Saturday, November 13, 2010

HARAM menonton wayang?


sold out!

innahuminsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

ngeeee~~ aku datang lagi...(baca dengan nada iklan 'tora datang lagi..!')
ok...kali ni aku datang bukan dengan lenggak lengguk apatah lagi gemah gemalai..tapi aku datang sebab nak berkongsi dengan korang tentang satu perkara yang mungkin ramai dah tahu...tapi maseh pura2 tak tahu kerna aku dulu pun tahu jugak tapi maseh bersikap pura2 tak tahu...memang aku betul2 tak tahu malu kan???

ok! kalau korang tengok judul entry aku kali ni..merupakan satu persoalan yang aku lontarkan..dan isnyallah akan d berikan jawapan sikit masa lagi..cuma korang kena bace sampai habis tapi kalau tak nak pun takpe...sebab aku tak paksa...tapi aku tetap berbaik sangka dengan korang,so sila baca sampai habis dengan dada yang lapang ok...

aduh..bila sebut pasal wayang...apa yang aku boleh gambarkan ialah keadaan orang yang ramai bersesak2...sanggup berlaga bontot...bermandi peluh...memerah keringat..hanya kerana mahu membeli tiket d kaunter...untuk masuk ke rumah syaitan! aduh...sekali lagi aku mengaduh..aduh! bila orang ramai lagi suka berkunjung ke rumah syaitan berbanding rumah ALLAH...aku sedih..sebab aku dulu pun boleh d katakan pengunjung tetap rumah syaitan tersebut..dan alhamdulillah...sekarang tidak lagi...(woha!)

kenapa aku cakap panggung wayang tu rumah syaitan...erk..aku rasa korang boleh pikir sendiri kot...d tambah dengan kegelapan suasananya...gelap gulita...cerita yang d tayangkan pulak ada unsur2 cium,peluk,gesel sana sini,pegang situ sana,raba sesuka hati dan mungkin juga unsur2 **** yang kadang2 agak keterlaluan bagi seorang Islam yang mana KITA WAJIB UNTUK MENJAGA PANDANGAN! haaa...maseh bukankah semua unusur2 d atas itu adalah perkara2 yang syaitan suka???

ALLAH...memang jahil sungguh aku kerna pernah datang ke rumah syaitan yang penuh dengan unsur2 maksiat...pernah aku d ajak sekali oleh rakan2 tuk ke sana bila da abes paper exam

"tak naklah..aku da banyak dosa..taknak la dosa2 aku jadi penghalang kejayaan aku.."
"alaaa..kita bukan buat apa pun..tengok dengan kawan2 je pun..kawan perempuan.."
"yelah..tapi dalam tu bercampur laki pompuan..taknaklah.."

maka dialog tu pun terhenti d situ..tapi biasalah kan manusia...akhirnya iman yang ku cuba pertahankan ni rapuh juga..bila aku masuk juga ke rumah syaitan tersebut..dan terus Tuhan beri aku balasan dengan muntah d panggung..hahahaha! jangan ketawa ok...mujur Tuhan maseh sayang aku..terus bagi aku pengajaran..taubat dah aku taknak berkunjung ke situ..
(kuatkan aku ok Ya ALLAH)

so...kalau dah kata wayang itu rumah syaitan..nape maseh berleluasa dan boleh d masuki oleh segenap pelusuk umat Islam d Malaysia dan juga d negara2 lain??? erm..aku tiada jawapan tepat bagi soklan tersebut..namun samalah juga kesahnya dengan rumah pelacuran,rumah urut,kelab2 malam,disko,pub,kelab dangdut yang juga beroperasi dengan sesuka hati dan tiada larangan pun kepada umat Islam tuk masuk ke situ...walaupun tempat2 tu jugak rumah syaitan malah lebih ramai syaitan yang datang dari manusia sebab nak teguk air syaitan...

ok..tentang hukum berkunjung ke panggung wayang..sama ada halal atau haram...aku telah kopi pasta dari beberapa sumber...

iluvislam.com

Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.

Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)
2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan
3. Mengundang fitnah

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .

wallahu 'a'lam.

dan aku juga telah mengopi pastakan jawapan dari Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi tengtang maslahat ini...haaa..bukan calang2 orang tau ni...so..jawab beliau..

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Sekian, wassalam

so..boleh tengok kan mengenai hukum tentang pergi ke rumah syaitan ini...ianya halal dan baik tapi harus mengikut beberapa garis panduan yang d tetapkan agar tiada syariat ALLAH yang d langgar...tapi..kalau d perlihatkan balik 3 garis panduan yang d berikan tu..memang HARAM la kan Malaysia nak buat camtu...

boleh ke cerita yang nak d tayangkan tu takde unsur2 maksiat??? sedangkan pelakon pun terang terang bukan muhrim antara satu sama lain...
boleh ke kalau time2 sedang syok tengok wayang tiba2 wayang d 'stop' kan sebab waktu solat dah sampai???maka menyumpah la dalam hati penonton masing2 sebab tak puas hati kena berkunjung ke rumah ALLAH pulak...
dan boleh ke d asingkan panggung wayang tu kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim...?? sedangkan kebanyakan pengunjung wayang tu adalah majoriti dari pasangan merpati dua sejoli yang sedang asyik memadu asmaradana..kalau d asingkan..terpisahla merpati tersebut..tak sejoli dahla kan...aish~

dan hakikat yang paling buruk lagi mengerikan adalah...fenomena berkunjung ke rumah syaitan ini tetap berleluasa tanpa kekangan...trend katenya...ALLAH~....
jumlah kunjungan ke rumah ALLAH pun sangat kurang berbanding ke rumah syaitan...so,kawan syiatanlah kita semua ni?? menjadi tetamu syaitan boleh d katakan hampir setiap hujung minggu atau bilamana ada masa terluang??

dan untuk lebih menjawab adakah HARAM menonton wayang??? maka aku menjawab ianya sebagai "yes" dan juga "ya"! haram menonton wayang kerana banyak syariat yang d langgar dan juga maksiat yang berlaku d dalam sana yang penuh dengan kegelapan...walaupun kita tak buat maksiat tersebut...tapi kita tetap d anggap bersubahat kerna tak cegah maksiat...so kalau dah tahu memang tak mampu nak cegah maksiat,jauhkan diri dari maksiat tu ye....


Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .”
Riwayat Tirmizi, hadith Hasan


dan lagi satu hadis yang amat popular jugak..tapi masih ramai lagi ahli agama..yakni golongan yang tahu agama mengendahkan hadis ini lalu dengan tanpa rasa bersalah pergi ke rumah syaitan tersebut...(akulah tu...)

Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari dan Muslim)


wallahaualam

notakaki:jangan nak tunggu malaysia d timpa bala baru nak terhegeh2 cari punca...ALLAH~ bala bukan menimpa golongan maksiat tapi semua pun turut terkena...

cukup ALLAH bagiku~

5 comments:

atikah said...

itu la guna nye hbo, astro citra.hehe

sherasan said...

kadang2, yang dah tahu buat2 tak tahu..Allah, kurniakan hidayahMu pada kami!

p/s: jazakillah 2k lignocaine. akan diingati!

khaleeftunggal said...

atikah: aku tau ko peminat setia channel2 tersebut..aku tetap suke 611..haha

umatmuhammad: itulah masalah umat yg kita pun selalu buat2 tak tahu dengan harapan dia akan tahu kesilapan die tu..
ALLAh....

Anonymous said...

subhanallah....terjawab juge musykillah sya selama ini....penulisan yg sgt mantap..^^-teruskan ye dik..!
setiap entry anda mengetuk hati yg slalu terleka...

khaleeftunggal said...

cik anonym:
alhamdulillah..
same2 berkungsi ilmu

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar