Thursday, September 24, 2009

nantikanku di batas waktu...




"sahabat yang dicari adalah baik, tetapi sahabat yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik"

tiba-tiba terngiang2 ayat tersebut dalam benak kepala ni...
ayat yang seseorang pernah katakan pada diri ini..
hmm,buatkan diri berfikir dua tiga jenak..
mengimbau kembali peristiwa itu..

K: kenapa nampak runsing 2 3 hari ni?
N: (senyap seribu bahasa)
K:masalah apa pulak kali ni? masalah akidah ke iman?
N: (tersentak sekejap)
sambil K tersengih memahami..
K: satu je masalah kau yang dari dulu tak terubat sampailah ke la ni... kau tak T.E.G.U.H!
sambil menepuk2 bahu N...
K:kau hanya carik ALLAH bila kau ada masalah je,bila kau senang..kau tinggalkan DIA! kau sedar ke tak perbuatan kau ni?
N: (masih lagi senyap)
K: sebab tu hati kau tak tenang. senang sangat tergelincir. cuba cari sumber kekuatan yang sebenar. ingat, solat itu tunjang segalanya!

tersentak sekejap, mula kembali ke alam nyata..
benar sungguh katanya..solat itu segalanya..

"fitrah itu perlukan hidayah, tanpa hidayah fitrah akan menjadi fitnah"

sungguh, cintailah pemberi nikmat lebih dari mencintai nikmat tersebut..

kebanyakan manusia terlalu mencintai nikmat dan bukan pemberinya(ALLAH)
astagfirullah..diri ini termasuk dalam gologan sedemikian...
hinanya...

kadang2 manusia terlampau fokus pada sesuatu yang remeh tanpa menghiraukan perkara pokok dalam kehidupan...
mengutamakan keperluan lebih dari tujuan...
keperluan hanyalah sebagai tempelan agar tujuan itu dilaksanakan..
tapi bila keperluan itu di biarkan menjadi tujuan..
maka hancurlah segalanya...

ayuh, bangkit!!
jangan mudah khayal dengan keperluan yang tidak diperlukan...
mungkin keperluan itu hanyalah kehendak yang sengaja dijadikan sebagai keperluan...
mujur ALLAH perancang segalanya...
jika dibiar tangan ini yang merencana, hancur leburlah seluruh hidup ini...

kembali ke landasan asal...
aku tau sukar untuk bertahan.. tapi,
jika diberi pilihan antara lari atau bertahan..
maka bertahanlah kerana sedikit lagi kita akan dapat apa yang kita inginkan...
kerana mungkin satu hari penyesalan itu akan menari2 di benak kelak...

bukan senang mahu fokus, tapi tidak mustahil kan..

"tulun bagi aku hingga detik itu untuk aku kembali fokus,selagi detik itu tidak sampai fokus itu terlalu mustahil untuk diraih"

"yakinkah detik itu akan sampai sebelum ajalmu..bertangguh hanyalah satu alasan yang korup!"

sekali lagi di ulangi,
manusia mudah leka,sedih, lalai dengan perkara tempelan...
akibatnya dunia bagaikan sudah kiamat...
padahal perjalanan masih jauh lagi...
kutiplah semuanya sebagai pengalaman di hari mendatang...

yakinkah apa yang dijumpai tika ini yang terbaik?
mungkin ada yang lebih baik di hadapan sana...
bersabarlah wahai diri...

bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
tanpa hadir gerimis dan sirna mentari yang mengiringi
bukan mudah memiliki mutiara kasih
tanpa diselami lubuk hati nurani
ke dasar rasa yang paling dalam
sungguh seorang pemburu yang mudah mendapatkan hasil buruan pasti tidak akan mempedulikan hasil buruannya...
berbanding dengan pemburu yang bergadai demi buruannya..
itulah yang dihadapi saat ini..

jangan mudah untuk menerima..
tapi mudahlah untuk memberi..
biar ALLAH yang menghitung segalanya...
jangan biarkan sayang itu bertambah kerana kebaikan
dan berkurang kerana kesalahan..

yang ku pasti...
nantikan ku di batas waktu

-sekadar pandangan mengenai mehnah hidup yang pelik ini-
cukup ALLAH bagiku~

2 comments:

Anonymous said...

juz drop by n found dat ur words really get into me..

susa utk fokus tp xmustahil,rite?

harap saudari akan terus bertahan menghadapi semuanya..

dan kalo d tnya sama ada perlu bertahan atau x..
isthikharah mgkin ada jwpnnye..

tp,some say dat..
syg siapa yg syg anda dan bukan syg siapa yg anda syg..

i did agree with dis quote actually..
benar,perjalanan maseh jauh,perlu byk lg perlu d kutip dan d temui..

for me,biarkan ia dtg sendiri tanpa perlu mencari..
it is much better i thought..

juz shre my opinion..

nn said...

urm,,
'Nantikan Aku Di Batas Waktu'...
nice song :)

Followers

Total Pageviews

Islamic Calendar