Thursday, September 10, 2009

susah sangat ke?



syukur alhamdulillah~
berjaya juga habiskan final paper untuk fisrt model petang tadi...
sekarang kena berusaha tuk terus berdoa supaya dapat keputusan yg terbaik...
memamng dari awal lagi dah tanam dalam diri tuk redha dengan apa jua keputusan...
aii...am i really ready to face with it??
only ALLAH knows...

dalam hadapi minggu exam ni...
macam2 ragam yang dapat tengok...
yang paling obvious sekali...

situasi 1:

bila datang kuliah dengan mata yang bengkak macam kena belasah dengan sekumpulan gangster tepi jalan...

sah2 la bangun qiam moga di cerahkan akal dan hati menghadapi exam...
eh..ooppps..bukan2...
sah2 la stay up tuk terus menerus membaca walaupun mengantuk tahap yang amat..
walaupun hormon melatonin telah di'secrete'kan dengan banyak tuk menyuruh badan suruh tidur,
tapi tetap berdegil sebab banyak lagi yang tak di 'revise'...
minum kopi atau nesacfe mahupun tongkat ali dan kacip fatimah dan segala jenis macam minuman segera tuk membangkitkan kesegaran hingga ke pagi...

hmm,bagus anak mak,pelajar yang cemerlang,
bersengkang mata tuk exam yang bakal menjelang..
tapi kan lagi bagus kalo bersengkang mata tuk bermunajat pada ALLAH..
lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni...
moga di beri keberkatan dan ketenangan..

situasi 2:

jalan pegi mana-mana pun akan bawak fail dan notes yang berkaitan...
tak main la fail yang kecik2 tu...
kang nanti kate pelajar tak cemerlang pulak...
huh,amek kau! sebesar alam fail yang di bawa ke hulu hilir..

mana2 pergi pun setia dengan fail di tangan..
belum kira buku setebal 18inci yang jijnjing kat tangan yang sebelah lagi...
itu baru yang terzahir di mata..
belum yang tersembunyi dalam beg lagi..
alahai...berkepuk2 kertas nota..
mujur la tak bawak troli tuk angkut semua bahan yang berkaitan...
takpe,demi exam,berat macam mane pun..
berat ilmu...

hmm,bagus anak mak...
sanggup berpatah bahu 16kerat menahan berat ilmu..
tapi kan lagi bagus kalau juga sanggup bawak alQuran yang hanya beberapa gram tu..
lebih2 lagi sempena ramadhan ni..
baca tuk dapat ketenangan bila otak dah tepu..


*****************

susah sangat ke nak realitikan cara yang sebenar2 cara dalam melakukan sesuatu?
susah sangat ke nak lebihkan beribadat dengan sebenar2 cara?
susah sangat ke nak berkorban demi kejayaan diri kita sendiri?

menjelang exam,semua muka pun cuak..
"ko tak abes study,aku pun xabes study lg.."

yang paling penting,bila semua pun di buat hanya kerana Dia..
insyallah kita akan redha dengan apa jua rezeki dan keputusan...
macam biasa, (2:216) yg jadi pegangan...

lebih bermakna gagal dalam berkat dari berjaya dalam lalai..
the phrase that i keep said to others when they worried too much...
tipu lah kalau tak cuak..saya juga cuak..sangat cuak..
tapi saya percaya saya telah berusaha dan saya berhak tuk berserah dan bertawakal selepas usaha tersebut...

usaha sehabis mungkin,hasilnya ALLAH yang tentukan..
apa2 pun yang telah,sedang dan akan diberikan semua pn terbaik..
ALLAH Maha Mengetahui~~

hidup sehari-harian ni banyak buat kita lupa tujuan sebenar hidup...
lebih2 lagi bila exam,semua pun struggle tanpa kembali pada Penguasa..
owh,lemah betul iman ni..
demi mengejar title DOKTOR, terlupa seketika realiti..
pesanan tuk diri ni juga...
keep on reminding myself..Insyallah~

tapi,saya akui sangat SUSAH tuk menyelarikan kehidupan dunia agar sentiasa menuju ke arah akhirat...
sentiasa terpesong dan lalai...

SUSAH TAPI TAK MUSTAHIL KAN???

'dan manusia tak memperolehi selain apa yg di usahakan'
(53:39)



cukup ALLAH bagiku~

No comments:

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar