selamat tinggal 2009
innahu min sulaimaanawainnahu bismillahirrahmanirrahim..
terlalu awalkah aku buat entry sempena tahun baru ni??
ini mungkin gabungan entry tuk awal muharram yang tak sempat aku buat..
kurang dari seminggu nak sambut tahun baru..
itu pun kalau nyawa masih mahu d pinjamkan Tuhan..(insyallah) sebab aku pun tak tahu nyawa aku dan korang akan terhenti d persimpangan yang mana..
dari segi sains,sudah hampir 365 hari bumi mengelilingi matahari tuk lengkapkan pengkadaran selama satu tahun ni..(subhanallah!)
ok...tajuk entry sedikit keras bunyinye..tapi ikut nada suare korang mahu terjemahkannya ikut lenggok gaya bahasa yang bagaimana...
dan amaran..mungkin entry ini akan panjang berjela..(sile berenti kalo tak paham dan sambung d kemudian hari)
sebelum kite semua melangkah ke tahun baru barat ni..(sebab Islam dah lama dah tahun baru..)
dan sempena Awal Muharram yang baru seminggu lebih melabuhkan tirai..meh aku nak ajak korang kembali ke masa lampau tuk muhasabah sesama diri sendiri..
imbau balik dah berapa banyak dosa dan berapa sikitnya pahala yang dah kumpul..
sekali lagi aku bukan alim ulama tuk perkatekan soal ini..aku hanya mahu menyemak saje untuk sampaikan ajaran Nabi sekaligus perbaiki diri yang mungkin terpalit sedikit sebanyak gelaran munafik...(na'udzubillah) aku bukan juge mahu berdakwah pade korang dan perasan diri aku bagus...
alam maya ni tidak sesuai sebagai medan dakwah,cukuplah sebagai medan ilmu..
nak tau beza keduanya?? aku akan citer d entry yang lain...(insyallah kalau umur aku panjang!)
ok...cukup la repekan aku kali ni...
sempena kerajinan aku nak update belog dan sempena kemalasan aku tuk sambung study.(wuhu!)
aku kira terlalu banyak masa yang d buang dengan sia2..hinggalah ke saat ini masa senggang itu akan terus terbuang tanpa d isi..oh,hinanya aku!
dan mungkin malaikat belah kiri aku dah penat catit amal jahat aku..dan aku tau aku tak perlu mintak ampun pade malaikat sebab penat catit amal jahat aku tapi mintak ampun pada ALLAH ok!!
dalam rangka waktu selama hampir 4tahun hidup dengan menanggung dose sendiri..
(yela,sebab sebelum akil baligh mak bapak yang tanggung dose.)
hampir 4tahun tanggung dose dan pahale sendiri, aku rase dose aku telah jauh meninggalkan pahale yang masih tercungap2 keletihan d belakang..
aiyak!
menoleh sekejap ke belakang..berapa banyak masa yang telah d baziri dengan perkara yang tak perlu!
huh....macam la hidup ni lama sangat tuk berseronok dengan duni yang fana ni..
(ow,sungguh aku insan lemah yang selalu jatuh ke lubang yang sama berkali2)
mungkin kalau d senaraikan perkara huduh+buduh+dungu yang kita semua suka buat..tak tercapai akal untuk senaraikan semuanya..
membazir sisa hidup yang semakin hampir dengan kematian dengan benda2 yang tak membantu untuk kehidupan akhirat kelak..
tapi,aku tetap nak senaraikan perkara huduh+buduh+dungu tersebut agar korang dapat bermuhasah balik walau sejenak cuma...
sama2 kita terasa dan cermin balik amal diri!!...(wuhuu!)
- tengok drama bersiri!
- main games,facebook,etc (erkk..blog??)
- gossip,ngumpat,buruk sangke..
sebab ape aku cakap macam ni,sebab solat yang dibuat tak berjaya tuk tegah aku lakukan perkara mungkar apetah lagi tuk jauhkan diri dari benda mungkar..sungguh ini masalah hati yang masih tak berjaya d tangani..berapa banyak daging saudara sendiri yang d hadam... dan aku masih berangan nak masuk syurga ALLAH yang sangat mahal tu..ow,hina2..
- tak jage solat..
- tengok sukan secara live
- tengok movies,wayang,boling,(oopsss)
ok...fullstop..cukup sekadar 6 senarai aktiviti masa hidup kita semua yang kononnya masih panjang lagi tuk hirup udara Tuhan yang telah d bazirkan dengan begitu saja..
banyak lagi yang aku nak muatkan..oh artis,oh tidak,chatting,YM,skype,etc...
tu pun dah tak sanggup nak taip banyak2..sebab korang lebih tau d mane mase korang habiskan sementare maseh muda rumaje ni..
kalaulah malaikat pencatit ade perasaan penat dan jemu tulis amalan jahat aku ni..mesti dah bertukar ganti malaikat yang bertugas..
ampunkan kami Ya ALLAH!
rasa nak menanges bila tau perkara huduh+buduh+dungu yang selalu d buat..
apabila d perhambakan oleh dunia walau punya ilmu d dada..
apetah lagi amal ibadat yang kononnya lillahita'ala belum tentu d terima Tuhan..nak lepas 7lapisan langit tu bukan main susah andai tiada ikhlas d hati..
apa kan daya aku manusia biasa yang tak sempurna dan selalu perasan bagus dan perasan aku lah yang paling beriman antara semua..hampagas tol!
takut jugak nak post entry ni sebab nanti aku dah tak boleh buat benda2 lagho yang d senaraikan d atas..ow,lemah sungguh iman ni..
orang bodoh yang buat maksiat lebih mulia dari orang berilmu yang buat maksiat..
sebab itu perlukan sahabat tuk ingatkan diri aku yang selalu perasan bagus ni bahawa ada yang lebih bagus dari aku..
sila berpijak d bumi nyata!
aku akhiri entry kali ni dengan soalan..
'korang dah lama hidup sehingga ade mase buat amalan yang takde pekdah ni???'
dan sedikit kata2 dari aku yang selalu perasan bagus ni..
'selamat menyambut tahun baru dan selamat berhijrah ke fasa yang lebih baik!!'

notakaki:tahniah pade adek aku IRFAN HAFIZI yang cemerlang jugaklah dlm PMR(8A,1B)..muge selamat dunia akhirat adek aku yang sorang ni dan tak ikut jejak langkah sumbang abg2 dan kakak beliau..dan aku sangat berharap aku temui diri aku dan tidak 'lost' dalam khayalan emosi yang hanya membunuh akal dan hati..muge jadi khalif,hamba,daie,anak,kakak,student,sahabat,masyarakat yang baik di sisi ALLAH..azam tuk jadi insan yang lebih baik dari segenap segi tak kan pernah padam..so jangan tanya apa azam aku! dan aku tetap suke oren~
wallahu'alam~
wallahu'alam~
2 comments:
nice entry i think..
bab tengok drama bersiri tu yg tak tahan tu..aku dah la minat drama kt tv..
takpe2..aku akan usahe tuk perbaiki diri..
oh ye,ni lirik lagu yg kt blog..
khas tuk penulis!
Menitis airmata ku
Hilangnya sahabat sejati
Yang dia yang dikau ku merindu
Persahabatan abadi
**Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu
jangan marah ye..kaw sahabat dunia khirat aku!
haih..mmg aku terasa gk bc entry nie..thanx weh bg reminder yg berguna ntok aku... :D
diri nie mmg slalu alpa,leka, lalai, lupa..hmph sumalah...perlukan peringatan slalu...
Post a Comment