Saturday, November 20, 2010

mahalkan cinta?

Align Center
percintaan 1 meter~

innahu minsulaimaan wainnahu bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH...sebelum aku betul2 nak post entry berkaitan ini...aku mahu meminta ampun pada ALLAH Yang Maha Segalanya sebab sangat2 lemah dalam mencegah mungkar...mungkar diri sendiri dan juga mungkar orang lain...aku tau aku pun bukan sempurna tuk tegur orang lain...tapi,kalau nak tunggu aku sempurna memang TAK MUNGKIN la kan!

yela..tak cegah sepenuhnya dengan tangan dan kuasa..hanya cegah dengan tulisan huduh buduh kat belog aku ni....insyallah..dakwah Nabi tetap jugak aku buat..cegah mungkar cara Nabi tetap jugak aku buat...insyallah dan insyallah!

kerna aku sedar aku ni insan hina dina...maka aku separuh merayu pada korang2 semua tuk baca sampai ke titisan taipan yang terakhir....dan tegurlah aku jika aku ni perasan bagus...buat2 bagus...ataupun aku ni memang bagus...sebab Saidina Umar pun dulu..waktu jadi khalifah sanggup mendengar teguran si peminum arak...kerna apa yang d tegur itu adalah benar...sahabat tidak melihat pada penegur tapi melihat akan apa yang d tegur..hebatkan!

ok..aku nak tinggalkan dulu penggunaan ayat2 skema d atas...jum pergi straight to the point ok..
sebenarnya aku dah banyak kali tulis post pasal cintancintun dalam belog aku ni...sampai aku pun naik geli..(cewah!) tapi itulah hakikat yang berlaku dalam hidup2 insan sekeliling aku..terperangkap dan terbuai dengan perasaan sendiri...padahal banyak lagi perkara nak kena pikir dalam hidup ni selain dari mainan perasaan yang tak ade penghujungnya...
(wah! aku dapat rasakan kematangan aku..auuw~)

kisah 1

diskusi ringkas dengan seorang sahabat:**kunen itu aku

"kitorang memang dah lama clash..tapi still contact each other..susahla kalo nak tinggalkan terus.."

"clash sebab apa eh?"

"sebab tau benda tu tak baik..i mean haram la kan..tapi tula..susah nak tinggal..sebab memang da suka..as if..da terpikir da masa depan.."

"korang da clash,tapi still contact each other eh?"

"yup..lebih kurang la.."

"hmm..memang la susah..tapi tak mustahilkan tuk terus tinggalkan perkara yang tak baik tu.."

"........susah dan agak mustahil.."

"...................................."

kisah 2:

diskusi ringkas dengan seorang ikhwan: **kunen itu aku

"aku bukan apa..taknak dia jadi fitnah tuk kau je.."

"eh,jangan kata gitu..die tu budak baik..tak pernah pun suruh aku buat pape yang tak betul..dia budak baik..aku ni je.."

"yela...aku tau..tapi macamlah ko tak tau perempuan adalah fitnah terbesar bagi lelaki..aku taknak dia jadi fitnah tuk ko.."


"tak..insyallah tak..dan harap2 d jauhkan..."

"harap2 macam tula..tapi kite kena jaga2 dengan jarum syaitan ni..macam2..hati kena jaga..jaga nama baik sendiri..nama baik dia..."

-theend-

kisah 1 tu antara aku dengan seorang perempuan..kisah 2 tu pulak antara aku dengan seorang insan...bagi aku masing2 pun terperangkap dengan kisah cinta masing2...terbuai dengan perasaan kasih dan cinta pada pasangan yang belum halal dan belum tentu akan menjadi halal!

dan aku konklusikan bahwa mereka yang berada dalam kisah d atas itu terperangkap dalam dunia cinta masing2 yang maseh belum halal dan belum tentu akan menjadi halal seperti yang d impikan masing2...

seorang yang telah melakukan pengorbanan tuk clash...bagus2..tapi maseh lagi melakukan amalan2 mungkar yang membawa kepada hubungan antara 2hati yang masih belum halal itu terus terjalin...
seorang lagi pulak mengharapkan hubungan itu akan boleh d halalkan 1hari nanti..tapi d dalam mencapai usaha tuk menghalalkan hubungan tu...bercampur pulak dengan perkara2 yang tak halal...
ALLAH......~

kalau seorang tu terperangkap dengan segala kenangan manis ketika bersama dengan si majnun...seorang lagi tu pulak terperangkap dengan kisah cintanya yang masih belum tercipta...hanya baru mula berjinak2 tuk buka buku cinta sendiri...

sedar tak korang semua bahwa maseh terlalu banyak lagi perkara yang korang kena pikir sebelum dok sibuk melayan perasaan sendiri yang kebanyakkannya hanya bisikan jahat dan kotor si setan durjana tu!
tahukah korang bahwa syaitan itu akan berlari2 d dalam pembuluh darah maisng2? untuk terus menyesatkan korang dan menenggolekkan diri snediri dalam urusan yang sedang d lakukan?? walhal dalam solat pun boleh d goda..inikan pulak d luar waktu solat...

kalau benar korang cintakan pada pasangan yang belum halal tu...maka janganlah memurahkan cinta murahan korang tu...mahalkanlah ia dengan semahal mahalnya...jangan terus terusan memurahkan cinta korang dengan gejolak perasaan jiwa muda remaja yang penuh dengan nafsu syahwat...!

.........................................

komen aku tuk kisah1..yakni kisah si laila yang telah terpaksa berpisah dengan si majnun beliau...baguslah tu kan..ade jugak usaha tuk tinggalkan perkara2 yang salah...satu pintu kemungkaran telah d tutup..tapi dalam masa yang sama masih membuka pintu kemungkaran yang lain...so...nak tak nak..macam tak ada beza la kan..1 pintu d tutup yakni dengan clash..tapi masih terbuka berpintu2 lagi pintu yang lain...yakni..masih calling2...meseging2..dating2...dan segala 'ing' lagi yang ada...

dan tak mustahil...dengan terbukaknya pintu2 tersebut...maka pintu pertama yang tertutup pada mulanya tu akan terbuka kembali..sebab apa? sebab syaitan memang sangat pandai dalam menggoda manusia tuk kembali kepada perkara mungkar serta hina...
jika si laila benar2 sayangkan majnun anda...terus terusan meninggalkan majnun tersebut...kerna majnun masih belum halal tuk anda...

duduklah d satu sudut dan berdoalah pada ALLAH agar majnun itu d jadikan jodoh anda d masa depan...minta dengan penuh rasa sabar dan rajin2lah bersolat..(ALLAH cakap..)
kalau benar majnun itu jodoh anda...sejauh ke negara Papua New Guinea pun tetap korang akan bersama..

................................................

dan komen aku tuk kisah ke2...pada si teruna yang mengharapkan cinta si dara...jangan sia2kan harapan anda dengan perkara yang sia2...maksud aku ialah...apabila korang dah kata nak betul2 berserah pada ALLAH..maka buatlah penyerahan diri dengan sebetul betulnya...jangan hanya hangat2 tahi ayam...sila jaga nama si dara yang maseh belum halal tuk anda...jangan berani2 mahu mendekati si dara yang masih belum halal...andai anda tak kesah nama anda buruk d pandangan orang ramai...tetapi consider lah jugak nama baik si dara tersebut..jangan d usung ke hulur hilir si dara yang maseh belum halal dan belum tentu halal tuk anda...kasihani si dara dan pertahankan maruah si dara...usah merosakkan...

jika betul2 berserah pada ALLAH..berserah pada takdir...buktikanlah penyerahan tersebut..jangan d campur aduk dengan keluar berdua..mesej sentiasa...calling setiap masa...berjalan bersama..kerna sesungguhnya penyerahan yang d lakukan pada permulaan tersebut hanya akan jadi sia2..

............................................
ok! itu komen aku yang agak panjang lebar...murahnya cinta umat manusia sekarang...usah d pilih cinta yang murah..kerna ianya bersifat sementara...dan hanya bersandarkan nafsu semata...mahalkan cinta anda untuk si dia...buktikan cinta anda adalah yang terbaik untuk dia..selepas cinta kepada ALLAH,Nabi,ibu bapa dan keluarga....

mahalkan cinta anda...usah terus terbuai dengan mimpi dan angan2 kosong yang sengaja d cipta...mahalkan cinta dengan penyerahan 100% kepada ALLAH...berdoa dan berharap agar si majnun atau si dara itulah yang terbaik tuk diri masing2..Insyallah!


notakaki:cinta pada manusia yang aku kupas dulu..sebab itu masalah umat yang paling utama yang aku dapat lihat sekarang..


cukup ALLAH bagiku~

9 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
jazakillah..penulisan yg baik..
truskan berdakwah =)

sesungguhnya Allah lagi dekat dgn manusia..lagi dkat dr jugular vein..

Anonymous said...

tp najwa hanim. saya personally rasa, utk kita yg tak berada dlm situasi tersebut snglah berkata2. hmm. apa kata anda cuba bagi contoh step apa yg perlu dibuat. maksudnya. langkah exact utk mencapai nasihat anda dlm post ni, just as a guide for those who do not know where to start. Because I'm pretty sure there are actually many silent readers out there trying to achieve this, and yet do not know which leg to put front first. Apa kata anda? :)

khaleeftunggal said...

cik anonym1: hak3..dak medik eh..insyallah..insyallah..juga hamba yang lemah yang kadang2 hanya pandai bermain kata..semuga dari situ...kata akn bertukar kepada gerak kerja..

cik anonym2:
sape kate tak pernah rasa..sbb sy pernah raselah sy bercerita d sini..
dan insan2 sekeliling sy pun sedang melalui situasi laila majnun ni..

takpe sy paham..nak kalahkan nafsu tu sgt susah...tapi kene ade keinginan dan pengorbanan..

pertama:keinginan tuk tinggalkan perkara tersebut dah ada kan..dah tau benda tu berdosa kan..so teringin nak berubah..

kedua:pengorbanan yang harus d lakukan tuk penuhi keinginan kita..keinginan apa? keinginan tuk tinggalkan perkara2 mungkar la kan..
tapi masalah yg d hadapi bila mana pengorbanan tu tak d lakukan..dan kalau buat pengorbanan pun selalunya sekerat jalan..

tiada istiqamah atau mujahadah..itula yang jadi masalah..syurga ALLAH itu mahal..pengorbanan yg d lakukan pun mestilah kene setimpal kan..
apa salahnya berkorban rasa kasih sayang kita demi kasih sayang ALLAH..itu lebih utama..

lagipun Nabi pernah bersabda
"barangsiapa yang tinggalkan sesuatu yg haram..akan d gantikan denagn sesuatu yg halal yg jauh lebih baik"
Insyallah..

susah memang susah sbb sy penah alaminya..dan hampir 3tahun..maseh juga dalm proses mujahadah tuk berterusan melakukan pengorbanan agar tak terjebak balik kepada perkara mungkar..

sy katakan..dan saya lakukan apa yang saya katakan..Insyallah..

yang penting..keinginan tuk berubah harus d sertai dengan pengorbanan..

dan igt..pengorbanan itu bukan sikit..tapi banyak..sangat banyak..jangan berhenti d tengah jalan..biarlah keluh kesah kita hanya ALLAH yang tahu dan membalasnya..

wallhaualam...
sila tegur jika ada salah silap..
^^,

umatMuhammad said...

alhamdulillah..
iman sdkit terenergized bil baca post ini..ya, kita kena jaga cinta kita betul2. jangan jdikan cinta kita ini cinta cap ayam.

kena mahalkan cinta kita. seoran pernah bercerita, dia dulu suka kat seorang ini. dia pun buat istikharah minta petunjuk yang Esa. melalui mimpi, beliau dapat peunjuk bahawa orang yang disukaina bukanlah jodohnya.

jadi di sini, andai kita suka pada seseorang, buatlah istikharah. kerana sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Allah swt.

lagi satu, saya suka dengar lagu menjemput bidadari. dalam pencarian cinta pada pasngan kita, hrus dulu diteguhkan diri kita.

syu rahman said...

betul tu najwa! sapa kata kita tak pernah kene?deng!!!!!! sebab pernah tu yg nak bgtau org that it's not impossible to do! aku rasa kan, mugkin dorang perlukan listing step kot:

1. ko clash siap2. tak pun buat2 hilang diri (hahahahaha=p)

2. bagi alasan bz tak dapat angkat call and answer sms.

3. bagi hp kat kawan supaya ko ak tergugat. suh kawan tu dlete txt and call history makhluk berkenaan.

4. bila hp tu dengan anda, off kan dia. bila nak guna baru on (agak kurang realistik. tapi pernah cuba =p )

5. block no die supaya u wont receive any text.

6. langkah terakhir ~ jeng! jeng! jeng! tukar lah no hp baru! ini sungguh berjaya! lol =p


sekian~~~
hahahahaah. najwa, sorry menyemak kat page ko =p kalau letak kat page aku bahaya. takut kantoi makhluk berkenaan atau seangkatannya baca lol =p

p./s: cukup lah Allah bagi ku! =)

syu rahman said...
This comment has been removed by the author.
umatMuhammad said...

suka untuk saya kongsikan buku versus tulisan hlovate bagi mereka yang mahu berubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah.

bacalah jika anda mahu berubah! because the hardest battle in life is when you are against yourself.

its hurt? yap! like hell...

see? berubah dari tiada arah kepada yang terarah bukan perkara mudah. macam sis penulisan tulis, pgorbanan itu sangat payah. bukannya senang. serious!

tapi jangan lupa pada yang memegang dan membolak-balikkan hati kita, Allah swt. maka, doalah agar diteguhkan niat kita untuk melakukan perubahan.

p/s: apa kata sis penulis letak sign share fb? bagus kalau dapat dikongsikan post ni.

khaleeftunggal said...

syu rahman:
ALLAH....~ nampak sgt ko penah buat step2 berikut kan...hehehe..
tak kesah papepun step...yg penting istiqamah..ye betul!
keteguhan diri tu kene sentiasa d renew dan d perbaharui...

umatmuhammad:
tepat sekali hujah anda yang panjang lebar tersebut...
kdg2 berharap sgt umat manusia kini xkan mudah terganggu gugat dengan isu2 perasaan yg kebanyakan hanya mainan syaitan...
insyallah..sama2 kita berusaha hingga titisan keringat yg terakhir!
jihad sampai mati!

asrulhadi said...

salam..lpas baca post ni,trase sedikit terpanggil utk komen disini..

dan komen saye..

kedua2 kesah diatas kelihatan ada persamaan dari segi keadaan dan perasaan. dan asbab kedua2 mende ni la yg mempengaruhi keputusan yg mereka jalankan.

mane mungkin mudah utk buang cinta yg datang dgn sendirinya, dan adalah zalim kalau kita paksa fitrah itu hilang dalam diri kita.

saya lebih memilih utk syorkan jalan penyelesaian daripada komen ttg punca dan keadaan.

adalah yg terbaik jika kedua2 pihak:

1.mujahadah
2.mujahadah
dan mujahadah..

hehe..

mujahadah bukan mksudnya terus clash, tak contact, senyap sepi menyepi tak bertegur sapa dan sewaktu dengannya..tapi mujahadah yg saya mksudkan cari jalan penyelesaian yg terbaik utk kedua2 pihak..saya tak tau apa keputusan terbaik utk mereka2 ini..yg tahu hanyalah Allah pastinya dan mereka yg berada dalam keadaan itu sendiri...
dan ingat! tiada cara laen yg lebih baik dari cara baginda saw...

sunnah rasulullah,
dalam nak buat keputusan apa sekali pun..MESYUARAT! penting tu.. ceritakan la keadaan itu kpd org yg dipercayai,ada hubungan baik dgn Allah dan jaga amalannya. minta pendapat mereka..dan bila sudah rasa senang, tenang dengan mesyuarat tu..pikirkan la jalan yg terbaik..minta petunjuk dariNYa

dan bagi mereka2 yg sudah dipercayai itu..jgn pulak rasa cadangn anda itu mesti diambil oleh mereka2 yg mempercayai anda..hanya berikan cadangan terbaik utk dia dan cadangan itu harus diletakkan agamanya dihadapan bukan pandangan dan perasaan kita smata2...hatta kita juga sepatutnya risau jika cadangan kita diterima(tkut2 ia mmburukkan lagi keadaan)..jgn sekali2 pertikaikan apa jua keputusan yg mereka buat tapi segera bantu dia utk realisasikannya selagi ia berpatutan dengan syariat dan beritahu segera sekiranya keputusan itu tak selari dgn agama (secara hkmah)..takkan la die tak nak dgr kalau dia dah caye kat kita kn..

sekian..selesaikan segala masalah dengan amal..

wallahualam..

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar