Thursday, February 18, 2010

siapa benar?


ya ALLAH tunjukkan jalan yang lurus!

innahu minsulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..(terima kasih pada enHAMKA!!)

salam pembuka bicara pada semua...dan juga terima kasih pada mereka yang respon pada entry aku yang sebelum ni..
masih ramai lagi yang sayang pada ISLAM ni..alhamdulillah..aku berasa gumbira dan teruja..
dan terima kasih juga pada yang membaca entry aku walaupun tak beri respon dan pendapat..
muge same2 kita renungkan dan ambil pengajaran bahwa banyak lagi yang kita tak tahu pasal agama sendiri...

dan mungkin ada yang bertambah konpius lepas baca entry aku yang lepas..isk3~
udah2 la konpius tu..dan rajin2 kan diri tuk tambah ilmu agar tak mudah d goyangkan dengan sesuatu yang baru d dengar dan d pelajari...
dan usahla kita semua duduk bertelagah sedangkan musuh sedang bertepuk tangan menari girang...
kerana kita bermatlamatkan perkara yang sama..insyallah!
(namun janganlah d tuduhnya aku anti itu dan anti ini..aku tidak anti sesiapa ok..dan aku bukan dari golongan sesiapa pun)

maka terpacul la dalam kotak pikiran mereka yang d lua sana tentang SIAPA BENAR?
adakah aku,mereka,kamu atau dia?
dah sibuk berdebat dan masih tiada nampak jalan keluar lagi..(ow yeah)
dan bila d persoalkan siapa yang benar pastilah akan ada hanya satu KEBENARAN!

aku juga bukanlah perasan bagus bila mana berani mempersoalkan siapa benar dan siapa salah..
dan aku juga tiada niat tuk berdakwah d belog aku yang hina ni kerana ini bukan cara NABI SAW berdakwah sebarkan ISLAM..
aku masih mahu dan akan terus berusaha ikut cara yang NABI tinggalkan pada kita..
dan bukan ikut bid'ah yang sekaligus menyebabkan aku lupa pada SUNNAH baginda..
(ALLAHUAKBAR!!!!!!!)

dan maka itu tegurlah aku dengan ilmu dan bukan dengan membabi buat lantas menuduh aku anti macam2..kerna aku budak baru belajar yang masih bertatih dengan agama sendiri..
jika aku tersalah maka tegurlah aku hingga aku kembali ke pangkal jalan yang benar..

erk tapi persoalannya d sini..siapa yang benar?

aku kah yang benar atau korangkah yang benar?
dan adakah kita berada d jalan yang benar?

sekali lagi aku bukanlah alim ulama yang boleh menjawab persoalan d atas..
dan aku juga tiada hak mengatakan akulah yang benar dan korang semua yang tak sehaluan dengan aku adalah salah walaupun kita sama akidah..(ow hinalah aku kalau aku berkata begitu)

merenung kembali hadis NABI mengenai umat ISLAM yang akan berpecah pada 73golongan dan hanya 1golongan saja yang benar2 benar..
dan fenomena sekarang, masing2 salahkan masing2..masing2 perasan betul..masing2 perasan benar..masing2 perasan bagus..
dan masing2 juga mengaku fahaman,parti,kumpulan,sindiket dan gerakan merekalah yang benar..(yok sertai ramai2)
namun persoalan yang sebenar, antara banyak2 yang mengaku benar itu..
siapakah yang '1golongan' yang d sebutkan oleh Nabi SAW?
persoalannya: SIAPAKAH YANG BENAR?

sekali lagi aku ingatkan aku bukan golongan alim yang mahu berdakwah sesat d belog hina ni..
sebab apa? sebab ini bukan cara Nabi berdakwah..(berilah kami semua kekuatan berdakwah cara Nabi)

sebelum tu meh aku nak tanye korang semua..sedar atau tak umat ISLAM sekarang ramai yang cari jalan pintas masuk syurga..
dan ini mengingatkan aku pada satu buku yang aku jumpa kat satu kedai buku..
aku tak ingatlah tajuk besar buku tu..alih2 kawan aku tanye..
"eh,ko rase bagus tak buku ni?" kate beliau sambil menguis2 buku yang d maksudkan..
dan aku pun menatap dengan lama kulit buku tu dan ada tertulis..
'menempah tiket ke syurga...jalan pintas menuju syurga ALLAH'
tup2...terus je aku kate kat beliau..
"tak..tak bagus"...dan kawan aku pun bertanye kenapa aku dengan suka hatinya kata buku tu tak bagus tanpa membelek2..
dan walaupun orang putih cakap dun judge d book by its cover dan orang melayu kata air yang tenang jangan d sangka takde buaye..
aku tetap kata buku tu tak bagus..

kenapa? yelah..dalam dunia yang menipu ni mana ada jalan pintas nak ke syurga apatah lagi menempa tiket ke sana..astaghfirullah!
padehal sahabat Nabi SAW, Saidina Umar ra pun masih takut jika dirinya tak d masukkan dalam syurga walaupun telah d jamin ALLAH SWT..
inikan pulak kita yang lagi bergelen2 dosa yang d buat sepanjang akil baligh ni..
ada hati nak tempah tiket masuk syurga..apatah lagi nak jalan pintas ke sana..
sedarlah semua! Nabi SAW sendiri tak d berikan jalan pintas ke syurga..
Baginda terpaksa lalui tohmahan cacian dugaan herdikan dan cabaran yang kita sendiri tak sanggup nak hadapi semua tu...
apatah lagi saat kewafatan pun tersangatlah sakit Nabi rasakan..

sungguhla aku tak puas hati dengan kulit muka buku tadi..(aku tak igt tajuk buku tu)
tiada jalan pintas dalam meraih syurga ALLAH yang mahal tu!
dan jangan haraplah nak tempah tiket ke sana kalau diri sendiri masih tak amalkan apa yang Nabi tinggalkan..yang paling penting berusahalah agar nama kita tersenarai dalam listname penghuni syurga..AMIN untuk kita semua!~

ok berbalik pada tajuk asal setelah aku penat mengarut..
sebelum aku yang kurang ilmu ni dan hakikatnya kita semua tak pernah cukup ilmu..
aku mahu ingatkan janganlah kaitkan aku dengan persatuan anti menganti ni..
sungguh aku tiada kaitan atau kepentingan dalam apa jua perkara..
dan aku juga tidak ada niat tuk carik kesalahan orang lain dan perasan diri aku sempurna
lalu meratalah aku dok tengok salah orang dan jaja pada orang lain..
(sungguh hinalah aku kalu begitu!)

ok..setiap hari kite dok mintak pade ALLAH 'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'
dan dalam setiap hari jugaklah lbey kurang 17kali kite dok ulang doa yang sama..
'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'..
(melainkan korg ade wat solat sunat mungkin akan lebih jumlahnye)

dan kita mintak pada sapa? kita mestilah mintak pada DIA..
dan 'jalan yang lurus' dalam surah AlFatihah tu merujuk pada jalan sapa pula?
mestilah merujuk pada jalan orang yang ALLAH kasihi dan cintai..

siapa pulak 'orang yang ALLAH kasihi dan cintai' ni?

dan sudah tentulah jawapnnya adalah kekasih ALLAH,yakni Nabi Muhammad SAW..
serta para sahabat Baginda yang ALLAH redhai..

aku teringat akan satu hadis Nabi yang lbey kurang bermaksud cenggini..

"semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan"

maka para sahabat pun bertanya..
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah?"
dan Nabi pun menjawab..
"siapa yang taat padaku akan masuk syurga dan siapa yang durhaka beerti dia enggan"

jadi sama2 lah kita pikir dan muhasabah diri kita balik..
sama ada kita golongan yang taat pada Nabi yakni golongan yang pegang pada DUA sumber yang Nabi tinggalkan..
ataupun kita ini golongan yang enggan ikut apa yang Nabi sudah tinggalkan pada kita..
dan untuk berpikir tu sama2 lah kita gunakan akla yang ALLAH dah kurniakan pada kita..
dan pada semua golongan,parti,gerakan,sindiket dan juga kumpulan mari sama2 kita pikir balik dengan akal tanpa d pengaruhi emosi yang asyik mencari salah orang dan perasan diri sendiri benar..

secara asasnya tuk tahu siapa yang benar adalah mereka yang betul2 mengikut apa yang telah d anjurkan oleh Nabi dan sekaligus ialah mereka yang hidupkan SUNNAH Nabi kerna hanya dengan SUNNAH Nabi lah hidup kita akan terpimpin dan tidak melampaui apa yang telah tersurat dan tersirat dalam Kitab ALLAH..

oleh itu mari kita semua termasuk aku sekali pikir2 dan renungkan tahap kita dalam hidupkan SUNNAH Nabi dan amalkan pesanan ALQURAN..
kalau benda asas yang Nabi suruh pegang ni pun masih terkial2 dan d tinggalkan..
erk..lu pikirla sendiri!

so,sebagai orang yang kononnya mengaku ISLAM perkara pokok yang menjadi tunjang mestilah SOLAT..dan aku ulangi..S.O.L.A.T..
dan izinkan aku tuk tambah lagi..SOLAT JEMAAH!
dan aku ulangi sekali lagi S.O.L.A.T J.E.M.A.A.H!!

bukti betapa pentingnya solat ni ialah waktu Nabi nak menghembuskan nafas pun Nabi sempat berpesan pada umatnya agar jaga solat dan korang semua pun tahu amalan pertama yang akan d hitung d mahsyar ialah solat..baik solat,baiklah semuanya..buruk solat..pikirlah sendiri ye..
moga sama2 kita baiki solat kita!

tapi kita boleh tengok fenomena masjid d negara kita yang masih kosong dan lenggang..
dan hanya penuh sampai tak cukup tempat bila solat jumaat saje..
what the..........???
korang tau tak betapa pentingnya solat berjemaah??
tau tak betapa Nabi sangat marah jika ada antara sahabatnya yang tak berjemaah tanpa uzur yang d benarkan?
tau tak korang marahnya Nabi tu sampai sanggup bakar rumah serta orang yang mana penghuninya tak pergi jemaah d masjid???
tapi orang sekarang lebih hanya menjadikan masjid itu satu persinggahan tuk melepaskan hajat!
ow mungkin ada antara korang yang mahukan dalil..insyallah aku sertakan..
bukak kitab Muslim, halaman 89, hadith riwayat Al bukhari, Dari abu hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, .

..“Demi Dzat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan (agar) mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku menyuruh muadzin mengumandangkan azan untuk solat, kemudian aku menyuruh seorang lelaki untuk mengimami jamaah, lalu aku pergi menjumpai orang orang yang tidak solat dengan berjemaah lalu membakar mereka di rumah-rumah mereka. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya sesorang mengetahui pasti ia akan mendatanginya walaupun harus berkeringat ataupun hujan deras...

haaa..tengok tak betapa besarnya fadhilat solat berjemaah tapi kita yang kononya yang mengaku paling benar..mengaku paling betul..dan mengaku paling baik..
tapi masih terhegeh2 dalam laksanakan apa yang Nabi SANGAT2 suruh kita buat..
(pengecualian pada kaum Hawa ok)

bukak pulak kitab muntakhab hadith karangan Maulana Muhammad yusuff Al kandahlawi halaman 207, hadith riwayat Abu Daud, dari abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Aku mahu untuk menyuruh beberapa pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing masing tanpa uzur syarie, dan membakarnya..

takut tak? Nabi yang sangat lemah lembutnya dan molek pekerti tapi boleh jadi sangat marah bila ada kalangan kaun lelaki yang tidak solat jemaah d masjid..
benda asas yang penting inilah yang selalu d pandang remeh..padehal ia amat2 d tuntut untuk d alkukan dan d laksanakan..
bukan hanya jadikan masjid itu medan tuk para ustaz melempiaskan amarah d samping mengutuk dan tak puas hati itu dan ini dengan alasan benda itu HARUS untuk bagi masyarakat sedar..tuk bagi kerajaan sedar cara mereka salah..dan bagi semua orang lah sedar!

tapi benda SUNNAH tak pulak d buat..benda SUNNAH yang d lakukan tuk tampal amalan WAJIB pun tak d laksanakan..tapi dok buat benda HARUS yang Nabi tak suruh pun buat,apetah lagi Nabi pun tak buat..
maksud aku Nabi tak pun berceramah d masjid dengan melempiaskan amarah d samping mengutuk sana sini..tak!
ini bukan cara Nabi..semestinya ini hanya cara korang yang kononnya perasan benar tapi dok sibuk buat benda2 yang kononnya HARUS dan tak buat pun perkara yang SUNNAH d lakukan..
so...pikir balik..adakah ini golongan yang tadinya perasan benar dan perasan betul?
(ok..ini hanya berlaku ustz d tempat aku dan aku tak tau tempat korang camne)

aku tambah lagi..sewaktu nabi sakit..sahabat papah baginda tuk solat d masjid..
orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…,
bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah,
maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu,
jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah
..,
ini fikir orang munafik.., !!!!
orang beriman macam kita semua ni..bila dengar fardu kifayah,
akan kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
dan jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!..
(allahuakbar!!!)

hakikatnya hari ni masjid kosong sebab segelintir kita berfikir macam orang munafik,
aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..
ow! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!..

(masih perasan benarkah mereka2 ini?)

apa yang aku cuba sampaikan ialah masih perasan benarkah kita jika tinggalkan SUNNAH yang besar ini dan sibuk dok kutuk sana sini jaja aib orang yang seakidah dengan kita..
kata orang lain sesat,,,kata orang lain kapir..itu..ini..dan itu lagi...
atas alasan sesetengah pihak yang bila d tanya kenapa melakukan semua ini..
alasannya ialah 'takpe..benda2 ni HARUS..masyarakat kena tau..kene celik mata..bla..bla..'
lantas yang HARUS itu d dahulukan lebih pada yang SUNNAH..
ALLAHUAKBAR!!!
masih benarkah kita jika mengamalkan ini?
(dan aku ulang ini hanya berlaku d tempat aku tinggal dan aku tak tau tempat korang)

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…
(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)
..

kita semua dah beriman dah..ya kita semua dah beriman dah..tak kisah dia parti,kumpulan,gerakan atau sindiket mana sekalipun..kita semua dah beriman dah selagi mana diri tak ishtiharkan keluar Islam..(nau'dzubillah)
tapi kita belum beriman cara Nabi SAW dan para sahabat beriman..
renung2kan lah wahai siapa yang sedang membaca..

dan itu adalah ASAS dalam hidup seorang ISLAM yakni SOLAT..
ikut cara Nabi dalam mengerjakan ibadah asas ni..
sama juga, ikut cara Nabi dalam berdakwah..

hari ni kita tengok diri kita yang perasaan benar dan perasaan betul ni..adakah kita berdakwah dengan cara Nabi..cara Nabi yang semestinya SUNNAH bagi kita..
'habis tu yang ustaz2 dok bagi ceramah kat masjid2 tu bukan cara Nabi berdakwah ke?'
mungkin ada yang terkeliru tentang majlis ilmu dan majlis dakwah..
dan keliru antara mengajar dan mengajak..

Dalam majlis ilmu,(mengajar)
pelajar kena cari guru.., guru yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati..

Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: (mengajak)
Guru kena cari pelajar.., orang bercakap kena rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..

ok inilah cara Nabi berdakwah dan juga cara para sahabat2 yang lain..
dengan memerah keringat merempuh onar dan duri d jalan dakwah..
pergi berhijrah mencari orang yang ingin d dakwahkan..
dan dakwah d beri dengan sikap rendah diri dan muliakan orang yang mendengar dakwah tersebut..

senang cerita..dulu Nabi dan sahabat yang dok carik umat untuk d dakwahkan..
tapi sekarang para ustaz hanya tunggu umat datang carik mereka..
(dan ini berlaku d tempat aku..aku tak tau tempat korang cam ne)
dan masih benarkah kita dengan tak berdakwah dengan cara Nabi?

hm,korang mesti ingat kisah seorang yang mengaku sebagai Nabi melayu tak lama dulu..
dan bila terpampang d dada akhbar:

'LELAKI TAK LULUS DARJAH LIMA MENGAKU NABI'

dan korang pun dengan terbahak2 ketawa macam mana orang lain yang lebih berpelajaran boleh jadi pengikut Nabi yang kononnya nabi Melayu tu..
dan ramai jugak yang ketawa bila ada orang yang sanggup ikut ayah Pin atas alasan ayah Pin tu langsung tak reti membaca dan korang pun ketawa sambil pelik kenapa ada orang yang ikut mereka2 yang aku sebutkan tadi..

aku taulah ayah pin dan Nabi Melayu tu sesat..
yang aku takutkan, seandainya kita masih di zaman jahiliyyah, lepas baca artikel tu.,
adakah kita akan jadi orang islam atau munafik atau kapir?

"Kah kah kah: gembala kambing macam kau ni kononnya nabi yang Tuhan utus? Usah kata UPSR, membaca pun tak reti!"..

paham tak mesej yang aku cuba sampaikan ni?
andai kita hidup d zaman jahiliyyah dan datang seorang yang tak reti membaca mengaku d utus Tuhan adakah kita akan ketawa terbahak2 juga?
maka kapirlah kita jika kita hidup d zaman jahiliyyah dan mentertawakan..
ini kisah benar ye..

ok ini sekadar selingan saja..
bagi aku, jika rasa korang di pihak yang BENAR..
maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar!!
inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!!
bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!!
bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri....
kerna apa? kerna inilah cara Nabi..
namun masing2 iman masih lemah dan atas alasan tak mampu..
tapi masih perasan benar dan perasan betul dan orang lain salah..
orang lain tak betul..begini dan begitu..

Macam contoh, jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh!
Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..

Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
Korang cakap; Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)
..

dan akhir sekali..walau secanggih mana pun zaman..
kalau ada bangunan nak runtuh tetap si ahli bomba kena kutuk pintu rumah sorang2 tuk bagitau bangunan nak runtuh..
jadi masih benarkah kita?
masih benarkah kita jika berdakwah tidak ikut cara Nabi yang bergerak dari rumah ke rumah..
lorong ke lorong..kabilah ke kabilah..
begitu sayangnya nabi pada kita nak pastikan Islam itu tersebar
dan cara kita balasnya bagaimana pula?
(ya ALLAH berikan aku serta kami semua kekuatan tuk ikut cara nabi ini)

dakwah adalah tulang belakang agama..dan agama akan jadi lumpuh jika tiada kerja dakwah yang d lakukan..seperti sekarang.

dan akhir sekali walaupun mungkin ada lagi yang aku tertinggal adalah hubungan kita dengan masjid..

bila buat amalan agama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid,
maka amalan itu semua macam air mustakmal, suci tapi tidak menyucikan…
kite kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan...

ada jugak golongan yang nak kemajuan, ekomomi, ilmu, dan Negara islam..
tapi aktiviti mereka tak buat kat masjid macam Nabi buat..
mereka sibuk nak islamkan bank, islamkan zoo, islamkan mahkamah, islamkan universtit, islamkan balairaya dan islamkan Negara…
tapi lupa nak memakmurkan rumah Allah.., masjid jadi tempat solat sahaja..,.

Sungguh kasihan..
Firman Allah:
Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
(at taubah:18).

benarkah kita sudah beriman jika tidak bersama2 memakmurkan masjid..
dan benarkah kita benar2 benar?
dan kenapa? kenapa masjid berkunci?
kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!.
hanya ada d waktu2 tertentu je..hanya ada d bulan ramadhan saje..
manekah istiqamah itu?

dan part masjib berkunci ni memang aku tak setuju sangat2..
atas alasan,, nanti ada yang jadikan masjid sarang dadah..pusat maksiat dan macam2 lagi..
kenapa mesti lihat pada masalah..lihatlah pada penyelesaiannya..
apa guna ada jaga? ada jawatankuasa masjid?
apa salahnya jika masjid itu d biarkan tidak berkunci kerna setiap masjid akan ada jagakan?
so waktu nilah jaga tu betul2 nak berJAGA..!!!

maka nasihat aku kepada yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan supaya guna akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
jika masing2 masih tak menjaga perkara2 yang ASAS..
dan jika masing2 tak ikut cara Nabi yang semestinya rasional sepanjang zaman..
dan hanya ikut cara sendiri..
maka...SIAPAKAH YANG BENAR?

wallahualam..

notakaki:ini hanya pendapat aku yang masih naif dan dhaif dan banyak lagi melakukan perkara munafik dan mungkar dan masih banyak tak lakukan sunnah nabi..dan apa yang aku kisarkan ialah apa yang berlaku d tempat aku aku tak tau tempat korang macam mana..sama2lah kita hidupkan SUNNAH Nabi dan muga kita berada dalam golongan yang benar...dan kebanyakan belog aku mendapat ilham dari enHamka..terimakasih enHamka..ALLAHUAKBAR!

11 comments:

Anonymous said...

1 golongan yg selamat tu ahlul sunnah wal jamaah..=) bgus2 pemikiran yg bgus...bukak la al-fikrah.net mungkin bleh tambah lagi ilmu pasal bab ni.tak kira jim ke kita,isma ke abim ke pas ke selagi kita ahlul sunnah kita ni satu..persatuan hanyalah sarana kita...teringat kata2 peserta KLC islam banyak persatuan tapi kurang kesatuan mmmm(fikir2 kan)

sekadarmencelah said...

slepas membaca entry di atas, sy menganggap ukhti bermaksud, dakwah cari Nabi adalah dari rumah ke rumah sahaja, sekiranya x dilakukan,telah tersasar dr sunnah. sekiranya bukan itu maksud ukhti sy minta maaf, tp sekiranya itu maksud ukhti..maaf, sy tidak bersetuju..

semoge kite x lupe, uslub dakwah pelbagai, jgn disempitkan rumah ke rumah sahaja.. sirah Nabi jgn ditafsir secara direct atau selapis shj, contoh, nabi berdakwah dari rumah ke rumah, jadi.. uslub cara Nabi berdakwah menyebarkan ISlam hanya itu shj..?

dimanakah fleksibiliti atau murunnahnya Islam dalam teknik berdakwah..

Zaman berubah, pelbagai teknologi wujud, maka, pendekatan dakwah juga perlu disesuaikan dan menggunapakai kemajuan teknologi yg ada,

Hadis Nabi: hikmah(kebijaksanaan) itu barang hilang org mukmin, di mana kamu mendapatinya, kamulah yg lebih berhak ke atasnya.

ketika fasa dakwah di Madinah, Nabi menubuhkan masjid, Nabi mengadakan perjanjian politik ,mewujudkan piagam Madinah dan menjadi perdana menteri Madinah, Nabi juga mengidupkan ekonomi Islam, Nabi mewujudkan hubungan diplomatik dgn negara2 lain, Nabi juga berperang dsb.

Fasa dakwah secara sembunyi2 Nabi ketika di Makkah, Nabi berusrah di rumah al-arqam secara rahsia, Nabi menjalankan kaderisasi/perekrutan, sehingga dari para sahabat yg sedikit, masing2 mencari mad'u baru utk dikaderkan bersama jamaah Nabi ketika itu shingga berkembang lebih ramai.

ketika Nabi wafat, baginda x menamakan penggantinya, hasil syura, para shbt memilih abu bakar, ketika abu bakar dekat dgn kewafatannya, dia menamakan Umar sbgi penggantinya, ketika Umar dekat dgn wafatnya, dia diminta menamakan penggantinya, tetapi dia berkata org yg lebih baik dari abu bakar(yakni rasulullah) x menamakan pengganti baginda, jd dia juga x mahu menamakan penggantinya, setelah bersyura, para shbt memilih ali. adakah abu bakar melakukan perkara bidaah?

Ketika zaman Abu bakar, ramai huffaz al_Quran syahid dlm peperangan, fenomena ini menyebabkan Umar mencadangkan al-Quran dimashafkan. Abu Bakar pada mulanya menegah dan mengatakan : apakah kamu ingin melakukan sesuatu yg baru sedang Nabi tidak melakukannya? setelah berbincang, akhirnya al-Quran dibukukan dan kekal tidak berubah hingga ke hari ini.(nama2 sahabat mungkin tersalah letak). Maka,adakah pembuku-an al-quran ini bidaah?

sejarah Islam ini menyediakan sumber yg subur cara Nabi berdakwah yg boleh diolah dan disesuaikan oleh kita, umatnya hingga ke akhir zaman.. juga memberikan kita idea bahwa Islam menerima pembaharuan dan sentiasa sesuai dgn zaman (dgn disiplin ilmu dan pemantauan yg ketat dr alim ulama')


di zaman internet, facebook, blog2, TV,radio dsb ini, para pendakwahlah perlu menjadi org yg paling bijak mengaplikasikannya utk menyampaikan seruan dakwah. cara berdakwah dari rumah ke rumah Nabi jgnlah disamakan dgn kita pd hari ini, zaman nabi tiada SMS, tiada 3G dsb, kenapa tidak kita tafsirkan cara Nabi dari rumah ke rumah pd zaman itu adalah dgn tujuan utk memastikan dakwah sampai pd setiap org, maka ketika zaman kita, matlamat itu boleh juga kita capai dgn menggunakan teknologi yg sedia ada. disamping memang x dinafikan dakwah dari rumah ke rumah menjadi salah satu uslub kita,tetapi jgn jumud pd teknik itu shj.. (betulkan sekiranya pendapat ini tidak berasas)

menghidupkan rumah ALLAH memang suatu tuntutan, x dinafikan lagi, tetapi kita jgnlah keterlaluan dgn hampir 24jam beriktikaf dlm masjid seharian suntuk.. sedangkan ada hadis lain yg mengatakan berjihad di jalan Allah lebih afdhal dari 1000 rakaat solat sunat(kalau salah sila betulkan)

wallahualam..

nina said...

wah2
banyak perkongsian yang dapat di ambil dari entry dan juga komen2

bagus2
aku juga mahu mencelah dengan ilmu yang sedikit kerna aku telah lama follow blog ini dan hanya baru berani mengomen

pada hemat aku penulis sebenarnya mahukan semua umat Islam menghidupkan kembali sunnah Nabi yang kian di lupakan
aku puji usaha itu

dan kalau aku boleh relatekan dengan entry2 penulis yang lepas ialah apa yang penulis nak sampaikan ialah utamakan yang utama
dan juga berdasarkan kefahaman aku berkenaan perkara ini tidak salah untuk melakukan usaha2 yang lain namun jangan lupakan yang utama
atau lebih kurang maksud tak salah beristeri dua namun jangan lupa isteri pertama

haha itu apa yang aku dapat simpulkan dan aku gembira dengan usaha untuk sama2 perkembangkan dakwah Nabi dengan kesesuaian zaman dan teknologi
namun sekali lagi utamakan yang utama

ok aku bukan bijak pandai dalam hadis atau dalil tapi aku mahu berada di pihak yang benar insyallah kita semua mahukan perkara yang sama

berdakwah cara Nabi di samping dimeriahkan dengan kesesuaian zaman sekarang dengan teknologi yang ada

err sebenarnya aku juga salah sorang yang ketawa bila ada yang mengikut Rasul melayu yang takade pelajaran tu tanpa aku sedar Nabi juga tak reti membaca
dan andai aku masih d zaman jahiliiyah adakah aku akan mengikut ataupun menolak Nabi?

mujurla aku lahir sebagai islam alhamdulillah

sekadarmencelah said...

erm.. bila cube difikir .. x igt la sirah Nabi Muhammad yg baginda berdakwah dari rumah ke rumah.. ade sesiape leh berkongsi ilmu x ...?

khaleeftunggal said...

salam'alaik..maaf la kalo tak dapat menjawab kritikan dan persoalan d atas dalam masa d atas..
namun terimakaseh atas segala perkongsian ilmu yang terjadi..
sekali lagi aku gumbira dan teruja..

ow ye..tentang soklan saudara/i 'sekadarmencelah'..saya cuba berkongsi ilmu yang sedikit ini ya..mudah2 an dapat d manfaatkan..
insyallah..

adakah tidak dalil atau sirah mengenai Rasulullah s.a.w. menjalankan dakwah baginda dari rumah ke rumah.

merujuk kepada Kitab Hayatus-Sahabah Jilid 1, cetakan Kutubkhanah Faidhi, Lahore, m.s.79:

dan dikeluarkan juga oleh Ibnu Ishaq daripada Az-Zuhri: bahawasanya Rasulullah SAW telah mendatangi kabilah Kindah di ‘manaazilihim’ dan dikalangan mereka seorang ketua yang dikenali sebagai Mulaih..
maka Rasulullah SAW telah mendakwah mereka kepada Allah, dan membentangkan kepada mereka mengenai diri banginda..tetapi mereka menolaknya.

1. kalimah yg digunakan di sini ialah “manazilihim”. Manazil ialah kata jamak/plural kepada ‘manzil’ yang bererti rumah...
maknanya di sini..Rasulullah SAW telah pergi ke perkampungan Kindah dan telah pergi dari rumah ke rumah untuk membentangkan dakwah kepada mereka...
termasuklah rumah ketua mereka yang bernama Mulaih.

2. jelas di sini, Rasulullah SAW sendiri telah PERGI kepada mereka, dan bukannya menanti mereka.

dalam mukasurat 195 kitab yang sama:

Ibnu Ishaq telah memberitakan daripada Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm dan selainnya..
bahawasanya As’ad bin Zurarah telah KELUAR dengan Mus’ab bin ‘Umair bertujuan ke ‘Daar’ Bani Abdil Asyhal dan ‘Daar’ Bani Zafar..
dan adalah Sa’d bin Mu’az ialah sepupu As’ad bin Zurarah..
maka dia memasuki satu kawasan perkebunan Bani Zafar di satu perigi bernama Marq..
mereka berdua duduk di dalam kebun itu..
dan berhimpunlah disekeliling keduanya lelaki2 yang telah pun menerima Islam..
dan Sa’d bin Mu’az serta Usaid bin Hudhair pada ketika itu ialah ketua bagi kaum mereka dari kalangan Bani Asyhal dan mereka masih lagi sebagai musyrik dgn agama kaumnya..

dan apabila mereka mendapat khabar berkenaan (usaha yg dijalankan oleh As’ad dan Mus’ab)..
berkata Sa’d kpd Usiad
“Tidak maruahlah bagi kita! Engkau pergilah kepada dua orang tersebut yang telah mendatangi ‘daarainaa’ (rumah-rumah kami).


1. As’ad dan Mus’ab telah KELUAR ke perkampungan Bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar..
di sana, mereka memilih satu tempat berdekatan degan perigi di dalam satu kebun...

2. di sana, mereka telah membentuk halaqah taklim dan halaqah dakwah iman..
berhimpun disekeliling mereka berdua..lelaki-lelaki
yang telah Islam.
3. daripada kata2 Sa’d bin Mua’z, dapat difahami..
As’ad, Mus’ab dan beberapa orang yg bersama mereka..
bukan sekadar mengadakan halaqah di dalam kebun,..tetapi juga mendatangi rumah-rumah kaum bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar..

4. ini jelas daripada kata2 Sa’d: 'qad atayaa darainaa' (mereka berdua telah mendatangi rumah-rumah kita)

5. di akhir cerita ini..akhirnya dgn sebab keluarnya As’ad dan Mus’ab, akhirnya seluruh bani Asyhal telah menerima hidayah dan memeluk agama Islam.

wallahualam..
daripada kisah yang sedikit ini mungkin sebagai pencerahan
bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah pergi kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu, mata bertentang mata, hati ke hati dan mendakwahkan manusia kepada Allah..

wallahualam..

Anonymous said...

Salam. Apa yang saudari tulis dlm blog ni, dikira sebagai apa? Bukan sdg berdakwah ke? Kalo saudari cuba menyampaikan dakwah, ini dah dikira bida'ah ke?

khaleeftunggal said...

salam'alaik..
rasanya dah jawab kot kat dalam entry ni dan juga post2 yang lepas..
belog ni sekadar satu cara tuk berkongsi dan bertukar ilmu..kalau kate nak dakwah mungkin cara ni tak efektif kerna dakwah perlu dari hati ke hati mata bertemu mata..
kalau sekadar menulis begini semua orang pun akan menulis dengan dasar dakwah lantas lupakan yang utama..yakni cara dakwah yang lebih utama..mungkin boleh rujuk entry pendakwah moden..
dan kalo ade yang cakap penulis suka putar alam..tegurlah penulis yang lemah ni agar kembali ke pangkal jalan yang benar..insyallah~

Pen Pilot said...

- baca buku Fiqh Daulah oleh Al Imam Dr Yusuf Al Qaradhawi.

- muhasabah diri kita sendiri. tatkala kita menulis entry ini..prnahkah kita berniat jahat,menghasut dan menghalang serta merendahkan mereka yang ingin berbbuat kebaikan??

- adakah kita sendiri yang bersikap terbuka sebagai mana kita laung-laungkan supaya orng lain bersikap terbuka?

- adakah kita merujuk ulama' muktabar dalam mentafsir ayat al quran? ke kita hanya membaca buku yang dikarang oleh mereka yang belajar agama selama 4 tahun?

- Ikhlaskan diri kita untuk menerima ilmu, dan belajar untuk menerima pandangan orang lain. bukan kita berasa kita sangat hebat sehingga kita tutup segala penjelasan orang lain

-kita sumbat telinga kita dari mendengar ulasan orang lain, mendengar pendapat orang lain dari sumber yang berbeza...

- persoalan bidaah adalah perkara yang tersangat luas. Ulama berbahas panjang lebar..

- luaskan skop pembacaanj kita,, jngan hanya terhad kepada 1 sahaja..

- aku cadangkan ko baca buku fiqh daulah dan fiqh jihad..yang dikarang oleh seorng Ulama besar yang dikiktiraf diseluruh dunia..

-dan jangan kita mmbaca buku tnpa ada penerangan dari orng yang faqih ttg bidang tersebut..

-Semoga ALLAH merahmati kita.

sekadarmencelah said...

err.. pengkomen pun sile beri komen dgn berhemah.. berbincang dgn hujah dan elakkan ayat2 yg mencambahkan kebencian..

peace no war :)

Wallahualam..

khaleeftunggal said...

salam'alaik..
terimakaseh atas komen2 sume..maaf bz xdpt nk reply..
insyallah yang baik akan d jadikan teladan dan penulis juga muhasabah diri dan terima dengan pendapat dan cadangan yang d berikan..
muge same2 perbaiki diri..insyallah!

ow ye..mengenai tujahan yang d lakukan..hanya ALLAH saja yang tahu niat sbenar diri ni..
jauh sangatlah kalo ade niat mahu melakukan perkara terkutuk seperti yang ada d nyatakan d atas..

kepelbagaian method tetap d praktikkan mengikut edaran zaman..
namun penulis tetap katekan..
utamakan yang utama..d samping method lain d jadikan sampingan utk memajukan usaha yang d lakukan..insyallah~

Pen Pilot said...

InsyaALLAH!

ape pun, blog yg bgus. (n_n)

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar