Sunday, May 2, 2010

perasan hidup lama?


sungguh manusia dalam kerugian~

innahu min sulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim..

rasanya macam dah berabad lamenye aku tak update belog aku ni..
well..aku kan seorang yang perasan sibuk dan sentiasa hot market d luar sane..
busy dengan tanggungjawab yang ada buat aku terlupa sebentar tentang kehadiran belog aku ni..
so pada mereka para peminat sekalian yang telah lama menunggu maaf la saya ucapkan..
ok..sungguh aku sedang masuk bakul angkat sendiri .. tapi apekan daya,aku memang suka perasan diri aku bagus....
(astaghfirullah)

dan sedar tak sedar dah hampir setahun aku belajar d bumi RCMP ni...
mujurlah aku masih d panjangkan umur dan d murahkan rezeki untuk hidup kat bumi Tuhan ni..
walaupun banyak dosa yang aku lakukan dari hari ke sehari tapi aku tetap yakin Tuhan tu Maha Pengampun dan muge aku tidak termasuk dalam golongan yang mengambil kesempatan atas kebaikan Tuhan dalam mengampunkan dosa hamba2 Nya..

so,dah lama aku tak update maka aku pun blurr tentang apa yang harus aku kongsikan tuk kali ni..
dan mungkin ada d antara peminat aku d luar sana yang meragui adakah aku masih hidup bernafas dan menghirup udara milik Tuhan ni..
tapi alhamdulillah aku masih d panjangkan umur lagi..
dan aku tak tahu sampai bila Tuhan nak pinjamkan nyawa ni pada aku..
kerna kalaulah nyawa aku d tarik saat ini tika ini dan waktu ini..
aku pasti pengakhiran aku d sana adalah bukan yang seperti aku dan orang2 lain harapkan..

dengan dosa yang menggunung tinggi,sikap munafik membelenggu diri..
maka hampehlah diri aku kalau terus berangan2 nak masuk syurga ALLAH yang mahal tu..
oleh itu aku mahu terus melangkah menuju puncak...(cewah)

walaupun aku d insafkan dengan beberapa kejadian meragut nyawa yang berlaku d sekeliling...
tapi diri ni masih liat dengan terus melakukan dosa yang sama berulang kali..aiyak!
kita semua pun mesti pernah berulangkali berjanji berazam tak nak ulangi dosa dan silap yang sama..
tapi kerap kali jugaklah kita tewas dengan nafsu yang terus terusan buat kita semua lesu..termasuklah diri aku!

walaupun hidayah Tuhan tu datang berkali2..tapi tiap kali tu jugaklah aku palingkan diri sebab hanyut dengan dunia yang penuh menipu ni..
sungguh la diri aku ni hampeh dan sape2 yang sama dengan diri aku,korang pun sama hampeh sekali...erk..jangan marah ok!

mungkinkah kita semua bersikap macam ni sebab kita semua perasan yang kita ni akan hidup lama lagi?
walapun masing2 tahu ajal maut tu boleh datang bila2, tapi masing2 masih biarkan diri terus lalai lupa dan leka dengan dosa yang kita semua dah ulang untuk ke berapa juta kali..

tapi mujur kita semua beruntung sebab sikap MAHA PENGAMPUN ALLAH yang akan terus mengampunkan dosa kita selagi mana kita tak curang pada Dia..(syirik la tu)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Az-Zumar: 53)


oleh itu janganlah kita semua dok amik kesempatan atas sifat Pemurah ALLAH ni..
dan mungkin hati kita akan sedap hati bila dengar satu hadis riwayat Bukhari yang lebey kurang gini..

Bukankah Allah membuka tangan-Nya pada malam hari untuk mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang dilakukan di siang hari, dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk mengampunkan dosa-dosa hambaNya di malam hari

tapi ingatlah bahwe dosa besar hanya akan terhapus dengan taubat nasuha dan bukan dengan suka2 hati je ALLAH nak ampunkan..
dosa yang d maksudkan adalah dosa kecil ok!

d sebabkan kita semua perasan hidup lamalah kita biarkan diri terus d hiburkan dengan permainan dunia yang sementara..
duduk berjam2 depan laptop..bukak facebook..update belog..(erk! bukan aku ok~) tengok drama bersiri kat TV...borak2 kosong...bergelak ketawa sampai tak ingat dunia...mengumpat...gossip...dan macam2 lagi aktiviti munafik yang kita dok amalkan tiap hari..
termasuklah diri aku yang hina nih...
aduhai..lemahnya iman..
(kuatkan iman yang rapuh ni)

bertuahnya hidup sebagai Islam semua benda pun boleh d jadikan ibadah tuk kumpul pahala yang hanya berepa kerat je kita buat tiap2 ari....
tapi itupun still kita tak nak amik kesempatan...
maka penuhlah jadual hidup kita semua dengan aktiviti keduniaan yang tak langsung tak menyumbang pada keakhiratan...
apa dia aktiviti tersebut..tak lain tak bukan..duduk berjam2 depan laptop..bukak facebook..update belog..(erk! bukan aku ok~) tengok drama bersiri kat TV...borak2 kosong...bergelak ketawa sampai tak ingat dunia...mengumpat...gossip...dan macam2 lagi aktiviti munafik yang kita dok amalkan tiap hari..

padahal bila2 masa je malaikat Izrail boleh datang cabut nyawa kita...
bayangkan detik dan saat ini sang Izrail hanya sedang menunggu masa dan telah pun bersedia d belakang kita tuk menjalankan tugasnya...
kalaulah time tu tengah buat something good, takpelah..muge baik nasib kita d sana nanti..
tapi kalau nyawa d cabut time buat maksiat..buat dosa..kan padan dengan muka!

berharaplah kita dengan ihsan syafaat nabi dan juga syafaat dari alquran...
itupun kalau kita pernah rajin2 kan diri baca Quran dan selawat pada Nabi...

dan d sebabkan kita perasan hidup lamalah kita selalu tangguhkan taubat dan penyesalan kita pada ALLAH..
padahal bila2 masa je Izrail boleh ketuk pintu rumah dan tarik nyawa dengan izin ALLAH..
tapi diri kita masih tak sedar2 jugak!

bertangguh2 tuk berubah dengan alasan diri masih muda dan esok masih ada..
buatkan diri terus bergelumang dosa...
apatah lagi bila sanggup tangguh2 solat sebab taknak terlepas scene menarik drama bersiri yang korang dok follow tiap2 ari..aiyak!

sikap suka bertangguh bila ada perasaan masih ada masa dan perasaan hidup kat dunia ni masih lama...atau dalam bahasa mudahnya bila kita semua ada perasaan hidup masing2 masih lama lagi!
(ow hinalah diri kalau bersikap begitu)

dan kehilangan/ kematian orang sekeliling yang dekat buatkan diri berfikir memang mati tu datang tanpa d sangka..tapi kita masih lagi sangka ajal itu bukan untuk kita..
sebab tu kebanyakn dari kita sibuk isi masa dengan hal2 dunia yang melalaikan dan tak membantu sedikit pun kat akhirat nanti..

sebab apa?sebab kita perasan yang kita ni hidup lama lagi..bibir tau cakap ajal maut boleh datang bila2 tapi diri masih lagi d takuk lama..perubahan yang sekejap terus menjadi pilihan..
(termasuklah diri aku ni ha)

bukanlah aku nak kata diri aku ni bagus walaupun aku memang bagus..(eceh2..abaikan je..)
tapi bolehkan kita ambik pengajaran perkara2 yang berlaku kat sekeliling kita..
buang yang keruh ambik yang jernih...tapi manusia selalu memandang yang keruh dan mengabaikan yang jernih...

lupuskanlah amalan yang tak membantu kita kat akhirat nanti...kang nyesal takut dah terlambat dah bila time tu diri dah pun kena kambus dalam tanah..maka berharaplah kita semua pada 3 amalan yang tak akan putus untuk menyinrai kibur kita nanti..

jangan perasan hidup ni lama sangat dengan biarkan diri berseronok dengan dunia..main facebook sampai lewatkan solat..tengok drama bersiri yang korang minat sampai tinggal solat..pergi main bola sampai tangguh solat...tengok movee kat wayang sampai lupa solat...bla..bla..etc..korang senarai la sendiri amalan sia2 yang dah biasa terbuat..gantikan dengan amalan yang lagi cambesh!

notakaki:masih terkejut dengan kematian adek aminulrasyid yang d tembak mati oleh polis tempoh hari,apetah lagi d tuduh sebagai penyamun perompak..kejam sungguh pihak media malaysia!memfitnah arwah..ajal itu d mana2..sapa tau nasib kita mungkin kena culik,kena humban dalam hutan,kena hantar pergi afrika,kena ragut lalu mati..sama2 muhasabah diri ok~


cukup ALLAH bagiku~

4 comments:

Anonymous said...

wah2..lame udah tak d uodate blog ni..moge dapat d teruskan ye..

dan selamat lah untuk final exam nanti..

Dayah J said...

suka3-~ :) refreshment diri di kala otak tgh jam dgn nota2 utk final exam ;)

khaleeftunggal said...

wuhuuu~
agak bz dengan final yg da makin dekat..
to dayah j..same2 kite usahe k..
insyallah berkat itu penting..
amin!

sherasan said...

assalamualaikum ukhti,

lama x dgr kabaran. sihatkah jasad dan iman? =)

ukhti, terus terang ana cakap, bagus entry enti ni..teruskan menulis ye.

~moga Allah redha.

nak final ye? didoakan Allah swt membantu enti dan shbt2 seperti mana ana nak sgt Allah swt bantu ana dlm segala urusan.

~moga jumpa satu hari nanti..
jaga diri, amal dan iman. (diriku juga)

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar