tak salah apa yang d perkatakan panjang lebar d atas dan turut mengakui kesahihan perkara tersebut..

dan apa juga yang cuba d sampaikn terdahulu adalah mengenai kesamaran dan ruang yang akan d perdebatkan oleh mereka yang ada..
meraikan perbezaan itu yang terbaik..
pelbagai cara boleh d lakukan dan pelbagai jalan boleh d ambil..sekadar berkesan atau tidak biar Dia yang menentukan hasil terbaik..

dan dalam usaha yang d lakukan perlu berdalil dan tidak harus mengikut emosi dan perasaan memadangakn akn mengundang pelbagai persepsi..

bagi skop sbenar masing2 punye pilihan masing2..insyallah jika tiada berlanggar syariat akan indahlah walaupun penuh ranjau..

berbicara dengan pelbagai glgn akn memebawa kepada byk solusi tapi hanya satu konklusi.. dan apa yang dlakukan adalah berdasarakn hasil perbincgn dgn 3glgn yg telah d sebutkan..

sekali lagi usaha penjelasan atas segalanya d buat dengan teratur dan tidak meberatkan mana2 pihak..sikap menerima dan berlapang dada perlu ada..insyallah..

wallahualam..

nina said...

allahuakbar

kenapa mahu bertelagah mengenai perkara ini

ISLAM lemah bukan kerana kuatnya musuh tetapi kerana lemahnya ISLAM

dan ini yang berlaku tika dan saat ini bila masing bertelagah hanya kerna pendapat yang berbeza namun menuju matlamat yang sama

matlamat kita sama mahu membina kembali khilafah ISLAM usah di pisahkan dengan fahaman jika ianya menuju matlamat yang sama hanya alat dan cara yang berbeza

pelbagai cara asalkan mengikut landasan yang betul boleh di lakukan dan di usahakan
kenapa harus berdebat?
pada pendapat golongn yg ke-3 entri ini bagus kerna banyak buka mata dan tidak hanya mengikut tanpa usul periksa

dan paham dengan kondisi penulis yang perlukan penjelasan mengenai beberapa nas dan hadis yang pada hematnya mengapa tidak di masukkan di dalam silibus agar boleh di jelaskan dan tidak gugup berdepan dengan masalah ini satu masa nanti

jelas bahwa penulis tidak menuduh sesiapa berdasarkan apa yang d tulis dan sekadar memberi komen pada artikel yang di copy paste saja
dan pada yang memberi penjelasan terima kasih kerana sudi berkongsi moga ramai dapat benefitnya

menegur dengan berhikmah usah melenting sama2 menuju arah yang sama dengan jalan yang berbeza selagi ianya mengikut landasan

nina said...

oh ye lupe sebagai penambahan
pada hemat glgn ke-3 juge merasakan apa yang ingin d sampaikan ialah hanya mahu penjelasan mengenai apa yang dipelajari di kem itupun selepas menemui artikel tersebut maka timbul pertanyaan dan kerana itu wujudnya artikel yang di copy paste di atas

Anonymous said...

ya Allah,
bernada emosikah diriku?
nada mahu bertelagahkah tulisanku di atas?
sekiranya kalian berpendapat demikian,
mohon maaf..

sekadarmencelah said...

imam hasan al-banna berkata : kami adalah satu jamaah di kalangan jamaah2 muslimin..

berkata Umar : tiada Islam kecuali dengan berjemaah, tiada jamaah kecuali dgn ada pemimpin, tiada pemimpin kecuali dgn ketaatan (wala'), fahami perkara ini sebelum kamu memimpin.


ali-imran(104): hendaklah ada dikalangan kamu "sekelompok umat" yg menyeru ke arah kebaikan..

Sabda Nabi kepada khuzaifah bin Yaman apabila ditanya hendak berpegang pada apa ketika ketiadaan Nabi (sewaktu beliau akan pulang ke yaman): hendaklah kamu bersama dgn jamaah muslimin dan pemimpin mereka


Usul Fiqh: sebagaimana solat fardhu itu wajib, wudhu' (utk memastikan perlaksanaan wajibnya solat itu tadi)juga menjadi wajib, sebagaimana khilafah Islam itu wajib ditegakkan, maka, usaha ke arah itu (dengan bekerja secara berjamaah) juga wajib.wallaualam..:)

Sabda nabi : akan senantiasa ada sekelompok di kalangan umatku, terus menerus memperjuangkan yg hak..

maka.. adakah cukup dgn ana muslim, jamaah bukan dtg dari Allah dan Rasul...?

p/s: tiada unsur paksaan,lentingan atau emosi pd artikel di atas :)

Unknown said...

Tahniah ukhti.. Teruskan mencari dan meneliti. Berguru lah dgn berbilang ustaz/ustzh. sorg ustz/ah memungkinkan 'bias'. Jgn sekdar brgantung kpd pembacaan sendiri yang memungkinkan penafsiran yang silap. Semoga dipermudahkan urusan olehnya.

Ur brother in Islam said...

Tahniah, bagus atas sikap nti yang bukan bertaklid buta.

Ana cadangkan juga untuk nti luaskan bacaan lagi dengan membaca artikel ustaz hasrizal bertajuk

'Jemaah itu Keperluan, Ummah itu Tujuan'
http://saifulislam.com/?p=68

Semoga dipermudahkan oleh Allah dalam mencari kebenaran...

Ana cadangkan juga kepada nti untuk menarik publish artikel ini kerana boleh jadi nti menimbulkan fitnah yang lebih besar daripada kebaikan daripada artikel ini, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah menyertai program tersebut.

Sedangkan ulamak sebelum berfatwa, perlu menilai baik-buruk pendapat mereka sekalipun benar disisi AlQuran dan as-Sunnah Rasulullah SAW. Inikan pula kita orang biasa...Setiap sesuatu itu ada masa, ketika dan prosesnya.

Fitnah yang lebih besar ana maksudkan mungkin nti yang mahu bersatu atas nama Islam telah memecah-belahkan dan membawa fitnah kepada golongan mereka yang bersatu, berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan jiwa untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar, yakni menegakkan dakwah dan islah itu sendiri.

Selain itu, mungkin juga nti akan menjauhkan mereka yang telah dekat atau telah sedia ada jauh daripada golongan ini, seterusnya mungkin mendekatkan diri mereka kepada selain daripada kebaikan, kemakrufan. Naudzubillah.

Akhir sekali, ana ingin memetik daripada sahabat besar, Khalifah kedua Ar-Rasyidin, Saidina Umar al-Khattab 'Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan.

Ur brother in Islam

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar