Thursday, November 12, 2009

paku yang lekat d hati?




aku tiada keje lain dok d umah..
selain daripade surf intenet dan membaced bahan2 ilmiah dan kadang2 juge bahan lagho..
(selalu g web oh artis..hik3)

n macam selalu kalau jumpa artikel yang menarik hati..
aku akan post kt sini..
alhamdulillah pencarianku berjaya juga..
ringkas je citer ni..tapi sangat bermakne bagi aku yang terlalu tidak pandai menjage hubungan sesame manusia sekeliling..

kisah bermula....

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!

Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.

Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?

Maksud ibu?

Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
lepas habis bace artikel ni..
aku terkedu terkesima terkelu seribu bahasa..(peh..sastera sungguh aku)

bukan ape,pada sape2 yang mengenali aku..
maka tahulah perangai sikap dan pe'el aku ni bagaimana..
rasanya sudah berapa ramai yang menjadi mangsa kekejaman mulut ini..
(demi Tuhan,itu kelemahan aku)

astaghfirullah~
sungguh lidah itu lebih tajam dari mata pedang..
mungkin selepas ini aku kena lebih bertekad untuk menjaga hati insan sekeliling..
biarlah tahi yang diberi,aku balas dengan bunga..(ow,bukan bunga tahi ayam ye)

"maka d kesempatan ini,
aku mahu memohon maaf secara langsung atau tidak pada mereka yang pernah aku lukai secara kasar mahupun secara lembut..
aku hanya manusia biasa..
betulkan aku jika aku tersalah kerana senyap seribu bahasa sambil berharap aku sedar akan kesalahan aku tidak akan merubah keadaan"

meminta maaf adalah perbuatan terpuji.
tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


nota kaki: biarlah hati ini d pahat dengan ribuan paku, kerna Dia ada untuk mengubati..biarlah hati ini menangis sendiri,kerna Dia ada untuk menemani..jika d bandingkan paku d hati ini,apalah sangat dengan jutaan paku yang telah aku pahatkan d hati mereka yang lain...


cukup ALLAH bagiku~

3 comments:

Unknown said...

bila ingin berteman,

jgn pandang pd kelebihannya
kerana dgn 1 kekurangan
kau akan menjauhinya

jgn pandang pd kebaikan
kerana dgn 1 kelemahan
kau akan membencinya

jgn menguji ilmunya
kerana bila dia buntu
kau akan menyisihnya

andai kau berteman,
terimalah dia seadanya
yg hakikatnya manusia
sama seperti kamu jua

terimalah dia kerana Allah.
sesungguhnya Allah Maha Tahu
hakikat dan hikmah ukhuwwah yang ditentukannya-Nya...

khaleef said...

fareha azhar..nice quotes..
btul2..berukhwah la hanya kerana Dia..
barulah semuanya pun akan rasa nikmat..
walau saket,tapi saket itu nikmat kan..

haha..najwa..
ko patut dnga nasehat cek fareha kite ni..

khaleeftunggal said...

fareha n khaleef:
insyallah..time kaceh ats segale nasehat kamu2 semua..
hak3~~
muge bjumpe d len hari

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar