Friday, February 26, 2010

monyetnya cinta?


cinta monyet!

innahumin sulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

'kalau cakap time mula2 maybe senang kot..tapi biler dah lame ni..susahla sikit..'
'alah manusia..macam2 alasan yang die bagi..'

hmm..itu satu dialog ringkas aku dengan seseorang hari ni..
berkaitan apa? boleh la relatekan dengan tajuk di atas..
bila dah suka sesuatu tu..walau salah dan tidak betul..
tetap akan dipertahankan dan d'perbetul'kan oleh mereka yang suka pada benda2 yang salah ni..
sebab itu macam2 alasan yang di beri..
dan mungkin maksud percakapan seseorang adalah seperti yang berikut:
kalau kau cakap dengan aku benda ni awal2 dulu maybe aku boleh elak and putuskan..
tapi biler dah lame ni macam susah sikit la..susah la..

(sebenarnya aku tak sanggup ko dipermonyetkan oleh cinta)
sungguh la hancur luluh hati aku bile dengar percakapan beliau..
susah untuk memutuskan hubungan yang terlarang..
seolah apa yang di sampaikan selama ni tiada hasilnya..tapi tetap aku ingatkan diri aku hanya mampu berusaha dan perlu berusaha lagi untuk lebih menyentuh hati beliau..
(aku cakap macam ni sebab aku sayang ko lah sahabat! dan ko pun tau aku ni bukan jenis yang 'penyayang')

aku dah pernah tulis mengenai cinta dalam entry yang lepas..
tapi aku terpaksa pura2 rajin dan terus menaip entry seumpama ini..
sebab aku kecewa bila melihat seorang yang tahu agama dan tahu akhirat gugur tersimpuh lesu hanya kerna cinta...
(sungguh jarum syaitan itu amat halus)

apa maksud aku gugur tersimpuh lesu dek kerna cinta?
bila kita tidak lagi mengawal dan biarkan diri d kawal oleh cinta...
ow senangnya aku bercakap,mengkomen dan mengkritik mereka yang gugur tersimpuh lesu tersebut..
orang akan kata..
senanglah ko cakap,ko tak penah rase

lalu aku pun sekadar tersenyum kelat sambil menjawab pertuduhan beliau..

ko ingat aku ni takde perasaan ke..aku pun manusia..remaje..
sape kate aku tak penah rase..


ye,aku remaje dan sebagai remaje tak kan terlepas merasai perasaan suka dan cinta pada seseorang..(awww...~)
dan perasaan itulah yang kebanyakan dari kita masih tak tahu macam mana nak kawal lantas biarkan diri d kawal emosi bahkan lagi buruk..
d kawal oleh NAFSU...!

sekali lagi aku bukan DR.CINTA atau pakar dalam bab2 yang melibatkan perasaan..
aku juga manusia biasa yang pernah gugur tersimpuh lesu...erk tak bukan!
aku juga manusia biasa yang pernah gugur TERSEMBAM LAYU DAN TERKULAI HAMPA d sebabkan cinta!

aku ulangi...
aku juga manusia biasa yang pernah gugur TERSEMBAM LAYU DAN TERKULAI HAMPA d sebabkan cinta!

janganlah sesedap hati kate aku tak pernah rase dan tak pernah alami fenomena alam tersebut..
dan dengan bannganya aku boleh katekan yang dulu adalah fasa yang sangat ekstrem bagi zaman jahiliyyah aku..
tapi sebab aku tak nak merosakkan fitrah cinta yang suci lagi murni kurniaan ILAHI maka aku gagahkan diri jauhi perkara yang keji..!
dan aku akui bukanlah sesuatu yang senang dan sememangnya kalau tak senang mestilah sangat susah nak buat sesuatu agar diri boleh tinggalkan perkara yang dekatkan diri aku dengan zina tu!
hampeh betul aku d zaman jahiliyyah tersebut..
so stop saying that i don't know anything about love..(wah3..geli pulak aku)
stop saying that i don't know the feeling..(buweekkk~)
(dan jangan ingatkan aku tentang perkara mungkar serta munafik itu!)

aku dulu adalah pakar segalanya..tapi apalah yang nak d banggakan bila salahguna nikmat yang ALLAH bagi..malah korang semua patut rasa hina yang amat sangat kerana berjaya mendekatkan diri korang dengan kemaksiatan..(wah bangge sangatkan korang yang bercinta monyet ni..)

dan apalah guna korang sembahnyang 5kali sehari..(itupun kalau cukuplah ye..)
tapi dalam masa yang sama korang masih lagi lakukan perkara mungkar yang terang terangan mungkar padehal bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar??
tapi bila korang dan aku masih lagi buat perkara mungkar..maksudnya urusan solat korang dan solat aku maseh belum tertunai..

maka dengan itu aku istiharkan bahwa korang memang sengaja carik nahas bila sengaja melakukan dosa yang korang sendiri tahu adalah dosa..
dan apatah lagi bila dah tahu itu dosa tapi korang pura2 tak tahu dan katakan ianya adalah fitrah seseorang untuk bercinta..
(korang memang pakar putar alam!)

aku pernah kupas secara kasar mengenai hal cinta tu d sini! (sila klik tuk elakkan masalah 'keblurran') dan aku sekali tekankan bahwa cinta itu ialah fitrah dan jadikan ia fitnah..

bila kata cinta itu FITRAH
mestilah ianya sesuatu yang suci dan semestinya bersesuaian dengan naluri manusia..
dan bila aku kata sesuai dengan naluri manusai yang ingin d cintai dan mencintai..
pasti cinta itu sangat istimewa dan hanya boleh d beri pada yang istimewa juge..
(wah3..dewase sungguh aku)

tapi d manakah kestimewaan cinta yang korang sume kate istimewa sangat tu bila korang dengan suka hati berikan pada mereka yang tak layak menerimanya..!
ow sesedap hati aku je kate mereke semua tu tak layak terima cinta korang..
tapi aku ade sebab yang kukuh kenapa aku cakap macam tu dan aku tak kisah pun nak ulang bahwe..
korang semua buang mase bila bagi cinta korang yang tulus suci tu pade mereka yang TAK LAYAK langsung!!!!!!
kenapa aku kate tak layak??
suka hati aku lah kan nak kate ape kan...sebab korang sebenarnya tak tahu apa itu erti CINTA yang sebenar atau senang kate korang semua tak tahu dan tak reti berCINTA!
ow sedap sungguh aku berkata2 dan menaip..macam bagus sangat diri aku ni kan..

sebab dulu aku pun tak tahu apa itu CINTA dan tak reti berCINTA..
dulu aku BODOH sebab buat perkara BODOH hanya kerna cinta..
BODOHnye aku dulu sebab d perBODOHkan oleh cinta yang d sulami nafsu..
dan dulu aku ni juge BODOH sebab sanggup d perBODOHkan oleh syaitan yang BODOH juga..
(sebenarnya aku tak sanggup korang dipermonyetkan oleh cinta)

tapi sebab aku sayang korang semua..sebab aku sayang sahabat dunia akhirat aku..dan sebab aku sayang saudara seISLAM aku dan seAGAMA dengan aku..
maka aku tak nak lah korang semua lakukan perkara2 BODOH yang pernah aku buat dulu..
sungguh la membazir waktu muda korang dan waktu muda aku..(aku masih muda ok)

dan bila aku bercakap mengenai kebodohan ni..korang akan balas balik dengan soalan2 cepumas dan adakalanya yang sengaja d ajukan untuk menghalalkan kegiatan HARAM ni..

'macam mana nak buat kalau asyik merindu?'
'aku dah suka sangat kat dia dan kitorang da plan nak kawen..salah ke?'
'tapi aku tak tau macam mane nak hilangkan perasaan ni..'
'aku tak tau nak kawal perasaan aku..'
'aku dah suka sangat dengan dia..dan aku memang berniat nak pinang dia..'
'kitorang dah lama kenal dan dia baik!'
'salahke kitorang bercinta? bukannye mesej2 pun..kalau jumpa pun jarak 2meter..dan saling mesej2 islamik antara kitorang..'
'aku dah try macam2 tapi asyik ingat je kat dia..'
susahlah nak tinggal benda ni..dah lame kapel..tak kan tibe2 je kot..susahla..susahla..susahla..
bla3..bla3..bla3..

beribu2 alasan yang korang bagi dan korang luahkan pada aku dan juga pada sesiapa yang bertanya..
namun aku tak salahkan korang dengan alasan2 d atas kerna aku dulu pun pernah d dalam situasi yang sama dan aku sangat2 paham dengan situasi korang..
dan alhamdulillah aku berjaya atasi keBODOHan aku yang satu masa dulu pernah diperBODOHkan oleh cinta..

BODOHnye aku dan korang sewaktu bercinta bila..
  • lebihkan panggilan si dia lebih dari panggilan DIA Yang Maha Segalanya..hati resah tunggu panggilan atau reply sms si dia..sanggup bertenggek kat handset masing2 tuk 2-4jam dan tak cukup dengan tu sambung pulak dengan bermain mesej2 manja..tapi kalau panggilan DIA Yang Maha Segalanya korang sanggup tangguh hingga berjam2 padehal ajal tu paling dekat dengan kita semua..kalaulah d takdrkan mati akibat terkena kesan radioaktif kerna terlampau aktif bergayut d handset tanpa sempat korang solat..ow ruginya! dan paling hebat, bab solat ekspress yang mana tunggang terbalik alFatihah sebab tak nak si dia tertunggu2 mesej dari korang..ow mulia sungguh! hati rasa tak keruan bila tak dapat panggilan dari si dia..padehal hati korang rasa rilek je walaupun dah berhari2 tinggalkan Quran dan zikir serta selawat yang ada hanya si dia awal dan akhir..kalau d ikutkan kiraan peratus yang aku sukahati kira sendiri..lebih dari 60% waktu korang d perhambakan oleh cinta..ingat cinta itu BUKAN Tuhan!
  • mulalah korang bermadah bicara mengungkap perasaan masing2 tanpa segan silu..ucapan sayang keluar macam air..begitu mudah ucapan sayang keluar..i LAP u..u LAP me..kalau dalam mesej tu mesti akan ade madah puitis mengundang gundah dan gelojak jiwa remaja masing2..ah indahnya dunia korang dan aku..(satu masa dulu) cinta adalah segalanya bagi korang..tanpa cinta tak boleh hidup..punahlah harapan..musnahlah masa depan..gelaplah segala jalan..hampeh betul! cinta itu bukan tujuan… cinta itu hanya jalan.. cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat...rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama...ingat cinta tu BUKAN tujuan!
  • sudah tak tahu mana keutamaan hidup ni..segalanya untuk cinta pada si dia..ow macamlah si dia yang tanggung korang makan pakai minum top up dan study korang..sanggup bergolok bergadai demi si dia..memang cinta habislah..! memang sayang sangatlah..! pantang si dia mengadu masalah korang pun berpura2 sedih dan tumpang sedih dan berharap korang ada kat sisi dia tuk tenangkan si dia..sanggup beli tiket bas ketapi ferry dan macam2 lagi tuk temankan si dia yang dalam kesusahan tapi tak sanggup berjalan kaki 5minit menuju ke masjid tuk solat jemaah...malangnya, begitulah realitinya kini...cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. tidak percaya? bacalah masalah2 masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang...suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri...bila ditanya kenapa? kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”.
dan mash banyak lagi perka BODOH DUNGU serta TOLOL yang orang akan buat bila biarkan diri d permonyetkan oleh cinta..
belajar untuk katakan 'tidak' pada perkara yang sepatutnya tidak..

kalau korang tanya aku apa perlu d buat...
aku akui perkara ini perlukan masa...maka berilah peluang pada masa tuk mengubahnya dan menjadikan korang tidak lagi BODOH..
seribu alasan akan d berikan jika kita dah suka sangat kat satu2 perkara tu..walaupun Tuhan dah larang dah!
namun apakan daya, kita sering biarkan diri d perkotak katikkan oleh cinta..
biar kita yang mengawal kuasa cinta itun dan bukan sebaliknya..

oleh itu mintalah dengan ALLAH dengan sabar dan solat..
dah kalau solat pun masih belum selesai urusannya..apatah lagi sikap korang yang tak reti bersabar..maka macam manalah korang mahu meninggalkan perkara2 ni?
berusaha tuk cuba tinggalkan bukan berusaha tuk berikan pelbaga alasan..
syariat ALLAH tu dah cantik sangat dah..janganlah sukahi rosakkan..

nak buat baik memang susah dan banyak cabaran..korang pun tahu kan?
so aplikasikanlah dalam usaha korang tuk mengawal perkara ni..
apalah guna belajar tinggi dan punya ilmu kalau tak berkat?
sebab apa aku cakap tak berkat?sukahati aku je kan?
yelah macam mana nak berkat kalau dalam masa yang sama korang kotorkan hati korang dengan zina2 kecil ni..
ilmu senang nak masuk kalau hati tu bersih..ilmu itu suci..dan tak kan bercampur dengan perkara yang kotor..kalau bercampur..maka rosaklah ia..

percaya dengan janji Tuhan...dan bukan dengan janji si dia..
kebergantungan korang tu pada siapa? mintak tolong pada ALLAH tapi dalam masa yang sama buat perkara yang ALLAH tak suka..tak malu ke korang dan tak malu ke aku?
tinggalkan sesuatu yang haram akan d gantikan ALLAH dengan perkara HALAL yang jauh lebih baik..ini janji ALLAH...maka korang semua WAJIB percaya!

tapi sampai ke hari ni masih gunakan alasan lapuk..
seperti yang aku dah senaraikan kat atas contoh2 alasan2 korang tu..
kalau tak sanggup berkorban kasih demi kasih ALLAH jangan haraplah pengakhiran yang baik d akhirat nanti...
namun apakan daya..
perkara sementara yang zahir lebih d utamakan berbanding perkara kekal yang tak terzahir oleh pancaindera..tapi masih boleh d rasa kenikmatannya!

cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. ..
tujuan cinta sering dipinggirkan...
ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. ..
kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi....

bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu...

bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti...sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta...

cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:

“Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”

ironinya, ada yang berkata, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta"

berhenti berikan alasan kalau korang masih belum berusaha dengan sepenuh hati dan hanya berusaha dengan separuh hati..

yakinlah dengan usaha yang d lakukan tu..tak guna berusaha kalau tak yakin..dan tak guna juga korang berdoa tapi tak ade keyakinan..


dan kalau korang masih mahu beralasan hingga ke akhir masa..silalah jawab d hadapan Tuhan kelak..maaf la entry ni agak panjang..sebab aku sayangkan mereka yang sengaja dipermonyetkan oleh cinta..sungguh aku sayangkan mereka semua kerna mereka semua saudara aku dan akan menjadi asbab tuk aku d kahirat kelak..


wallahu'alam~


notakaki:ade pulak orang cakap belog aku adalah belog politik..aduh2..macam2 hal lah korang ni..aku hanya menulis tuk berkongsi ilmu dan ambil lah yang baik..yang tidak baik tu tegurlah aku dengan cara Nabi..dengan kesempatan ni..semarakkanlah MaulidurRasul dengan memperbanyakkan amalan SUNNAH baginda Rasul SAW..muge same2 kite beroleh syafaat..

Monday, February 22, 2010

dulu...?

innahumin sulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..

terasa mahu upload gambar2 zaman2 muda jahiliyyah dulu..
hah! sape kate sorang2..sungguh ada d sisi..
semua pun masih ada dan akan terus ada..
baik buruk itu ALLAH yang tentukan..
ALLAHUAKBAR!


ok..dapat result PMR..muke suci



ini tak tahu bile..haha



ok..ble da besa..da makin liar..har3..



bersama mereka d PD..



berjalan d genting!

pastu masuk SESERI..
weeeeeee~



loker yang kecik


kawan2 kapitan!




waktu prog sure solat dengan alang

..
penat lelah bermaskot bersama!.


.ini kina..hehe

,
suda jadi skol leavers la dey!


.
kami ahli alumni yang aktif!

..
dat bwatwomen yang ku cintai..hak3~
.
then masuk matrik n aku tak tau pe jase aku kt sane sbg seorang insan yang bname manusie! huh~

tym exhibition..


sok raye weh!



larian kakom yang tak perlu ada


.
ow ini my nasyed team..jaguh kampung saje~

..
ok..last kelas
..

ok budak aras yang besh!



dan kami 1bilek rajin solat ye


ber karaoke d pusat sumber..peh!

.
last day dak2 PDT..


..
dan aku mmg pncinta kucen!

...
mereka semua~

...

.
dan ini hidup aku yang sekarang!


wah..wah..wah..
...
ok..pure2 belajar dengan tekun..

.

ahli umah kunen..



dan aku gembira bersama mereka.

.
kami menang pertandinag buat ketupat..hee~.

dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan sepanjang kehidupan ini..
walau lebih banyak pahit dari yang manes..
namun semuanya adalah yang terindah..
INSYALLAH~
.


cukup ALLAH bagiku~

Thursday, February 18, 2010

siapa benar?


ya ALLAH tunjukkan jalan yang lurus!

innahu minsulaimaanwainnahu bismillahirrahmanirrahim..(terima kasih pada enHAMKA!!)

salam pembuka bicara pada semua...dan juga terima kasih pada mereka yang respon pada entry aku yang sebelum ni..
masih ramai lagi yang sayang pada ISLAM ni..alhamdulillah..aku berasa gumbira dan teruja..
dan terima kasih juga pada yang membaca entry aku walaupun tak beri respon dan pendapat..
muge same2 kita renungkan dan ambil pengajaran bahwa banyak lagi yang kita tak tahu pasal agama sendiri...

dan mungkin ada yang bertambah konpius lepas baca entry aku yang lepas..isk3~
udah2 la konpius tu..dan rajin2 kan diri tuk tambah ilmu agar tak mudah d goyangkan dengan sesuatu yang baru d dengar dan d pelajari...
dan usahla kita semua duduk bertelagah sedangkan musuh sedang bertepuk tangan menari girang...
kerana kita bermatlamatkan perkara yang sama..insyallah!
(namun janganlah d tuduhnya aku anti itu dan anti ini..aku tidak anti sesiapa ok..dan aku bukan dari golongan sesiapa pun)

maka terpacul la dalam kotak pikiran mereka yang d lua sana tentang SIAPA BENAR?
adakah aku,mereka,kamu atau dia?
dah sibuk berdebat dan masih tiada nampak jalan keluar lagi..(ow yeah)
dan bila d persoalkan siapa yang benar pastilah akan ada hanya satu KEBENARAN!

aku juga bukanlah perasan bagus bila mana berani mempersoalkan siapa benar dan siapa salah..
dan aku juga tiada niat tuk berdakwah d belog aku yang hina ni kerana ini bukan cara NABI SAW berdakwah sebarkan ISLAM..
aku masih mahu dan akan terus berusaha ikut cara yang NABI tinggalkan pada kita..
dan bukan ikut bid'ah yang sekaligus menyebabkan aku lupa pada SUNNAH baginda..
(ALLAHUAKBAR!!!!!!!)

dan maka itu tegurlah aku dengan ilmu dan bukan dengan membabi buat lantas menuduh aku anti macam2..kerna aku budak baru belajar yang masih bertatih dengan agama sendiri..
jika aku tersalah maka tegurlah aku hingga aku kembali ke pangkal jalan yang benar..

erk tapi persoalannya d sini..siapa yang benar?

aku kah yang benar atau korangkah yang benar?
dan adakah kita berada d jalan yang benar?

sekali lagi aku bukanlah alim ulama yang boleh menjawab persoalan d atas..
dan aku juga tiada hak mengatakan akulah yang benar dan korang semua yang tak sehaluan dengan aku adalah salah walaupun kita sama akidah..(ow hinalah aku kalau aku berkata begitu)

merenung kembali hadis NABI mengenai umat ISLAM yang akan berpecah pada 73golongan dan hanya 1golongan saja yang benar2 benar..
dan fenomena sekarang, masing2 salahkan masing2..masing2 perasan betul..masing2 perasan benar..masing2 perasan bagus..
dan masing2 juga mengaku fahaman,parti,kumpulan,sindiket dan gerakan merekalah yang benar..(yok sertai ramai2)
namun persoalan yang sebenar, antara banyak2 yang mengaku benar itu..
siapakah yang '1golongan' yang d sebutkan oleh Nabi SAW?
persoalannya: SIAPAKAH YANG BENAR?

sekali lagi aku ingatkan aku bukan golongan alim yang mahu berdakwah sesat d belog hina ni..
sebab apa? sebab ini bukan cara Nabi berdakwah..(berilah kami semua kekuatan berdakwah cara Nabi)

sebelum tu meh aku nak tanye korang semua..sedar atau tak umat ISLAM sekarang ramai yang cari jalan pintas masuk syurga..
dan ini mengingatkan aku pada satu buku yang aku jumpa kat satu kedai buku..
aku tak ingatlah tajuk besar buku tu..alih2 kawan aku tanye..
"eh,ko rase bagus tak buku ni?" kate beliau sambil menguis2 buku yang d maksudkan..
dan aku pun menatap dengan lama kulit buku tu dan ada tertulis..
'menempah tiket ke syurga...jalan pintas menuju syurga ALLAH'
tup2...terus je aku kate kat beliau..
"tak..tak bagus"...dan kawan aku pun bertanye kenapa aku dengan suka hatinya kata buku tu tak bagus tanpa membelek2..
dan walaupun orang putih cakap dun judge d book by its cover dan orang melayu kata air yang tenang jangan d sangka takde buaye..
aku tetap kata buku tu tak bagus..

kenapa? yelah..dalam dunia yang menipu ni mana ada jalan pintas nak ke syurga apatah lagi menempa tiket ke sana..astaghfirullah!
padehal sahabat Nabi SAW, Saidina Umar ra pun masih takut jika dirinya tak d masukkan dalam syurga walaupun telah d jamin ALLAH SWT..
inikan pulak kita yang lagi bergelen2 dosa yang d buat sepanjang akil baligh ni..
ada hati nak tempah tiket masuk syurga..apatah lagi nak jalan pintas ke sana..
sedarlah semua! Nabi SAW sendiri tak d berikan jalan pintas ke syurga..
Baginda terpaksa lalui tohmahan cacian dugaan herdikan dan cabaran yang kita sendiri tak sanggup nak hadapi semua tu...
apatah lagi saat kewafatan pun tersangatlah sakit Nabi rasakan..

sungguhla aku tak puas hati dengan kulit muka buku tadi..(aku tak igt tajuk buku tu)
tiada jalan pintas dalam meraih syurga ALLAH yang mahal tu!
dan jangan haraplah nak tempah tiket ke sana kalau diri sendiri masih tak amalkan apa yang Nabi tinggalkan..yang paling penting berusahalah agar nama kita tersenarai dalam listname penghuni syurga..AMIN untuk kita semua!~

ok berbalik pada tajuk asal setelah aku penat mengarut..
sebelum aku yang kurang ilmu ni dan hakikatnya kita semua tak pernah cukup ilmu..
aku mahu ingatkan janganlah kaitkan aku dengan persatuan anti menganti ni..
sungguh aku tiada kaitan atau kepentingan dalam apa jua perkara..
dan aku juga tidak ada niat tuk carik kesalahan orang lain dan perasan diri aku sempurna
lalu meratalah aku dok tengok salah orang dan jaja pada orang lain..
(sungguh hinalah aku kalu begitu!)

ok..setiap hari kite dok mintak pade ALLAH 'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'
dan dalam setiap hari jugaklah lbey kurang 17kali kite dok ulang doa yang sama..
'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'..
(melainkan korg ade wat solat sunat mungkin akan lebih jumlahnye)

dan kita mintak pada sapa? kita mestilah mintak pada DIA..
dan 'jalan yang lurus' dalam surah AlFatihah tu merujuk pada jalan sapa pula?
mestilah merujuk pada jalan orang yang ALLAH kasihi dan cintai..

siapa pulak 'orang yang ALLAH kasihi dan cintai' ni?

dan sudah tentulah jawapnnya adalah kekasih ALLAH,yakni Nabi Muhammad SAW..
serta para sahabat Baginda yang ALLAH redhai..

aku teringat akan satu hadis Nabi yang lbey kurang bermaksud cenggini..

"semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan"

maka para sahabat pun bertanya..
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah?"
dan Nabi pun menjawab..
"siapa yang taat padaku akan masuk syurga dan siapa yang durhaka beerti dia enggan"

jadi sama2 lah kita pikir dan muhasabah diri kita balik..
sama ada kita golongan yang taat pada Nabi yakni golongan yang pegang pada DUA sumber yang Nabi tinggalkan..
ataupun kita ini golongan yang enggan ikut apa yang Nabi sudah tinggalkan pada kita..
dan untuk berpikir tu sama2 lah kita gunakan akla yang ALLAH dah kurniakan pada kita..
dan pada semua golongan,parti,gerakan,sindiket dan juga kumpulan mari sama2 kita pikir balik dengan akal tanpa d pengaruhi emosi yang asyik mencari salah orang dan perasan diri sendiri benar..

secara asasnya tuk tahu siapa yang benar adalah mereka yang betul2 mengikut apa yang telah d anjurkan oleh Nabi dan sekaligus ialah mereka yang hidupkan SUNNAH Nabi kerna hanya dengan SUNNAH Nabi lah hidup kita akan terpimpin dan tidak melampaui apa yang telah tersurat dan tersirat dalam Kitab ALLAH..

oleh itu mari kita semua termasuk aku sekali pikir2 dan renungkan tahap kita dalam hidupkan SUNNAH Nabi dan amalkan pesanan ALQURAN..
kalau benda asas yang Nabi suruh pegang ni pun masih terkial2 dan d tinggalkan..
erk..lu pikirla sendiri!

so,sebagai orang yang kononnya mengaku ISLAM perkara pokok yang menjadi tunjang mestilah SOLAT..dan aku ulangi..S.O.L.A.T..
dan izinkan aku tuk tambah lagi..SOLAT JEMAAH!
dan aku ulangi sekali lagi S.O.L.A.T J.E.M.A.A.H!!

bukti betapa pentingnya solat ni ialah waktu Nabi nak menghembuskan nafas pun Nabi sempat berpesan pada umatnya agar jaga solat dan korang semua pun tahu amalan pertama yang akan d hitung d mahsyar ialah solat..baik solat,baiklah semuanya..buruk solat..pikirlah sendiri ye..
moga sama2 kita baiki solat kita!

tapi kita boleh tengok fenomena masjid d negara kita yang masih kosong dan lenggang..
dan hanya penuh sampai tak cukup tempat bila solat jumaat saje..
what the..........???
korang tau tak betapa pentingnya solat berjemaah??
tau tak betapa Nabi sangat marah jika ada antara sahabatnya yang tak berjemaah tanpa uzur yang d benarkan?
tau tak korang marahnya Nabi tu sampai sanggup bakar rumah serta orang yang mana penghuninya tak pergi jemaah d masjid???
tapi orang sekarang lebih hanya menjadikan masjid itu satu persinggahan tuk melepaskan hajat!
ow mungkin ada antara korang yang mahukan dalil..insyallah aku sertakan..
bukak kitab Muslim, halaman 89, hadith riwayat Al bukhari, Dari abu hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, .

..“Demi Dzat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan (agar) mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku menyuruh muadzin mengumandangkan azan untuk solat, kemudian aku menyuruh seorang lelaki untuk mengimami jamaah, lalu aku pergi menjumpai orang orang yang tidak solat dengan berjemaah lalu membakar mereka di rumah-rumah mereka. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya sesorang mengetahui pasti ia akan mendatanginya walaupun harus berkeringat ataupun hujan deras...

haaa..tengok tak betapa besarnya fadhilat solat berjemaah tapi kita yang kononya yang mengaku paling benar..mengaku paling betul..dan mengaku paling baik..
tapi masih terhegeh2 dalam laksanakan apa yang Nabi SANGAT2 suruh kita buat..
(pengecualian pada kaum Hawa ok)

bukak pulak kitab muntakhab hadith karangan Maulana Muhammad yusuff Al kandahlawi halaman 207, hadith riwayat Abu Daud, dari abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Aku mahu untuk menyuruh beberapa pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing masing tanpa uzur syarie, dan membakarnya..

takut tak? Nabi yang sangat lemah lembutnya dan molek pekerti tapi boleh jadi sangat marah bila ada kalangan kaun lelaki yang tidak solat jemaah d masjid..
benda asas yang penting inilah yang selalu d pandang remeh..padehal ia amat2 d tuntut untuk d alkukan dan d laksanakan..
bukan hanya jadikan masjid itu medan tuk para ustaz melempiaskan amarah d samping mengutuk dan tak puas hati itu dan ini dengan alasan benda itu HARUS untuk bagi masyarakat sedar..tuk bagi kerajaan sedar cara mereka salah..dan bagi semua orang lah sedar!

tapi benda SUNNAH tak pulak d buat..benda SUNNAH yang d lakukan tuk tampal amalan WAJIB pun tak d laksanakan..tapi dok buat benda HARUS yang Nabi tak suruh pun buat,apetah lagi Nabi pun tak buat..
maksud aku Nabi tak pun berceramah d masjid dengan melempiaskan amarah d samping mengutuk sana sini..tak!
ini bukan cara Nabi..semestinya ini hanya cara korang yang kononnya perasan benar tapi dok sibuk buat benda2 yang kononnya HARUS dan tak buat pun perkara yang SUNNAH d lakukan..
so...pikir balik..adakah ini golongan yang tadinya perasan benar dan perasan betul?
(ok..ini hanya berlaku ustz d tempat aku dan aku tak tau tempat korang camne)

aku tambah lagi..sewaktu nabi sakit..sahabat papah baginda tuk solat d masjid..
orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…,
bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah,
maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu,
jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah
..,
ini fikir orang munafik.., !!!!
orang beriman macam kita semua ni..bila dengar fardu kifayah,
akan kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
dan jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!..
(allahuakbar!!!)

hakikatnya hari ni masjid kosong sebab segelintir kita berfikir macam orang munafik,
aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..
ow! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!..

(masih perasan benarkah mereka2 ini?)

apa yang aku cuba sampaikan ialah masih perasan benarkah kita jika tinggalkan SUNNAH yang besar ini dan sibuk dok kutuk sana sini jaja aib orang yang seakidah dengan kita..
kata orang lain sesat,,,kata orang lain kapir..itu..ini..dan itu lagi...
atas alasan sesetengah pihak yang bila d tanya kenapa melakukan semua ini..
alasannya ialah 'takpe..benda2 ni HARUS..masyarakat kena tau..kene celik mata..bla..bla..'
lantas yang HARUS itu d dahulukan lebih pada yang SUNNAH..
ALLAHUAKBAR!!!
masih benarkah kita jika mengamalkan ini?
(dan aku ulang ini hanya berlaku d tempat aku tinggal dan aku tak tau tempat korang)

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…
(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)
..

kita semua dah beriman dah..ya kita semua dah beriman dah..tak kisah dia parti,kumpulan,gerakan atau sindiket mana sekalipun..kita semua dah beriman dah selagi mana diri tak ishtiharkan keluar Islam..(nau'dzubillah)
tapi kita belum beriman cara Nabi SAW dan para sahabat beriman..
renung2kan lah wahai siapa yang sedang membaca..

dan itu adalah ASAS dalam hidup seorang ISLAM yakni SOLAT..
ikut cara Nabi dalam mengerjakan ibadah asas ni..
sama juga, ikut cara Nabi dalam berdakwah..

hari ni kita tengok diri kita yang perasaan benar dan perasaan betul ni..adakah kita berdakwah dengan cara Nabi..cara Nabi yang semestinya SUNNAH bagi kita..
'habis tu yang ustaz2 dok bagi ceramah kat masjid2 tu bukan cara Nabi berdakwah ke?'
mungkin ada yang terkeliru tentang majlis ilmu dan majlis dakwah..
dan keliru antara mengajar dan mengajak..

Dalam majlis ilmu,(mengajar)
pelajar kena cari guru.., guru yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati..

Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: (mengajak)
Guru kena cari pelajar.., orang bercakap kena rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..

ok inilah cara Nabi berdakwah dan juga cara para sahabat2 yang lain..
dengan memerah keringat merempuh onar dan duri d jalan dakwah..
pergi berhijrah mencari orang yang ingin d dakwahkan..
dan dakwah d beri dengan sikap rendah diri dan muliakan orang yang mendengar dakwah tersebut..

senang cerita..dulu Nabi dan sahabat yang dok carik umat untuk d dakwahkan..
tapi sekarang para ustaz hanya tunggu umat datang carik mereka..
(dan ini berlaku d tempat aku..aku tak tau tempat korang cam ne)
dan masih benarkah kita dengan tak berdakwah dengan cara Nabi?

hm,korang mesti ingat kisah seorang yang mengaku sebagai Nabi melayu tak lama dulu..
dan bila terpampang d dada akhbar:

'LELAKI TAK LULUS DARJAH LIMA MENGAKU NABI'

dan korang pun dengan terbahak2 ketawa macam mana orang lain yang lebih berpelajaran boleh jadi pengikut Nabi yang kononnya nabi Melayu tu..
dan ramai jugak yang ketawa bila ada orang yang sanggup ikut ayah Pin atas alasan ayah Pin tu langsung tak reti membaca dan korang pun ketawa sambil pelik kenapa ada orang yang ikut mereka2 yang aku sebutkan tadi..

aku taulah ayah pin dan Nabi Melayu tu sesat..
yang aku takutkan, seandainya kita masih di zaman jahiliyyah, lepas baca artikel tu.,
adakah kita akan jadi orang islam atau munafik atau kapir?

"Kah kah kah: gembala kambing macam kau ni kononnya nabi yang Tuhan utus? Usah kata UPSR, membaca pun tak reti!"..

paham tak mesej yang aku cuba sampaikan ni?
andai kita hidup d zaman jahiliyyah dan datang seorang yang tak reti membaca mengaku d utus Tuhan adakah kita akan ketawa terbahak2 juga?
maka kapirlah kita jika kita hidup d zaman jahiliyyah dan mentertawakan..
ini kisah benar ye..

ok ini sekadar selingan saja..
bagi aku, jika rasa korang di pihak yang BENAR..
maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar!!
inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!!
bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!!
bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri....
kerna apa? kerna inilah cara Nabi..
namun masing2 iman masih lemah dan atas alasan tak mampu..
tapi masih perasan benar dan perasan betul dan orang lain salah..
orang lain tak betul..begini dan begitu..

Macam contoh, jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh!
Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..

Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
Korang cakap; Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)
..

dan akhir sekali..walau secanggih mana pun zaman..
kalau ada bangunan nak runtuh tetap si ahli bomba kena kutuk pintu rumah sorang2 tuk bagitau bangunan nak runtuh..
jadi masih benarkah kita?
masih benarkah kita jika berdakwah tidak ikut cara Nabi yang bergerak dari rumah ke rumah..
lorong ke lorong..kabilah ke kabilah..
begitu sayangnya nabi pada kita nak pastikan Islam itu tersebar
dan cara kita balasnya bagaimana pula?
(ya ALLAH berikan aku serta kami semua kekuatan tuk ikut cara nabi ini)

dakwah adalah tulang belakang agama..dan agama akan jadi lumpuh jika tiada kerja dakwah yang d lakukan..seperti sekarang.

dan akhir sekali walaupun mungkin ada lagi yang aku tertinggal adalah hubungan kita dengan masjid..

bila buat amalan agama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid,
maka amalan itu semua macam air mustakmal, suci tapi tidak menyucikan…
kite kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan...

ada jugak golongan yang nak kemajuan, ekomomi, ilmu, dan Negara islam..
tapi aktiviti mereka tak buat kat masjid macam Nabi buat..
mereka sibuk nak islamkan bank, islamkan zoo, islamkan mahkamah, islamkan universtit, islamkan balairaya dan islamkan Negara…
tapi lupa nak memakmurkan rumah Allah.., masjid jadi tempat solat sahaja..,.

Sungguh kasihan..
Firman Allah:
Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
(at taubah:18).

benarkah kita sudah beriman jika tidak bersama2 memakmurkan masjid..
dan benarkah kita benar2 benar?
dan kenapa? kenapa masjid berkunci?
kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!.
hanya ada d waktu2 tertentu je..hanya ada d bulan ramadhan saje..
manekah istiqamah itu?

dan part masjib berkunci ni memang aku tak setuju sangat2..
atas alasan,, nanti ada yang jadikan masjid sarang dadah..pusat maksiat dan macam2 lagi..
kenapa mesti lihat pada masalah..lihatlah pada penyelesaiannya..
apa guna ada jaga? ada jawatankuasa masjid?
apa salahnya jika masjid itu d biarkan tidak berkunci kerna setiap masjid akan ada jagakan?
so waktu nilah jaga tu betul2 nak berJAGA..!!!

maka nasihat aku kepada yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan supaya guna akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
jika masing2 masih tak menjaga perkara2 yang ASAS..
dan jika masing2 tak ikut cara Nabi yang semestinya rasional sepanjang zaman..
dan hanya ikut cara sendiri..
maka...SIAPAKAH YANG BENAR?

wallahualam..

notakaki:ini hanya pendapat aku yang masih naif dan dhaif dan banyak lagi melakukan perkara munafik dan mungkar dan masih banyak tak lakukan sunnah nabi..dan apa yang aku kisarkan ialah apa yang berlaku d tempat aku aku tak tau tempat korang macam mana..sama2lah kita hidupkan SUNNAH Nabi dan muga kita berada dalam golongan yang benar...dan kebanyakan belog aku mendapat ilham dari enHamka..terimakasih enHamka..ALLAHUAKBAR!

Tuesday, February 16, 2010

[KHALIFAH LEADERSHIP CAMP] -satu konklusi bukan solusi!


janji Tuhan pasti berlaku


innahu min sulaimaanwainnahu bismillahirrahmnairrahim...

alhamdulillah aku baru pulang dari KLC...(Khalifah Leadership Camp) kat Gopeng tempoh hari..
banyak jugak la pengisian yang aku dapat kat situ..
walaupun pada mulanya aku berat hati nak pergi sana sebab aku tau pengisian kem tersebut..
(aku masih cuba untuk berbaik sangka)

pada sahabat2 d luar sana yang paham dengan apa yang aku cuba sampaikan..tahniah aku ucapkan..
pada mereka yang kurang paham..maaf la ye...isk3~

dan kalau nak tahu kenapa aku berat hati nak pergi ke sana ialah kerana tujuan utama kem tersebut adalah mengenai KEPENTINGAN BERJEMAAH...
aku akui aku masih belum cukup ilmu untuk berbicara mengenai perkara sensitif ni..

sebagai golongan yang berada d luar jemaah..(aku la ni..)
berbicara soal jemaah dengan mereka yang berjemaah,mereka yang bukan jemaah dan mereka yang belum lagi berjemaah akan mendapat jawapan serta respon yang berbeza...
dan aku sekadar mahukan pencerahan dalam perkara ini..
sungguh bukan niat aku untuk mencari alasan tidak mahu berjemaah dan bermalas-malasan pada jalan ALLAH..(kutuklah aku kalau aku begitu!)


cubaan untuk 'mendoktrin' kami para peserta KLC patut d puji kerana penganjur mahukan yang terbaik untuk para pejuang agama agar berjemaah kerana itu tuntutan agama..
(kata mereka)


dan aku sebenarnya dah pun berbincang mengenai perkara ini dengan para ilmuan dan alim yang aku kenal..

dan jawapan yang aku terima berbeza mengikut 3golongan yang aku sebutkan d awal tadi:

  1. golongan jemaah
  2. golongan bukan jemaah
  3. golongan belum berjemaah

dan banyak jugak buku2 yang aku rujuk untuk mendalami perkara ini..
yelah aku bukan apa tidak mahu mengikut sesuatu kerana aku beralasan..
aku hanya mahu pencerahan kerna golongan pertama berkata WAJIB sertai jemaah berdasarkan dalil n nas yang mereka kemukakan sewaktu d kem tersebut..
atas dasar mahu menegakkan daulah islam..
maka berdosalah aku jika tidak sertai mana2 jemaah...

namun merujuk kitab dan buku yang aku rujuki..

'mewajibkan setiap individu menyertai jemaah beerti mensyariatkan satu hukum agama yang
baru dan ia adalah satu perkara yang d murkai ALLAH..' -m/s 34-
(HUKUM DAN ADAB MENYERTAI JEMAAH-HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH)

sekali lagi aku bukan alim ulama untuk kupas hal ini..
jadi aku copy paste je apa yang aku jumpa ye..
sape yang berminat boleh teruskan pembacaan sebab artikel yang aku copy paste ni sangat2 panjang k..
aku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...Top of Form

Permasalahan Ta'adud Jamaah (Hukum Berbilang Jamaah jemaah dan hukum Berjemaah)

Permasalahan Ta'adud Jamaah (Hukum Berbilang Jamaah jemaah dan hukum Berjemaah) Ta'adud jemaah itu berasal dari perkataan "adad" iaitu bilangan dan kiraan dalam bahasa Arab manakala perkataan jamaah itu bermaksud kumpulan, himpun atau kumpul.


(lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur ra m/s 118 Jilid 6).


Perkataan ini disebut dalam firman Allah swt :

“Sesungguhnya Dia (Allah) telah menghitung mereka dan mengira dengan sebaik-baik kiraan? (Maryam: 94).


Iaitu menyamakan maksud (kiraan) dengan (bilangan) pada ayat di atas dengan menyebut penghitungan Allah itu ialah sebagai sebaik-baik hitungan dan bilangan.


Pengertian ta'adud jemaah yang menjadi fokus kita pada kali ini ialah yang membawa kepada pengertian "berbilang jemaah" .


Dimaksudkan dengan taadud jemaah itu ialah kewujudan jemaah yang banyak sehingga dapat dibilang dan dikira. Berbilang jemaah bermaksud satu keadaan di mana wujudnya pelbagai kumpulan dan jemaah dalam satu masa dan tempat.


Apakah hukumnya berbilang jemaah di Malaysia ?


Membincangkan soal berbilang jemaah ini ialah satu isu sensitif dan saya akan sekali lagi terkena tempias dari mereka yang buta hati dan perut yang tidak mahu menggunakan akal dan kecerdikan untuk meneliti al-qur'an dan sunnah sebaliknya hanya bertaqlid buta lalu memburukkan sesiapa yang tidak sependapat dengannya.


Namun kerana permintaan untuk menjelaskan perihal ta'adud jemaah ini datangnya dari sahabat lama maka ana mustahil dapat menolak. Permasalahan ta'adud jemaah ini mesti dilihat dari beberapa aspek.


1) Kedudukan perkara yang diperselisihkan dan diperbezakan sehingga mengundang wujudnya perpecahan dan berbilang pandangan dan pendapat lalu masing-masing kumpulan duduk dan menetap dengan kumpulan mereka dan pendapat mereka.


Lalu terjadilah ta'adud jemaah pada pendapat tertentu. Permasalahan taadud jemaah atau perbezaan pendapat sering berlaku sejak zaman-berzaman dari era para sahabat iaitu ketika awal kemunculan Islam sehinggalah ke hari kiamat.


Ini bahkan disebut sebagai ujian dan fitrah yang Allah berikan kepada hamba-Nya kecuali mereka yang terselamat dengan berpegang teguh kepada panduan-Nya sahaja akan terpelihara dari perbezaan dan perpecahan.


Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU (Surah hud : 118).


Golongan yang dikasihi ialah golongan yang beriman yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnah dan tetap di atas kesabaran dan tidak menurut akal serta hawa nafsu dalam tindakan dan amalan mereka.


Sekalipun wujud perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah sejak zaman berzaman namun apa yang pasti keadaanya tidaklah seperti yang kita sangkakan. Iaitu tidaklah benar ianya dibolehkan, sebaliknya sejak zaman para sahabat ta'adud jemaah ini hanyalah berlaku di antara kumulan yang benar dan kumpulan yang salah.


Sebaliknya ada yang benar dan salah. Berkata Ibn Qasim ra ;

“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah salallahualaihiwasalam bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah !!


(ini adalah kerna sesetengah golongan menjadikan hadis yang mengatakan 'perbezaan pendapat adalah satu rahmat' sebagai hujah padahal hadis ini merupakan hadis palsu yang tidak kuat sanadnya..jadi para ulama mengatakan ia hadis dhaif!)


Berkata Asyhab :


“ Berkata malik (imam Malik) Demi Allah kebenaran itu hanyalah satu dan perkataan dua orang yang berselisih itu bagaimana mungkin wujud sahih kedua-duanya ? Tiadalah benar dan sahih melainkan satu !!!


(jika benar berbeza pendapat itu adalah satu rahmat,maka persamaan pendapat itu pula adalah satu azab??)


Pernah Umar Al-Khattab ra memarahi Ibn mas'ud dan Ubai ibn ka'ab lantaran berbeza pendapat dalam masalah solat dengan memakai pakaian yang hanya satu sahaja. (Sila lihat dalam “Al-Madhkal Fiqhiyah"oleh Ustaz Dr. Al-Zarqa).

Perbezaan pendapat itu hukumnya dilihat kepada perkara yang diperbezakan :


  • - Jika perbezaan pendapat itu dan wujud kelompok jemaah berbilang dalam masalah aqidah dan iktiqad kepercayaan maka hukumnya ialah haram.


Ini berdasarkan firman Allah swt :

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai? (Surah Ar-Rum 31-32).


(saudari awatif sila fahami dan telusuri firman d atas yang mana kita tak belajar pun kat kem tersebut lebih2 lagi mengenai HIZBI)


Permasalahan perbezaan kumpulan dan kewujudan perbezaan dan berbilang kumpulan dalam aqidah ini ialah seperti apa yang berlaku dalam umat islam apabila wujud kelompok Ahlul sunnah, syiah, khawarij, Asyairah, muktazilah, qadariyah, jabariyah dan semuanya adalah sesat kecuali satu.(dan aku berpegang pada ASWJ-bukankah ini juga satu jemaah)


Dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud


“ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku ?

(Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).


Iaitu jalan serta manhaj yang beradanya nabi dan para sahabatnya iaitu jalan salaf soleh dalam iktiqad (kepercayan) serta aqidah mereka itulah yang benar iaitu aqidah salaf manakala selainnya sesat dan ditolak.


Aqidah salaf itu ialah apa yang disebut sebagai aqidah yang dipegang oleh rasulullah, para sahabat dan tabien sejak awal sehinggalah kurun ke tiga.


Manakala aqidah asyairah yang dibawa oleh Imam Abu Hasan Al-Asyaari yang lahir pada 260 Hijrah itu bukanlah aqidah salaf dan ianya temasuk aqidah baru yang direka hasil ijtihadnya dengan pengaruh muktazilah di dalamnya dan ternyata ianya sesat dan salah


dan Imam Abu Hasan Al-Asya'ari sendiri sebelum wafatnya pada 324 Hijrah telah bertaubat dan menulis sebuah kitab berjudul “ Al-Ibanah Fi Usul Ad-Diyanah" sebagai menolak kembali segala fahamannya dan menolak usul aqidah asya'irah yang dinisbahkan kepadanya serta menyatakan ruju' (kembali) taubatnya kemballi kepada aqidah salaf dan menurut jalan salaf soleh dan jalan Imam terdahulu seperti Imam Ahmad Ibn Hambal ra yang dikenali sebagai imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Nabi Salallahualaihiwasalam bersabda melalui riwayat Aisyah ra :


" Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)?

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 50).


  • - Jika perbezaan pendapat itu dalam masalah fiqh dan kefahaman dalam feqah hasil ijtihad para ulama dengan masing-masing berusaha memahami dalil dan hujah setekun mungkin namun tetap berselisih pendapat maka hukumnya ialah harus dan setiap kumpulan itu berusaha bersatu dengan mentarjihkan (mencari ketepatan) dalam pandangan masing-masing sehingga mampu sampai ke titik pertemuan yang membawa kebenaran kerana kebenaran itu hanyalah satu.


Ini dibuktikan oleh sikap para fuqaha dan Imam ummah dalam berbeza pendapat dengan mengutamakan hujah dan dalil dan jika diteliti dengan penguasaan ilmu dan hujah semua orang mampu bersatu di atas kefahaman yang sama dan beramal dengan tidak jauh beza jika diutamakan kebenaran dan beramal berdasar ilmu bukan hanya taqlid buta.


Pernah sekali Malik bin Anas ditanya:


adakah perlu membasuh jari-jari kaki ketika berwudhu. Beliau menjawab“Itu tidak perlu". Setelah berakhirnya majlis kuliah tersebut, seorang anak murid Malik, bernama Ibn Wahhab berkata “Aku mengetahui akan suatu hadis berkenaan soalan tadi."


Bertanya Malik: “Hadis apakah itu ?Ibn Wahhab berkata:


“Laits ibn Sa'ad, Ibn Luhaiah dan Amr bin al-Harits meriwayatkan dari jalan Yazid bin Amr, dari Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka telah berkata: Ø£Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari-jari kakinya ketika berwudhu dengan anak jarinya


Berkata Malik:


“Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi."



(Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam kitabnya al-Jarh wa al-Ta'dil, ms. 31-32)


Imam Ahmad Ibn Hanbal ra juga turut menyebut :


" Janganlah kamu bertaqlid kepada aku, janganlah bertaqlid kepada Imam Malik, janganlah kamu bertaqlid kepada Imam Syafi'ie dan jangan kepada Imam Al-Auza'ie dan jangan juga kepada Imam As-Sau'ri, tetapi ambillah hujah dari mana sumber yang mereka ambil".


Sila rujuk Ibn Qayyim dalam kitabnya "Al-I'lam" m/s 302 Jilid 2.


Para ulama ummah cukup melarang sikap ta'asub dan ta'adud jemaah dan kumpulan dalam pendapat fiqh kerana ianya memecah belahkan umat Islam dan ini terbukti dalam suasana hari ini.


Suasana taksub bermazhab yang paling jelas ialah apabila jemaah yang melaksanakan solat fardhu dibahagikan kepada 4 kumpulan di Masjid al-Haram menurut mazhab masing-masing. Perkara ini berlaku sebelum tahun 1342H/1924M.


Lebih menyedihkan, suasana begini berlaku di hadapan Kabah padahal Kabah itu sendiri merupakan binaan yang mengisyaratkan persatuan umat Islam.


Adapun hadith yang mengatakan


" Ikhtilaf pada umat ku itu rahmat"


ialah hadith palsu dan bohong serta dusta !!!


Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm :


“Adapun hadits yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat" adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.


(Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61). Al Qoshimy mengomentari (sanad dan matan) hadits ini, dalam kitab Mahasinut Ta'wil 4/928 :


“Sebagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadits ini tidak dikenal kesahihan sanadnya. At Tibrani dan Al Baihaqy meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhol dengan sanad yang lemah dari Ibnu Abbas secara marfu


  • - Jika berbeza pendapat dalam masalah politik dan siyasah maka hukumnya ialah haram jika membawa kemudharatan dan halal jika membawa kemanfaatan dan dibuat demi maslahat.


Perbezaan dan ta'adud jemaah dalam politik jika ianya memecah belahkan kesatuan umat Islam, menyebabkan umat Islam saling bermusuhan di antara satu sama lain seperti sekarang maka hukumnya ialah haram ini kerana :


“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu"(Surah Al-Anfaal : 46).

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara(Ali Imran :102).


Persoalan politik ini isu sensitif tetapi menjaga sunnah dan mentaati perintah rasulullah itu wajib. Maka dalam menjaga perpaduan umat Islam baginda Rasulullah pernah berpesan kepada kita semua dengan sabda-Nya :


“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid'ah !!! dan setiap bidØ£'ah itu sesat !!!

(Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Al Hafidz Ibnu Katsir rohimahullah berkata :


“Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran)(Tafsir Ibnu Katsir 1/367).


Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :


“ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).


(hadis ni pun kite tak belajar kat kem mengenai ketaatan pada pemimpin walaupun pemimpin banyak berbuat kerosakan)


Imam Ahmad ra menyebutkan beberapa hal yang antara lain :

" Mendengar dan taat kepada para imam dan amirul mukminin (pemimpin kaum mukminin), baik yang shalih (adil) mahupun yang fajir (dhalim), dan taat kepada khalifah yang desepakati dan diridhai oleh kaum mukminin. Jihad bersama mereka (yang adil mahupun yang zalim) secara terus menerus hingga hari kiamat, mengadakan pembagian harta fa'i (harta rampasan yang diperoleh tanpa melakukan perlawanan), juga terus menerus menjalankan hukum had. Tidak boleh bagi siapapun untuk mencela dan menyelisihi mereka, mengerjakan shalat Jum'at di belakang mereka dua raka'at. Barangsiapa yang mengulangi shalatnya, maka dia adalah mubtadi' (ahli bid'ah) yang meninggalkan atsar, menyelisihi sunnah dan tidak mendapat keutamaan Jum'at sedikitpun. Barangsiapa yang memberontak kepada Imam kaum muslimin yang telah disepakati atau dan diakui kekhilafahannya, maka sungguh dia telah memecahkan tunggak kaum muslimin dan telah menyalahi atsar-atsar yang datang dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam. Apabila ia mati ketika melakukan hal itu, dia mati secara jahiliyyah. Dan tidak halal (diharamkan) bagi siapapun untuk memerangi sultan dan memberontaknya. Barangsiap yang berbuat demikian, dia adalah mubtadi' yang tidak berjalan di atas sunnah dan tidak pula berjalan di atas jalan yang lurus."

(Syarah Ushul I'tiqad 1/160-161).


(dan kita juga tak belajar mengenai ini di kem)


Abu Muhammad Abdur Rahman bin Abi Hatim Ar-Razy berkata :


"Saya bertanya kepada bapakku dan Abu Zur'ah tentang madzab Ahlus Sunnah dalam Ushuluddin dan apa yang beliau berdua yakini dalam hal ini (politik dan pemerintahan) . Maka beliau berdua berkata : "Kami menjumpai para ulama di seluruh penjuru negeri, di Hijaz, Irak, Syam dan Yaman beri'tiqad. Kemudian beliau berdua menyebutkan beberapa hal antara lain : dan kita menegakkan jihad dan haji bersama imam-imam kaum muslimin di sepanjang zaman. Kita tidak memberontak dan tidak pula memerangi mereka karena dikhawatirkan fitnah. Kita mendengar dan taat kepada Wilayatul Umur. Demikian pula kita tidak mencabut ketaatan dari mereka. Kita ittiba' kepada sunnah dan bersatu dalam jamaah dan menjauhi persengketaan dan perpecahan. Jihad bersama mereka tetap berjalan sejak diutusnya Nabi kita shalallahu 'alaihi wa sallam sampai hari kiamat kelak, dan tidak ada sesuatupun yang membatalkannya dan begitu juga haji."

(Syarah Ushul I'tiqad 1/176-180).


Sesungguhnya mazhab Ahlul sunnah Wal Jamaah dalam masalah kepimpinan dan pemerintahan ialah meletakkan soal pemerintahan termasuk perkara dasar.


Hal ini boleh dilihat dalam kitab fathul Bari dalam musnad Ahmad dll sunan mengenai peristiwa kewafatan Nabi saw.


Para sahabat mengutamakan perlantikan Khalifah penganti Nabi saw mendahului urusan jenazah baginda nabi saw sebagai tanda IJMAK SAHABAT bahawa soal pemerintahan termasuk perkara dasar BUKAN FURU'


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata :

Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Wajib atasmu untuk mendengar dan taat (kepada sulthan) dalam kesulitan dan kemudahanmu, dalam perkara yang menyenangkan dan yang kamu benci, dan tidak kamu sukai." (HR. Muslim 3/1467).


(dan hadis ini mengapa juga tak d masukkan dalam silibus kami sewaktu d kem mengenai ketaatan pada pemimpin walau dalam kesulitan dan dalam perkara yang d benci,kita WAJIB taati pemimpin.mungkin boleh d perjelaskan tentang hal ini kepada kami mengenai konsep dan tafsiran sebenar namun hakikatnya hanya sebahagian hadis dan nas yang d letak dalam silibus untuk me'WAJIB'kan kami agar sertai jemaah sekaligus bersama2 menegakkan daulah islam!)


Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata :


Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sultan yang meminta haknya, tetapi tidak mahu menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)."

(Muslim 3/1474).


Sabda baginda :

"Dengar dan taatilah (Umara), sekalipun budak Habasyi yang juling matanya."


Dan dalam riwayat Bukhari :


"sekalipun diperintah oleh budak Habasyi yang panjang dan lebat rambut kepalanya." (HR. Muslim 3/1467 dan Bukhari 1/30).

“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108)


2) Siapakah yang melakukan perbuatan berbilang pendapat dan kumpulan ini melihat kepada golongan yang melakukan perbuatan ta'adud jemaah ini juga satu keperluan walaupun sebenarnya ianya tidak menjejaskan penetapan hukum.

(tapi d kem kami belajar ianya adalah wajib menyertai jemaah berdasarkan hadis nabi mengenai serangan serigala(syaitan) kepada kambing (manusia) yang duduk terpencil dan hendaklah kamu duduk dalam jemaah)


Namun kita dapat menilai kebenaran perbuatan ini apakah ianya dibenarkan atau tidak berdasarkan keadaan pelakunya.


Pertama jika yang melakukan perbezaan pendapat ini merupakan sahabat nabi salallahualaihiwasalam dan mereka melakukannya menurut panduan atau wasiat khas dari nabi maka tidaklah kita mempunyai pilihan dalam masalah ini melainkan tidak menjadikan hujah untuk kita turut sama melakukannya kerana mereka mendapat arahan khas untuk itu seperti perbuatan Sayidina Hussin ra cucu baginda yang menentang pemerintahan Muawiyah dan Yazid ra.


Disebut demikian juga perbuatan Abdullah ibn Zubair ra yang menentang pemerintahan Yazid ra yang melakukannya berdasarkan ijtihad beliau dan ternyata ijtihadnya itu salah dan dibenci.


Sabda baginda :


" Jika seorang qadhi itu berhukum lalu berijtihad maka jika ijtihadnya itu benar maka baginya dua pahala dan jika salah maka baginya satu pahala." (Hadith Sahih disepakati Bukhari no.7352 & Muslim no. 4462).


Walaubagaimanapun sebagai berkedudukan ulama golongan ilmu mereka berhak membuat ijtihad namun tidak bermakna ijtihad mereka benar lalu jika terbukti ijtihad mereka salah maka wajar kita meninggalkan mereka dan berpegang teguh di jalan para salaf soleh yang lain berada dan menjauhi perpecahan dan perbezaan serta bersatu dan menjauhi ta'adud jemaah yang berasal dari syaitan.


Ini seperti perintah Allah swt :


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara (Ali-Imran : 102).


Sebaliknya jika yang melakukan perpecahan, perbezaan pendapat, atau menubuhkan jemaah pelbagai dalam umat Islam sambil saling berbilang pendapat sehingga membawa perpecahan itu ialah mereka yang hanya terdiri dari golongan doktor perubatan, ahli ekonomi , engineer , ustaz atau ustazah yang cuma belajar selama 4 tahun di universiti timur tengah kemudian menyambung Master 2 tahun kemudian menyambung Phd 3 tahun maka hukumnya haram mereka ini melakukan perpecahan dan perbezaan pendapat.


(sumpah aku gelak bace pernyataan atas ni)


Mereka ini tidak layak berijtihad dengan kejahilan dan kementahan ilmu mereka sera kemudiannya berjuang di bawah system demokrasi lalu berpecah-pecah sesama umat Islam sambil mengadakan jalan tariqah mereka sendiri dalam berdakwah dan memperjuangkan Islam didasari fikrah mereka.


Sudah jadi fenomena sekarang ini di kalangan muda mudi Islam yang cintakan Islam untuk terpengaruh dengan fikrah.


Si anu itu berfikrah, si anu itu tidak mempunyai fikrah, si anu itu berfikrah tidak jelas , si anu itu fikrahnya sekian dan sekian maka apakah itu fikrah ?


Fikrah ialah idea dan celakalah dan semoga dilaknat mereka yang memperjuangkan islam dengan akal dan idea kreativiti mereka atau bertaqlid menurut fikrah (idea) kreativiti tokoh mereka dalam berdakwah dan memperjuangkan Islam.


Semoga Allah melaknat mereka yang memperjuangkan islam dengan fikrah dan semoga Allah menjelekkan dan menghancurkan dan menggagalkan dakwah mereka, memecah-belahkan ikatan mereka yang memperjuangkan Islam dengan fikrah (idea).


“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).


(oleh sebab itu aku berusaha mencari agar aku lebih tahu dan hanya tidak mengikut membuta tuli kerna hakikatnya aku masih tidak tahu apakah benar hukum berjemaah itu WAJIB sedangkan aku kini adalah mengikut ASWJ..bukankah itu juga jemaah?)


“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak. (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Adapun kita para muslimin dan mukminin memperjuangkan Islam dengan menurut al-Qur'an dan sunnah dan menurut jalan serta kefahaman para salaf soleh dan jalan mereka.


Kita yang beriman dengan sunnah, mempercayai bahawa Islam sudah lengkap tanpa perlu diwarnai dan dicemari fikrah murahan manusia maka kita menyakini bahawa sudah pasti jalan perjuangan Islam dan kaedah berdakwah semuanya telah diterangkan oleh sunnah dan dijelaskan dan dibentangkan oleh para salaf soleh.


Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata :


Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :“Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian."


Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya;

“ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.(Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mujamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).


3) Keadaan dan waqi' (suasana) serta tempat berlakunya perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah itu.


Setiap tempat dan keadaan itu berbeza dengan keadaan yang lain maka sebagai misalnya di sesetengah tempat hukum berta'adud jemaah mungkin bertukar dari haram kepada harus dan wajib apabila keadaan memerlukan seperti apabila berada di Iran dan Amerika syarikat misalnya.


iaitu apabila berada di Iran di tempat aqidah mereka sesat dan menurut fahaman syiah maka adalah menjadi haram kita bersatu dan berjemaah dengan mereka maka wajib bagi umat islam di Iran yang beraqidah Ahlul sunnah untuk berpecah dan berselisih dari mereka serta bersatu dalam satu jemaah aqidah ahlul sunnah dan mengelak dari bersama syiah yang sesat dan menyeleweng itu.


Maka demikian juga mereka yang berada di Amerika adalah menjadi haram untuk mentaati pemerintah dan bersatu dengan masyarakat kuffar yang berada di sana sebaliknya hendaklah menyisih diri dan bersatu di dalam jemaah umat islam dan tidak bersatu dengan kuffar.


Adapun di Negara Umat islam seperti Malaysia maka hukumnya ialah haram berta'adud jemaah dan berpecah sehingga umat Islam lemah dan hilang kekuatan dan hilang perpaduan serta bermusuh-musuhan sesama sendiri.


“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu(Surah Al-Anfaal : 46).


4) Kaedah dalam berbeza pendapat dan berselisih pandangan dimaksudkan keadaan dalam berbeza pendapat itu ialah ianya berlaku secara tidak diingini dan bukanlah berlaku secara kehendak.


Adalah haram untuk berbeza pendapat secara suka dan kehendak dan tidaklah yang berhasrat dan suka untuk berpecah dan berbeza pendapat melainkan mereka itu ialah golongan yang zalim dan jahil.


Sekiranya terjadi berbeza pendapat itu secara tidak sengaja dan tanpa kerelaan namun kerana terpaksa seperti wujudnya keadaan berselisih di antara umat Islam yang tidak dapat dielakkan akibat hasutan dari pihak yahudi atau hasutan dari golongan munafiq maka hendaklah masing-masing segera bertaubat dan kembali kepada soff dan barisan jemaah Umat Islam serta bersatu di dalam jemaah.


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah(Ali-Imran : 103).


Baginda nabi bersabda :


“Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah(Riwayat Tibrani 447 /12).


Sekiranya berlaku perbezaan pendapat dan ta'adud jemaah dan ketika itu berlaku kerana tidak diingini dan dalam usaha untuk segera bersatu dan mencari jalan untuk kembali menyatukan umat Islam maka tidaklah berdosa dan dengan rahmat Allah moga dimaafkan kelemahan kita semua.


Namun sekiranya setelah diberi penerangan dan penjelasan dan di ajak untuk kembali bersatu namun pihak kumpulan jemaah tertentu itu masih enggan dan degil dan merasa suka kepada ketua mereka, merasa selesa dengan fikrah mereka, merasa benar dengan jalan mereka, merasa angkuh dengan jemaah mereka maka ketahuilah bahawa mereka telah keluar dari manhaj salaf soleh dan berada dalam dosa dan kemaksiatan kepada Allah swt.


“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik.(Al-kahfi : 103-104).


Hukum ta'adud jemaah secara umum ialah haram


Ini disebabkan Islam itu sendiri sudah merupakan satu jemaah dan ini terbukti melalui banyak dalil dan hujah dari Al-Qur'an dan sunnah. Allah swt berfirman :


1)“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu(Surah Al-Anfaal : 46).


2) “Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai(Surah Ar-Rum 31-32).


3) “ Jika Allah kehendaki nescaya dapat dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN(Surah hud : 118).


Menurut ulama tafsir, setiap perintah dalam Al-Qur'an itu di datangkan dalam kaedah umum dan menyeluruh sekaligus membuktikan Islam ini ialah jemaah dan umum kepada semua umat Islam.


Di dalam Al- Quran Allah swt menyebut perkataan“ jemaah" atau se-ertinya dengan sangat banyak seperti dalam firman-Nya :


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah(Ali-Imran : 103).


“ Bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman moga kamu mendapat kejayaan.(An-Nur : 31).


Sebenarnya sangat banyak ayat-ayat yang menyebut sekitar jemaah namun cukup kita mengambil dua ayat di atas sebagai contoh untuk dilakukan perbincangan.


Ayat yang pertama disebut oleh para mufasir seperti Imam As-Syaukani ra dalam kitabnya Fathul Qadir sebagai bermaksud perintah Allah swt supaya umat Islam bersatu dan berkumpul keseluruhannya di atas deen Islam dan melarang hamba-Nya dari berpecah belah dalam agama kerana agama itu ialah jemaah (kesatuan) .


Manakala Imam Ibn Katsir ra menambah bahawa larangan Allah swt kepada hamba-Nya supaya jangan berpecah belah itu di awali dengan perintah jami'an iaitu menyuruh manusia supaya bersatu di atas tali Allah iaitu Al-Qur'an yakni Islam. (sila lihat Tafsir Al-Qur'an Azim m/s 33 Jilid 1).


Seterusnya dalam ayat yang ke dua dalam surah An-Nur ayat 31 maka Allah swt telah memerintahkan orang yang beriman supaya segera bertaubat dan di situ di gunakan kalimah jami'an iaitu keseluruhan (lihat Fathul Qadir m/s 35 Jilid


4). Mengunakan kaedah usul tafsir maka para ulama tafsir seperti Syeikh Abd Rahman Nasir As-Sa'di ra (1307-1376 H) menyebutkan bahawa Kaedah Al-Qur'an dalam memberi perintah kepada umat Islam ialah dengan mengunakan kalimah jamak iaitu (secara jemaah) keseluruhan kepada umat Islam ( lihat Qawaid Hisan Li Tafsir Qur'an m/s 26 ).


Kerana itu kita akan mendapati bahawa dalam Al-Qur'an apabila menyentuh mengenai perintah maka Allah swt kerap memulakan firman-Nya dengan uslub iaitu di sebut untuk seluruh manusia dan Umat Islam kerana Islam itu ialah jemaah.


Oleh yang demikian, jemaah itu pengertiannya harus dilihat pada kedudukan ayat Al-Qur'an dan apabila sesuatu perintah dari Allah swt kepada umat Islam itu di sebut kalimah jemaah maka sebenarnya jemaah di situ bermaksud Islam.


(ok..sekarang jelas bahwa jemaah yang d sebut dalam Alquran adalah merujuk kepada Islam dan bukan kepada jemaah yang mereka suruh kami masuk iaitu jemaah P*S..adakah mereka telah salah tafsirkankan ayat4 surah AsSoff yang mana ayat itu d jadikan untuk mereka mewajibkan kami menyertai jemaah..padehal berdasarkan tafsiran sebenar jemaah yang dmaksudkn ialah ISLAM dan kami semua adalah ISLAM bermakna kami telah pun sertai jemaah ISLAM dan tak perlu lagi sertai yang lain!)


Kerana itu apabila Allah memerintahkan umat Islam dengan suatu kewajipan maka digunakan istilah jemaah seperti ayat di atas sebagai simbol bahawa Islam ini sebuah jemaah yang setiap arahan dari Allah swt itu tertuju kepada semua bukan hanya kepada kumpulan tertentu sahaja dan dimaksudkan supaya tidak mengadakan kumpulan baru dalam Islam kerana Islam itu sudah jemaah dan mengadakan jemaah bererti telah mengadakan kumpulan baru yang keluar dari jemaah (Islam) yang asal.


Demikianlah pengertian Al-Qur'an pada jemaah iaitu Islam itulah jemaah kerana Islam itu tidak wujud secara berpecah- pecah dan tidak boleh khilaf dalam Islam.


Kerana itu jemaah dalam Al-Qur'an bukanlah bermaksud satu kumpulan haraki, terdiri dari amir dan amirah bertudung labuh dengan tanzim mereka , bukan, demi Allah bukan !


Islam itu sudah jemaah !


Jemaah lain selain Islam itu itu tidak patut wujud kerana Islam itu sendiri sudah sebuah jemaah yang terdiri dari umat Islam yang beriman kepada Allah swt dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai muslim dengan pertunjuk Al-Qur'an dan Sunnah.


Demikianlah pegangan ulama salaf soleh yang berada di jalan kebenaran seperti sabda baginda rasul melalui riwayat Aisyah ra :


“ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurunaku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabiien). “ (Sahih Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud 44 Jilid 5).


Manakala kalimah dan pengertian jemaah berdasarkan hadith pula boleh dilihat pada riwayat yang pelbagai dari baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang menyebut perihal jemaah.


Seperti yang dikeluarkan oleh At- Tibrani dengan sanad yang sahih akan sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :


“Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah(Riwayat Tibrani 447 /12).


Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :


“Tangan Allah itu bersama jemaah(Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).


(jangan salah paham lagi..kerna jemaah yang d maksudkn adalah ISLAM dan selamnaya ialah ISLAM!)


Juga melalui riwayat yang lain di tambah dengan


"Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua" (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)


Juga disebut melalui riwayat Umar Ibn Khattab ra menyebut bersabdanya


“Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).


(sekali lagi aku ingtakan bhwa tafsiran jemaah d sini ialah ISLAM dan bukan yang lain!)


Juga dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).


Sebenarnya masih banyak hadith yang menyebut mengenai perihal kewajipan melazimi dan berada dalam jemaah dan larangan dari keluar atau mengasingkan diri dari jemaah.


Baiklah dari sini saya mengaharapkan pembaca memahami bahawa setiap dalil hadith ini wajiblah kita imani dan di amalkan kerana ianya merupakan perintah Allah swt :


" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)


Membincangkan pengertian Jemaah dari sudut hadith maka para ulama salaf soleh dan bukannya seperti para ustaz yang mengaji empat tahun yang sewenang- wenang dan mudah berdalil pada hadith-hadith bagi mewajibkan orang menyertai jemaah mereka


sebaliknya para ulama salaf soleh telah menyebut bahawa maksudnya ialah Islam dan masyarakat muslim yang beriman kepada Allah.


“Katakanlah :“Rabbmu hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui"(QS. Al A'raf : 33)


Masyarakat muslim yang beriman kepada Allah dan rasul dengan pertunjuk Al-Qur'an dan sunnah maka mereka inilah jemaah.


Adapun kepimpinan dan imam itu ialah khalifah yang dilantik oleh umat Islam. Sebagai contoh, pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut


“ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah( Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).


Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami' Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah .


dan barangsiapa yang memisahkan dirinya dan keluar dari jemaah (masyarakat Islam) itu atau menyisihkan diri (membuat jemaah baru) maka sesungguhnya dia telah menghilangkan islam dari dirinya seperti apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut :


“ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah"


Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi :


“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya"


dan dalam riwayat Khalid bin Sabi' di sisi Tibrani menambah ;


apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).


Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas'ud ra :


bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam


(Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).


(aku dah boldkan perkataan yang berkaitan!)


Walaubagaimanapun kesimpulan dari pegangan para salaf soleh ketika menafsirkan maksud jemaah pada waktu mereka itu berdasarkan dalil dari hadith maka mereka secara ramai menyebutnya sebagai masyarakat Islam dan kepimpinannya dan kewajipan mentaatinya.


Namun tidak pernah ada sesiapa pun yang menafsirkan jemaah dalam hadith baginda sebagai melambangkan kumpulan tertentu atau gerakan tertentu begitu juga akan Al-Qur'an melainkan golongan yang jahil dan puak khawarij.


(hanya golongan yang berkepentingan saja yang menyalah tafsir hadith dan firman Tuhan dengan mengatakn jemaah adalah sekelompok kumpulan atau gerakan tertentu seperti yang telah diajarkan pada kami sewaktu d kem tersebut padahal sudah terang2 bahwa perkataan 'jamaah' adalah merujuk pada ISLAM! dan tiada yang lain)


Adapun maksud kalimah jemaah dalam beberapa hadith yang lain merupakan masyarakat umat Islam yang berpegang kepada Al-Qur'an dan sunnah dengan aqidah yang sahih iaitu Ahlul sunnah wal jamaah dan ini memang wujud seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ra bahawa rasulullah bersabda :


“ Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan umat Islam ini kana berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan dalam neraka serta Cuma satu sahaja dalam syurga iaitu Al-Jamaah(Hadith Hasan riwayat Abu Daud no. 4597 dan Ahmad, Darimi, Hakim serta Tibrani) .


Dalam hadith ini jemaah merujuk kepada masyarakat yang padanya wujud rasulullah dan para sahabat di dalamnya seperti yang dijelaskan dalam hadith lain riwayat Tirmidzi, Hakim dengan sanad Hasan.


(lihat pula pada hadith ini yang mengatakn jemaah d tafsirakn sebagai kelompok manusia tapi ianyan ialah zaman yang mana Nabi serta sahabat hidup d dalam zaman tersebut dan ini bukannya tafsiran mereka yang bergelar tok guru ustaz atau mereka2 yang berkepentingan tetapi d tafsirkan oleh Muawiyah yakni sahabat Nabi yang jauh lebih mulia dari tok guru ustaz dan mereka2 yang lain yang menjaga kepentingan sendiri)


Para ulamak seterusnya mengatakan dimaksudkan dengan beradanya rasulullah dan para sahabatnya itu ialah sebagai kinayah (perumpamaan) yakni dimaksudkan ialah menuruti sunnah baginda dan mengikut jalan para salaf soleh seperti yang disampaikan oleh hadith riwayat Irbad ibn Sariyah ra yang menyebut baginda rasulullah pernah bersabda :


“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid'ah !!! dan setiap bid'ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Manakala dalam erti kita menjelaskan makna hadith yang lain itu secara umum maka ianya bermakna keseluruhan umat Islam dan kepimpinan yang tertegak di dalamnya baik ianya merupakan kepimpinan yang baik atau pun zalim kerana berdasar pertunjuk sunnah dan perintah supaya mentaati mereka seperti yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah bersabda :


“ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).


Maka dalam konsep Malaysia saya dapat katakan kita umat Islam wajiblah mentaati kepimpinan yang ada walaupun kepimpinan itu melakukan maksiat dan kejahatan namun kita tidak boleh sekali-kali menubuhkan sebuah jemaah atau sebuah gerakan baru yang menyebabkan kita terkeluar dari jemaah asal iaitu Islam dan masyarakat Islam serta menyebabkan berlakuknya perpecahan di kalangan umat Islam.


Oleh yang demikian barangsiapa yang melakukan penyelewengan terhadap makna dan maksud Al-Qur'an dan sunnah dengan menyesatkan para pemuda Islam dan para wanita Islam dengan mewajibkan mereka menyertai jemaah dan kumpulan serta gerakan tertentu kononnya sebagai hukum wajib dengan mengunakan dalil- dalil dari hadith yang menyebut perkataan jemaah maka ternyata mereka telah melakukan dosa besar dan pendustaan terhadap Allah swt dan rasulnya serta umat Islam seluruhnya walaupun dia ustaz yang mengaji empat tahun di universiti !


(ok inilah doktrin yang cuba d suntik pada kami para peserta sewaktu d kem..dan aku sebenarnya tidak bersetuju dan mahukan pencerahan lagi dan inilah yang aku dapat..!! alhamdulillah..usah d wajibkan apa yang tidak d syariatkan ALLAH kerana 'jamaah' yang d maksudkan Quran serta Hadis ialah ISLAM dan bukan gerakan yang sedang mereka sertai dan mahu kami sertai sekali..apatah lagi mewajibkan kami menyertai jemaah! astaghfirullah..aku sudahpun punyai jemaah dan jemaah aku adalah ISLAM!)


"Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?" (Yunus: 59).


"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)


" Apakah kamu sanggup mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).


Demikianlah peringatan kepada mereka yang mewajibkan sesuatu yang dusta dengan mewajibkan jemaah dan mengintimakan diri dalam jemaah serta berdusta dengan kejahilan bahawa hukumnya wajib maka sesiapa yang mewajibkan jemaah dalam masyarakat Islam yang sebenarnya hanyalah merupakan perpecahan maka dirinya telah zalim kepada Allah swt dan dirinya telah berdusta dalam agama.


(na'udzubillah! inilah yang berlaku bila memutar belit ayat ALLAH untuk menghalalkan perjuangan mereka..mujur aku masih d lindungi ALLAH dan harap juga sahabat2 yang lain begitu kerna apa yang aku bawa ini bukanlah tafsiran tok guru ustaz atau mereka yang mengaji d universiti selama 4tahun tapi ianya adalah tafsiran para ulama yang faqih dan jauh lebih mulia dari golongan tersebut!)


Celakalah mereka yang menyalah tafsirkan hadith dan al-qur'an demi kepentingan politik mereka dan menyokong kumpulan tertentu serta menjual agama mereka demi harga yang murah.


Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda :


" Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya) (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).


Sebenarnya menurut faham salaf soleh, mereka mengatakan bahawa Islam ini ialah sudah berjemaah dan setiap muslim yang benar aqidahnya maka mereka sesama muslim yang lain ialah bersaudara dan satu ukhuwah Islamiyah yang dinaungi oleh kalimah syahadah.


Baginda juga pernah menyebut :


“Tidak sempurna iman seseorang kamu selagimana dirinya tidak mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri(hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim).


Jemaah itu ialah Islam dan sesiapa yang sudah muslim baik di kutub utara dan kutub selatan maka secara rasminya dia merupakan sejemaah dengan kita di Malaysia ini iaitu jemaah Islam.


Namun perkembangan realiti dunia Islam yang semakin hari umat Islam sudah meninggalkan Islam maka demikian juga dalam bidang agama lantaran lahir kejahilan dan kedunguan maka fenomena jemaah begitu pesat berkembangan dan wujud di merata-rata.


Ramai umat Islam mula tertarik kepada puak-puak atau golongan tertentu dalam masyarakat dan kelompok-kelompok tertentu dalam Islam.


“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).


(dan kerana ayat inilah menyebabkan aku keluar daripada organisasi yang pernah aku sertai dulu kerna aku tak tahu siapa pengasas dan organisasinya dan TUHAN sendiri dah melarang kita mengikut sesuatu yang tidak kita tahu walaupun ianya baik..samalah seperti mengiku amalan2 bid'ah yang walaupun baik tetapi sesat..sila rujuk entry aku mengenai amalan bid'ah yang sesat dalam tajuk utamakan yang utama!)


Setiap umat Islam merasa selamat dan selesa dengan jemaah masing-masing konon beralasan atas kesamaan fikrah (idea) dan kesamaan pendapat dalam agama Islam yang mereka punyai berdasar akal mereka.


Kumpulan A : Mereka memahami Islam dengan fahaman mereka lalu menafsirkan Islam dengan tafsiran mereka lalu berdakwah dan menjalankan amal Islam dengan kefahaman mereka lalu menubuhkan jemaah mereka , menamakan kumpulan mereka, hidup sebagai Islam menurut pandangan fikrah mereka, lalu bergerak berharakah di atas kefahaman mereka .


Mereka ini Islam tetapi mereka membeza-bezakan umat Islam yang lain dengan jemaah mereka. Ahli jemaah mereka ialah saudara mereka manakala umat Islam yang bukan ahli jemaah mereka bukanlah saudara mereka dan bukan mendapat perihatian sangat dalam kehidupan mereka.


Mereka berjuang di atas fikrah yang mereka dokong dan mentaati kepimpinan yang dilantik oleh mereka berdasar fahaman mereka.


“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.(Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Ubay bin Ka'ab berkata :


'Sesungguhnya sederhana di jalan ini dan (di atas) sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh tetapi dalam menentang jalan ini dan bercanggah dengan sunnah.'


Maka lihatlah amalan kalian jika dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sederhana hendaknya di atas manhaj (cara pemahaman dan pengamalan) para Nabi dan sunnah mereka.


Kumpulan B : Mereka seperti kumpulan di atas cumanya kefahaman mereka terhadap Islam berbeza dengan kefahaman kumpulan A dan kaedah mereka berdakwah, kaedah mereka menjalankan syariat tidak sama dan berbeza uslub dengan kumupulan A.


Mereka mempunyai kepimpinan mereka sendiri, mempunyai kaedah, uslub mereka sendiri yang dibangunkan berdasarkan kefahaman mereka kepada Islam.


Demikianlah sehingga wujud kumpulan C, D dan E serta sehinggalah ke Z seperti firman Allah swt :


“ Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU(Surah hud : 118).


Dalam hadith baginda pernah bersabda :


'Amal yang paling dicintai Allah adalah yang istiqamah (terus-menerus) walau sedikit'." (HR. Bukhari 1/109 dan Muslim nombor 782) .


Seorang Alim Ahli Al Qur'an, Muhammad Amin Asy Syinqithi berkata dalam Adlwa'ul Bayan 1/494

:

"Para ulama telah menyatakan bahwa kebenaran itu berada di antara sikap melampaui batas dan sikap meremehkan. Dan itu adalah makna ucapan Mutharrif bin Abdullah :

Sebaik-baik urusan adalah yang tengah-tengah. Kebaikan itu terletak antara dua kejelekan.


Sedangkan imam Az-zahabi ra pernah menyebut


" Apabila seorang ahli kalam (ahli akal) berkata jauhkan kami dari al-qur'an dan sunnah dan biarkan kami mengunakan akal" maka ketahuilah dia itu ialah Abu Jahal !! Dan jika datang kepada-Mu seorang Ahli sufi berkata " tinggalkan dalil zahir dan nash dan pakailah zauq, khusyuk dan wajd (suara hati) maka ketahuilah dia itu sesungguhnya ialah iblis dalam rupa manusia." (lihat dalam siyar alam nubala' m/s 472 Jilid 4).


Dalam masalah ta'adud jemaah ini hendaklah kita menjauhi perpecahan dan bersatu di atas tali Allah iaitu Al-Qur'an dan Sunnah.


Janganlah kita berpecah dan berselisih sesama umat Islam sebaliknya di atas ukhuwah agama dan pertalian saudara berasaskan tauhid itu hendaklah kita berkerjasama menegakkan Islam berdasar sunnah rasulullah dan jalan para sahabat salaf soleh.


“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah (Ali-Imran : 103)

.

Yakinilah bahawa sesungguhnya tidaklah para rasul dan nabi itu diwafatkan melainkan telah menyampaikan amanah dakwah kepada umatnya maka demikianlah juga dengan rasul kita Muhammad salallahualaihiwasalam yang telah menyampaikan segala risalah dakwah dan ajaran Islam tanpa tertinggal


dan di antaranya telah dijelaskan kepada kita cara berjuang menegakkan Islam tanpa perlu kita mencedoknya dari fikrah manusia atau mengambilnya dari barat.


Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :

“Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.


Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya;


“ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.Ø£¢Ã¢‚¬? (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam MuØ£¢Ã¢‚¬Ã¢„¢jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).


Seandainya wujud khilaf dan perselisihan maka hendaklah kita semua kembali kepada al-Qur'an dan sunnah sebagaimana perintah Allah swt supaya kita dapat bersatu.


"Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu hal maka kembalilah pada Allah (Al-quran) dan rasul (As-sunnah)" ( Surah An-Nisa' : 59).


Maka demikianlah kefahaman yang sebenar yang perlu difahami bahawa kesatuan dan perpaduan itu wajib dan harus diusahakan oleh setiap mereka yang mengaku beriman kepada Allah swt dan rasul.


Maka sesungguhnya kefahaman yang benar itu ialah yang berdasar kehendak Allah swt dan di atas pertunjuk rasul-Nya.


" Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (hadith Sahih, Muttafaqun Alaih Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037)


Sebagai peringatan juga hendaklah kita mengawasi kumpulan-kumpulan pelampau dalam agama yang bergerak dan berjuang Islam dengan kejahilan sehingga lebih menimbulkan fitnah dari kebaikan.


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang memperingatkan agar berhati-hati dari orang-orang khawarij dimana beliau telah menyebutkan tanda-tandanya kepada para sahabat dengan sabdanya :


“Bacaan (Al Qur'an) kalian tidak dapat mengimbangi bacaan (Al Qur'an) mereka sedikitpun. Shalat kamu tidak dapat menandingi shalat mereka sedikitpun. Mereka membaca Al Qur'an dan menyangka bahwa Al Qur'an itu dalil bagi mereka padahal hujjah atas mereka. Makna shalat mereka tidak melewati tenggorokan mereka dan mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya.


Para ulama menyebut Orang yang dikasihi oleh Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada pertunjuk sunnah dan bersatu di atas Al-Qur'an dan Sunnah dan tidak menyertai perpecahan dan menjauhi perbezaan dan perselisihan.


Sabda baginda juga :


"Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda-muda umurnya. Pendek akalnya. Mereka mengatakan ucapan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al Qur'an tapi tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari buruannya." (HR. Bukhari nombor 3611 dan Muslim nombor 1066).



Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan
;


“Menganjurkan manusia agar berpegang dan mengikuti As Sunnah serta mencegah jangan sampai bid'ah muncul dan tersebar adalah amar ma'ruf nahi munkar. Bahkan ini merupakan amalan saleh yang paling mulia, sehingga seharusnya betul-betul dijalankan dengan penuh keikhlasan mengharapkan wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala(Minhajus Sunnah, 5/253).



Demikianlah dakwah Islam ditegakkan di atas ilmu dan kefahaman yang mendalam, bukan kerana suka-suka, bukan kerana budaya sebaliknya kerana tanggungjawab agama yang mesti dipikull dengan panduan agama.


Di perjalanan, orang-orang Khawarij bertemu dengan Abdullah bin Khabbab maka mereka berkata :


"Apakah engkau pernah mendengar dari ayahmu sebuah hadits yang dia dengar dari Rasulullah?" Dia menjawab : "Ya, aku mendengar ayahku berkata : 'Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berbicara tentang zaman fitnah. Orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang mereka yang berlari. Maka jika engkau mendapati masa seperti itu, jadilah engkau seorang hamba Allah yang terbunuh'." (HR. Ahmad 5/110, Ath Thibrani nombor 3630, dan hadits ini memiliki beberapa syawahid).

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai? (Surah Ar-Rum 31-32).




P/S : Artikel ini merupakan kumpulan tulisan lama saya khasnya sewaktu fenomena hangat tentang jemaah ini berpusar di kampus lalu kemungkinan pembaca akan mendapati saya sedikit keras sewaktu itu.




Buat makluman semua, saya dan rakan-rakan dicela dan dicemuh kerana keluar dari sebuah jemaah dengan tuduhan yang sangat dahsyat dari mereka yang ta'asub dan jahil terhadap jemaah mereka.



Mereka mewajibkan jemaah mereka kepada orang lain dan doktrin ini diterapkan kepada ahli sehingga merasakan berdosa keluar dari jemaah mereka dan juga merasakan berdosa tidak memasukkan orang dalam jemaah mereka dan juga merasa berdosa orang yang tidak berfaham dengan "fikrah" mereka.



Inilah bid'ah yang besar dan dosa dan kerana itu artikel ini sedikit emosi dan keras namun kata orang tua-tua masa berlalu dan angin tiung menjadi bayu, batu pejal menjadi lembut maka inikan pula hati manusia.



Memahami hukum jemaah hendaklah secara khusus dinilai dengan hati-hati dan ianya perlu difahami dengan mendalam.
Misalnya saya tidak menyalahkan sesiapa yang masuk dan menyertai PAS dan tentulah salah dan silap apabila seseorang menghukum bahawa menyertai Pas ialah haram, wajib atau berdosa atau harus sebaliknya hukum itu jatuh pada perbuatan yang khusus dan akibat yang khusus demikian juga pada UMNO atau ABim atau JIm atau mana-mana parti atau kumpulan.



Tetapi apakah ada ulama yang mahu mengatakan "tidak apa" apabila seorang pelajar universiti yang mentah jahil akan Al-Qur'an dan sunnah tetapi dalam usrah dan ceramahnya mewajibkan orang menyertai jemaah mereka dengan mengunakan dua tiga potong ayat Al-Qur'an dan dua tiga patah hadith ?


(ok..sile fokus pada ayat d atas ye..banyak berlaku d kampus2 termasuk d tempat aku yang mana para naqib naqibah yang masih mentah tentang agama namun mewajibkan orang lain menyertai jemaah berbekalkan nas2 dalil yang sendri mereka tafsirkan tanpa merujuk tafsiran para ulama yang muktabar!)



Mereka sewenang-wenang mewajibkan hukum jemaah yang ditubuhkan oleh mereka kepada orang ramai dengan mengunakan akal mereka dan mentafsir ayat Al-Qur'an dua tiga patah dengan akal mereka dan hanya bermodalkan buku-buku Fathi Yakan dan lain-lain sebagai bahan bacaan dan hujah mereka lalu apakah boleh berdiam diri dengan mereka ini ?



(yang ini memang berlaku sewaktu d kem bila mereka menggunakan hujah buku Fathi Yakan yang d tafsir sendiri mengikut kepentingan masing2..dan waktu itu aku hanya mampu tidak bersetuju dalam hati kerna aku asing d tempat mereka dan masih tidak cukup ilmu)



Jangan berdusta mengaku tidak ada fenomena ini, bahkan di universiti di Malaysia serta di seluruh universiti fenomena ini wujud dan mereka mewajibkan orang dengan jemaah dan fikrah fahaman mereka.
Maka ini yang harus di tentang dan saya menentang fenomena ini dengan semampu saya. Wallahualam


_____________________________________________________

ok..sudah habis baca artikel d atas?
masih belum jelas mengenai hal2 jemaah yang buat aku dan korang pikir selama ni?



alhamdulillah aku sudah dapat pencerahan mengenai isu ini dan aku harap korang juga begitu dan pada mereka yang pergi ke kem sama dengan aku...
sama2 kita renungkan kembali mengenai penigisian yang telah d berikan..



sama ada harus d ambil kira sebagai hujah ataupun d tolak?
kerna apa yang tertulis d artikel d atas yang mana segala nas dalil serta firman ALLAH adalah d tafsirkan oleh mereka yang betul2 d akui kefakihan mereka dalam agama!



dan bukan d tafsirkan oleh golongan yang hanya belajar 4tahun d universiti bla3...bla3...
aku tidak berniat untuk bukak pekung d dada sesiapa pun..
namun aku hanya mencari kebenaran dan tidak mahu mengikut membuta tuli dengan hujah2 yang mereka berikan sewaktu cuba doktrinkan kami..



dan aku akui,banyak yang aku tidak puas hati atau tidak senangi sewaktu d kem..
(namun aku masih cuba berbaik sangka dan mengambil pengajaran yang baik)




apatah lagi apabila kami d wajibkan mengikuti jemaah dan ini mengobarkan lagi semangat aku untuk mencari dalil dan hujah untuk menyokong fahaman mereka yang mewajibkan berjemaah!



dan alhamdulillah aku telah mendapat pencerahan dan jawapan..
namun aku tak pernah salah kan mereka...
namun aku harap mereka baca artikel d atas yang aku langsung takde tokok tambah..
demi ALLAH ini adalah perkongsian dari aku pada sahabat2 d universiti yang mungkin agak keliru mengenai soal jemaah..



dan maaf kerana tak dapat bagi link artikel d atas kerna ada masalh teknikal..
insyallah aku akan cuba bagi link pada mereka yang ragu2..
ini adalah perkongsian dari aku..
segala salah silap sila tegur dengan berhikmah!



wallahu'alam~



notakaki: sewaktu edit artikel d atas untuk d muatkan dalam belog aku ni teringat saat aku d perli d kem kerna kononnya aku tidak wala' pada satu pemimpin hanya kerna aku menyertai 'jemaah' lain d kolej..astaghfirullah..sekali lagi waktu itu aku hanya seekor tikus d dalam sekelompok kawanan kucing..dan aku hanya senyap dan mengikut rentak mereka kerna aku hormat dan masih tidak cukup ilmu dan hujah..dan teringat juga saat bila aku mempersoalkan mengenai kepelbagaian jemaah ini adalah satu bid'ah kerna zaman Nabi tiada jemaah2 ni semua..dan jawapan yang d berikan adalah ayat4 surah AsSoff..dan waktu tu aku hanya mapu tersenyum memaksa diri cuba menerima walau aku tidak bersetuju dengan hujah tersebut kerna ayat4 surah AsSoff menyebut mengenai 'jemaah' dan ketahuilah erti kata sebenar 'jemaah' dalam ayat itu ialah ISLAM dan aku masih lagi ISLAM walaupun aku tidak menyertai jemaah mereka..kerna jemaah aku hanya satu yakni ISLAM!


cukup ALLAH bagiku~

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar